Monday, 13 June 2016
Pelik!!! Nelayan Sekinchan Terabai Di Bawah BN #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN
Saturday, 11 June 2016
Pas Tidak Mampu Untuk Menang @PRK Sg Besar - Amanah #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN
SUNGAI BESAR – PAS terus menjadi ‘punching bag’ atau sasaran bagi Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar apabila pemimpin parti itu secara berterusan mendakwa PAS tidak boleh menang dalam pilihan raya.
Dalam satu ceramah bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di sini malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata PAS bercakap untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) hanya dengan semangat, tetapi tanpa ilmu.
Katanya, atas sebab itulah beliau serta pimpinan yang lain keluar daripada PAS dan menubuhkan Amanah kerana merasakan PAS tidak mampu untuk menang secara berseorangan.
“Lalu kita tubuh Amanah, berpakat dengan DAP dan PKR dan tubuhkan Pakatan Harapan,” katanya kepada kurang 100 orang yang hadir.
Beliau turut mengakui bahawa Amanah pada awal lagi berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar selepas kekosongannya. Anggota Parlimen Shah Alam itu berkata Pakatan Harapan khususnya PKR kemudian mengadakan rundingan dengan PAS untuk menentukan calon di situ bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN.
“Lepas itu kita tunggu, kita beri tempoh sampaikan sudah dekat dengan hari penamaan calon, nampaknya PAS tidak mahu berunding dan PKR mahu berunding lagi, tapi kita kata cukup,” kata Khalid.
Dalam pada itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa sepanjang 38 tahun dalam PAS dan berkempen untuk parti itu, ia tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya sehinggalah menyertai Barisan Alternatif pada pilihan raya 2008 dan Pakatan Rakyat selepas itu.
Katanya, kini PAS yang kembali berseorangan selepas Pakatan Rakyat terbubar dan tidak menyertai Pakatan Harapan dilihat tidak akan mampu untuk menang dalam pilihan raya.
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir pula mendakwa PAS tidak bercita-cita untuk menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini, sebaliknya hanya mahu meningkatkan jumlah undi yang diperolehi berbanding pada pilihan raya umum lalu.
Katanya, PAS juga bertanding pada kedua-dua PRK itu hanya untuk memberi laluan kepada calon BN menang dengan memastikan calon Amanah mendapat undi yang kurang.
Barangkali parti Amanah sudah kehabisan modal untuk berkempen di prk Sg Besar. Mereka mula menyerang parti Pas dengan memburuk-burukkan pemimpin tertinggi Pas. Memang menempah malang bagi penduduk dan pengundi-pengundi parlimen Sg Besar jika memilih calon Amanah untuk menjadi wakil nanti.
Inilah peluang terbaik bagi pengundi-pengundi Sg Besar untuk memilih pemimpin yang benar-benar terbaik bagi meneruskan legasi kepimpinan BN yang lepas. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Pengundi- pengundi parlimen Sg Besar anda mampu mengubahnya!!!
Saturday, 27 September 2014
Berkuburnya PR Di Pengkalan Kubor???
Kecelakaan yang dilalui oleh PR di Selangor berterusan di Kelantan apabila kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor kepada Barisan Nasional dengan peningkatan majoriti daripada 1,736 kepada 2,635 undi kali ini.
PAS sebenarnya dihukum oleh rakan-rakan gabungannya sendiri. Ketidakhadiran Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sepanjang kempen PRK ini menimbulkan tanda tanya, ditahap mana sebenarnya semangat pakatan mereka.
Menariknya, yang beria-ria dengan Langkah Kajang adalah PKR dan DAP, yang mahukan Khalid Ibrahim berundur adalah PKR dan DAP, yang menerbitkan tohmahan dan tuduhan palsu terhadap Khalid Ibrahim adalah PKR dan DAP.
Yang mahu jadikan Wan Azizah sebagai MB Selangor adalah PKR dan DAP, yang mencabar Istana Selangor dengan menghantar satu nama calon MB adalah PKR dan DAP tetapi beban kesalahan diletakkan pada empat bekas Exco daripada PAS yang membantu pentadbiran Khalid Ibrahim ketika itu untuk memastikan tiada pilihanraya kecil negeri malah mereka dilabel pula sebagai pengkhianat oleh DAP.
Harus diakui bahawa kemenangan dengan majoriti yang besar oleh BN juga menjadi isyarat kuat pengundi yang menolak mainan persepsi PR melibatkan isu-isu semasa seperti GST, kenaikan kos sara hidup, royalti minyak dan sebagainya.
Pengundi mahukan pembangunan dan soalnya apakah Kelantan dibawah pentadbiran PAS begitu lemah dalam soal pembangunan hinggakan pengundi menolak PAS? Ironinya, PR cuba dan mahu untuk kuburkan BN tetapi ditimbus liang lahad yang digali oleh mereka sendiri.
Friday, 26 September 2014
Punca Sebenar Tersungkurnya Pas Di PRK Pengkalan Kubor
Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar selepas Mat Razi Mat Ail mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti 2,635 undi.
Mat Razi memperoleh 9,961 undi di hadapan Wan Rosdi yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya memperoleh 38 undi.
PT yakin ramai penyokong PAS tengah kepeningan mencsti apa punca sebenar calon PAS boleh kalah di PRK Pengkalan Kubur. Kalah tu pulak bukan sikit tapi majoriti kalah jauh lebih besar berbanding PRU13 lepas.
Malaysiakini dalam berita bertajuk
"PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah" melaporkan:
Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.
"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.
"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.
Malaysiakini juga melaporkan:
Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka.
Malaysiakini juga melaporkan:
Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi.
PAS melihat pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor agak positif memandangkan sebahagian besar daripada kira-kira 1,700 pengundi yang berada di luar, pulang membuang undi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pengundi luar kebanyakan golongan muda pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
“Kita memanjatkan rasa syukur kerana mereka pulang biar pun hari mengundi diadakan ada hari bekerja. Takkan Timbalan Menteri Besar Kelantan tipu kut. Hahaha.
