Nuffnang Ads

Nuffnang Ads

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Berkurang lagi GMP..

Assalammualaikum..

Ni nak cerita pasal GMP.. GMP tu apa??..mula2 kite cite 'pendahuluan'/'pengenalan' dulu..hihi.. 'GMP' tu singkatan kepada Geng Minum Pagi.. dapat nama ni start bila ek..dalam 2010 camtu kut.. Bermula dengan 7 orang semuanya.. semua adalah kakak2.. kira saya plg kecik la a.k.a plg muda..haha.. termasuk geng ni sbb mula2 selalu join k.elmi mkn pagi dgn kakak2 yg lain.. so makin lama ktorg makin rapat n mmg selalu mkn sesame...dan ktorang ada nama panggilan masing-masing.. Geng minum pagi je ke..tgh hr camne?? time lunch biasanya masing2 ada agenda tersendiri.. tu biasa pagi je leh jmpa semua..sembang2..
 
1st: k.hani a.k.a kak long sebab plg seniorrr..hihi..next merangkap setiausaha, k.elmi ktorang pggl 'mak'.. pastu k.laily dengan panggilan 'mommy'.. k.zanzila panggil 'yong'..k.lily ktorg panggil 'mama'.. k.wan dengan panggilan 'mak wan'.. n last skali sebagai 'adk bongsu' (ececece...hiks) diorang pggl saya 'cik ris'/ ris.. Ini antara ahli2 GMP..hihi..

ni semua GMP's
 
Tapi sekarang GMP yang masih ada kat Ipoh ni tinggal 4 orang je..huhu.. mula2 k.long naik pangkat bertukar ke KL..diikuti dengan k.zanzila yang dapat jawatan baru di jabatan lain tapi rezeki k.zanzila dapat penempatan di Ipoh juga..so ktorang still boleh jumpa.. n baru2 ni k.lily lak dapat naik pangkat n bertukar ke nogori Sembilan..huhu.. jadi sekarang tinggal la kami berempat..
 
Tu la die kalau org federal..boleh ditukar @ ditempatkan di mana2.. Tak pe la, demi meningkatkan diri n kerjaya.. Sebenarnya GMP ni bukan la ktorg terhadkn hanya geng ktorg je bleh kuar sesame.. n bukan kump. 'gengster' tau...haha... tak...... cuma ktorg ni dh rapat n senang nak bercerita n meluahkn perasaan.. huhu..
 
to k.lily @ mama:-
 
"selamat bkerja di tempat baru.. tabah n kuat buat sementara ni.. semoga dapat balik perak cepat..=)"


makan2 kat rumah sy je..masa ni k.wan x dpt join sekali..
sesi bergambar with mama...
ni macam dh sesi wajib ni kalau nak berpisah..port sama.. konon xnak nangis.. I xleh tahan ok..huhu..
 

Tuesday, February 18, 2014

Intensif USM ke-4, terakhir

Assalammualaikum..

Dah seminggu memulakan rutin seperti biasa.. terasa malas lak n rasa macam nak study full time je..hihi.. Selesai sudah intensif usm bagi sidang 2013/2014 yang hampir 4 minggu dan inshaaAllah intensif ini adalah intensif yang terakhir bagi mendapatkan pengijazahan.. doakan saya ye...=)
 
 
Cerita tentang intensif tahun ni secara kesimpulannya saya rasa intensif yang terbaik n sangat seronok.. Antara faktor keseronokkan tersebut adalah kerana banyak berjalan dan banyak aktiviti yang dibuat.. dah tahun akhir baru nak explore usm ni..hihi..jadi la daripada tak ada kan.. Tahun ni dapat desasiswa Indah Kembara.. Mula2 dapat bilik terkejut tengok sebab bilik tu bersepah n kotor.. budak full time x kemas n x ambil barang die.. menakutkan pun ada.. pastu tukar bilik ke-223.. mendaki tangga la jawabnya.. nasib tahun ni bawa beg hiking so xyah nak tarik2 bagai..sandang belakang je sonang...
 
