Wednesday, July 3, 2013

Umrah dan Ziarah (2)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Umrah dan Ziarah (1).

Agak lama baru nak sambung cerita... dah ditinggalkan lama. Jika diceritakan semula, pasti tak begitu terperinci.. Anyway.......

On the way balik dari pasar kurma, kami singgah di Sofaikat Bani Saedah. Alhamdulillah, taman dibuka untuk lawatan pengunjung. Anak2 teruja melihat bunga2 yang mekar berkembang berwarna-warni dan rumput yang menghijau....





Keesokannya, kami dibawa melawat ladang Bani Hasyim. Kawasan persekitaran amat redup, menghijau, menarik dan selesa. Kami semua dipelawa duduk di suatu tempat yang memang dah disediakan kerusi untuk mendengar tazkirah. Di sinilah ustaz bercerita panjang lebar mengenai kisah pengajaran daripada buah kurma. Sangat bessttt mendengar tazkirah di kawasan yang sunyi dan nyaman ni. 


Ada beberapa cerita yang saya ingat-ingat lupa (mohon maaf jika tersilap). 

Menurut ustaz, `perkahwinan kurma' ada sejarahnya. Saya pun tak berapa ingat perinciannya... tapi, kesimpulannya... memandangkan pokok kurma jantan sedikit dan angin tak mencukupi untuk meniupkan debunga jantan ke pokok betina, maka Rasulullah menyuruh agar pokok jantan dipanjat dan diambil bunganya (benihnya), dikeringkan dan kemudian diikat di tengah2 bunga betina. Agak2 lepas 2 minggu baru dibuka. Jika tak dikahwinkan, biji benih ni akan gugur dan tak dapat disenyawakan.

Bagaimana nak bezakan pokok jantan dan pokok betina? Pokok jantan lebih tinggi daripada pokok betina dan daunnya seolah2 menjulang ke langit. Berbanding pokok betina, daunnya lebih melentok ke bawah. Cukup dengan hanya beberapa pokok jantan dalam sesebuah ladang sebab debunganya boleh digunakan oleh beratus2 pokok betina yang lain. Selagi ada debunga (yang dikeringkan), selagi itu boleh digunakan.  Kata ustaz lagi, uniknya..... debunga jantan ini berbau seperti air mani.


Cerita kedua pula berkenaan sejarah kurma ajwa. Menurut ustaz, pada hari itu Rasulullah berpuasa, tetapi Baginda tidak mempunyai apa2pun untuk dimakan ketika berbuka. Sedih, kan??? Kita kat sini, mewah dengan makanan sampai bersisa2 (astaghfirullahalazimmm). Maka, malaikat Jibrail datang kepada kepada kekasih Allah itu dengan membawa kurma. Biji kurma tersebut ditanam oleh Rasulullah. 

Cerita ustaz lagi, Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang makan 7 biji kurma ajwa setiap hari, akan terpelihara daripada sihir... insyaaAllah, dengan izin Allah.

Cerita ketiga pula berkenaan sebatang kurma yang sering digunakan oleh baginda Rasulullah untuk bersandar. Tiba suatu ketika, Rasulullah tidak lagi bersandar kepadanya kerana telah ada mimbar baru. Tiba-tiba kedengaran suara menangis teresak2 dan rupa2nya suara tersebut datang dari pohon kurma tersebut. Lalu Rasulullah menghampiri dan memeluk batang kurma tersebut memujuknya.... Rasulullah  memberikannya 2 pilihan sama ada ingin hidup di dunia sehingga hari kiamat ataupun hidup bersama baginda di syurga nanti. Maka pohon kurma tersebut memilih untuk hidup bersama Rasulullah di syurga nantiAllahuakhbar.... pohon kurma juga sangat2 mencintai baginda..... 

Habis bercerita, ustaz kata..... "nanti beli kurma... bila balik rumah, jgn bagi orang dulu... cerita dulu kat bakal penerima kurma... Mudah2an, akan tercetus keinginan untuk datang mengerjakan umrah, haji... Mudah2an akan terhubung hatinya dengan Allah dan Rasul...". Hmmm, sempat ke nak bercerita wahai ustaz.....

