Followers

Walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Mampu, tapi tak pasti


tertarik dengan gelagat si ayah dalam video ne, anaknya yang masih kecik lagi comel ne sedang menangis, kemudian si ayah pujuk anaknya dengan cara menemani anaknya di dalam katil anaknya itu sehingga anaknya buat-buat tidur..hehe. pas je tengok video ne, sy ad terfikirkan sesuatu. jd sy nak share sikit apa yang sy fikir dan apa yang sy rasa bila menghayati video ne..he.

jeng..jeng..jeng..tetiba sy jadi serius

seorang lelaki boleh bergelar seorang ayah

seorang lelaki boleh menjadi seorang ayah kepada anak-anaknya. seorang lelaki boleh bekerja untuk menafkankan keluarganya. seorang lelaki boleh menidurkan anaknya yang kecil itu ketika isteri tiada bersama. seorang lelaki boleh menghiburkan anak-anaknya ketika anak-anaknya bersedih. seorang lelaki boleh membawa anak-anaknya pergi bercuti ke tempat-tempat yang menarik. seorang lelaki boleh membelikan apa sahaja permainan mahupun pakaian yang diminta oleh anak-anaknya. seorang lelaki boleh melindungi anak-anaknya jika berada dalam keadaan yang getir mahupun  melindungi anak-anaknya dari bahaya. begitu juga dengan kita.. kita mampu melakukan semua ini dan kita mampu bergelar seorang ayah suatu hari nanti. Tapi kita tak pasti samaada kita berhasil mendidik anak-anak dengan didikan agama yang sempurna. kita tak pasti kita berhasil membesarkan anak-anak menjadi orang-orang yang baik akhlak dan berguna. untuk menjadi seorang ayah yang cemerlang dalam mendidik anak-anak memerlukan keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi dari dalam diri. sejujurnya kita tak pasti kita memiliki keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi dalam diri dan kita tak pasti kita mampu memikul amanah sebagai seorang ayah yang diberikan kepada kita kelak.  Walaubagaimanapun kita tetap akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi ayah yang cemerlang. kita yakin kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan olehNya. kita sedar akan  amanah ini terlalu berat untuk dipikul di bahu kita yang selalu lalai dan tercemar dengan dosa-dosa padaNya. kerna kita sedar tentang tanggungjawab ini pasti akan ditanya oleh Allah kepada kita di akhirat kelak. 

jauh sy berfikir..aiseh  ^__^
selain tu, sy nak selitkan sikit situasi yg berkait rapat dengan isu "mampu" tp "tak pasti" ne..mengikut apa yang sy fikir..he




seorang lelaki mampu menjadi seorang anak 

semua manusia mempunyai ayah dan ibu termasuklah kita, kecuali Nabi Adam dan Hawa, manakala Nabi Isa pula dengan kuasa Allah dilahirkan oleh ibunya, Maryam tanpa seorang ayah. berbalik kepada diri kita, lahir-lahir shja kita telah menjadi anak dan kemudian membesar sehingga menjadi seperti yang kita jadi sekarang.he. tapi selama kita hidup, adakah kita telah menjadi anak yang baik dan patuh? sy juga bertanya pada diri sy sendiri sama ada sy telah menjadi anak yang baik dan patuh pada 2 orang tua sy? sy tidak. teringat akan kisah Uwais al-Qarni yang sgt taat pada ibunya, sehingga Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh Saidina Ali dan saidina Umar mencari Uwais dan meminta Uwais berdoa untuk mereka, kerna doanya sangat makbul. begitulah kisah seorang yang sgt taat pada ibunya. seharusnya kisah ini sy ambil iktibar dalam menteladaninya. sebagai anak kita tak pasti kita telah membahagiakan kedua ibu bapa kita. kita tak pasti kita dan menjalankan tanggunjawab sebagai anak kepada mereka dengan baik. tetapi, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang baik dan taat pada kedua ibu bapa. ini yang mampu kita lakukan buat ibu bapa kita dalam berbakti kepada mereka, InsyaAllah.


gambar dari google (mfr studio)


begitu juga, seorang lelaki mampu menjadi seorang suami, tapi tidak pasti betul-betul telah menjadi suami yang baik untuk isteri dan menjadi contoh ikutan pada isterinya dalam menjalani kehidupan berumahtangga. seorang lelaki mampu menjadi seorang kawan, tapi tidak pasti sama ada telah menjadi sahabat yang sanggup menghadapi saat duka, ada ketika diperlukan, dan membantu sahabatnya ketika dalam kesusahan. kesimpulannya, kita mampu menjadi semua yang kita mahu, tapi kita tidak pasti kita laksanakan tanggungjawab kita dengan baik. apa yang kita mampu dan pasti ialah berusaha melakukan yang terbaik dan cuba menunaikan segala kewajipan kita sedaya upaya. InsyaAllah.





