CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Tuesday, November 4, 2014

:: 30 Days Blog Challenge - Day 6 ::

Assalammualaikum..

Sebenarnya kan.. Day 6 tu hari ahad..Tapi lupa r..campur ngan ngantuk malam tu kan, terus x berblog.

So bleh considerkan harini Day 6? Bleh kan...

Day 6 - Apa yang anda makan harini

Pagi tadi saya makan Roti telur banjir dal sahaja dengan air teh ais.

Pastu dalam kul 11 lebih makan roti 2 bun dengan air coklat
(banyak saya makan?Kalo hari2 biasa xmakan pun waktu ni..ni kes sebab susu badan da berkurangan so kawan suggest untuk makan banyak2..so saya makan lah..hahaha...)

Lunch saya makan nasi goreng ayam. Tak larat da nak habiskan yang ni, ratah ayam je lebih.

Makan malam belum tahu lagi makan ape..slalunya weekday saya akan makan kat rumah emak. So confirm lauk sedap2 lah xperlu nak pikir2..hehehe

Nota kaki : Besok datin nak bagi tudung Free uolls..

Monday, November 3, 2014

:: 30 Days Blog Challenge - Day 5 ::

Assalammualaikum cantik manis semua..

Hehehe..kata sekali harungkan buat challenge..

Day 5 : 3 Perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih.

Ok..challenge yg ni memang sensitip. So sesape yg baca,janganlah terasa hati atau pape lah ye.. it just challenge but it also from bottom of my heart..chewah..gitu.

1. Awak...saya nak ucapkan jutaan terima kasih kerana awak buat keputusan untuk putus dengan saya. Dengan keputusan awak tu,saya jumpa seseorang yang betul2 menyayangi saya, seseorag yang betul2 mencintai saya. Dan sesorang itu kini menjadi suami saya hingga akhir hayat saya. Insyaallah.

2. Awak...saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah beritahu saya id myspace awak. Selepas saya tengok myspace awak, saya rasa betul2 tenang. Sekurang2nya saya tidak terus menerus salahkan diri saya atas perpisahan kita. Dan saya tahu yang banyak awak berahsia dengan saya sewaktu kita bersama. Akhirnya tuhan tunjuk kebenaran dan beritahu yang perpisahan itu adalah yang terbaik untuk diri saya.

3. Awak...saya nak ucapkan terima kasih atas sikap ego dan panas baran awak tu. Disebabkan ego dan panas baran awak itu,awak buat keputusan berpisah sevara melulu dan buat saya hidup bahagia kini. Ye! Saya bahagia kini bersama 2 orang anak dan suami tercinta. Syukur alhamdulillah. Say doakan semoga awak berbahagia juga..insyaallah..

Nota kaki : JDT kalah.. Mat Yo Dalang katanya..hehehe

:: 30 Days Blog Challenge - Day 4 ::

Assalammualaikum semua..

Ok..anggap je harini hari ke 4, 5 dan 6..
Kihkihkih..kita kasi kumpul semua dalam 1 hari..mampu?hehe..

Day 4 : Buku yang saya minati

Meh sini nak cite sikit. Saya ni sebenarnya xsuka baca buku. Sungguh wei. Dulu sekolah pun xpandai sebab xnak baca buku punya hal lah. Adoilah..memang saya xsuka gila bab baca2 ni. Lagi2 kalau pasal sejarah..memang hanyut dalam mimpi lah kan..

Emm..saya ada buku yg saya suka baca dulu2..dulu2 lah..bukan lah sekarang ye.. buku Ujang dan Doraemon. Hehehe. Emak saya akan beli buku tu setiap episod uolls..memang hadap tu je r kan. Dulu mane ada playstation ke,hp ke,tab ke atau ape sgala benda yg ada mcm skrg ni lah kan..Budak dulu lain dengan budak sekarang kan..

Nota kaki : Anak Che Ta cantik uolls..

Thursday, October 30, 2014

:: 30 Days Blog Challenge - Day 3 ::

Assalammualaikum semua...

