Pages

Showing posts with label minyak. Show all posts
Showing posts with label minyak. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

Ekonomi lembab bukan salah pemimpin... salah rakyat ke ngok???



Zahid berkata, kelembapan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini perlu ditangani semua pihak secara bersama.

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara lebih baik pada zaman pentadbiran perdana menteri terdahulu, kerana pemimpin negara bernasib baik ekoran pasaran dunia dan harga komoditi meningkat ketika itu. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemelesetan ekonomi ketika ini bukannya salah pucuk pimpinan negara, memandangkan kebergantungan Malaysia terhadap pasaran dunia.

“Jika ada perdana menteri terdahulu menyatakan di zamannya ekonomi baik, beliau bernasib baik kerana ketika itu harga minyak, gas meningkat… beliau bernasib baik ketika itu harga komoditi meningkat kerana pasaran dunia menyebabkan keadaan itu berlaku.”

“Peperangan di Iraq, peperangan timur tengah, peperangan di tempat lain yang menyebabkan permintaan kepada bahan petroleum… ini keadaan berbeza. Ini bukan salah kepimpinan… ini pergantungan kita kepada pasaran dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 Parti Makkal Sakti Malaysia hari ini.

Zahid menambah, sebagai bekas pegawai bank, beliau tahu mengenai keadaan ekonomi negara dan kelembapan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini perlu ditangani semua pihak secara bersama.

“Kalau kita nak bincang atau membandingkan selama 22 tahun kononnya keadaan (ekonomi) lebih baik dari keadaan sekarang… kita lihat bagaimana (keadaan) ketika di stesen (minyak). Apabila inflasi terlalu tinggi, apabila depression berlaku.

“Saya tidak mahu membela mana2 pemimpin, tetapi keadaan ekonomi sekarang ini harus kita tangani bersama, walaupun ia tanggungjawab kerajaan.


“Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) masih mampu berikan yang terbaik kepada rakyat, masih mampu berikan bajet terbaik kepada rakyat keseluruhannya,” katanya. sumber
-----------------------------------

Tok Zahid... Nak wat lawak bodoh pun jangan tak dah harga lak... citer la asbab yang logik seperti ketirisan ke, mis-conduct GLC ke, songlap ke, rasuah ke... isyyy apa Tok ni...

Wednesday, September 4, 2013

BERAPA KALI PEMIMPIN NEGARA BERKORBAN ELAUN DEPA DEMI NEGARA SEJAK 56 TAHUN MERDEKA


SHAH ALAM – Memotong elaun menteri dan mengurangkan penganjuran majlis keramaian berbajet besar antara langkah yang boleh diambil kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaannya. Pengerusi PertubuhanMuttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, cara tersebut pernah digunakan khalifah pemerintahan Islam suatu ketika dulu bagi mengawal perbelanjaan negara.

“Langkah pengurangan subsidi untuk berjimat hanya berkesan dalam jangka masa pendek. Sebaliknya, kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif.


“Kerajaan boleh mencontohi khalifah terdahulu yang memotong kemudahan orang besar dan mengurangkan majlis keramaian yang tidak penting dan melibatkan belanja yang banyak. Jika dilaksanakan dengan bersungguh, kerajaan mampu untuk berjimat dan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Katanya lagi, pendekatan tersebut mungkin dilihat tidak signifikan dari sudut ekonomi, tetapi dapat memberi contoh di mata masyarakat.


“Jumlah yang berjaya dijimatkan mungkin tidak besar. Tetapi, sekurang-kurangnya beban kenaikan tidak hanya dirasai oleh rakyat, malah pemimpin dan orang berpendapatan tinggi.


“Misalnya, elaun petrol untuk menteri perlu dikurangkan selaras dengan kenaikan harga minyak. Jika kerajaan sendiri beri contoh untuk berjimat, barulah masyarakat dapat terima,” katanya.


Menurutnya, sebarang isu ekonomi perlu ditangani secara serius oleh kerajaan.


“Kenaikan harga minyak misalnya bagaikan teori domino yang mempunyai kaitan dengan banyak perkara. Apabila harga minyak meningkat, golongan seperti peniaga, pemandu bas dan teksi dan ramai lagi akan terkesan.



“Malah, kos hidup yang tinggi juga boleh menjadi faktor peningkatan kes jenayah. Oleh itu, kerajaan perlu beri perhatian lebih dalam isu ekonomi,” katanya.