Wednesday, December 18, 2013

Jalan-Jalan tengok binatang..

Excited!
Bukan anak je yang excited yer.Maknyer pun sama.Excited sebab nak kenalkan binatang yang ada kat zoo tu kat Danial.Selalu tengok kat buku,flash card,tv or dalam ipad je.Ni real.Baru boleh sebut  ni 'elephant'..'ni lion'..'ni monkey'..And baru dia tau besar mana 'elephant' tu.Setinggi mana 'giraffe'.Sebelum ni duk cakap 'the big elephant' padahal how big is elephant tu just gambarkan dengan tangan jer.Tinggi mana zirafah tu pun just letak tangan tinggi-tinggi..

Bila dah tengok depan mata,baru dia tau camne rupa bentuk,bunyi binatang tu betul-betul.Feeling wonderful uolls.Then dah boleh imagine bila kita sebut eg:'the big elephant'..

Tengok binatang kat Zoo Melaka..
 Adik tengah tidur time ni.So Danial perasan jadi anak tunggal sat..

 Penyambut tetamu..Nak je bawak balik sekor.Buat mainan budak dua orang ni
 Danial sooo excited tengok 'Giraffe'..Siap boleh tanya khabar lagi kat zirafah tu.."hello giraffe..how are you?"..Orang yang tengok kiri kanan senyum je tengok telatah Danial.Sabo je la
 Masa ni Danial cakap "mama..sian giraffe tu.Takde kawan"..Dia tengok zirafah yang ni cam terasing sikit.Sebab tu kot dia cakap macam tu..


 'Mama..baca ni..LION.'
??
mujur dia cam gambar..kalau nak suruh baca memang tak reti pun lagi




Danial excited tengok flamingo..Tapi kesian flamingo tu takde kawan.
 

 Lama jugak tengok telatah gajah ni..Dari gajah tu golek-golek,mandi pastu sesi feeding elephant.
Kalau nak bagi makan kat gajah tu sebakul tebu RM5 jer..Ofkoslah gajah makan tebu.Takkan nasi lemak sepinggan pulak.
 Adik pulak tengok je la..Tapi dia lagi excited and happy tgk gelagat abang dia dari tengok binatang


Dah penat round zoo baru check in hotel..Nak booked hotel pun sekarang ni kena cari yang ada swimming pool.Sebab Danial nak mandi pool.Almaklum la rumah sendiri mana ada pool.Harap pool plastik yang kena pam tu ada la..Bila tau nak mandi pool dia dah request nak bawak float before pegi.Demanding sungguh la..Tapi ikut je.Since anak happy,mak paknye pun tumpang happy sama..Nanti adik dah besar tak tau camne plak demand nye.









Sekian..cuti-cuti release tension.Rehatkan badan setelah penat bekerja..Next time boleh bawak diorang berdua gi Zoo Negara pulak.Lagi banyak binatang boleh tengok..Lagi besar.Laaaaagiiii jenuh nak sebut nama binatang..

Tuesday, December 17, 2013

Pashion..

Kalau dulu.
Sehari tak update rasa macam tak lengkap la sehari tu
ape citer jer mesti nak share
seboleh mungkin cari masa nak update
kalau tak dapat update on time publish siap-siap entry
buat auto publish..
Bila datang mood rajin
2,3 entry sehari
kadang 3,4 entry
sehari..

sekarang?
nak tunggu seminggu sekali pun payah
sebulan sekali?
mungkin.
HAHAHA
Bak hidup segan mati tak mahu dah rasa blog ni
Kesian..kesian..






















Merudum terus entry yang publish..


Kekangan masa..
*standard reason*
Nak kena seru mood rajin ni 
Meh pas sikit mood rajin korang tu kat aku..
Boleh la aku up entry merapu lagi..

Sebagai penutup meh aku tepek gambo mak belang mengaum..




Monday, October 21, 2013

Hadiah anniversary

Anniversary yang ke-4...


