KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

Rabu, 22 Mei 2013

Tanda-Tanda MATI... 100 Hari Sebelum KeMATIAN Berdasarkan Al-Quran


100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang runsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti.


REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

"WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

Ahad, 14 April 2013

Sedikit tentang jin

Huhu.. Lama aku x post entry kan? Mau setengah bulan kot. so, aku ambil la apa yang aku jumpa kat FB ni supaya blog ni tak bersawang.. huk3..

=========================================

Sedutan kuliah Ustaz Ismail Kamus:

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya. 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

3) Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (terkena?? hahaha..) 

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " Salaamun 'Ala Sulaiman, Fil 'aalamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya).

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sabtu, 16 Mac 2013

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai Seorang Rasul dan Suami..

Ni sedut dari FB je.. Kalau aku share kat FB pun, aku akan lupa jugak kan? So, aku letak sini, supaya aku boleh cari balik...

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keraskepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhu'nya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W menolak sama sekali rasa ketuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

gambar pau dari SINI

Ahad, 12 Ogos 2012

lailatul qadar kah?

Huhu.. aku dulu pernah forward entry tentang malam yang dijangkakan berlaku lailatul qadar. Kalau nak baca, boleh tengok SINI. Sekali lagi aku nak ingatkan, dijangka.. Yang betul-betul, Allah je tau.

So, kalau ikutkan kiraan tu, malam tadi la lailatul qadar.. (dan aku baru tengok tarikh jangkaan tu kejap ni ha)..Huhu.. mungkin gak kot sebab hari ni aku tengok hari redup je. Berbanding dengan hari-hari sebelum ni yang agak terik.

Bila mengenangkan yang malam tadi mungkin lailatul qadar, mula la aku dok menghitung amal aku malam tadi..

Sedihnya, malam tadi aku takde buat amal banyak mana. Lepas terawikh, aku terus tidur sebab sakit kepala. Aku harap, tidur aku tu dikira sebagai ibadat.

Korang pula macam mana? Adakah terasa-rasa yang malam tadi lailatul qadar gak?

Isnin, 23 Julai 2012

Mohon Kemaafan Di Bulan Ramadhan

Aku ada terima email yang mengatakan bahawa
"puasa orang yang berdosa sesama manusia lain adalah tak diterima. Maka, bermaaf-maafan la kamu sebelum menunaikan ibadat puasa.."

ok.. sebenarnya email tu xde la sependek itu. dan mungkin ada memerlukan pembetulan ayat. Maksud aku, ayat email tu betul cuma bila aku yang sampaikan, korang kena cuba faham balik maksud ayat tu betul-betul sebab aku akui Bahasa Malaysia aku agak berterabur.

Aku sedar yang agak terlambat sebenarnya aku tulis entry ni. Puasa dah 3 hari dah. Kalau ikut peratus, dah 10% (silap-silap 12%) selesai dah bulan Ramadhan ni. Tapi, tak kira la, lambat ke cepat ke, aku tetap nak

"Minta maaf banyak-banyak kepada semua yang mengenali aku, yang baca blog aku, yang bertegur sapa dengan aku, yang berinteraksi secara langsung atau tak dengan aku."

Aku sedar, kadang-kadang tu, aku memang cakap ikut sedap tekak dan buat korang terasa hati. Takde niat nak lukakan perasaan cuma memang begitu cara aku. Hanya orang yang biasa dengan aku je yang kurang sikit sentap dengan aku. Tu pun kadang-kadang sentap gak.


Aku harap, permohonan maaf aku ni dipertimbangkan. Kalau ada yang tak puas hati, ada hutang yang aku terlupa, sila la email atau pm aku (aku sendiri tak pasti macam mana korang nak pm) dan kita bincang cara baik. Hutang, insyaAllah akan aku setelkan juga.

Akhir kata, moga Ramadhan kali ni membawa keberkatan buat kita dan seluruh keluarga kita serta umat Islam seantero dunia. Aku juga berharap yang Ramadhan kali ni akan menjadikan aku insan yang lebih baik (ye, aku agak jahat tahun ni.. kenapa la makin tua makin jahat?)