Friday, December 17, 2010

Rahmat Allah


Bismillahirrahmanirrahim

Indahnya bila dikurniakan apa yang kita minta..
Terasa begitu besar rahmat pemberianNya kepada setiap yang merasainya..
Adakala apa yang kita minta tidak termakbul sekarang, dan mungkin akan termakbul suatu hari nanti..
Sebaliknya, jika apa yang kita minta, tidak termakbul, ketahuilah setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..
Ketahuilah, Dia lebih mengetahui tentang sesuatu, dan Dia mengetahui tentang apa yang kita tidak ketahui..
jadi bersabarlah, kerna setiap yang berlaku pasti sudah   ditetapkan apa hikmahnya atau apa kebaikan selepasnya..

Adakalanya... doa termakbul dalam masa yang singkat.. Masih tidak terasakah kebesaranNya?? Apabila apa yang di minta tidak sampai satu hari pun sudah dimakbulkan.. Ucapkanlah Alhamdulillah di ketika itu juga.. Itu tanda Dia sayang pada hambaNya..

Baru2 ne..seorang kenalan berpangkat abang.. Dia sudah sembuh dari satu penyakit yang yang agak serius iaitu sakit buah pinggang.. Dia menderita penyakit buah pinggang ne sudah agak lama.. Sehingga  mengganggu kesihatan dan dia tidak secergas sebelumnya untuk melaksanakan tugas harian. Dengan kekuasaan Allah, baru2 ne abang 2 telah sembuh dari penyakit buah pinggangnya. Abang 2 seorang yang baik dan dia merupakan seorang bilal. Besar kan rahmat Allah buat hambaNya yang bersabar. Tak dapat saya bygkan apa perasaan abang 2 bila dia telah sembuh dari penyakit buah pinggang yg dialaminya, selain dari melihat wajahnya yang berseri2. 

Mari kita fikirkan..

Wednesday, December 15, 2010

Pengalaman merupakan guru yang terbaik

Sekecil2 perkara mahupun sebesar2 perkara yang kita alami merupakan sesuatu yg bermakna untuk kita. Sesuatu yang telah berlaku pada kita adakalanya sesuatu yang indah dan adakalanya sesuatu yang buruk.

contoh pengalaman manis:

berjumpa dengan kucing berwarna hitam putih
berkenan ngan dia (merujuk kepada kucing) sebab dia cantik
pelihara dia sampai bulu kembang2
bila aku memangilnya, dia menyahut panggilanku
setiap kali meninggalkan dia di rumah dia melambai2 kepada ku (ada ke kucing leh lambai) :)
dan setiap kali pulang ke rumah dia akan menunggu di pintu..
kemudian dia bunting dan manisnya saat aku melihat dia melahirkan baby2 yg comel2

Dia ketika melambai2.

erkk..ne masa dia ngigau..
dia ngigau cam2 sy agak mgkn sb terkesan 
dari filem "hantu kak limah balik rumah"

contoh pengalaman buruk yang menjadi tauladan:

akibat tidak mendengar kata kedua ibu bapa
ayah kata jangan berlumba, mak kata sayanglah nyawa
akibatnya parut besar telihat dekat muka
kerna terjatuh ketika berlumba
naseb baik hanya luka2
kalau patah atau lumph ke
diri sendiri juga yang sengsara

parut kelapa
gmbr parut kat muka, sy x upload 
sb mungkin ada yg takut nt..

Sekecil2 ataupun sebesar2 sesuatu perkara yg berlaku merupakan pengalaman yang boleh dijadikan ingatan, tauladan, iktibar, pedoman dan sempadan untuk diri kita dengan sejauh mana kita mahu belajar daripada pengalaman yang kita lalui itu, untuk penambah baikan, pembaharuan dan juga mewujudkan keadaan diri kita yang lebih baik. Beserta dengan niat hanya kerana Allah. InsyaAllah

mutiara kata

ku berikan hatiku pada dunia, dunia menipu, memperguna dan merpersenda, 
sehingga aku berada dalam kehinaan

ku berikan hatiku pada manusia, manusia memperguna, 
mempersenda dan memfitnahku

ku berikan hatiku pada Allah, hatiku di belai, di sayangi, di pelihara, 
sangat lembut, syahdu dan mengasyikkan

Thursday, December 9, 2010

Bila didatangi kesusahan

Betapa beruntung sekali orang-orang yang di berikan ujian, dan dia sabar menghadapi ujian yang hadir padanya. Tetapi ada yang dalam kerugian bila diberikan ujian dia mengeluh dan merungut2 dengan kesusahan yang dialaminya.

Betapa beruntungnya orang-orang yang sentiasa merindui ujian dari Allah s.w.t. kerana dia tahu bila dia dikurniakan ujian dari Allah s.w.t. itu tanda Allah sayang padanya. Dia berfikir tentang ujian datang kepadanya itu sebagai sesuatu yang mentarbiyah dirinya kerana dia yakin suatu saat sesudah berlalu kesusahan yang dialami di dalam ujian itu padanya, dia akan menjadi insan yang lebih baik, lebih sempurna walaupun tidak sesempurna Rasulullah s.a.w. dan menjadi insan yang lebih berjaya.