Mari kita teruskan dengan 30 Days Blog Challenge ye..
Bagus jugak ada benda ni kan..sekurang2 nya sebulan ni penuh r tiap2 hari ada entry kan..tak gitu..hahaha..
Aku kan pemalas ya rabbi...
So..tunggu ape lagi mohle kita mengarang-marang..

Day 3 : Sesuatu yang menguatkan anda.

Ape yang menguatkan saya? Mereka di dalam gambar2 ini lah yang menguatkan saya.
Tanpa mereka, matilah saya, hilanglah hala tuju saya..
Mereka sangat bermakna dalam hidup saya.
1.Emak
2.Encik Suami
3.Alya Qaisara Firas
4.Ammar Firas
5.Adik Beradik dan anak2 sedara saya.

Merekalah segalanya untuk saya.
Pernah suatu ketika dulu saya jatuh..Bukan sekali, tapi berkali2.
Saya rebah. Saya hilang hala tuju. Saya tak tahu nak buat ape. Saya blur.
Tapi saya syukur dikala itu saya ada emak, adik beradik.
Mereka membina semangat saya untuk teruskan kehidupan.
Begitu juga encik suami (waktu kawan biasa je).. Dia lah yang banyak sangat membantu.

Kemudian..saya rebah lagi bila hilang kerja, tidak disambung kontrak..
Macam2..memang banyak dugaan saya hadapi..
Syukur..saya masih ada mereka. Mereka beri saya semangat, supaya saya tidak putus asa.
Sama2 carikan saya kerja, hantar saya dari 1 company ke 1 company untuk anta resume..
Walaupun tidak ada 1 pun yang panggil saya untuk interview..
Tapi akhirnya...Syukur...saya kini berada di kedudukan yang kukuh dari segi pekerjaan.
Di kurniakan suami yang baik, lemah lembut, bukan panas baran.
Di anugerahkan anak2 yang comel, bijak pandai.
Dan dilahirkan dalam keluarga yang sangat2 memahami, membantu dan menjadi penguat untuk saya selama saya hidup.

* Suami dan anak2 saya *

* Keluarga saya *  
  

Nota kaki : Keluarga hidup mati saya.

Wednesday, October 29, 2014

:: 30 Days Blog Challenge - Day 2 ::

Assalammualaikum semua..

Mohle kita teruskan dengan challenge ni. Hehehe.


Cara memenangi hati saya? Actually ada banyak cara kan..kalo waktu anak2 dara dulu lain caranya..
Da jadi emak2 ni lain plak caranya kan..kihkihkih..
Secara jujurnya lah kan..bila da jadi isteri n mama kepada 2 orang anak ni,
prasaan tu kadang cam so so je..xde lah nak sensitif sgt..
eh ye ke? kuikuikui..
Sebenar xperlu pun xmenangi hati saya sebab encik suami da berjaya milikinya pun..
hehe.

So ini sekadar ape yang terlintas di kepala ye dan saya rasa benda ni buat saya cair lah.

Day 2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda

  1.  Encik suami buat surprise. Macam belikan sepotong kek sempena harijadi ke..sweet kan?hahaha.
  2. Encik suami puji masakan saya. Seriusly waktu tu saya rasa macam YES saya berjaya masak! cuz saya tak reti masak uolls.
  3. Bila Qaisara cakap camni.."Dapnya mama masak...emmmm..dapnya..terima kasih mama".. Waktu tu rasa nak nangis uolls...padahal kadang goreng nugget je pun.
  4. Bila Qaisara cakap camni " i love u mama...yaya sayanggg mama".. Oh ini pun cair gak. Rasa bersalah sangat bila pukul dia.. 
  5. Encik suami tolong buat kerja rumah...oh sweet sangat tau..tapi lagi sweet kalau encik suami masak kan..hehehe..da bagi betis nak peha plak kan..pang skit! 

Ok tu je yang saya pikir..tak taulah ada kena mengena ke x dengan memenangi hati tu..hehehe

Nota kaki : Hati resah dan gelisah.

Monday, January 27, 2014

:: Life Change ::

Hai uolls...