Ada byk kerusi utk berehat
Tak tahu la samada dorang memang dok sini atau sebaliknya

Kawasan persekitaran yang bersih.... tapi tandasnya?? Sama je..

Swimming pool?
Setelah membeli belah sedikit (hehe)... maka perjalanan diteruskan ke Bukit Magnet. Actually, lawatan ke sini tak termasuk dalam pakej. Tapi atas cadangan saya dan persetujuan ahli rombongan semua, maka kami pun sampai sini dan sebuah lagi ladang kurma milik rakyat Malaysia.

Kita cerita pasal Bukit Magnet dulu. Kebiasaannya, lawatan ke Bukit Magnet termasuk dalam pakej2 umrah. Tapi, pakej yg saya pergi ni kan pakej bajet, maka tiada dimasukkan dlm aturcara. Maka, kami tambah SR10 seorang. Ok je sebab masing2 excited nak pergi.

Perjalanan ke sini, menyusuri Jabal Uhud. Kawasan ini terletak lebih kurang 30 - 40 km dari Madinah. Apa yang menarik di sini adalah fenomena yang mampu menggerakkan kenderaan untuk bergerak selaju 100 - 120 km/j dalam keadaan gear neutral.

Dlm perjalanan ke Bukit Magnet



Lihatlah kaki driver yang bersila... tak tekan pedal minyak pun
Menurut ustaz, telah berlaku beberapa kemalangan di sini disebabkan kelajuan yang tidak dikawal dengan baik. Ada juga yang melibatkan jemaah dari Malaysia. Driver kena control brake, jika tidak mungkin kelajuan akan bertambah. Satu lagi yang menarik, jika air ditumpahkan di kawasan ini, air tersebut akan bergerak menuju ke arah depan (tarikan magnet), naik dari tempat rendah ke tempat yang lebih tinggi. Kuasa Allah. Saya ada juga google... terdapat di beberapa kawasan lain di bumi ini yang mempunyai fenomena yang sama seperti ini. 

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke sebuah lagi ladang kurma milik usahawan dari Malaysia. Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) adalah satu2nya syarikat Melayu yang ada ladang kurma di sini. Saya google2, syarikat ni mcm ada kena mengena dengan Al-Arqam??? Ye ke? Atau kebetulan nama yang sama? Kami di sambut oleh Syeikh ____ (owh, serius tak ingat nama - buku catitan saya hilang). 




Air semulajadi yang masin seperti air garam.
Suatu keajaiban di sini, di mana ladang kurma ini mendapat limpahan air masin yang banyak. Mana datangnya ye? Sedangkan kawasan ni jauh beribu batu (ye ke?) dari kawasan pantai. Daannnn... air masin ini sangat2 sesuai untuk penanaman kurma. 


Bila melalui kawasan ni, terasa2 macam berada di Kelantan pulak.... Sepanjang laluan ada kalimah2 yang membesarkan Allah.


Kami dihidangkan dengan cekodok kurma dan jus kurma. SubhanAllah.... sedapnya.... Cekodok tu pulak masih panas! Nikmatnya.... ke... perut dah mula rasa lapar? Ntah la... tapi yang pastinya, jus kurma sejuk dan cekodok kurma yang panas tu laku sungguh! Saya sendiri tak begitu meminati kurma (makan gitu2 aje), tapi yang ni... sedap sangat. 

Hmmm... enaknya...
Sambil2 tu... dengar tazkirah ye...

Kawasan persekitaran yang tenang dan mendamaikan.... disuburi dengan sistem pengairan air masin yang sangat jernih.





Itik pun ada juga...
Kurma yang dikeringkan... for display only


Kurma jantan yang diketuk2, terlerailah debunganya...
nampak yang mcm serbuk putih tu??

