Salam semua. Tentu sekarang ni tengah sibuk membuat persiapan menyambut hari raya yang bakal menjelang. Tak terkecuali aku. Dalam pada sibuk-sibuk ni sempat juga mengupdate blogku yang dah bersawang ni. Tentunya dalam menyambut hari raya ni kanak-kanaklah yang paling gembira sekali.Melihatkan kegembiraan anak-anakku bermain pelita dan bunga api, ingin rasanya aku kembali ke zaman kanak2ku...
Wednesday, September 8, 2010
Sunday, July 18, 2010
Demam decoupage datang lagi..
Salam semua. Hari ni bersemangat nak buat n3 sebab dah ada monitor baru dan internet pun dah ok sikit taklah kena tunggu lama lagi. Tapi kali ni bukanlah pasal pinggan mangkuk lama tapi tentang hobiku masa kini. Sebenarnya semuanya bermula daripada papan signage pemberian Kak Azlina . Tq ya kak. Oleh kerana susah nak online maka aku menghabiskan masa freeku yg seciput ni dengan hasil keras tangan ku yang tak seberapa ni. Jom layan....
Inilah dia papan signage pemberian Kak Azlina yang dah siap didecoupagekan..
Signage Farmhouse yang dihasilkan dari kain apron lama.
Dua signage garden quote ni pulak, gambar dia amik dari kain sarung bantal lama
Yang ni juga dari sarung bantal lama..
Antaranya yang telah menghiasi dinding anjung kecil ku..
Sekian dulu untuk kali ini. wassalam...
Inilah dia papan signage pemberian Kak Azlina yang dah siap didecoupagekan..
Signage Farmhouse yang dihasilkan dari kain apron lama.
Dua signage garden quote ni pulak, gambar dia amik dari kain sarung bantal lama
Yang ni juga dari sarung bantal lama..
Antaranya yang telah menghiasi dinding anjung kecil ku..
Sekian dulu untuk kali ini. wassalam...
Wednesday, July 7, 2010
Post yang dah lama tertangguh..
Salam semua. Alhamdulillah, setelah sekian lama baru hari ni dapat online. Banyak sangat halangan nak berblogging ni. Mula2 pc kena virus, lepas tu streamyx pulak meragam. Bila dah ok monitor pulak bual hal, kena on sejam awal, bagi panas barulah nampak gambar. Dah lah kita ni nak kena berkejar ngan masa dia pulak buat hal.So hari ni aku ambik kesempatan buat n3 yang dah lama tertangguh ni.
Mula2 nak tunjuk dulu hadiah yang ku dapat hasil EG Eija dulu. Hadiah ni dapat dari kak Mas JB. Hari tu kak Mas pesan kalau nak N3 cawan2 tu, masukkan sekali pinggannya supaya lebih meriah. Tq banyak ya kak, suka sangat dapat cawan2 tu setelah sekian lama pinggan2 tu tak berteman.
Masa mula2 dapat tau pasangan EG ni, kak Mas yg sms sebab masa tu tak dapat online. Bila sms Eija tanya nak kena bagi hadiah ngan sapa pulak Eija kata ngan Kak Sue Antik. Ha.. sudah! kena ngan otai pulak, segannya, tak tau nak bagi apa. Harap2 Kak Sue sukalah ngan hadiah yg bakal diterima. Kalau tak suka pun buat2 sukalah ya kak hehe...
Seterusnya nak N3 yang ni pulak. Kenal tak sapa ni? Inilah dia Baiti dan suami yang sudi berkunjung ke rumahku. Masa Baiti bagi tau nak datang malam tu, risau jugak tak tau nak hidang apa. Orang datang dari jauh tak kan nak hidang kuih je kan? so menu yang paling cepat dapatku sediakan, mi udang.
Tengok tu berminyak2 mukaku. Mana taknya balik je dari sekolah aku terus bekejar ke dapur. Excited sangat nak menyediakan hidangan untuk tetamu yang datang dari jauh ni. Tq akak ucapkan pada Baiti dan suami kerana sudi menziarahi akak. Tq juga untuk hadiah perkenalan tu ya...
Sekian dulu untuk kali ini. Sehingga berjumpa dia lain N3.. (bilalah agaknya ya ?)
