baru hegeh-hegeh nak update citer raya haji.dah seminggu dah kan??
raya haji tahun ni kami sambut kat kampung aku..kat Teluk Intan.tapi tahun ni rasa cam kelam kabut sikit raya nya.sampaikan nak bergambar satu family pun tak tertangkap..insyaAllah kalau panjang umur lain kali la.
ni gambar-gambar sekitar raya haji kami.
menu di pagi raya-lemang,rendang ayam,sup tulang dan bihun sup.menu sampingan kek buah dan kek pisang.
imam kecik..danial pakai jubah tokwan dia belikan..
suka betul main berus rambut dia.
pagi raya tu kami pakai jubah.tapi tak ambik pulak gambar kami bertiga.gambar danial je yang banyak.
ni pulak dah petang raya.nak balik rumah opah..
hubby pun dah tukar costume.no more baju melayu.
dengan bonda kesayangan ku..apesal dalam gambar ni aku nampak gumukkk???ohhh nooo!!
ni pulak kat rumah maktua/makcik aku.sesi membakar dan makan sate..susah dah nak ambik gambar anak teruna ni.nak bergerak sokmo.
tu jela gambar yang ada kot.
ringkasan citer sempena raya haji tahun ni
- pagi-pagi dapat berita kawan baik abah meninggal dunia.sedih sangat.arwah saaaangat baik dengan kami.
- abah ada ambik bahagian dalam ibadah korban tahun ni.
- sempat jumpa kawan-kawan lama Utar.diorang datang rumah.thanks sudi datang..Mr.Lim &wife,Ms.Yip,Mr Lee dan anak diorang yang cute,dan juga Rizal.
- rombongan geng mengaji dan geng surau mak 1st time datang beraya ke rumah.
- takde gambar satu family !_____________!.semua sibuk.