So, here's the story goes...
It's all happen kat Kelas Ghazali. Kelas kambing hitam kat maktab. Aku nih mudah boring orangnya. Kat mana pun aku pergi, aku kena pastikan tempat itu tidak membosankan. Jika ia membosankan, I'll strive hard to make it interesting. Living in that college really drives me crazy. With all the nerdies and bookworms... That place isn't right for me. Aku nih mana la suka bebenda serius. I take everything lightly. Buat apa nak serius-serius. I play hard. Hidup cuman sekali.
Aku pernah citer dalam entry sebelum ni kan how bad our inter-class relationship is. Kelas aku ada banyak puak. Boring betul. Alang-alang masuk tempat best bak kata orang ni (bukan bagi aku), biar tersangkut sorang dua! Ye, aku pergi nak mengejas lelaki-lelaki yang didakwa cream of the cream itu. Tapi malangnya, keadaan tidak seperti yang aku harapkan. Suxx. Dalam kelas asyik gaduh, gaduh dan gaduh aje. Benda kecik pun kecoh. Tak boleh kasi hati aku tenang sket. Budak-budak!
Aku, Amy ngan Nora dulu Cikgu Nik Muhaini gelarkan The Back Benchers Girl. Takpun kekadang dia panggil kitorg 3 Flowers at the back. Itu Cikgu yang panggil. Boys? Hehe.. Depa gelarkan aku bertiga nih The Brutena. Sape penah follow kelas Kimia sure tahu what Butena is. Kaitan antara Brutena dengan kitorg? -sebab kitorg giler brutal sadis dalam kelas. Yang paling anti kat kitorg tak lain tak bukan Pakli dengan partnernya encik Jack. Encik Jack dan kitorg dulu saling bermusuhan siot. Suka-suka hati panggil kitorg Brutena. Bukan tu je, siap narrow it down to Brut-1-ena, Brut-2-ena dan Brut-3-ena. Lupa setiap satu tuh untuk sape. Either me, Amy and Nora la. Ingat kitorg nih rantaian siklik ke apa? Dulu memang Pakli, Gobjek ngan Encik Jack la yang paling lantang membidas segala caca merba girls dalam kelas. Gila babi dok kutuk girls gitu gini. (Last-last Gobjek kawin dengan Rosnadia budak kelas aku jugak.)
Disebabkan boring dengan keadaan yang selalu tegang tak pasal-pasal tu, I came up with an idea yang aku tanpa ragu-ragu mengheret sekutuku, Amy untuk join. Cane nak stadi kalu takde benda yang interesting. Pergi kelas mesti seronok. Aku cadangkan kat Amy yang aku nak kenakan boys kelas aku. Kira nak kacau macam yang pernah aku buat kat Basri tu la... Hahaha.. We'll see how it works.. Lagipun, hidup ni kalu dah lama tak kacau orang memang rasa gian-tak-patut la!
Intermission... (kisah mesti sehebat cinta Hindustan)
Aku ada pesan bebudak nak outing belikan aku sekeping coklat bar. Si Razila Panjang tak silap mangsa pemesan aku. Aku kalu bab keluar outing memang agak malas. Berasak-asak dalam bas awam, takpun berpeluh ketiak nak menanti cab bukanlah style aku. Not into these hardship. Panas! Nanti hitam! Kulit kering! Letih some more! Baik tido. Outing setakat kat KB tuh aku dah khatam. Lagipun segala supply stok 'kedai runcit' aku Puan Menteri dan Lelaki Terhangat Di Pasaran dah sediakan. Kain baju pun Puan Menteri jugak dobikan. Oh, hidup aku memang senang. Hati aje tak senang.
Misi aku dengan coklat bar tuh adalah untuk kasi budak laki kelas aku perasan. Mangsa yang dikenalpasti adalah encik Jack. Sebab? Dia paling comel dan tak rebel. Takut jugak siot kalu launch kat si Gobjek ataupun Mael Giant, body macam kaki pukul memang aku elakkan. Aku anti keganasan. Kacau sket-sket takpe.
