Sila la click jika ade.....

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, August 15, 2011

10 Malam Terakhir Ramadhan

2 comments

Salam Ramadhan untuk semua dan salam 1 Malaysia. Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Hari ini sudah setengah bulan kita mengharungi bulan ramadhan dengan berpuasa dan berterawikh serta bertadarus dan memperbanyakan amalan kita kepada ALLAH SWT. Kepada sesiapa merasakan amalan yang dilakukan masih tidak mencukupi, masih tidak terlambat lagi untuk memperbanyakan amalan kita itu.


Ramai orang sudah mula sibuk dengan persiapan raya masing-masing. Mungkin ada diantara korang semua yang sebelum ramadhan lagi sudah mula sibuk untuk persiapan raya sampaikan ada kawan2 mengusik, "puasa pun belum dah sibuk raya". Tapi apa salahnya kalau kita mula bersiap dari awal dari segi tempahan baju raya, kuih dan juga pilihan nak balik kampung belah siapa bagi pasangan suami isteri.

Selain persiapan peribadi dan kediaman, di mungkin ada antara korang yang sibuk menghias office bagi mendapatkan "feeling" suasana Raya Aidilfitri. Ada yang sibuk menggantung ketupat, kad raya bagi mendapatkan suasana raya aidilfitri yang disambut sekali dalam setahun.

Namun begitu, dalam sibuk kita bersiap untuk raya, jangan kita lupa juga bersiapkan diri untuk bekalan di akhirat kelak.Hal ini kerana, pada malam 10 terakhir ramadhan akan berlakunya malam Al-Qadar. Menurut hadis, Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim). Nabi Muhammad SAW juga bersabda: “Carilah malam al-Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan”. (HR Bukhari & Muslim).

Pada malam 10 terakhir ramadhan, kita digalakkan untuk bangun melakukan Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat seperti solat sunat hajat, tasbih, taubat dan tahajjud dengan ikhlas dan bertekad untuk untuk memperkuatkan iman kita. Memperbanyakkan zikrullah kepada ALLAH SWT dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Selain itu, kita juga digalakkan untuk bertaubat dan meminta keampunan daripada ALLAH SWT yang Maha Pengampun.

So itu, sahaja yang nak dikongsikan bersama, sebagai pedoman untuk kita bersama. Jom kita ramai2 penuhkan shopping Kompleks yang banyak buat Jualan Murah time2 raya ni.

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Friday, August 05, 2011

Ramadhan - Sahur

0 comments

Salam semua. Selamat Hari Jumaat dan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam yang sedang menjalankan rukun Islam ketiga. Arini aku datang awal ke pejabat dan sempat mendengar sedikit renungan pagi yang di sampaikan oleh saudara Shahrul dari Unit Latihan BSM UPSI. Renungan tersebut bertajuk "Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan".

Antara yang menarik perhatian aku adalah mengenai bangun sahur. Perkara pertaman, makan sahur di tengah malam kerana malas bangun. Individu yang begini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan dan bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW. Sahur itu sendiri dari sudut bahasa bermaksud waktu terakhir dihujung malam. Para Ulama' pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam.

Seterusnya, adalah mengenai waktu Imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Waktu Imsak sebenarnya tidak lain hanyalah sebagai 'lampu amaran oren' yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat dan bukan waktu tamat untuk makan sahur. Waktu yang disepakati ulama bagi penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq iaitu subuh.

Selain itu, bersahur dengan makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain adalah amat merugikan. Ini kerana pada waktu tersebut adalah waktu terbaik untuk beristigfar, memohon keampunanan, bertaubat dan melakukan solat2 sunat malam. Firman Allah SWT dalam surah Az-Zariyyat ayat 18 yang bermaksud " dan ketika waktu-waktu sahur itu mereka meminta ampun dan beristigfar".

Kesimpulannya, jom ramai2 bangun sahur kerana banyak kelebihannya.

p/s: jangan bagi alasan x boleh puasa sebab x bangun sahur.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Wednesday, February 09, 2011

Aktiviti Keagamaan Aktif di Bandar Berbanding Kampung di kalangan orang muda.

0 comments

Salam sume. Lama jugak xberupdate blog ni. Ni sume disebabkan kesibukan dalam pelajaran serta sibuk dengan kenduri perkahwinan akak aku yang berlangsung pada 5hb Februari yang lepas. Berbicara mengenai bab agama, mungkin aku pun sangat daif dalam bab ni.

Berbalik pada topik kita, mungkin ade yang bersetuju dan mungkin juga ade yang tidak setuju dengan statement aku ini. Jika dilihat, ada juga kebenarannya. Ini kerana, di bandar lebih banyak aktiviti keagamaan diadakan bertujuan menarik minat remaja-remaja untuk terlibat sama. Justeru itu, remaja lebih tertarik untuk terlibat sama dalam aktiviti tersebut.

Berbanding di kampung, aktiviti keagamaan lebih tertumpu kepada golongan yang sudah berumur atau orang tua. Justeru, remaja akan berasa janggal untuk terlibat sama dalam aktiviti keagamaan tersebut. Justeru, ini membuatkan mereka akan terpencil setiap kali aktiviti-aktiviti keagamaan tersebut dijalankan.

Namun begitu, tanggapan ini tidak 100% nya benar. Ada jugak remaja-remaja di kampung yang gemar terlibat dalam aktiviti-aktiviti keagamaan seperti marhaban, korban dan jugak lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, bagi aku, pengaruh rakan jugak antara penyebab remaja menyertai sesuatu aktiviti keagamaan yang diadakan.

Apapun, sebagai seorang remaja Islam zaman sekarang kita haruslah terlibat sama dalam aktiviti keagamaan yang diadakan kerana aktiviti-aktiviti ini yang membantu membangun kembali martabat Islam di dunia ini.

p/s: perasan atau tidak, budak2 selalu g masjid atau surau untuk berjumpe kawan2.


"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...