Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Monday, 27 October 2014

@abdulhadiawang Bagi Penampar, @limguaneng & @AzminAli Singkir @anwaribrahim


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat daripada sekutu politiknya apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak muncul pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen pada Isnin yang diadakan bagi meraih sokongan berhubung kes liwat pada Selasa dan Rabu.

Ketiadaan Abdul Hadi dalam mesyuarat penting sehari sebelum pendengaran terakhir rayuan Anwar berhubung kes liwat keduanya menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada pengikut politik pembangkang yang selama ini merasakan pemimpin mereka bersatu.

Walaupun ini bukan kali pertama Abdul Hadi tidak melibatkan diri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Anwar, namun ketiadaannya pada kali ini dilihat janggal terutama di saat Ketua Pembangkang itu mungkin berhadapan hukuman penjara jika gagal dalam proses rayuannya.

Seakan menutup perselisihan antara beliau dan Presiden PAS itu, Anwar pada permulaan sidang medianya lebih awal menyatakan bahawa Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain di Terengganu.

Seperti biasa, pada mesyuarat itu Abdul Hadi diwakili Timbalannya, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Al; Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pemimpin PAS lain.

Pada Selasa dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

- sumber

Tuesday, 22 April 2014

@anwaribrahim Tarik Diri, @drwanazizah Isteri Menang Tanpa Bertanding, @AzminAli Gigit Jari


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan presiden parti itu bagi menentang isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan  PKR, Datuk Johari Abdul berkata, penarikan itu sekali gus memberikan laluan mudah kepada Wan Azizah untuk menang tanpa bertanding.


Seperti yang dijangkakan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk Azmin Ali dan ahli PKR yang telah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim, ini adalah tektik untuk mengelakan orang lain bertanding untuk kerusi Presiden PKR. Anwar tidak mahu orang lain memiliki kerusi presiden PKR kecuali dari keluarganya terutama isterinya yang setia yang senang dijadikan sebagai bonekanya. 

Tambahan sudah tentu Anwar Ibrahim terfikir dirinya akan disumbatkan ke dalam penjara tidak lama lagi. Sudah tentu jawatan presiden akan dipangku oleh timbalannya . Ini membuat Anwar bertambah risau sekiranya ini berlaku. Mungkin dia risaukan pemangkunya akan tidak perjuangan nasibnya lagi.

Yang pasti ahli PKR sering diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim serta keluarga 69nya itu dan akan terus diperbodohkan dan diperkudakan oleh Anwar Ibrahim !!!

SESUNGGUHNYA ANWAR IBRAHIM TU BAPAK PENIPU !!!

Friday, 31 January 2014

Confirm @anwaribrahim Pemimpin Gelojoh Bertaraf Dunia Seperti Digambarkan @AzminAli


Demi nafsunya, Anwar Ibrahim telah mencalonkan dirinya sendiri sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat di DUN Kajang. 

Nampaknya Anwar Ibrahim tidak sabar untuk mengambil alih tugas sebagai Menteri Besar daripada Tan Sri Khalid Ibrahim. Tambahnya nafsunya membuak buak menyebabkan Anwar sudah mulakan kempennya di Kajang.


Turut membodohkan diri sendiri adalah Khalid Ibrahim yang bersama Anwar berkempen dalam sebuat masjid. Untuk pengetahuan pembaca TM, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia belum lagi membincang tarikh bagi percalonan DUN tersebut.


TM ingin peringatan pembaca bahawa pembuatan PKR ini boleh dikata sifat munafik yang mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Pilihan Raya Kecil yang ini boleh dianggap membazirkan duit kerana semata mata Anwar Ibrahim nak menjadi Menteri Besar.

Orang munafik seperti Anwar Ibrahim adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya engkar (kufur dan syirik). Perbuatan orang munafik di sebut nifak. Anwar ini hanya pada mulutnya sahaja beriman dan nampak baik tetapi hakikat sebenarnya hanya tipu helah belaka untuk mencari habuan dunia dan merancang untuk menghancurkan Islam.