Malaysiakini juga melaporkan:
Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. Kita akan tengok balik.
Bab pengundi muda ni majoritinya mungkin mereka meluat dengan PAS dan PR. Anak muda yang majoritinya ada akses internet tentu ada persepsi yang kurang elok tentang PAS dan PR hasil aksi mengarut PAS dan PR isu krisis MB Selangor.
Apa pun, PT yakin PAS akan buat postmortem kekalahan PRK Pengkalan Kubor ni dan pasti akan menyalahkan UMNO dengan pelbagai tuduhan termasuk pengundi hantu. Sepatutnya PAS menerima kekalahan dengan hati terbuka.
Thursday, 25 September 2014
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Terkini!!! Belang Sebenar Pas
Inilah Pas sejenis parti yang serba boleh dalam segala hal. Tengoklah apa yang penyokong mereka buat???
Statistik % keluar mengundi...
01.00 t/hari-02.00 petang:
PDM Pengkalan Kubor: 79 (3.28%)
PDM Kg. Ketil: 131 (4.10%)
PDM Kg. Tebing: 47 (3.09%)
PDM Kg. Geting: 110 (3.28%)
PDM Simpangan: 57 (3.70%)
PDM Tujoh: 81 (2.86%)
PDM Telaga Bata: 30 (1.75%)
PDM Bunohan: 77 (5.38%)
PDM Jubakar Darat: 33 (3.33%)
PDM Bendang Pak Yong: 195 (7.02%)
PDM Teluk Jering: 21 (3.27%)
PDM Kedai Geting: 24 (1.57%)
Jumlah: (885) 3.68%)
Keseluruhan setakat ini: 15,180(63.15%)
Insyaallah BN menang dengan izin Allah.
Wednesday, 24 September 2014
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Insya Allah!!! Kerusi DUN N01 Kekal Milik BN Esok
Pertembungan tiga penjuru itu pastinya menarik tumpuan pemerhati politik tanah air yang ingin tahu apakah BN mampu mengekalkan kerusi berkenaan. Ataukah Pas yang bergeseran di Selangor bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih mendapat sokongan rakyat di Dun itu?
Ramai melihat pilihan raya kecil ini lebih kepada pertembungan antara BN dan Pas sahaja yang mana kedua-dua parti itu sedaya-upaya cuba meraih sokongan rakyat, sekali gus menguji tahap sokongan kepada parti di kerusi Dun Pengkalan Kubor.
BN perlu mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas bagi memastikan suara BN sebagai pembangkang di Kelantan tidak berkurangan pada sidang Dun. Bagi Pas, pilihan raya kecil ini dilihat sebagai platform 'menebus maruah' yang tercalar ekoran perbalahan parti pakatan berikutan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.
Pada masa ini, komposisi Dun Kelantan yang berjumlah 45 kerusi menyaksikan 32 daripadanya milik Pas, satu PKR dan 11 BN. Kedudukan satu lagi kerusi iaitu Dun Pengkalan Kubor akan ditentukan esok.
Insya Allah BN akan mengekalkan kerusi Dun Pengkalan Kubor untuk kali kedua.
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Doa Kerat Lidah Dan Buta Mata Sesiapa Tak Pakoh Bule!!!
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Kempen Terakhir Pas Dengan Rasuah
Bagi PAS, sekiranya UMNO memberi sumbangan kepada masyarakat dianggap sebagai rasuah. Namun bagaimana dengan pemberian PAS kepada pengundi Pengkalan Kubor?
Ini bermakna PAS juga memberi rasuah untuk mendapat dan membeli pengundi. Ini terbukti di Pengkalan Kubor. PAS membawa dan menghantar barangan kepada pengundi. PAS pasti akan menyatakan ini kononnya sedekah dari PAS.
Dalam hal ini PAS menghalalkan setiap cara. Yang menghairan dari mana sumber kewangan PAS ini ? Sedangkan setiap kali ceramah pasti akan mengumumkan tabung sumbangan untuk ceramah. Adakah dari hasil pembalakan yang disapu oleh PAS?
Mungkin ada kebenarannya duit ini hasil dari pembalakan, perlombongan yang dilakukan secara haram. Inikah yang kita nak pilih wakil untuk merajui DUN N01.
Nampaknya Pas beria2 benar untuk merampas Pengkalan Kubor dari tangan UMNO/BN. Kepada penduduk Pengkalan Kubor buatlah pilihan terbaik demi masa depan dan kesejahteraan semua. Selamat mengundi kepada semua pengundi. N01.
Tuesday, 23 September 2014
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Lagi Bendera BN Dicabut Dan Dibuang!!!
Terkini 2 sepanduk BN telah ditoreh dipercayai menggunakan pisau di Kg Bunohan . Kejadian ini berlaku sekitar pukul 2.00 Pagi .
Mengikut cerita orang kampung yang meronda di kawasan ini semasa kejadian berlaku mereka ternampak 1 kereta telah berhenti di depan Poster ini di pasang dan keluar seorang pemuda menoreh sepanduk dengan menggunakan pisau dan lari masuk dalam kereta menuju ke tempat lain.
Orang kampung mengejar kereta tersebut , namun kereta tersebut berhenti di hadapan Rumah Pas Kubang Kerian dan turun masuk ke Rumah tersebut. Pihak Polis telah membawa suspek ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk siasatan lanjut.
Monday, 22 September 2014
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Royalti Minyak!!! Pas Sudah Panas Punggong
Isu royalti minyak Kelantan kembali hangat apabila BN dilihat mula membalas 'serangan' daripada PAS. Sebelum ini, PAS dan NGO yang menuntut royalti minyak R menggantung beberapa kain rentang mengenai isu royalti minyak antaranya bertulis
"Undi calon untuk royalti, tolak pengkhianatan rakyat Kelantan". Malah terdapat juga papan tanda daripada pihak urus setia penerangan kerajaan negeri yang bertulis "Royalti perjanjian sama, jarak lebih dekat, royalti tak dapat".