Tetapi jika sebaliknya, berlaku ujian sesudah ada yang meminta ujian datang kepadanya kerana dia terasa rindu pada ujian Allah, namun sesudah ujian datang kepadanya, dia tidak mampu dan terlupa akan ujian itu datang dari Allah kepadanya, lalu dia mengeluh dan merungut2 di atas kesusahan yang di alaminya itu. Maka rugilah dia sesudah dia yang merindukan ujian Allah tetapi dia pula yang tidak bersanggupan untuk menghadapinya.

Adakalanya ujian datang, kemudian terdetik di dalam hati akan kesusahannya, seperti tidak redha akan kesusahan yang mendatang itu. Dan jiwa menjadi lemah, luntur semangat mu sebagai seorang Islam, luntur jiwa rijalmu da nisamu yang tulen itu, di mana sebelum tibanya ujian dan kesusahan semangat begitu tinggi. Maka insafilah, ingatilah Allah, selagi hati tidak redha pada ujian yang mendatang, selagi itu diri tidak redha pada Allah, kerna Dia yang menguji dan Dia menguji atas kesesuaian iman. Tidak akan menguji melainkan apa yang setiap manusia mampu hadapi.

Saat datang ujian, syaitan lebih berusaha gigih membisikkan ketelinga untuk melemahkan hati yang sedang berusaha menghadapi ujian dan kesusahan. Kalau dimakan nasihat syaitan yang berusaha membisikkan kata-kata dan nasihat-nasihat kehancuran, maka hancurlah orang yang mendengar kata dan nasihat syaitan. Orang itu pun tak terdaya menghadapi ujian yang diberikan, lalu tersungkurlah dia atas sebab dia mendengar kata dan nasihat syaitan. Kemudian bersoraklah para syaitan atas kemenangan mereka dalam misi untuk menghancurkan orang-orang yang di berikan ujian.

Teringat akan satu ayat yang begitu indah pada sy, kemudian sy ubah mengikut kefahaman sy, bila datang ujian, ujian, ujian dan ujian padamu, ingatlah yang satu masa juga akan terkumpul segala kesenangan, kesenangan, kesenangan dan kesenangan untukmu.


Sunday, December 5, 2010

Selamat hari lahir


Setiap tahun ulangtahun hari lahir kita akan tiba, tujuan sy menulis bukanlah untuk bgthu semua pembaca iaitu hari ini hari lahir sy. Tp untuk berkongsi sedikit ingatan untuk ibu kita. Sebab tatkala tiba hari lahir kita, tatkala kita menyambutnya mahupun tidak, adakah kita terfikir untuk mengucapkan terima kasih pada orang yang melahirkan kita? Apa yang kita fikir pada hari lahir kita ialah ada tak ibu kita nak buat sambutan untuk hari lahir kita, ada tak ibu beli kek untuk kita… Ya, kadang2 ibu ada beli kek untuk kita, untuk menyambut hari lahir kita, sebab dia selalu ingat bila hari lahir anaknya. Ibu ingat hari lahir kita? Kenapa ibu selalu ingat hari lahir kita..  Sebab dialah yang ada masa 2. Dia lah orang paling rapat dengan kita ketika mahu melahirkan kita. Dialah orang yang melahirkan kita ketika itu. MasyaAllah.

Terima kasih pada ibu      sebab dia yang lahirkan 
kita Tak dapat kita nak bayangkan saat ketika dirinya melahirkan kita
Kita terhutang jasa dan pengorbanannya Tak dapat kita bayangkan, dirinya 
sanggup bersusah payah Ibu sanggup mempertaruhkan nyawa demi 
melahirkan kita Sehingga kita menjadi diri kita seperti
 sekarang Semuanya atas sifat kasih, 
keberanian, kekuatan mak,
ummi,mama,
ibu

*****
Saat ini, hati merindui mak.. siapalah diri ini tanpa mak yang telah banyak berkorban untuk diri ini, saat ini diri ini tidak dapat melihat mak di depan mata. Sebelum ini mak ada pada hari lahir diri ini. Tapi tak pernah diri ini nak mengucapkan terima kasih pada mak, tak pernah pun diri ini terfikir untuk mngucapkan terima kasih pada mak di hari lahir diri ini kerna jasa dan pengorbanan mak.

*****
Penulis : Assalamualaikum, mak.
Mak : Waalaikummussalam. Haa anip, nape telepon ni?
Penulis : Takde pape mak, saje je. mak kat mane ni?
Mak : Mak di tersang ni, tadi petang abang hantar mak.
Penulis : Ya, abang ada kat umah la ni? Abah ngah buat apa?
Mak : A’ah, abang ada 2. Abah tengah makan. Hujan tak kat sana? Masa pergi kerja hujan tak?
Penulis : Oo, ngah makan. Setakat ni tak pernah lagi hujan masa pergi balik kerja.
Mak : Elok la 2, beli baju hujan nanti. Jangan lupa beli baju hujan.
Penulis : Ok, duit mak bagi aritu ada lagi. InsyaAllah nt beli.
Mak : Ya, jaga diri 2, jaga makan.
Penulis : Ok, ya jaga diri elok. Esok hari lahir kas (sy) kan.
Mak : Ya esok hari lahir anip (mak memang ingat hari lahir sy), kalau ada dekat umah boleh la beli kek.(sambil gelak kecil) tp tak balik, takde la.
Penulis : Xpela mak, x balik nak buat macam mane.
(Sebenarnya sesuatu yang nak disampaikan x sampai2 lagi kat mak, asyik mak potong je)
Mak : mak doakan semoga Berjaya dengan kerja, Berjaya dalam hidup, semoga sihat tubuh badan.
Penulis : Terima kasih mak.
Mak : mak doakan selalu, semoga berjaya lah dalam hidup.
Penulis : mak, nak cakap ni.
Mak : ha apa dia?
Penulis : Terima kasih mak, sebab lahirkan anip.
Mak terdiam dalam  2 3 saat….  

