CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Monday, November 17, 2014

:: 30 Days Blog Challenge - Day 7 ::

Assalammualaikum semua...

Kononnnnnnnnn....nak tiap2 hari tulis kat blog kan..
kononnnnnnnnn....nak follow 30 days Blog Challenges..
Kalau da dasar pemalas tu pemalas lah gak kan..
Hahaha..
OK2..kita tetap teruskan dengan Day 7

Day 7 : Sejauh manakah pendidikan itu penting bagi anda

Dulukan, lepas habis belajar dan saya terhuyung hayang xdapat keje tetap saya rasa Pendidikan ni TAK PENTING langsung!!
ye ar..penat saya belajar tinggi, sampai ke kelantan bagai, then nak dapat keje susah.
Kawan2 yang xsambung belajar kemain senang da hidup waktu tu.
Da ada keje, da kawen malah da beli rumah.
Nampak tak camne stress saya di kala itu.
TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...
Selepas saya da bekerja tetap, saya baru sedar Pendidikan tu sangat penting.
Bukan penting untuk cari kerja je, tapi penting untuk kehidupan.
Kalau kita xde pendidikan, orang xkan pandang pun kita.
Cara pemikiran kita berbeza dengan orang yang xberpindidikan.
Cara kita bercakap, gaya kita semua berbeza dari orang yang xberpindidikan.
Tapi kita jangan lah pandang hina kat orang yang xberpendidikan tu..
Mereka manusia biasa..sama je macam kita yang ada diploma ataupun degree ataupun master ataupun papelah kan..
Pendidikan memang sangat penting.
Lagi2 sekarang ni, budak2 kemain ramai yang pandai.
Kalau nak dapat straight A tu tutup mata je..
Awat pandai sangat ye diorang? Saya dulu dapat 1 A SPM bersyukur banyak2.
Anak sedara saya dapat 9A 1B terus migrain.. confuse jap!
hahaha
 

Nota kaki : Aidijuma ohhh aidijuma..

Tuesday, November 4, 2014

:: 30 Days Blog Challenge - Day 6 ::

Assalammualaikum..

Sebenarnya kan.. Day 6 tu hari ahad..Tapi lupa r..campur ngan ngantuk malam tu kan, terus x berblog.

So bleh considerkan harini Day 6? Bleh kan...

Day 6 - Apa yang anda makan harini

Pagi tadi saya makan Roti telur banjir dal sahaja dengan air teh ais.

Pastu dalam kul 11 lebih makan roti 2 bun dengan air coklat
(banyak saya makan?Kalo hari2 biasa xmakan pun waktu ni..ni kes sebab susu badan da berkurangan so kawan suggest untuk makan banyak2..so saya makan lah..hahaha...)

Lunch saya makan nasi goreng ayam. Tak larat da nak habiskan yang ni, ratah ayam je lebih.

Makan malam belum tahu lagi makan ape..slalunya weekday saya akan makan kat rumah emak. So confirm lauk sedap2 lah xperlu nak pikir2..hehehe

Nota kaki : Besok datin nak bagi tudung Free uolls..

Monday, November 3, 2014

:: 30 Days Blog Challenge - Day 5 ::

Assalammualaikum cantik manis semua..

Hehehe..kata sekali harungkan buat challenge..

Day 5 : 3 Perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih.

Ok..challenge yg ni memang sensitip. So sesape yg baca,janganlah terasa hati atau pape lah ye.. it just challenge but it also from bottom of my heart..chewah..gitu.

1. Awak...saya nak ucapkan jutaan terima kasih kerana awak buat keputusan untuk putus dengan saya. Dengan keputusan awak tu,saya jumpa seseorang yang betul2 menyayangi saya, seseorag yang betul2 mencintai saya. Dan sesorang itu kini menjadi suami saya hingga akhir hayat saya. Insyaallah.

2. Awak...saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana telah beritahu saya id myspace awak. Selepas saya tengok myspace awak, saya rasa betul2 tenang. Sekurang2nya saya tidak terus menerus salahkan diri saya atas perpisahan kita. Dan saya tahu yang banyak awak berahsia dengan saya sewaktu kita bersama. Akhirnya tuhan tunjuk kebenaran dan beritahu yang perpisahan itu adalah yang terbaik untuk diri saya.

3. Awak...saya nak ucapkan terima kasih atas sikap ego dan panas baran awak tu. Disebabkan ego dan panas baran awak itu,awak buat keputusan berpisah sevara melulu dan buat saya hidup bahagia kini. Ye! Saya bahagia kini bersama 2 orang anak dan suami tercinta. Syukur alhamdulillah. Say doakan semoga awak berbahagia juga..insyaallah..

Nota kaki : JDT kalah.. Mat Yo Dalang katanya..hehehe

:: 30 Days Blog Challenge - Day 4 ::

Assalammualaikum semua..

Ok..anggap je harini hari ke 4, 5 dan 6..
Kihkihkih..kita kasi kumpul semua dalam 1 hari..mampu?hehe..

Day 4 : Buku yang saya minati

Meh sini nak cite sikit. Saya ni sebenarnya xsuka baca buku. Sungguh wei. Dulu sekolah pun xpandai sebab xnak baca buku punya hal lah. Adoilah..memang saya xsuka gila bab baca2 ni. Lagi2 kalau pasal sejarah..memang hanyut dalam mimpi lah kan..

Emm..saya ada buku yg saya suka baca dulu2..dulu2 lah..bukan lah sekarang ye.. buku Ujang dan Doraemon. Hehehe. Emak saya akan beli buku tu setiap episod uolls..memang hadap tu je r kan. Dulu mane ada playstation ke,hp ke,tab ke atau ape sgala benda yg ada mcm skrg ni lah kan..Budak dulu lain dengan budak sekarang kan..

Nota kaki : Anak Che Ta cantik uolls..

Thursday, October 30, 2014

:: #10 Deko Rumah - English Style ::

Assalammualaikum uolls...

Jom cite pasal deko2 lagi..hehehe..mood deko da kembali uolls..gitu..
2 minggu lepas saya dan encik suami attend wedding kawan kat Sungai Buloh.
On the way balik tu kami singgah lah setiap kedai bunga kat situ kan...kononya nak survey harga rumput karpet...konon lah..hehehe
Then xlupa gak singgah Fella Design. Masuk je terus saya macam teruja. Terus cam budak2 nak mainan. Nak itu..nak ini..nak sana..nak sini..
Uolls bukan tak tau kan..yang saya ni memang suka gila english style yang ada kaler2 pink or mint green or soft blue kan...
Saya jadi gila uolls dalam tu. Tapi hasrat saya untuk deko rumah ala2 english style tu dimusnahkan oleh suami..Kihkihkih..musnah konon. Dia xkasi kalo guna concept tu, katanya cam x berkembang.
Tapi bila dia masuk FD tu dia pun rasa cam nak jual sofa kitorang tu. Hahaha.
Sape nak beli? hehehe..

Saya nak ruang tamu saya macam gambar bawah2 ni. Tolong lah....nak.....









Nampak tak yang britain flag chair tu? Cantik kan...adoi adoi adoii...stress lah saya camni..Nak tido awal lah malam ni..nak mimpi da beli sofa FD..hehehe

:: 30 Days Blog Challenge - Day 3 ::

Assalammualaikum semua...

Mari kita teruskan dengan 30 Days Blog Challenge ye..
Bagus jugak ada benda ni kan..sekurang2 nya sebulan ni penuh r tiap2 hari ada entry kan..tak gitu..hahaha..
Aku kan pemalas ya rabbi...
So..tunggu ape lagi mohle kita mengarang-marang..

Day 3 : Sesuatu yang menguatkan anda.

Ape yang menguatkan saya? Mereka di dalam gambar2 ini lah yang menguatkan saya.
Tanpa mereka, matilah saya, hilanglah hala tuju saya..
Mereka sangat bermakna dalam hidup saya.
1.Emak
2.Encik Suami
3.Alya Qaisara Firas
4.Ammar Firas
5.Adik Beradik dan anak2 sedara saya.

Merekalah segalanya untuk saya.
Pernah suatu ketika dulu saya jatuh..Bukan sekali, tapi berkali2.
Saya rebah. Saya hilang hala tuju. Saya tak tahu nak buat ape. Saya blur.
Tapi saya syukur dikala itu saya ada emak, adik beradik.
Mereka membina semangat saya untuk teruskan kehidupan.
Begitu juga encik suami (waktu kawan biasa je).. Dia lah yang banyak sangat membantu.

Kemudian..saya rebah lagi bila hilang kerja, tidak disambung kontrak..
Macam2..memang banyak dugaan saya hadapi..
Syukur..saya masih ada mereka. Mereka beri saya semangat, supaya saya tidak putus asa.
Sama2 carikan saya kerja, hantar saya dari 1 company ke 1 company untuk anta resume..
Walaupun tidak ada 1 pun yang panggil saya untuk interview..
Tapi akhirnya...Syukur...saya kini berada di kedudukan yang kukuh dari segi pekerjaan.
Di kurniakan suami yang baik, lemah lembut, bukan panas baran.
Di anugerahkan anak2 yang comel, bijak pandai.
Dan dilahirkan dalam keluarga yang sangat2 memahami, membantu dan menjadi penguat untuk saya selama saya hidup.

* Suami dan anak2 saya *

* Keluarga saya *  
  

Nota kaki : Keluarga hidup mati saya.

Wednesday, October 29, 2014

:: 30 Days Blog Challenge - Day 2 ::

Assalammualaikum semua..

Mohle kita teruskan dengan challenge ni. Hehehe.


Cara memenangi hati saya? Actually ada banyak cara kan..kalo waktu anak2 dara dulu lain caranya..
Da jadi emak2 ni lain plak caranya kan..kihkihkih..
Secara jujurnya lah kan..bila da jadi isteri n mama kepada 2 orang anak ni,
prasaan tu kadang cam so so je..xde lah nak sensitif sgt..
eh ye ke? kuikuikui..
Sebenar xperlu pun xmenangi hati saya sebab encik suami da berjaya milikinya pun..
hehe.

So ini sekadar ape yang terlintas di kepala ye dan saya rasa benda ni buat saya cair lah.

Day 2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda

  1.  Encik suami buat surprise. Macam belikan sepotong kek sempena harijadi ke..sweet kan?hahaha.
  2. Encik suami puji masakan saya. Seriusly waktu tu saya rasa macam YES saya berjaya masak! cuz saya tak reti masak uolls.
  3. Bila Qaisara cakap camni.."Dapnya mama masak...emmmm..dapnya..terima kasih mama".. Waktu tu rasa nak nangis uolls...padahal kadang goreng nugget je pun.
  4. Bila Qaisara cakap camni " i love u mama...yaya sayanggg mama".. Oh ini pun cair gak. Rasa bersalah sangat bila pukul dia.. 
  5. Encik suami tolong buat kerja rumah...oh sweet sangat tau..tapi lagi sweet kalau encik suami masak kan..hehehe..da bagi betis nak peha plak kan..pang skit! 

Ok tu je yang saya pikir..tak taulah ada kena mengena ke x dengan memenangi hati tu..hehehe

Nota kaki : Hati resah dan gelisah.

Tuesday, October 28, 2014

:: 30 Days Blog Challenge ::

Assalammualaikum semua..

Acecoceh nya...

Nak gak buat 30 days blog Challenge.. Dapat info ni dari blog kak moon.



Day 1 :  1 Gambar terbaru anda dan 5 Fakta tentang diri anda.

Gambar 28.10.2014 - BerAidijuma WL Eiffel je harini.

5 Fakta tentang saya :
  1. Saya banyak cakap. Sangatttttt ok dan mudah berkawan. Tapi kalau orang yang tak kenal saya ingat saya sombong sebab saya susah sikit nak bukak mulut bila mula2 kenal.
  2. Saya mama kepada 2 budak comel. Walaupun ada yang ingat saya baru habis SPM. Orang ye yang cakap bukan saya.
  3. Saya rendah je orang nya. Tapi gemok. Hahaha.
  4. Saya ni xsuka beli barang sendiri tapi suka dan sanggup berhabis duit beli barang untuk anak2 dan suami. Ini betul serius!
  5. Saya kuat makan. Tekak syik nak makan je. Sebab tu gemok. Hahaha.
Ala..takkan 5 je kot? Banyak lagi nak bagitau fakta tentang diri saya ni. Hahaha.

Untuk blogger lain jom join 30 Days Blog Challenge!

Nota kaki : Kena terus berusaha dan usaha.

Thursday, October 16, 2014

:: Aidijuma di hati ::

Assalammualaikum uolllssss...

Meh nak cite sikit pasal AJ aka Aidijuma ni. Sebenarnya brand ni da lame da berada di pasaran cuma sejak 2 menjak 3 menjak ni je yang berjaya menambat hati wanita2 masa kini. Acecoceh betul lah..hehehe..

Aj ni keluar tudung bawal je dan dalam masa yang sama dia boleh guna pakai sebagai shawl jugak. Design dia sume comel2 belaka. Uolls tengoklah IG saya tu.. comel2 uolls. Post yang lepas ada komen suh saya post muka saya yang nampak muda jelita macam nora danish kita enjoy... Hahaha. Ala...xde lah sungguh macam Nora danish n xdelah muda benor macam belasan tahun kan. Tapi...perasaan dan keyakinan diri sendiri tu penting ye uolls.. Hahaha. 

Meh nak tunjuk gambar saya yang comel manis ko memang debab ni. Hahaha. Tolong jangan kutuk n nak muntah. Sila terima kenyataan saya memang comel. Kahkahkah. *pengsan. 


 1. Gambar Abang dan adik-adik..kuikuikui. Ni gambar terbaru saya waktu ke Phuket haritu.
Kaki kurus muka gemok uolls...adoi..


2. Ni gambar saya selfie selfot..kelazzz ko jahhh...hahaha...ok malu!
   

Itu je..kbai!

Thursday, October 9, 2014

:: Kegilaan Saya ::

Assalammualaikum semua....

Lamaaaaaa gilaaaaa tak menconteng kat blog kan. Bz sangat gamaknya sampai tak terusik langsung. Ntah lah..saya pun xtau nak cakap bz ke ape..tapi memang bz. Hidup tak keruan. Gila ayat..xkeruan kau...hahaha. Kerja kat office berlambak uolls, projek masuk berduru2 macam peluru. Nak ambik cuti pun bos duk tanya 'i u sure?' seratus empat ploh tiga kali...adoi bos..tak bagi cuti cakap je lah.. tapi saya tetap cuti gak..kuikuikui. Tapi ada gak yang saya terpaksa cancel cuti..sob sob sob. Ye lah, kenalah jugak siapkan kerja kan habis tu da ko asyik nak cuti je da kenapa??hehehe.. Pastu dengan raya nya lagi, raya hj lg, g bercuti ke Phuket nya lagi..Aaa...ke Phuket tu pun ada cite..gila mencabar percutian kali ni..tapi tu nanti2 lah ye tengok bila plak saya free ye..hahaha.

Benda paling saya malas nak buat kat office ni ialah ADS. Gila malas wei..bukan ape, setiap kali nak download ADS tu menangis tau menunggu. Huhuhu. Tapi nak buat macam mane, saya tetap buat..arahan bos uolls, kena lah ikut kan. Disebabkan malas tu dan terdapat banyak lagi kerja, 2 bulan saya tertinggal buat ADS. So sekarang tengah berazam untuk siapkan benda alah tu. Korang mesti tak paham kan ape yang saya merepek pasal ADS ni..hahaha. ADS tu sebenarnya advertisement dalam online newspaper. So any ADS related with any new house development, saya kena download dan save. Bosan? taklah..seronok gilaaa...hahaha. Tu keje sampingan je..keje betul2 buat research uolls. Ok tutup cite pasal keje lah.

La ni kan.. saya ada gila 1 benda. Cuba teka ape dia?? Tudung Aidijuma uolls. Memang menggila kot. Sejak saya terjebak saya buat side income dengan ambil upah. Sambil menyelam, tertelan air sekali uolls. Hehehe. Ye lah, kalo saya tak ambik upah ke ape, bodoh2 saya nak g beli memang encik suami malas r kan. So setiap kali g beli untuk orang lain, chances untuk saya dapat sehelai tu tinggi. Hahaha. Diam tak diam da berpuluh tudung Aidijuma saya ada. kuikuikui. Tudung Aidijuma ni sedap pakai uolls, dia tudung bawal kan. La ni plak design dia cam cantik je..cam comel je. Serius! tak tipu habaq hang.. Bila pakai saya rasa cam muda jelita cam budak sekolah menengah g tusyen plak pastu bawak adik jalan2 kat shopping complex. Hahaha. Tak yah cite banyak lah kecantikan tudung ni, follow je IG saya. aidijuma_by_lovelyqaisara .

Dalam masa yang sama saya pun duk menggila buat side income lain. Dalam kepala otak ni nak jadi kaya raya nak g haji. Hehehe. Doakan ye semua. Lepas g haji nak g korea plak. kuikuikui.

Wednesday, June 18, 2014

:: Majlis Aqiqah Ammar Firas ::

Assalammualaikum uolls...

Wuarghhhh..(menguap).. Ngantuk yang amat. Da lama da x menulis dia blog. Walaupun da start bekerja, tapi paham2 je lah keje banyak kemain kan. Penat wei..

Sebenarnya banyak benda nak cerita tapi tiba2 takde idea plak. Bleh gitu. Adoii..

So harini saya nak cerita pasal Majlis Aqiqah Dan Kenduri Kesyukuran Ammar Firas. Majlis berlangsung pada 8.6.2014. Bermula jam 10.00 pagi. Kami jemput anak2 tahfiz berdekatan. Majlis buat dekat rumah emak sebab emak pun nak buat kenduri arwah bapak. Sebenarnya majlis Ammar tumpang kenduri arwah tapi gayanya cam kenduri arwah tumpang majlis Ammar. Hehehe.

Majlis Aqiqah Ammar dirancang tak sampai 2 minggu kot. Memang kelam kabut ok. Kelam kabut sangat2. Cari kambing, cari pelamin, cari khemah, cari gift, design sticker semua. Oh letih. Ye! Majlis Aqiqah je pun tapi gaya nak terima menantu da. But i'm very lucky person because i have 4 sisters. So memang mereka ber4 helps alot lah. Tak lupa gak untuk abang dan kak ipar kan. Suami ngan emak jangan cakap lah..saya tak mampu nak balas jasa mereka.

Majlis berjalan dengan lancar. Khemah dipasang hari khamis lagi. Kambing sampai hari sabtu. Gift siap hari sabtu. Pelamin pasang ahad pagi. Fuh..memang super2 penat tapi bila tengok segala2nya sangat perfect, SYUKUR..

Saya cuma nak ucapkan jutaan terima kasih untuk emak tersayang kerana memasak untuk kenduri ni. Tak perlu tanya sedap or tak sebab memang superb! Untuk encik suami walaupun kelam kabut ulang alik rumah dan rumah mak tapi syukur skurang2nya dia dapat pantau pape kat rumah. (sebab keluarga mentua bermalam dirumah saya malam tu). Untuk Along & Abg art (khemah), Angah & Abg din (kebersihan dan kekemasan luar rumah), Kakmia (Gift yang superb dan cantik), Abang & Kaknis (PA system,kuih2 talam yang sedap walllaaa...), Akak & Abg Syakir (tetamu). Anak2 sedara semua yang behave...terima kasih semua..

Gambar bawah ni di ambil sekita Majlis Aqiqah Ammar Firas.. Enjoy!

 
*Cinderrella Cradle.

  
*Hello kitty + Frozen Theme...(crisis identity)

 *Cinderella Cradle by lonsuefiezastudio

   
 *keluarga kecil kami..semoga bahagia hingga ke Jannah.

*Anak dara saya.. Alya Qaisara Firas


Nota kaki : Kepenatan di majlis tu juga buat saya demam 5 hari berturut2.. walllaaaa....
 

Tuesday, May 20, 2014

:: Pengalaman Bersalin Anak Kedua ::

Assalammualaikum dan hai semua.....

Semalam kelam kabut, harini releks skit. So nak cerita pasal pengalaman bersalin kan anak bujang tu.

Jumaat, 7.03.2014
Saya da mula malas keje sebab hari2 sebelum tu kan saya da asyik sakit memanjang. Tapi saya tetap keje jumaat tu. Lunch tu da start sakit perut cam hari2 sebelum tu then call encik suami ajak g klinik untuk check. Next checkup saya sepatutnya Isnin, 10.03.2014. So encik suami ambik lah lepas sembahyang jumaat tu. Ingat tak ramai orang rupanya ramai orang kat klinik sampai sakit tadi pun da hilang. Saya siap bagitau kat nurse situ cakap nak balik dulu, then malam baru datang balik. Hahaha. Check dengan doktor, doktor buat VE. Doktor cakap baru 1cm then doktor kacau skit lah cam biasa memang darah banyak lah kan..Sakit tak perlu tanyalah. Doktor cakap atas lagi ni. Ok fine. Kami balik dulu.

Darah kuar tanpa henti sabtu, ahad ......

Sabtu dan Ahad
Kami berjalan ke baby expo tak silap kat Shah Alam. Pergi pkns makan laksa n ns lemak, beli kurma. Bajet banyak jalan cepat bersalin lah? Saya memang kaki jalan so xde beza pun.

Isnin, 10.03.2014
Tak larat da nak keje. Darah masih ada. Pergi klinik Damai bagitau yang da xlarat dan perlukan rehat. Bajet nak mintak seminggu direct tapi nampak cam gelojoh sangat kan. Sekali doktor bagi 2hari. Syukur.

Selasa, 11.03.2014
Rehatkan diri kat rumah dengan Qaisara. Sepanjang cuti dan mc memang Qaisara lah peneman mama dia ni. Tengahari tu memang terasa cam air keluar kan. Terkencing ke? ke ape ni? Ok abaikan. Perut tak sakit pun. Orang cakap mostly kalo air ketuban pecah akan ada contraction sekali. Tapi saya nanhado. So abaikan lah kan. Elok plak malam tu encik suami balik lambat. Then malam tu macam nak demam. Memang tak senang duduk sangat. Tak selesa. Rasa seram sejuk.

Rabu, 12.03.2014
Memang normally saya akan ke toilet berkali2 lah kan. So saya rasa macam keluar lagi air kan. Saya decide untuk "bebas" tgh2 malam tu. Jam 5.00 pagi rasa air keluar banyak dan panas. Kejutkan encik suami dan cakap "pa, ma rasa air ketuban ma pecah lah, kain batik ma basah. Nanti sebelum g keje, kita singgah klinik dulu check ye. If takde pape kita g keje cam biasa lah." Boleh cakap camtu kat suami?hahaha. Encik suami bau air kat kain tu, xde bau hancing memang betul lah air ketuban. *orang cakap air ketuban tak hancing. Encik suami suh siap. Dia kelam kabut mandi sume. Saya releks je, mandi, sembahyang, prepare beg Qaisara sume. Hahaha. Sebab ape? Sebab SAYA TAK SAKIT pun. Then anta Qaisara ke rumah emak dan terus ke klinik. Luckly doktor sama sampai dengan kitorang sebab ada yang nak bersalin. So doktor lah check sendiri kan if not bidan part timer. Check bukaan baru 2cm. Betul tadi air ketuban tapi tak pecah lagi cuma da bocorlah. So kena admit untuk doktor pantau. Jam 8.00 pagi bagitau nurse nak keluar g sarapan jap. Hahaha. Boleh kan camtu, cam duk kat umah plak. Keluar g sarapan semua then balik klinik balik. Encik suami anta kat depan klinik je, xde lah berpimpin tangan sampai dlm wad ke..NO NO NO..hahaha. Sebabnya saya tak sakit. Waktu tak sakit tu xtau nak wat benda ape, duk lah baca suratkhabar lah, main hp lah. Then nurse bagitau makan siap2 untuk tengahari dalam kul 12.00 tengahari dia nak check bukaan. Encik suami belikan Nasi ayam kfc. Uish...selera je makan. Hahaha.

Kul 1.00 tengahari nurse buat VE, then basah je..air ketuban da pecah. Tapi..contraction takde pun. Nurse tu da gelak2. siap cakap "ko kenapa dik..anak ko xnak keluar lagi ke ape?" Hahaha. Bukaan da 3cm.

Kul 3.00 petang nurse suh prepare siap2, katanya doktor nak check. So kena pakai baju da sume. Buat VE, 3cm boleh g ke 4cm. Buat CTG, xde contraction pun. So doktor bagi kata 2 either nak tunggu sampai sakit sampai bsok petang ke ataupun INDUCE. Saya pilih INDUCE.

Induce dengan saya tidak dapat dipisahkan. Hahaha. Doktor masukkan ubat jam 4.00 petang. Kena baring dalam labor room sejam. Lepas masuk ubat je xsampai setengah jam terus sakit. Terus contraction uolls. Sakit? Sakitlah..kata nak beranak kan. Hehehe. Da r sakit, kena baring je sebab sambil tu doktor buat ctg gak then sejuk plak. Dalam pukul 6.00 petang baru masuk bilik balik. Dalam bilik pun tak senang duduk. Sakit yang amat. Sakit yang memang sakit. Waktu Qaisara dulu sakit dia lain..sakit yang maybe bleh bertahan lagi. Makan da tak lalu tapi gigihkan gak makan roti. Sumbat je dalam mulut. Makan kurma dan minum air zam2. Lepas maghrib doktor suh masuk labor room balik. Sakit saya macam xbleh berjalan da. Bila sakit datang kena stop jap. Tapi nurse n doktor cakap saya releks je macam da xsakit. OMG OMG OMG...sakit sangat kot tapi kenap muka xberkerut xtau lah. Hahaha.

Pukul 8.00 malam doktor check bukaan da 4cm dan doktor terus masuk ubat drip. Tanya doktor berapa jam lagi doktor anggarkan ye? Doktor cakap dalam 3 4 jam. Ok FINE! Nak harung sakit lagi 3 4 jam. Then duduk bersila atas katil tu, pastu xbleh tukar posisi kaki terjulur kat bawah. Pukul 8.20 malam macam tu rasa nak teran sangat. Da ketap gigi meneran. Secara otomatik tau, bukan buat2. Suh encik suami panggil lah sesiapa bagitau yang saya da meneran ni. Mujur lah diorang baru habis makan kan. Bidan part time datang dan suh saya baring n kaki terkangkang dan waktu tu saya tengah sakit. Memang xtau nak cakap camne. Nasib baiklah bidan tu xmarah "yang awak pandai2 teran kenapa?". Sekali bidan tu pun kelam kabut panggil doktor. Pukul 8.38 malam hanya sekali push keluar kepala. 2 kali push keluar badan. Alhamdulillah. Then proses pengeluaran uri plak.

Akhirnya lahirlah seorang bayi lelaki pada 12.03.2014 jam 8.38 malam seberat 3.11kg pada 38minggu kandungan. Dan bayi tu dinamakan Ammar Firas Bin Mohammad Firdaus. Yang bermaksud "Yang memakmurkan, yang beriman dan celik akal"

Sekarang anak mama da 2 bulan ++. Berat da 6.0kg. Yeah! Masih lagi fully BF.

Nota kaki : Saya rasa dengan kurma dan air zam2 tu membantu saya tambah tenaga sebab saya hanya makan jam 12.00 tengahari sahaja tapi syukur saya kuat. Syukur.

Monday, May 19, 2014

:: Kembali bekerja ::

Hai uollllsss..

