CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Thursday, May 31, 2012

:: Oh My English #1 ::

Morning blogger..

Today, Qaisara wake up early on 6.15am.
And i can't do anything because she will crying if she didn't see me.
Actually now Qaisara can crawl and stand at chair or any thing that she can stable herself.
Now i wait for her 1st step.

Today is my first entry of Oh My English.
Actually i need to skip this day because i still not confident to written in English..
But i will do as i promise.
I read The Star online this morning.
Then i interested with 1 story which about 'Wife quarrelled with her husband'.
Actually this is the 1st time i saw the word 'quarrelled'.
Quarrelled is have an angry argument or disagreement.
Example : A woman who was believed to have quarrelled with her husband fell from the Penang Bridge.

Leg Note (hahahaha) : I Love Qaisara so much.

Wednesday, May 30, 2012

:: Announcement ::

Ceh announcement lah sangat kan..

Sebenarnya setiap hari Khamis akan ada sesi Oh My English..
Dimana entry tu saya akan tulis in english lah..
So,saya mtk kerjasama sangat dekat pembaca2 sume untuk beri komen dalam entry tu nanti..
Ye lah dari segi susun kata ayat..past tense,present tense..
Secara jujurnya saya memang teruk dalam english..Serius!
So,xyah lah ada sesi kutuk mengutuk cakap xreti cakap omputeh,nak cakap..
Saya memang xreti!
So tujuan tulis entry tu adalah untuk perbaiki english saya..
Dalam masa yang sama belajar bersama2 dengan encek suami..
Yelah..kadang kita paham ape orang cakap,tapi nak cakap balik tak boleh..
Kan kan kan..
Hehehe..
So,saya akan tulis entry Oh My English mulai besok..

Nota kaki : Qaisara pandai sayang mama da..

Sent from Jazwina BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: Masterchep ::

Masterchep selebriti sedang ditayangkan di Astro Ria setiap hari Isnin - Rabu..
Hari tu saya xpastilah..tapi jam 9malam..

Masterchep selebriti ni confirm2 lah menampilkan hartis2kan..
Memang menarik lah..
Cuz kita boleh tengok cara artis2 kita memasak..
Bagaimana kehidupan diorang sebenarnya..
Sebab bagi pendapat saya,dalam Masterchep ni,susah nak berlakon..
Maksudnya kena tunjukkan realiti diri anda..

Ramai artis yang dikenali ramai join this masterchep..
Antaranya,Azwan Hj Ali,Farouk,Serina Chef Wan,Jehan Miskin,Fazli Dr Cinta
Sarah Raisudin,Louis Tan,Angah Raja Lawak n ada r lagi yang saya tak kenal..
Oh x lupa,Dr Faiz angkasawan negara tu..

This week ada sesi penyikiran..
So yang kena ambik chalnge ni ialah Team Hijau..
Team Hijau diketuai oleh Azwan Ali yg banyaklah cakap..
Memang rasa kat luar pun dia potpetpotpet kot..
So,team hijau ni ada Farouk,Dr Faiz n Raja Azmi..
Diorang kena buat Buritos'..
Xbest langsung nama dia..bagilah nama lain ke..hehehe..
Then Dr Faiz adalah org pertama yang siap..dan dia tolong Farouk n Raja Azmi utk siapkan hdgan msg2..
Waktu ni tgk,Dr Faiz sgt baik hati..
Ye lah,dia tolong org lain..maksudnya dia xletakkan diri dia utk bertanding..
Tapi,Buritos' yang dia buat terlalu masam..kerana dia terlebih letak sos..
Dan dia terkeluar this week..
Uwaaaa..sedih rasanya...

So,untuk yang masih xtgk Masterchep ni,g g lah tgk..
Pendapat saya,rancangan ni menarik n sesuai di tonton umum..
Saya sokong Jehan Miskin cop..hahaha..dia nampak cool gile..

Nota Kaki : Teringin nak buat kek caramel..nyum nyum..

