KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label bla3.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bla3.... Papar semua catatan

Isnin, 9 Oktober 2017

Beli insurans kereta? Wajib tahu. Kereta lebih 5 tahun? Wajib tahu.

Hari ni aku nak ajar korang semua klausa 'bettermen'. Apakah bettermen ni? Di mana nak jumpa bettermen? 

Oh, harap maaf, bettermen ni bukan la lelaki yang lebih baik untuk korang.. Sebab, kalau ya, aku pasti sangat gembira.

Korang akan jumpa klausa ni kalau kereta korang berusia lebih dari 5 tahun.

Seperti yang korang tau, En ken aku dah menginjak ke usia dewasa. Tahun ni dia 14 tahun.

Disebabkan:
1- dia dah dewasa
2- dia dah banyak berbakti pada aku
3- aku segan dengan mak aku bila en. Ken vibrate mengalahkan kerusi ogawa
4- aku dah banyak kali janji dengan en. Ken

maka, aku telah menghadiahkan dia rejuvenating treatment (ganti semua sparepart agar dia terasa seperti baharu) menyeluruh pada bulan puasa yang lalu.

Kos keseluruhan make over adalah rm3700. Ya, organ dalaman en ken, xde la rosak abis, tapi aku nak bagi feeling mcm kelahiran semula pada en ken (ala, mcm korang g spa la).

Malangnya, pada bulan 8 yang lalu (2 bulan kemudian), adik aku kemalangan. Dia langgar hilux.

Makanya, guna la insurans..

Malas nak kronologi panjang2, aku pendekkan je. Proses pembaikan berjalan tapi berlaku beberapa perkara:
1- bengkel call adik, kata insurans hanya cover warna standard. Warna pepel en. Ken x masuk list. So, adik aku kena tambah duit.

2- bateri kat bengkel xde yang 2nd hand. Hanya 1st hand. Adik aku kena tambah duit lagi.

3- pada hari aku ambil en ken, aku mendapati, ada jarak antara hud dan gril. Bila tanya kenapa, dia kata, barang taiwan mmg gini. Takkan sempurna mcm ori. Tapi jangan risau, ok punya. WHATTT???? Why guna Taiwan????

Bila tanya bengkel, jawapan dia ialah, insurans hanya quote harga barang 2nd hand atau barang taiwan/cina.

Sebagai orang yang asyik tak puas hati, aku pun tanya ejen insurans (kereta) aku dan ini jawapannya

"Assalamuallaikum, Utk kreta yg melebihi 5 tahun ada satu clause yg dipanggil 'bettermen', dimana jika alat ganti yg diganti itu adalah yg baru, customer kena tanggung susut nilai barangan tu,

cthnya katalah drive shaft, harga baru katalah RM1,000, kereta yg accident tu katalah umurnya sudah 7 tahun. Jadi drive shaft nya juga telah berusia 7 tahun. Jadi, harga drive shaft yg sudah berumur 7 tahun bukan lagi RM1000 tapi mungkin dlm RM450 shj.

Perlu difahami konsep dlm insuran adalah 'mengembalikan keadaan peserta sptmana ia blm kemalangan'.

Jadi, jika workshop menggantikan drive shaft yg baru peserta akn kena byr beza harga barang tadi iaitu RM550, itu baru satu barang klu banyak tentu banyak customer kena bayar.

Untuk mengelakkan keadaan tersebut mereka akn gunakan kaedah yg bersesuaian maka digunakanlah barang second hand, taiwan ka atau sbgnya supaya condition 'bettermen' tu dapat dielakkan."

So, aku boleh faham la bab warna.. Mmg asal warna en ken ialah silver..

Yang aku tak puas hati ialah
1- kos aku rejuvenate ialah rm3700 (sila ingat, ini hanya tukar barang yg wear n tear), sedangkan kos bengkel membaiki kereta aku (yang baru lepas langgar hilux) hanya rm3180.

How come rejuvenating lbh mahal dr pembedahan? How come, kos g spa buat urut bagai lebih mahal dari pembedahan kosmetik??

2- kalau betul, insurans mengembalikan kereta ke asal, awat dia x tanya, spare part semua buruk ke baharu? Sparepart aku baharu belaka kot. Sila la ganti ikut nilai dia.

So, korang, sila ingat, 
1- kalau sesuatu berlaku pada kenderaan berusia 5 tahun ke atas, klausa 'bettermen' akan terpakai utk kereta korang.

2- elakkan kereta berusia 5 tahun ke atas daripada kemalangan

3- xpayah ambil insurans tinggi2 sangat utk kereta tua. Nanti ko frust.

Sabtu, 7 Oktober 2017

Time share dengan swiss garden international vacation club (SGIVC)

Aku ada buat time share dengan swiss garden. Kena bayar rm20k (tak pasti untuk 20 tahun ke.. 30 tahun entitlement) dan tiap tahun rm300++ utk maintenance.

Apa aku dapat?
7 hari (5 weekdays + 2 weekends) kelayakan menginap di hotel2 swiss garden

Tapi..
1- hotel dia x berapa banyak
2- hotel yang bersekutu pun tak banyak
3- selalunya penuh sahaja

Dan paling best.
Baru2 ni (cuti sekolah bulan 8), aku dan keluarga menginap di damai laut. Dapat la 2 unit (1 bilik + 1 apartment). Redha la sbb memang last minute.

Belek punya belek, aku terbaca yg entitlement yg digunakan adalah 2 weekend 2015 + 2 weekend 2016.

Soalan:
kenapa staf sgivc x maklumkan baki entitlement aku dan maklumkan aku cara nak convert entitlement? Kalau aku tak baca la benda tu, memang tak perasan.  Sedangkan, pada aku, sepatutnya customer svc nasihatkan aku untuk gunakan kesemua entitlement 2015 aku sebab entitlement akan expired pada 9/9/17.

Terpaksa la aku yg call dan tanya cara nak convert entitlement.

