CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Tuesday, April 30, 2013

:: #4 Rumah - Kitchen Cabinet ::

Hai sweetieee dan gojesss...hai semuaaa....

Hamboi..urusan rumah xselesai lagi dah nak cite pasal kitchen cabinet kan. Kemain advance mama Qaisara ni kan. Hehehe. Yelah..developer cakap boleh dapat kunci next month (June) lah. Tak lama lagi kan? Agak2 dapat tak nak beraya kat umah baru? Hahaha. Berangan berangan lah.. Bila da developer cakap camtu, memang dalam kepala otak ni terus pikir, kitchen cabinet, sofa, peti sejuk dan macam2 lagi r..hahaha..Padahal lepas booking da menggedik suami isteri cek itu ini. Hahaha. Eksaited ok! Bab2 barang letrik saya suruh encik suami yang buat research, dari dia duk cakap nak beli brand ni, brand itu tapi bila tanya kenapa brand tu? xtau nak jawab? wah da cam guru besar plak..hehehe. So kita kena lah research sedikit sebanyak pasal produk yang terbaik kan, pendapat orang sume kan. Betul x? Ok balik dengan cite pasal kitchen cabinet ye. Saya memang suka search kat pakcik gugel ni pasal macam2. Yelah da ada kemudahan kan, kita gunakan lah. Sekurang2 nya saya buat research dulu sebelum nak beli kan..kata research analyst. Hahaha.

Apa yang anda perlu tahu pasal kitchen cabinet? Sila liha sini :-

  1. SIZE/Ukuran - Ni adalah benda paling penting nak buat kitchen cabinet. Ataupun ayat2 salesperson ialah "sila beri saya floorplan anda untuk saya quot." ellooooo bro, kami ni tak dapat kunci rumah lagi so camne nak tau ukuran dia..Memang kebiasaanya orang tempeh kitchen cabinet selepas dapat kunci rumah ye kawan2..jangan ikut perangai mama Qaisara yang tak berapa nak sabra ni. Hahahaha. Alaaa..jangan risau untuk mama2 yang macam mama Qaisara ni, still boleh survey..standard size untuk kitchen cabinet ialah 8kaki. Itu standard lah kalo saya tak silap. Biasanya kalo promotion pun diorang akan buat untuk 8kaki.
  2. Table top - Table top ada banyak jenis. Ada melamine, solid surface, konkrit dan granite. Kalau saya tak silap, granite paling mahal. Dan barulah saya tahu haritu kitchen cabinet ni sebenarnya boleh dialih2kan kecuali yang guna konkrit. Tapi xdelah alih cam uolls tolah almari tu kan. Itu da melampau namanya..hahaha. Kalo saya, saya lebih suka konkrit. Kenapa? sebab saya rasa lebih kukuh. Takdelah nanti ada isu kitchen cabinet da senget ke ape ke..hahaha. Saya pikir kehadapan ok.
  3. Pintu - Pintu ni pun banyak jenis. Ada yang kayu, melamine, 3g, 4g ada lagi lah macam2. Kalo melamine tu murah sikit lah dan mampu milik cuma tak berapa nak tahan lasak lah. Kalo kena air selalu boleh kembang. Lebih kurang camtu lah. So ape yang saya minat? tentulah jenis 3g. 3g ni berkilat sikit dan ada macam2 kaler tapi saya takdelah gila nak pakai macam2 kaler kan. Maybe akan guna kaler hitam or putih. Tapi kalo ada kaler pink ape salahnya..hahaha.
  4. Kedudukan - Sebelum booking tu kena lah anda confirm kat mane nak letak kitchen cabinet uolls tu. L-shape ke, straight je ke, bhadapan ke..kena pandai atur supaya dapur tu xsempit. Saya lebih kepada L-shape. Cuma sekarang saya tengah pikir kat mane nak letak mesin basuh nanti ek? ok memang takde kena mengena.

Itu je lah kot benda yang kena tahu sebelum kita nak suruh dia quot kt kita kan. So ni persediaan awal sebelum ke HOMEDEC besok. So sediakan duit untuk kita booking di HOMEDEC besok. Hehehe..

Nota kaki : Tak sabar nak cuti!

Monday, April 29, 2013

:: #3 Rumah - Pinjaman Perumahan ::

Hai sweetieee dan gojesss..

Syukur Alhamdulillah.....kami da sign loan agreement rumah dengan Bank BSN sabtu lepas. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun saya hampir giveup dengan banyak bank. Seriously! Tapi saya sorang je lah yang giveup, encik suami tu tenang saje. Over kan saya? huhuhu. Nak tahu kenapa saya giveup? Baca link ni.