Sent from Jazwina BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 29, 2012

:: Burger Bakar Kaw Kaw ::

Semalam lepas balik keje terus encek suami pecut ke kajang..rumah kakak encek suami..
Emak mertua baru sampai dari kedah tengahari semalam..
Dalam pukul 7pm tu gerak balik..
On the way balik tu,lalu dekat area puchong balik..
Then kami singgah lah ke Puchong Utama..
Nak makan Burger Bakar Kaw Kaw..
Tapi risau gak kot kot xbukak cuz kat Wangsa Maju, close hari isnin..
So,semalam cuba try test je lah..Alhamdulillah bukak..

Kalo dari Kajang,after tol rm1.60,masuk simpang sebelah kiri..
Kat simpang tu bleh nampak tulis PUCHONG UTAMA..
Then terus je,anda akan nampak Carrefour sebelah kanan anda..
Traffic light,terus lagi..
Then anda akan nampak signboard LOKAS MAKANA sebelah kiri anda..
Anda ikut je signboard tu..terus je..
Then anda akan nampak LOKAS MAKANA sebelah kanan anda..
Actually Burger Bakar Kaw Kaw adalah di LOKAS MAKANA tu..
LOKAS MAKANA tu food court sebenarnya..

Kawasan sangat mudah nak cari..
Dan yang buat saya paling suka pergi Puchong Utama cuz cepat gila siap..
Dalam 10minit after order n bayar,da siap..
Then kita pun xperlu lah berdiri bagai..cuz ada kerusi meja kan..
Tapi mungkin juga dsebabkan weekdays..
Kalo weekend pack jugak kot cam Wangsa Maju..

So semalam saya order Single Baconizer..

Still puas gak lah walaupun makan berdua..tapi xsecheezy Single Cheezy..
Tapi yang paling puas hati psekitaran lah..xperlu nak beratur panjang kan..

Saya da tunjuk cara macam mane nak ke sana,so apa lagi?pergi lah enjoy Burger Bakar Kaw Kaw..

Nota Kaki : Kalo cis dia letak 2 3 keping mesti lagi aummm..

Sent from Jazwina BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 28, 2012

:: PERLI ::

Selamat Pagi blogger..

Actually banyak benda saya nak cerita dari minggu lepas..
Tapi saya rasa,kisah ni lebih penting..
Untuk pengetahuan PEMBACA,blog saya tidak pernah di post di FB,Twitter ataupun laman sosial yang lain..
INGAT itu..
So,tiada siapa yang tahu kewujudan blog ini selain,anda diberitahu oleh saya ataupun diInvite oleh saya.
Kecuali,anda yang tahu blog ini beritahu kat kawan2 baik anda dan jadikan sebagai blog ini bahan PERLI ataupun ejekan.
Sekiranya saya ada menulis mengenai sesiapa pun dalam blog ini,kawan2 saya di FB tidak akan tahu.
PEMBACA paham?
Tiada masalah untuk saya,sekiranya anda baca blog saya..malah ia menaikkan Nuffnang saya..terima kasih..
Tapi,tiada juga masalah jika anda tak baca blog saya.
Kerana masalahnya ialah selepas anda baca,anda PERLI2 dan EJEK2 saya..
Perlu ke?
Kalau tak suka ape yang saya tulis,rasa saya UP diri sendiri ke,kutuk sesape ke,kata saya orang SUSAH ke..tinggal kan je blog ini!
Mudah bukan?saya tak pernah PAKSA anda untuk baca blog saya..

Terima kasih untuk blogger2 yang setia bersama saya..
Saya usaha untuk tulis blog yang terbaek..

Nota Kaki : Sudah puas bersabar.

Sent from Jazwina BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 23, 2012

:: Wordless Wednesday ::

Nota kaki : Rezeki datang lagi harini..Alhamdulillah..
Oh My English bermula besok..let's follow..


Sent from Jazwina BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 22, 2012

:: Kosong..Kosong.. ::

Pagi Selasa ni kita dengar lagu ringan ni..
Kosong..kosong..kosong..

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Nota Kaki : Si Najwa Latif ni comel..suka tgk cara dia gelak..

Monday, May 21, 2012

:: Rezeki ::

Alhamdulillah..

Duk sakit2 hati dengan benda2 tak berfaedah minggu lepas..
Tuhan turunkan rezeki harini..
Alhamdulillah..
Semuanya rezeki untuk suami dan anak..