So, aku telah hantar (fax) borang convert entitlement pada 7/9, 8/9 dan 11/9

Yang bestnya, dia kata terima fax pada 11/9. Untung buat sgivc, kerugian buat aku sebab entitlement aku expired pada 9/9. Hahaha

Apakah yang aku bebelkan ni?
Tak payah la beli time share dgn hotel2 ni semua. Masa nk ko join, kemain manis mulut dia. Lepas dapat duit, gudlak! Dah la keje aku, mmg hanya cuti masa peak season.

Baik simpan duit korang baik2 dan book je hotel melalui web2 tempahan yang banyak tu.

Kalau korang baca sampai habis, tahniah! Aku sekadar nak tunaikan janji aku pada sgivc utk tulis pasal dorg kat fb.

Sabtu, 15 Jun 2013

Check In Blog

Huhuhu.. rindu tak? Rindu tak? Sila rindu sebab aku mula rindu dahlama tak menulis kat sini.

Aku sebenarnya baru balik dari Korea Selatan. Ada la 11 hari pergi.. Ada la 3kg berat turun.. (kalau orang lain, aku rasa boleh turun 7-8 kg. Tapi aku kena pasrah.. hubungan aku dan lemak sangat akrab)

Aku tak reti nak tulis panjang-panjang. Malam ni aku try start buat bahagian 1 laporan lawatan aku. tunggu!!!

Rabu, 1 Mei 2013

Bla.. bla.. bla

Serius penulis blog ni fikir dia hot stuff. Tulis sikit-sikit lepas tu diam je dengan harapan ada orang datang blog dia.. Hurmm..

Ok, aku tipu. Aku tau, aku sentiasa nak bercerita kat blog ni tapi serius aku tak tau nak tulis apa. Nak tulis tentang rasa tak puas hati pada orang (aku berbalah kecil dengan orang kat ruangan komen youtube), macam tak best la pulak. Bak kata orang, 1 jari tunjuk kat orang, 4 jari tunjuk pada kita balik.

Nak cerita pasal politik, huhuhu.. aku sangat la tak tau apa-apa. Aku rasa aku pejam mata je karang masa tanda kertas undi. Boleh tak?

Nak cerita pasal kerja? hurmm.. apa yang best ye? Dah 2 minggu aku tak masuk kelas. Aku pergi mesyuarat. Takkan nak cerita pasal mesyuarat kan? Dan bermula esok, peperiksaan pertengahan tahun pun bermula.. huhuhu. Lagi la takde cerita.

Hurrmm.. mungkin lepas isyak nanti aku ada cerita. Tunggu ya!


Ahad, 28 Oktober 2012

Bila Nak kahwin?

Pernah tak korang ditanya, " Bila nak kahwin?"
Apa jawapan korang?

Aku dah pernah try bagi macam-macam jawapan. Dari " tahun depan (tapi tak tau tahun bila)", "tunggu kurus" hinggalah " tunggu orang pinang"

Serius, aku sangat terharu sebenarnya dengan mereka yang ambil peduli dengan keadaan aku yang masih membujang. Terima kasih sebab risau aku tua sebelum sempat beranak. Terima kasih sebab risau aku mati keseorangan. Demi Allah, aku pun tak terbayang hidup sorang-sorang sampai ke tua. Aku sama macam orang lain, berharap untuk punya keluarga sendiri. Tak nak hidup sorang-sorang masa tua nanti. Tapi, adakah aku fikirkan benda tu sepanjang masa?

Tett!!! Aku tak fikirkan benda tu sepanjang masa. Aku lebih risau berat badan yang tak turun-turun. Aku risaukan simpanan aku yang belum banyak lagi. Aku risaukan tiket yang makin lama makin mahal hingga aku tak mampu nak jalan-jalan. Ahh!! Pendek kata, banyak je benda yang aku fikirkan.

Ayah aku adalah antara orang yang risau aku tak kahwin-kahwin lagi. Ye la.. kawan yang sebaya dekat kawasan ni, masing-masing dah kahwin. Pernah sampai 1 tahap, ayah aku terfikir nak pinang laki untuk aku. aku ulang balik dengan huruf besar. "AYAH AKU NAK PINANGKAN MANA-MANA LAKI UNTUK AKU". Mujur dia tak cakap depan aku. Dia cuma cakap dekat mak. 

Adakah aku begitu terdesak? Aku harap tak la. Aku kesian sebenarnya dekat ayah aku. Serius, dia dah berumur 60 tahun dan dia je pakcik tua kat sini yang masih belum ada cucu. Aku faham kerisauan dia. Mesti dia asyik fikir, apa yang tak kena sampai anak dara dia tak laku-laku sampai sekarang?

Tu belum cerita lagi tentang saudara mara yang asyik bertanya. Tanya direct kat aku takpe la. Ni siap bercerita kat belakang. Aik??!! Kenapa kau risau pasal aku? Sebab anak kau semua dah kahwin? Jadi kau dah takde apa nak risau? Begitu? Kalau betul risau, tolong la carikan. Jangan sekadar bertanya dan bercerita.

Tapi sekarang aku rasa aku dah dapat jawapan yang baik kalau-kalau aku ditanya lagi lepas ni.

Baru-baru ni, ustazah kat sekolah aku bercerita tentang jodoh. Tentang dia orang Terengganu yang tak suka orang Terengganu tapi akhirnya kahwin dengan orang Terengganu juga. Ikutkan dia dah bertunang dengan orang lain dah tapi sebab jodoh, jadi juga dengan orang yang dia tak suka tu.

Ok, cerita tu nampak cliche. Memang la.. Sebab ni blog aku. Aku tak nak cerita pasal ustazah tu panjang-panjang. Aku cuma nak sedut ayat ustazah tu iaitu:
" Pada masa kita disenyawakan, telah tertulis untuk kita jodoh, ajal dan maut kita. Dah siap tertulis denagn sape dan bila kita kahwin. Sebab tu, kadang-kadang kita nak juga tapi tak dapat. Maknanya bukan rezeki kita, bukan hak kita, bukan jodoh kita la. Dan ada juga yang kita elak, tapi memang itu la yang ditentukan untuk kita. Kadang-kadang kita rancang nak kahwin umur berapa tapi Tuhan dah tentukan lebih dulu nak kita kahwin bila"

Tu jawapan pertama yang aku akan guna lepas ni. Dan ada lagi 1 jawapan yang aku rasa sesuai juga untuk digunakan lepas ni iaitu:
"Tuhan takkan uji hambaNya dengan ujian yang tak mampu mereka pikul. Mungkin, ujian untuk aku ialah jodoh yang lambat. Tu bermakna aku mampu terima ujian tu. dan mungkin, ujian jenis ni  je la yang aku mampu tanggung. Tuhan tak bagi ujian tu pada kau mungkin sebab kau tak boleh hidup tanpa pasangan kau."