Ahad, 15 Julai 2012

Pandai tapi tak pandai

ambil dari 9gag
Biar aku jelaskan dulu pasal gambar ni. Gambar ni aku ambil dari 9gag. Tajuk gambar ni Science vs Religion Explained. Aku rasa la, pada orang yang buat post ni, dialog dalam kotak pink tu mewakili mereka yang percayakan agama (pada dia) manakala kotak dialog warna biru mewakili mereka yang percayakan sains (sekali lagi, pada dia) Lepas tu aku baca la komen...

Yang komen ni kebanyakannya adalah orang barat. Dan orang barat ramai juga yang etheist. Jadi, kebanyakan mereka memang menyokong la entry tu. tapi pada aku...

Kalau la kotak gambar itik tu melambangkan agama, kotak gambar itik tu betul. Cuma dia tak padan dengan puzzle yang ada di sebelahnya. Salah siapa agaknya yang membuatkan puzzle dan packagingnya tu tak padan? Mungkin tak tu salah orang orang yang tak kemas betul? Atau orang tu sengaja nak kenakan orang dengan maklumat yang salah? Ataupun dia sengaja nak kelirukan orang demi kepentingan dia sendiri? Kalau ada kesilapan di situ, semuanya adalah dilakukan oleh manusia sendiri.

Sains pula merupakan 1 kajian berkaitan dengan kehidupan. Dan setahu aku, agama yang aku anut, memang menggalakkan kajian dan pembelajaran kerana ilmu dapat menguatkan lagi iman seseorang kepada Tuhan. Kenapa nak asingkan antara agama dan sains? 

Cuma, ada beberapa perkara memang tak (atau belum) terjangkau oleh sains. Tuhan yang cipta alam. Dia sangat berkuasa. Siapa manusia yang ada tarikh luput ni berbanding dengan Tuhan? Jadi, standard la kalau ilmu yang manusia ada ni belum cukup untuk dedahkan segala rahsia yang Tuhan ada. kenapa susah sangat nak faham?

Kesimpulannya, walaupun aku letak gambar di atas ni dalam blog aku, aku sangat tak sokong pendapat orang yang buat gambar tu. Hujah dia dangkal. Hanya semata-semata sebab dia belajar sains, tak bermakna ilmu dia cukup untuk menidakkan kewujudan Tuhan. Ye, memang ada ahli sains yang atheist. Tapi aku rasa, lagi ramai ahli sains yang beragama. Tak percaya, pergi la cari nama Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-jabbar dan lain-lain ahli sains. =P

Jumaat, 8 Jun 2012

10 PERMINTAAN SYAITAN

Ceritanya Rasulullah sedang berbicara kepada iblis dan bertanya apa saja permintaan iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan iblis yang dikabulkan Allah .. Apa dia?

Nabi Muhammad : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?
Syaitan : 10 macam
Nabi muhammad : Apa dia?
Syaitan : 
1. Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman:
“Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah. 

2. Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.  

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah swt berfirman,
“Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat. 
Iblis berkata :
“Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!! Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”
Rasulullah SAW lalu membaca ayat :
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119) “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)
Iblis lalu berkata:
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.”

Jumaat, 13 April 2012

Jom Minat Mr The All Shared!

Aku rasa macam ditipu! Aku baru je rasa seronok dapat cuti hari Rabu, tiba hari esok aku kena kerja. Jadi, aku tetap kena kerja 5 hari minggu ni! Serius kena tipu!!!

Tapi tetap lebih okay berbanding dengan tak dapat cuti dan kena kerja hari Sabtu. Betul tak?

So, selamat bergotong-royonglah untuk aku esok.

Ingat tak dulu aku minat Mat Luthfi 90? Sekarang aku tengah minat vlogger lain pulak. Oh, Mat Luthfi 90 masih minat.. Ni menambah minat pada orang lain. Yang aku nak promote ni ialah Mr The All Shared. Mereka ni adalah sekumpulan budak-budak yang buat video yang agak comel yang pada aku agak sesuai digunakan untuk berdakwah sesama kita.

Uh uh... serius, aku sendiri kadangkala ada sentap juga dengan apa yang mereka katakan tapi nak buat macam mana? dah itu kebenaran (aku mengaku aku pun tak berapa sempurna, banyak buat dosa)

Anyway, cuba la tengok dulu video dorang ni. serius best!

Ahad, 5 Februari 2012

Khamis, 19 Januari 2012

Peringatan untuk kita semua

aku ambil dari FB.. Agak panjang tapi berbaloi baca... Takut gak bila terfikir apa pula balasan yg mungkin aku terima... hurmm..