******
Alhamdulillah berjaya juga nak cakap terima kasih..hehe. Pada sahabat2 dan para pembaca yang dikasihi, kadang2 kita sukar nak ucap perkataan2 seperti terima kasih, saya sayang, saya rindu, pada ibu dan ayah kita..(terutamanya lelaki ^ ^ ). Tp cubala bgthu ibu dan ayah kita, lama2 kita akan terbiasa dengan kata2 seperti ini. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati ibu dan ayah, selain dari anak2nya.

Bagi sahabat2 dan pembaca yang sudah tiada ibu dan ayah, berdoalah untuk mereka. Sedekahkanlah ayat2 Al Quran untuk mereka di sana.

Dari abu hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih-Riwayat Imam Ahmad).

Doa dari anak kepada orang tua ini sangat baik, sama ada anak itu soleh ataupun sebaliknya kerana doa anak pada orang tuanya sangat baik dan berguna. Tapi doa anak yang soleh adalah lebih baik kerana lebih di harap termakbul doa itu. InsyaAllah mari kita sama2 berbakti kepada orang tua kita, kerana kasih sayang mereka sebelumnya kepada kita. Mungkin tiba masa kita berbakti smula membalas jasa dan pengorbanan mereka, meskipun kita takkan mampu membalasnya biarpun sehingga ke akhir hayat kita, tapi sebagai anak2 inilah kewajipan kita kepada mereka. InsyaAllah.

Tuesday, November 30, 2010

CINTA

“Abang, temankan  saya ke pasar sekejap boleh, ada barang dapur sikit yang saya nak beli.” Beritahu isteri yang berada di dapur kepada suaminya. Dengan segera suami menjawab “boleh sayang”, ketika itu suami sedang baring di ruang tamu, suami baru sahaja hendak tidur kerana penat tidak hilang lagi selepas balik dari kerja. Tapi demi isterinya, suami turutkan permintaan isteri yang memintanya menghantar ke pasar. Kalau hendak di ikutkan penat badannya mahu saja dia membiarkan panggilan isterinya itu. Mahu saja dia tidur di sofa yang empuk itu. Suami mengenangkan isterinya yang sedang mengandung 7 bulan itu tidak pernah mengabaikan makan minum dan pakainya. Semuanya dilakukan oleh isterinya dengan sebaik-baiknya tanpa perlu di arah olehnya. Setiap kali pulang dari tempat kerja si isteri pasti menyambut kepulangan si suami dengan senyuman dan dengan sendirinya menyediakan air untuk suami tanpa diminta suami. Yang lebih mengagumkan suami, isterinya yang sedang mengandung anak sulong mereka ini membancuh air teh dan kadang kala air oren. Bukan air kosong yang diberikan kepada suaminya. Setiap apa yang di minta oleh suami pasti diturutkan sahaja oleh isteri tanpa sebarang bantahan, begitu juga dengan suami yang sentiasa memenuhi permintaan isterinya.

Apakah yang mendorong mereka saling memenuhi permintaan tidak kira suami yang meminta mahupun isteri yang meminta? Apa yang menyebabkan si isteri ringan menyediakan pakai makan dan minum suami? Pendorong mereka ialah CINTA. CINTA mereka kepada Allah yang diletakkan teratas dalam diri masing-masing.

CINTA ini menjadikan segala tanggungjawab dilaksanakan dengan rasa tenang dan terasa ringan malah setiap yang dilakukan terasa begitu manis sekali. Begitulah rumah tangga yang didasarkan kepada CINTA yang hakiki. Suami menganggap isteri sebagai satu anugerah Allah kepadanya dan merupakan amanah yang besar baginya. Manakala isteri tahu tanggungjawabnya pada suami di mana dia mesti taat dan patuh pada suaminya. Cinta kepada Allah menjadikan mereka percaya segala ketentuanNya termasuklah dengan jodoh ini. Mereka percaya Allah telah menemukan mereka sebagai suami dan isteri, dan mereka di pertemukan kerana mereka adalah pasangan yang paling sesuai. Tidak ada lelaki lain yang lebih baik untuk si isteri dan tidak ada perempuan lain yang lebih baik untuk si suami, melainkan apa yang mereka miliki sekarang.