Aku harap, dengan jawapan ni dan nada yang betul, aku dapat la membuatkan orang yang banyak soal tu diam sekejap. Berhenti-berhenti la kata aku memilih. Beli ikan di pasar pun kita nak pilih yang elok. Inikan pula lelaki yang bakal jadi pasangan seumur hidup. Takkan tak boleh memilih kot? Lagipun, kita boleh memilih kalau ada calon. Kalau takde calon, nak pilih apanya?

Ok, saje je tulis pasal ni. Takde isu atau cerita pun di sebaliknya. Cuma, aku dah takde idea sangat dah nak tulis apa.. hehehe...

Aku akan jawab A terus sebab terharu yang dia tak bagi  pilihan jawapan 'NO'



Sabtu, 1 September 2012

Hujan turun, jualan tak laku

Aku suka hujan. Siapa yang tak suka hujan? Semua orang suka hujan. Betul tak?

Tapi, tiap kali hujan turun pada petang Sabtu, aku mula la terfikir, kesiannya peniaga pasar malam (pasar malam dekat rumah aku tiap Sabtu). Mesti tak ramai orang pergi beli hari ni. Mesti barang mereka tak habis. Apa agaknya terjadi dengan barang jualan mereka tu? Terbuang begitu sahaja kah?

Kalau hujan, mesti hasil jualan peniaga pasar malam merosot kan?
Sama juga tiap kali aku tengok orang jual barang mainan di pasar malam. Kadang-kadang aku terfikir, berapa banyak sangat la jualan dia pada hari itu. Yang lebih buat aku syahdu ialah, biasanya yang jual permainan ni orang Melayu. 

Ok. yang pastinya, orang yang jual mainan takkan buang barang dia kalau tak laku sebab mainan tak basi. Tapi, berapa banyak sangat la dia dapat 1 malam.

Kenapa aku kecoh nak fikir tentang hasil jualan orang? Sebab, aku selalu buka gerai tiap kali sekolah aku buat bazar. Dan setiap kali tu aku akan beria beli barang dan Kak Mas akan beria masak. Dan aku sangat tahu betapa kecewanya tiap kali barang yang kami masak tak habis.

Mujur, duit yang kami guna adalah duit bengkel. Mujur juga, bukan aku yang penat jagar gerai. Budak yang jaga (tapi sebab tu juga la tak berapa nak jalan. Budak aku pasif sikit. Pemalu konon). Mujur juga makanan tu tak terbuang sebab kami boleh bagi budak-budak tu makan.

Tapi tu cerita kami. Macam mana pula cerita penjual pasar malam? Macam mana pula cerita pekedai runcit? Ye la.. Sekarang kan banyak pasar raya. Kadang kala, kami membeli juga di kedai runcit. Tapi bila tiba aktiviti restock barang dapur, aku sendiri pergi carrefour je. Senang. Semua ada.

Macam mana nasib peniaga kecil ni? Hurrmm....


Rabu, 18 April 2012

minggu roti ban

Minggu ini adalah minggu ban. Selasa lepas murid tingkatan 4 buat secara berkumpulan. Tadi, cikgu-cikgu ERT yang datang berkursus belajar buat ban. Esok, murid tingkatan 4 akan buat secara individu pula.

Aku pula agak cepat penat minggu ni. Hutang kerja banyak tak selesai lagi. Bos dah mula membebel minta aku hantar segera. haha.. Entah la.. Takde mood. Serius.

Oh, esok ada sukantara 100 meter tapi petang tadi hujan lebat. Harap-harap semuanya ok esok (jangan la padang tu lecak macam sawah padi!!)

Hujung minggu ni aku janji aku update ok. Aku nak cerita pasal keikhlasan.. =)

Oh, by the way, aku dah beli GPS tapi dia pakai software MAPKING. Aku tak tahu macam mana nak update. Ingat nak pulang balik ke carrefour (carrefour ada polisi pulang balik barang dalam tempoh 8 hari) tapi aku dah terlepas hari ke8 (hari ni la)

So, macam mana nak update MAPKING? Ke elok tukar ke GARMIN? ke PAPAGO?
Aku taip bumblebee GPS. Ini yang keluar.. huk3

Sabtu, 7 April 2012

Minggu yang penat

Minggu ni adalah agak penat bagi aku. Kenapa? Sebab aku guru bertugas minggu ni. Walaupun aku takde la datang awal ke, buka pintu bilik guru ke, aku tetap terasa penat. Terima kasih kepada Nazirah, kerja mengira markah kebersihan dan buat buku laporan, dia yang buat lebih.. huhuhu..

Minggu ni juga aku kemalangan. Orang kata kuat juga kemalangan tu. Tapi aku yakin penunggang motor tu tak apa-apa. Aku harap dia tak apa-apa. kos baik pulih En. Ken adalah seperti berikut:
1- Radiator - RM250
2- Bumper dan nombor plet: RM230
3- housing lampu signal kat tepi - RM35 (tak beli lagi. tengah riki harga lagi)
Jumlah = RM515 (macam nombor kem wataniah aku dulu plak)

Hari ni ada kenduri kahwin kawan sekerja aku dan kenduri aqiqah anak kawan sekolah aku. Dua-dua aku tak pergi sebab paginya aku ada kelas sofbol di SMK Raja Abdullah. Sangat tak best bila kau hadir ke perjumpaan yang peserta lain dah kena satu sama lain dan kau seorang yang asing. Lagi tak best bila jalan balik tu sesak. Balik rumah terus aku kepenatan.