Malam lepas prep, aku ngan Amy terkedek-kedek mendaki ke Lot Informasi- tempat melalak panggil orang aka tempat announcement. Aku bungkus coklat tuh elok-elok pastu roll out drama kat budak Lot yang bertugas suruh kasi kat mister Jack. Maka berkumandanglah..
"Perhatian kepada Muhammad Zahiruddin, Muhammad Zahiruddin pelajar tingkatan 5 Ghazali, sila datang ke Lot Informasi sekarang juga kerana ada kiriman untuk anda. Saya ulangi... Perhatian kepada Muhammad Zahiruddin, Muhammad Zahiruddin pelajar tingkatan 5 Ghazali, sila datang ke Lot Informasi sekarang juga kerana ada kiriman untuk anda. Sekian terima kasih."
Aku dengan Amy belum sampai ke cube lagi dah terburai perut gelak macam orang gila. Orang gila pun tak gelak macam tu. Coklat tadi aku tak state pun dari aku. Biar dia terpinga-pinga tak tahu dari sape. Esoknya kitorg pegi kelas macam biasa sepertimana 'biasa'-nya kitorg mengacau orang. Haha.The incident remain silent without anyone knows that we're behind all that.
Encik Jack yang aku nampak pada ketika itu adalah seorang yang sangat pengemas. Out of 12 boys in the classroom, dia yang paling neat. Meja dia, memang tersusun rapi buku-buku, nota, pencilbox (waaaarrr mamat nih ada penselbox siot), even dalam pencilbox beliau pun segala pen, ruler, liquid paper tuh pun berbaris macam main susun tetris. Kemas giler! Meja aku pun tak sekemas meja dia. Pada ketika itu. Pssst...!!! Aku pernah sengaja selerakkan barang-barang atas meja dia sebelum dia masuk kelas prep. Saje nak tengok dia hot. Hot la. Nasib baik tatau aku punya angkara. Wooo.. Aku nih kalu tak mengacau orang memang akan kegianan.
Satu lagi yang aku perati kat encik Jack, baju sekolah dia memang bersih dan siap bergosok tajam. Berbanding boys lain dalam kelas aku, memang 'side' effect hasil ironan encik Jack la yang paling sharp. Nahas bagi cicak-cicak yang jatuh berkemungkinan tak sempat mengucap. Kira mencapai tahap kekaguman la aku ketika itu. Boys kebanyakannya dressing, appearance main tangkap muat aje. Jenis berbau pun ada!
Insiden diteruskan ketika kelas Cikgu Nik Muhaini, kelas Modern Math. Kat maktab, every week ada kuiz, ada test. Lepas kuiz, cikgu suruh shuffle kertas soalan so that takde yang dapat kertas sendiri. Kitorg kena mark untuk other's paper. Baru satu kelas takkan dapat full marks. Saje je strategi cikgu Nik Muhaini menghalang student-student kasi markah kesian kat diri memasing. Bila sampai kertas-kertas orang tuh, aku selalu la pilih encik Jack punye. Saje, nak tambah lagi keterpingaan encik Jack. Aku mark, mark dan mark. Setiap part yang dia salah tuh, aku kasi otograf kat kertas dia. Gaya ada sikit membebel. Bagi pihak cikgu Nik Muhaini la kononnya. Banyak kali jugak la aku buat perangai tak senonoh camtu. Aku takde perasaan apa pun. Memang cold heart sindrom pun time tuh. Target, asal ada budak terperasan. Pastu aku akan buat tak tahu. Thehehe..
After some times, aku mula perasan ada tindakbalas radikal bebas tercetus kat dia. Dekat time nak SPM tuh, tiap kali aku nak keluar dari kelas aku perasan ada sepasang mata dok perati aku melalui meja dia. Banyak kali la. Tapi aku tak syak apa-apa la. Setakat berdebar-debar sebab takut terbongkar segala kemafiaan aku kat dia. Surely ke knows. I'm in denying state sampai la kejadian dia kasi cebisan kertas wish good luck tuh. You can read that in this entry. Bila ada hitam putih nih, baru la sedap sket.