Da mula bekerja..lemah longlai betul nak g keje pagi tadi. Qaisara dan Ammar anta umah uwan macam biasa. Bangun jam 5.30pagi menyusukan Ammar, pumping, baru kuar nak basuh botol sume Ammar menangis beriya. Abaikan sekejap. Basuh gak botol, kuarkan susu untuk Ammar, alihkan ke dalam beberapa botol untuk mudahkan emak, selesai dan terus susukan Ammar balik yang menangis beriya2 macam kena pukul. Jam da 6.20pagi. Letak Ammar, suh tido tak nak tido so mama dia terus mandi, sembahyang, bersiap sume terus dapatkan dia balik, lap2 badan dia tukar lampin then finish. 7.20pagi. Qaisara papa dia handle. 7.30pagi keluar rumah. Takde lipstick ataupun eyeshadow..(baru ingat nak bergaya skit harini..huhuhu). Anta rumah uwan, explain kat uwan pasal susu Ammar then g keje. 7.40pagi baru gerak.

NKVE jem macam nak gila macam biasa. Sampai tol subang jam 8.30pagi. (saya masuk keje jam 8.30pagi). Belum sampai office bos da anta whatsapp psl keje.. Apekah???? Ok. Takpe, bersabar dan bertenang.

Masuk office da macam ape je. Kelam kabut. Bukak komputer cari itu cari ini. Jiran sebelah plak tanya itu tanya ini. Oh indahnya bekerja...nak jadi fulltime housewives bleh? Hahaha. Now tengah rehat sebentar. fuhhh..

Perjalanan kehidupan setengah hari saya. Amacam? boleh dapat title supermama x? hehehe.

Saturday, March 29, 2014

:: Alhamdulillah selamat da.. ::

Hai uolls..
Alhamdulillah saya da selamat bersalin da 12.03.2014 jam 8.38pm di Klinik Bersalin Annur Shah Alam. Alhamdulillah kami dikurniakan baby boy seberat 3.11kg dan saya bersalin secara normal.
Insyaallah jika ada masa nanti saya akan post entry mengenai pengalaman bersalin anak kedua. Buat masa ni saya terlalu bz dengan macam2 hal sejak discharge haritu. Bujang saya kena jaundice hingga harini (hari ke17). Da macam2 yang saya usahakan tapi jaundice tu malu2 nak turun..alahai..sedih sangat. Kami juga telah di wad kan semalam di hospital gomen. Pengalaman paling berharga untuk saya. Kisah sepenuhnya saya akan post kan nanti..insyaallah. .
Program berpantang saya pun da xde. Xde ubat, xde jamu, xde param, xde pilis.. sume da lari..xpe, anak da sihat nanti saya akan mulakan balik..
Doakan kami sihat ye..

Friday, March 7, 2014

:: Contraction ::

Hai uolls..

Camne nak tau tu contraction? Camne nak kira?

Alahaiii....saya sendiri tak tau walaupun da anak ke2..confuse tau..stress pun ada kadang2. Lagi2 bila encik suami tak habis2 suh kira berapa minit sekali sume..aaaa....xsuka betul!

Pastu uolls pun tau kan, stiap kali g klinik terus xsakit..eh stress tau dengan perut sendiri. *Baby jangan nak terasa ok, mama stress ngan perut bukan ngan baby. Kenapa stress ngan perut sendiri? Sebab perut saya ni sensitif..itu xboleh ini xboleh. Selalu lah nak sakit. Kalo xpregnant ok lah kan, habis tu waktu pregnant ni camne? confuse da antara contraction ataupun x..aaahhhhhh....memang stress gila. Malas r nak layan!

Hahaha..emo kan. Okbai!

Thursday, March 6, 2014

:: Hanturaya ::

Hai semua...

Uolls ada terbaca kisah si Hanez Hanturaya tu? Ala..artis yang kononnya top, seksi, cantik, putih ko mmg debom tu. Ya! Dia memang cantik..putih gebu bagaikan..tapi perangai? Cam ape je!

Pasal isu ni, banyak saya nak kupaskan..cewahh..kupaskan konon.

1st pasal isu rumahtangga. Sebenarnya banyak kes kat malaysia ni yang suami curang. Dan ada gak yang isteri curang kan. Curang adalah sinonim sebenarnya. Ada sesetengah yang cakap..ala..lelaki kan boleh kawen 4, ape nak marah2 sume kalo dia kawen lain. Ye lelaki2 kat luar sana..memang boleh nak kawen 100x pun xde sape marah..kawen lah. Tapi janganlah berlandaskan nafsu semata2. Ko curang 1 hal, ko abaikan isteri dan anak ko 1 hal, ko salahkan isteri ko punca keretakan rumahtangga 1 hal. Hellllooooooooooooooooo...ko curang sebab isteri ko xreti jaga ko? sebab isteri ko xpandai masak? sebab isteri ko xjaga penampilan? Kamonlah..kalo ko betul setia, ko bleh ubah isteri ko..ko xperlu curang kot. Bincang elok2 ngan isteri ko. Kalo dia xreti jaga ko, ko cakap ngan dia camne cara dia nak ajar ko, tunjukkan. Kalo dia xpandai masak, hantar dia kelas memasak ataupun printkan resepi2 kat internet tu. Kalo xreti jaga penampilan, ko belikan dia makeup,tudung cantik2. Tapi ni tidak! ko harapkan isteri ko berubah dengan cara dia sendiri. Salah lah camtu. Benda dia senang je, ko ada pompuan lain ko bagitau isteri ko then cerai. Thats it! Xyah seksa da isteri ko yang ko penah sayang, yang ko penah peluk, yang ko penah janji sehidup semati sume bagai tu.. TAKYAH! Ok! Saya memang betul2 emosi bab ni. Saya rasa pompuan dipijak2 tau. Bukan dipijak2 oleh lelaki je malah si pompuan tu gak. Alahai pompuan..awatlah ko buat kaum sejenis camtu gak. Kesian lah kat diorang. Bayangkan if it happen to u or ur family. Aih..malas lah nak cerita da. Sedih tau. Saya sebenarnya bukan sengaja2 nak sedih ataupun nak sibuk hal "kain dalam orang" tapi benda cam ni berlaku di sekeliling saya. Sebab tu lah saya bertambah sedih! *tarik nafas dalam2 then lepas. Then nak apply fasakh susah plak tu. Bukan senang. Da lah seksa dengan suami yang bengong! then kena face plak process mahkamah. Bayangkan how struggle a wife. Thats why lah lelaki jangan simply cakap "ala..ni sume punca awak,,kita berpisah.". Ok fine! saya taknak nangis da sebab semalam da nangis da. Ya! saya memang emosi, kisah orang pun saya boleh nangis tau. Saya sentiasa pikir camne if it happen to me..Ya Allah..selisih tau..Da r..tak mau cite da...da berair da ni..

Ok2..pesanan untuk suami2 kat luar sana :-

Awak (suami semua), jika da tak suka dekat isteri dan da jumpa yang lebih baik, berterus terang lah jangan menipu, jangan berzina di belakang mereka. Sesungguhnya menipu adalah lebih sakit dari anda berterus terang. Lepaskan cara baik, jangan terus menerus hancurkan isteri anda. Janganlah anda terus menuduh dia bukan2. Ingatlah, dia pernah jadi orang yang anda sayang, orang yang anda cinta, orang yang anda pernah bersama satu masa dulu. Lepaskan cara baik dan pulangkan isteri anda dekat keluarga mereka seperti mane anda ambik isteri anda waktu lafazkan akad nikah dulu. Percayalah, jika itu yang anda buat, mereka tak kan terus berdendam dengan anda.

Pesanan untuk pompuan2 perampas :-

Awak (perempuan perampas laki orang), ramai lagi lelaki bujang yang masih tak berkahwin. Apa yang anda inginkan daripada lelaki yang da berkahwin? Kasih sayang? Lelaki bujang juga tahu bagaimana untuk beri kasih sayang. Kekayaan? Lelaki bujang juga tahu bagaimana untuk menjadi kaya. Janganlah ganggu hak orang lain. Mungkin lelaki tu yang mulakan dulu, tapi kita sebagai perempuan once da tau itu laki orang kita boleh jarakkan diri kita dari terus mendekati kita. Kita yang tentukan sama ada kita nak ataupun tidak. Itu je. Mungkin harini anda rampas hak orang, 1 hari nanti orang akan rampas hak anda balik. Ingat karma!

2nd pasal isu Media. Uolls tahu tak, setiap kali saya post or share something kat FB, CONFIRM ada komen 'jangan percaya 1 pihak, kita dengar 2 2 pihak dan JANGAN PERCAYA MEDIA,DIORANG PUTAR BELIT BANYAK' ! Ya! saya selalu dapat komen camtu. Sekarang nak tanya, kalo bukan dari media dari mane lagi kita nak dapat info ye? Maksudnya berita, suratkhabar tu sume menipu lah! sume tak betul! Alahai..susahnya hidup camtu. Agak stress gak semalam bila baca komen tu. Binggung! Tak tahu nak balas ape, tapi saya tetap balas lah. Kesian ke wartawan kan sume benda yang diorang bagi, orang akan cakap menipu. Baik xyah bagi info kan. Kalo da 5 media bagi kenyataan yang sama, adakah diorang dikira menipu beramai2? Emmm...thinking about this! Bosan gak dengar orang2 camni, orang yang rasa everything tak betul. Everthing salah. Emmm...ni pun malas lah nak cite sebab saya selalu kena camtu tau. Sedih! Tak boleh nak beremosi sikit. :p

Nota kaki : #boikotaurawhite #boikothanezsuraya

Wednesday, March 5, 2014

:: 37 Minggu ::

Kemain sekali 2 entry 1 hari kan.. Mau silap2 5 6 entry untuk harini je..hahaha. Nampak bebenor xde keje. Huhuhu.