Kurma jantan yang didekatkan dengan kurma betina

Ini pokok kurma jantan.... tinggiiiiiii....
Lihat daunnya yang menjulang ke atas
Ada ramai yang melayan kami (perempuan).... lelaki pun ada juga. Sesekali saya confuse, adakah `dia' ni salah seorang daripada rombongan kami? Maklumlah, saya pun tak mengenali kesemua ahli rombongan yang berjumlah 40+ orang... Bila mendengar cerita2, barulah saya dapat mengagak... mereka2 ini adalah Malaysian yang tinggal di sini... bekerja di ladang kurma ini.

Wah! Bertuahnya dapat mencari rezeki di bumi Madinah.... dengan syarikat M'sia lagi. Yang memeranjatkan saya, mereka dah berkahwin dan suami mereka ada yang tinggal di Malaysia... (yg saya interview tu la - 2 org). Kagum sebentar! Cantik2 pulak tu...... sangat cantik! Hmmm... menariknya cerita ni... hehehehe. Saya pun bertanya lagi dan lagi... (ayyokkk..). Lepas tu `dia' kata... `kebanyakannya di sini poli'. Saya agak blur. Apa kena mengena poli dengan mereka2 ni? Saya yang tak paham2 ni, bertanya lagi.... `Ada politeknik kat sini???'... dan `dia' tersenyum simpul. `Bukannnn... poligami.....' katanya.... Allah... malunya saya...

Sebahagian ahli rombongan 

Sini pun ada pool... anak2 ni sangat teruja... Pandang aje laa....

Jabal Uhud...
Rupa2nya.... Jabal Uhud ni sangat2 besar dan panjang
Selama ni, yang terlihat cuma pandangan dari makan syuhada Uhud je...

Ada jugak tempat `menuai' di sini... Jubah2 pun ada dijual
Gambar ni tak menampakkan keseluruhan kedai
Bersambung ye....

Monday, May 20, 2013

Kisah Bara'a (2010) - Hafizah Al-Quran

Assalamualaikum...

Kisah yang sangat menyayat hati mengenai Al Marhumah Bara'a.... saya copy paste dari http://www.youtube.com/watch?v=jqh6m4-IDgU


This story is of a little girl named Barah who is 10 years old,http://tamilbayan.com/ muslim1st.com/ her parents were doctors who moved to Saudi Arabia in search of better life.

At this age, Bar`ah memorized the whole Quran with tajweed, she was very intelligent, her teacher use to tell her she should be in middle school not primary school.


Her family was small and committed to Islam and its teachings... . suddenly one day the mother started feeling sever abdominal pain, after tests and checkups she found out that she has cancer, but in its late stages.


The mother thought she should tell her daughter, specially if she wakes up one day and didn't find her mother beside her... so she told her: "Bar`ah I will go to paradise ahead of you, but I want you to read the Quran you memorized every day since it will protect you in this life..."


The little girl didn't really understand what her mother was trying to tell her... but she started feeling the change in her mother's status, especially when she was transferred to stay in hospital on a permanent bases. The little girl use to come to the hospital after her school and recite the Quran for her mother till the evening when her father used to take her home.


One day the hospital called the husband and informed him that the his wife's condition was very bad and he needed to come as fast as he can, so the father picked Bar`ah from her school and headed to the hospital, when they arrived he asked her to stay in the car... so that she wouldn't get shocked if her mother passed away.


The father got out of his car, with tears filled in his eyes and while crossing the road to enter the hospital, he was hit by a speeding car and died in front of his daughter who came crying to her father...!


The tragedy of Bar`ah is not over yet... the news of her father's death was hidden from the mother, but after 5 days the mother passed away leaving Bar`ah alone in this life. She become alone without her parents, and her parents' friends decided to find her relatives in Egypt so that they can take care of her.


Suddenly, Bar`ah started having sever pain like her mother, after a few tests and checkups it was confirmed it was cancer... at the surprise of every one she said: "Alhamdu Lillah, now I will meet my parents."




Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.

Inilah lagu yg dinyanyikan oleh si cilik Bara’a



Terjemahan:



O tear of the Orphan

O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…

Sewaktu kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dari penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kadang2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat-ayat suci Al Quran. 