Terdapat satu gambar peta yang menunjukkan perbezaan jarak antara tempat pendaratan gas asli di Songkla, Thailand dan Kota Bharu. Papan iklan itu juga bertulis "Royalti: Kelantan terus dianiaya".
Kain rentang dan papan tanda itu diletakkan di sepanjang jalan raya antara Bunohan, Jong Bakar dan Getil. Bagi membalas serangan itu, BN semalam menaikkan satu papan tanda besar bagi menangkis dakwaan PAS.
Papan tanda itu bertulis "RM12 bilion fitnah besar PAS. Tetapi demi rakyat, mulai tahun depan wang ehsan akan disalurkan 50% kepada Majlis Agama Islam Kelantan dan 50% disalur terus kepada rakyat Kelantan".
Papan tanda daripada BN itu turut memetik ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah ayat 191 yang bermaksud fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. BN meletakkan papan tanda tersebut di dua tempat iaitu di hadapan Wat Machimmaram, Jong Bakar dan di jalan Cabang Tiga berdekatan pusat operasi BN. Isu royalti minyak Kelantan menjadi antara isu hangat sempena PRK Pengkalan Kubor.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mencabar kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti bahawa kerajaan pusat “berhutang” bayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan. Katanya, BN bersedia untuk menjawab isu berkenaan sekiranya ia timbul dalam kempen pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.
Bagaimanapun, PAS sebelum ini pernah meminta Umno tidak memainkan isu royalti minyak semasa PRK Pengkalan Kubor. Ia berikutan kes tersebut masih di mahkamah.
Tetapi pemimpin jentera parti itu, Mohamad Zaki Ibrahim berkata, PAS tetap akan membangkitkan isu royalti minyak dalam kempen pilihan raya kecil tersebut walau BN kelihatan tidak berminat untuk mengetengahkan isu berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ogos 2012 mengundang PAS untuk menyertai satu jawatankuasa untuk membincangkan mengenai bayaran royalti minyak pada Kelantan.
Pada masa itu, pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menguar-uarkan bahawa perkara itu boleh diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13, yang diadakan pada 5 Mei tahun lalu.
Usaha Kelantan untuk mendapatkan hasil minyak tersebut dijalankan melalui injuksi interlocutari ke atas Petronas untuk menghalang syarikat petroleum tersebut daripada membayar royalti kepada kerajaan persekutuan atau ejennya.
Dalam permohonan tersebut, kerajaan Kelantan mengemukakan alasan bahawa hasil tersebut sepatutnya diperolehi kerajaan negeri. Negeri di tangga kedua paling miskin di Malaysia itu sehingga kini kekal bawah pentadbiran PAS.
PRK#PengkalanKubor #BN4N01 - Royalti Minyak!!! Siapa Takiyuddin Berani Hina Istana???
PAS nampaknya terus memainkan isu wang ehsan dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor, Penasihat Jentera Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa penyelesaian sementara antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri sebagai menghina mahkamah.
Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu itu, penyelesaian sementara pembahagian 50-50 Jabatan Pembangunan Persekutan (JPP) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada nisbah 50:50 menghina mahkamah. Beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan Persekutuan boleh mengatasi mahkamah sedangkan sehingga kini mahkamah belum membuat sebarang keputusan.
“Tidak boleh, kes tuntutan ini masih dalam mahkamah. Bolehkah kerajaan pusat mengatasi mahkamah? Itu isunya.
“Mahkamah belum putuskan lagi, soal tiga batu nautika itu pun belum diputuskan mahkamah. Saya salah seorang peguam yang hadir dalam kes royalti ini. Ini satu penghinaan kepada mahkamah,” katanya dalam satu sidang media harian PAS di pengkalan Kubor Isnin.
Turut serta dalam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Kerajaan Persekutuan sebelum ini memutuskan mulai tahun 2015, Program Wang Ehsan yang sebelum ini dilaksanakan oleh JPP Kelantan turut dilaksanakan oleh MAIK pada nisbah 50:50 tertakluk kepada siling RM25 juta setiap agensi.
Ia merupakan satu langkah interim sehingga penyelesaian yang komprehensif dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan setelah kes tuntutan kerajaan Kelantan diputuskan oleh mahkamah kelak.
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata wang ehsan tersebut tetap diterima walaupun kes tuntutan royalti masih berjalan di mahkamah. “Persoalan 50 peratus tidak timbul walaupun diberi dan mungkin diterima MAIK tetapi tuntutan royalti tetap dan perkara ini masih dalam proses mahkamah.
“Kalau hendak bagi boleh tetapi ini bukan penyelesaian tuntutan dari kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Pusat,” katanya. Mengulas lanjut mengenai dokumen laporan daripada Jawatankuasa Khas Mengkaji Tuntutan Kelantan terhadap royalti petroleum, Takiyuddin menjelaskan ia bukan penyelesaian kes.
“Memang ada wakil kerajaan negeri iaitu Tengku Mahkota Kelantan. Itu satu siri perbincangan antara kerajaan Pusat dan negeri, belum habis lagi.
“Pengerusi atau wakil ini akan bentang kepada kerajaan negeri dan tuntutan di mahkamah tetap diteruskan. Ini bukan penyelesaian kes. “Bukan kata kita dapat 50 peratus kita tarik balik kes di mahkamah, tidak. Tidak ada kena mengena langsung. Dia hendak bagi itu isu lain,” ujarnya.-22/9/2014
BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA KENYATAAN KEMENTERIAN KEWANGAN MENGENAI PEMBAHAGIAN WANG EHSAN PADA 12 SEPTEMBER LALU
Kerajaan Persekutuan ingin menegaskan bahawa berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa, Kerajaan Negeri Kelantan, sepertimana juga semua negeri di Semenanjung Malaysia, tidak berhak ke atas 5 peratus Bayaran Tunai daripada hasil petroleum yang dijumpai dan dikeluarkan dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut ataupun persisiran pantai negeri.