Seminggu sebelum stadi week tuh, semua kelas tingkatan 5 ada anjurkan majlis perpisahan. Kelas aku pun ada buat gak. Ingat lagi, malam tuh aku pakai baju Nadimah. Haha.. Baju kurung biru tua plain ngan kain sarung petak-petak macam kain pelikat tuh. Ada dalam simpanan mu lagi ke Nadimah? Sebelum farewell party tuh, setiap orang dah undi untuk kasi gift kat sape. Aku dapat Ajis. Aku kasi spek mata hitam macam Tom Cruise pakai dalam Mission Impossible tuh. Aku pulak, dapat gift dari Kolil Bangla. Kasi aku bekas alatulis aje. Dull. Boys memang tak kreatif. Asek-asek bekas pen, teddy bear, ngan sejadah. Menurut sumber dari mulut encik Jack sendiri, dia yang incharge undi sape dapat sape tuh. Mulanya dia tumbuh tanduk nak spelek biar dia kena kasi gift kat aku. Pastu tiba-tiba kena sekeh kat malaikat suruh bertindak jujur dan amanah. Terus buat cara betul.
Tapi malam party tuh aku perasan la Encik Jack berusaha nak curi shoot gambar aku. Sorry, aku dah lali dengan paparazzi neh. ;p Siap suruh EG ambik gambar girls sekali dengan aku. Macam aku tak tahu kamera tuh dia punye. Elok-elok orang nak bergambar, aku bangun. So, selamat la muka aku nih. Thehehe.. Hello, gentleman la sket. Kalu nak, mintak la elok-elok. Kecik-kecik aku dah kerek tak patut.
Lepas party berakhir aku, Razila Panjang, Rini (kot) ngan encik Jack stay kat kelas. Aku tak ingat sape mintak kat sape nak bergambar. Pastu kitorg ambik la gambar. Kira itu la saat termanis yang aku rasa. Maklum la. Tak pernah dating or sembang-sembang pun sebelum nih. Takat simpan perasaan jauh-jauh. Dapat takpe, tak dapat pun takpe buleh cari lain. Oho, lupa nak citer. Aku malas nak ngejas betul-betul ketika itu sebab disyaki Rini turut sama menyimpan perasaan kat encik Jack. Haha Rini, jangan nak deny. Aku tahu! Hahahahaha... Tak sedap la nak berebut-rebut nih.
Dalam exam hall, meja aku di lajuran yang sama dengan encik Jack. Mine was up front, his pulak belakang sket. Tiap kali aku nak sampai ke meja aku kena lalu meja dia dulu. Bila lalu sebelah meja dia, sempat lagi aku ketuk meja dia sambil whisper-whisper "Good Luck". Menggelabah dia! Hahahaha... Lepas trick aku tuh, dia pulak lalu ketuk meja aku wish benda yang sama. Oh, hati girang menyanyi-nyayi. Mungkin dalam sejarah exam SPM, ada dua orang jawab exam sambil tersengih-sengih.
Lepas abis SPM, sementara result keluar tuh banyak kali la kitorg gayut fon. Dulu mana ada henfon lagi. Time tuh dia tolong bapak dia (FIL aku la skang) kat kedai tayar. So, pepagi sebelum gerak ke kedai tayar tuh, dia call la aku. Seminit dua je cakap nye. Bukan apa pun, tanya kabar je. Encik Jack ni anak yang baik. Serba-serbi dia takut kat mak bapak dia. Keluar malam ngan kekawan pun tak pernah. Lebih anak dara dari aku! Bila gayut pun, senyap-senyap takut orang dengar. Cakap pun kejap-kejap takut bil mahal, nanti bapak marah. Ada satu kali tuh, dia call aku time bapak dia pergi Johor ambik stok tayar. Sejam lebih bergayut. Haha.. pastu dia macam guilty gila ar.... Ahahaha... My innocent encik Jack. Owh lupa, dekat time nak letak fon tuh dia cakap I Love You sepantas kilat. Aku tak sempat nak suruh ulangsuara lagi dia dah letak. Malu le tu!