Tajuk entry nak omputeh je. Hehehe. Alhamdulillah baru anta data yang ke2 kat client. Besok ngan rabu nak mc. Kihkihkih. Kemain lagi sampai 2 hari kan. Sebenarnya saya betul2 xlarat. Penat sangat2. Xtau lah kenapa macam ni jadinya. Kalo duk umah pun cam lah bleh duduk goyang kaki kan. Kena wat itu ini gak, akhirnya bertambah penat. Tak gitu? Tapi nak mc gak. Tak peduli!

Saya biasa lah kan, tajuk entry lain pastu isinya lain. Hehehe. Ape life saya yang change tu ye? Kemain lagi berubah kan. Kan saya da duk sendiri. Da sebulan lebih da. Perjalanan kehidupan seharian memang berubah lah. Benda paling nampak sangat berubah adalah bangun pagi. Sebelum ni, dalam kul 7 pagi baru nak bangun terkedek2 nak subuh, mandi n siap bagai. Tapi sekarang, kul 6 ke 6.15 da bangun da. Mandi, subuh, dan prepare segala benda. Pukul 7.15 kena keluar rumah. Paling lambat pun 7.20. Kalau tak, memang jawab nya sampai office lambat lah kan. Sekarang ni NKVE plak wat hal kan..dari Setia Alam lagi da jem..dan berlaku tiap2 hari..hoiyahoi betullah..hehehe..So jawab nya memang timing kena betul, kalo timing lari memang lambat lah sampai office.

Ape lagi yang change? Dulu saya xreti masak. Actually bukanlah xreti cuma xpernah mencuba. Tak pernah diberi peluang..cewahh..kalo emak baca ni mau kena ketuk kepala. Hahaha. Erti kata lain, kalo da duk sekali ngan emak tu kan, makan je lah ape emak masak. Kalo da emak xmasak, kita makan luar je lah. Hahaha. Ye BETUL! x tipu! Itulah saya dulu. But sekarang kan..kan da duduk umah sendiri macam kena gak masak especially weekend. Kadang cam xbest tau kalo xmasak. Ape yang saya masak? Sume yang berunsurkan cili. Kahkahkah. Kenapa? Sebab kat dalam peti ais da sedia ada cili yang saya da blender. So just tumbuk bawang bagai then masuk cili tu then tumis2 dengan air asam jawa, gula, garam, ajinomot then masuk r ikan ke, ayam ke, sotong ke pape je r...siap! Nampak x mudahnya masak? Kahkahkah..ayat macam mintak penampar. Hahaha. Tapi betul lah, perasaan tu berubah bila kita da duk asing ngan emak. Dulu sume emak buat but now takde da. Especially masak lah kan. Cam weekend baru ni, hari sabtu tu saya punyalah sakit perut then memang malas nak masak. So petang dalam kul 5 memang nak kuar ke Setia City Mall so bajet makan kat situ je lah nanti. Tapi rasa cam xbest tau bia kan encik suami berlapar, dalam masa yang sama saya pun lapar. Cakap ngan encik suami, saya masak kejaplah. Dalam kul 4.30 kelam kabut masak. Potong itu ini, tumis2. Siap! Sambal tumis sotong dan baby sawi masak sos tiram. Sekejap je pun. Tak ambik masa yang lama. Sebab saya jenis da siap2 kupas bawang sume then masuk kan dalam peti ais kan. So mudah lah kan. Hehehe. Kesimpulannya, saya semakin RAJIN sekarang. Hahaha. Nanti nak belajar masak kari plak lah. Sebab encik suami tak habis2 nak makan kari. Kalo tak habis, siap dia! Hahaha. Saya kari2 ni kurang sikit. Eh tapi bila kita masak, suami dan anak makan rasa happy gila tau. Lagi2 habis plak. Lagilah saya happy. Hehehe.

Apepun..saya da berubah menjadi betul2 seorang isteri dan emak. Hehehe. Bukan stakat memasak, bkemas je.. MEMBEBEL pun semakin menjadi2. Hahaha. Kata isteri dan emak kan. Tu benda wajib wooo...hehehe..

Thursday, February 21, 2013

:: 10 Fakta Suamiku ::

Assalammualaikum..