Secara personal dan jujurnya, BSN sangat2 lah mudah. Salesperson sangat2 friendly dan boleh tanya ape je, dia akan jawab, saya rasa bagus sangat. Walaupun dari awalnya nampak macam dia nak doc pelik2 antaranya gambar rumah sume..Ada ke bank nak gambar rumah?pelik kan? mujur ada encik suami, kalo saya je memang xlayan da BSN ni...kuikuikui..tapi akhirnya proses dia sangat cepat. Maybank pun mudah gak berurusan, friendly sume tapi cuma satu je lah, sampai sekarang result tak keluar lagi. Hahahaha.

Apa yang istimewa dengan Pinjaman Perumahan BSN ni?

  1. Zero Entry Cost - Legal fee, duti setem (dengan bank bukan dengan pemaju) sume ditanggung oleh bank. Ditanggung bukan bermaksud masuk dalam loan kita tapi diorang tanggung lah.
  2. BLR / BFR rendah - Uolls tau x BLR tu ape? Base Lending Rate biasanya digunakan oleh bank conventional. Kalo BFR ialah Base Finance Rate yang digunakan oleh bank islamic. BLR / BFR ni di control oleh Bank Negara dan semua Bank adalah sama. TAPI different untuk BSN. Diorang punya BLR tu lebih rendah sikir dari bank lain. Kenapa lebih rendah? Itu saya xpasti, belum buat research. 
  3. BLR - 2.0 - Ni antara yang murah lah untuk pekerja2 swasta macam kami ni kan. Kalo keje gomen confirm2 lagi banyak minus nya. Tips : supaya x ditipu ialah, uolls baca dulu rate minus tu untuk berapa tahun. Ada setengah bank, 5 tahun pertama je minus 2.0 then tahun seterusnya ikut suka diorang nak minus berapa. Ni serius tau. So jangan TERTIPU, baca betul2. 
  4. Ada ceiling rate - BSN ada ceiling rate. Ceiling rate dia ialah 10.75 kot. Lupa lah..lebih kurang camtu lah. Yang bestnya lagi, ceiling rate dia akan minus lagi dengan 2.0 tu. Kiranya ceiling rate yang termurah lah. Uolls tau x ape ceiling rate ni? Ceiling rate ni ialah rate paling tinggi yang diorang akan kenakan kat kita. Ye lah, diorang kan base on BLR dari bank negara tu. Sekarang ni BLR = 6.60, BLR ni akan turun naik, kalo turun alhamdulillah, kalo naik astaghfirullahazim..hehehe.. Kalo naik, monthly kita pun akan btambah lah. So, TAK SEMUA bank ada ceiling rate. Kalo yang xde ceiling rate tu, sekiranya lah BLR = 12.00 rate diorang waktu tu akan jadi 10.0 lah, tapi BSN cuma 8.75. Nampak n paham tak? Tips : Sebelum apply tu, tanya sekali ada ceiling rate x? berapa? Untuk keselamatan kita gak.
  5. Boleh sign agreement bila2 masa.
Saya rasa macam ada lagi yang istimewanya tapi cam xboleh berpikir plak sekarang. Huhuhu. Ayat saya terangkan untuk terms2 bank tu maybe ada yang salah, saya gunakan ayat yang bagi orang paham, kang saya guna ayat orang bank kang, uolls terkebil2 plak baca kan. Huhuhuhu. 

Antara document yang diperlukan :-
  1. Salinan kad pengenalan (Pemohon)
  2. Payslip 3bulan
  3. Bank statement sekurang2nya 3bulan
  4. Surat Pengesahan Majikan (ini untuk sesetengah bank je)
  5. EPF statement yang terbaru
  6. House booking receipt
  7. SNP (kalo ada)
  8. Borang yang da fill up

Rasa macam tu je document yang diperlukan. Kalo saya ingat lagi, saya akan tambah lagi ok.

So, stakat ini je lah cerita mengenai pinjaman perumahan. Kalo ada sesape nak nombor salesperson untuk Bank Islam, Maybank dan BSN boleh lah pm saya. Mereka ni sume baik2 dan bagus2 belaka.
Lepas ni nak cerita pasal urusan pengeluaran EPF pulak ye.

Dan seterusnyaaaaa.....pasal deko2 rumah. Hahaha. Koya gila! Xsabar woi nak deko umah walaupun xde duit. Berangan da macam2 da nak pasang itu nak pasang ini, nak cat itu nak cat ini...macam2. Berangan takpe kan? Berangan kan FREE..huhuhuhu..

Nota kaki : Sabarlah dengan semua perkara cuz akhirnya akan blaku keindahan. Jika anda tetap tak boleh sabar, carilah suami yang penyabar. Hehehe.

Tuesday, April 16, 2013

:: Weeechatttt ::

Haluuuuu sweetie and gojes...