Teringat saya kepada saudara saya ni - salah sebuah keluarga dari kalangan saudara-mara saya. Saya amat kagum dengan mereka. Saya kira mereka berjaya dunia dan akhirat (insyaaAllah) kerana kesemua anak2nya belajar mendalami ilmu agama serta Al-Quran dan berbudi pekerti tinggi. 

Kadang2 rasa menyesal pulak tak masukkan anak2 ni sekolah tahfiz awal2 dulu... kadang2 rasa dah terlambat. Timbul keinginan yang kuat utk menghantar anak2 belajar hafazan.. tapi tak tau nak rujuk pada siapa. Tapi, Allah kan Maha Mendengar.... ada seorang hamba Allah ni (yg saya tak berapa kenal) mencadangkan sebuat tempat, tapi... saya rasa tak begitu sesuai sbb risau anak2 ni `terkejut' pulak (sbb kena quit sekolah kebangsaan dan stay di asrama tahfiz tu). Kalau boleh, biarlah perlahan-lahan. Satu hari, saya ternampak iklan Pra Tahfiz kat Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Kelas setiap Sabtu dan Ahad, 9 - 11.30 am. Saya fikir, inilah yang terbaik buat masa ini.

Ya Allah..... bantulah kami, Ya Allah... Bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu dan RasulMu... Tunjukkanlah kami jalan yang benar dan lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Friday, May 10, 2013

Umrah dan Ziarah (1)

Assalamualaikum...

Lama betul blog ni tak diupdate. Saya sangat merindui kamu wahai blog.

Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah kerana kami berpeluang untuk menjadi tetamuMu lagi Ya Allah. Kali ini lebih istimewa kerana turut disertai dengan puteri2 kami. Sepatutnya, kami pergi pada hujung Januari lepas, bersama-sama mak... tapi, Allah lebih menyayangi mak. 

Di awal Januari, agent dah call mintak full payment. Saya.... terus nak bagi je. Tapi, mak kata.... `nanti dululah... takut apa2 jadi dlm tempoh terdekat ni'. Allahuakhbar.... memang sesuatu telah terjadi. Mak seolah2 dapat merasakan `sesuatu' itu.

Owh, air mata saya dah mula bergenang...

Setelah saya mendapat pelepasan dari penyelia, baru saya berani confirmkan dgn agent tentang departure date yang baru. Saya berhajat utk menaiki MAS sbb direct flight terus ke Madinah. Tetapi... dah penuh. Akhirnya, kami terpaksa memilih pakej yang menggunakan perkhidmatan NAS Air (dgn agen yg sama sbb deposit dah ada dgn mereka).

NAS Air? Saya tak pernah dgr sykt airline ni... Sebenarnya saya agak risau (mcm2 saya fikir - tak baik, kan?). Kata agent, ia milik Saudi Airlines juga. Masalahnya, dia mendarat di Jeddah. Bermakna... kami akan menaiki bas 6-7 jam dari Jeddah ke Madinah dan 7-8 jam lagi dari Madinah ke Mekah. Kalau mendarat di Madinah, sekurang2nya boleh jimatkan sikit masa perjalanan.

Allah.... kenapa penatkan otak utk risau itu ini? Sentiasa bersangka baik dgn aturan Allah. Mohon pada Allah agar dipelihara hati, keselamatan dan kesihatan sepanjang berada di sana. Mohon agar anak2 juga sentiasa selesa dan menghargai setiap detik di sana.

Kami menaiki van KLIA aje. Saya tengok, pemandunya mcm baik (hehe), lalu saya minta jasa baiknya utk singgah di pusara mak sekejap. Alhamdulillah, dia bersetuju. Dari riak mukanya juga, menunjukkan keikhlasan persetujuannya itu. Nanti saya bagi hadiah ye!

