Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

12 October 2010

Tahniah Student Power UIAM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan tahniah kepada sekumpulan mahasiswa UIAM yang bertindak berani membawa masuk seorang Student Power Lecturer yang kontroversi iaitu Fahmi Reza semalam, 11 Oktober 2010. Setelah disenaraihitamkan di UM dan UiTM, Fahmi Reza akhirnya berjaya juga menyampaikan syarahan Student Power di UIAM.

Pembentangan beliau yang banyak menyentuh aspek solidariti mahasiswa melalui sejarah gerakan mahasiswa era 60an sangat menarik minat dan tumpuan hampir 100 mahasiswa yang hadir di Collaseum, Kuliyyah of Engineering UIAM.

Justeru, Pro-M berharap ini adalah satu titik permulaan ke arah kesedaran mahasiswa untuk memperjuangkan hak-hak mereka dan bukan sahaja berada di dalam kelas.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

10 October 2010

Tahniah dan Takziah Pimpinan GAMIS 2010/2011

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

AHLI JAWATANKUASA KERJA GAMIS PUSAT
SESI 2010-2011

Majlis Tertinggi

1. Presiden : Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hassan - UM

2. Timbalan Presiden : Muhammad Zaki Bin Sukery - UIAM

3. Pengerusi SIGMA : Nazirah Bt Abu Bakar - UIAM

4. Timbalan Pengerusi SIGMA : Siti Nadzirah Bt Majeed - UM

5. Naib Presiden (Korporat & Pengantarabangsaan) : Abdul Razak B. Omar - UPM

6. Naib Presiden (Perpaduan & Kemasyarakatan) : Mohd Nazri B. Mohd Tahir - UKM

7. Naib Presiden (Jaringan Kampus & Negeri) : Azihal B. Bangsawan - KUIS

8. Setiausaha Agung : Akram Ikrami Bin Taib Azamudden - KUIS

9. Timbalan Setiausaha Agung : Norkhizan Bt Md Yusof - UPM

10. Bendahari : Ahmad Firdaus Bin Fuzai - USIM

11. Timbalan Bendahari : Maryam 'Afifah Bt Abdul Latif - UKM

12. Ketua Penerangan : Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon - UTM KL

Majlis-Majlis

Majlis Tarbiyah & Kepimpinan Nasional

Pengerusi : Ahmad Norfazareez Bin Mohd Fauzi - USIM
Timbalan Pengerusi : Suhaida Bt Jaafar

Majlis Politik Nasional

Pengerusi : Ahmad Shukri Bin Abd Razab - KUIS
Timbalan Pengerusi : Nor Kamariyah

Majlis Dakwah & Kebajikan

Pengerusi : Mohd Ridhwan Bin Che Hussin - UIAM
Timbalan Pengerusi : Syahirah Bt Zulkifli

Majlis Ekonomi

Pengerusi : Abdul Rauf
Timbalan Pengerusi : Irna Wati Amusini

Sumber : GAMIS

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

07 October 2010

Wacana Rakyat Siri 1 2010

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Seluruh mahasiswa dijemput untuk menghadiri forum ini demi kelangsungan daya intelektual mahasiswa.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

02 October 2010

CONVEST 10 (SRC) & STABAZ (EC)

Assalamualaikum & salam mahasiswa,



Pihak Pro-Mahasiswa UIAM mengucapkan selamat berjaya kepada semua urusetia program Convocation Fiesta 2010 (CONVEST 10) yang dianjurkan oleh Student Representative Council IIUM (SRC) dalam melaksanakan semua program yang berorientasikan objektif-objektif demi kelangsungan intelektual mahasiswa UIAM.


Mahasiswa UIAM tidak redha dan terima sebarang program yang dianjurkan berlanggar dengan syariah Islam dan melampaui batas intelektual mahasiswa UIAM seperti konsert yang melampau-lampau dan rumah hantu. Pro-M UIAM juga sangat berharap kepada Stall & Bazar (STABAZ) yang dianjurkan oleh Enterpreunership Club (EC) supaya tidak menyediakan hiburan yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

Justeru, pihak Pro-M sekali lagi mengucapkan selamat berjaya kepada kedua-dua entiti yang menjayakan Pesta Konvokesyen UIAM 2010 iaitu SRC dan EC. Diharap kalian menyajikan perkara-perkara yang boleh mendidik jiwa dan pemikiran mahasiswa UIAM. Selamat bergraduasi juga diucapkan kepada semua mahasiswa UIAM yang bakal bergelar siswazah.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

28 September 2010

AUKU Berkuasa, Mahkamah Tolak Saman Pemula 4 Mahasiswa UKM

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

AUKU dilihat sangat berkuasa terhadap mahasiswa. Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula 4 mahasiswa UKM yang mencabar AUKU apabila mereka ditangkap pada 22 September yang lepas di Hulu Selangor.

Keputusan yang sepatutnya dimulakan pada pukul 2 petang terpaksa ditangguh ke jam 3. Kemudian, keputusan hakim dibuat di dalam kamar iaitu antara hakim dan peguam sahaja.

Ekoran keputusan itu juga, keempat-empat mereka akan membuat rayuan injunksi bagi menghalang UKM meneruskan prosiding tatatertib ke atas mereka. Pendengaran penuh injuksi itu akan dilakukan pada 7 Oktober.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengumpulkan lebih 50 mahasiswa menyatakan sokongan moral dan bantahan terhadap AUKU. Turut hadir beberapa NGO lain termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Justeru, pihak Pro-M UIAM yang turut bersama-sama 4 mahasiswa UKM menyeru kepada sekalian mahasiswa supaya tidak berhenti memperjuangkan agenda mahasiswa setakat ini sahaja. Mungkin ini hanyalah sekadar pemula.

AUKU adalah tanggungjawab MAHASISWA untuk memastikan ia dihapuskan. AUKU mengkhianati dan menzalimi mahasiswa.

MANSUH AUKU!!!

Sumber : Utusan Malaysia, Harakahdaily, Malaysiakini

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA