Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts
Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts

Elakkan SEMBELIT dan PERUT BUNCIT dengan Shaklee!


Alhamdulillah. Hari ini sudah hari ke 4 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Semoga amalan berpuasa kita dapat dilakukan dengan penuh kecintaan dan juga semestinya penuh bertenaga. Saya yakin ramai yang mengamalkan sumber protien ESP Shaklee untuk kekal bertenaga kan? Belum mencuba? Cubalah minum ESP semasa bersahur insyaAllah anda akan lebih bertenaga dan tidak mudah letih semasa berpuasa. Cuba tau.. :D

Saya yakin, sekiranya anda tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan mengambil air masak yang mencukupi semasa berbuka dan sahur, anda pasti akan mengalami SEMBELIT dan masalah penghadaman yang lain. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan di bulan Ramadhan ini, maklumlah tak perlu makan di siang hari kan.. Dan secara tak langsung mengabaikan pemakanan yang seimbang.. Ramai antara kita tidak sedar bahawa amalan pemakanan seperti ini menyumbang kepada SEMBELIT dan masalah yang lain..

Di Shaklee, kami ada beberapa produk yang boleh membantu anda untuk mengelak SEMBELIT, mengurangkan PERUT BUNCIT dan juga secara tidak langsung membantu penurunan badan dengan cara yang selamat. InsyaAllah secara selamat kerana kesemua suplemen ini berasaskan sumber semulajadi dan semestinya bukan sintetik! :D

elak sembelit, detox usus, diet, slimming
1) Herblax

- Sesuai diambil oleh lelaki dan wanita
- Produk yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi
- Mengandungi 9 herba semulajadi dan menggalakkan pembersihan secara lembut dan terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan dalam jangka masa panjang
- Ia membantu untuk mengelakkan sembelit 
- Membantu pembersihan usus dan detoks
- Meningkatkan pelawasan pada sistem pencernaan
- Membantu mengempiskan perut
- Diambil setiap hujung minggu sahaja
Tidak sesuai untuk ibu menyusu (untuk ibu menyusu anda boleh mengambil ALFALFA)

milk booster ibu menyusu, elak sembelit

2) Alfalfa

- Selain membantu dalam sistem pelawasan, Alfalfa juga membantu dalam pelawasan
- Turut bertindak sebagai kacip fatimah kepada wanita
- Turut membantu sebagai 'milk booster' untuk ibu yang menyusukan
- Diambil setiap hari

3) Lecithin

- Penting dalam proses pembuangan lemak di dalam badan
- Ia adalah 'pengemulsi semulajadi' yang membantu memecahkan lemak dan menghalang lemak daripada melekat di dinding membrane
- Antara produk yang banyak membantu dalam proses penurunan berat badan
ostematrix shaklee, kalsium, elak sembelit

4) Ostematrix

- Ostematrix Shaklee terdiri daripada kalsium, magnesium dan vitamin D
- Bagi wanita yang berpantang, ramai yang mengamalkan Ostematrix untuk mengelakkan sembelit
- Selain itu ia membantu untuk kita lebih mudah bangun di pagi hari

Sekiranya anda benar-benar mahu mengatasi masalah sembelit dan sistem percernaan yang kurang lawas saya sangat mengesyorkan untuk mengambil keempat-empat suplemen di atas. Bukan hanya membantu mengelakkan sembelit tetapi turut membantu membersihkan usus besar dan seterusnya mampu membantu penyerapan vitamin-vitamin lain dengan lebih maksimum.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Jom hubungi saya untuk harga yang super menarik.. :D

Your Shaklee Independent Distributor;

- Lin Chalo (ID 868992)
- SMS/WhatsApp (preferred): 014-3386810
- Facebook: SweetBonda
- Email: sweet.bonda@yahoo.com


Apakah Set Penyusuan Yang Sesuai Untuk Saya?




* * * * * 
 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* * * * *


Di Euphoria, ada banyak set khas untuk ibu yang menyusu. Kalau dahulu cuma ada Set B sahaja, tetapi sekarang ada beberapa pilihan lain sesuai dengan keperluan seseorang yang breastfeed. 

Dah banyak sangat ni confuse pula nak pilih yang mana satu ye? Jom kita lihat apa yang sesuai untuk anda.

Set Penyusuan:

1) Set 3M 
2) Set E
3) Set B
4) Set Eu Four Pack


Set 3M*
Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. 
Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.

Info Tambahan:


  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha. 
Testimoni (Kelebihan ESP untuk ibu yang mengepam):


Ibu ini mampu mengumpul stok sehingga 400oz dalam masa 2 minggu!
Anda mahu?? Boleh sahaja.. Tetapi jangan lupa untuk amalkan sekali:

1) Kerap mengepam (gap 1 1/2 - 2 jam)
2) Minum air dengan banyak (2L-3L sehari)
3) Makan makanan yang berkhasiat - badan anda pasti akan segar dan sihat
4) Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah


Set E*

Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 

Siapa yang sesuai ambil?

1. Ibu yang sering keletihan melampau.

2. Ibu yang alah dengan susu lembu.

3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.

4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.

Info Tambahan:

  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Set ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.






Set B*

Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa 

Siapa yang perlukannya?

1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.

2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.

3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.

Info Tambahan:


  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.




Set Eu Four Pack*

Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.

1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.

2. Ibu yang keletihan.

3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.

4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.

Info Tambahan:
  • Mengandungi 
  • Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.


Kredit buat Kak Norita


Setiap set mempunyai aturan makan yang berbeza ya. Di harap panduan ini memudahkan anda untuk memilih set yang mana satu. (^_^)

* * * * *
Berminat? Jom whatsapp/sms saya di 014-3386810 ya untuk konsultasi lanjut dan harga best. 