Akhirnya, kami berlepas pada 22 Mac 2013, lbh krg pukul 5.30 ptg. Masuk dlm flight aje, hati saya dah terdetik.... mcm MAS punya airbus je. Ada jugak saya ternampak bekas tampalan sticker MAS di troli makanan dan di bbrp tempat lain. Hmmm... may be NAS Air beli MAS punya airbus kot. Saya sangka, flight attendant dia org timur tengah.... tapi... tidak... ada yg mcm Melayu, ada yg mcm Indonesian. Jadinya... seolah2 saya naik MAS juga... cumanya mendarat di Jeddah.

teringat masa nak balik Msia slps selesai haji dulu

Syukurnya, sampai di sini lagi
Kami ditempatkan di Elyas Group Hotel. Alhamdulillah, hotelnya berdekatan dgn Masjid Nabawi... seberang 2 btg jln raya je (betul ke imbuhan bg jln raya ni?). Hotel ni, mcm apartment - sebangunan dgn Rumah Makan Indonesia...

Elyas Group Hotel
Selesai membersihkan diri, kami bersegera ke Masjid Nabawi.... Ya Allah, mata saya mula bergenang bila memasuki dataran Masjid Nabawi... Damainya suasana pagi. Masih terasa dinginnya suasana walaupun musim sejuk beransur pergi. Rasa berdebar2 bila mengenangkan yang saya berpeluang sekali lagi menziarahi Rasulullah.... seolah2 Rasulullah sedang menunggu kedatangan kami (dan jemaah2 lain) di makamnya... Allah, rindunya kami kepada kekasihMu itu Ya Allah.


Memandangkan 2 puteri kami uzur syarie, kami bawa mereka ziarah makam Rasulullah dari luar sahaja...  mengucapkan salam kepada Rasulullah. Agak lama berdiri di situ, memandang kubah hijau.... tak puas2... kerana maklum yang makam Baginda terletak di bawahnya...


Seterusnya, kami tunjukkan kepada anak2, kws sekitar masjid... bercerita apa2 yg patut dan menziarahi perkuburan Baqi'. Bawa juga melawat Al-Haram yang menjadi tempat penginapan kami dulu.

Keesokan harinya, bermula aktiviti ziarah luar. Melawat Masjid Quba', Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, ladang kurma.....

Agen menyediakan bas yang selesa
Total jemaah - 40 orang
Pertamanya, kami di bawa melawat Masjid Quba'. Ya Allah, sesaknya jemaah di Masjid Quba'.... Musim haji pun tak mcm ni.

Ini masih kelihatan lapang
Keadaan sangatlah sesak di bhg solat wanita especially di pintu keluar masuk. Rempuhan terjadi di antara sekumpulan jemaah yang nak masuk dan yang nak keluar... Masing2 tak nak beralah sehingga bertikam lidah.... (mengalahkan suasana Raudhah!) macam besi berani kutub utara bertemu kutub selatan. Melekat rapat. Tak nak beralah, akhirnya berlaku kejadian tolak menolak antara satu sama lain. Astaghfirullah...


Semakin byk bunga di tanam...
Semasa dalam bas, tiba2 teringat yang saya tidak membawa bekalan air untuk menghilangkan dahaga. Kesian anak2 saya kalau dahaga nanti. Kalau jumpa air utk dibeli, alhamdulillah. Masa kat Masjid Quba' tadi terlupa nak beli air sbb terlibat dlm kesesakan jemaah. Bas dah jln, baru teringat. Allah.. semoga anak2 saya dpt bertahan...

Allah Maha Mendengar! Setibanya di Jabal Uhud, sewaktu kami menuju ke makam syuhada Uhud, tiba2 ada org menghulurkan air mineral yang sejuk! Allahuakhbar... alhamdulillah. Ada orang bersedekah air sejuk kpd jemaah2 ni... dan kami dpt 3 botol! Subhanallah.... nikmatnya dapat meneguk air sejuk di kala tekak terasa teramat2 kering!

Di Jabal Uhud, ada masjid yang sedang dibina. Teringat juga kat Prof MKI dan isterinya... kat mana lah, agaknya rumah mereka (hehe)...


Dulu saya berpeluang melihat terus (berpagar shj)
Mcm biasa, di bawa melawat ladang kurma. Kami dah pandai...... hehehe... tak beli pun kurma kat sini sbb kebiasaannya, harganya lebih mahal. 

