Popular Posts

Showing posts with label PEMIMPIN. Show all posts
Showing posts with label PEMIMPIN. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

PENGIKUT ATAU PAK TURUT

Dalam kepimpinan yang di terajui oleh pemimpin politik di daerah kota belud menyajikan satu kolompok yang di label kan sebagai pengikut setia kepada para pemimpin yang boleh mengundang keraguan dan keyakinan jika pemimpin tidak melahirkan dan menerapkan konsep telus dan taat setia kepada ketua atau pemimpin.

Namun demikian, pengikut yang berfikiran rasional tidak akan menurut segala kehendak pemimpin yang menyimpang dari tujuan asal perjuangan sebaliknya menegur dengan berhemah bukan nya mencaci hamun di hadapan mahu pun di belakang pemimpin. Walaupun demikian, konsep para pemimpin alaf baru menerapkan jika salah seorang pengikutnya membuat satu teguran kempimpinan yang di terajui, itu akan di anggap sebagai satu penderhakaan. Impaknya, ramai pengikut yang berpatah arah dalam perjuangan kerana jemu dengan pemimpin yang terlalu egoistic dan materialistik.

DMHJ mempunyai ramai pengikut setia seperti sdr R.H.M dan sdr bagdad hj turugan yang juga memegang jawatan sebagai kontraktor dan PKR namun di lepaskan atas alasan tertentu. Dua (2) orang ini adalah “orang kuat” DMHJ di kawasan DUN N.6 tempasuk. Walaupun satu ketika sdr R.H.M dan DMHJ bersengketa sehingga sdr R.H.M berani membuat kenyataan bahawa DMHJ mengkhianati persahabatan mereka kerana membisu dengan isu perpindahan nya ke Sandakan sewaktu ketika dahulu, namun itu hanya sementara. Persahabatan mereka kini seperti “aur dengan tebing”. Kesetiaan dua orang pengikut ini tidak boleh di pertikaikan oleh mana-mana pihak yang cuba berniat meleraikan nya. Bagi sdr R.H.M, beliau sanggup bertikam lidah bagi mempertahankan DMHJ daripada sebarang cemuhan yang di lemparkan oleh masyarakat.

Demikian juga dengan DSSK dan TSPA yang mempunyai pengikut seperti sdr baror sawi, ketua pemuda di daerah kota belud. Namun ramai yang memberi spekulasi bahwa sdr baror bukan pengikut tapi pak turut kepada dua orang tokoh politik ini. Sehingga adalah yang melabelkan baror adalah “kuda tunggangan” kepada TSPA.

mengupas isu ”pengikut bukan pak turut” terlalu luas untuk di definisikan namun murai memberi skop kecil berkaitan kepimpinan di kota belud. Seorang pengikut harus berani memberi suara teguran kepada pemimpin jika penyimpangan berlaku secara terangan, itu bukan satu bentuk penderhakaan tapi itu adalah satu bentuk penghargaan dan setia kepada pemimpin. Tidak di nafikan ramai pengikut telah gugur syahid di medan perjuangan, namun keguguran mereka bukan sebab perjuangan tapi di sebabkan pemimpin yang tidak berperikemanusiaan. Sdr jikal gabie adalah pengikut setia kepada DSSK sewaktu ketika dahulu yang di janjikan bermacam-macam jawatan dan pujuk rayu untuk berkecimpung dengan politik DSSK, namun impaknya, sdr jikal hanya dapat berputih mata dengan strategi politik licik DSSK. Tidak cukup seorang pengikut, di tambah pula sdr deraman yang juga menjadi pengikut mati syahid DSSK dan ramai lagi pengikut DSSK yang berpatah arah sehinggakan ada yang sanggup berkorban masa dan tenaga. Walhal, itu hanya permainan catur politik DSSK semata-mata.