Harini saje nak buat entry pasal en suami. Ayuh baca ayuhhhhh... *Tolong jangan menyampah dan muntah ek!

1. Suami saya kembar seiras. Muka sejibik ok! saya pernah tersalah orang. Huhuhuhu. Dia abang. Dia dan kembar memang sangat close dan tak boleh dipisahkan. Dulu waktu bercinta baru saya kuar dating dengan suami, adik kembar dia da call dan tanya kat mane sume. Annoying ok! But bila da lame rasa cam, ikut suka lah camne pun, bukan boleh kawen sekali pun. But now after da kawen hampir 3 tahun, da makin kurang lah jumpa sume but still berhubung lah.

2. Suami saya orang Kedah. Kedah kat Bukit Selambau. Actually saya selalu mengharapkan yang saya akan mempunyai kampung one day nanti. Yelah.. umah saya dekat dengan bandar, tepi jalan. Tak pernah lah merasa lalu tepi sawah padi ke, tepi laut ke. Hahaha. Tapi sekarang, setiap kali cuti panjang, kami akan balik Kedah dan umah mentua memang kawasan kampung dan rumah papan. Yeah! macam yang saya harapkan (sakaikan?huhuhu). 1st bila balik memang rasa cam sakai gila. Bukan ape, tapi saya teruja dengan keadaan kat kampung. "eh, canggihnya dinding tu."(sebab dinding tu jadi almari sekali.Gila tak teruja!.. "eh murahnya kuih kat sini." Dan macam2 lagi lah yang saya teruja waktu kat sane. Hahaha. Walaupun suami saya orang kedah, tapi dengan saya dia xcakap loghat kedah. Dia cakap KEYEL. kuikuikui..

3. Suami saya seorang yang pendiam. Dia pendiam dan xbanyak cakap jika baru kenal.Ulang suara, jika baru kenal. Kalo da lama kenal, ada je citenya. Hehehe.Tapi dia masih dikategorikan pendiam lah kalo nak dibandingkan dengan saya. Yelah, orang cakap saya ni mulut murai bagaikan. Padahal kalo orang tak kenal memang sampai kesudah lah saya xbercakap.

4. Suami saya lembut dan cool. Ye! memang sangat berbeza dengan saya yang panas baran. Huhuhu. Kalo saya marah, membebel2 tak henti2 dia akan diam je. Pastu bila saya pandang dia, saya akan tergelak. Ntahlah saya sendiri tak tau kenapa, geram tau kadang bila kita da beriya2 marah sampai api kuar dari telinga tup2 pandang muka dia terus tergelak. Dia xbuat pun muka lawak tapi maybe sebab dia tak bagi respon kot, tu yang gelak kot. Huarggghhhh...seteghesss!!!

5. Suami saya jenis pembersih dan pengemas. Pembersih dan pengemas yang maksud kan ialah di dalam bilik. Suami yang selalu lipat baju dan susun baju dalam almari. Lipatan dan susunan dia memang sangat jatuh hati. Serius kemas gila! xtipu! lipat baju sama besar je. Dulu saya main hantam je, janji lipat. But now, terpaksa ikut cara suami kalo tak nak kena bebel dengan dia plak lah kan. Hahahaha. Kemas katil boleh diberi 4.5/5 lah. Masih perlu dibaiki dari segi regangan cadar. Hahaha.

6. Suami saya seorang yang sayang barang. Sangat lah sayang barang kepunyaan dia, anak dan juga saya. Serius! Dia xsuka barang dia orang lain pakai. Kalo nak pinjam, kena jaga elok2. Barang mainan anak dia kalo dia jumpa kat luar, dia akan kutip bawak masuk bilik. Kotak2 kasut Qaisara masih tersimpan rapi macam baru beli tau! Suami selalu membebel kat saya cuz baju saya selalu dipakai oleh anak sedara saya. Sedangkan baju kurung dia kemain banyak yang cantik2. Kadanag saya bising gak dengan anak sedara saya tapi kadang malas nak layan.