Minggu ni juga aku tahu yang aku dikelilingi oleh orang yang baik. Mereka tak sempurna tapi mereka cukup baik. Mereka membantu aku bila aku memerlukan. Terima kasih.

Minggu ni juga aku rasa bersalah pada anak murid aku. Aku suruh mereka buat kotak tapi aku tak dapat hasil pun dari murid tingkatan 5. Bahkan ada anak murid aku dah asyik ponteng je kerjanya. Aku garang sangat ke? Aku ada buat salah dengan mereka ke? Entah la. Aku tak pasti. Dan aku tak rasa aku sanggup nak tanya pada mereka sebab jujur, aku sangat marah dengan mereka dan aku takkan bercakap dengan orang yang aku marah. Tengoklah macam mana nanti.

Minggu ni juga aku sedar yang kalau kita berniat untuk melupakan, lupakanlah segera. Tak perlu tunggu diri bersedia sebab kita tak mungkin akan bersedia untuk melupakan. Just do what you think you should do. Dan sekarang aku sedang berusaha untuk melakukan apa yang sepatutnya.

Maaf dah tak berapa kerap update. mood menulis tak berapa hebat macam mula-mula dulu. Momentum dah merosot.. Terima kasih la kalau korang sudi datang blog ni.. TERHARU!

Oh, masa dalam kereta tadi, aku sempat rakam suara aku sendiri ye. Aku nak tau, macam mana suara aku sebenarnya. Aku rasa bukan aku sorang buat macam tu kan? kan? Tolonglah cakap ye!!!Uh..uh.. dan bagi aku suara aku macam budak-budak. Pitching? Ke laut lepas. Lirik pun salah. Nafas tak sampai. Lepas ni, aku tak boleh la syok sendiri melalak sana sini.. Sedih.. =(

Ah.. kadang-kadang kita tak boleh terlalu mengadili sesuatu perkara..

Macam mana kita boleh penat (banyak guna tenaga) tapi makin gemuk (tukar tenaga berlebihan jadi lemak)??

Selasa, 3 April 2012

En. Ken accident lagi! Kali ni bukan salah aku!

Dalam perjalanan balik, 1 lampu isyarat di hadapan Hospital Ampang tak menyala. Kereta dari arah depan nak masuk ke simpang di sebelah kiri tidak bergerak. begitu juga kenderaan dari simpang kiri takde tanda-tanda nak lalu. Aku pun  melajukan En. Ken apabila tiba-tiba...

Motor dari simpang sebelah kiri tiba-tiba melintas. Aku tak sempat hon. Aku cuba brek. Tapi aku langgar juga orang tu. Motor tu tergelincir (pada aku la) di depan kereta aku. Pada aku impak agak kuat. Tapi penunnggang motor tu bangun macam takde apa-apa. Penunggang motor tu agak marah dengan aku. Tapi pembonceng tak kata apa-apa. Sekadar tolak motor ke tepi. 

Aku pula memandu ke depan. Tak suka nak berhenti bergaduh di tengah jalan. Menyusahkan orang. Tapi motor tu takde pula usaha nak ikut aku minta ganti rugi. Pelik gak (walaupun bukan salah aku. Dah nampak aku tengah lintas jalan tu, kenapa kau tiba-tiba meluru? Padahal ko dah elok dah berhenti tadi)

Aku bawa je kereta aku tu sampai ke kedai buah. Sempat la juga singgah bank (tapi tak berani nak tengok kereta. Sampai di kedai buah, barulah aku tahu betapa teruknya kesan kemalangan tu. 

BUMPER AKU PECAH! Bukan pecah sikit-sikit! Pecah teruk. Memang la kena ganti bumper baru. No plet pun hilang terus! Gril pun patah!

Ya Allah!! Tensionnya aku dengan hal ni.. Hari ni baru 2 April. Gaji aku di bank dah tinggal RM80 je. Tiba-tiba, boleh pula benda macam ni jadi. Mana aku nak cari duit? Boleh tak kalau aku buat toya je? Aku tak nak repair sampai la gaji masuk bulan ni.

Kalau aku tahu la nak jadi macam ni, takde la aku pergi ketuk bumper aku masa cuti sekolah hari tu. Selamat RM80. Arghh!!! Bencinya!!!

p/s: Tapi aku masih lagi bernasib baik berbanding seorang pakcik jaga sekolah aku. Dengar cerita, dia takde rumah. Entah macam mana la dia hidup.. Entah di mana dia tidur, entah apa dia makan. Takkan dia takde keluarga yang kisahkan dia kot? Hurmm...

p/p/s: takde gambar dalam internet yang boleh gambarkan tahap kecederaan En. Ken. SEDIHNYA!!!!

Rabu, 28 Mac 2012

Cerita takde motif dan hala tuju

Rasa macam dah lama tak update blog ni. Betul tak? Tak betul? maknanya aku syok sendiri la ni? Huhu..

Serius, minggu ni patutnya aku agak sibuk tapi aku buat-buat tak sibuk. Banyak kerja patutnya aku siapkan tapi aku buat toya. Banyak hutang kerja yang perlu aku bayar tapi aku takde mood nak bayar. Tak nak bayar boleh?

Balik rumah tiap hari, benda pertama yang aku buat ialah online. Apa yang aku buat? Baca komik. Biasanya menjelang pukul 10 malam, aku dah drain.. tidur awal. Ni belum tidur lagi sebab baru nak cas telefon.. huk3..

Siang tadi kelas aku dihadiri oleh 7 orang murid sahaja. Sekali lagi, 7 ORANG SAHAJA. Jangan tanya aku mana budak lain. Aku sendiri bengang dengan perangai mereka tu. Yang bestnya, bila 7 orang sahaja yang buat amali, adalah sangat mudah aku nak menjaga budak-budak ni.. Takde gaduh-gaduh.. meja sorang 1.. pergh.. indah betul rasa!

Yang tak bestnya ialah, SEMUA budak melayu ponteng. Aku tak tahu la apa yang bermain di kepala otak mereka. Tak ingat ke tahun ni nak SPM? Tak terasa ke nak siapkan semua kerja cepat supaya ada masa untuk study? Aku tak sabar nak tunggu Isnin depan untuk tanya apa sebab mereka tak hadir. Lepas tu bunuh setiap dari mereka.