Nampaknya Anwar Ibrahim bersifat munafik tak jadi bersara selepas Pilihan Raya Umum yang 13 untuk menjadi seorang pensyarah di Perancis.


.

Sunday, 19 May 2013

Serangan Terdesak @AzminAli Kpd @Zahid_Hamidi Untuk Tarik Perhatian @anwaribrahim #TolakPR



Timbalan presiden PKR Azmin Ali terkejut berok, malu dan tersindir bilamana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar golongan yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya supaya berhijrah.

Azmin dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kenyataan Ahmad Zahid membuktikan bahawa transformasi yang dianjurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya satu kepura-puraan, atau pun Azmin yang kepura-puraan bergaduh jawatan dengan Khalid Ibrahim supaya jawatan MB terus kekal kepada PKR walaupun PAS lebih berhak dan layak. Bukankah Azmin sengaja berlakon bergaduh dengan Khalid Ibrahim supaya PAS tidak ada kesempatan mencelahkan diri mereka sebagai MB Selangor? Bijak sungguh kepura-puraan Azmin menuruti plot cerita yang diarah Anwar Ibrahim, dalam diam menikam PAS.

"Adakah ini cara Najib menunjukkan 'kabinet transformasi baru'? kata Azmin, atau kah soalan itu berbunyi begini "Adakah ini cara Anwar menunjukkan 'nilai kenegaraannya dengan malu untuk menerima kekalahan?".

Klik SINI untuk baca penuh !!!

Wednesday, 8 May 2013

@AzminAli Kecewa @anwaribrahim Mengabaikannya #TolakPR #1Malaysia


Mungkin kerana kecewa dengan keputusan Anwar Ibrahim yang mahu Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan Menteri Besar Selangor buat kali ke dua, Azmin telah meluahkan kekecewanya melalui twitternya. Menurut sumber dalam PKR, Azmin juga telah memberi kata dua kepada Anwar Ibrahim untuk meletak jawatan sekiranya Khalid dipilih semula di dalam mesyuarat PKR. Turut ingin meletak jawatan ialah Zuraida Kamaruddin kerana perkara yang sama. Sebelum ini Anwar pernah menjanjikan jawatan tersebut kepada Azmin tetapi mengubah keputusannya.

TM - Dengan orang kanan sendiri, Anwar boleh kencing, inikan pulak rakyat Malaysia.

Saturday, 4 May 2013

Kantoi ! Ini Jadinya Kalau Anak Yang Punya DNA @AzminAli #1Malaysia #TolakPR #PRU13 #GE13



Pendedahan ini dipercayai dari orang Khalid Ibrahim sendiri. Nampaknya Poknik dan orang-orang PAS terlepas pandang untuk tarbiah ahli keluarga pemimpin sekutu mereka yang dari PKR ini. 

Selama ini dok tibai bini Najib...Rosmah buat ini buat itu macam-macam tak kena.

Sekarang ni dah kena batang hidung sendiri....hahaha lu sendiri mau ingat, anak cina makan pengat. Mari kita roll satu-persatu gambar anak gadis Azmin "Ais-Krim" ini.




Sekarang lu pergi cermin diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain. Lagi satu jangan dok cari salah orang lain. Tapi jangan lupa Min kau pun ada skandal Jamban tu.

Monday, 25 March 2013

Memoir Seorang Banduan Yang Bernama @anwaribrahim #TolakPR


Ikuti kisah Banduan yang telah dijatuhi hukuman PENJARA 6 tahun diatas kesalahan RASUAH paling besar dalam sejarah negara Malaysia.


1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan

b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menten Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen
2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

Banduan yang dimaksudkan adalah Dato Sri Anwar bin Ibrahim yang kini merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pakatan Pembangkang. Banduan yang bercita cita mahu menjadi Banduan Perdana Menteri Malaysia.