============================================


Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

Rabu, 11 Januari 2012

Khamis, 5 Januari 2012

4 Perkara

Kenapa aku tak kisah orang copy paste entry aku? Sebab, setiap entry aku yang bertag email, juga adalah entry yang aku copy paste. Sama ada aku copy dari email atau dari FB. Kalau entry lirik tu pulak, konfem2 la aku ambil dari web yang ada lirik. Entry ori aku, korang mesti tau la gaya penulisan aku. dan ada la dua cerita jiwang tu.. hik3.. (tak malu jiwang kan?)

Dan, entry hari ini juga aku copy paste dari FB. Aku harap korang dapat manfaat la dari aktiviti copy paste aku ni...

*Oh, ni cuma ingatan awal, jangan amik cerita jiwang aku ye (aku dan sesuatu 1 & aku dan sesuatu 2) sebab cerita tu agak sentimental untuk aku (bajet entry bagus sampai orang nak copy paste.. hahaha)
** Ada satu lagi cerita on the way. Tapi tak tertulis-tulis lagi.. huhuhu

Anyway, sekali lagi, entry di bawah adalah copy paste.. sila baca, fahami, amal dan sebarkan (aku masih dalam proses untuk cuba berdisiplin ikut semua 4 di bawah)


4 perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

4 perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Rabu, 21 Disember 2011

Tafakur Seorang Hamba Allah

aku link kan terus tajuk post ni ke blog fb ustaz tu supaya korang leh baca direct... baca kat sini pun boleh gak tapi kurang feel la... kalau korang tak reti nak klik tajuk, korang klik SINI. terus sampai blog dia

Kepada sesiapa yang bercadang untuk berzakat atau bersedekah, elok la sumbangkan kepada ustaz ni yang bercadang untuk menyiarkan syiar Islam di kalangan penduduk Sabah ni..
============================================================

Seorang hamba Allah bertafakkur mengenang hari-hari yang bakal dilaluinya, setelah lebih empat puluh tahun diizinkan Allah mengecapi nikmatNya di dunia ini. Betapa dunia ini bukan sahaja sementara malah terlalu singkat kalau dibandingkan dengan Akhirat. Satu hari di Akhirat sama panjangnya dengan seribu tahun di dunia. Andainya Allah SWT beri peluang untuk hidup hingga mencecah usia 65 tahun itu ertinya bersamaan dengan 45 minit menurut perhitungan Akhirat. Ya, sehari di akhirat itu umpama seribu tahun di dunia.

 وَإِنَّ يَوۡمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلۡفِ سَنَةٍ۬ مِّمَّا تَعُدُّونَ

"...sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu yakni akhirat adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung." (Al-Hajj 22:47) 


Andainya diambil kira masa tidur dan masa alam kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa dan masa yang terbuang secara sia-sia mungkin kehidupan sebenar dalam keadaan penuh sedar hanya sekitar 30 minit menurut masa Akhirat.

Hamba Allah itu melepaskan keluhan alangkah tidak bermaknanya kehidupan dunia ini berbanding kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Namun dia merasa hairan bagaimana dirinya lebih asyik memburu kehidupan singkat ini sehingga melupai kehidupan yang abadi itu.

Ya, aku manusia, makhluk yang sering lupa. Sesungguhnya manusia ini memang lalai dan leka serta mudah lupa akan hakikat kehidupan.

Di waktu lain hamba Allah tersebut membayangkan betapa indahnya syurga penuh nikmat yang tidak pernah terlintas oleh akal, tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga. Di syurga tiada sebarang kesusahan, kesakitan atau keresahan. Tidak panas yang merimaskan dan tidak sejuk yang membataskan pergerakan.

Sesuatu yang dinikmati seribu tahun tidak hilang rasa nikmatnya. Para bidadari disediakan paling kurang 70 orang. Kekuatan lelaki pada ketika di syurga seratus kali ganda. Kenikmatan yang berlapis-lapis itu tidak pernah menjemukan. Dan apa saja yang terlintas atau diniatkan akan menjelma secara spontan.