7. Suami saya seorang yang tekun/taat kerja. Suami saya memang taat gila dengan kerja IT dia tu. Tanyalah ape saje pasal IT confirm dia tau. Tapi bila saya yang tanya, dia cakap "ntahlah, pa lupa" OK! tido luar! memang hangin satu badan. Hahaha.

8. Suami saya fashionalista saya. Hahaha. Kemain lagi ayat 'fashionalista'. Sebenarnya nak cakap yang suami saya sangat jaga pemakaian saya. SERIUS! Saya ni jenis yang pakai je ape yang ada. Ada aku kesah orang cakap aku xcantik? Janji suami dan anak kemas, da cukup. Tapi suami tak! Dia bukan saja nak diri dia kemas sume, tapi saya dan anak pun camtu. Emak saya selalu cakap "awin nak beli barang, beli dengan firdaus, kalo dia xde jangan beli" Kenapa? Sebab bila kita da beli nanti dia complaint kaw kaw! Sakit hati ok. Saya pernah beli tudung yang ada manik2 kat kepala tu pastu dengan hati yang riang gembira saya pun tunjuk dengan dia. Tau ape dia cakap? "Sayang, cam maid je." Ya Allah, seteghess tau camtu. Terus sampai skrg tudung tu saya xpakai lagi.

9. Suami saya jenis berusaha. Suami saya kalo nak beli pape barang idaman dia, dia akan terus berusaha. Dia tak kan duduk saje. Kalo sekiranya kami berhutang dengan sesape, dia akan usaha untuk bayar. Dan dia juga akan usaha untuk realiasasikan impian kami. Dia pernah cakap "Sayang, kita da pernah hidup susah sebelum ni, so bialah kita hidup senang dan pakai barang mewah sikit sayang." Saya rasa beruntung sangat dapat dia. Bialah hingga akhir hayat saya dia macam ni.

10. Suami saya idaman lelaki saya. Dia memang penuhi ciri2 lelaki idaman saya. Tinggi, kurus, xputih muka sedap mata memandang. Yang penting, bila dia senyum, saya sendiri cair. Hahaha.

Antara fakta2 tentang suami saya bukan pujian ye. Ini sume fakta bukan auta. Untuk en suami, ini ikhlas dari hati saya si isteri. Semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat dan awak tak berubah. Insyaallah..

Nota kaki : Qaisara demam.Papa demam.Mama sihat walafiat.

Monday, July 9, 2012

:: Salah!Mengandung Setahun Sorang ::

Selamat pagi kawan2..

Pagi ni bukak FB tiba2 ternampak lah status yang menusuk ke kalbu ku. Wahh..kalbu katanya. Ya! Uolls pernah tak kena bebel dengan emak2 uolls? Pernah? Kalo xpernah, xpe.. Bukan saya xkasi baca langsung pun entry ni kalo xpernah kena bebel. hehehe. Saya bersyukur kerana saya hidup dalam keluarga yang da berumur. Emak saya umur 64Tahun. Hidup saya penuh dengan kata2 orang2 tua. Sebagai contoh, jangan makan bertatang, nanti suami syik kena tatang ngan orang sana, ngan orang sini. Saya sentiasa macam ada perasaan ragu2 kalo dengar kata2 camtu, tapi saya tetap ikutlah. Emak saya hidup dengan pelbagai pantang larang. Disebabkan dengan pendidikan yang emak saya berikan, saya mudah disenangi oleh orang2 tua.

Tapi entry kali ni lebih berbau kepada perkahwinan. So orang yang da berkahwin, boleh ambik jadikan pengajaran, yang belum berkahwin pun boleh ambik sebagai pembelajaran.. hehehe.. Da kahwin, mengandung n dapat anak. Orang2 tua akan cakap jangan mengandung setahun sorang, jarak2 kan sikit. Kalo 2 tahun sekali tu, xpe lah. Agak2 orang2 tua tu saje cakap macam tu ke ape? Ke sebab dia xde anak, so jeles orang beranak setahun sorang? Kamon lah, orang2 tua ni anak jauh lagi ramai kot dengan orang2 muda sekarang. Lepas saya bersalin, dalam pantang emak saya cakap kalo boleh, jarak2 kan anak. Waktu tu, dalam pikiran saya, ofkoslah jarak kan..sakit kot bersalin. Orang buang big water pun sakit kan. Apetah lahirkan baby yang besar nya..emm uolls dapat bayangkan lah kan. Then, saya berurut dengan nenek ni, dia pun cakap benda yang sama, jarak kan anak. So, saya pikir kenapa orang2 tua ni selalu pesan macam tu? Mesti ada sebabkan. Sebenarnya saya nak anak setahun sorang, then jarakkan 3 tahun pastu baru tambah lagi. Tu dalam pikiran saya lah. Tapi bila da emak saya sound camtu, saya terpaksa akur.. hahaha..

