Friday, December 31, 2010

Kisah Perjalanan Hidupku

Assalamualaikum dan Selamat Pagi kepada semua pembaca blog Sembang Hari2

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi kesyukuran kerana masih di beri nafas dan masih mempunyai tubuh badan dan minda yang sihat untuk kita sama-sama meneruskan kehidupan sehingga ke penghujung tahun 2010.

Alhamdulillah esok kita akan melanggkah ke tahun Baru 2011. Jadi kita semua perlu mempunyai azam baru sempena tahun baru ini. Diharap kita semua telah mencapai azam pada tahun 2010.

Sekiranya ada diantara kita masih belum mencapai azam tahun 2010, azam tersebut jangan ditinggalkan berkubur begitu sahaja. Ianya perlu dibawa ke tahun 2011. Jadi tahun 2011 tentunya lebih mencabar kepada golongan ini. Anda perlu menyelesaikan azam tahun 2010 dalam masa yang sama anda juga perlu mencapai azam tahun 2011. Semoga Berjaya.

Oklah pada post kali ini saya ingin berkongsikan sedikit tentang perjalanan hidup saya. Sehingga hari ini, saya telah bertugas selama hampir 5 tahun di Politeknik Mukah Sarawak. Tempoh tersebut boleh dikira lama bagi penjawat awam yang bertugas di satu-satu tempat.

Harapan saya tentunya saya mahu berpindah ke tempat yang baru dan menimba pengalaman kerja di persekitaran kerja yang baru. Tapi nak berpindah ke mana ye? Sasaran saya tentulah hendak berpindah ke kawasan Perak, negeri kelahiran saya.. Tapi macam tak dapat jer.. Setakat ini saya telah pun mengemukakan 3 kali permohonan, tapi tidak berjaya. Takper cuba lagi semester hadapan dengan menukar tempat permohonan.


Untuk pengetahuan pembaca semua, saya pernah menjalani latihan praktikal di PUO, Perak selama 2 bulan. Kemudian saya menjalani latihan praktikal yang ke dua di POLISAS, Pahang selama 1 bulan.. Dan akhir sekali berkhidmat di PMU, Sarawak selama 5 tahun. Gambarajah di atas menceritakan kisah perjalanan hidup saya di Politeknik.

Secara kebetulan telah membentus satu garisan lurus daripada pengalaman hidup saya. Jadi untuk politeknik seterusnya agak-agak ke mana yer? Kalau masih nak mengekalkan "kelurusan" garisan tersebut saya perlu berpindah ke Pulau Pinang, Perak, Pahang atau Sarawak.. hehehe..

Tapi bagi saya tak kisahlah dapat berpindah mana pun selepas ini. Apa yang penting kami sekeluarga dapat hidup dalam keadaan sihat, aman dan tenang.. Amin..


Read more...

Thursday, December 30, 2010

Keputusan terkini "contest" pendorong terbanyak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada sekuad Malaysia kerana telah berjaya memenangi piala Suzuki dengan kemenangan aggregate 4-2 ke atas Indonesia.. Syabas Malaysia.. Malaysia Boleh!!

Alhamdulillah dapat kita sama-sama bercuti pada 31 Disember 2010 hasil daripada kemenangan tersebut.. Yeye..

Disamping kita bersorak gembira izinkan saya untuk melaporkan perkembangan "Contest" Giveaway pertama Blog Sembang Hari2 bagi kategori pendorong terbanyak pada minggu pertama..

Jumlah penyertaan setakat ini sebanyak 44 penyertaan daripada rakan-rakan blogger..

 Rajah pendorong terbanyak dari fail Microsoft Excell..

Dan 3 pendorong terbanyak setakat ini adalah:

  1. http://sembanghari2.blogspot.com              pendorong 9 blog
  2. http://mamiuyuncontest.blogspot.com         pendorong 5 blog
  3. http://contestcontestcontest.blogspot.com  pendorong 4 blog
Setakat hari ini nampaknya blog mamiuyuncontest mendahului rakan-rakan blogger yang lain untuk memenangi hadiah minggu pertama pendorong terbanyak.. Namun begitu mamiuyuncontest belum lagi berada dalam zon selesa kerana ia diekori rapat oleh blog contestcontestcontest.

Jadi Mamiuyuncontest perlu berusaha lagi untuk mengekalkan kedudukan ini sehingga hari Ahad 2 Januari 2011 untuk melayakkan blog beliau memenangi hadiah minggu pertama. Buat rakan-rakan blogger lain anda juga berpeluang untuk menyaingi mamiuyuncontest dan contestcontestcontest kerana masih ada 3 hari lagi sebelum pemenang minggu pertama diumumkan..

Jangan berputus asa cuba lagi.. Malaysia Boleh!! Rakan-rakan Blogger juga Boleh!!
Read more...

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..