Harini genap 37 Minggu da saya mengandung. Alhamdulillah. Hari Isnin lepas g checkup kat Annur. So far xde masalah. Everything ok. Doktor tak cek bukaan pun katanya next checkup baru dia cek. Dalam hati, kot2 lah doktor nak induce ke kan, tapi doktor suggest induce after 38 weeks. Hamboiii...mentang2 da pernah induce, kemain suka lagi nak induce lagi kan.. Orang lain kat luar sana tu kemain takut dengar word induce. Jangan takut..induce xsakit pun..hahaha.

Nak dijadikan cerita, lepas Maghrib hari Isnin tu saya sakit perut yang mencucuk2 tu. Ya Allah..bawak ke pinggang uolls. Memang sakit sangat. Then bagitau suami saya sakit sangat. Encik suami da gelabah then dia cakap dia mandi n siap2 dan terus g klinik. Saya plak kemas2 umah, sidai baju, sembahyang dulu then terus mandi lagi, siap2 untuk ke klinik. Dalam waktu tu sakit datang dan pergi. Bila sakit, ya Allah sakitnya tuhan je tahu. Saya berdiri xmampu bergerak dengan kaki menggeletar sume. Tukarkan baju Qaisara then terus ke Annur Shah Alam.

On the way ke klinik, sakit makin hilang dan hilang.. Alahai sakit..jangan macam2. Kalo tak sakit camne nak cek ctg nanti. Sampai klinik, kami duk lah kat luar klinik tu sambil tunggu sakit datang. Sakit datang je terus nak berlari ke klinik duk atas katil cek ctg kan. Tapi malangnya sakit tak datang. Ok! Fine sakit..ko main2 ye. Encik suami cakap, cek je r..takut pape terjadi kat baby. Ok.. dengar arahan encik suami terus lah masuk klinik. Annur Shah Alam ni, kalo malam2 memang takde doktor dia ada bidan part time dan nurse je. So bagitau diorang, saya sakit tadi so nak wat ctg lah. Baring lah atas katil dan watlah ctg selama 20minit. Uolls tahu ape terjadi? No contraction at all! Uolls rasa nak jadi Hulks tak waktu tu? Hahaha. Sabar je r banyak2. Cakap ngan bidan tu, betul..tadi sakit sangat2. Bidan tu senyum je sebab setiap kali saya wa ctg, xde contraction ataupun mild contraction je. Bidan wat VE dan masih 1cm. Perjalanan masih jauh. FINE! Balik lah kami..

On the way balik rumah singgah beli burger. Rasa cam lapar plak. Sampai je lorong nak masuk taman rumah tu sakit datang balik. Sakit yang sakit sangat2. Eh sakit!Tampar nak tak?Main2 ye sakit..alahai..Cakap ngan suami, xpe..balik, saya mandi air panas dan relaks tengok camne. Sampai umah jalan da terbongkok2 da sebab tahan sakit. Mandi air panas, pastu suh encik suami watkan air URAL. Ye..lupa nak bagitau, waktu checkup doktor ada bagitau kencing kotor skit. Then minum air banyak2. Letak kaki kat dinding bia tinggi kot2 bleh hilang sakit. Sekali sakit datang, dapat tangan suami, habis kena cengkam.. Memang sakit korang. Tak tipu. Then saya tertido. Kalo da boleh tido tu kira oklah kan. Ok FINE lagi.

Selasa (semalam), sakit tu datang lagi tiba2. Datang dan pergi. Bila sakit, memang rasa cam nak merangkak dan duduk bersila. Sakit sangat. Then hilang camtu je. Tengahari sakit lagi, gagahkan diri berjalan naik turun tangga g lunch. Walaupun jalan slow tapi still berjalan lah kan. Sakit hilang lagi. Petang nak balik rumah tu sakit datang lagi. Cakap ngan encik suami, takpe kita balik rumah makan, mandi, sembahyang sume then tengok camne. Lepas maghrib saya dapat rasa something which is sakit ni cam sakit saya pernah rasa before pregnant. YA! UTI @ Kencing Kotor. Then terus search pakcik gugel, pengalaman orang yang pernah kena UTI waktu pregnant. Lebih kurang uolls cam sakit yang saya tengah alami tu. So, cakap ngan encik suami, bleh tolong buatkan air URAL lagi dan minum air kosong banyak2. Malam tadi memang masih sakit lagi. Datang dan pergi. Tapi disebabkan saya tau itu bukan contraction, so xdelah nak bermanja bagaikan. Saya teruskan minum air kosong banyak2.

Harini, saya pegi beli air barli which is kawan cakap bleh kurang kan UTI. So saya minum air barli tu walaupun tak sedap sebab tak manis dan terus minum air kosong banyak2. Saya harap, usaha saya untuk pulihkan UTI ni berjaya. Ya Allah, dugaan ni walaupun tak besar, tapi sakitnya sangat azab. Saya tahu, anak saya tak nak keluar lagi silap2 mau dia duk dalam perut ni sampai due date. Huhuhu. Anak anak..ikutlah bila nak keluar, mama pun malas pikir dan jangka da. Hehehe.

Nota kaki : Oh UTI! Please go away from me..hehehe.

:: UTI @ Kencing Kotor ketika hamil ::

Hai semua...

Belum belum dan belum lagi deliver..take note ye..*cam ada org kisah je.. hehehe
Baby nak duk dalam perut mama dia lama2, nak manja2 dalam ni, dan penting nak jadi bijak cuz orang cakap kalo baby duk lama dalam perut mama dia akan jadi lebih bijak..hahaha..waallahualam..

Ni nak cite pasal UTI skit lah. Tau x UTI tu ape? UTI tu Urinary Tract Infection ataupun bahasa melayu kita Kencing Kotor. Pernah dengar kan? Meh saya nak copy paste skit pasal UTI ni. Sumber Babycenter.

Apa itu UTI?

Jangkitan saluran kencing (Urinary Tract Infection - UTI) berlaku apabila sistem perkumuhan tersebut dijangkiti bakteria. UTI biasa berlaku kepada wanita berumur di antara 20 hingga 50 tahun. Lebih kurang 50% daripada wanita akan mengalami UTI sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Cystisis, sejenis jangkitan pada saluran kencing, adalah UTI biasa yang kerap dihidapi wanita hamil.

Jika dibiar tanpa dirawat, UTI boleh menjadi agak sakit dan mungkin berbahaya kerana jangkitan boleh merebak ke atas dan sampai ke buah pinggang. Jika jangkitan buah pinggang dibiarkan tanpa rawatan semasa hamil, ia boleh menjejaskan kesihatan anda dan boleh menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat badan yang ringan atau pun pramatang.

Perubahan-perubahan pada badan anda sepanjang tempoh kehamilan membuatkan anda lebih terdedah kepada UTI. Hormon progesteron mengendurkan otot-otot ureter iaitu tiub yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing. Ia memperlahankan aliran air kencing dari buah pinggang pada pundi kencing. Uterus anda yang semakin membesar juga mengalami kesan yang sama. Ia memberi peluang yang sesuai untuk bakteria kerana ia mempunyai masa yang lebih lama untuk membiak sebelum dialirkan keluar.

Simpton-simpton UTI termasuklah:
  • sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil
  • sakit di bahagian pelvis, bahagian bawah abdomen, bahagian bawah belakang anda atau di bahagian sisi badan (kebiasaannya hanya sebelah)
  • kencing tidak lawas
  • menggeletar
  • kenaikan suhu badan
  • rasa sejuk dan panas berselang seli
  • loya dan muntah
  • kerap ke tandas
  • tidak dapat mengawal kencing
  • air kencing berwarna keruh, berdarah atau berbau
  • perubahan kuantiti air kencing (berkurangan atau berlebihan)
  • sakit ketika bersetubuh
UTI boleh berlaku ke atas ibu2 mengandung. Jom kita baca plak bahaya UTI @ Kencing kotor ke atas ibu mengandung.

Mengapa wanita hamil mudah mendapat ‘kencing kotor’?
  • Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana  wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus. (urethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar).
  • Wanita yang hamil pula lebih mudah menghadapi jangkitan kuman berbanding degan wanita yang tidak hamil. Selain dari urethra yang pendek, ini disebabkan perubahan hormon  dalam wanita yang hamil.
  • Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkakan pengaliran air kencing.
  • Pada masa yang sama, rahem juga membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
  • Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.
  • Malah air kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula, (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.
  • Disebabkan faktor-faktor ini, wanita yang hamil mudah dijangkiti ’kencing kotor’. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.
  • Bayi yang dikandung juga mengalami kesan yang teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal (preterm labor) dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.
Oleh itu sekali lagi saya mengingatkan para ibu yang hamil supaya bersabar dengan arahan doctor dan menjalani pemeriksaan air kencing walaupun tidak mengalami masalah dengan air kencing dan kelihatan sihat.
Perlukah rawatan susulan ?