Yang tingkatan 4 pula, semua bercita-cita nak pindah sekolah. dahsyat sangat ke aku tahun ni? Kalau dah tahu tak minat, buat apa bagi nama nak masuk kelas aku dulu? Dan aku dah pun bagi peluang untuk mereka tukar kelas. Kenapa tak beritahu terus pada aku?

Neh.. Tak payah fikir sangat la. Tadi, akak yang jual barang Mary Kay kata muka aku nampak tua sangat dah. Jadi, malas la aku nak fikir pasal budak-budak ni. Kalau nak belajar, aku ajar. Aku ajar betul-betul.. Tak nak belajar, cepat-cepatlah tentukan apa yang mereka nak. Jangan susahkan diri sendiri.

oh, esok aku akan ceritakan tentang budak aku yang bersusah payah lari dari kelas amali aku. Malam ni dah panjang sangat dah..

Mode: Kelabu asap..

Khamis, 8 Mac 2012

Nak tukar kereta tapi... tak jadi la!

Aku sembang dengan dia (orang yang aku minat) dalam YM. Antara soalan awal dia ialah "Kenari apa khabar?" aku pun ceritakan perancangan aku terhadap En. Ken..

Jawapan dari dia mudah je.. "Beli baru je la.." Tu bukan kali pertama dia bagi cadangan macam tu. Dah banyak kali dah. Sampai ada la sekali tu aku tanya pada dia, " Buruk sangat ke kenari saya?"

Hurmm.. Aku sayang En. Ken. Yup, dia bukanlah kereta yang terhebat sebab dia banyak kali juga meragam. 
1-Aircond rosak
2- kemalangan kecil yang mengakibatkan dia lekuk sana sini, warna pun memang out dah
3- bunyi belt (tak pasti yang mana satu) yang mengejutkan jiran aku saban pagi
4- tingkap dan pintu yang dah tak berapa nak ikut arahan (suka hati dia nak kunci ke tak)
5- enjin yang sangat menggoncang body (orang kata mounting dah tak elok)
6- tinted cermin dah mula mengelupas

Oh, lupa.. body yang dimaksudkan ialah body kereta

Jujur, ada jugak la aku pasang niat nak tukar kereta lain. Mula-mula ingat nak tukar ke Viva je tapi bila fikir balik.. orang bisanya kalau tukar kereta makin upgrade. Nape aku downgrade pula? Lagipun, kalau tukar kereta, aku kena bayar bulan-bulan. En. Ken ni dah habis bayar dah.

Jadi, aku tengok la majalah (ke katalog?) motor trader, kalau-kalau ada kereta dalam bajet (aku macam minat Honda Jazz). Dalam masa tu aku perasan 1 perkara..
" Harga Kelisa terpakai adalah lebih mahal dari Kenari terpakai yang sebaya dengannya"


lagi mahal dari


Why? Why? Aku sangat kecil hati ye.. Kenapa pula Kelisa lagi mahal? 

Terus aku tak jadi nak jual En. Ken! Baik aku baiki dan pakai dia sampai tua! Huh! Tak pun, aku akan pakai sampai ada orang sanggup nak mewarisi En. Ken. Aku takkan give up dia lagi. Biar la belanja sikit untuk upgrade kereta ni dari kena ada komitmen tiap bulan (jangan lupa yang aku baru beli rumah).

Huhu.. cerita pasal rumah, mengingatkan aku yang aku perlukan penasihat kewangan!!! Aku nak tau kalau aku ada buat silap dalam rancangan kewangan aku. Siapa sudi bantu??? 

Rabu, 4 Januari 2012

Aku wireless (Takde wayar laptop!)

Hari ini agak terkejar-kejar sebab aku sibuk nak fotostat detail untuk buat pinjaman. Juga hari 1st sekolah. Juga hari kena tanda tangan SBPA.

Sempat gak berkejar ke Tesco Ampang untuk dengar pasal personal loan dengan Kuwait Financing House. Memang ok sangat la rate dia. 100% payout.

Pergi pejabat pos nak buat wang pos, sekali tengok panjang gila beratur. Tapi sebab terlalu panjang, ramai yang tak jadi berurusan. Dapat juga la beli wang pos.

Sampai rumah, nak online. Sekali...

Waaaa!!!!!!! Tertinggal wayar laptop!!!! Bateri tinggal sikit je. Ni yang aku curi-curi online. Kepada sesiapa yang cari aku malam ni, sila kecewa awal-awal sebab aku takkan online (ke aku yang kecewa sebenarnya? Huhu)

**Awak, tolonglah jangan online malam ni. Kalau awak online malam ni, lain kali awak mesti tak online dah.. Nanti saya tak dapat sembang dengan awak. Nanti saya rindu awak... huhuhu


(Namun, satu sudut di hati aku tahu, dia mesti online malam ni punya. Memang tak berapa berjodoh la kami ni)
Gambar pau. Of course aku lebih comel dari lelaki yang tension ini!!

Isnin, 5 Disember 2011

writer's block

1 masalah aku dengan menulis blog ialah, aku mesti menulis secara beterusan barulah blog aku ni akan terus berisi. Kalau tengah aku bersemangat waja tiba-tiba muncul halangan dan menyebabkan aku terberhenti menulis, alamatnya, berminggu la blog ni tak ber update. penyakit mental block aku datang.

Hari tu (minggu lepas), aku rasa, aku banyak idea tapi streamyx pula buat hal. Terus tak boleh menulis. Terus tersekat. Terus takde idea. Terus blog kosong sampai sekarang.. (see???). Cuba kira berapa btanyak perkataan terus yang telah aku gunakan. Inilah yang dikatakan chain reaction atau tindakbalas berantai.. hahaha..

Apa-apa pun, streamyx dah ok balik. Mak suruh aku call tm bagitau kata dah ok tapi perlu ke? Haha.. Bukan maksudnya aku tak hargai usaha korang it's just that aku kena la rujuak report nombor berapa.. then korang kena check.. then after all the trouble.. aku just nak kata thanks.. tak ke hampeh?