Percayalah,menangis adalah 1 senjata untuk kita melawan segala keperitan..
Bersabar..pasti tuhan akan membalasnya..
Harini kita dimalukan..esok lusa kita tak tahu..
Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah atas rezeki yang kau berikan..
Semoga rezeki ini buat kami hidup bahagia suami isteri bersama anak2 kami..
Insyaallah..

Nota kaki : Semoga papa gembira dengan rezeki ini..

:: Qaisara 8 bulan ::

Muka anak mama baru bangun tido..

Selamat Hari Jadi yang ke 8bulan sayang..
OMG...anak mama da besar..
Lagi 4 bulan je nak masuk setahun..
Tak sangka nya..
hehehe...i love u so much Qaisara..

Ni email dari Babycenter..
8months Baby..
  • Many babies are pulling themselves up now, grabbing on to any available piece of furniture and then standing while holding onto it in a wobbly way.
  • Some babies walk as early as eight months, others not.
  • Most babies work out how to stand up fairly easily on their own.
  • The thing that stumps many of them is sitting back down again! When your little one pulls himself to a stand and then cries for you to sit him back down, don't rush to pick him up. Instead, show him how to bend his knees so his journey back down doesn't end with such a thud.
Qaisara 8months..
  • Sekarang ni, Qaisara da pandai memanjat..Habis sume benda dia nak panjat..Walker dia pun dia panjat..
  • Berjalan?Qaisara belum lagi..tapi gaya ke arah tu cam da ada..Dia pegang walker dia then bila walker gerak,dia pun bergerak..Good idea Qaisara..
  • Qaisara akan usaha macam mane nak bangun..nampak riak muka dia gagah nak berdiri..hehehe..
  • OK..benda ni memang selalu terjadi kt Qaisara..berdiri reti,tapi nak duduk balik xreti..Dia akan merengek mintak kita tlg duduk kan dia..xsampai 5minit,dia berdiri balik..adoilah..
Qaisara ni nya history jatuh,jgn cakap lah..pelbagai gaya jatuh..
Mulut dia plak bising..tapi kat rumah je..
Kalo kat luar,ramai orang..dia xbercakap..
Xsabar nak tunggu dia punya FIRST WORD..harap2 MAMA lah.. :p
Susu pun dia da kuat minum..6oz to 8oz..Alhamdulillah..
Kalo berdiri tu,nak lepaskan tangan kita..
Gaya cam boleh berdiri sendiri lah..konon..pastu jatuh..
Apepun..mama bangga dengan pencapaian Qaisara minum susu tu..
Mama lagi bangga bila anak mama cepat sangat explore evrytg..
Baru 8bulan,tapi gaya da setahun orang cakap..
Alhamdulillah..
Maybe tuhan kurangkan rezeki mama dekat 1 tempat,
Tapi tuhan beri mama rezeki Qaisara yang jauh lebih baik..

Nota kaki : Terima kasih kawan tunjuk saya macam mane nak trace orang..hehehe...i love u lah...i da dapat trace da pagi ni..hehehe..


Sent from Jazwina BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 18, 2012

:: KONY 2012 ::

Pagi2 masuk office nak warming up dengan tgk video2 matluthfi tu..
Dah dok gelak2..terjumpa plak kisah KONY 2012 kat video Anwarhadi plak..

Semangatlah nak tahu pasal KONY 2012 ni. Ye lah..tak kan nak tertinggal komuter kot..takkkkannnnlah. Search lah kat gugel ape lah benda nya KONY 2012. Mula2 saya ingat Filem baru..*saya memang buta berita2 terkini..harap maklum..

Ceritanya macam ni..KONY 2012 ni tersebar kat 1 dunia ada sebab. Sebabnya dia nak 1 dunia kenal sape tu KONY. Kalau da sume orang duk cakap pasal KONY 2012,
mesti korang nak tau kan siapa dia. Bagus lah marketing orang ni..hehehe

Joseph Kony ni adalah ketua sebuah kumpulan yang diberi nama LRA. Diorang ni menentang kerajaan Uganda dan diorang ni penganut agama Kristian melampau. Si Kony ni bercadang untuk jadikan Uganda sebuah negara Kristian sepenuhnya dengan terapkan beberapa undang2 lah..- Biblical Ten Commandments. Itu pun kalau dia berjayalah dapat kerajaan Uganda lah kan. Dia ni memang penjenayah yang paling dikehendaki di dunia. Tapi saya tak tahulah kenapa masih tak dapat tangkap dia..