Korang ada install x application weechat tu?ala..yang record ape korang nak cakap then send..
Bila saya pikir2 balik kan..rasa cam zaman dulu plak? Korang ingat tak zaman dulu waktu guna prepaid dulu..maxis ke celcom ada bagi free untuk 1minit yang pertama? Waktu tu call lah sesape then cakap "hai.." letak. Call lagi "tengah buatpe" letak. Ataupun call then cakap "call orang balik". Hahaha.. Bila kredit kena telan, duk lah menyesal ke ape ke kan. Biasanya aktiviti itu dilakukan dikala kredit tinggal 20sen. Kuikuikui..
Sape pernah buat mesti tersengih2 kan? Hahaha. Ke saya sorang je yang selalu buat dulu? kihkihkih..

Oklah.. Sebenarnya nak cerita pasal rumah, tapi nanti lah. Takde mood. Hahaha..boleh tak camtu?

Nota kaki : Marilah kita bersyukur dengan ape yang kita ada.

Friday, April 5, 2013

:: Muhasabah Diri ::

Assalammualaikum dan hai semua..

Hari ni saya duk post status pasal anak kat FB.. Saya tak perli sape2 mahu pun sound sape2. Eh betul lah! Saya baik tau! Takde masa da nak sound2 orang, lantak ko lah nak tertonggeng ke nak ape. Memang saya muhasabah diri sendiri. Betulllllll..tak tipu..

Kenapa?Sebab saya masih rasa cam 'ala..awat xde lagi bulan ni..' Walaupun da diberi kata2 perangsang oleh org2 terapat, tp masih lagi rasa diri xsempurna. SERIUS! Sebab tu lah saya muhasabah diri saya sendiri, dan mengatakan itu adalah rezeki dari Allah. Saya masih untung diberi seorang cahayamata yang tersangatlah bijak dan comel. Macam mane plak dengan yang masih tak dikurniakan? Yang da bertahun2? Tarik nafas dalam2 dan bersyukur. Anak tu anugerah tuhan bukan benda yang boleh dibeli di TESCO EXTRA..kan.

Xpe lah, mungkin tahun ni tahun mengawan sedunia..oppss..hehehe.. Ye lah, kemain ramai kot yg akan bersalin tahun ni bukan saje anak pertama, tp kedua ketiga dan keseratus lima juta kali lah..hehehe..over.

Takpe..pk POSITIF ok! ALLAH swt tahu mane yang terbaik untuk kita kan. Kita da berusaha dan kemudian tawakal. Insyaallah, mungkin bukan bulan ni mahupun tahun ni. Tapi, ALLAH swt merancang tarikh yang terbaik untuk kita.

Nota kaki : Menu lunch cuma Nasi Pataya yg ohsem..bajet cam kat Thailand lah konon..

Tuesday, April 2, 2013

:: Diam lebih baik dari berkata2 ::

Betul lah cakap emak, lebih baik kita diam, lebih baik kita jadi bodoh dari kita banyak cakap dan tunjuk pandai..

Insyaallah ada hikmah jika kita bersabar, ada hikmah jika kita diam bila ditengking.

Harini kita menangis, esok lusa mungkin kita ketawa. Harini kita bersedih, esok lusa mungkin kita gembira.

Cuma satu je peringatan, jika ingin dihormati oleh si muda, hormatilah dulu mereka.

Nota kaki : Kita tak sama.

Sent from my iPhone

:: Redha ::

Assalammualaikum semua..

Harini 1st day drive time saya. Drive Time tu ialah 1 projek yang memerlukan kita drive dari satu tempat ke satu tempat. Dari pagi sampai petang, duduk je lah dalam kete tu, xyah gerak2..mau x kematu punggung tu. So, saya akan buat drive time selama 3 hari bersama partner si Durgesan. Mujurlah dua2 orang tau jalan, kalo tak mau sesat ntah kemana2 ntah. Hehehe.

Redha. Saya secara jujurnya da berusaha untuk dapatkan 2nd Firas. Tapi masih tak berjaya dan masih tidak izinkan oleh tuhan. Setelah beberapa hari lewat, ianya dating kembali..Ya Allah bertapa seteghess nya saya dikala itu. Memang mulut saya cakap 'takpelah,xde rezeki..' tapi hati? uwaaa...sedih sebenarnya..xtau mane silapnya. Tapi, saya simpan elok2 perasaan ini dengan berkata dalam hati, terlalu banyak dosa saya selama ini, jadi dengan cara ini tuhan ingin mengampunkan saya jadi redha lah seadanya.

"Ya Allah, berkatilah setiap ape yang diriku serta keluarga ku lalui hari2, permudahkan lah urusan kami, berikan lah segala yang terbaik untuk diri kami, jauhkan lah kami dari sebarang musibah, ampunkan lah segala dosa ku, dosa suami ku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa ibu bapa mertua ku, dosa seluruh keluarga ku Ya Allah. Izinkan diriku serta suami ku untuk memiliki cahaya mata lagi ya Allah. Rabbanaatinafidduniaasanah wafilahiratiasanah wakina azabanar.."

Nota Kaki : Semoga ku terus bahagia..