Kurma yang diikat, sedang di`kahwin'kan 
Mari minum teh. Percuma. Dan sangat manis.
Petang tu, kami pi sendiri pasar kurma yang berhampiran dgn Masjid Nabawi (tak la berhampiran sgt).. jauh jugak la jln kaki sbb kws masjid je dah besar. Tapi, alhamdulillah... anak2 tak mengadu keletihan pun.. mereka ikut aje.

Kebetulan, ada pulak pameran mengenai Masjid Nabawi zaman2 dulu. Saya berminat nak masuk, tp macam tak boleh je.... mungkin nak tutup kot masa tu. Akhirnya, kami bergambar di dinding2 sekitarnya...



Perjalanan ke pasar tamar pun diteruskan...... tak de la rasa jauh sgt sbb kiri kanan ada je penjaja.. Boleh cuci mata.. :)


Nuuuunnn di hujung sana...
Akhirnya, tiba jua.... Ada mcm2 jenis kurma, mcm2 kedai.. Yang pastinya, lebih muraaahhh daripada yg dijual di ladang...



Bersambung...

Sunday, March 10, 2013

Doaku

Assalamualaikum...

Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah

Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri

Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Saturday, March 9, 2013

Jubah Baru

Assalamualaikum...

Suatu malam, ketika majlis bacaan Yaasiin dan tahlil untuk mak di MBA, air mata saya bergenang2 (tak boleh elak) dan spontaneous refleks adalah... seakan2 selsema. Sok-sek-sok-sek saya itu didengari oleh jemaah bersebelahan saya, yang saya tak tahu nama penuhnya.... Saya cuma mengenalinya sebagai salah seorang kawan masjid mak... Yang saya tahu, semua orang memanggilnya `Toh Puan'. Toh Puan sering bercerita tentang mak... dipendekkan cerita, beliau sangat serasi dgn mak. Beliau menganggap mak sbg `best friend'nya.... dan juga `terasa' dengan pemergian mak.

Selesai doa dibacakan, beliau terus bertanya pada saya... `you selsema ke?'.. Saya hanya tersengih2... Lepas tu, beliau terus memeluk saya, mengusap2 belakang saya dan menyuntikkan kata2 semangat untuk saya.. agar jangan bersedih. Saya yang dah sememangnya sedang `tersentuh' makin menjadi2 lah perasaan `tersentuh' apabila dilayan sedemikian rupa. Dannnn... rupa2nya, beliau turut menangis bersama2 saya.... She said, she miss mak sooooooooo..... much!

Ceritanya tak habis di situ. Malam tersebut, saya menerima sms yang saangaatt panjang dari beliau... Intipati smsnya adalah nasihat2 agar saya redha, jgn bersedih atas pemergian mak dan.... beliau menyuruh saya menganggapnya sebagai ibu angkat.... dan mula menggunakan ganti nama diri sebagai `bonda'.

Allahuakhbar.... saya terasa sangat segan... sbb saya ni, golongan biasa2 shj... yang sgt2 biasa. Saya sangat segan dgn org2 yg berpengaruh ni. Tapi, takkan lah saya nak kata `tak nak' pula. Apa pula katanya nanti. Since that day, bila jumpa `bonda' (biasanya di masjid), beliau mesti memeluk saya sambil berkata... `owh... anakandaku'.

Mcm2 yang dihadiahkan kepada saya, antaranya telekung hitam (dari jenis yg saya idamkan sejak pergi haji thn 2011 dulu), beg yang dibelinya di Palestine, buku harfiah dan yang terkini, tadi... sehelai jubah hitam. Jubah tersebut memang dibelinya sama - 2 pasang. Satu untuk saya dan satu untuknya. 

Allahuakhbar.... mulianya hati org2 senang ni. Mudah2an, Allah merahmati `bonda' sekeluarga.... 

Saya teringin nak tahu serba sedikit tentang latar belakangnya... tapi, saya malu untuk bertanya. Nama pun saya segan nak tanya....