Husband iolls memang tak romantik.Tak reti nak ucap,tulis ayat-ayat jiwang.Bagi bunga apetah lagi..Ada la jugak bagi bunga,sekuntum tapi tu pun suruh Danial bagikan..Tapi sesekali bila dia buat tu confirm melting nyer.Anniversary tahun ni lagi la super duper rocknyer..Wish masa selesai solat Subuh jemaah..Tapi siap mention 'hadiah abang postponed'..then senyum kambing.Citttt sabor jerla.Ala actually tak kisah pun.Sebab baru jer dapat birthday present..Wish and ingat pun dah kira ok.

Kalau tahun lepas dapat handphone,tahun ni ???jeng jeng jeng

Sikit punya besar hadiah hubby bagi.Senyap-senyap jer.Tau-tau lorry datang hantar..

Nak tau ape dia???kalau orang lain dapat emas permata,aku dapat ni
v
v
v
(^-^)
 
 
Thanks laling.Memahami isi hati wife mu ini..Nak tunggu built in tak tau bila,beli terus jer lagi senang.Same size.8x8.Wardrobe khas untuk si isteri katanya tu pun tak tau muat ke tak.*choiii perli la tu*.NO sharing wardrobe dah dengan hubby..Yeayyyy!! i likeee..Kesian kot kat wife dia ni.Baju siap tumpang wardrobe anak-anak,tak muat almari yang ada.Tu belum dengan shawl and tudung lagi..



Sunday, October 20, 2013

Popia nestum ku yang mencabar

Cam tak percaya jer boleh buat biskut raya sorang-sorang..Selalu buat dengan mak.Tapi raya haji baru ni mak sooooo busy dengan tempahan bahulu.Gigih gak la aku buat dengan 'bantuan' anak bujang aku..Paham je la bantuan camne.

Mengenangkan kuih raya yang tak seberapa nak ada dan semangat yang membara tu yang jadi jugak popia nestum aku tu..Ala yang senang jer.Yang senang tu pun berejam jugak aku nak menyiapkannya.Baru gulung 10 batang dah si kecik menangis nak susu..nak attention.Nak orang main dengan dia.Lepas dia ralit kejap sambung gulung balik..Pastu Danial pulak nak susu,nak makan,nak buah..aigoooo serius mencabar.Kalau ikut mak aku memang dia suruh takyah buat.Tapi aku NAKKK jugak.

Start pukul 11,pukul 4 baru siap semua.Berejam kan???Tapi berbaloi sebab abah,adik,mak and hubby cakap sedap..heeeee senyum sampai ke telinga la iollls..Time buat tu semua dalam rumah puasa.Harapkan Danial je tukang rasa.Bila tanya,'sedap tak Danial'..dia cakap "emmmm..dappp"...boleh harap gaklah tekak si kecik ni..

Ni la popia nestum air tangan aku..



Resepi??Aku google jer

Bahan-bahan
Kulit popia -aku pakai 50 keping.Tu pun tak cukup
*1 cawan nestum
*1/2 cawan horlick
*3 sudu gula
*3 sudu susu tepung
(* blend)
tepung gandum 1 sudu+air (untuk gamkan kulit popia)

cara nak buat
  1. Mula-mula gulung kulit popia satu persatu.Nak bagi lekat sapu gam tepung tadi.Gulung jangan ketat sangat.Bagi loose je sebab bila dah goreng nanti dia super rangup
  2. Dah siap semua guntingkan serong-serong..
  3. Pastu gorengkan.Minyak make sure betul-betul panas.Goreng sampai keperang-perangan.
  4. Angkat dan toskan minyak.Then gaulkan dengan campuran nestum,horlick,susu dan gula tadi.
  5. Simpan dalam bekas kedap udara
Bila dah makan,mesti rasa cam susah nak stop..Abah aku siap request suruh buat lagi sebab tak cukup.

Thursday, October 17, 2013

Harta dunia akhirat



Kerana diorang
Adakalanya buatkan aku menangis
Buatkan aku gelak tak kering gusi
Buatkan aku senyum sampai ke telinga..
Acting like kanak-kanak ribena..
Dan selalu jugak aku bertukar jadi cam 'hulk' bila mana keletah mereka di luar kawalan kesabaran

Tapi
Sebab diorang jugak
Aku belajar untuk control marah
Belajar bersabar
Belajar faham karakter masing-masing
Belajar memahami isi hati.
Ingat budak takde perasaan ke?
Bukan senang sebenarnya 
Hati dah rasa cam nak meledak meletop nak marah tengok perangai anak
Tapi otak pulak cuba tukar keadaan jadi cool.
Reverse psychology mungkin.