Namun demikian, Kerajaan Persekutuan tetap membuat bayaran kepada Kerajaan Negeri Kelantan daripada hasil pengeluaran dari kawasan perairan yang melebihi tiga batu nautika dari garis air surut atau persisiran pantai Negeri Kelantan dalam bentuk wang ehsan.
Bayaran tersebut yang diterima daripada PETRONAS mulai tahun 2010 tidak digunakan oleh Kerajaan Persekutuan. Sebaliknya, ia dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Wang Ehsan Negeri Kelantan. SEHINGGA September 2014, jumlah bayaran yang diterima daripada PETRONAS yang telah dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah sebanyak RM224.3 juta.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM120.8 juta telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPP Kelantan) untuk membiayai Program Wang Ehsan. KERAJAAN Persekutuan memutuskan supaya mulai tahun 2015, Program Wang Ehsan yang sebelum ini dilaksanakan oleh JPP Kelantan turut dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada nisbah 50:50 tertakluk kepada siling RM25 juta setiap agensi.
SKOP Program Wang Ehsan masih dikekalkan iaitu memberi tumpuan kepada program pembasmian kemiskinan, bantuan persekolahan, khairat kematian, bantuan bencana serta bantuan anak yatim.
PENGLIBATAN MAIK adalah diharapkan dapat meningkatkan lagi keberkesanan Program Wang Ehsan. Perkara ini adalah selaras dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Istana Negeri Kelantan.
Untuk rekod, pentadbiran MAIK diterajui oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. INI merupakan satu langkah interim sehingga penyelesaian yang komprehensif dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan setelah kes tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan diputuskan oleh mahkamah kelak.
PT
Berani betul YB Takiyuddin menghina istana???
Sunday, 21 September 2014
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Hanya Bermodalkan Air Liur Pas Laksana Projek???
Bukan nak mengaibkan mana2 pihak, sebaliknya ia adalah untuk mengingatkan pemimpin Pas yang sentiasa berubah pendirian, pegangan, malahan janji apabila berhadapan dengan kemelut yang memang biasanya dicetuskan mereka sendiri.
Pelik bin Hairan kerana pemimpin Pas teutama MB serta pemimpin2 kanannya selalu membuat janji kepada rakyat Kelantan. Sudah menjadi resam manusia mudah lupa apa yang dikatakan semalam.
Apa yang menjadi pendirian hari ini, mungki akan berubah esok hari. Sikap tidak konsisten pemimpin2 PAS dan kesanggupan mereka untuk berbohong, memfitnah, malahan melabelkan orang lain dengan pelbagai nama yang hina adalah punca kemelut politik sehingga berlaku pecah belah dalam masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.
Senarai di bawah menggambarkan betapa hebatnya janji2 serta pembohongan Kerajaan Pas Kelantan kepada rakyat Kelantan semenjak awal 1990an. Antara projek mega yang diumunkan oleh MB Pas yang lalu sepanjang tahun sepanjang era tersebut :
- 27.8.1997 - TCB, PKINK, MAJUKAN PROJEK LEMBU DAGING Taiping Consolidated Berhad dengan PKINK akan memajukan projek ternakan lembu daging di kawasan 800 ekar Mukim Apam Pasir Mas?
20.10.1997 - SAUJARAN, YIK BINA PELABUHAN Saujaran Sdn Bhd dan YIK bersetuju mengadakan usahasama membina pelabuhan pedalaman pertama.?
10.6.1997 - USAHASAMA LAKSANA BANDAR BERASAS MULTIMEDIA PKINK dan DPMMNK akan memajukan sebuah bandar seluas 200 hektar hingga 400 hektar secara usahasama tidak lama lagi?
12.3.1997 - HONGKEW BINA PELABUHAN DI TUMPAT Hongkew Holding Sdn Bhd akan membina sebuah pelabuhan di rapak seluas 85 hektar di Tumpat dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM200juta. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz berkata pelabuhan di jangka siap dalam masa 2 tahun bakal menadi pusat persinggahan antarabangsa bagi kapal dari Thailand, Kemboja dan Vietnam?
11.9.1997 - BANDAR BARU PENGKALAN KUBUR SIAP IKUT JADUAL Kerajaan Pas Kelantan yakin bandar baru itu siap ikut jadual. Yang akan dilaksanakan secara usahasama PKINK dengan MJS Partners Sdn Bhd. Projek ini bernilai RM2.3 billion?
7.9.1998 - PROJEK BANDAR BARU RANTAU PANJANG Pembangunan bandar itu yang menelan belanja RM48j dijangka siap mengikut jadual pada tahun 2001. Fasa pertama projek itu diadakan secara usahasama PKINK dengan MDPM. SBJ yang dapat bukan PKINK.
22.3.1998 - KELANTAN JAMIN PROJEK RAKSASA IKUT JADUAL Pasir Puteh : Kerajaan Pas Kelantan memberi jaminan projek raksasa membabitkan RM1.5 billion bagi membina pusat mendarat ikan terbesar di rantau Asia Tenggara. Iaitu kerjasama PKINK dengan Kumpulan Penang Sdn Bhd?
19.9.2003 - PROJEK BESAR BUKAN TANGGUNGJAWAB PAS Kota Bharu : MB Kelantan mendakwa perlaksanaan projek untuk kemudahan asas rakyat yang membabitkan peruntukan besar dan ratusan juta bukan tanggungjawab penuh Kerajaan Negeri.
22.3.2012 - PROJEK BANDAR RAYA SUKAN DITERUSKAN??? Kota Bharu - Kerajaan Kelantan meneruskan projek Bandar Raya Sukan di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan pengumuman terbaru mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.Pengerusi Jawatnkuasa Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, projek di atas tanah seluas 504 hektar itu bukan sekadar membina stadium.