Begitu juga dengan sdr mukaris yang di warta oleh penulis blog ‘delima anak kota belud” suatu ketika dahulu, yang beliau telah bersumpah setia untuk menyokong karier politik TSPA dalam memperjuangan kan bangsa irranun, namun hasil nya amat menyedihkan dan memilukan. Adakah ini style atau prinsip yang di amalkan oleh pemimpin kota belud yang ingin melihat setiap pengikut bangun menderhaka ? kepincangan pengikut atas sebab pemimpin yang tidak berperikemanusiaan dan bertangungjawab. Bagi yang menjadi pengikut “pak turut” pemimpin akan mendapat habuan yang tidak di jangka kan, namun itu hanya bersifat sementara kerana penyingkiran akan di lakukan bagi mencari ganti pengikut yang terbaru dan boleh di istilah kan sebagai “up to date”.

Seperkara yang murai takut kan, kemungkinan besar tragedi akan berulang kembali jika para pengikut yang taksub dengan janji dan ganjaran akan lalai dan leka tanpa menyedari gerak geri permainan politik pemimpin yang ingin melihat generasi politik mereka selalu relevan di mata masyarakat. Perintis pemimpin baru perlu mengkaji sedalam dalam perjuangan untuk tidak turut tersenarai sebagai pengikut yang kecundang oleh gerak jahat politik yang di amalkan oleh beberapa pemimpin.

Monday, July 12, 2010

BENARKAH RHM DAN DSSK FOBIA DI KRITIK


Dalam pengamatan dan penelitian murai bersama nujum, perkara ini sangat menghampakan kami berdua kerana dalam setiap kepimpinan "kritik" adalah satu tembok yang kuat bagi memperbaiki serta menjiwai moral kepimpinan yang di cetuskan oleh pemimpin. berlainan dengan "kutuk" kerana ini adalah untuk menjatuhkan dan mengucar-kacirkan situasi dalam kepimpinan.

jika di lihat dalam laman sesawang DSSK iaitu laman blog, ruangan komen langsung tidak di sediakan. adakah ini untuk mengelak dari kritikan atau mengabaikan cadangan dan pandangan masyarakat khususnya di kota belud??? dalam situasi kepimpinan yang ada sekarang ini perlu berani menghadapi kritikan yang di lontarkan oleh penganalisa yang wujud kerna situasi dahulu dengan sekarang adalah sangat berbeda. generasi sekarang dan mendatang lebih selesa memberi cadangan dan pandangan melalui sesawang atau internet, cara sebegini lebih cepat dan berkesan kerna perbincangan tanpa batasan dapat di lakukan dengan efektif.

Roslan haji Manshor atau nama glamour nya RHM juga salah seorang bakal pemimpin politik di daerah kota belud. namun murai dan nujum sangat kecewa, kerna bagi seorang bakal pemimpin harus memberi satu contoh teladan yang memberi masyarakat berfikir secara terbuka dan efektif. jika wujudnya ruangan komentar pada blog bagi murai tidak menjejaskan reputasi beliau yang bakal bergelar wakil rakyat kelak(hasil tilikan nujum belalang). namun pun begitu masyarakat di dahulukan dengan budaya "tidak boleh di kritik" dan "tidak mahu menerima pandangan". ini akan menyusahkan orang ramai khususnya di daerah kota belud untuk berinteraksi dengan cepat dan mudah dengan bakal pemimpin ini. perbincangan "cyber" memudahkan sesiapa sahaja. tak kira di rumah mahupun di pejabat. namun pun begitu kritikan yang terlampau harus di pandang positif kerna, mungkin itu akan membawa kita berfikir secara profesional dan inovatif.

Dalam konteks ini, ramai yang melabelkan RHM adalah anak didik DSSK, namun selepas di tilik kan oleh pak nujum, RHM adalah anak didik kepada TSPA dan DMHJ bukan kepada DSSK. walaupun demikian, RHM pandai berbicara kepada semua tokoh politik di daerah kota belud khususnya. itu satu kejayaan yang membanggakan murai dan nujum.



-murai.kb-




Friday, March 12, 2010

BETULKAH R.H.M CALON PRU13?