Kemudian dia terbayangkan pula neraka yang penuh azab sengsara. Seorang yang paling ringan seksa neraka ialah dipasangkan kasut dikakinya yang dicipta dari bara api neraka, apabila dipakai mendidih otaknya. Itupun dia merasakan seolah-olah kemuncak segala azab. Betapalah kalau menerima seksa neraka yang sebenar. Percikan api neraka itu andainya jatuh ke bumi nescaya hancur seluruh bumi ini. Lantaran itulah maka Nabi Yahya a.s melarikan diri ke bukit memencil diri dan menangis tanpa henti hingga di pipinya ada kesan aliran air mata.

Demikian indahnya syurga dan begitu azabnya neraka lalu hamba Allah itu bertanya kepada dirinya sendiri, "Apakah yang engkau mahu wahai diri?" Lantas hatinya sendiri menjawab, "Aku mahu kembali ke dunia dengan penuh penyesalan dan aku mahu memenuhi seluruh umur dengan berbuat kebajikan."

Selepas itu hamba Allah itu kembali sedar dari tafakkurnya dan dengan penuh keinsafan dia berkata: "Eh! Mengapa aku minta kembali ke dunia untuk menyesal, bertaubat dan berbuat kebajikan? Bukankah aku kini sedang berada di dunia? Untuk apa aku minta kembali ke dunia di saat aku tidak mungkin akan dikembalikan lagi ke dunia ketika penyesalan di Akhirat nanti?"

"Apa amal yang telah kubuat bagi bekalan di akhirat nanti?" Hamba Allah itu terkenangkan betapa sedikitnya amal yang dibuat, sedang usia telah melebihi 40 tahun. Kecut perut mengenangkan apa yang dipesan Imam Al Ghazali:

Anakku tercinta,
Semaklah nasihat Rasullullah ﷺ ini. Tanda-tanda kebencian Allah terhadap seseorang ialah ketika ia menyia-nyiakan waktu dengan melakukan hal-hal yang tiada guna. Umur seseorang akan berlalu, tetapi jika ia tidak menggunakannya untuk beribadah yang diperintahkan Allah, pantas ia menyesal sepanjang masa. Barangsiapa telah berumur lebih dari empat puluh tahun, sedangkan amal baiknya belum mampu mengalahkan amal buruknya, bersiap-siaplah ia masuk neraka.

Neraka? Neraka yang itukah? Neraka yang Allah sediakan bagi hamba-hambaNya yang berdosa, yang engkar dan derhaka. Tak mungkin aku tertahan merasai azab neraka yang amat dahsyat itu. Tak mungkin aku sanggup menelan zaqqum, sejenis buah neraka yang amat pahit rasanya, menjadi makanan rasmi penduduk neraka. Tak mungkin aku sanggup meminum air panas yang menggelegak, yang diminum tidak puas-puas, malah bertambah dahaganya. Terburai perut tetapi terpaksa terus makan dan minum minuman neraka.

Aaahh! keluh berat hamba Allah itu, mengenang nasib yang belum tahu. Dia tahu Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima taubat. Maka dia bertaubat. Apakah taubatku di terima? Nasibku belum tahu. Wahai diri...menangislah selalu, agar tangisan airmata itu akan memadamkan julangan api neraka buatmu..pujuk hati kecil si hamba Allah.

Anak-anakku? Isteriku?..oh! itu amanah Allah. sudahkah aku mendidik mereka agar mentaati Allah? Bukankah Allah telah perintahkan,

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim 66:6) 

Berapa banyak ilmu yang telah ku ajar. Berapa banyak syariat yang dapat mereka patuhi. Berapa banyak derhaka yang telah mereka buat...yang semua itu akan menarikku tersungkur walau sudah dipintu syurga. Banyak lagi yang belum ku buat. Walau kini nampak mereka taat, alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah, tapi biarlah ketaatan itu ikhlas kerana Allah.

Air mata mengalir dan terus mengalir dari dua mata si hamba Allah. Mata? oh mata, satu nikmat yang Allah beri agar hamba itu dapat melihat kebesaran dan keindahan Allah. Tapi untuk apa mata itu digunakan selama lebih empat puluh tahun ini? Untuk bersyukur atau untuk kufur akan nikmat Allah itu? Berapa banyak haram yang dilihat, walau ditolak-tolak, namun nafsu tetap menguasai..akhirnya kalah jua. Itu baru mata, belum lain anggota.

Hamba Allah itu memejam matanya, gelap dan kelam pandangan. Bagaimana agaknya gelap dalam kubur nanti? Apa cahaya yang kubawa untuk menerangi alam barzakh itu?

Hamba Allah itu teringat Rasulullah ﷺ pernah bersabda: "Seorang manusia apabila diletakkan di dalam kuburnya, dan sahabatnya berpaling pulang dan dia mendengar suara sandal mereka, akan datang kepadanya dua Malaikat dan mendudukkannya, dan bertanya, Siapakah Tuhanmu? Siapakah Nabimu? Apakah Agamamu? Maka dia menjawab: Allah adalah Tuhanku, Muhammad adalah Nabiku, Islam adalah Agamaku. Terdengarlah seruan dari langit, Benar hambaku, hamparkan baginya tikar di syurga, lalu angin dan wangi surga datang kepadanya. kemudian diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya yang tiada lain amal solehnya" (HR. Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi)

Amal soleh? Apa amal soleh yang sudahku buat? Rasanya aku belum berbuat apa-apa yang soleh. Maka berazamlah hamba Allah itu, akan beramal soleh, namun terasa kepayahan dek kerana nafsu ammarah masih bersarang dijiwanya. Nafsu yang senantiasa mengajak kepada kejahatan.

Namun dia tetap yakin, Allah tidak akan mensia-siakannya. Dia cuba bersangka baik dengan Allah yang Ar-Rahman, Ar Rahim, Al Ghafur. Bila dikenangkan kemurahan Allah, Maha pengampunnya Allah hati yang bergelojak itu kembali tenang.

Lalu hatinya berdetik, "Ya Allah, Wahai Tuhanku. Bila mengenangkan Qahhar-Mu, Jabbar dan
Syadiidul  ‘iqab-Mu, rasa mahu putus jantung hatiku, kerana tidak lepas dari seksa-Mu. Hamba-Mu rasa bagaikan tiada harapan, siapakah yang dapat membersihkan diri ini dari dosa yang memburu setiap hari?

Tuhanku, bila aku mengenangkan Ghofurur-Rahim-Mu, putus asaku menghilang, semangat pulih semula, lalu harapanku pada-Mu subur kembali."

Maka hamba Allah itu terus menerus memohon keampunan dari Allah atas dosa-dosanya yang lalu, serta berusaha membuat bekal amal bagi hari-hari yang payah di barzakh dan akhirat nanti.

Dia mengingatkan dirinya, "Wahai diri, ingatlah kehidupan Akhirat itulah kehidupan yang hakiki dan kekal abadi. Janganlah kerana memburu nikmat sedikit di dunia ini hingga derhaka kepada Allah SWT, yang akibatnya terlepas dari nikmat yang tidak terhingga lagi kekal. Janganlah kerana takut kepada kesusahan sedikit di dunia ini hingga lalai dari mentaati Allah SWT, hingga menanggung azab neraka yang dahsyat dan kekal."

محمد فضلي بن يوسف
29 Rabiul Akhir 1432H
03 April 2011

Selasa, 20 Disember 2011

3 soalan

Seorang pemuda tidak percaya pada kewujudan Tuhan. Dia mencabar orang ramai untuk membuktikan tentang kewujudan Tuhan, syaitan dan neraka. Sebelum ni, ramai yang dah gagal menjawab soalannya hinggalah 1 hari dia bertemu dengan seorang kiyai (guru agama)

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Isnin, 19 Disember 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Ahad, 18 Disember 2011

10 jenis solat yang tidak diterima Allah

Aku ambil ni dari email. tapi jujur, ada beberapa bahagian yang aku sendiri tak berapa faham. Jadi, kepada mereka yang faham, tolong jelaskan pada aku.. terima kasih..

==============================
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi penunjuk dan jalan selamat baginya"

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (bertaubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi ma'mum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibubapanya.

6. Orang perempuan/isteri yang memberontak apabila suaminya menegur/marah kepadanya.

7. Imam atau pemimpin yang sombong/zalim dan suka menganiaya orang.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menghindarnya dari perbuatan keji dan mungkar.


Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan semakin jauh dari Allah swt."

Sabtu, 17 Disember 2011

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Sabtu, 10 Disember 2011

20 JANGAN!!

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14 Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.. Kalau gagal kecewa pula.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Selasa, 29 November 2011

7 Perkara Ganjil

Macam biasa, ambil dari email... err.. korang check la kesahihan benda ni.. pastu bagitau aku ye...

======================================

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."



Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.



Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"



Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.



Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."



Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.



Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.



Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."



Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.