Dark Fellows

Showing posts with label Fella Design. Show all posts
Showing posts with label Fella Design. Show all posts

Tuesday, August 2, 2016

#1337 Me Vs Deko Lala Land

Arghhh lepas pegi open house raya umah lecturer yang vasss tuh, sejak tu hati dah tak keruan... Balik-balik rumah terus rasa tak puas hati... Hari-hari rasa nak make over je rumah ni. 

Aku cakap kat encik Jack, nak tempah slipcover sofa yang baru.. And also curtain untuk bilik-bilik atas yang dah mereput sebab pancaran terik matahari petang. Curtain bilik-bilik atas tu buat masa aku kawin dulu. So, dah 10 tahun la. Curtain sliding kat bawah ni, dah 13 tahun. Curtain sliding master bedroom pulak yang sepupu aku bagi. See, betapa jimatnya bab langsir masa naik umah dulu.

Aku cakap kat encik Jack, nak buat yang elok terus. Might be a bit pricey tapi takpe la, bukan aku nak tukar tiap tahun pun. Selagi dia duk elok kat situ, 10 tahun pun biarlah. Encik Jack kata boleh je, tapi kena tunggu lepas trip mat saleh aku ni la. Permintaan bini 10 tahun sekali ni memang dia tak reject punya hahaha... Memang selama ni buat curtain kat dapur je yang baru. Yang romand blind porak peranda tu... Memang bikin hati hot aje... Selain tu memang takde curtain baru. Curtain satu rumah pakai yang orang bagi je. Hehe..

Alang-alang nak make over kan... Encik Jack tanya nak wallpaper cane... Aku kata daripada pasang wallpaper, baik cat Nippon Momento tu je... Kalu tak suka, anytime boleh cat lain, buat sendiri je. Kalu wallpaper, haru la pulak nak tanggalkan adhesive papers tuh, time pasang nak kena hire orang. Don't know la.. Part dinding punya cerita, aku malas pikir lagi... Nak fokus kat slipcover dengan curtain dulu. Macam lah bajet berkepuk nak buat major make over! 

Aku ada few colors yang berkenan di hati... Royal blue (biru tua), merah menyala yang macam sofa ikea tu, dark brown, dark purple orrrrrrrr WHITE. Hehe. Kalu white, takyah risau kotor. Lagi senang curah klorok je.. Bebenda slipcover ni takyah la risau bab kotor... Dah pesennya washable, basuh sental je lah habih citer...