 
Tahun ni sebagai pelajar tahun akhir a.k.a senior..hahahaha (gelak cara budak senior..).. kalau boleh nak hbiskan tahun ni dengan jayanya.. Lepas tu nak focus pada perkembangan family lak..hihi.. dan juga nak focus kepada minat saya yang dah lama tersimpan rapi tu..sebagai salah seorang pelajar batch 2010/2011 yang juga merupakan 1st batch mempunyai 136 mata kredit dan kami juga adalah bahan 'eksperimen' untuk menentukan sama ada pelajar yang mempunyai 136 mata kredit juga mampu menghabiskan tempoh pengajian dalam masa 4 tahun dengan jayanya atau tidak..kalau diikutkan sebenarnya memang berat n stress.. Stress bukan sebab banyak paper tapi sebab projek paper yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Projek paper tak ada exam n 4 mata kredit.. so kalau projek paper drop maka ia akan mempengaruhi CGPA nnt.. Untuk mereka yang berada di tahun 3 yang ambil JTW380 (Kaedah Penyelidikan), make sure korang pilih tajuk and buat betul2 lepas tu tahun 4 untuk projek paper just continue dengan tajuk tu... Ini akan mengurangkan tekanan anda..( pesanan senior).. hihi.. Bukan nak bangga pun jadi senior ni.. xde apa2 keistimewaan pun... cuma tak sabar nak habiskan degree ni tapi dalam masa yang sama risau nk siapkan projek paper.. kalau terfikir je pasal projek paper hati terus jadi gelisah...adehhh.. semoga dpermudahkan semuanya...
 
tahun ni di sini...x perlu beratur pun..x ramai orang dh..
 
Balik kepada intensif tahun ni, banyak la impian yang tercapai iaitu impian dari tahun 1 untuk pegi Bukit Bendera.. Tahun 4 baru dapat direalisasikan..huhu.. Maybe sebab tahun ni intensif paling lama dan jadual tak pack macam tahun lepas, jadi ada masa untuk kami berjalan2.. Thanks to 'jejai' sebab menjadi 'pencapai impian' bak kata k.zura.. dan juga buat peneman 'berjimba' k.zura dan k.jaja.. k.zura ni jugak la yang berjaya mempengaruhi saya untuk tengok Arianarose.. masa kat rumah tak tengok langsung tp bila kat USM jadi ketagih lak.. maybe sebab dh nak hbs time tu..layan jugak la..=)


ni masa pegi bukit bendera.. ni la k.jaja n k.zura..yg menceriakan hari2 sy di USM..hihi
Tahun ni jugak kami xplore USM ni dengan berbasikal n jogging.. jogging la sangat.. sekali je kut.. dan tak lupa berfutsal.. Last main futsal masa induksi kerja dulu tahun 2008.. Lama giler.. Semangat tu penting sampai beli kasut sukan o.k..hihi..oppss.. mr hubby.. sy beli kasut sukan baru..jgn marah aaa..hihi.. Cuma satu je tak sempat nak join sebab masa dah tak mengizinkan iaitu berzumba.. zumba adalah aerobic+dance...best giler la..gelek gitew..hihi..tp semua girls only.. so tak risau tapi dapat tengok je.. dah tinggal bape hari je intensif baru tau ada zumba setiap isnin n jumaat.. cuma bayar rm7 je.. geram je masa tengok diorang berzumba.. kaki dah mula nak gerak dah cuma tahan je..haha..sabor je la..emm.. xpe la tunggu senamrobik kat opis je la...


yg ni geng basikal.. baju kaler purple tu baju 1st yg sama ktorng beli.. tapi penat o..naik beskal ni...
Itu je la secara ringkasnya intensif tahun ni.. rasanya ni la post paling panjang kut pasal intensif ni..
Tahun ni terasa keakraban ktorang sebagai sahabat.. Ye la dah tahun 4 kut kenal tapi rasanya tahun ni saya lebih mesra ngan diorang walaupun sebenarnya major ktorng berbeza.. tahun ni sakan..siap beli baju usm sama kaler lagi.. dah lama tak rasa camni..time study dulu2 je..

ni 2nd time beli baju sama..
Untuk my buddies (each of u):-
"Terima kasih atas segalanya untuk persahabatan ini.. InshaaAllah doa saya supaya persahabatan ini kekal selamanya.. Terima kasih atas setiap ilmu yang dikongsikan, halalkan makan minum, maaf atas segala kesilapan, kalau ada yang terasa hati dengan saya ke saya minta maaf sebab saya manusia yang tidak sempurna n tidak lepas daripada membuat kesilapan..Saya doakan supaya kita semua dapat menghabiskan study ini dengan keputusan yang cemerlang.."
Dah tahun akhir ni sebenarnya sedih masa nak habis intensif hari tu.. Tapi rutin biasa harus diteruskan.. sekarang kan dah canggih..walaupun jauh still boleh sembang secara beramai2 lagi..hihi..