Amanah Allah!
Takkanlah kita nak sia-siakan
Walaupun bukan terbagus,terbaik
Tapi aku cuba menjadi seorang ibu yang paling baik,paling bagus untuk mereka
Baaaaanyak lagi sebenarnya nak kena belajar
Belajar..belajar dan terus belajar
Sebab banyak sangat belajar
Tu yang boleh jadi
Cikgu,doktor,hakim,lawyer,nurse,mechanic buat mereka
Hebat kan???


Danial dan Rayyan
Mama dan abah tak kaya untuk mewahkan kalian dengan harta dan wang ringgit
Tapi kami cuba sebaik mungkin untuk sempurnakan kehidupan kalian seadanya.
Cukup makan..cukup pakai,ada tempat untuk berteduh,ada kenderaan untuk bergerak
Cukup serba serbi walalupun tak semewah mana.
Syukur..

Ya Allah 
Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang kau pinjamkan  ini
Harta yang paling berharga
Harta dunia dan akhirat..

Wednesday, October 16, 2013

Anak-anak


Dah lebih 6 bulan memegang title 'ibu beranak 2' tapi still rasa janggal nak mention 'anak-anak'..Bukan aku jer yer.Hubby pun kadang-kadang confuse.Mention 'anak' je..Padahal sepatutnya 'anak-anak'..

Untuk permulaan nak start berblog balik meh tepek gambar 2 beradik ni..Tapi si abang memang payahhhhhh la sangat nak bergambor.Adik buat masa ni tak banyak songeh lagi boleh la layan mamanye bergambar..


Pejam celik dah 6 bulan dah Rayyan Furqan..berat dah 8kg.wow membesar bagai johan!!!gigi pun dah ada 4 batang.2 kat bahagian atas and 2 batang lagi kat bahagian bawah..meniarap,berpusing and the latest dah boleh buat position merangkak tapi tak boleh bergerak ke depan.mengundur jer..bila tak dapat buat nangis..huhuhu..Pastu dah keluar dah suara comel dia sebut 'maaa..*speechless*'kalau tinggalkan dia main sorang-sorang mula la panggil 'maaaa'..Cer kalau buat tak tau kat dia,tak layan dia mula la keluar suara jantan+nyaring+high pitching



Ni pulak kawan gaduh,kawan sembang,kawan nak jadi cam budak-budak balik..mana taknya sama-sama nyanyi nursery ryhthm,tepuk tangan,melompat..nak buat camtu dengan abahnya?memang tak la..Dia lebih prefer nak buat apa-apa dengan mama..Yup! one thing about this boy everything yang dia nak (nak buat susu,pakai baju,mandi,makan) semuanya mesti nak mama dia yang buat.NO ABAH!! **bangga jap*tapi kadang-kadang stress la jugak.Ate semua nak mama.Tu yang kadang nak yak pun tak menyempat..kalau abah dia yang buat siapla kena hadap dia nangis guling-guling and sebut "no..no..nak mama"..kalau apa-apa yang dia excited nak cerita pun dia akan lari cari mama dulu..Bila dah cerita kat mama baru dia cerita kat abah..

Lately ni dah tak minat sangat dengan car,lorry and bus dah..Dah bertukar plak minat dak kecik sorang ni.Now minat otomen,iron man..Sikit-sikit mula buat tangan gaya iron man..Konon tangan ada power la tu.Tak pasal-pasal adik jadi mangsa otomen..Nasibla adeq yer.tunggu la sikit lagi adeq dah boleh lawan sama..

Tengok progress diorang rasa cam takmo bagi diorang besar cepat sangat..uolls pun rasa camtu tak dengan anak-anak uolls???

eh Selamat Hari Raya Aidiladha uolls..




Saturday, October 5, 2013

Saya sukeeee..