"Kita bukan hanya mahu membina stadium bola sepak malah kita menjadikan kawasan itu sebagai bandar raya sukan", katanya kepada media selepas mesyuarat exco di sini.. Abdul Fattah berkata, walaupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) merancang membina stadium bernila RM300 juta di Bandar Baru Tunjung, projek di Bukit Merbau tetap diteruskan.
Sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan Pas Kelantan (1990-2014), rakyat Kelantan seharusnya menilai semula serta bertanya berapa banyakkah perubahan dan pembaharuan serta janji-janji yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan sepanjang 22 tahun pemerintahan.
Seluruh rakyat Kelantan percaya dan yakin, dalam agama Islam antara duniawi dan ukhrawi, percakapan, janji dan perbuatan mestilah seimbang serta seiring, ianya pelengkap kepada kejujuran dan amanah dalam pemerintahan dan pentadbiran.
Melihat senarai projek2 di atas adakah penduduk Pengkalan Kubor masih lagi mengharapkan Pas untuk menjadikan Pengkalan Kubor sebuah bandar yang maju di masa depan???
Pada pendapat PT penduduk Pengkalan Kubor WAJIB menolak calon PAS dan memilih calon BN sebagai meneruskan legasi arwah Dato Nor Zahidi. Juga tanda mengajar Kerajaan Pas Kelantan yang hanya beretorik dan pandai berjanji dan tidak pandai menunai janji.
Friday, 19 September 2014
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Anak Didik Bang Non Adam Adli Dikenakan Hukuman Penjara
Akhirnya mahasiswa UPSI, Adam Adli dikenakan hukuman penjara atas kesalahan menghasut untuk menggulingkan kerajaan tak lama dulu.
Adam dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan oleh mahkamah atas kesalahan tersebut. Elok elok jadi pelajar yang boleh membantu keluarga dimasa akan datang, nak jadi perusuh dan nak jadi popular dengan buat benda bukan bukan.
Kita nak tengok lepas ni siapa yang akan datang melawat Adam Adli di penjara, dan Semua amat yakin bahawa lepas ni, Adam Adli akan dilupakan seperti mana yang berlaku sekarang, adakah mahasiswa yang berkumpul di Dataran Merdeka satu masa dulu diingat oleh pembangkang?
Hanya beberapa kerat sahaja yang masih kekal hingga kini dan mereka yang lain lain hanya dijadikan alat untuk menunjukkan bahawa pembangkang mempunyai penyokong. Lepas ni kita tunggu pula siapa lagi yang akan beransur ke penjara. - Sumber
PT
Pada PRK Pengkalan Kubor tak ada pula kelibat si Adam Adli kesini untuk berceramah bersama pemimpin 2 Pas.
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Wajib Baca!!! 10 Fakta Tentang Bandar Baru Pengkalan Kubor ???
Dari wall YY
#BN4N01 #PengkalanKubor : PRK berlaku dalam DUN Pengkalan Kubor jadi lebih sesuai kita bercerita mengenai isu yang dekat dengan pengundi Pengkalan Kubor iaitu projek pembinaan Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan oleh PAS sekitar 1993 hingga 2002.
10 Fakta Penting :
1. Sekitar 1993 kerajaan negeri Kelantan bawah Nik Aziz Nik Mat (ketika itu MB Kelantan) telah menjanjikan satu projek mega bernilai RM2.3 billion yang bakal dilaksanakan atas keluasan 7,200 hektar tanah.
2. Pada 22 Disember 1996 satu majlis menandatangi MOU antara kerajaan negeri dengan MSJ Partners Sdn Bhd sebuah syarikat dari Pulau Pinang berlangsung di sebuah hotel sekitar Kota Bharu disaksikan sendiri oleh Nik Aziz Nik Mat.
3. Nik Aziz juga diberikan taklimat mengenai projek yang menempatkan Pusat Dagangan Islam Antarabangsa, 4,000 unit zon kediaman, kawasan perindustrian, pasar borong, masjid serta institusi pengajian tinggi.
4. Tapak bagi melaksanakan projek tersebut di antara sempadan Kelantan - Thailand iaitu berhampiran dengan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor.
5. Hampir 5,000 penduduk terlibat menganggarkan jika kerajaan negeri mengambil tanah untuk membangunkan projek yang sepatutnya dilaksanakan tahun 1997 mereka bakal menerima pampasan berjumlah RM50k - RM150k bagi setiap hektar tanah.
6. Sebelum projek dilaksanakan PAS mengedarkan borang tawaran dengan harga RM1.00 kepada penduduk setempat yang berminat untuk membeli rumah teres di Bandar Baru Pengkalan Kubor.
7. Sebahagian besar penduduk sekitar Tumpat & Pengkalan Kubor telah membeli borang tawaran berkenaan untuk mendapatkan rumah yang berharga RM35,000 bagi setiap unit.
8. Tetapi pada 2002, Abdul Halim Abdul Rahman (ketika itu Timbalan Menteri Besar Kelantan) menyatakan struktur untuk membina projek berkenaan dibatalkan atas alasan pemaju MSJ Partners Sdn Bhd gagal menyediakan RM2.3 billion.
9. MSJ Partners Sdn Bhd juga dikatakan tidak berupaya membangunkan projek berkenaan walaupun kerajaan negeri perkecilkan keluasan 7,200 hektar kepada 174 hektar dengan kos pembinaan RM200 juta.
10. Namun pemaju iaitu MSJ Partners Sdn Bhd telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa sejak tahun 1997 mereka telah membelanjakan lebih RM12 juta sebelum menarik diri - kenapa pemaju tarik diri walaupun telah belanjakan RM12 juta.
PT
Sehingga kini 17 tahun sudah berlalu penduduk Pengkalan Kubor menanti munculnya bandar baru yang dijanjikan oleh Pas.Tetapi apa yang ada hanyalah sekadar janji tapi tidak tertunai.