Anyway, terima kasih kepada staf TM atas khidmat anda. Aku amat menghargainya.

Esok paper MPV termasuk la paper Pemprosesan Makanan. Harap-harap budak aku boleh buat. Lepas ni sudah merdeka ya!! yeehaa!!

Adakah ini bermakna akan ada entry yang lebih bermakna selepas ini memandangkan cikgu ni dah takde alasan untuk stress?

Isnin, 28 November 2011

Aku frust + stress

Jumaat (25/11/11), 7.30pm

Entry ini adalah entry terjadual. Dengan kata lain, ia mungkin tak menggambarkan perasaan aku pada waktu tu tapi sekurang-kurangnya ia menggambarkan perasaan aku sekarang.

Hurmm.. Aku berada dalam keadaan frust. apakah perkataan frust dalam BM? Kejap aku nak Google translate.. Ok..Google translate kata takde perkataan frust. yang ada frustrated. Dalam BM bermaksud kecewa. Ya, aku sedang kecewa sekarang.

Kenapa?

Aku bakal berumur 30 pada tahun depan tapi apa yang aku ada? Aku tak ada rumah lagi. Aku belum sambung belajar lagi. Aku takde pakwe.

Aku dah biasa duduk dalam rumah yang besar jadi, bila aku nak beli rumah, aku terbayang, rumah aku, mestilah sekurang-kurangnya sebesar rumah yang mak ayah aku mampu sediakan untuk kami adik beradik. Tapi, disebabkan aku bekerja di KL, dengan peruntukan perumahan aku, aku tak layak nak beli apartment pun dah. Rumah flat je layaknya. Berlaku jugaklah house hunting hingga ke Seremban tapi siapa nak duduk di sana? Terfikir juga hendak membeli rumah flat dan sewakan sahaja tapi ayah hanya mencebik. Boleh pulak dia cadangkan aku membeli rumah di Ijok sana. Apa hal? Stress aku!

Aku memang nak sambung belajar tapi aku sedar aku tak boleh buat dua benda dalam satu masa. Sebab tu aku nak ambil cuti untuk sambung belajar. Sanggup la aku tunggu sehingga ada orang ganti aku mengajar dan kononnya MPV nak mansuh. Tiba, dengar cerita, KPM letak peraturan ketat nak mampus terhadap orang yang nak sambung belajar sepenuh masa. so, korang agak-agak, aku akan sambung belajar tak sudahnya?

Serius, sebelum ni aku tak berapa kisah takde pakwe. Selama ni aku ada ramai kawan yang boleh melayan aku sms. Tapi semenjak 'dia' berkahwin dan 'dia' (yang seorang lagi) sudah tiada masa untuk aku, aku makin sunyi. Sape nak jadi kawan sms aku?

Khamis, 27 Oktober 2011

Jerit kat sini pulak!

Selalu aku jerit di FB je.. Hari ni nak jerit kat blog la pulak.. hehehe

1- Kelmarin aku dengar budak-budak main rekoder. Lagu yang sama yang aku mainkan masa aku belajar rekoder dulu. Sumbang! Sama sumbang macam aku main dulu. Mesti jari dia tak sampai macam aku juga. Jujur, rasa menyegarkan! Dan sangat menggamit kenangan silam.

2- Aku takde mood nak tanda kertas!!!!!

3- Huhu.. hutang kerja banyak lagi.. Testimonial dan sijil berhenti budak tak buat lagi.. Apa kes?

4- Aku sangat membantah Detektif Conan ditayangkan pada hari Selasa pukul 6.30 petang. Cuba bagitau aku, macam mana nak rampas remote control dari ayah aku yang sedang tengok sinetron?

5- Pizza 1st class Dominos perisa Beef Pepperoni memang sedap ah ding dong! Dapat lak kalau tabur chilli flake banyak-banyak.. terbaik!!!

6- Dawama (pencetak DBP) buat jualan murah buku-buku cetakan dorang. Memang berbaloi ya!! Siapa yang nak beli buku nabi-nabi untuk anak, boleh sangat beli sekarang.. RM2 je sebuah!

7- TOLONG!!!! Aku belum ada idea nak pergi mana cuti bulan 11 ni!!!

8- Aku sedang berusaha mencantikkan rambut. Tapi masih belum jumpa kaedah nak mencantikkan berat badan.. huhuhu..

9- Aku paling suka tengok pertunjukan silap mata. Suka sangat!!!!

10- Kasut di Moooi cantik!!!

Jumaat, 30 September 2011

Hari ni...

1- Majlis graduasi tingkatan 5.. Huhu.. Budak pakai jubah biru (macam masa aku konvo maktab). Aku sebagai guru kelas pakai jubah maroon (sama macam UPM). Aku jadi tukang baca nama murid kelas..

2- Aku dah lama sangat tangguh nak daftar pergi haji. Sebab tak sempat. Hari ni berniat nak pergi. Google la cawangan terdekat (yang tak sesak - Bandar Baru Ampang penuh sentiasa). Hasilnya? Rupanya boleh daftar haji secara online.. Kenapa la aku tak tau selama ni? Disebabkan lambat daftar, aku dijangka akan menjadi hajah pada tahun 1462H (masa tu aku umur 59-60 tahun.. uhuk3!!!)

3- Aku nak pergi bayar zakat KWSP.. Tiba-tiba, masa orang tu minta kad pengenalan, aku dapati, wallet aku takde. Tertinggal di sekolah la tu. Dulu tertinggal kunci. Kali ni wallet pulak! Aishh!!! Terpaksa tunda nak bayar zakat. Harap-harap Isnin ni sempat.

4- Aku dah janji dengan ayah nak beli lauk tapi sen takde. Macam mana? Terpaksa la aku tebalkan muka, pinjam duit kat Saufi. Dah la adik dia ada sekali masa tu. Jatuh air muka aku... adeh..

5- Sampai rumah, pintu kunci. Ayah solat di masjid. Aku tak boleh masuk. Kenapa? rupa-rupanya, kunci rumah pun tertinggal.. Aishhh...