Seronok sangat bila dah berkurun tinggalkan zaman sekolah *kuruuun la sangat* then suddenly dapat catch up balik..terima kasih la pada pencipta smartphone,pencipta 'Whatsapp'..walaupun tak bersua muka tp boleh jer sembang sampai tengah-tengah malam..Macam-macam topik boleh keluar..Kadang-kadang senyum sorang-sorang..gelak sorang-sorang ngadap hp.Sampaikan cik abang pun boleh ushar pelik bila tengok wife dia senyum sorang-sorang..

Kadang-kadang ada jugak sebab dah ralit+syok ngadap hp sampai tergendala kerja.(aku la kot).Tu yang keja lipat kain yang boleh siap dalam 30minit jadi berejam tu..sabor je la.pastu merungut kat hubby kain bertimbun tak sempat nak lipat..!_____!

Tapi oklah jugak gunakan teknologi untuk rapatkan ukhwah..kan???

Saturday, September 7, 2013

sudah berkurun lama..

Haiiii!!!Good morning uolls :)

lama betul tak jengah kat sini..apesal ntah?FB pun aku jarang bukak,twitter,blog pun sama..yang aku still active just kat Instagram jer..Yela mana yang bleh access dgn hp je yang aku rajin sikit.Yang lain memang kelaut la..Blogwalking pun takde dah..Ni kot baru nak pupuk minat balik..heee.Hopefully la..

Hope uolls sihat-sihat selalu dan ceria di hujung minggu k..

Untuk uolls yang tersesat kat entry buang habuk ni..

HAPPY WEEKEND UOLLLSS!!!

Saturday, June 15, 2013

Kerenah 2 beradik

Tengok je dua beradik ni..mana ada adik,situ la ada abang..Redha je la adik apa yang abang buat kat dia..

 
 Kiss all the time..Pantang nampak adik bukak mata.Mula la nak kiss adik banyak kali.
"sayam adik..sayam adik"

 Tidur pun nak dekat adik
 Jalan pun nak berkepit dengan adik..
 cubaan apakah ini???nak kiss adik la..apa lagi??
 nak main bas,lorry pun dekat dengan adik..Tu belum lagi dia buat gila,buat badan adik jadi lane laluan bas dan lori dia
 Dah start geram dengan adik..ni before adik kena gigit dengan abang..melalak tak ingat la adik..
Macam manalah mamanya tak jadi tarzan everyday.Mula-mula baik jer main dengan adik.Bila dah start geram,habis adik jadi mangsa..
Muka eksen bila kena dengar mama jadi tarzan..Mujur adik kuat.kena gigit pun nangis kejap jer..
Aku siap cakap kat Rayyan,kalau nampak abang datang,rayyan buat-buat tidur k.Kalau tak nanti jadi mangsa abang..

Thursday, May 30, 2013

.2.months.

beza tak?
masa lahir cekeding jer..
 Weight 3.07kg
Length: 53cm
 .
 .
 .

 Dah sebulan..makin kembung pipi

 4.4kg,length 56cm
 Gaya tidur yang paling dia suka
 
 makin hantap..

.
.
.
 Selepas 2 bulan,inilah hasilnya..
v
v
 peha dah berketul-ketul dah..Manalah abangnya tak geram asyik nak gigit adik jer

the latest weight :5.8kg,length 60cm

 Alhamdulillah..anak mama membesar dengan sihat

Wednesday, May 29, 2013

Item to let go..

LELONG!!LELONG!!

Ada 2 items nak dijual..Dua-dua barang still elok.Tak terjejas apa pun..

1.Chandelier



RM70
 still in good condition..
Nak jual sebab area yang letak lampu ni dah pasang down light.Dah tak sesuai pulak letak lampu ni..

-SOLD -


 2. TV cabinet..
 RM170
condition :9/10
but still look new
COD: Nilai area only

-SOLD -
Interested???
 Kindly pm me..sms/whatsapp/call
0164434298

Tuesday, May 28, 2013

Potty train Danial

Nak kata 100% success belum lagi kot..adalah dalam 80% baru..

Bukan senang nak senang kan?So memang kena bersusah-susah dulu la jawabnya..Since aku bercuti berpantang ni memang aim aku nak start potty train Danial.And alhamdulillah nampak dah hasilnya..Start 1/5/13 aku slowly tak pakaikan diapers kat Danial.