Itu adalah satu REKOD yang jelas menunjukkan Anwar Ibrahim adalah PERASUAH paling JIJIK dalam negara kerana kesalahan RASUAH beliau adalah dengan menggunakan PANGKAT dan KUASA beliau yang sewaktu itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mungkin akan berlaku pekara lebih jijik lagi jika Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia kerana belum pun menjadi Perdana Menteri bermacam macam RASUAH digunakan Anwar Ibrahim dalam menafikan keterangan rakyat bahawa beliau telah melakukan SEKS LUAR TABII.

Anwar Ibrahim menyatakan hukuman PENJARA ke atas beliau adalah satu KONSPIRASI dari UMNO untuk menjatuhkan beliau. Namun hakikat yang sebenar sehingga ke hari ini beliau tidak pernah menafikan perbuatan beliau yang MERASUAH pegawai Polis dan MENYALAHGUNAKAN KUASA yang beliau ada untuk kepentingan peribadi beliau.


Apakah rakyat Malaysia merelakan seorang bekas BANDUAN yang disabitkan dengan kesalahan RASUAH dan SALAH GUNA KUASA serta merupakan pengamal HOMOSEKSUAL menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Anwar Ibrahim hanya layak menjadi Perdana Menteri Penjara Sg Buloh!


Klik SINI cerita berkaitan !!

Saturday, 19 January 2013

@AzminAli hal bini ko tak selesai !!!

Nak mengalih Perhatian kepada perkara lain #tolakPR




Suruhanjaya  Diraja atau RCI dalam bahasa Inggeris ini, ditubuhkan semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan besar yang dijangka mencetuskan jalan buntu kalau dibawa ke Mahkamah.

Maksud jalan buntu, saksi yang nak dibawa sudah meninggal dunia, dokumen berkaitan mungkin telah musnah lama dahulu, 'bukti' tidak boleh disahkan dan sebagainya.

Tidak terkecuali dalam hal ini adalah RCI yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat kebenaran di sebalik kebanjiran pendatang asing di Sabah dan sama ada wujud kegiatan memalsukan dokumen kewarganegaraan untuk membolehkan warga asing, tanpa dokumen yang sah, diterima menjadi rakyat negara ini semata-mata untuk membolehkan mereka mengundi kerajaan. Itu initipatinya, sebab warganegara asing yang diberi taraf kewarganegaraan mengikut undang-undang (secara sah), bukanlah satu perkara pelik, tapi perkara lumrah yang berlaku di mana-mana negara dalam dunia.
Pendek kata, pemberian kewarganegaraan mengikut prosedur undang-undang, bukanlah satu isu sehingga nak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Cuma sekarang, penulis lihat media pro pembangkang seperti Malaysian Insider, beberapa hari ini cuba menimbulkan tanggapan salah terhadap kerajaan BN dengan tajuk-tajuk yang bercampur aduk hasil keterangan beberapa saksi dalam perjalanan RCI pendatang asing di Sabah ini. Antaranya yang boleh penulis kenalpasti ialah Filipino refugee says got blue IC without applying for it, Megat Junid's alleged order to let immigrants vote 'shocking' dan Ex-NRD man defends giving ICs to undocumented immigrants.

Begitu juga beberapa kenyataan dari mantan Perdana Menteri yang mengaku pemberian kewarganegaraan secara sah dan mengikut undang-undang kepada warganegara asing memang berlaku di zaman pemerintahannya.  Tapi bab secara sah dan mengikut undang-undang itu diletak diakhir sekali, bab mengaku beri kewarganegaraan itu diletak di depan. Begitulah permainannya.

Banyak di antara tajuk yang penulis sebutkan di atas itu dipetik dari kenyataan hearsay saksi yang terlibat dalam prosiding tersebut.  Di antara mereka adalah bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang pernah ditahan dibawah ISA kerana kesalahan menjual kewarganegaraan.

Cakap orang macam ini pun Malaysian Insider angkat macam sebesar-besar 'bukti' dalam menyokong dakwaan pembangkang akan kewujudan pengundi hantu ini.  Penulis lihat kenyataan saksi yang macam ini lebih kepada pembalasan peribadi (personal vendetta), atau paling tidak yang berada dibawah payrollpembangkang untuk memburukkan kerajaan BN.

