Mat Sabu... Yang mendaki perjuangannya
dalam PAS dengan penuh strategi...
Aku mula melihat pergerakannya dari masa beliau menentang almarhum Ustaz Abu Bakar Cik bagi merebut Jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat lagi ditahun 80an...
Pemuda PAS Kedah telah bersetuju dengan keputusan syura meletakan Sdra Taib Hj Ahmad sebagai Ketua Pemuda PAS Kedah dan sdra Najib Fahmi Hj Yahya sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah...
Apabila Mat Sabu mengumumkan bertanding KPPP, tiba2 Najib Fahmi memecah keputusan Syura dengan mengumumkan bertanding jawatan KPPK menentang Sdra Taib Hj Ahmad...
Turunlah orang2 kuat PAS Kedah seperti Chegu Abdul Wahab Abdul Rahman, Abu Kassim (Sekarang Datuk - Pengerusi Tetap PAS) dan sdra Taib Hj Ahmad membincangkan peristiwa terkini...
Aku hanya sebut 'perpecahan' PAS peringkat pemuda akan berlaku... Peristiwa ini berlaku selepas kami berjaya menyingkirkan seorang IRC yang menyamar sebagai orang PAS dok mengawal pejabat PAS Kedah di awal tahun 1987 dulu...
Apabila Mat Sabu merebut jawatan Timbalan Presiden, aku nasihatkan agar dia tidak dipilih... malangnya perwakilan lebih mempercayainya dan memberikan peluang kepadanya...
Kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan dan 3 Naib Presiden membuat Presiden PAS TGHH tersepit dalam Dewan Harian...
PAS masih dapat mengawal suasana kerana PAS masih ada Majlis Syura Ulama... MSU yang berjaya menyelamatkan serangan puak sekularisma dalaman PAS yang di ketuai Mat Sabu dari men'sekular'kan PAS dan menjadi khadam suruhan DAP...
Aku mula mengesan pergerakan dan strategi Mat Sabu untuk memusnahkan PAS sejak DS Anwar ditendang keluar UMNO dan dibebaskan dari penjara...
Aku mengesan Mat Sabu sudah mewarwarkan dalam ucapan menjadikan DAP sebagai idolanya dalam beberapa ungkapannya... malangnya ahli PAS masih terlelap dengan nyanyiannya... antaranya beliau menyebut:
Mat Sabu telah berkongsi
pengamatan dan pengalamannya dalam senario politik pasca 8 Mac 2008. “Ramai anak muda Melayu berjumpa saya
sekarang. Dia kata Pak Mat, bilaPak Mat nak join DAP? Kalau Pak Mat join DAP,
kami akan bersama…”
Ketika ditanya mengapa pendirian DAP yang jelas menentang pembentukan Negara Islam itu tidak menghalang anak muda Melayu daripada menyokong parti itu, Mat Sabu menjelaskan bahawa kecenderungan ini disebabkan dasar2 yang ditawarkan DAP, misalnya urus-tadbir yang baik, dengan konsep “CAT” (Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dan sebagainya.
Secara terus-terang Mat Sabu berkata, pembangkang tidak boleh hanya mendakwa dirinya menentang Akta Rahsia Rasmi (OSA), tetapi pada masa yang sama tidak menawarkan sesuatu apabila menguasai kerajaan negeri. Mat Sabu menganggap ini adalah kehendak orang ramai, dan beliau amat bimbang seandainya PAS tidak merobah konsep ini.
Beliau enggan mengulas secara terperinci, walaupun wartawan Merdeka Review membangkitkan kerajaan negeri Kedah yang dikuasai PAS, yang kelihatan tidak mendahulukan agenda reformasi sebagaimana yang disebut di atas. Cuma, Mat Sabu mengingatkan,bahawa rata2 wakil rakyat DAP mampu mempersembahkan “kehidupan yang tidak mewah”, sebagaimana yang diamalkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.
Untuk makluman... Najib Fahmi
Hj Yahya dah pun masuk UMNO mengikut DS Jamil Khir Baharom...
Sekarang Mat Sabu dan gengnya
pun dah keluar PAS kerana perancangan ‘tak menjadi’ …
Bersyukur lah ahli2 PAS
yang ikhlas berjuang tidak terus menerus terperangkap dalam percaturan parasit
dalam PAS…
Mat Sabu sampai la ni tak berani menyaman Sdra Razali Abdul Rahman atas pembocoran dedak yang diterimanya sebanyak RM15,000 sebulan…