6- Disebabkan takde IC dan lesen, aku batalkan date aku dengan sorang mamat yang perasan hensem.. huhu

7- Aku telefon mak sementara tunggu ayah balik. Mak kata esok ada open lane. Lusa ada kenduri pakcik Mokhtar. Mak pesan bagi duit becek. Aku nak bagi pakai duit apa? Oh, mak aku balik Johor jaga nenek aku baru pembedahan..

8- Aku tengok tiket Airasia pergi Korea tengah murah. Tapi aku takde geng yang nak pergi. Ada yang sanggup dengan syarat aku dahulukan duit dan aku kata boleh je. Sehinggalah aku sedar...

9- Duit dalam akaun aku tinggal RM800 lebih je. Tiket koman-koman RM765.. Aku nak bayar pakai apa????

Selasa, 16 Ogos 2011

Update pendek-pendek ja...

Aku mula terasa yang bulan mengambang memang memberi kesan pada aku. Sekarang aku rasa... hurmm... kosong! Aku rasa, tiap bulan, aku mesti mengalami perasaan yang aku tengah rasa sekarang. Cuma aku tak pasti bila. Jadi aku anggap-anggap je la biasanya rasa ni hadir masa bulan mengambang.. Aci tak? Hahaha...
Awww!!!!

Aku tak nak fikir pasal diet lagi dah. Biar la. Dah merajuk dengan penimbang. Nyampah!
Benci!

Tadi hari pertama aku mengajar kelas peralihan. Aku buat ejaan je tadi. Rabu ni baru aku suruh mereka bawa buku aku. Aku bercadang nak ajar mereka macam ajar budak darjah 1. Takpe ke? Biarlah.. Biar ajar macam budak-budak asalkan mereka pandai nanti.. ye tak?

Masa solat maghrib tadi, aku terdengar bai roti punya motor.. Hurmm... Kesian dia.. Dalam orang semua tengah berbuka, dia pula terpaksa jual roti untuk menyara hidup dia. dah la untung tak seberapa.. Aku harap, murahlah rezeki bai roti tu dan semua peniaga sekalian.. dan juga semua umat Islam.. Betapa mudahnya hidup aku berbanding mereka. Hurmm...
Rindu masa dulu-dulu.. selalu beli dengan bai roti la..

Sekarang ni, aku suka bebenor update blog macam ni je kan? Tah la.. Takde cerita yang nak aku kupas panjang lebar. Takpe la.. Bukan ada orang baca pun. Sekadar nak luah perasaan.

p/s: Siapa ada buku latihan darjah 2 yang dah tak pakai? Bagi aku boleh? Aku nak guna untuk ajar budak-budak peralihan ni..

Ahad, 19 Jun 2011

Cerita tentang mata

Huhuhu.. aku berlagak macam baru 2 bulan kenal internet. Sekarang aku sedang gila menonton filem korea. Ada la dah 2-3 filem aku tengok. Disebabkan terlalu banyak menonton, mata aku dah agak kabur dah.. isk...

Bercerita pasal mata, aku nak cerita la sikit pasal deria ciptaan Tuhan ni..

Orang selalu kata, kalau Tuhan tarik 1 daripada deria yang kita ada, dia akan perkasakan deria kita yang lain. Misalnya, orang yang buta biasanya deria pendengaran dia superb. Sebab tu dia boleh main muzik walaupun xleh baca not. Deria sentuh dia pun power gak. Sebab tu dia boleh baca braille.

Berbeza pula dengan orang yang dilahirkan sempurna. Setiap pancaindera menyokong pancaindera yang lain. Sebab tu, kalau orang tu asalnya lahir cukup pancaindera, bila dia menjadi rabun, automatik dia akan menjadi sedikit pekak. 

Oh, jangan salah sangka. Bukan la mutu pendengaran dia merosot. Cuma, kita punya pendengaran dah biasa disokong dengan penglihatan kita. Maksud aku, bila kita dengar orang bercakap, kita dah biasa melihat bibir dia bergerak. Tu membantu kita mentafsir apa maklumat yang disampaikan. jadi, bila kita sudah rabun, maka hilanglah sebahagian kebolehan kita untuk mentafsir maklumat yang disampaikan oleh orang lain..

Baru-baru ni, aku pergi ke pasar malam tanpa memakai cermin mata. Sengaja gatal.. Nak tengok adakah aku dapat mencari semua benda yang aku perlu kalau tidak mendapat bantuan cermin mata. Hasilnya, ye, tiada masalah. sebab aku bukannya nakbaca papan tanda pun. Sekadar pergi ke pasar malam. Tapi aku ada sedikit masalah mentafsir jarak kereta semasa nak melintas jalan.

Ini membuatkan aku terfikir. Macam mana kawan-kawan aku yang rabun (tapi tak nak mengaku) rabun boleh bawa kereta tiap-tiap hari tanpa memakai cermin mata. Memang la mereka boleh membaca papan tanda di saatsaat akhir tapi, bukankah rasa agak helpless bila kita tak dapat melakukan sesuatu pada kepantasan biasa? Bukankah agak rimas bila pandangan kita tidak cerah?

Kalau rabun adalah 1 masalah, kehilangan contact lens sebelah lagilah merupakan masalah besar. Elok la kalau rabun, biarlah rabun dua-dua belah (lagi elok kalau tak rabun dua-dua belah ok). Kenapa? Sebab, bila kita rabun sebelah, keduadua belah mata kita akan memberikan tafsiran jarak yang berbeza. Ini akan memeningkan kepala otak kita untuk buat keputusan lalu menyakitkan jiwa kita. Tak percaya? Try pakai sebelah jo contact lens (ada ke orang bengong buat begitu?) dan korang akan mendapati, betapa peningnya kepala korang tengok keadaan sekeliling.

