Showing posts with label Royalti Minyak. Show all posts
Showing posts with label Royalti Minyak. Show all posts

Saturday, 27 September 2014

Berkuburnya PR Di Pengkalan Kubor???

Kecelakaan yang dilalui oleh PR di Selangor berterusan di Kelantan apabila kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor kepada Barisan Nasional dengan peningkatan majoriti daripada 1,736 kepada 2,635 undi kali ini.

PAS sebenarnya dihukum oleh rakan-rakan gabungannya sendiri. Ketidakhadiran Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sepanjang kempen PRK ini menimbulkan tanda tanya, ditahap mana sebenarnya semangat pakatan mereka.

Menariknya, yang beria-ria dengan Langkah Kajang adalah PKR dan DAP, yang mahukan Khalid Ibrahim berundur adalah PKR dan DAP, yang menerbitkan tohmahan dan tuduhan palsu terhadap Khalid Ibrahim adalah PKR dan DAP.

Yang mahu jadikan Wan Azizah sebagai MB Selangor adalah PKR dan DAP, yang mencabar Istana Selangor dengan menghantar satu nama calon MB adalah PKR dan DAP tetapi beban kesalahan diletakkan pada empat bekas Exco daripada PAS yang membantu pentadbiran Khalid Ibrahim ketika itu untuk memastikan tiada pilihanraya kecil negeri malah mereka dilabel pula sebagai pengkhianat oleh DAP.

Harus diakui bahawa kemenangan dengan majoriti yang besar oleh BN juga menjadi isyarat kuat pengundi yang menolak mainan persepsi PR melibatkan isu-isu semasa seperti GST, kenaikan kos sara hidup, royalti minyak dan sebagainya.

Pengundi mahukan pembangunan dan soalnya apakah Kelantan dibawah pentadbiran PAS begitu lemah dalam soal pembangunan hinggakan pengundi menolak PAS? Ironinya, PR cuba dan mahu untuk kuburkan BN tetapi ditimbus liang lahad yang digali oleh mereka sendiri.

Tuesday, 23 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Lagi Bendera BN Dicabut Dan Dibuang!!!

Terkini 2 sepanduk BN telah ditoreh dipercayai menggunakan pisau di Kg Bunohan . Kejadian ini berlaku sekitar pukul 2.00 Pagi .

Mengikut cerita orang kampung yang meronda di kawasan ini semasa kejadian berlaku mereka ternampak 1 kereta telah berhenti di depan Poster ini di pasang dan keluar seorang pemuda menoreh sepanduk dengan menggunakan pisau dan lari masuk dalam kereta menuju ke tempat lain.

Orang kampung mengejar kereta tersebut , namun kereta tersebut berhenti di hadapan Rumah Pas Kubang Kerian dan turun masuk ke Rumah tersebut. Pihak Polis telah membawa suspek ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk siasatan lanjut.

Monday, 22 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Royalti Minyak!!! Pas Sudah Panas Punggong

Isu royalti minyak Kelantan kembali hangat apabila BN dilihat mula membalas 'serangan' daripada PAS. Sebelum ini, PAS dan NGO yang menuntut royalti minyak R menggantung beberapa kain rentang mengenai isu royalti minyak antaranya bertulis

"Undi calon untuk royalti, tolak pengkhianatan rakyat Kelantan". Malah terdapat juga papan tanda daripada pihak urus setia penerangan kerajaan negeri yang bertulis "Royalti perjanjian sama, jarak lebih dekat, royalti tak dapat".

Terdapat satu gambar peta yang menunjukkan perbezaan jarak antara tempat pendaratan gas asli di Songkla, Thailand dan Kota Bharu. Papan iklan itu juga bertulis "Royalti: Kelantan terus dianiaya".

Kain rentang dan papan tanda itu diletakkan di sepanjang jalan raya antara Bunohan, Jong Bakar dan Getil. Bagi membalas serangan itu, BN semalam menaikkan satu papan tanda besar bagi menangkis dakwaan PAS.

Papan tanda itu bertulis "RM12 bilion fitnah besar PAS. Tetapi demi rakyat, mulai tahun depan wang ehsan akan disalurkan 50% kepada Majlis Agama Islam Kelantan dan 50% disalur terus kepada rakyat Kelantan".

Papan tanda daripada BN itu turut memetik ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. BN meletakkan papan tanda tersebut di dua tempat iaitu di hadapan Wat Machimmaram, Jong Bakar dan di jalan Cabang Tiga berdekatan pusat operasi BN. Isu royalti minyak Kelantan menjadi antara isu hangat sempena PRK Pengkalan Kubor.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mencabar kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti bahawa kerajaan pusat “berhutang” bayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan. Katanya, BN bersedia untuk menjawab isu berkenaan sekiranya ia timbul dalam kempen pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Bagaimanapun, PAS sebelum ini pernah meminta Umno tidak memainkan isu royalti minyak semasa PRK Pengkalan Kubor. Ia berikutan kes tersebut masih di mahkamah.

Tetapi pemimpin jentera parti itu, Mohamad Zaki Ibrahim berkata, PAS tetap akan membangkitkan isu royalti minyak dalam kempen pilihan raya kecil tersebut walau BN kelihatan tidak berminat untuk mengetengahkan isu berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ogos 2012 mengundang PAS untuk menyertai satu jawatankuasa untuk membincangkan mengenai bayaran royalti minyak pada Kelantan.

Pada masa itu, pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menguar-uarkan bahawa perkara itu boleh diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13, yang diadakan pada 5 Mei tahun lalu.

Usaha Kelantan untuk mendapatkan hasil minyak tersebut dijalankan melalui injuksi interlocutari ke atas Petronas untuk menghalang syarikat petroleum tersebut daripada membayar royalti kepada kerajaan persekutuan atau ejennya.

Dalam permohonan tersebut, kerajaan Kelantan mengemukakan alasan bahawa hasil tersebut sepatutnya diperolehi kerajaan negeri. Negeri di tangga kedua paling miskin di Malaysia itu sehingga kini kekal bawah pentadbiran PAS.

Wednesday, 3 October 2012

FOTO !!! KATANYA KONVOI ROYALTI RUPANYA SANTAI SAMBIL LAYAN ANAK2....ALAHAI PR !!!

Biarlah gambar yang berbicara. Sekeping gambar dapat menceritakan segala-galanya jadi  tak perlu bercerita panjang tentang perhimpunan sebentar tadi di Dataran Shah Alam.Boleh anggarkan kurang dari 1000 orang yang hadir walaupun ribuan rakyat Kelantan bermastautin di Lembah Kelang.









Adakah ini menjadi petunjuk yang Kelantan akan jatuh ke tangan BN pada PRU-13 akan datang? Atau adakah anak muda yang bekerja di Lembah Kelang akan tetapkan hati memangkah BN di Kelantan? Sama-sama kita nantikan...

Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Sumber : aakj & 1malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive