Monday, 22 April 2013

Aqiqah boys

10 Februari 2013 (Tahun Baru Cina)

Cerita dah basi but nak stori jugak. Sebab terasa penat lelah berbaloi.

Majlis ni dah lama dirancang oleh arwah, nak buat aqiqah untuk Imran dan Luqman. Jadi saya usahakan untuk merealisasikan impian arwah walaupun kecil-kecilan. Kami buat di rumah kami yang sudah lama ditinggalkan. Alhamdulillah, adik-beradik, sedara mara ramai menolong.

4 ekor kambing telah dikorbankan. 2 ekor untuk kambing panggang & 2 ekor untuk buat lauk. Semua katering.


Lauk yang dihidangkan.
(1) Nasi briani
(2) Ayam masak merah
(3) Kambing masak kuzi
(4) Acar ramapai
(5) Buah, papedom & Air

Itu sahaja kot. Masakannya memang marvellous. Ramai puji sedap. Alhamdulillah.

Saya jugak menjemput budak2 tahfiz & anak yatim untuk buat tahlil & bacaan Yassin. Seawal 11 pagi mereka telah sampai. Mereka bawa segala macam gendang & alat2 muzik. Saya terkejut. Mereka buat marhaban dan maulud sekali. 1st time saya dan beberapa orang dengar, kami terpegun. Memang boleh sampai meleleh airmata. Meriahnya rumah saya setelah beberapa bulan suram setelah kehilangan orang yang tersayang.















Rumah dah lama ditinggalkan. Malam tu kami bagai diserang nyamuk. Mana taknya, meriah dengan bunyi gendang2, yang bermarhaban sampai 3 orang guna mikrofon. Just imagine bergegar rumah sampai semua nyamuk keluar agaknya.


Petang bermaulud lagi. Ni keluarga dari Johor buat. Happy sangat sebab hampir semua keluarga besar arwah datang. Ada yang 1st time saya jumpa.








Wednesday, 17 April 2013

WW - Makhluk asing ???

Imran sedang mengagah Luqman dengan suara doraemonnya, tiba2 dia cakap

"Makhluk asing bergigi satu".


Saya terkejut. Dia maksudkan Luqman. Nasib baik Imran baru 6 tahun.

Luqman dah 9 bulan. Dah ada sebatang gigi kat bawah. Gigi atas baru nak keluar.





My kids, my everything !!!



Tuesday, 16 April 2013

Hitam Putih Kehidupan

6 April 2013

Dinner di EQ hotel. Dinner kecil-kecilan untuk menyambut kedatangan agensi yang banyak bekerjasama dengan kami.

Tema "suka2" ... hitam, putih, silver, kelabu ...

Saya cuba2 pakai selendang. SERABAI !!! sbb saya tak suka pakai PIN yang banyak.







Me & Mira


Me & my best buddies .... love uols




Thursday, 11 April 2013

Anak-anak

Tak mandi lagik. Busyukkk !!!

Luqman minum ice lemon tea !!!