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.
Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).
Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital
Bagaimana mencegah ‘kencing kotor’ ?

Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, ’kencing kotor’ mudah merebak ke buah pinggang.

  1. Dapatkan beberapa bungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g,  dan mempunyai perasa lemon.
  2. Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.  
  3. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan  mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.
  4. Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang kencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  5. Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.
  6. Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agar buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  7. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.
  8. Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.
  9. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.
Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.
Wallahu a’lam.
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (131210)

Monday, March 3, 2014

:: HELLO MARCH ::

Hai uolls...

Ala..belum bersalin lagi. Hahaha. Ayat sedih ke ape? Kihkihkih. Baru ingat nak sebulan dengan anak kan sekali dia nak sambut besday asing2 lah..saje je tau.. Sekarang da masuk bulan mac da. Baby tak keluar lagi. Ala..releks lah..due date 26 March..lama lagi kot. Tanda2 nak bersalin? Malas lah nak cite..sebab sume tanda da ada..bersalinnya tak gak. Hahaha.

1st sakit menekan2 kat bahagian bawah. Dalam hati 'eh sama sakit waktu nak bersalin kan Qaisara, tapi perut tak sakit..xpe..sabar..kita balik rumah dulu tengok camne..' sampai umah sume makan bagai, sakit hilang. Ok. FINE!

2nd plak sakit perut sangat2 sampai rasa nak merangkak kat lantai. Serius! Tapi bahagian bawah tak sakit. Waktu tu da nak dekat kul 5.00pm da. So takpelah, habiskan waktu keje. Kalo sakit lagi g terus klinik. On the way balik tu masih sakit. Memulas sangat2, takpe..balik umah dulu dan makan banyak2 dulu. Lepas da makan, masih sakit. Cakap ngan encik suami "takpe, kita balik dulu mandi2 tengok camne." Balik umah, mandi2 siap sapu sampah bagai then releks atas katil. Sakit hilang. Ok. FINE LAGI!

3rd time plak temankan encik suami g main badminton kat Damansara ni ah.. Kemain jauh kan. Encik suami paksa ikut sebab katanya kalo pape terjadi, senang dari Damansara terus g klinik. Ok. Perut mengeras taknak surut2 dari lepas maghrib sampai lah kul 12.00am camtu. Kul 11.30pm tu msg encik suami cakap " Jom balik, g klinik." Risau uolls, baby mengeras tak nak surut2. Da kenapa lah wahai anak. Then dari Damansara encik suami tanya, nak g klinik terus ke? kalo dia balik mandi dulu and ambik beg hospital dulu boleh? Saya rasa, ok kot..That time tak sakit tapi mengeras tu buat saya tak selesa. Sampai umah, saya cakap encik suami "Orang masuk dulu, mandi2 tengok camne. Kalo dalam kul 1.00am x surut gak mengeras ni kita g terus klinik." Saya duk lah mandi air panas sume, then pakai bedak 1 badan, bajet nak wangi untuk releks kan badan lah..(macam xde kena mengenakan pakai bedak sebab nak releks..) hahaha. Then baring..masih mengeras..then tak sempat kul 1.00am saya da terlelap. Kira hilang lah sakit tu. Ok. FINE LAGI DAN LAGI!

Hahaha. Kenapa baby ni mengeras? Yang saya perasan maybe dehydrate. So saya memang minum banyak2 air dan membuang beratus juta kali. Then saya rasa penat. Sebab tu saya mandi air panas kali releks skit then wangi2 baring kan diri tu. Mesti ok lepas tu. Untuk mom2be kat luar sana if happen benda2 camni, try relekskan diri. Tarik nafas then lepas. Tapi kalo uolls rasa tak ok, cepat2 g hospital ok. Jangan ambik risiko kalo tak berani.

Nota kaki : Baby, keluarlah cepat..kang mama induce lagi kang. Hahaha.

:: Hatimu Batu ::

Hatimu Batu

Dengarkan hati kecilku sedang berbisik
Menunggu sampai luluhnya hati batumu
Yang sudah tak bisa

Dengarkan batin kecilku sedang berbisik
Rasa tak sanggup luluhkan hati batumu
Tetap ku tak bisa mengerti apa maksudmu

Cinta harus begini untuk agar kamu bisa
Pahami aku, mengertikan hatiku
Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

Oh cinta harus begini untuk agar kamu bisa
Pahami aku, mengertikan hatiku
Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

Friday, February 28, 2014

:: Cara Didikan Anak ::

Hai uollls...

Hamboi hamboi hamboiii..pagi2 lagi da menulis entry ye.. Kemain xbusy lagi kan.. Hehehe.
Sekarang ni tengah isu panas pasal pasangan di Sweeden yang kononnya memukul anak mereka.  Ok2.. Entry kali ni maybe ada kaitan dengan kisah tu tapi saya bukan nak tokok tambah ataupun pape jelah, saya cuma nak cite realiti kehidupan seorang emak tu.

PERINGATAN : SILA JANGAN MENGHINA ATAUPUN MEMAKI BAGAIMANA EMAK SAYA, SAYA MENDIDIK ANAK2. SAYA TAK CAKAP DIDIKAN SAYA BETUL DAN ANDA PERLU IKUT CARA SAYA DIDIK!

Macam mane saya nak mulakan ye?

Bagaimana kita didik anak kita? Sebenarnya ada banyak cara kita nak didik anak kita. Mungkin ada yang akan tak puas hati dengan entry saya tapi anda kena pikir rasional ataupun positif dengan ape yang saya tulis ni. Saya seorang yang garang. Saya seorang yang jenis bila cakap cam tinggi suara padahal saya cakap biasa je cuz volume minimum pun 3. Saya didik Qaisara macam mane emak saya didik saya. Walaupun Qaisara baru nak cecah 3 tahun, tapi saya akan pukul dan marah dia jika dia buat salah. Ya! Saya tahu ramai yang cakap, ko ni..budak tu kecik lagi, xkan nak marah dan pukul. Kalo saya tak buat camtu, agak2 umo dia brp ye saya boleh buat? Contoh simple je, keluar dari toilet lepas mandi anak anda yang umo 2 tahun akan keluar berbogel or bertuala? Saya tahu, ramai yang tak ambik kisah pasal tu. Ala..baru 2 tahun, anu kecik je lagi, budak2..sape nak heran sangat..berbogel je lah. Hahaha (gelak sinis). Saya, Qaisara keluar dari bilik air kena bertuala jika tidak, bontot dia akan saya lepik. *Lepik disini bukan bermaksud pukul sampai berbirat2 bontot budak tu tapi lepik supaya dia tau perbuatan dia tu salah. Syukur alhamdulillah, dia keluar dari toilet sekarang tidak lagi berbogel dan tidak lagi lari dalam rumah tanpa baju. Mungkin ada lah sekali 2, tapi saya masih berbangga dia paham ape yang saya ajar which is 'keluar toilet kena pakai tuala'. Nampak simple kan benda tu. Tapi tau x, jika kita biakan je benda tu akan terus jadi normal utk anak2 kita. Mereka akan terbiasa sampai kadang da sekolah darjah 6 pun masih berbogel dari bilik air ke bilik tingkat atas. YA! saya cakap FAKTA bukan AUTA. Sekarang ni, org kt Malaysia ni ramai yang da jd binatang dr manusia. Kenapa saya cakap camtu? Kat berita pun banyak keluarkan..lepaskan nafsu dekat kanak2 yang umur 2 tahun, tadika dan so on. Kenapa camtu ye? Sebab benda yang simple tu lah! Kita rasa takpe, kecik lagi, apelah sangat..dan akhirnya jadi camtu. Saya ajar Qaisara dengan lepik kan? Ada gak yang ajar anak dia dengan cakap lembut "janganlah camtu anak, malu, orang tengok..dan bla bla bla" Sebab orang tu jenis lembah lembut. Dan tentu2 anak dia lemah lembut jugak. Macam Qaisara, kalo saya cakap lembut2 tak makan saman..tambah plak saya memang garang kan. Nampak tak perbezaan cara didikan kat situ. Tapi, xdelah lepas marah tu kita terus marah sampaikan berdendam dengan anak sendiri. Lepas marah, lepas dia da bhenti menangis ke, kita cakap balik dengan dia, kita sayang dia kita marah dia ada sebab. Ada cara macam mane kita nak coolkan keadaan lepas kita da marah anak kita.

Kenapa saya garang? Sebab emak saya didik saya dengan cara yang garang sebab emak saya garang gak. Kenapa dia lembut? Sebab emak dia didik dia dengan cara yang lembut sebab emak dia lembut gak. Anak2 memang suka memberontak. Saya dulu pun memberontak. Saya selalu cakap emak saya tak sporting. Itu tak boleh ini tak boleh. Contoh dulu ye, emak saya tak kasi saya keluar dengan kawan waktu saya tingkatan 3 sume. Memang tak boleh. Even kawan call umah pun saya kena tengking dari jauh. Memang saya stress! Rasa nak lari rumah. Tapi xdelah nak lari pun sebab takutkan. Tapi sekarang baru saya tahu, kenapa emak saya buat itu sume. Ada hikmah nya. Syukur alhamdulillah, saya jadi orang. Jika tidak, mungkin saya tak sambung belajar, keje kilang. MUNGKIN!