Dalam hati teringin nak kaler putih... Tapi separuh lagi hati kata ishk macam bosan lah colorless nih... Feeling macam ospital. Sedih je. Ummm... KIV je lah dulu kaler putih... Biru, biru? Merah? Purple? Brown? Brown is too mainstream... Earthy sangat!
Kali ni nak tempah satu body plain... Yang sekarang aku ada ni kan bodynya plain tapi tang kusyen corak bunga-bunga... This time nak sumer plain lah rasanya. Aku sebenarnya tak minat gak corak bunga-bunga ni jiwa macik-macik sangat. Tapi apa nak buat masa beli tu je lah yang dalam range kemampuan.
Tak silap aku dulu pernah tanya staf Fella Design masa beli tu, kos untuk reupholster.. Rasanya seribu lebih la whole body+cushion cover. Dalam blog somebody pernah citer, dia tanya kat HQ, RM700 untuk cushion covers aje, kalu whole body RM1400... Itu kos fabrik + upah jahit + GST. Pada aku, affordable lah. Kalu beli sofa baru, mana ada harga RM2k... Yang cokia-cokia keras kejung tu pun dah RM2k... Nak yang elok dan empuk dan tahan lama dan corak sedap mata memandang, kena ada kurang-kurang pun RM3k... Kalu fabrik Elyza pun dah berapa semeter.. Nak upah sape jahit? Ukuran? Kalu tempah kat Fella Design itself senang, sebab aku bagitau je nama model sofa aku, diorang dah ada ukuran siap-siap. Pilih fabrik yang berkenan di hati aje. Tak mahal dah bagi aku RM1400 tu... Sebab diyakini kualiti dan durabiliti kain tu... Setakat yang aku duk pakai sofa 5 tahun ni, memang kukuh la kainnya. Cushion cover aku tak jejas pun lagi... Sama sebijik masa baru beli aritu... Tak luntur, tak berbulu, tak koyak... Tiap hari kena lenjan... Time gila marathon citer Korea tu memang dah jadi sekulit dengan aku lah sofa ni hahahahaha...
Tahun ni fefeeling nak sofa biru royal sebab terpengaruh dengan rimaison... Huwaaaaa suka sangat dengan sentuhan Rizalman. No kidding. Huntong la sape yang mampu hire dia... Memang tak menyesal la in sya Allah. Very classy... Umah Hanis Zalikha tu Rizalman ek yang reka hias? Bertuah Buji si kucing Russia tuh boleh tido-makan kat umah lawa... Tu pun nak jaki lagi dengan adik dia (Yusuf) tuh...
Aku study la dari gambar-gambar yang Rizalman share... Nak hire tak mampu, kita cedok idea dia je lah... Yang tu je aku mampu... Tak dapat sebijik, dapat sipi-sipi creation dia pun jadi lah.
Disebabkan nak launching projek make over rumah ni entah la bilanya (yang pasti kena tunggu settle hal rumah arwah ayah aku and lepas balik dari Europe), aku gula-gulakan lah hati ini dengan mini make over bilik bibik. Asyik-asyik bilik bibik je yang touch up... Wakakakaka... 
Touch up sikit je pun... Jadilah... Nak touch up banyak pun takleh dah sebab bilik sempit ya ampun. Sebenarnya bilik sempit la senang nak kawal bajet. Nak over cemana sebab takat tu je boleh gi pun hahaha.
Selain slipcover baru dengan langsir, aku rasa aku perlu beli kapet baru jugak. Sebab kapet yang sedia ada ni pemberian mak aku masa baru kawin tu dah koyak... Haih, barang rumah sebaya dengan anak sulung. Yang lagi senior barang dari anak sulung pun ada. Hehe. Memang aku jarang beli benda-benda berskala besar ni. Bebenda macam ni nak kena study mendalam, pikir puas-puas sebab takut silap beli kang merana menyesal jiwa. Bukan boleh undo-undo dah. Tengok kapet sana-sini mahal-mahal nyerrrr... Tapi aku nak beli yang elok... Mana ada murah... Nak gak merasa ada kapet Parsi ke Turki ke apa-apa yang hand woven tuh... Tahan lama weh, bukan saje-saje mahal tu.
Kau layan je lah mood deko deko aku yang hadir sekejap-sekejap sekali ni. Seronoknya kan kalu ada duit... Anytime nak buat apa, nak gi mana, dengan sape... Anytime! Tapi banyak orang yang ada banyak duit yang aku kenal secara peribadinya, hati tak senang macam kita... I don't know... Ujian Allah tu ada dalam macam-macam cara.... Kita duit tak banyak, tapi hidup rilek je... Ada orang yang banyak duit tapi tidur malam dibantu pil tidur... Bahagiakah begitu? 

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Friday, February 17, 2012

#836 Me Vs Cerita Tentang Sofa

15 Januari aritu Encik Jack ajak aku pegi PISA. Saje nak tengok-tengok kat Fella Design tu. Usya dalam internet takde pulak sales kat branch sini. Yang ada cuma kat KL ngan Alor Setar aje. Frast la jugak jiwa lara ni. So, Encik Jack cakap meh la pegi tengok koya-koya dulu. Sambil-sambil nak tahu range harga dia. Lepas balik dari pasar, masak-masak, mandi, makan, semayang, kitorang pun terus ke PISA.

Time kitorang sampai tu memang takde customer lain pun selain kitorang. Dalam hati aku, oh ni mesti takde less ni sebab tu takde orang. Kitorang pun dengan hati yang tak berapa mengharap dapat beli, terus masuk bawah kanopi depan Fella tu tengok-tengok. Items bawah kanopi memang murah la. Mungkin sebab dah seasoned, berhabuk dan berpanas berhujan kat luar tu. Tapi not bad weh. Aku dah berjejesan dah air liur. Yang bawah kanopi pun dah tergoda. Belum masuk dalam Fella lagi.

Tak lama kitorang dok tengok-tengok kat luar tu, keluar la sales person tu greet kitorang. Kat dalam ada banyak lagi, masuk dulu tengok, kata beliau dengan senyuman penuh ramah. Dalam hati aku bajet nak masuk tengok-tengok je la. Kat dalam mesti mahal-mahal. So, kitorang pun mengikut je la... Tak rugi apa pun masuk setakat tengok-tengok.