Along the way, datang pemimpin pembangkang macam Azmin mencelah di tengah-tengah dan menuduh Mahathir dengan segala macam kesalahan, walaupun prosiding RCI masih berjalan dan Mahathir sendiri tidak lagi dipanggil sebagai saksi.  

Penulis melihat Azmin sudah dapat mengagak dari halatuju perbicaraan RCI ini sekarang, madunya, si Anwar Ibrahim akan terlibat dan terkait tidak berapa lama lagi; sesuatu yang tidak pernah dijangka Pakatan haram ini dulu, sebab itu Azmin guna pendekatan preemptive strike  (serang dulu sebelum kena serang) dengan menuduh Mahathir macam-macam
.
Rileksla Min, prosiding tengah jalan lagi.

Semua ini bagaimanapun, menunjukkan tembelang sebenar pembangkang dalam mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan RCI untuk kes Sabah ini.  Dari tuduhan wujud Projek IC, sekarang kita dengan macam-macam nama projek dan Ops (Operasi). Semuanya, hearsay atau paling tidak guna nama orang yang sudah meninggal dunia, kononnya memberikan arahan itu dan ini.
Dalam hal ini bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid.
Sudah tentu orang itu sudah tidak ada untuk mempertahankan dirinya, dan saksi berkenaan hanya ada air liur sebagai modal bercakap.

Semua ini bagaimanapun tidak menghalang pembangkang dari mempolitikkan perkara ini lebih awal seperti permainan yang cuba disampaikan Malaysian Insider sekarang.

Apa yang penulis nak katakan, inilah modal terbaru  puak-puak ini sekarang, setelah kegagalan HKR Sabtu minggu lepas yang menyaksikan lebih kurang 45,000 orang sahaja yang datang, jauh lebih kurang dari sasaran 1 juta orang seperti yang sering didendangkan.

Sumber myKmu

Bagi TM, puak puak pakatan rosak terutama PKR sudah terdesak. Rakyat di Malaysia perlu sedar betapa bahayanya pakatan rosak ini. Oleh itu kita perlu memastikan Pakatan Rosak ini tidak memenangi mana mana negeri di PRU akan datang. Undi lah Barisan Nasional

Wednesday, 31 October 2012

Anwar The Goblog Blok Tweet

@anwaribrahim @AzminAli @tianchua @rafiziramli tidak layak menjadi pemimpin seperti @NajibRazak

Gaya penipu dan lakunan - Gambar Zali Photographer
Nampaknya Ketua Umum Pakatan Keluarga Rosak tak sehebat mana pun, cakap dengan lakunan gaya badut, ada hati nak berdebat dengan Najib Razak. Si Anwar nak jawab soalan soalan tweet dari orang ramai pun tak boleh atau tak reti atau mengelabah atau mungkin takut nak jawab. Sebaliknya Anwar, bapak kepada segala penipuan dan perpecahan masyarakat di Malaysia, lebih suka blok atau menghalang tweet orang kepadanya dan mengikut tweetnya yang penuh dengan penipuan.

Anwar yang bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebenarnya orang yang PALING TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN TERUTAMA MENJADI PERDANA MENTERI kerana untuk menjadi pemimpin terutama perdana menteri, selain kita mendengar cakap mereka ! Mereka juga perlu mendengar luahan atau pandangan orang ramai walaupun ianya pahit atau perit didengari oleh mereka. Baru lah mereka layak menjadi pemimpin dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti Najib Razak.

Perbuatan Anwar yang suka blok juga diikuti oleh juak juaknya seperti @AzminAli penjual ais krim, @tianchua the gigit dan @rafiziramli lembu jugak.

Tunggu bila rakyat menghukum korang nanti pada PRU13 nanti, pasti korang baham tanah.

TM - Oit Anwar, kalau anak jantan dan kalau berani, unblok semua pengguna tweeter yang telah kau blok !.