Sila la click jika ade.....

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Saturday, December 04, 2010

BBQ Bersama Shahir

0 comments

Salam sume. Seperti yang dijanjikan dengan Kak Yanmie, aku nk update skit blog ni psal sumthing yang boleh buat korang sume terliur. Sempena majlis pertunangan sepupu aku esok, Pak Long aku ade la wat majlis BBQ dekat umah die td. Sambil2 tu, dapat la berkumpul sedara mara sume, walaupun ade yang xde. Kalau sume ade, memang x muat umah 2. So jom layan gambar2 ni, dan entri ni khas untuk adek ku Helmi Aziz.








Alhamdulillah, sangat la best dapat makan ikan pari, sotong, udang bakar. Nasi lemak ngan mee bandung pun ade. So malam ni dapat tidur dengan kenyang.

p/s:ade sape2 terliaur x??

"Hingga Jari Bertemu Keyboard Lagi"



Read more...

Saturday, July 10, 2010

World Cup 2010 - Paul Diancam Bunuh!!!

0 comments


Salam sume. Selepas kecoh pasal Paul, sotong peramal sekarang ni kecoh pulak pasal Mani burung kakat tua nk jugak meramal macam Paul. Paul ramal Spain juara, manakala Mani ramal Belanda juara. So mane satu yang betul??Aku xpercaya dua-dua sebab dua2 ni tahyul. X elok percaya bende tahyul. Yang pasti aku ade dengar bahawa Paul diancam bunuh.

Selepas kekalah German ditangan(kaki kot) Spain, ramai penyokong2 pasukan German marah dan geram dengan Paul. Kecoh kat Facebook and Twitter bahwa ramai yang nak makan sotong goreng tepung, sotong masak sambal, sebab terlalu geram dengan Paul. Kenapa perlu disalahkan sotong 2? Sotong 2 xde buat salah pape pun.

Yang pasti perlawan akhir Piala Dunia 2010 (World Cup 2010) akan menyediakan aksi yang menarik dimana, kedua-dua pasukan Belanda(Netherland) dan Sepanyol(Spain) cuba untuk mambawa pulang Piala Dunia tersebut buat pertama kali ke negara masing2. Adakah Paul dapat mengekal reputasi atau Mani merampas nya, kita tunggu esk.

Yang pasti, jangan lupa saksikan di Astro saluran 805 atau secara online menerusi Astro Bplayer. Perlawanan tempat 3/4 pada 11 July 2010 2.30 am dan perlawanan akhir pada pukul 2.30 am 12 July 2010. Finally, jom tengok gambar paul sekiranya aku bawak balik bagi kt mak aku.



p/s: jangan percaya bende2 tahyul.


Read more...

Thursday, June 17, 2010

Tips - Khasiat Buah Tomato

0 comments
Salam sume. Sedikit update untuk arini. Korang suke x makan buah tomato?? Buah tomato atau nama saintifiknya Solanum Lycopersicum L, merupakan sejenis sayur2 juga kadang2 dipanggil sebagai LOVE APPLE. Ramai yang kawan-kawan aku even my mom sendri pelik kenapa la aku suke makan buah tomato.

Marah merah buah tomato adalah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi, yang memyebabkan tomato itu berwarna merah. Likopena ini mengandungi pelbagai khasiat.

Likopena ini mengandungi kebaikan antioksidan yang dapat menlancarkan perjalanan darah dalam badan. Justeru itu, dapat mengelakkan dari penyakit kanser dan juga serangan sakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Selain itu, buah tomato baek utk lelaki kerana dapt mengelakkan kanser prostat.

Selain itu, buah tomato jugak kaya dengan vitamin C. Vitamin C atau asid askorbik ini banyak khasiat nye dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Salah satu peranan nye adalah dalam penjagaan kulit. Dengan demikian, buah tomato ini, dapat menghaluskan kulit dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

So kepada sesiapa yang inginkan awet muda, makan la buah tomato banyak2 dan xperlu la korang nk pakai botox.



Read more...