Begitu jugalah dalam kehidupan seharian kita. Semoga dengan pegangngan CINTA ini kita melaksanakan segala kewajipan kita sebagai hamba dengan sepenuh hati dan perasaan kita, dengan rasa senang dan ringan untuk melaksanakannya. Dengan perasaan CINTA ini, kita harapkan kita tidak terus terlupa untuk mengingati DIA. Kerana CINTA ini jugalah, kita mampu melaksanakan segala tuntutanNya dan menjauhi segala laranganNya. Pasti terbentuk pagar yang mengelakkan kita daripada terkeluar dari kawasan yang sepatutnya kita diami. Kawasan yang kita diami, iaitu Islam yang sejati, menjadi muslim yang asli. InsyaAllah.

Saturday, November 27, 2010

Istiqamah

Teruskanlah sesuatu yang baik itu, teruskanlah mengerjakannya. Sesungguhnya Allah suka pada hambaNya yang berterusan dalam melakukan sesuatu yang baik. Bersabarlah dalam melakukan sesuatu yang baik, kerjakanlah perkara yang baik itu bersungguh-sungguh, pasti kamu akan berjaya.

Jauhilah sesuatu yang tidak berfaedah, jauhkanlah hal yang tidak berguna itu daripada dirimu. Berdoalah agar diri dijauhkan daripada sesuatu yang tidak baik. Peliharalah diri dari melakukan perkara yang sia-sia. Sayangilah diri kamu, sepertimana Allah menyayangi kamu.

Friday, November 26, 2010

insan AGUNG

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi..seorang wanita sedang berada di dapur, kelihatan wanita itu sedang duduk di meja makan. Sarapan pagi sudah siap disediakan, dapur kelihatan kemas, dan pinggan mangkuk tersusun rapi. Semua kerja rumah dilakukan selepas sahaja solat subuh. Sedang wanita itu duduk di meja makan, masuk seorang budak lelaki sambil memanggilnya dengan berkata “ibu, ibu sudah siapkah sarapan pagi?”… terkejut wanita itu bila anaknya memanggil namanya, sedangkan ketika itu dia tengah mengelamun agak lama. Sambil tersenyum wanita itu menjawab “sudah siap amin, anak ibu da lapar ya?” Budak lelaki itu duduk di kerusi meja makan sambil memandang tudung saji, kemudian berkata “a’ah ibu” pendek saja jawapan yang diberikan. Wanita itu membuka tudung saji, kelihatan 2 jenis kueh mueh dan semangkuk besar mee goreng serta satu jug air teh. Wanita itu menyuruh amin memanggil abang ,kakak dan juga ayah untuk bersama-sama bersarapan dengan dia dan amin. Dengan sekali sahaja ibunya menyuruh, segera amin bangun dari kerusi dan terus pergi mendapatkan abang, kakak dan juga ayahnya. Tidak lama kemudian mereka semua datang ke dapur, wanita itu melihat wajah abang yang baru sahaja bangun tidur, kakak pula sudah siap mandi, nampak ceria wajahnya hendak bersarapan. Suaminya pula masih berkain pelikat datang dalam keadaan ceria sambil memandang wajah anak-anak hasil perkongsiannya dengan wanita itu. mereka semua pun duduk di meja makan. Kemudian ayah berkata dalam nada bergurau kepada anak-anaknya “sapa yang tak mandi lagi pagi ne? tak boleh makan sama-sama”. Abang yang belum mandi terasa dengan pantas menjawab “ayah pun tak mandi lagi, tengok tu masih berkain pelikat”. Kemudian mereka semua ketawa kerana gelagat abang dan ayah. Begitulah suasana keluarga wanita itu ketika makan bersama tidak kira makan pagi, tengahari ataupun malam.  Jika semua ahli keluarga ada di rumah, mereka pasti akan makan bersama-sama. Lagi-lagi pula hari minggu dan ketika cuti sekolah.

Sebagai isteri dan ibu, wanita itu tidak pernah merasa lelah dalam melakukan kerja rumah setiap hari. Wanita itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menyediakan makan dan minum untuk suami dan anak-anak. Setiap waktu, makanan pasti disiapkan tepat pada waktunya. Tidak pernah sekali pun suami dan anak-anak terlewat untuk makan sama ada pagi, tengahari mahupun makan malam.

Pakaian suami pula pasti di gosok sebelum suami pergi bekerja, bagi wanita itu memang tanggungjawabnya untuk menjaga pakai suaminya supaya sentiasa kemas dan tidak perlu suaminya menggosok  baju sendiri untuk pergi bekerja. Wanita itu mahu memastikan suaminya sentiasa dalam keadaan bersedia sebelum pergi bekerja. Wanita itu memahami tugas suami yang setiap hari keluar menjalankan tugas untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga, untuk anak-anak.