Kenapa kena jarakkan anak no 1 dan anak no 2? Kenapa? Meh sini baca untuk orang yang duk cakap BODOH tu..

1. Bertujuan supaya dalaman orang wanita ni betul2 baik. Anda tahu tak, setiap kali bersalin tu, segala yang ada dalam badan kita da berubah. Ni pikir logik lah, xde unsur2 sains ke ape, sebab saya pun xpandai sains sangat. Dah berjahit bagaikan. Sedangkan kalo tangan kita luka skit pun ambik makan masa seminggu nak baik, kan kan kan. Inikan plak berjahit kan? Kalo yang normal ampun lagi, kalo yang operate? Berlapis2 kot berjahit. Orang lelaki ni memang ada nafsu mereka. Kita boleh slow talk dengan mereka cakap macam mane keadaan kita, insyaallah diorang paham. Kalo tak paham, meh pisaukan lengan dia, pastu jahit. Tengok camne raungnya kat kita. 100 hari je puasa, xkan tak boleh bang..kamonlah..

2. Anak no 1 tu kecik lagi, kesianlah. Ok, ada yang cakap nak kesian kenapa, nanti dia ada kawan. Memanglah dia akan ada kawan, kalo selama dia setahun, dia duk berkepit bawah mama dia tup2 dia kena tido ngan papa dia plak sebab ada orang lain duk berkepit bawah mama dia, kecik tak hati anak tu agaknya? Lagipun susah kat kita yang jadi mama ni gak. Kenapa? 1 sebab nak kena uruskan yang baru lahir tu, 1 lagi mesti nak uruskan yang no 1 gak kan. Suami memang tolong, tapi no 1 tu mesti nak dekat mama je. CONFIRM! percayalah cakap saya.

Dua je r sebab besar yang saya nak bincangkan kat sini. Bukan tak boleh mengandung setahun sorang, boleh. Tak jadi masalah, setahun 3 orang pun boleh. No problem. Sebab yang susah nya adalah anda. Cuma kat sini saya nak tegaskan, ORANG2 TUA bercakap ada sebab! So tak perlulah uolls nak marah ke, nak terasa ke, ape ke. Memang uolls tak menyusahkan mereka, tapi mereka kesian kat SI PEREMPUAN! Ada pelbagai cara, ubat untuk elakkan mengandung lagi. Pil perancang and so on. Semua tu terletak pada diri kita. Tapi, kalo da kita ambik pil perancang n plan sume tapi masih nak melekat gak, itu rezeki namanya. Saya tak menolak rezeki, orang2 tua pun xmenolak rezeki, tapi tulah, mereka cuma kasihan kan kita orang perempuan. So, pikirlah positif, jangan asyik cakap benda tu kuno atau ape. Orang2 tua sangat sensitif, so jaga percakapan anda.

Entry kali ni bukan saja untuk peringatan sume, tapi untuk peringatan saya juga. Saya terlalu sayang emak saya. Saya percaya, suatu hari saya akan bercakap macam tu jugak kat anak2 saya. So, jangan anggap pikiran orang tua tu ketinggalan zaman.

Nota kaki : Qaisara tambah gigi lagi..yeah!

Monday, May 28, 2012

:: PERLI ::

Selamat Pagi blogger..