Result SPM keluar.. Fuh, nyaris-nyaris aku nak jadi kambing hitam maktab. Ingatkan dapat gred 2 dah... Motto aku kat sana dulu kan I Come, I Sleep, I Score. Hahaha... Gila perasan otak dah bagus tak payah stadi. Fuuuh...nyaris-nyaris tuh. Nasib baik aku dah mandrem baek punya kat examiner-examiner yang marking kertas aku. Kahkahkah.
Kemuncak bestnya kisah cinta aneh aku nih adalah masa time borang UPU keluar. Aku dah standby bonzer-bonzer aku kat 3 tempat. So dengan tamak haloba nya aku ada 3 borang! Encik Jack pulak call aku dengan penuh resah gelisah cakap dia tak sempat nak beli, tiba turn dia borang dah sold out. So, demi masa depan chentaku, aku suruh dia datang ambik aku punya.
Hari tu Jumaat. (I ingat lagi B!) Lepas smayang Jumaat dia call aku cakap nak datang ambik. Aku cakap ok datang je la. Bagi mengelakkan encik Jack sesat barat mencari rumah aku yang memang agak sukar dicari nih, aku cadangkan tempat pertemuan di HUSM. Aku pergi ngan Puan Menteri la. Puan Menteri berulangkali tanya aku sure ke nak kasi borang UPU aku kat dia. Takut 2 lagi tuh tak cukup ke apa ntah. Aku nekad nak bagi dia. So, aku pergi la jugak. Ingatkan datang sorang. Dia tak cakap nak datang dengan mak bapak dia sekali. Pucat aku! Diorang kebetulan nak melawat sedara sakit kat ward HUSM tuh. Memandangkan waktu melawat lambat lagi, Puan Menteri offer konvoi tunggu kat umah aku. Takkan nak tinggalkan orang tunggu waktu melawat dalam keta berpanas-panas kan. Owh, Puan Menteri memang berhati emas. Walaupun aku ketap bibir sebab mak aku pepandai ajak orang balik rumah, kuturutkan jua...
Kelam kabut! Dah la rumah tak berapa nak kemas ketika itu. Aku nih ada satu penyakit, kalu ada orang nak datang rumah, aku nak orang tengok rumah aku kemas. Aku kerah Nik Pareh ngan Wokli yang kebetulan ada menjadi mangsa aku. Mak dia siap bawak bahulu yang sedap giler. Orang lain nak makan pun aku tak kasi sebab sayang takut abis. Haha. Pertemuan 2 keluarga hari tu memang aku tak jangka langsung. It's too soon to be true. Biarlah.. sekurang-kurangnya Puan Menteri tahu dengan siapa aku berskandal. Dari gaya mak bapak dia, nampak macam orang baik-baik. Friendly dan sangat banyak cakap. Mudah mesra. Festaim jumpa dah riuh berborak. I can see mom's heart smiling... Mama suka, aku lagi suka! ;p
Encik Jack adalah lelaki pertama yang datang umah aku. Tak sangka jodoh panjang ngan dia. Btw, aku pernah cakap kat dia yang dia 'hutang' masa depan kat aku sebab ambik borang tuah aku. Aku tersadai kat KYPM, dia elok-elok dapat Matrix under UKM. Walaoeh... Macam lawan tokei pulak. Aku dah terbagi borang luck aku kat dia. Huhu... Nyesal jugak... Ahahaha...
Aku cantas kisah sampai sini aje.
(nape font kejap kecik kejap besar nih?) Lepas kawin bila aku tanya hubby bila sebenarnya dia start jatuh hati kat aku, dia cakap lepas aku tulis banyak sangat 'otograf bebelan' kat kertas kuiz dia. ;p Tapi memasing cover sebab battle of the sexes dalam kelas kitorg tuh. Haha.. Sama-sama hipokrit. Last-last terkawin jugak. Tu la orang kata benci tuh biar berpada. Benci buleh berubah menjadi sayang. Ewah.
Abih citer.