Sebenarnya saya bukan nak cite sangat pasal cara saya didik Qaisara tapi saya lebih nak bagi pesanan kat orang luar sana. Erti kata lebih nak merayu kot.

Uolls..janganlah sesekali kita pertikaikan cara orang tu didik anak betul ke salah. Especially yang jenis garang cam saya. Orang selalu sangat pertikaikan macam mane saya didik Qaisara. Uolls, saya mengandungkan Qaisara 9 bulan dalam masa tu, saya muntah, saya sakit pinggang, saya menangis kesakitan contraction tak kan saya nak sia2kan ape yang saya da lalui tu? Saya bukan beli Qaisara kat pasar malam then terus jaga dia. Saya nak terbaik untuk dia. Jika uolls sume ajar anak dengan cara lembut, janganlah menghantam orang yang ajar anak dia dengan garang. Sedih wooo... Serius sedih bila kita sbg emak orang tegur kita pasal cara kita didik anak sendiri.

Saya pernah merajuk dengan Qaisara. Saya menangis beriya2 depan dia. Saya cakap ngan dia, "mama marah Qaisara bersebab tau. Mama tak suka Qaisara ngade2. Mama tak nak Qaisara jadi orang tak guna. Tapi kenapa Qaisara xdengar cakap mama? Kenapa orang lain cakap Qaisara dengar? Kecik hati mama tau." Memang emosi gila waktu tu. Suami peluk saya, Qaisara pun peluk saya sebab saya sedih sangat. Bila saya biakan je dia tak marah sume orang ckp, "ko tak marah ke anak ko wat itu ini?" Tapi bila saya marah orang ckp, " ko ni dgn budak kecik pun nak marah beriya?". Paham tak perasaan seorang emak? Itu salah ini salah! Tapi saya masih bersyukur, suami saya tak pernah sesekali tengking saya bila saya marah Qaisara sebab dia pun sama2 nak ajar anak kami.

Ya Allah, berkatilah semua ibu kat muka bumi ni. Permudahkanlah urusan kami mendidik anak2. Smoga kami dapat didik mereka menjadi orang berguna Ya Allah.

Tiada ibu yang nak anak dia mati.

Nota kaki : Jaga keluarga masing2.

Thursday, February 27, 2014

:: I Need Romance 3 ::

Hai semua..

Semalam saya cuti, harini saya keje balik..hahaha.. Ikut suka je bila nak cuti bila nak keje kan. Based on baby lah.. Tapi tau x, semalam kan kat rumah baby relax je, xde mgeras. Tapi kat office ni baby mengeras je. Nak cakap saya stress? Tak r plak..cam enjoy je..Ntah lah.. Baby suh mama dia duk umah je ke ape pun saya tak taulah.

Meh nak cite pasal tajuk entry meh.. Sekarang saya duk layan cite korea I Need Romance 3. Perghh..perghh..korea lagi. Sebelum bersalin layan cite korea dengan harapan keluar anak kpop.. Kahkahkah.. Takdelah. Saya memang suka tengok cite korea. Suka gila lah. Mengandung ke xmengandung ke memang suka.

Cite ni mengisahkan CINTA. Percintaan beberapa pasangan. Percintaan yang bermacam2 jenis. Kalau uolls suka cerita2 CINTA boleh lah tengok cite ni. Menarik! Serius. Walaupun hero dia bukan lah LEE MIN HO, tapi...masih lagi hensem dan buat anda tersenyum sorang2. Hehehe.



Nota kaki : Baby..keluarlah cepat..hahaha

Tuesday, February 25, 2014

:: 36 Minggu ::

Hai uolls..

Ok! Da boleh bersalin da. Hehehe.

Teruja nak bersalin? tentulah..gila tak teruja ke? Hahaha. Kali ni punya nak bersalin, perasaan berbeza dengan waktu Qaisara dulu. Dulu, rasa nak cepat je bersalin sebab nak jumpa Qaisara..tapi kali ni kalo boleh, tak nak awal2 lah..Kenapa? Sebab saya takut jika saya mati, sape nak jaga Qaisara dan baby? Nampak tak? Ye..mati tu pasti..saya tahu. Tapi feeling kali ni lain sikit. Tiap2 kali sembahyang, waktu doa saya menangis. Menangis macam takde hari esok untuk saya lagi.. Uwaaa...serius wei bila pikir. Da ar tak nak pikir da!

Semalam saya checkup. Sepatutnya besok (Rabu) appoinment checkup. Kenapa pergi awal? sebab perut mengeras lepas lunch tu. So tak yah pikir panjang, mintak je time off then g checkup kat annur. Sampai klinik cakap saya nak checkup tapi doc dpt rasa something happen to me sbb tu datang checkup awal..Pandai doc naaaa.. "Aa doc, perut mengeras2 gak dan bawah saya rasa macam sakit2 lah." "OK. Kita buat CTG" "Kita scan dulu boleh doc?Sebab tak scan lagi dari haritu". So doc scan lah.. Dan result dia...

'Uri da matang + Berat baby 2.5kg (estimated) + Air Ketuban 14, cukup. + Baby da engage + Everything ok. = Da boleh bersalin bila2 masa.'

Then buat CTG plak. Contraction takde. Baby sangat2 lah baik that time ok. Tak move langsung. Kalo tak, rasa nak gigit2 je. Hahaha. Bila doc tgk CTG result doc usap2 lengan saya dan cakap "mama jangan lah stress sangat.." Kenapa doc cakap camtu? Sebab heartbeat baby tiba2 jump to 170. Tapi takdelah everytime 170..150 then jump to 160 then turun balik 150 then jump balik 170..tapi doc cakap ok lagi.. Encik suami cakap "dia stress dengan client dia lah tu" Saya nyampuk "aa..da lah besok ada meeting" Doc balas " Kalau macam tu awak bersalin malam ni je lah..besok takyah g meeting" Huhuhu..enjoy gila doc ni cakap. Hahaha. Kalau boleh doc, sayalah orang paling gembira. Agaknya kalo dulu Qaisara, maybe saya akan terus jawab " ok lah doc, proceed tonight!" Hahaha. But this time saya tak balas pape kerana saya pikir HARINI SAYA ADA MEETING! hahaha..

Ok2..lets me explain. Saya bukanlah seorang yang hardworking tapi saya tak nak tinggalkan beban keje saya kat bos or officemate saya. Bialah saya tinggalkan keje secara proper. Nanti dalam pantang pun hati senang je kan. Betul tak?

So sekarang da habis meeting. Encik suami call "Da habis meeting?" "Da." "So da boleh bersalin lah lepas ni?" Hahaha. Perli baik punya..

Now, i'm free and relax and wait for delivery.. So baby, lets enjoy! Hahaha..

Nota kaki : Macam2 nak makan wei...


Wednesday, February 19, 2014

:: 35 Minggu ::

Hai semua..

Moh kita baca dulu ape yang saya tulis dikala Qaisara 35 minggu dulu kat post ni.

So ape yang berlaku untuk pregnant ke2 ni plak? Dalam 34 minggu da alami contraction kan sampai kena g klinik Jumaat lepas. Hari Isnin baru ni saya decide untuk pergi berurut. Saya rasa badan saya memang kena urut. Syukur alhamdulillah, lepas maghrib g rumah embah, embah ada then boleh lah urutkan. Tak boleh urut time pregnant? Eh..boleh je..tapi kena dengan orang yang betul2 tau urut lah, jangan sebarang orang lah kan. Bab2 ni saya kena refer pada emak saya balik lah kan. If emak cakap ok, so ok lah..if emak cakap xboleh, xboleh lah. Kadang kata2 orang tua ni bisa, kalo tak follow, terjadi pape kat kita tak ke nyesal tak sudah lepas tu kan..so saya follow lah ape yang saya mampu. Waktu urut tu, embah cakap baby da ada kat bawah dan dia akan naikkan lah kot2 dia nak naik sebab pernah yang haritu saya urut, baby tersekat kan so baby xboleh move. Sebenarnya kan memang logik bila pikir xkan baby tersepit? sedangkan dia dalam kantung? Tapiiiiii...saya berbalik pada kata2 orang tua. Kalo da orang tua, bidan tu cakap tersepit, tersepit lah ye dan lepas dia urut memang sangat2 selesa. Macam tu gak ngan isnin baru ni, embah duk tekan kat bahagian bawah perut untuk naikkan dia punya lah sakit..tapi saya bertahan lah kan. After that, untill now sangat selesa ok! Baby tak mengeras lagi cam hari2 yang lepas. Alhamdulillah. Embah cakap "baby da kat bawah..dia xnak naik da". Perut atas saya pun da kosong, "silap2 tak sempat bulan mac." Opppss.. OMG! Teruja ok mama dia ni. Takpe adik, adik tunggu minggu depan ye 36 minggu then nak kuar, kuar lah..Mama pun xsabar gak. :p