Ha! Pakai contact lens pula, cadangan aku ialah, kalau korang rabun, bolehlah pakai. Kalau tak rabun, jangan la gatal-gatal. Buat apa masukkan benda asing ke dalam badan bila korang tak perlukannya? Tak organik pula tu (apa kes tiba-tiba organik ni?). Mata korang sepet? Nak besarkan lagi? Mata warna hitam tak cantik? Nak warna kelabu? Percaya la, Tuhan dah bagi yang paling cantik untuk korang setiap masa. Apa sahaja yang korang buat tak mungkin lebih cantik dari yang Tuhan dah bagi.

Pesanan terakhir. Kalau pakai contact lens tu, jangan la pakai lebih masa. Jangan perjudikan mata korang. Bukannya korang ada mata lain dalam bank nak ganti mata yang rosak semata-mata sebab korang malas nak keluarkan contact lens tu.

Akhir sekali, kepada adik-adik yang tak rabun tu, tak payah la try pakai spek.. Serius korang lagi comel tanpa spek. Spek hanya akan menampakkan korang lebih tua (dalam kes aku, menampakkan aku seperti 25 tahun. Kan rugi tu?) Memang la mul-mula excited sebab nampak bijak. Tapi lama-lama, korang akan menyesal. Apstu mula la gatal nak pakai contact lens.. dah kena keluar duit..

Akhir sekali, jagalah mata anda. Jangan tengok komputer lama-lama. Tengoklah beda yang berwarna hijau yang boleh merehatkan mata korang. Makan sayur berwarna merah banyak-banyak. Apa lagi ye? Ha!! Jangan buat dosa mata ye!

p/s: Takde gambar! Semua gambar kat internet ni gambar mata dengan contact lens. Tak asli betul! Huh! 

Rabu, 1 Jun 2011

pre-update blog

Bila kali terakhir aku update kau? Tak terlalu lama kan? Kalau dah lama sangat, maafkan aku ye blog. Bukannya aku dah mula melupakan kau, cuma, kau faham-fahamlah aku ni. Kalau dah ada benda lain, memang payah nak update kau.

Apa yang aku buat sampai aku tak update kau (aku takkan gunakan terma tak hiraukan sebab aku memang kisahkan keadaan kau)? Hurmm.. Macam biasa la.. Baca komik, tengok youtube.. Aku sekarang tengah ketagih tengok klip Dayunhaji kat channel orang ni. Huhu.. Seronok tapi kadang-kadang melampau gak la..

Semalam pula, aku nak menulis entry sebenarnya tapi tiba-tiba je elektrik terputus.. Maaf ye? Aku janji, bila semua dah pulih, aku akan cerita kat kau pasal aktiviti merayap yang aku dan kawan aku dah lakukan beberapa hari yang lalu..

Cukup la ni dulu. Esok nak kena pergi sekolah. Ada kerja. banyak kerja sebenarnya.. Doakan semua kerja aku siap ye

Parah! Sejak bila la blog boleh berdoa kan? Huhu..

Sabtu, 21 Mei 2011

Aku nak bela pet!!!!

Serius, kalau doraemon tu betul-betul wujud, aku memang nak bela dia. Sebab? Dia baik, comel, dan yang paling penting, dia ada poket! Ok.. kanggaru pun ada poket tapi poket doraemon ada macam-macam barang yang best!

Aku memang membesar dengan komik Doraemon. Dulu tajuk dia Tora Aman. Serius dalam Bahasa Indonesia (ye, rakyat Malaysia suka terbit buku sahaja tetapi tidak alih bahasa). Aku takkan lupa aku dipanggil sebagai munafiq dek ustaz aku sebab curi-curi baca Doraemon masa kelas al-quran. Huhu.. Trauma tak hilang lagi nih! Haha

Berbalik kepada poket Doraemon. Aku memang sangat berkenan dengan barang-barang dia. paling aku berkenan dengan Pintu Suka Hati (Pintu Ke Mana Sahaja). Gila seronok kalau aku ada pintu tu! Tak perlu la aku menempuh kesesakan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak. Tak perlu la aku risau harga minyak makin naik. Tak perlu la aku bangun tidur dan bersiap awal-awal ke tempat kerja.

Aku janji takkan pergi tempat yang tak patut pergi dengan pintu ni!
Hoho!! jangan la ingat aku ni pemalas gila ya! Aku cuma akan guna untuk pergi kerja dan balik kerja je. Aku dah tak tahan dengan kesesakan di Kuala Lumpur ni. Semalam je aku stuck di jalan lebih dari 2 jam! (Sampai aku sempat terfikir la nak jadi Puteri Gunung Ledang minta Sultan Mahmud bina flyover dari tempat kerja aku ke rumah). Sampai aku bercita-cita nak sewa rumah di Kg. Baru dan berjalan kaki pergi kerja. Jimat duit minyak! Sampai aku terfikir nak minta tukar tempat kerja ke tempat yang takde masalah kesesakan jalan raya (ada ke?)

Sebenarnya, semua barang doraemon pun aku minat. Aku suka juga lampu pengecil. Senang aku nak buat jamuan. Buat makanan sikit, lepas tu kecilkan semua tetamu supaya kami boleh makan puas-puas.. dah kenyang, besarkan la diri balik kan?

Aku juga nak mesin masa. Boleh la aku undur waktu dan ubah/ betulkan kesilapan yang aku perna buat. Aku juga nak pergi ke masa depan dan nak tengok adakah aku kaya kalau terus hidup macam ni. Hahaha!!! Ok, aku tipu, aku sebenarnya nak tengok, bakal suami aku handsome ke tak.
Nak bertemu bakal pengantin lelaki.. lalala..
Suka juga kain pembalik masa, Boleh la aku baharukan balik semua benda yang buruk di rumah aku ni. Lepas tu jual balik kalau barang tu aku dah tak perlu lagi. Tak pun, bagi kat orang pun takpe. Asalkan tak perlu buang dan membazir.

Tapi, kalau aku hanya boleh pilih 1, aku akan pilih Pintu Suka Hati. Itu yang paling berguna di zaman yang mencabar ni. So, kepada sesiap yang ada Doaremon, sila beritahu aku ok?

1 ekor Doraemon sudah baik. 3 ekor Doraemon? Memang kekayaan berganda! Kalah Prosperity Burger
p/s: By the way, Doaremon ada tak alat untuk cepat kurus?