(Sahabat-sahabat saya, harap dapat whatsapp/sms aje tau koz saya WAHM kadang-kadang kat rumah ni keadaan tak menentu dan tak sesuai untuk saya bercakap melalui telefon ~ bayangkan ada 3 orang kanak-kanak yang sangat..... tq kerana memahami (^_^)

Perlukah lelaki mengambil suplemen/vitamin tambahan?


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* * * * *



Salam manis buat ibu-ibu di luar sana. Hari ini saya harap semuanya sihat-sihat dan ceria-ceria selalu ya. 
Walaupun ada antara kita yang menghadapi masalah hari ini, sentiasalah berfikiran positif; kenalpasti punca masalah dan senaraikan semua penyelesaian yang ada. Doa banyak-banyak pada Allah, semoga semuanya dipermudahkan. Setiap manusia pasti tidak akan lari daripada masalah. Cuma cara kita hadapinya saja yang berlainan. Betul kan? Ada gaya macam Prof. Muhaya tak? LOL

Ok, entri sebelum ini selalunya berkisar tentang suplemen Shaklee dan wanita sahaja. Suplemen untuk ibu menyusu, ibu mengandung, ibu berpantang dan sebagainya. Tapi hari ini saya nak kongsikan sesuatu khas untuk para lelaki pula ya. Suplemen Shaklee ni bukan untuk kaum wanita sahaja. Bapa-bapa, pakcik-pakcik, suami-suami dan datuk-datuk (Datuk pun boleh juga :D) pun boleh consume Shaklee ni. Jadi para isteri boleh ambil perhatian ya dengan entri di bawah ni. Oh ya, entri di bawah ni saya cilok dari Kak N. Semoga manfaatnya sampai pada semua ya.




Siapa kata vitamin hanya perlu untuk wanita hamil atau ibu menyusu sahaja? Sebenarnya mereka yang hidup dalam tekanan, pemakanan dan cara hidup yang tidak sembang, mereka yang tidak sihat malah mereka yang ingin kekal sihat perlukan vitamin demi memastikan tubuh mendapat semua zat dan nutrisi yang diperlukan untuk atasi kekangan yang dihadapi termasuklah untuk mereka yang ingin terus sihat.

Ada yang bertanya dengan saya, adakah Shaklee hanya untuk para isteri? Adakah apa2 vitamin yang sesuai untuk para suami?

Jawapannya ialah semua vitamin Shaklee sesuai untuk para wanita mahupun lelaki. Namun saya tahu encik yang bernama lelaki ini biasanya tidak suka dengan pengambilan vitamin yang banyak....maka saya sarankan hanya dua ini sahaja dan ia sangat bagus untuk insan bernama lelaki....iaitu Ostematrix dan Vitamin E.
Jika anda mampu untuk membeli set penuh dan mengamalkan secara istiqamah...alhamdulillah. Namun pada saya 2 vitamin ini sebagai permulaan sudah memadai.


Apa kebaikan Ostematrix?
Ostematrix adalah kalsium, magnesium yang lengkap dengan vitamin D. Ia diperlukan oleh tubuh untuk membina darah, saraf serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Apabila badan cukup kalsium, kita akan mudah bangun dari tidur malah tidur kita juga lebih nyenyak dan berkualiti. Suami saya sangat menyukai ostematrix....masih ingat lagi apabila beliau mudah mengalami jetlag yang berpanjangan apabila pulang dari outstation....tetapi kini dengan ostematrix, suami saya mudah rasa cergas walaupun pulang dari perjalanan yang jauh.



Apa pula kepentingan Vitamin E?

Kita biasa dengar Vitamin E sebagai anti penuaan. Ianya juga dikenali sebagai vitamin awet muda kerana vitamin E dikatakan membantu melambatkan proses penuaan. Namun vitamin E yang bagus adalah vitamin E asli yang boleh dilihat pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol. Ia juga akan lebih berkesan apabila ianya dilengkapi dengan selenium yang bertindak senergi apabila diambil bersama. Pengambilan vitamin E dikatakan dapat membantu kesihatan prostat*, Membantu mengekalkan tekanan darah* , membantu menurunkan trigliceride, serta membantu mendapatkan kulit yang cantik dan muda*. 
Pada saya, vitamin E ini ibarat tonik untuk para lelaki. Ada juga pendapat yang mengatakan suami mereka lebih bertenaga selepas pengambilan vitamin ini....ianya balik pada diri masing-masing ....selepas mengambilnya baru dapat tahu kesannya :)



Memang ada yang menyarankan 3 ini ...iaitu Omega - bagus untuk kesihatan jantung, Zinc- kesuburan dan kestabilan hormon, serta Vitamin E- seperti yang ditulis di atas....namun pada saya balik kepada budget individu.

Bagi para isteri yang ingin mencari supplement untuk suami tercinta, sebagai permulaan boleh mencuba Ostematrix dan Vitamin E. 


Best kan entri ni? Encik suami pun perlu mempunyai tahap kesihatan yang baik. Sebagai ketua keluarga dan orang yang paling penting dalam keluarga (kita paling PALING penting :P), maka keperluan untuk mendapatkan suplemen itu juga amat penting. Kesihatan dan emosi yang baik menyumbang kepada keharmonian rumahtangga. Setuju dengan saya? :)

* * * * * * * * * *

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut dan tawaran harga yang istimewa. Eksklusif hanya untuk pelanggan Sweet Bonda sahaja! 


Lin Chalo
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
YM: sweet.bonda
Sms/Wassup : 014-338 6810