Kesemua anak-anak yang masih bersekolah tidak pernah wanita itu lupa, setiap pakaian sekolah di gosok dan belanja sekolah anak-anak diberikan sebelum anak-anak pergi ke sekolah. Pesan wanita itu kepada anak-anak setiap kali mereka hendak keluar rumah ke sekolah agar belajar bersungguh-sungguh supaya nanti boleh menjadi orang berjaya dan pesannya lagi agar anak-anaknya menjaga diri baik-baik. Wanita itu pasti akan berkata “ibu sayang kamu” kepada anak-anaknya sebelum mereka keluar rumah ke sekolah atau keluar bermain. Dan ketika anak-anak di sekolah, wanita itu sentiasa memikirkan tentang anak-anaknya sehinggalah anak-anaknya pulang dari sekolah.

Di dalam doa wanita itu setiap kali selesai solat ialah untuk suami dan anak-anaknya. Wanita itu selalu mendoakan kebahagian keluarganya dan mendoakan kesihatan suami dan juga anak-anaknya serta dipanjangkan umur suami dan anak-anaknya. Dalam hati wanita itu mahu keluarganya sentiasa berada di bawah Rahmat illahi dan sentiasa dilindungi oleh Tuhan. Wanita itu selalu mendoakan agar anak-anaknya menjadi  anak-anak yang baik dan taat pada agama. Harapan wanita itu agar anak-anaknya boleh menjadi manusia yang berguna pada agama dan masyarakat suatu masa nanti.

Sesekali sakit dan demam datang menguji wanita itu. Tapi dia cekal dan teguh menjadi pekerja yang setia menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah kepadanya di rumah. Biarpun sesekali pening kepala datang, makan minum dan pakaian suami dan anak-anak tetap dijaga dengan baik. Biarpun kadang-kadang anak-anak banyak menguji tambahan ketika dia demam, namun dia tetap bersabar dan tetap meneruskan tugasnya sebagai suri rumah sepenuh masa. Baginya amanah yang diberikan lebih besar dari dirinya, sebab dirinya yang demam dan sakit boleh sembuh, tetapi kalau amanah dan tanggungjawab yang diberikan tidak dijalankan dengan baik, dia sudah melanggar amanah yang diberikan padanya.

Wanita itu seorang isteri dan ibu.. setiap manusia dilahirkan oleh ibu. Termasuklah kita, kita dilahirkan oleh insan agung ini, dalam hidup kita tidak ada 2 atau 3 insan agung yang melahirkan kita. Tetapi hanya seorang manusia yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan kemudian melahirkan kita iaitu ibu kita. Ya Allah, syukur kita ada seorang ibu yang pernah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dalam keadaan yang kadang-kadang menyakitkan. Tetapi ibu tidak kisah sakit yang ibu hadapi ketika mengandungkan anak ibu, yang penting ibu dapat melihat anak ibu lahir dalam keadaan yang baik dan membesar dengan sihat. Seperti yang kita tahu, Nabi Adam dan Hawa tidak mempunyai ibu dan ayah. Nabi Adam dijadikan daripada tanah manakala Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Nabi Adam. Merekalah manusia pertama yang diciptakan Allah, dan dari merekalah wujudnya manusia-manusia pada hari ini.

Dari kisah di atas kita dapat lihat betapa besar jasa dan pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Kewajipan bagi kita semua untuk mentaati ibu dan bapa kita kerana tidak masuk syurga bagi anak-anak yang menderhakai ibu dan bapa. Sebagai anak lelaki tanggungjawab kita adalah kepada ibu kita yang paling utama. Bagi lelaki yang sudah berkahwin, mesti mendahulukan ibunya daripada isterinya.

Sementara ibu kita masih ada di dunia ini, ingatilah dia dimana jasa dan pengorbanannya yang cukup besar untuk membesar dan mendidik kita. Tanpa ibu mungkin hidup kita terabai tanpa kasih sayang dari seorang ibu. Begitulah juga kepada bapa yang mana banyak berkorban demi menyiapkan anak-anak dari segi perbelanjaan, pakaian, kasih sayang dan sebagainya.

Beruntunglah wanita yang menjaga kemaluannya, menjaga solat, berpuasa di bulan Ramadan dan taat pada suami kerana ganjarannya adalah syurga yang kekal abadi. Dia boleh pilih mana-mana pintu yang dia suka untuk masuk ke syurga.

Thursday, November 25, 2010

Jalan

***
“Eh apa yang berlaku kat saya ne?” Tetiba bercahaya plak ne, silaunya.. “Saya kat mane ne?” Saya nak nangis la.. “Huaa huaaaa…”. Ohh saya dah keluar rupenya. Leganya saya, selamat juga saya keluar ne. Akhirnya dapat juga saya melihat dunia. “Oh 2 abah saya ke?”. “Hii abah”. Eh silap lak, tu doktor la..alamak malu saya. Ha 2 barulah abah saya, “hai abah”. Hensemnye abah saya ne.. “Mane mak saya?”  oh tu mak tengah baring, berpeluh2 mak saya. “Mak penat ye?” mak saya tembam sket. Ne mesti sebab saya dia jadi tembam, saya suh dia makan banyak time ngandungkan saya. Tahniah mak sebab menembamkan diri untuk saya.