Dalam pengawasan nujum pak belalang baru-baru ini, murai.kb sempat bertemu dan berbincang tentang calon yang bertanding dalam PRU13 nanti, antara nama bakal calon yang di sebut oleh pak nujum ialah, roslan hj manshor, tajul radim, phkruddin dan musli oli. Namun antara nama calon yang di sebutkan itu, saya tertarik dengan sdr roslan, kerana, bukan setakat bakat kepimpinan beliau tapi bakat mesra rakyat yang semula jadi.

Namun dalam penilik kan nujum, dia mengatakan kepada murai, bahwa sdr roslan susah untuk menjadi wakil rakyat. Saya terkejut lantas bertanya dengan 1001 satu persoalan, perbualan kami berbunyi :-

murai.kb : pak nujum, kenapa sdr roslan susah untuk di angkat menjadi wakil rakyat?
Pak nujum : roslan ini jika di pandang dengan mata kasar, beliau memang berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah dalam politik, akan tetapi beliau seorang yang menjaga periuk nasi sendiri, itu yang membuatkan beliau susah untuk memancing undi rakyat.
Murai.kb
: seingat murai, roslan adalah seorang yang berdedikasi kepada rakyat, tapi kalau betul tilikan nujum itu, maka ini menyukarkan perjuangan nya dalam politik.
Pak nujum :
pertama sekali roslan akan menjaga periuk nasi nya, keluarga terdekat nya dan baru lah rakyat.
Murai kb :
adakah itu benar pak nujum?
Pak nujum : ya, ini realiti, saya sendiri pernah berurusan dengan beliau, boleh di katakan saya yang bertungkus lumus menyediakan kertas kerja suatu projek, tapi bila projek itu Berjaya, se sen pun saya tidak menikmati nya, bukan saya minta duit dari nya akan tetapi, sekurang kurang wang kopi ada untuk menghilangkan penat dan lelah saya yang membantu beliau.
Murai.kb :
oh, baru murai mengenali secara peribadi roslan hj manshor ini.
Pak nujum ; pak nujum mengharap, kelemahan yang ada pada roslan dapat di atasi dengan baik untuk menjadi pemimpin yang berdedikasi dan tulus.
Murai.kb :
murai pun mengharap benda yang sama wahai pak nujum. belalang.

Perbualan di kota raya itu membuatkan murai dalam delima kerana, murai tidak menyangka semua itu, bagi murai, itu Cuma provokasi dari pak nujum, roslan adalah calon PRU13 yang berkebolehan. Murai sangat mengharap supaya sdr roslan ini menjadi wakil rakyat,kerana murai berpendapat sdr roslan adalah pemimpin warisan datuk musbah yang berjiwa rakyat.

Friday, March 5, 2010

R.H.M SIHAT WAL AFIAT

Baru baru ini saya bertemu dengan sdr roslan hj manshor dengan tidak di rancang, keadaan beliau stabil seperti sedia kala, dalam perbualan sesingkat itu, beliau sempat untuk berbuat jenaka walaupun jahitan pada bahagian pembedahan itu masih belum pulih sepenuhnya.

Dalam proses pembedahan itu, sdr roslan di khabarkan sempat bertemu dengan sdr mukasim yang kebetulan di bedah akibat appendix yang keterlaluan, dalam suasana kesepian itu, mereka juga turut di temani oleh TSPA yang juga di khabarkan berada dalam rawatan lanjut di hospital SMC itu, namun TSPA telah pulang dan mengadakan sedikit kenduri kesyukuran di kampung kelahiran nya, rampayan laut.

Kini dunia politik sekali lagi di hangatkan dengan sekembali nya sdr roslan dari pembedahan, dunia blog juga merasa sepi dengan ketiadaan roslan, kerna selama ini dia adalah salah seorang yang menghangat kesepian ruangan komentar blog. Bermacam macam watak yang di pegang beliau, namun blog rasmi nya yang di katakan berjudul Anak Kota Belud tidak seaktif yang di bangga kan. Laman blog itu hanya paparan semasa beliau, ruangan komen pun tidak di wujudkan.

