Sunday, 23 September 2007

Majlis Berbuka Puasa - Concorde Hotel

Supplier belanja. Rezeki bulan puasa memang murah, nak-nak pada yang selalu berhubung dengan supplier. Aku takde le sangat direct dengan supplier tapi kalau kengkawan ajak tu, insyaAllah aku ikut je.


Ni masa supplier Teradyne bawa berbuka puasa di Concord Hotel. Supplier datang sorang, tapi kami ramai jugak. Apa lagi, selagi ada makanan, semua nak rasa. 1st time aku makan sup gear box. Ada orang tolong ajar ... memang lemak berkrim, "sihat" untuk kesihatan

Saturday, 22 September 2007

Maisarah belajar PUASA - 22 Sept 2007

First time Maisarah belajar puasa. Ini first day try puasa even Ramadan dah 9 hari berlalu. Tolong ibu masak.

Tolong tumbuk bawang, tu yang kena pakai spek. Imran tolong tengok.

   

Twins pun join sepahkan rumah. Main "pondok-pondok". Nabihah tengah buat adunan "kuih". Nabilah ambil air nak buat "kuih". Pening melayan kerenah twins tapi selalunya they all menghiburkan hati.

 

Friday, 21 September 2007

Permata Hatiku

Puteri Sulung
Nurhami Maisarah. Lahir pada 17 September 2001 (10:44pm) di Darul Ehsan Medical Center, Shah Alam. Lahir seberat 2.5kg secara normal. Lahir sahaja dah boleh nampak mata besarnya. Babah & Ibu datang dari Melaka sebab nak tunggu kelahiran Maisarah.

Puteri Kembar

Nurhami Nabihah & Nurhami Nabilah lahir pada 3 March 2003 (3/3/2003) pada pukul 9:58pm dan 10:08pm pada minggu 32 dalam kandungan. Lahir seberat 2.1kg dan 2.05kg . On that day pergi kerja macam biasa. Pukul 3pm called Kak Emy sebab Kak Emy, Shahrul, ibu & babah nak gie Vietnam (melancong - nasib baik tak bersalin lagi, kalau tidak sure kena cancel...hehehe). Balik kerja terus gi DEMC coz perut rasa tak selesa. Rasa macam boleh dapat mc tapi doktor suruh bersalin coz jalan dah buka 6cm / kena stay kat ward. Menangis sebab tak buat apa2 preparation untuk bersalin. Tapi syukur kepada Allah kerana kedua-duanya selamat lahir ke dunia secara normal.

Putera
Muhammad Hami Imran lahir pada 6/1/2007 pada pukul 5:14am di Hospital Sungai Buloh. Lahir seberat 2.75kg secara normal. Imran - segala-galanya kerajaan. Check-up mengandung, lahir sampai monthly check-up. Anak dah empat, cost down sikit....hehehe. Actually servis di hospital kerajaan memang OK. 8/12/2006 sepatutnya Imran dah tak sabar2 nak keluar. Kena admitted @ Hospital Sg. Buloh tapi due date lama lagi (19/1/2007) so doktor suruh banyak rest. Menangis juga masa doktor suruh bersalin sebab dah set di kepala tak nak anak lahir akhir tahun. Masa dapat bill, macam tak percaya dgn. facilities yang setaraf dengan private hospital....opss! Doktor2 private jgn. kecil hati pula. Ni experience saya... Tu yang terus berkenan nak bersalin kat hospital kerajaan.