Jom tengok simple video sepanjang intensif kali ni.. nak letak gambar satu2 banyak le pulak..so buat video je..

 
o.k..habis cerita..=)

Monday, February 18, 2013

::3rd year intensif: PJJ student::

Assalammualaikum..

Baru berkesempatan untuk menulis blog after a week balik dari intensif.. al-maklum le confirm keje dah ada kan tambah lak ngan line tenet yang seperti 'kura-kura' itu..huhu.. K la kali ni nak bercerita tentang intensif usm tahun ke-3..

Tahun ni intensif kembali ke 3 minggu..tahun lepas 2 mggu je.. Tapi walaupun 3 minggu rasa macam 'pack' sangat.. dengan assignment, kelas n exam.. Minggu pertama penuh dengan kelas n masa ni la diambil untuk siapkan assignment..huhu.. assignment last minute.. bukan sengaja tak buat tapi ade satu assignment ni memang susah sikit nak faham camne nak buat.. kena buat kajian awal.. sebenarnya assignment ni penting sebab kalau tajuk yang baik akan diteruskan untuk assignment tahun depan tuk subjek projek pengurusan.. Disebabkan assignment ni la mencelikkan mata sampai ke pukul 3 pagi untuk siapkan.. huhu.. So ramai la juga yang tido lambat hari sebelum tarikh hantar tu sebab tengok sume bilik duk cerah n bising lagi.. Tambah lak dengan latihan2 tambahan yang diberi oleh lecturer masa intensif ni.. so kesimpulannya, tahun ketiga xde la berjalan sangat.. Perancangan untuk berjalan tu ada tapi last minute cancel sebab masing2 nak siapkan assignment. so kita orang just gi makan beramai-ramai kat teluk tempoyak..cam aktiviti wajib lak setiap tahun..hehe..

antara rakan yang pergi makan2

Next year dh tahun ke-4 dan sepatutnya menjadi tahun akhir tetapiiiii.. emm..sebenarnya saya merupakan di kalangan batch pertama yang mempunyai tambahan kredit pengijazahan iaitu 136 berbanding sebelum ni 109 rasanya.. Pastu ade beza sikit sama ada buat latihan amali atau projek paper + 2 paper.. Latihan amali tu plak bukan macam masa wat diploma dulu..kena wat presentation lak... so mayb akan amik projek paper so total next year 8 subjek..huhu.. sekarang dalam dilema sama ada nak amik 4 tahun atau 5 tahun sebabnya projek paper tu berat sebenarnya.. kena buat kajian n memerlukan masa n komitmen yang tinggi.. wat masa ni xde keputusan lagi..huhu..

Sekarang masih lagi ada assignment yang perlu diselesaikan n study tuk final lak.. semoga tahun ni dapat dean list n next year leh la amik 8 subjek..=)

Yang best tahun ni dapat kenal n tambah lagi kenalan terutama yang dah senior.. =) semoga persahabatan ini berterusan..

k sampai cni dulu..jom layan gambar..


Ni masa hari pertama sampai..jem jalan masuk USM.. 1st time jalan jem masa intensif..

sebelum makan baca doa dulu..=)

opps..abaikan pinggan2 yang berselerak itu..

budak kacamata..imej baru saya tuk tahun 2013..aiyarrkk..sudah ade kerabunan sedikit..huhu

antara jejaka yg join..

with kak mira.. cek mek kelate..=)

my sis from left: k.zura, k.amy, k.hani n k. rosni


alhamdulillah..dapat lagi tahun ni..

ni hasil RM50.. Ade lagi yang dah beli tapi x sempat nak snap dh..