Monday, June 14, 2010
Husil Hunting Terkini
Salam semua. Tak sabar rasanya nak tunjuk husil hunting terkini. Tapi tak boleh nak cerita2 panjang sebab2 line tak baik sangat. kejap2 terputus. Hasil buruan ni ada extra so kalau ada rakan yg berminat sila jenguk kat sini
Pelita pun ada jugak.....
Sticker Nostalgia World Cup 1982
Salam semua. Dah lama tak dapat online sebab broadband hubby kat Sandakan dah kena cut sebab selalu sangat bertukar jadi berukband. Hari ini aku bersiaran langsung dari sebuah hotel di Lahad Dato (ikut hubby yang berkursus di sini). Oleh kerana dah gian sangat nak buat n3 aku pun godek2lah gambar lama yang tersimpan dlm lappy hubbyku ini. Jadi bersempena dengan demam piala dunia yang sedang melanda ni aku pun pilihlah gambar sticker Wold Cup 1982 yang ada dalam simpanan hubby . Jom layan sticker2 nostalgia ni ya...
Fail yang menyimpan koleksi old skool hubby. "Mr. Maggi , please dont make me angry, you wouldn't like me when i'm angry...". Ingat lagi tak dialog ini?
Dalam fail inilah sticker2 world cup itu dilekatkan.
Gambar2 yang membangkitkan nostalgia lama. 1982 aku masih di bangku sekolah rendah (darjah 2). Betapa aku merindui zaman itu....
Friday, June 4, 2010
My 15th Anniversary
Salam semua. Semalam merupakan ulang tahun pertama blogku yang kudedikasikan khas buat suamiku sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 14. Ini bermakna semalam juga merupakan ulang tahun yang ke-15 perkahwinan kami. Sudah lama rupanya tarikh keramat itu berlalu namun masih terbayang jelas kemeriahan pada hari itu. Masih terbayang kegembiraan wajah emak dan bapa menerima menantu pertama, masih terngiang2 paluan kompang dan keriuhan saudara-mara di majlis persandingan kami.Semoga kenangan indah ini akan tetap terpahat kukuh di hati kami dan semoga perkahwinan ini akan dirahmati Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat kami...Amin...
Thank you dear...
Sometimes I forget to show
the loving thanks I should,
And often can't remember
little things you wish I would..
But I don't need reminding
to remember this is true..
My life is really wonderful
because of loving you
Happy Anniversary
Love,
Raineyana
Tuesday, June 1, 2010
Terima Kasih..
Salam semua. Dah lama benar rasanya aku tak buat n3 untuk blogku ini. Mana tidaknya pc di rumahku ini baru saja baik dari sakit (kena serang virus). Maaf kepada semua rakan2 kerana tak dapat membalas sapaan dalam shoutbox. Aku hanya dapat curi2 menjenguk blog dari sekolah sahaja. Dengan 25 waktu mengajar seminggu, jangankan nak buat n3, nak habiskan sepinggan mi pun kadang2 tak sempat, dah kena masuk kelas lagi. Hari ini aku ambik kesempatan buat n3 serba ringkas ni sebelum memulakan perjalanan ke Sandakan sebentar lagi.(sekolahku cuti awal kerana dah buat kelas ganti sebelum ni).
Jutaan terima kasih kepada kak Shima kerana sudi menerima tempahan signage yang cantik tu dariku.Walaupun Kak Shima kata dia baru belajar tapi signage antiques tu macam dibuat oleh orang yang dah pro.So kepada sesiapa yang berminat jangan segan2 buat tempahan dari Kak S kita tu. Tiga biji mangkuk Y &;P roses tu pulak adalah hasil barter kami berdua. Tq banyak ya kak...
Yang ni pulak hadiah dari Kelly kerana menjadi antara follower terawal. Terima kasih banyak Kelly, akak suka sangat hadiah ni.
Hadiah Mothers day dan Teachers Day dari anak-anak. Selain ibu aku juga cikgu kepada dua orang anakku Haikal dan Hilman.Tq sayang2 mama..
Sekian untuk kali ini. Selamat bercuti...
Subscribe to:
Posts (Atom)


