Kenapa dia sangat dikehendaki?
  • Tentera LRA pimpinan Kony dianggarkan telah menculik lebih daripada 20 ribu kanak-kanak untuk dijadikan askar dalam gerila LRA.
  • Kanak-kanak perempuan pula diculik untuk dijadikan hamba seks.
  • Kanak-kanak yang diculik diajar agar membunuh ibu bapa mereka sendiri, bertujuan agar mereka tiada lagi kediamaan dipanggil rumah untuk kembali.
  • Kanak-kanak yang baru diculik akan dijadikan sebagai 'askar' untuk memunggah peralatan perang atau menjadi penyampai bekalan kepada gerila LRA.
  • Ada juga antara kanak-kanak ini dijadikan sebagai 'benteng manusia' seandainya diserang oleh pihak tentera.
  • Dikatakan Kony punyai lebih daripada 60 isteri - hasil penculikan.
  • Mereka yang ditahan atau dijadikan tawanan oleh LRA selalunya akan menjadi mangsa kepada keganasan.
  • Kanak-kanak yang diculik yang beri masalah akan dipotong telinga, hidung atau bibir dan dipaksa untuk memakannya.
  • Joseph Kony mendakwa tindakannya adalah merupakan suruhan daripada malaikat - There are eight of these angels, he says -- three American, two Sudanese, two Chinese, and one Congolese.
Seksa budak2 tu yang xbestnya dengan si KONY ni. So, sekarang ni..1 dunia say STOPKONY. Untuk sesape yang xpernah tahu pasal KONY 2012 ni, da tahulah kan ape benda ni?

Sumber : HarulHassan

Nota kaki : Makan Kenny Rogers cam sedap ni..hehehe..


Thursday, May 17, 2012

:: Khamis ::

Selamat pagi khamis...

Terbaca twitter kawan2, dan tengok gambar2 Qaisara..

Qaisara, cepat besar sayang..
Mama nak jadikan Qaisara kawan mama..
Nak ngadu segalanya dengan Qaisara..
Nak peluk Qaisara waktu mama sedih..
Nak pinjam bahu Qaisara waktu mama nangis..
Nak ajak Qaisara minum2 petang..
Nak ajak Qaisara g shopping2..

Mama harap, Qaisara tak kan buang mama..
Mama harap, Qaisara tetap dengan mama walau ape pun terjadi..
Semoga mama terus tabah dan sabar menanti..
Semoga anak mama ni membesar dengan sihat..

Mama sayang Qaisara sangat2...

Tuesday, May 8, 2012

:: Pengalaman Bersalin 3 ::

Bersambung dari entry yang lepas dan lepas..


Doctor sampai dalam kul 11.15malam. Doctor siap cakap.. “kuat lagi ni..boleh senyum sume”. Padahal doctor xtahu saya menahan sakit..Hehehehe. Kali ni doctor cek bukaan, baru 6cm. Doctor cakap "ni lame lg ni..dlm kul 3pagi ni..saya tido dulu lah.." Makaihh doctor ni main2 ye..hehehe.. Doktor masukn drip air utk pcptkan bukaan. Dan untuk pengetahuan anda dan juga saya..drip tu jugak adalah induce. Bila masuk drip ni..contraction makin kuat. Makin sakit n sakit. Sehingga saya xtahu nak cakap ape..

Mulanya saya jerit.. “sakitnya..ya allah..” Ada nurse cakap, sebutlah “Allahuakbar” ke mengucap ke. Adoilah nurse, kalo da sakit..xde ape da dalam pikiran ni. Tapi mengucap n sebut "Allahuakbar" adalah yg terbaik kan. Macam mane sakitnya?xdapat nak describe,yang pasti sakitttttt sungguhhhhh. Sakit datang n pergi. Waktu tak sakit,saya bleh bcakap ngn encek suami. Ya, encek suami sntiasa berada disisi. Klinik ni suami boleh teman kan isteri start dari sakit sampailah bersalin. Yang rasa myirap nya..waktu saya tengahsakit2, apa nurse2 tu buat?duduk bercerita sambil lipat kertas. Makaihhh..kemain enjoy lagi kerjanya.