Monday, May 28, 2012

::mau exam + birthday wishes..::

Assalammualaikum n salam hari isnin..:)

sumber gambar: mr. google
lg bape hari je nk final exam tuk tahun 2... Adoiiiyai... maka di saat hujung2 ni setiap hari, jam, minit dan saat hanya ngadap buku.. ehh cam tipu je kan.. walaupun x ngadap slalu tapi ingat tu ade.. itu yg penting.. hehe.. Maka bersabarlah wahai baju2 yg sedang menanti untuk dihiaskan dengan manik2, tepung2 n segala bahan bakery di dapur tu sabar ek.. dah hbs exam nanti kite jumpe n habiskan masa bersama.. wat masa sekarang nk berdating ngan buku2 dulu...

sumber gambar: mrs. google
Hari ni 28hb Mei kan.. so nk amik kesempatan wish birthday 4 my bff --> nieza.. dengan ucapan semoga dimurahkn rezeki, dberi kesihatan yg baik, diberkati oleh Allah n dpermudahkan segala urusan tuk langkah seterusnya. mcm wat ucapan kat radio lak..:p
ni je hadiah tuk ko nieza.. sorry ngah bz ngadap buku...

ni la birthday gurl..:)



k la smpai cni dulu..daaaaaa

nota ringkas: doakan agar sy dapat jawab exam ngan baik n dapat keputusan yg cemerlang..:)


Friday, April 6, 2012

::farah+fadzil::


Assalammualaikum..

Post pertama di bulan April..huhu.. ni la dia sorang lagi 'GBS' a.k.a geng bas sekolah dah pun bergelar isteri kepada siddiq fadzil pada 30 mac lepas.. Ini bukan je GBS tapi perkenalan bermula sejak tadika lagi.. rumah pun kira dalam satu kampung la.. Kalau dulu masa zaman sekolah dulu kalau nak gi rumah farah ni jalan kaki pun bleh la tapi peluh gak la ketiak tu..hehe..Tapi biasa naik basikal la..Kadang2 kalau stayback kat sekolah balik tu tumpang le ayah farah ke tak pun berjalan pegi ofis kakak die tumpang balik kalau tak pun naik bas 'pekan' le...

Farah ni nikah pada 30 mac selepas isyak..tarikh tu jugak merupakan besday die..so pasni anniversary sambut sekali birthday la..senang nak ingat..hehe.. Farah dan husband die ni memang suke gelak orangnya.. sesuaiiiiii la diorang ni..mudah mesra..Yang best masa kenduri farah ni dapat jumpa member2 sekolah yang memang lama tak jumpa...jumpa pun setakat kat pesbuk je le..Kira cam mini reunion gak la...

To Farah n husband: semoga berbahagia selalu.. dikurniakan sebuah keluarga yang diberkati oleh Allah.. selamat menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri..jgn gaduh2 slalu..gaduh manja bleh..hehe..

ok kite layan gambar ek...

yang atas tu salah satu hantaran hasil tangan pengantin sendiri...Pelamin die cantik kan..saya suke..

dah sah jadi suami isteri..:)

ni la 2 orang dak sekolah yang meramaikan majlis akad nikah..hehe

dalam bilik pun ade munge ros n pengantin pilih warna hitam sebagai busana pada hari persandingan..

ni ngan pengapit..ktorang pggil 'awan'...
mini reunion mgs student ngan dua orang cikgu..:)

ni sebenarnya nak tunjuk pengantin tu wat muka comel...

artis nyanyi khas untuk pengantin..hehe..ni pun geng sekolah yg rajin datang melepak sama-sama especially panjat pokok..hehe..sekarang jadi artis dh ni u'olls...:)





Ok la sampai sini dulu...daaaa....

note: jadual exam dh kuar...ngeeeeee

Monday, March 12, 2012

::musim kawan kawen::

Assalammualaikum n selamat sejahtera...

Dah start cuti sekolah dh..start la kenduri orang kawen kan..hehe.. one of 'geng bas sekolah' dulu pun dah selamat jadi isteri orang pada 10 Mac hari tu.. selamat menjadi isteri orang dan semoga berbahagia selamanya dengan suami serta keluarga yg bakal dibina.. Layan gambar je la ek..
ni la kawan sy...nama pun hampir sama

cantik kan kawan sy ni..:)

nadia+roshaimi

ni la kawan2 sekolah yang dtg masa nikah nadia..yg jubah hitam sebelah kiri tu ngah tggu giliran hujung bulan ni.. yg sebelah kanan tu dh kawen..hikhik

ni masa sanding..cantik dress die...tp x ambil gambar byk sbb rmai org..ni pun cepat2 ambik gmbr...huhu

note: pasni tggu post kenduri sape lak..:p