Saturday, February 27, 2010

MOHON PENJELASAN DATUK MUSBAH


satu kejutan besar kepada penduduk kota belud yang membaca posting berjudul ‘musbah juara rakyat kota belud’ dari blog pipit pekepa, penulisan ini bertujuan untuk menjatuhkan maruah pemimpin BN khasnya kepada datuk musbah. Secara langsung ini akan menjatuhkan jati diri dan kepercayaan masyarakat kepada wakil rakyat. Datuk musbah adalah salah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, setiap permasalahan rakyat, beliau sanggup turun padang untuk meninjau masalah itu, bukan itu sahaja beliau adalah perintis projek agropolitan di daerah kota belud sejak beliau menjadi wakil rakyat dan pembantu menteri. kenapa blogger pipit pekepa mencabar kewibawaan wakil rakyat ini?

serangan peribadi kepada wakil rakyat kota belud oleh blogger pipit pekepa yang melontarkan satu penulisan berbentuk penghinaan kepada pemimpin yang bertubuh sasak ini adalah satu kesalahan besar, Jika kenyataan ini tidak di sokong oleh bukti kukuh, maka kenyataan ini adalah satu fitnah besar kepada datuk musbah haji jamli sebagai wakil rakyat dan pembantu menteri. kenyataan ini harus di di ambil serious oleh datuk musbah kerana ia melibatkan diri beliau dan kepimpinan di daerah kota belud.

“Musbah guna dua broker Cina penipu dari Sarawak, Jason dan Justine, kedua-duanya kawan Musbah dan selalu jumpa di pusat judi jackpot kerana dua orang broker ini kaki judi jackpot. Tugas Justin dan Jason ialah mencari kontraktor untuk memberi wang kepada Musbah!”.

Blogger pipit pekepa harus memikirkan baik buruk penulisan ini kerana, ini boleh di bawah ke muka pengadilan jika tidak mempunyai sebarang bukti, bukan bukti sekadar mendengar dan melihat sahaja. Jika kenyataan ini benar atau tidak, datuk musbah harus turun padang menjelaskan perkara yang membabitkan kepimpinan beliau.

“Kayanya Hj Musbah. Duitnya melimpah seperti banjir di kawasan Kingfisher itu. Rumahnya sebanyak 3 buah bersambung seperti rumah Raja Siam. Kereta bersusun kalah-kalah Sultan Perak.”

Bagi murai ini adalah satu bentuk serangan peribadi dan penghinaan secara terang terangan oleh blogger pipit pekepa, keberanian beliau memberi posting ini murai salut tapi bukan tujuan menghina semacam ini. Maruah dan jati diri datuk musbah sebagai pembantu menteri akan pudar dan hilang jika kenyataan ini berterusan. Pemimpin luar akan memandang serong terhadap beliau dan kepimpinan di kota belud, apatah lagi pemimpin pembangkang yang mula menyusun strategi politik mereka. Di harap datuk musbah tampil beri penjelasan sewajarnya bagi membetulkan keadaan ini.

MUSLI MOHON BETULKAN FAKTA


Dalam komen dan penjelasan sdr musli, beliau menyatakan bahawa ketika DS MA menjadi ketua menteri sabah, kadar kemiskinan telah meningkat sebanyak 23%, kenyataan itu benar akan tetapi itu adalah angka pada tahun 2004 bukan 2009/2010. Kadar angka kemiskinan sebenarnya ialah 16% pada tahun2009/2010. Ini adalah fakta terkini yang di keluarkan oleh jabatan kerajaan, dalam saluran media kerajaan TV1, berita jam 5 petang, hari rabu bersamaan 24hb/02/2010 telah menyiarkan pengumuman bantuan kemiskinan tegar oleh DS Musa Aman kepada rakyat miskin tegar bersama KKLW cawangan sabah, dalam temuramah bersama ketua menteri sabah itu, beliau telah mengumumkan kadar kemiskinan telah Berjaya di turunkan sebanyak 16% daripada 23% pada tahun 2004 yang lalu.