Luahan puisi dari seorang pemerhati politik...
MEREKA TAHU
penjual kacang putih pun tahu
Penjual cendol pun tahu
Penjual etak pun tahu
Penarik kereta pun tahu
Pengayuh beca pun tahu
Para pelacur pun tahu
Pas sekarang tidak seperti pas dulu
Pas sekarang menjual fitnah
Pas ditunggang semakin punah
Pas sekarang berwasangka buruk
Perangai macam beruk
Pas sekarang menipu dan rasuah
Rakyat tak caya dan was_was
Pas sekarang tanpa ilmu
Pemimpin terpilih di kalangan si dungu
Pas sekarang dalam musibah
Izin Allah akan kalah
Umno menang insyaAllah...
Thursday, 18 September 2014
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - 17 Tahun Rakyat Pengkalan Kubor Tunggu Janji PAS
Apa pembangunan yang Pas lakukan selama 23 tahun memetintah? Pembangunan fizikal hanya sedikit , pembangunan manusia pun tidak terlaksana. Yang Pas cekap hanyalah mengajar rakyat jadi ekstrimis dan benci kepada golongan yang tidak menyokobg mereka.
Cuba bandingkan pencapaian Pas dengan pencapaian UMNO/BN yang di buat Pengkalan Kubor? Pengarah Pilihannya mereka iaitu Dato Wan Rahim sendiri mengakui banyak kemudahan dan kemajuan yang di buat oleh BN.
Tak payahlah Pas nak cakap besar menabur fitnah demi merampas Pengkalan Kubor dari tangan UMNO. Banyak projek yang Pas canangkan hanya fantasi saja.Apa yang jelas kepada penduduk di sini semua projek adalah di bawah kerajaan Persekutuan.
Antara projek yang palibg lama dalam sejarah negara ialah pembinaan sebuah pelabuhan yang tetletak di Tumpat dan bandar baru Pengkalan Kubor. Selama 17 tahun rakyat Kelantan khususnya penduduk Pengkalan Kubor menanti dengan penuh sabar.
Pada 12.3.1997 sebuah Syarikat iaitu Hongkew Holding Sdn Bhd membuat perjanjian akan membina sebuah pelabuhan di tapak seluas 88 hektar di Tumpat dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM200 juta. Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz berkata pelabuhan yang dijangka siap dalam masa 2 tahun bakal menjadi pusat persinggahan antarabangsa bagi kapal dari Thailand, Kemboja dan Vietnam.
Manakala pada tahun yang sama iaitu pada 11.9.1997 Kerajaan Kelantan dengan kerjasama PKINK serta MJS Partners Sdn Bhd akan membina bandar baru Pengkalan Kubor. Projek tersebut akan siap mengikut jadual dengan kos bernilai RM2.3 billion.
Tetapi kedua dua projek tersebut sehingga kini langsung tidak terlaksana.Adakah penduduk DUN N01 tak reti boleh membuat pilihan yang tepat pada 25 September nanti.
Monday, 15 September 2014
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Fitnah Terkini PasMa Untuk Kemenangan Wan Rosdi???
Sudah terang lagi bersuluh bahawa calon Pas N01 adalah pengikut PasMa. Kemungkinan besar adalah pilihan pemimpin utama Kelantan tersebut. Oleh sebab itulah, seorang pemimpin Kelantan itu dikatakan menggunakan khidmat seorang blogger Perak ini bagi menangkan Wan Rosdi di Pengkalan Kubor dengan apa cara sekali pun.
Blogger upahan yang dikatakan dibiayai oleh PasMa itu mula membuat tuduhan fitnah dan palsu di blognya dengan menuduh calon BN sudah memberi rasuah kepada pengundi pengundi di Pengkalan Kubor.
Gambar wang RM100 yang dicetak menggunakan printer komputer dan tulisan “Tolong Menangkan Calon BN” dijadikan asas untuk memfitnah BN di Pengkalan Kubor. Taktik reverse pyschology ini sudah beberapa kali digunakan oleh blogger blogger upahan PasMa setiap kali berlaku Pilihanraya kecil.
Sewaktu di Bagan Pinang, ada dakwaan BN telah mencederakan seorang jentera PAS dengan parang. Kemudian di Sungai Limau, ada patung yang digantung untuk mengejek arwah Ustaz Azizan.
Kedua dua motif dan tujuan gerak saraf tersebut adalah berniat mengajak rakyat menuduh BN sebagai pelaku perbuatan tersebut. Kali ini, strategi itu mahu diulang di Pengkalan Kubor. Ianya sudah dieksperimen beberapa kali di tempat tempat lain.
Suasana tenang dan aman di Pengkalan Kubor cuba dicemarkan dengan dakwaan fitnah sebegini. Semalam, mereka menuduh BN edar VCD di Pengkalan Kubor, namun akhirnya terkantoi bila budak yang mengedarkan VCD itu sebenarnya memakai baju royalti “R”.
Hari ini ada dakwaan BN cuba rasuah pengundi di Pengkalan Kubor. Dakwaan yang langsung tidak logik sama sekali. Calon BN bukanlah seorang kontraktor seperti calon PAS. Dari sudut kewangan memang Kamaruddin Jaafar dan Wan Rosdi lebih berkemampuan.
Atau sebenarnya PAS yang mahu rasuah pengundi di Pengkalan Kubor? Siapa pemimpin dari Kelantan yang merupakan orang kuat PasMa yang upah blogger ini?
PT
Fitnah sudah menjadi darah daging bagi pemimpin Pas demi membeti kemenangan kepada calon mereka.Tapi pengundi N01 wajib berfikir secara matang siapakah calon ysng paling layak memggalas tugas sebagai tok wakil nereka.
Saturday, 13 September 2014
PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - Calon Pas Balaci PKR Yang Pasti Tersungkur???