Nak dekat kul 3pagi tu, nurse da prepare sume, tmpat baby sume. Serius berdebar sgt dat time. Tapi waktu tu memang rasa cam xsabar sangatlah. Nak tgk anak yang dikandung 9bulan kan. Doctor suruh saya buat posisi nak bersalin tu, tapi kaki saya cam xboleh, malu2 skit. So doctor keluarkan cam tiang utk sangkutkan kaki saya. Boleh imagine x?Itu adalah cara untuk orang yang xreti nak wat posisi bersalin yg sebenar. Doctor cakap, "Ok,awak tarik nafas and push." First time, FAILED. Second time, pun FAILED. Saya da risau da waktu tu, risau kena marah ngan doctor. Siap mintak maaf lagi dengan doctor.. “maaf doctor,saya xtau push..” tak ke sopan namanya? hehehe.. Nurse kat sebelah plak bagi semangat "Tarik nafas, push..tarik nafas, push.." "Bila rasa sakit contraction je, kena tarik nafas pastu push.." Tapi saya rasa sakit je terus push.. *alamak!saya lupa nak tarik nafas. Push kali yang ke empat kalo saya tak silap baru keluar..

Tepat jam 3.23pagi, lahirlah permaisuri kami yang sangatlah comel. Berat 3.46kg. Keluar je si comel ni, hilang rasa sakit. Demi Allah, hilang skt walaupun anda masih belum di jahit. Waktu doctor jahit tu, saya boleh cerita2 dengan suami. Encek suami plak sebenarnya da nak pitam, sebab dia xboleh tgk darah. Tapi Alhamdulillah, demi saya dan anak, dia sanggup. Thanks encek suami..saya sayang kamu sangat2. Eh terjiwang plak.

Syukur Alhamdulillah, Allah telah kurniakan kami bayi perempuan yang sangatlah comel. Dan kami telah beri nama Alya Qaisara Firas. Bermaksud Ketinggian Permaisuri Yang Celik Akal. Semoga anak mama n papa ni menjadi anak yang solehah n celik akal. Insyaallah..






Nota Kaki : Pengorbanan encik suami sama seperti pengorbanan saya. Time kasih papa kerana sentiasa disisi mama. Love u more n more..

:: Pengalaman Bersalin 2 ::

Selamat Petang blogger..

Sebenarnya entry untuk Pengalaman Bersalin ni panjang. Nak kasi lagi sedap lah kononnya. Cewahh.. Dan saya dah edit dan tulis semula..


Sambungan entry lepas..

Dalam kul 8.30pagi doktor da sampai. Encek suami temankan saya di labour room. Doctor cek bukaan, masih tiada bukaan lagi. Doctor bagi penerangan mengenai INDUCE ni. Doctor cakap,induce ni tak 100% menjadi. Tak 100% menjadi ye kawan2. Xpaham?waktu ni pun saya xpaham lagi.. :p Doctor cakap, xmenjadi tu maksudnya ada yang kena 2 3 kali induce. Induce ni adalah satu alternative utk kita percepatkan bukaan. So, kalo induce ni xbagi respon atau kata lain bukaan masih 1cm, saya terpaksa alami contraction sehingga waktu bersalin yang sebenar. Takut x? Erti kata lain, induce ni buat kita rasa contraction. Bila kita rasa contraction, akan ada bukaan. So itulah konsep yang sebenar induce ni. Tapi kawan2 jangan silap, ada yang da terima induce, tapi xrasa contraction. Ada juga yang da rasa contraction tapi bukaan xde.

Dengan penerangan doktor tu, saya dan encek suami paham. Then, doctor pun induce lah. Saya ingat induce ni kena cucuk kat bontot or perut. Rupanya x, induce ni masukkan pil ke dlm rahim kita. Insyaallah saya akan tulis penceritaan mengenai induce utk entry akan datang. 1jam saya kena duduk dalam labour room. Bukan duduk ye tapi baring atas katil bertemankan encek suami dan blackbery..hehehe. Lepas 1jam, saya da boleh balik ke bilik balik.