Sewaktu DSSK telah menjawat jawatan sebagai ketua menteri, kadar kemiskinan tegar adalah sebanyak 18% berbanding dengan kadar kemiskinan sebanyak 11% ketika datuk chong kah kiat menjadi ketua menteri sabah, namun angka 16% bukan lah satu angka yang di banggakan oleh rakyat sebaliknya kerajaan harus membenteras kemiskinan tegar dengan sebaik-baiknya bagi kesejahteraan rakyat.

Musli harus membetulkan fakta untuk memberi informasi yang lebih tepat, kerana fakta dan informasi yang kurang tepat akan mengelirukan rakyat, ini akan membawa prasangka yang negative kepada kerajaan dan seterusnya akan memcalarkan imej pemimpin BN tersebut. Musli oli adalah berlatarbelakangkan ekonomi, setiap fakta yang beliau keluarkan, lebih di percayai oleh rakyat berbanding yang lain, namun bukan semua fakta itu adalah tepat, beliau harus memberi fakta yang di sokong dan dapat di yakini akan kesahihan nya.

Saturday, February 20, 2010

SABAH MAJU RAKYAT MISKIN KATA MUSLI

Dalam penulisan murai berjudul DS MA bapa pembangunan bkn DSSK telah memberi Satu semangat baru kepada murai untuk terus berkarya, setiap komen para blogger akan memantapkan lagi hujah-hujah murai untuk memberi satu penulisan yang mantap kepada pembaca setia.

Pembangunan sabah boleh di banggakan oleh rakyat nya dengan pelbagai kemudahan telah di wujud kan untuk menjamin keselesaan, penggunaan dan seterusnya menarik pelancong asing untuk datang melawat di sabah khususnya. Pelbagai tempat telah di komersial dan di bangunkan antara nya tanjung simpang mengayau kudat yang telah lama bertapak di atas jasa dan pergorbanan bekas ketua menteri sabah chong kah kiat sewaktu ketika dahulu, sekarang telah menjadi satu mercu tanda baru bagi sabah selain gunung kinabalu dan pulau sipadan.

Namun dalam era pembangunan ini, sdr musli mempertikaikan pembangunan yang di buat oleh DS MA kerana, kerajaan lebih tertumpu dengan pembangunan, masalah kemiskinan terabai sehingga meningkat kepada 23% daripada 18% pada tahun 1994-1999. Bila jawatan ketua menteri di jawat oleh chong kah kiat waktu itu, kadar penurunan rate kemiskinan telah menurun sebanyak 11% ini menimbulkan persoalan kepada sdr ,musli. Sejauh mana kesahihan fakta hanya sdr musli tahu.

Apa guna sabah membangun kalau rakyat nya miskin kata musli dalam komen nya tempoh hari, ungkapan itu ada rasional nya jika di fikir dan di hayati, namun kemana dana kemiskinan yang di salurkan oleh kerajaan BN? Adakah setiap pembangunan yang di buat di ambil dari dana kemiskinan itu? Di manakah hak rakyat di salurkan?

Setiap pengumuman bajet Negara oleh PM, negeri sabah adalah salah satu negeri yang mendapat jumlah terbesar menerima peruntukan, tapi kenapa peruntukan itu tidak di nikmati oleh golongan yang memerlukan sedangkan masalah kemiskinan lebih di beri tumpuan oleh kerajaan BN sekarang. Kemiskinan bukan isu baru di sabah, sebelum BN menapuk kepimpinan di sabah lagi. Masalah ini telah wujud di kalangan rakyat. Justeru itu murai menyokong persoalan ini dengan penuh komitmen, di harap sdr musli mempunyai alasan dan sebab kenapa dan mengapa kadar kemiskinan ini di katakan meningkat dengan tinggi semasa DS MA memegang jawatan ketua menteri sabah sekarang, bukan setakat fakta yang boleh di putar belit oleh sesetengah pihak yang tidak bertangungjawab. Mungkin pembangunan yang di buat ini sangat-sangat di pengaruhi oleh kuasa politik sampai isu kemiskinan terabai atau pembangunan ini untuk kepentingan pihak yang tertentu sahaja?