***
“Oh 2 tak boleh pegang”.  “Oh yang ne tak boleh makan”.  “Yang ne mak?” Sambil tunjuk ngan jari. “Yang ne boleh pegang dan boleh makan”. “Oh ye ke mak”. Baru saya tahu, banyak perkara baru saya blaja. Bestnya kalau dapat pijak tanah. Dah 3 tahun, tp tak pernah pijak tanah lagi. Bila kat luar mesti kena dukung. Dan akhirnya dapat jugak saya pijak tanah, dapat lari-lari dan mesti mak tak dapat kejar. “Ha mak pegang burung?” “ Ye ke ada burung pipit lam tangan mak?” Excitednya nak tengok.. alamak taktik je nak tangkap saya bawak masuk lam umah. Tertipu saya..

***
“OooOOo jus…”. “ Saya jalan dulu”. Terer betul saya, dah boleh buat menara klcc dah ne daun terup saya menang hari ne..(mode gembira) tp 5 minit je. Pastu kantoi ngan cikgu kelas. Habis harta kekayaan negara saya hari 2 kena rampas. “Baik cikgu, kami janji takkan buat lagi”. Insap saya kena ceramah. Kat sekolah saya suka matematik, campur tolak bahagi darab cap ayam je kalau suh saya buat. 4 tambah 5? Jawapannya 9….. 1 darab 4? Saya tahu jawapannya 4….. 6 bahagi 2?, haha kacang mestilah 3….. 1 tolak 1? mestilah 1 jatuh sebab kena tolak.

***
Abah cakap jangan kawan dengan kawan yang salah. Pilih kawan yang baik sebab bila kawan ngan kawan yang baik, kita akan jadi baik, kalau berkawan ngan kawan yang tak senonoh kita pun sama macam kawan kita tu. Mak cakap, masa dekat rumah baca buku, nanti senang je nak jawab exam. SPM saya pun da tak lama, ari-ari mak  suruh saya baca buku. Sambil duduk boleh baca buku, sambil baring pun boleh baca buku. Kata mak “Kawan mak masa dulu rajin, sekarang dah jadi cikgu, ish rajin dia baca buku, dia baca buku sambil baring alaskan kelapa, bila tertidur tergolek la kelapa, pastu dia sedar dan sambung baca lagi, nampak tak usaha dia nak dapatkan ilmu?” “Nampak mak”.  Saya pun nak buat, baring kat kerusi sambil baca buku beralaskan bantal..kompem tak tergolek leh mimpi indah..hehe

***
Masa remaja ne kena pandai bawa diri, nak kata fikiran dah matang tak juga, baru nak matang sikit. Kadang-kadang rasa gembira dan kadang-kadang sedih. Pesan mak dan abah saya selalu ingat, tapi kadang-kadang saya lupa. Ada yang tak kena dengan saya. Orang cakap masa muda la kita nak beramal, sebelum kita tua. Macam lagu nasyid Raihan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, iaitu, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, dan hidup sebelum mati.

***
Tanggungjawab makin bertambah, saya ada isteri. Anak-anak tanggungjawab dan amanah dari Allah pada saya dan juga isteri. Tanggungjawab saya ialah pada isteri, anak-anak, dan ibu saya. Memberi nafkah pada keluarga merupakan tanggungjawab saya, bermakna tempat kerja juga tanggungjawab saya. Tambahan kalau kerja saya berkaitan dengan masyarakat, kalau saya polis, bomba ke, doktor ke, tanggungjawab saya pada orang ramai yang memerlukan. Keseimbangan perlu, antara dunia dan akhirat. Harap-harap saya dapat memberikan perhatian pada dunia agar memberi cahaya di akhirat kelak.

***
“Mestilah putih, kan atuk dah tua, nanti kalau along dah tua, rambut mesti macam atuk”. Saya dah ada cucu, cucu-cucu pulak sesetengah dah bekerja. Maknanya dah tua sangat dah saya ne. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan nikmat pinjaman nyawa sehingga dapat melihat cucu-cucu membesar. Selama hidup ini banyak kali melupakan Dia. Banyak kali saya jatuh. Kemudian Dia bangunkan semula saya dengan petunjuk-petunjukNya. Di mana masa hidup saya gunakan? Kalau dah ada cucu ne, bak kata orang “kubur kata mari, rumah kata pergi”.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Dunia hanyalah pinjaman semata-mata sebelum berada di alam akhirat yang kekal abadi. Seterusnya jalan yang harus ditempuhi ialah alam kubur, kemudian dibangkitkan di padang Masyar, dan akhir ialah penentuan ke syurga atau neraka.

Saturday, November 6, 2010

Ya aku CINTA ALLAH

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat ....... 
  
Mungkin malam JUMAAT? 
  
Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? 

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian... 

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? 

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA. 

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... 

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) 

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. 

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH 

Ya aku CINTA ALLAH 
  
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku 

DIA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. 



Notes: Sesungguhnya ada manusia yang TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. 