Actually banyak benda saya nak cerita dari minggu lepas..
Tapi saya rasa,kisah ni lebih penting..
Untuk pengetahuan PEMBACA,blog saya tidak pernah di post di FB,Twitter ataupun laman sosial yang lain..
INGAT itu..
So,tiada siapa yang tahu kewujudan blog ini selain,anda diberitahu oleh saya ataupun diInvite oleh saya.
Kecuali,anda yang tahu blog ini beritahu kat kawan2 baik anda dan jadikan sebagai blog ini bahan PERLI ataupun ejekan.
Sekiranya saya ada menulis mengenai sesiapa pun dalam blog ini,kawan2 saya di FB tidak akan tahu.
PEMBACA paham?
Tiada masalah untuk saya,sekiranya anda baca blog saya..malah ia menaikkan Nuffnang saya..terima kasih..
Tapi,tiada juga masalah jika anda tak baca blog saya.
Kerana masalahnya ialah selepas anda baca,anda PERLI2 dan EJEK2 saya..
Perlu ke?
Kalau tak suka ape yang saya tulis,rasa saya UP diri sendiri ke,kutuk sesape ke,kata saya orang SUSAH ke..tinggal kan je blog ini!
Mudah bukan?saya tak pernah PAKSA anda untuk baca blog saya..

Terima kasih untuk blogger2 yang setia bersama saya..
Saya usaha untuk tulis blog yang terbaek..

Nota Kaki : Sudah puas bersabar.

Sent from Jazwina BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 18, 2012

::Bau Ketiak Lelaki::

Selamat hari RABU..
Wordless.Wednesday sebenarnya harini..
Tapi hati membuak2 nak tulis entry kali ni..

Bau ketiak lelaki..anda pernah bau?
Sudah tentu pernah..
Lagi2 naik public transport..
Yang sebelah boleh plak nak angkt tgn pegang kt ats kn..
Yang kita ni comel2 je kt bawah dia..
Hambik ko..semerbak bau..
Dengan bahagian baju yang basahnya...
Nak tutup hidung xbleh, sebelah tgn pegang fail, sebelah lagi pegang kerusi..
Nak tak nak terpaksa lah redha kan jugak..
ooooOMG! pening n boleh pengsan sekejap..

Tapi..pernah tak anda terpikat dengan bau badan lelaki??
*Asalnya dari bau ketiak lelaki lah..
Pernah bukan..
Ok!saya mengaku..saya pernah terpikat dengan bau badan seorang lelaki ni..
Seriously..bau badan dia sgt menyenangkan..
Kalo dia lalu tu, rasa macam terangkat2 badan ikut dia jalan sekali..
hahahaha..yang tu tipu..
Kadang tertanya, ape perfume dia pakai ek?
Ape deodorant dia pakai..
Dia bukan baru balik keje ke?kenapa bau cam baru lepas mandi je..
Saya pun xbau wangi macam tu.. :p
Sampai saya terngigau2 lah xdapat bau badan dia..
Nasib baik dia dah jadi suami saya..hehehe..

So, saya pun search lah..apa rahsia bau badan lelaki ni sebenarnya..
Melalui pembacaan saya di serata internet..
Satu Universiti di luar negara telah membuat kajian..
Dimana mereka telah meletakkan wangian di ats bibir beberapa wanita..
Wangian itu adalah bhn yg diproses dr peluh lelaki yang tidak memakai deodorant..
ooooOMG!Kalo dr ketiak yang selalu makan kari,ada byk bulu kat bdn tu cmne?
*pengsan lagi..
Dr kajian itu, mereka mendapati terdapat perubahan mood utk wanita2 itu..
Mereka berubah menjadi lebih YAKIN, TENANG dan GEMBIRA..
hehehehe..tu ayat saya..
Bau ketiak lelaki juga dapat menghilangkan stress kaum wanita..
Ianya juga dapat melancarkan perjalanan haid..

Hehehe..
Untuk yang tengah stress tu..ape lagi, cepat2 g bau ketiak lelaki..
Lagi cepat hilang stress kalo lelaki yang byk bulu n selalu makan kari tu..
Hahaha..
Kalo anda berani, cubalah..
SAYA SUDAH, ANDA BILA LAGI?

:p

Nota kaki : Ianya tidak berhenti disini..berhenti dimana?Itu yang kita xtahu tu..