Wednesday, February 17, 2010

MUSLI TIADA CIRI PEMIMPIN RAKYAT

Dalam penulisan murai.kb tempoh hari, menyaksikan sambutan yang begitu membanggakan walaupun ada yang berbidas pendapat antara penulis dan pengomen. Dalam penilitian murai, mengikut cara dan kaedah pengomen iaitu sdr musli, beliau sangat beremosional dalam memberi kritikan walaupun hakikatnya komen itu ada rasional nya.

Pada mulanya murai, menerima kritikan walaupan sedikit tiada persefahaman antara murai dan musli. Murai hanya melayan komen dan kritikan sdr musli berikan itu, tidak di nafikan komen sdr musli memang ada benarnya, dia mengatakan untuk membetulkan konsep ekonomi dan perbandinagn antara DSSK dan DS MA adalah tidak adil murai terimah dengan minda ceria, lagi pun murai hanya mencadang bukan untuk membuat faktah, menghina atau mengaibkan sesiapa, namun kritikan demi kritikan yang di lemparkan oleh musli, memberi 1001 persoalan kepada murai.kb, kerana itu hanya cadangan dan pandangan dari murai untuk membuka minda masyarakat siapakah yang lebih layak di gelar bapa pembangunan.

Namun murai.kb menerima tomahan itu sejujurnya, murai,kb menganggap itu adalah satu prosess kematangan jika terlibat dalam dunia blogger ini. Pada akhir komen sdr musli, murai agak terkilan kerana seorang yang bakal menjadi pemimpin melontarkan kata-kata kesat bodoh,bangang, itu bukan budaya melayu apatah lagi budaya orang kota belud sendiri, pada murai.kb itu bukan cirri seorang pemimpin yang professional kerana jika seseorang itu menjadi wakil rakyat, pelbagai masalah dan kritikan akan di hadapi sebagai pemimpin, namun jika sikap dan tabiat musli sebgini rupa, adakah dia layak di gelar pemimpin rakyat?

Ulasan yang murai.kb post kan tidak berbentuk serangan peribadi kerana sdr musli adalah murai kenali sejak 10tahun yang lalu,murai lansung tidak mempersoalkn kedudukan siapa musli, murai tidak mengaibkan beliau,murai hanya bertukar pandangan kepada beliau yang juga bekas penolong kanan DSSK suatu ketika dahulu itu, murai merasa beliau memang tidak layak di angkat sebagai wakil rakyat. Namun penulisan ini bukan untuk menjatuhkan beliau tapi ini adalah pendapat sejujurnya dari murai kepada masyarakat seterusnya kepada musli sendiri.

Musli oli sangat emosional jika di bandingkan dengan pemimpin yang lain, murai.kb sangat menghargai DSSK walaupan beliau di kritikan dengan dahsyat namun, beliau hanya menghadapi sebagai pemimpin yang berprofesional dan berkaliber. Bukan itu sahaja, TSPA juga kritik dengan hebat, tapi mereka hanya memberi respon yang positif, bukan komen yang keterlaluan seperti musli oli, adakah ini mempunyai ciri seorang pemimpin rakyat? Bagaimana menghadapi masalah rakyat jika perkara seperti ini di katakan serangan peribadi dan melontarkan maki hamun?

Murai berfikir sejenak, jika seseorang itu berbuat baik, masyarakat tidak sangat melihat perkara seumpama itu tapi jika seseorang yang selalu berbuat baik itu berbuat jahat walaupun sekali, sampai akhir hayatnya, masyarakat akan memngingati perkara itu, murai.kb tidak mengatakan musli berbuat jahat, tapi komen itu menunjukkan seseorang sebagai professional atau tidak. Bertauliah atau tidak, pandai berbicara atau tidak, baik budi atau tidak dan sebagainya.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.