Sesungguhnya ada manusia yang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN.






sumber asal  Muhammad Azri

waras menolak lalai

"lalai" bukan berpunca dari hatimu

hati kamu adalah raja dalam kerajaan diri

apa watak akal dalam kerajaan diri?

akal kamu yang tidak boleh pegang kerajaan diri

keselarian pertama: biar hati yang memimpin akal kamu

keselarian kedua: jangan biarkan akal yang memimpin hati kamu

keselarian ketiga: sebaiknya biar hati selari dengan akalmu

supaya akal dikawal hati untuk memikir

barulah akal yang memikir itu waras

kerana perhatian yang diberikan oleh hati untuk akalmu

jadi sama sekali tidak akan menghancurkan kamu

malah memimpin kamu kearah "waras"

Thursday, November 4, 2010

Hijrah

Assalamualaikum. Alhamdulillah, mlm ne dpt jga mengisi ruang yg masih kosong lam blog ne. agak lma jga x menaip ne. bila da ad peluang dan ad sedikit masa, elok gunakan sebaik2nya, bila da sibuk nt mmg xda masa nak buat pengisian di sini. ibarat pepatah melayu ad menyebut" masa itu emas". kenapa pepatah melayu menyebut masa itu emas?? jwpn yg kurg tepat dari sy, mgkn sb msa yg berlalu pasti takkan kembali lagi, setiap saat yg berlalu xkan dpt kita ulang kembali. tp kdg2 sy ne pun lalai jugak.hehe. insyaAllah mahu hijrah dengan mengisi masa dengan perkara yg berfaedah d masa dpan. setiap hari klu kita niat buat sesuatu yg baik, ianya merupakan hijrah. hijrah 2 ap?? "hijrah itu perjuangan" bak lirik lagu Maal Hijrah. dalam konteks perkataan hijrah, ianya membawa maksud yang berbagai seperti berpindah dari satu tmpt ke tempat yg lain dan ia juga boleh membawa maksud perpindahan bersifat kejiwaan, kerohanian dan sebagainya. mari kita imbas kembali pada peristiwa penghijrahan yang teragung iaitu melbtkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah. penghijrahan baginda Nabi Muhammad dan para sahabat merupakan sesuatu yg amat berat yg terpaksa mereka tanggung. penghijrahan ini semata2 untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. ketulusan hati mereka ini telah dirakamkan oleh Allah s.w.t dalam firmannya yg bermaksud :

'…(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan daripada Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.' (Surah al-Hasyr : 8)

penghijrahan baginda bukanlah kerana Baginda takut atau mahu lari dari ancaman kafir quraisy.tetapi penghijrahan ke Madinah adalah bertujuan mencari kekuatan ummah dan menghindarkan daripada permusuhan yang sengaja diada2kan demi kepentingan golongan tertentu di kalangan pemimpin Quraisy. Falsafah yang tersirat di sebalik hijrah amat banyak dan inilah yang sebenarnya yang memberikan kekuatan kepada umat Islam serta memastikan kelangsungan sebuah perjuangan menegakkan syariat Islam yang memerlukan wawasan dan perancangan yang teliti. dan penghijrahan ini menjadi satu titik tolak pada penyebaran islam ke seluruh pelusuk dunia pada hari ini. begitu hebat perjuangan yg telah dilakukan oleh Baginda dan para sahabat demi agama Islam. 

hijrah yg mereka lakukan memberikan makna yang besar pada kita semua sbgai umat Islam. kisah mereka ini kita boleh jadikan sbgai iktibar untuk menjadikan kita lebih sabar n tabah dlm menjalani kehidupan seharian. adakalanya kita ditimpa dgn musibah, dan hendaklah kita sentiasa mengingatiNya. mgkn dugaan yg kita lalui adlah ujian dariNya, untuk menjadikan kita lebih kuat. selain dari itu, dari dugaan yg kita hadapi itu, darjat kita diangkat lbh tgi lagi olehNya. dugaan yg kita hadapi bersesuaian dgn iman kita, smkn tgi iman kita maka smkn besar dugaan yg diterima. jika lemah iman kita, maka ringan dugaan yg diterima. ini kerana Allah tidak akan membebankan manusia dgn perkara yg dia tidak mampu hadapi dan tanggungi.

berbalik pada hijrah, hijrah dari sesuatu yg tidak baik kepada yg baik amat dituntut dalam Islam. kita dianjurkan untuk melakukan sesuatu yg baik setiap hari. kita ditegah daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dgn agama. setiap perkara yang kecil sama ada baik ataupun buruk, pasti akan di hisabkan kelak. penghijrahan semestinya memerlukan pengorbanan, tp pengorbanan yg dilakukan itu sebnarnya manis biarpun mgkn pahit yg kita hadapi. manis yg kita inginkan ini mgkn mnjadikan diri kita lbh kuat. dan kita mstilah yakin akan kehidupan yg kekal abadi di sana nt, itulah merupakan kemanisan dan kebahagian yg sebenar. smga kita sm2 cuba melakukan sesuatu yg baik setiap hari dan menjauhi pkara2 yang ditegah. InsyaAllah(^  ^). apa yang baik itu dtg dari Allah, apa yang lemah itu dtg dari diri ini.