Sebenarnya saya ada benda nak cerita, betul tak betul saya sendiri tak pasti. Just follow the flow  lah ye..First day last period saya ialah 19 June. Sebelum tu saya da period pada 26 May (1st day). Lepas period bulan May tu, saya memang da start berurut dengan embah dan da ikut ape dia cakap cth cam bersama la mlm tu bila da brurut kan. Memang saya ikutlah. Then period again on 19 June. Waktu tu memang sedih tapi encik suami suh ambik gak embah, means teruskan berurut. Hari ke3 ke ke4 period (saya lupa) saya berurut balik. Dan waktu tu, embah cakap "saya rasa ni da lekat da ni." Then dia tekan2 lagi kat bhgian perut kan.."ni ada da ni.." Dapat bayangkan tak betapa eksaited nya saya waktu tu. Saya tunggu da lame kot for 2nd baby. But syukur ada. Tapiiiii..that time saya kan period, mcm mane boleh ada kalo period? Paham? Saya buat urine test..-ve. Saya tak puas hati. Saya g klinik dan scan. Saya cakaplah saya da beberapa hari xdatang period then bla bla bla..if not dia xkan nak scan sesuka hati kan. Doc scan dan xnampak pape pun. Memang -ve. Uolls rasa waktu tu saya rasa? Cam nak jerit nangis ok. Then saya cakap ngan encik suami, ala..tu perasaan embah je tu cakap saya pregnant..saje je tau mainkan prasaan org.

i'm waited for July period. Lambat sehari. Lambat 2 hari. dan lambat seminggu. Nak beli urine test malas sebab cam mahal je. Then g klinik kat bawah office ni. Memang waktu tu badan tak sedap tambah plak puasa. Doc check lah urine test.. -ve gak.. sedih woiiii waktu tu.. keluar bilik doctor.. Waktu nak ambik ubat doctor panggil balik, doctor tunjuk urine test tu.. +ve lah..line lambat keluar.. Ya allah, that time xtau nak cakap camne.. Happy nya tuhan je yang tahu tau...

Now bila cite2 balik ngan encik suami, encik suami cakap, agaknya memang betul waktu embah cakap tu memang da ada. Dan biras plak cakap maybe 19 June tu bukan period tapi darah permulaan ape ntah..lupa.. Memang kali tu punya period tak banyak. Kalo macam tu, saya kena bagitau 1st period saya ialah 26 May? Kalo 26 May, due date jatuh 2 Mac. Dan sekarang 38 minggu. Kalo nak ikut cara embah cakap tu ("silap2 tak sempat bulan mac.") memang macam based on due date 2 Mac tu lah kan? Saya tengok keadaan saya pun saya rasa cam flow prgncy saya kali ni cam cepat. Paham x? Macam 34 wks da rasa contraction camtu sume. Berdebar tak?

Ahhhh...complicated tak masalah saya? emmm..tunggu jelah baby keluar kan. Hahaha.. Ke uolls langsung tak paham ape saya cite? Tak paham takpelah..hahaha..

Nota kaki : Saya ngantuk..takde keje da nak wat..

Monday, February 17, 2014

:: Braxton Hicks (Kontraksi Palsu) ::

Assalammualaikum semua..

Untuk 3 Tahun yang lepas, saya pernah alami benda ni tapi dikala pregnant 37 minggu. Tapiiiiii...untuk tahun ni saya rasa waktu pregnant 34 minggu. Apakah?

Yup! Jumaat baru ni saya g keje cam biasa lah kan.. Start dari kul 10 camtu baby da start mengeras2 tau. Saya tak sakit tapi tak selesa. Rasa cam tak best tau. Saya tak rasa lagi nak bersalin ke ape sebab tak sakit kan. Then bia kan je lah. Tapi baby syik mengeras je dan saya takde plak pantau berapa minit sekali..kamon..baru 34 minggu kan. Hehehe. Pastu xsedap hati rasa, msg en suami mintak ambk sebab nak halfday. Kul 1 lebih en suami kelam kabut ambik. Nak terus g klinik tak boleh sebab doktor annur ada dalam pukul 4pm macam tu. So cakap en suami, kita g makan dulu lah..waktu tu baby memang masih mengeras lg. Makan kat umah emak, ambik Qaisara sume bawak dia g klinik sekali. Lepas makan tu, baby da kurang mengeras da. Makin lama makin kurang. So rasa cam ok..selesa. Sampai klinik doktor wat ctg, ye memang ada contraction tapi mild je. Huhuhu. Memang lah doktor, saya pun dapat rasa kurang berbanding kat office yang rasa nak terkeluar da dari perut. Hehehe. Doktor bagi ubat dan relax 20 minit dan buat ctg balik. Alhamdulillah contraction xde da. Keluar je dari klinik, dia mai balik....hahaha.. Baby mengeras balik. Anda rasa macam mane? "Ahhh..miang lah anak mama ni..kita balik je lah rumah, xkan memanjang nak duk kat klinik layan ctg tu? memang tak lah jawabnya kan." *cakap dalam hati. Dan itu sebenarnya adalah Braxton Hicks Contraction ataupun Kontraksi Palsu. :p Ape tu Braxton Hicks? Meh saya share dari ape yang saya baca, copy dan paste. :p

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Sumber : Babycenter.

Nota kaki : Beg hospital da prepare..adegan angkut beg ke hulu hilir oleh si kakak Qaisara still ada..hahaha..

Saturday, February 15, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

TEMA GIVEAWAY
 Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN
Mode garang is on! keskes
1)  Follow blog ..life after "i do"
2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway
3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.
4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)
5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.
6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha
7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.
8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu
9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini



Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!
Saya pertaruhkan gambar di bawah! Hehehe..

Dengan tema Daddy dan Baby cool..
Saya namakan gambar ni "Like Father Like Daughter"

Saya rasa gambar ni cool sebab...
  1.  Nampak sifat kebapaan yang macho di wajah encik suami. :p
  2. Pose anak beranak ni sama. Qaisara follow ape je yang papa dia buat.
  3. Diorang ber2 sedia untuk ambik gambar sebab 2 2 mata pandang kamera, kalo takkkkkk jangan harap lah nak dapat gambar seCOOL camni.
  4. Saya tengok Papa dia nampak hensem gila dalam pic ni manakala Qaisara nampak comel gila. (hahaha..puji sendiri)
  5. Gambar ni lah jadi homescreen handphone, pc office, phonebook dalam hp dan segala benda yang boleh set gambar ni as wallpaper lah.
  6.   Sebab saya yang ambik gambar ni..kalo encik suami yang ambik confirm huru hara.. hehehe..
So yang lain, mohle kita join GA ni..last day dia besok ok.. Pergi cari cepat gambar2 suami dan anak uolls yang cool..

Nota kaki : Suka lah last minit wat keje..saya memang camtu.. 

Wednesday, February 12, 2014

:: Solat untuk Wanita Hamil ::

Assalammualaikum semua..

Sekarang ni saya da xlarat nak sembahyang seperti biasa. Waktu sujud tu jadi senak. Saya xpasti lah untuk ibu2 yang lain. Dulu waktu Qaisara, saya mampu lagi sampai 9 bulan untuk sembahyang seperti biasa, tapi kali ni macam xmampu plak. Tapi, islam kan mudah. Kalo kita xmampu sembahyang seperti biasa, kita boleh sembahyang secara duduk. Tapi ada caranya. Dan pagi ni saya cuba cari bagaimana cara yang betul untuk kita ibu2 yang sarat untuk sembahyang duduk. Asalnya saya hanya pikir kita boleh duduk di kerusi kemudian sembahyang macam biasa. Rupanya salah sama sekali.

Kita boleh sembahyang secara duduk TAPI kita masih kena berdiri kerana rukun solat yang pertama adalah berdiri tegak dengan tidak condong ataupun miring untuk yang tidak uzur. Maksud tidak uzur di sini ialah dia mampu lagi berdiri, berjalan dan bawa kerusi masuk ke bilik sembahyang. Paham? Ok saya guna bahasa mudah ye. Kita ni ibu mengandung, yang kita xlarat cuma untuk sujud kan? Bila sujud tu kita jadi sesak nafas, senak dan sebagainya tapi kita masih boleh berjalan kan? Kita masih boleh lakukan aktiviti memasak, pergi kerja sume kan? So, kita tak dikira uzur untuk rukun solat yang pertama tu dan maksudnya kita kena BERDIRI dahulu sebelum duduk ketika hendak sujud.

Bawah ni cara2 untuk sembahyang secara duduk untuk wanita hamil.

  • Hendaklah berdiri terlebih dahulu. Lakukan rukun tadbir, membaca al-Fatihah dan surah berikutnya dalam keadaan itu sehingga rukuk dan iktidal.
  • Kemudian ketika hendak sujud, kita duduklah diatas kerusi. Kemudian tundukkan kepala ke hadapan setakat yang mampu. Bacalah bacaan dalam sujud seperti biasa. Kemudian duduk antara dua sujud dan lakukan sujud sekali lagi seperti yang pertama.
  • Rakaat yang kedua, kita berdiri semula bagi seperti rakaat pertama, baca al-Fatihah dan surah berikutnya dan ulang cara yang pertama tu.
  • Ulangi pergerakkan itu sehingga selesai rakaat terakhir, iaitu salam.
Bawah ni gambar sebagai rujukan.




Sumber dari blog Kasih Sejati. Semoga kita dapat lakukan solat yang betul dan di terima Allah S.W.T
Saya juga pernah berkongsi 'Niat tak puasa untuk ibu mengandung ketika bulan puasa' di sini. Saya ingin tahu, saya cari ilmu, saya belajar kemudian saya kongsi. Semoga kita semua dapat ilmu yang baik bersama.

Nota kaki : Perut ada rasa bisa-bisa lah..