Menurut sumber yang boleh dipercayai, kali ini Pas menghadapi masalah yang agak sukar dalam memilih calon kerana sudah wujud secara terang-terangan perebutan kuasa antara kumpulan Anwarinas dan golongan ulama hinggakan nama calon Pas terpaksa diumumkan agak lewat berbanding kebiasaannya.
Pemilihan calon Pas juga diberitakan adanya unsur campurtangan ‘pemimpin Anwarinas Kelantan’ yang berselindung disebalik Ngo yang sedang hangat diperkatakan, PasMa. Calon Pas, Wan Rosdi juga dikhabarkan bahawa adalah antara orang kuat PasMa Kelantan.
Menurut sumber dalaman parti Pas, pada asalnya nama YB Nik Abduh yang disebut-sebut sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Pas Pengkalan Kubor akhirnya lenyap dan digantikan dengan Hatta Ramli yang semua orang tahu rakan karib Husam Musa dan pendokong kuat PasMa serta dilabel sahabat baik Anwar Ibrahim.
Cadangan nama Nik Abduh sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya kerana ingin mendapatkan sokongan pengundi muda yang jumlahnya melebihi 5000 orang di sini dan Nik Abduh agak rapat dengan pengundi muda yang pro pakatan pembangkang.
Apapun mari sama-sama kita lihat dengan mata dan hati biodata dua calon PRK N01 ini dan buatlah pertimnangan dengan akal dan bukannya dengan kepala lutut seperti kebanyakan puok2 Pas lakukan selama ini!!!

BIODATA CALON - BN
Nama: MAT RAZI B.MAT AIL
Kad Pengenalan: 651119-03-5219
Jawatan: PENOLONG PEG.PPD TUMPAT PENGURUSAN SKOLAH.
ISTERI: Khairos bt Husin (Guru SK. Simpangan Tumpat)
- Kelulusan BA(Hons) Sejarah Persuratan Melayu UKM (1999) Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah(1988)
- Anak 6 orang (3 lelaki 3 perempuan)
Anak:
1. Zamir (UiTM Art & Design)
2. Nur Izati (UIA Bahasa Arab)
3. Aizat (Maahad Tumpat)
4. Nur Zahirah (Maahad Tahfiz Tanah Merah)
5. Nur Maisarah (SK Simpangan)
6. Zulfahmi (SK Simpangan).
- Bergiat politik semenjak 1990
-Setiausaha Cawangan Simpangan.
- AJK PEMUDA bermula 2005.
- AJK BAHAGIAN bermula 2009.
- mengasaskan sekolah pondok pada 9.11.2012 di tanah wakaf sendiri di Kg.Simpangan dengan pngambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org. Pelajar semasa 20 orang dibantu guru Quran En. Daud Ismail. Pondok disumbangkan oleh Allahyarham Dato Noor Zahidi sebanyak RM50,000 pada tahun 2013. Pengajian pelajar percuma, makan pun disediakan secara percuma.
Mula berkhidmat
-1988 di SK Bunohan selama 8 tahun
- 1999 di SMK Seri Kurau Perak
- 2002 di SMK Ayer Lanas, Jeli
- 2003-2008 di SMK Geting sebagai Guru Pemeriksa Sejarah.
- Di maktab pernah menjadi johan Tilawah Al-Quran bahagian taranum.
- Mula mengaji di pondok Tuan Guru Haji Wan Mat Jal Besar pada tahun 1982 sehingga Tuan Guru meninggal pada tahun 1994. Menunaikan ibadah Haji yang pertama pada 1994. Haji ke-2 pada tahun 2008. Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.

BIODATA CALON - PAS – PAKATAN RAKYAT
Nama : Wan Rosdi Wan Ibrahim
No Kpt : 571001-02-5891
Umur : 57 Tahun
Alamat : Lot 2095, Kampung Bendang Pak Yong, 16200 Tumpat, Kelantan.
Isteri : Saadiah Salleh (Ketua Muslimat PAS Kawasan Tumpat
(Meninggal dunia pada 14 Julai 2013)
Anak : 5 Orang
Anak kepada Bekas Ketua Muslimat PAS Tanah Merah Kelantan,
(Wan Esah Binti Hj. Wan Deris)
Pendidikan Awal:
Sekolah Kebangsaan Tanah Merah
Peringkat Menengah:
- Sekolah Menengah Agama Arab Al-Ihsan, Tanah Merah sehingga peringkat SRP
- Sekolah Menengah Agama Arab, Pasir Mas sehingga SPM.
Peringkat Tertinggi:
IKM Sungai Petani, Kedah dalam Binaan Bangunan (1978-1980).
Jawatan Peringkat Parti :
Tahun 1991 : Dilantik Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Tumpat.
Tahun 1997 : Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tumpat.
Pengalaman Politik :
- Setiausaha kpd Arwah YB Wan Hussin Hj. Wan Ahmad-Penolong Setiausaha PAS Kawasan Tumpat.
- Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Tumpat.
- Setiausaha Pasti Kawasan Tumpat.
Diperingkat Kerajaan :
2009-kini : Penyelia Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubur
2013 : Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Perkayuan Kelantan Bhd.
Pekerjaan: Kontraktor binaan.
PT
Mengapa PAS mengutamakan orang Kedah yang sanggup berbohong menyatakan dia adalah anak tempatan. PAS juga jadi kambing hitam walaupun PAS sebenarnya tidak bertanding, sebaliknya calon yang bertanding atas nama PAS adalah dari kalangan PKR yang berkeahlian PAS!!!
Wednesday, 25 June 2014
Presiden MCA Menteri Penuh Kabinet Persekutuan!!!
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Wee Ka Siong masing-masing dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan sebagai menteri penuh. Turut dilantik sebagai menteri ialah Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang akan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pelantikan baharu ini berkata, Liow akan memegang jawatan Menteri Pengangkutan menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memangku jawatan itu selama lebih setahun.