Day 1..tu usah cakaplah..memang fewwwww*kesat peluh*.Berapa kali aku mengelap/mengemop lantai gara-gara keterciciran Danial.Kalau setakat pee pee ok la kan nak lap..Ni kalau poo poo..Just imagine la how aku kutip stools dia.Huuuuuhuhu..Abah and mak boleh senyum sumbing je la tengok gelagat aku..tanya and bawak ke toilet tiap setengah jam.Danial pun dah stress dengan mamanya kejap-kejap mama ajak dia gi toilet..Tu yang tak sampai setengah jam dia bantai kencing merata.

Day 2. dah lega sikit.sebab dah tau rhythm time dia pee pee and poo poo..Tapi ada la jugak keciciran cuma sekali dua jer..Kalau minum susu banyak mesti lari sikit duration dia nak pee pee..

Day 3..makin ok.Tapi kalau dia tak tidur usahla memandai mamanya nak tidur..Hari ke-3 dia mintak pakaikan diaper.menangis-nangis suruh pakaikan diaper.Pakaikanlah jugak.Rupanya dia nak poo poo..Ok faham.Dia tak selesa nak poo poo dalam toilet.No wonder la 'hasil' kurang memuaskan.Bila pakai diaper baru tengok dia cam lega nak poo poo.OK fine mama bagi can.Bila dah poo poo betul-betul lagi senang la nak atur kencing.

Day 4 onward..Bertambah ok.Tapiiiiiii bila dia tau mamanya akan kelam kabut tiap kali dia sebut 'maaa nak tencing..',dah dia mainkan kita pulak.Berlari aku mendukung dia bawak ke toilet tiap kali dia cakap nak kencing.Tapi bila sampai toilet dia mencangkung,shhhh then dia sengih.Terus kata dah.tapi setitik pun takde keluar.Huh! Sabar je la.Kalau sekali dua,boleh dimaafkan.Ni berkali-kali..Memang mengundang amarah la tu.Saja nak tengok mama dia bertukar jadi harimau jadian kot.

Sampailah ke hari ni.Waktu siang and duduk kat rumah aku tak pakaikan diaper.Danial pun dah tau.Bila nak pee pee ,dia bukak seluar then masuk toilet.Tapi kena perhatikan jugak sebab takut dia tak basuh.Kalau malam,or time dia nak tidur and keluar berjalan,aku still pakaikan.Tak confident lagi aku nak diaperless kat dia 24jam.Cuma setakat ni dapatlah dah kurangkan kuantiti diapers yang dipakai setiap hari..

Ni nak naik kerja dah tak sure boleh ke dia continue diaperless???Aku takut susahkan babysitter.Dahla dengan rayyan then nak tambah keciciran abangnya pulak..Mau stress bs diaorang nanti..

Monday, May 27, 2013

Pergi yang takkan kembali..

Mati itu PASTI
Setiap yang hidup pasti akan mati
Jodoh,Pertemuan,Ajal dan Maut
Semuanya di tangan Allah
Andai sudah tiba masanya
Kita semua pasti akan mati..
Cepat atau lambat je
Ntah hari ni,esok,lusa..
Allah yang lebih mengetahui.

Dari mata hati aku,dapat rasakan kehilangan andak begitu bagi kesan pada abah..Ibarat hilang sebelah sayap abah.Selama ni andak la tempat abah nak mengadu,merujuk sesuatu..Boleh kata andak la abang,dan sahabat baik abah.Sekarang ni semua tu dah takde.Sedih tengok abah.Sepanjang hayat aku,tak pernah sekali pun aku tengok abah mengalirkan air mata dia.Inilah kali pertama.Tiap kali abah cerita pasal andak,air mata pasti bergenang dalam kelopak mata abah.Abah seakan tak percaya andak pergi secepat itu.Aku sendiri pun macam tak percaya..Mengejut.Tapi andai sudah tiba masanya tak siapa pun yang boleh menghalang..

Hilang sudah seorang tokoh keluarga dalam keluarga besar kami..Keluarga Alias..

24052013
Al-Fatihah..
Semoga Andak tenang di sana..
Semoga Andak ditempatkan di kalangan orang yang beriman