Masuk je, pergh... Nak terjojol bijik mata aku tengok segenap showroom tu penuh dengan stiker kuning peratus harga potongan. Sales person tu cakap Mac ni Fella nak pindah kedai since MPSP nak ambik balik tapak diorang tu. So, diorang nak kosongkan kedai sebelum Mac ni. Diorang tak advertise pun sales tu. Patut la takde orang. Harga? Memang buat hati tak keruan la. Mostly more than 50% off. Haih, aku ngan encik Jack dah lap peluh-peluh jantan yang bertitik. Nak beli ke tak nak beli ni? Itu la soalan yang keep repeating selama dok dalam tu. Yang ni cantik. Yang ni pun cantik jugak. Yang tu pun. Hew hew hew... Berpeluh dahi nak semua. *Tamak. Kalu tak beli macam rugi pulak, bila lagi nak dapat harga camni. Skang ni diorang buat so called 'moving out sales'. Less memang banyak berbanding sales biasa. Ofkos la kan, diorang despret nak clearkan kedai.

Sales person tu suggest kitorang ambik kat dalam punya. Sebab yang kat dalam new arrival. Yang kat bawah kanopi ofkos lagi murah tapi dah lusuh dan berhabuk. (tapi kalu cuci still nampak baru lagi) Bincang punya bincang, last-last kitorang setuju beli satu set 2+3 seater. Sales person tu cakap set tu yang paling kecik size dia kat showroom tu. Dan yang paling murah ofkos ;p Aku dah risau dah, kot-kot 'kecik' yang dimaksudkan tu akan menampakkan 'cacat' kat umah aku nanti. Apa nak  buat, itu yang paling murah. Setuju je la. Huhu..

Kitorang angkut set 2+3 seater Cloverdale pastu encik Jack berkenan kat satu upholstered bench. Kaler lebih kurang. Haih, apasal semua kaler hijau ni? Dah la curtain pun kaler hijau jugak. Macam janji-janji je. Tak berniat pun nak pilih semua kaler sama.

Sofa aku ni dapat 57% less. After less, separuh harga pun tak sampai. Harus la jiwa kacau nakkan benda ni. I said to myself, this will go home with me. Period. Encik Jack pulak nak bench tu. Less 50%. Tambang lori RM89. Kitorang beli sofa aje, coffee table tak beli pun. Sebab coffee table Fella ni after less separuh harga dah RM800+. Kayu biasa je yang dilaminate. Cantik memang cantik. Tapi a bit pricey for us. So, tak beli la. Coffee table kitorang beli kat kedai kayu jati je. Baru berapa ratus. Kukuh pun kukuh. Beli belah bajet ketat camtu la. Berkira is a MUST.

Cukup la tu. Kalu ikutkan encik Jack, dia nak beli kerusi jati yang 1+1 pastu ada meja kat tengah tu. Macam kerusi tempat area menyambut tetamu tu la. Tapi tak masuk pulak dengan tema western ni.  Hoh, tak sangka encik Jack lebih surirumah dari aku punya taste. Aku nak wing chair ;p Next project la yea. Duit dah habis, sila dok diam-diam.

Kat showroom aritu nampak sofa ni KECIK je. Sebab satu kedai tu sofa semua yang lain bulky-bulky saiznya. Pasrah dah aku. Bila sampai kat umah, mak aih. Makan separuh hall aku. Nasib baik tak koya beli yang besar. Kalu tak, bukak pintu terus nampak sofa je. Nak jalan ke dapur pun mengiring agaknya.

So, itulah ceritanya. Dari tak plan nak beli terus dah selamat kat umah kitorang. Rezeki kitorang la. Alhamdulillah. Kalu tanya aku, memang aku tak pernah menyangka mampu memiliki set sofa idaman. Tengkiu ye encik Jack.... Aishiteru!!!
Drama nak pegi sekolah.
Panjangnya aku mengarang kali ni. Rasa tak biasa pulak. Dah lama kan tak mengarang. Ok lah. Mesin basuh dah berbunyi. Zaraa tak mandi lagi. Adam dah nak balik sekolah. Kena masak lagi. Dan macam-macam lagi keje nak kena buat.
Evening stroll with Puan Menteri.
Next entry: the white sliding door.