Showing posts with label D.I.Y. Show all posts
Showing posts with label D.I.Y. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

DIY untuk future husband..

Salam Khamis..

Selama seminggu cuti ni, xde pon setel hal kahwin selain dari legal documents.. Phewww finally, dah dapat surat kebenaran kahwin and surat akuan akad nikah.. huhuhuhu.. tak sabar nak sign.. Ok, sgt gatal, saya tahu. Titik.

Okay, harini saje2 je nak share DIY yg buat semalam untuk tunang terchenta.. 

Walaupon sgt comot dan xberapa kemas, tapi sebab nak siapkan jugak sebelom tunang balik ke kuantan, saya tetap gigih menyiapkannya! HewHewHew..

Barang2 yg tak berapa nak semenggah.. hehehehe

muka depan yg sgt comot tapi saya tetap sukee.. kualiti gambar yg terok sikit beselah,, phone murah je yg ade..

antara 52 bende yg sy sayang tentang awak.. hewhewhew..

itu je.. teeetttt... hihi..

Salam sayang.

Wednesday, February 8, 2012

THIRD DIY : BUNGA TISU sebagai BUNGA TABAK

Salam, 3 entri berturut2.. yuhuu.. sok kat office mesti mngantuk.. ahahaha..

Nak upload gambar bunga tisu je.. Cara2 nye dah ramai pun yang tau.. Hehe.. Ni lah contoh bunga tisu Nisa.. tapi colour je lain..



Still in the process.. Tarikh siap: tak tahu
Lagi 2 bulan ni.. hmmm.. semangat sikit Nisa..)

Jaga diri semua..

SECOND DIY

Salam semua..

Kan dlm entri INI, Nisa ade ckp kabel hilang kan? hehehe, tadi trnampak ade kabel housemate kat tepi tv, so pinjam lah kejap.. hihi..

So hari ni nak post pasal bunga Yo-Yo..

Bunga Yo-Yo ni senang sgt nak buat, cantik and jugak cute.. Skrang ni bunga Yo-Yo ni tgah IN di kalangan b2b.. ramai yang buat handbouqet and some in hantaran dan hiasan lain..

Mantan2 b2b yang Nisa tau ade terima tempahan antaranya ialah Pn Intan Norazam dan juga Puan Nana..( check it out guys)

Even ramai yang dah tau, Nisa tetap nak tunjuk jugak DIY yang Nisa buat sendiri.. Huhu..
Mari tengok.. Hehehe


Step 1: Potong kain jadi bentuk square mcm dlm gambar.. Nisa tak ukur sebab main agak2 je.. Tapi dinasihatkan semua, ukur dulu supaya ukuran semua bunga cantik and sama gitu.. =)

Step 2: Lipat 2 macam dalam gambar.

Step 3: Lipat lagi 2 macam dalam gambar juga.

Step 4: Kain bahagian yang digunting berada di atas, gunting kain membentuk seperti kon..


Step 5: Gunting macam ni.

Step 6: Nanti akan dapat bentuk macam ni tau.

Step 7: Bukak and akan dapat bulatan macam ni.

Step 8: Dgn bahagian kain yg cantik mghadap ke atas, mulakan jahit jelujur di sekeliling tepi bulatan.


Step 9: Habiskan satu bulatan tu.. Pastikan benang tu benang yang kuat and cukup panjang.. Kalau xcukup nanti, haruuu... ahahaha.. Bila da siap, akan dapat bunjut macam ni..

Step 10: Ok, masa ni, masa untuk kemaskan bunga Yo-Yo kita.. tolak sikit kesan jahitan tu kedalam.

Step 11: Lepas dah kemaskan, tarik dan simpulkan kedua2 benang tu.

Step 12: Kemaskan ikatan benang.

Tadaaaaaa!!!

Dapatlah hasil begini, insya4l_l_l1 =) Saja upload gambar bunga Yo-Yo lain sebab Nisa punye kain kaler putih xbrape nampak sgt..And xletak button lagi.. Will definitely upload it later after dah letak button.. =)

Ni contoh dari heatherbailey..


Sampai sini dulu, Jaga diri semua.. =)

Monday, January 23, 2012

First DIY

Selamat Semua! =)

The first DIY yg NIsa nak kongsi is the easy breezy rosette! Senang sahaja oke.
First time buat dah cantik.. Jom cuba!



1. Sediakan bhn-bhn seperti kat dlm gambar diatas.
-2 bulatan besar
- 1 bulatan kecil
- Puncher bulat besar, saiz dalam lebih kurang 3 atau 2 inci. Tapi kalau xde puncher pon takpe, kan boleh gunting.. plus, puncher mahal, xsemua org ade kan?
-Puncher kecik, saiz lbh kurg 1.5inci - again, kita boleh gunting aje, kan? ;)
-Kertas zig-zag, nanti sy buat template untuk sesiapa yg mahu oke?
-Gam Pistol/Glue gun - atau gam yg cepat melekat serta kuat.
-Pin untuk gam kat belakang. =)

2. Mula2, gunting kertas A4 yang ade garis tu.. gunting ikut solid line dan lipat dotted line..

3. Kita perlukan 2 strips untuk lengkapkan rosette ni..

4. Bila dah ade dua zig-zag strips, lekatkan hujung ke hujung supaya membentuk bulatan.




5. Step ke-lima pula, bila dah ade bulatan (kertas zig-zag yg dh jd bulat) ambil satu kertas bulat yang besar, . Dirikan bulatan tu macam dalam gambar, di atas kertas bulat besar td and then tolak ke dalam seperti arah anak panah tu.(mnkin xnampak yg saya letak atas kertas bulat putih coz bawahnye pon ade kertas putih)

6. Lepas tu, kertas zig-zag tu akan melekat cantik pada kertas besar tu mcm dlm gmbar. Kemaskan.

7. Akan jd mcm ni! =)

8. Bahagian belakang pula akan jd begini.. Nampk tak sy tertulis "back" terbalik.. hehehe



9. Ok, step seterusnya, untuk bhg depan atau atasnya, tampalkan satu lagi kertas bulat yg dah kita gunting siap2 td.. Sebelum tu, kalau nak senang, tulis lah terus atas kertas tu. Mcm dlm gmbar no 9 tu, Nisa tulis "father's of bride". hoho.. tulislah "bride's father" utk ayat yg lbh sedap.. Dan lain2.. (DJ, bestman, whatever)

10. Kemaskan. then akan jd mcm ni.. =)

11. Pusing bhg belakang and letakkan gam yg kuat (seperti gam untuk craft).

12. Cepat2 lekatkan pin.. Tapi dlm gambar tu Nisa guna pin baju sbb pin untuk rosette ni xbeli lagi..



Tadaa! Dah siap.. cubalah.. As for me, step sy berhenti setakat di nombor 10 sahaja. =)

Kalau xfaham, email lah saya okay, shf_nisa@yahoo.com

Take care!