Dalam tengahari tu, saya da rasa sakit2 perut. Contraction lah tu. Muka saya jangan cakap lah waktu tu, muka buruk gila tahan sakit.. :p Suami beli kan nasi ayam tengahari tu..(kalo xsilap). Saya yang request. Siap order air Tembikai lagi, kemain kan..Hehehe..tapi xmakan pun, xlalu nak makan tau. Makan sikit je. Tapi, sakit2 macam tu saya masih sempat layan cite korea Boys Over Flowers..hehehe

Jam 4petang, doktor cek bukaan lagi. Alhamdulillah, induce tu bg tanda positif. Rasa happy sangat dat time. Jalan da bukak 3cm, BARU 3cm.. ye kawan2. Selepas lebih kurang 7jam di induce dan ada 7cm lagi kena bukak. Doctor cakap air ketuban da pecah. Tapi saya xperasan pun sebab saya pakai pad..kihkihkih..emak bising, katanya org nak bersalin xpakai undwr pun. Tapi saya malu..hehehe. Tapi saya rasa maybe bukan pecah, tapi da bocor. Saya sempat tanya doctor, "cmne doctor tahu air ketuban da pecah?" "Saya da dapat rasa da rambut anak kamu" OMG!takuttt.

Dalam kul 6petang camtu family datang bagi support. Sambil memeriahkan keadaan kt klinik tu..hehehe..
Emak bawak makanan. Kena makan untuk tambah tenaga..tapi saya xde selera. Along urutkan badan saya, perut saya dengan air zam zam. Emak pakaikan saya stokin sume. Rasa terharu sangat. Terima kasih semua. XOXO.. Diorang sume balik lepas isyak. Then contraction makin kerap n sakit.
Kul 10malam suruh suami tanya kat nurse,"taknak cek bukaan ke". Saya yang suh nurse cek bukaan ek, da macam doctor tak?hehehe..bukan ape sebab doctor ada cakap akan cek bukaan lagi jam 10malam. Then nurse pun cek lah. Ok, da 5cm lebih skit. Nurse call doctor suruh dtg. Sambil tunggu doctor datang, nurse suruh saya wat exercise berjalan..utk pcepatkan bukaan. Saya pun duk lah berjalan dalam klinik tu. Klakar pun ada.

Bersambung......................

Wednesday, May 2, 2012

::1mei2012::

Selamat Petang kawan2..
Selamat bekerja kembali selepas bercuti semalam..

Semalam anniversary saya dan suami..
Da 3 tahun kami kenal..diam xdiam kan..
Teringat 3 tahun yang lepas..
Sempoi je kami declare..
Encek suami : So,kita ni camne?
Saya : Macam mane ape?
Encek suami : Bila kita nak declare?
Saya : Ntah..
Encek suami : Oklah,mulai harini (1mei2009),kita couple..
Saya : ok.

Sempoi kan?hehehe..

So semalam konon nak g seriblade lah..
Rasa cam nak makan spesel skit lah kan..
So saya pilih D'one Steak kt sek7 Shah Alam..
Saya order Lamb chop,encek suami mixed lamb chop..
Untuk Qaisara saya order mushroom n chicken soup..
Semalam tak lah penuh sangat orang..
Makanan sampai dalam 15minit order..
Makanan sampai..fuhh..
Nyum2..memang nampak menarek..
Banyak plak tu..
Bayangkan kalau saya punya da banyak..
Encek suami punya lagi banyak..
Saya betul2 puas hati..
Puas hati sangat2 lah..
Saya bagi 5 bintang..
Tapi,janganlah anda bezakan dgn Chilis,VS n sebagainya lah..
Sebab ni kedai biasa2 je..
Tapi bg saya mmg tip top..
Saya suka n saya nak datang lagi..
Total kami makan semalam rm38++


*Lamb Chop = Rm13.90*



*Mixed Lamb Chop = RM14.90*


*Qaisara makan biskut Tiger je..*



*Qaisara n Papa*


So ape lagi? Ajaklah BF,GF and BFF anda g makan..
Untuk yang xde BF,GF and BFF macam saya, ajaklah Family..
Ye lah..saya mane ada BFF da..
Ada pun, diorang xngaku saya BFF da..
Saya je terhegeh2 nak BFF ngn diorang2 tu..
Da tertulis kat situ BFF hny sipolan dan sipolan dan sipolan..
So its ok..
Saya ada Family..BFF saya ialah Family saya..

Nota kaki : Qaisara da boleh bg makan skit2 da..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.