Inventori ini bakal membantu anda mengukur, melihat serta menilai sejauh manakah diri anda bersedia untuk (atau sedang) melalui proses revolusi diri. Namun, sebelum anda melengkapkan inventori ini, pastikan anda faham 5 peraturan mudah seperti berikut:
PERTAMA: TIADA jawapan yang ‘salah’ atau ‘betul’. Yang cuba dilihat, dinilai serta diukur adalah sejauh mana diri anda telah/sedang/akan melalui proses revolusi peribadi.
KEDUA: Oleh sebab tidak ada jawapan yang ‘betul’ atau ‘salah’ anda TIDAK BOLEH berfikir terlalu lama sebelum memilih respons untuk semua pernyataan yang diberikan.
KETIGA: Anda dibenarkan mengambil seberapa lama masa pun untuk melengkapkan inventori ini, walau bagaimanapun anda TIDAK DIBENARKAN membaca penjelasan saya terlebih dahulu.
KEEMPAT: Anda TIDAK BOLEH meminta pendapat sesiapa pun ketika mencuba inventori ini. Jika anda inginkan pandangan kedua orang lain, pastikan anda menyiapkan inventori ini terlebih dahulu.
KELIMA (dan yang paling utama): Anda mestilah berlaku JUJUR semasa melengkapkan inventori ini mengikut gerak hati anda dan bukan mencari kejituan atau ketepatan seperti di dalam peperiksaan.
SEKARANG, teliti dengan hati-hati setiap pernyataan yang diberi dan pilih antara --- Saya yakin ini bukan gambaran diri saya (1) / Saya rasa ini mungkin gambaran diri saya (2) / Saya percaya ini adalah gambaran diri saya (3) --- kemudian kira skor untuk setiap pernyataan yang diberikan.
![Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin --- [bahagian 2 daripada 2, item #26 hingga #50 terakhir]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgg-z2I76R3JWH0fJUm3FgyH5MdeBWYlPBsHpTvGa3E9fkC97bufRbvVRtToHzcgEEMW_7MVNF0z94SzVHFaSR154KeRKuG7TG_Jx2z6c8S9zDF06oCJeg_LHjYxEfEK9CsbZneTDoCEfv/s1600/teechconsult-ujian-personaliti-contoh-inventori-cerita-lelaki-sang-neomaskulin-10.jpg)
![Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin --- [bahagian 1 daripada 2, item #01 hingga #25 sahaja]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6XecQ53DlzwHvf0QxZG0bhds2AavPfmth-Rw1ETNK-E-z6dxwTTj218Bx00Y67axmeJzPubtfW4Q892_EOCLXWN6Cn0B9JAne0y_5rlH8iVnQRljXx9s0ymXm5TO-3WjCA7h6z1UXQ9ko/s1600/teechconsult-ujian-personaliti-contoh-inventori-cerita-lelaki-sang-neomaskulin-07.jpg)












2. Boleh kongsi latar belakang pendidikan saudara?
Topik ini dipilih kerana ia bidang kajian saya dan kerana setiap minggu akan ada 1-2 emel atau MMS yang bertanyakan tentang lelaki lembut, lelaki gay, lelaki homoseksual, biseksual dan bermacam jenis lelaki lagi. Tetapi, kita akan hadkan kepada lelaki lembut sahaja, untuk bicara kali ini.
Masih kurang pasti, tentang gender dan seksualiti?
Jalan yang dipilih harus sesuai dengan citarasa tetapi pada waktu yang sama ia perlu juga diseimbangkan dengan kebolehan dan kemampuan sebenar diri kita. Yalah, semua orang mahu menjadi kaya dan mungkin juga glamor, tetapi seperti yang kita tahu kekayaan bukan mudah dicari apatah lagi glamor. Biar apapun bentuk kerjaya impian yang dikejar, jangan sesekali menyerah kalah kerana itu bererti anda sudah gagal mengejar impian…
Mulakan dengan fikiran dan perancangan yang rasional
Dipendekkan cerita, lelaki yang mudah berasa marah adalah termasuk di dalam golongan individu yang kurang stabil kerana kadang kala lelaki seperti ini boleh membawa bahaya kepada orang lain (dan juga dirinya sendiri tanpa disedari). Masalah yang paling besar apabila seorang individu sedang berasa marah adalah hilang daya kemampuan untuk berfikir serta membuat pertimbangan secara rasional.
Bicara Jun ‘08
Bicara Mei ‘08