Sementara Wee akan memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pelantikan itu diumumkan Najib dalam sidang media khas di Putrajaya pada pukul 1.18 tengah hari Rabu.
Selain itu tiga Naib Presiden MCA turut diberi portfolio sebagai timbalan menteri iaitu Datuk Lee Chee Leong (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Chua Tee Yong (Kementerian Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Barisan anggota Kabinet baharu ini akan mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat ini. Pengumuman pertambahan jawatan menteri dan timbalan menteri itu dibuat berikutan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA Februari lalu yang meluluskan resolusi menerima semula jawatan dalam Kabinet selepas mendapat sokongan majoriti perwakilan.
Dalam perhimpunan agung 2011, MCA meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal dalam PRU-13. Pelantikan Liow ke portfolionya itu dilihat sebagai menyambung tradisi apabila jawatan Menteri Pengangkutan diperuntukkan kepada MCA. - Sumber
Wednesday, 14 May 2014
ADUN Bukit Besi Buat U-Turn Kembali Kepada UMNO
Skrip Perak Berulang Adun Bukit Besi kembali kepada Umno, kata Shahidan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud yang menjadi wakil rakyat bebas pagi ini kembali kepada parti tu.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, kedudukan terkini kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyebabkan tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya negeri.
"Dengan kembalinya Roslee maka BN kembali memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider. “Kedudukan terkini, Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2.” Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu,
Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.
Awal pagi semalam, Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali keluar daripada Umno. Tindakan berkenaan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dalam DUN Terengganu apabila hanya mempunyai 14 kerusi, PAS (I4), PKR (1) dan Bebas (3).
DUN Terengganu mempunyai jumlah keseluruhan 32 kerusi. Kemelut itu menyaksikan PAS Terengganu mendesak DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya diadakan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan berjumpa semua Adun BN Terengganu malam ini bagi meredakan ketegangan politik di negeri itu. – TMI
Politikus tukar keputusan jika kena ‘harganya’, kata Kadir Jasin
Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".
Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.
Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Ini hanya perkembangan awal.
"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.
Kadir juga membayangkan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya beberapa Adun lain di Terengganu mengambil langkah sama keluar parti.
"Situasi pasti buruk kepada BN (Barisan Nasional) sekiranya ada Adun Umno lain mengikut jejak Ahmad dan Ghazali," katanya.
Jangkaan Kadir tersebut semakin menjadi kenyataan apabila Adun ketiga, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
Kadir berkata, PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Mereka (PAS) juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan," katanya.
Ahmad bersama dua lagi Adun Umno keluar parti beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai menteri besar baharu semalam.
Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.
Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.
Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia. Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008.
Walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh. Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib. Tahun lalu,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis.
Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.
PT
Kemelut politik yang berlaku di Terengganu diharap dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
ENTRI POPULAR
-
Gambar hiasan "Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetap...
-
SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabn...
Blog Archive
-
▼
2016
(28)
-
▼
June
(28)
- Waibi Budiman Tunaikan Tanggungjawab @PRK Sg Besar...
- BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar...
- Awas!!! Taktik Sampah Pembangkang Di Saat Akhir!!!...
- Kerajaan BN Abaikan Kebajikan Nelayan@Sg Besar #pr...
- Pemimpin Pas Layak Jadi Tukang Karut??? #prkSgBesa...
- Muktamad!!! Azmin Rela Karam Bersama Amanah @PRK S...
- Panas!!! 4000 Cina DiAngkut @PRK Sg Besar Demi Kem...
- Pas Nganga Mulut!!! MB Selangor Sokong Pan???#prkS...
- Hormati Suara Dan Teguran Rakyat-Annuar Musa #prkS...
- YB Budiman Yang Sangat Budiman!!!#prkSgBesar #SCS9...
- Amanah Tabur Janji Kosong??? - Pas #prkSgBesar #SC...
- Biar Betul!!! Hj Hadi Jual Agama @PRK Sg Besar #pr...
- Fokus Utama YB Budiman Hanya Untuk Kesejahteraan R...
- Pelik!!! Nelayan Sekinchan Terabai Di Bawah BN #pr...
- Kekalahan Amanah Semakin Hampir @PRK Sg Besar-Nuru...
- 'Kepala Perang' Ghaib @PRK Sg. Besar #prkSgBesar #...
- Tidak Perlu Pecah Kepala Berfikir @PRK Sg Besar -T...
- Pas Tidak Mampu Untuk Menang @PRK Sg Besar - Amana...
- Azmin Bantu Kempen Calon BN @PRK Sg Besar??? #prkS...
- Panas!!! Calon BN Sg Besar Sombong??? #prkSgBesar ...
- Rugi Jika Pilih Calon Pakatan Harapan #prksgbesar ...
- Tahniah!!! Pas Sudah Mula Menipu #prkSgBesar #SCS9...
- Billboard 'Cina Babi'??? Polis Akan Panggil Tony P...
- YB Budiman Pilihan Yang Tepat Untuk Penduduk Sg Be...
- Petanda Pembangkang Bakal Bungkus Di Sg Besar #prk...
- Azmin Tersepit Di Antara Pas Dan Pan. Kemenangan B...
- Pastikan Kemenangan Milik YB Budiman #prksgbesar #...
- Hot!! Hari Malang Buat Teresa Kok!! Terima Hadiah ...
-
▼
June
(28)
Blog Archive
- June (28)
- January (3)
- December (15)
- October (10)
- September (36)
- August (35)
- July (23)
- June (11)
- May (21)
- April (16)
- March (117)
- February (24)
- January (16)
- December (12)
- November (19)
- October (78)
- September (36)
- August (12)
- July (41)
- June (63)
- May (65)
- April (98)
- March (240)
- February (74)
- January (109)
- December (103)
- November (96)
- October (109)
- September (232)
- August (188)
- July (200)
- June (99)
- May (172)
- April (257)
- March (69)
- February (5)
- January (12)
- December (2)
- November (3)


