Ketua Menteri Pulau Pinang pertama ialah mendiang Tan Sri Wong Pow Nee daripada MCA yang memegang jawatan dari 1957 hingga 1969 dan diikuti Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu (1969-1990) dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (1990-2008). Chong Eu dan Tsu Koon ialah daripada GERAKAN. Ini bermakna sejak merdeka hingga 2008 (sepanjang Pulau Pinang dikuasai Parti Perikatan dan BN) iaitu untuk tempoh 51 tahun, Ketua Menteri Pulau Pinang ialah pemimpin kaum Cina. Kini DAP pula dengan Lim Guan Eng sejak 2008 hingga kini.......
Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts
Tuesday, June 7, 2011
taktik kotor pembangkang untuk terus berkuasa di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang pertama ialah mendiang Tan Sri Wong Pow Nee daripada MCA yang memegang jawatan dari 1957 hingga 1969 dan diikuti Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu (1969-1990) dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (1990-2008). Chong Eu dan Tsu Koon ialah daripada GERAKAN. Ini bermakna sejak merdeka hingga 2008 (sepanjang Pulau Pinang dikuasai Parti Perikatan dan BN) iaitu untuk tempoh 51 tahun, Ketua Menteri Pulau Pinang ialah pemimpin kaum Cina. Kini DAP pula dengan Lim Guan Eng sejak 2008 hingga kini.......
Thursday, May 19, 2011
BILA KUASA DI TANGAN.............
Guan Eng cuba hasut penganut Buddha, Hindu - GerakanPULAU PINANG 18 Mei - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diselar kerana didakwa cuba melaga-lagakan penganut pelbagai agama di negara ini dalam perutusan sempena Hari Wesak semalam.Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri, H'ng Khoon Leng berkata, dalam perutusan yang dikeluarkan di sini kelmarin, Guan Eng seolah-olah menghasut penganut Buddha dan Hindu supaya membenci orang Melayu yang beragama Islam. Menurutnya, beliau kecewa kerana Setiausaha Agung DAP itu mencampur-aduk unsur politik peribadi dalam hal keagamaan. "Apabila saya baca, saya amat kecewa kerana Guan Eng mempolitikkan ucapan tersebut yang sepatutnya menyeru kepada kebaikan. "Dia cuba melaga-lagakan rakyat pelbagai kaum serta agama," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini mengenai perutusan bertarikh 16 Mei 2011 tersebut yang disiarkan di laman sosial Facebook Guan Eng. Antara kandungan perutusan dalam bahasa Inggeris itu yang didakwa Khoon Leng berbaur hasutan adalah 'Even though Christians and not Buddhists are targeted by UMNO and Utusan Malaysia this time, what is there to stop Budhhists and Hindus from being the next targets in future.' Khoon Leng menegaskan, kenyataan Guan Eng itu ternyata boleh mencetuskan kemarahan dan kebencian penganut agama bukan Islam terhadap orang Melayu dan Islam. Ini kerana, jelas beliau, majoriti ahli UMNO dan pembaca akhbar Utusan Malaysia terdiri daripada orang Melayu. Justeru, beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan sedemikian yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang cuba mencetuskan perbalahan agama. |
Sunday, May 15, 2011
ORANG MELAKA CUKUP KENAL LGE.
| Guan Eng amal double standard PULAU PINANG 14 Mei - Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa mengamalkan sikap double standard apabila melarang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi akan datang. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, jika Setiausaha Agung DAP itu benar-benar mengamalkan dasar kebebasan bermaklumat (FOI), perkara tersebut tidak seharusnya berlaku. Menurutnya, jika Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sering menyiarkan berita berunsur fitnah, akhbar dan portal propembangkang lebih dahsyat lagi. "Perkara biasalah kalau akhbar mengkritik. Ia sebahagian daripada amalan FOI, itu normal. "Cuba baca Roket, Harakah dan Suara Keadilan. Mereka lagi teruk menyiarkan fitnah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Taman Muhibah, Batu Maung di sini hari ini. Zahrain sebelum itu menyampaikan sumbangan kerusi, meja dan khemah kepada Surau Islamiah di taman berkenaan. Baru-baru ini, sidang DUN Pulau Pinang meluluskan usul supaya akhbar Utusan Malaysia dilarang membuat liputan sesi persidangan atau berada di pekarangan DUN kerana didakwa membuat laporan tidak tepat mengenai kos ubah suai banglo Ketua Menteri berjumlah RM1.5 juta. Keputusan itu dibuat selepas Utusan Malaysia dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN./td> |
Thursday, May 5, 2011
DAP : MANA ADA TIPU ?
Thursday, April 28, 2011
Reject DAP to show that Chinese are not chauvinists
By: Susan Lim DAP seems to not mind playing with fire. With the encouraging result they received in Sarawak’s election, the party seems more and more determine to continue the same game of promoting racism. DAP’s chauvinisms were clearly displayed in Sarawak when they arrogantly call for the Chinese to consider race factor when throwing their votes. They attacked other races and played on sensitive religious issues without the slightest concern that they might hurt the feelings of fellow citizens. DAP insulted Pehin Sri Taib Mahmud for being a Melanau, which reflect the real feelings of DAP towards all other Bumiputras including Malays, especially. Pehin Sri Taib has promised to step down, and the Sarawakians believe him because there is never any doubt over BN’s culture of a smooth transition of power. With that, there is really no need for DAP to insult anybody, any race or tribes while campaigning. The arrogance of DAP is overwhelming whereby they tried to convince the Chinese that they don’t need the government. They believe that they can strive higher without having anything to do with the government. The irony is, they insist to be heard by the government and that all their demands and needs be fulfilled. In the end, DAP managed to raise even more suspicion towards the Chinese and isolate them further from other races. However, not all the Chinese were dragged into the dangerous game played by DAP. This is statistically proven with 38% of the Chinese especially in rural and remote areas of Sarawak chose to reject DAP and voted for BN. The Chinese in the rural and remote areas found that DAP’s call to reject BN’s development campaign is irrelevant. DAP failed to see that the issues of development and infrastructure including basic infrastructure such as water and electricity are still very much relevant to the people in these areas. Obviously DAP has no concern over the rural folks whom they assumed to be non-Chinese. DAP was only thinking about the Chinese who makes up the majority of the people in the urban areas who already have almost everything that they might need in terms of development and infrastructure. This only re-affirmed the fact that, DAP is a racist party and it will always be that way. With that in mind, Malaysiansshould ask ourselves these questions: How could a racist party be fair and just when all they could think of is the Chinese and the already wealthy Chinese who want to be wealthier? What would happen to the people in the rural and remote areas should DAP become the government of Malaysia? How could DAP claim to fight for unity when they strongly insist to be separated and isolate themselves from others? How could Malaysia be a better place under DAP if racial tensions keep rising? Will there be peace in the country if everybody keeps targeting and blaming and pointing fingers to each other as a result of DAP’s racist leadership? How can the Chinese continue to prosper should they continue to be under suspicion by other races for being chauvinists or racists? Bottomline is, the Chinese need to prove to us that they are not chauvinists or racists like what DAP is making us believe. And the Chinese can only do that by rejecting DAP in the next election |
Reject DAP to show that Chinese are not chauvinists
DAP parti politik subversif di sebalik undang-undang KUALA LUMPUR 27 April – DAP disifatkan sebagai parti politik subversif yang memanipulasi peruntukan undang-undang bagi mencabar kedaulatan Perlembagaan Persekutuan serta cuba mengubahnya terutama berkenaan keistimewaan Islam dan bumiputera. DAP rakus bolot projek kelas F KUALA LUMPUR 27 April – Pendedahan demi pendedahan menerusi Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock telah menyedarkan rakyat negara ini khususnya di Selangor bagaimana kerakusan pimpinan DAP membolot projek kelas F yang sepatutnya bertujuan membantu kontraktor kecil-kecilan bumiputera. Sentimen 1Cina DAP bahaya, boleh runtuh perpaduan rakyat KUALA LUMPUR 27 April – Permainan politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang semakin bahaya apabila parti itu bersungguh-sungguh menerapkan sentimen 1Cina di kalangan masyarakat tersebut terutama selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini. |
Saturday, March 26, 2011
Kit Siang Hanya Jaga peruik Nasi Sendiri Bukannya Kaum Cina.
| Kit Siang hipokrit perjuang keadilan, double standard KUALA LUMPUR 25 Mac - Kelantangan Lim Kit Siang dalam memperjuang dan mempertahankan soal keadilan dan double standard hanya membuktikan Penasihat DAP itu seorang hipokrit besar. Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, ini kerana setiap suara dan tindak-tanduk Kit Siang itu jelas bukan bersandarkan kepada kepentingan rakyat. Sebaliknya, kata beliau, ia semata-mata ditunjangi kepentingan diri sendiri dan menjayakan cita-cita politik beliau dan kroninya. "DAP jelas didorong oleh kepentingan politik dan cita-cita Kit Siang, Karpal Singh dan ahli keluarga mereka. "Adakah ia bukan satu double standard? Apakah itu adil? "Jadi, Kit Siang tiada hak untuk bercakap tentang keadilan mahupun double standard kerana dengan berbuat demikian membuktikan betapa besarnya hipokrasi beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Lum Yong, Kit Siang seharusnya menjaga kepentingan kaum Cina di seluruh negara sekiranya beliau benar-benar ikhlas dalam perjuangannya itu. "Kenapa Kit Siang tidak berjuang berhubung isu loteri kebajikan di Kelantan demi menjaga kepentingan kaum Cina di sana. "Apakah itu bukan satu double standard? Apakah kaum Cina di Pulau Pinang sama dengan kaum Cina di Kelantan? Apakah itu satu keadilan?" ujarnya. Beliau turut mempersoalkan tindakan Penasihat DAP itu yang mengambil sikap berbeza berhubung gesaan orang awam supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwatnya. Beliau berkata, adakah Kit Siang menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh dikecualikan daripada undang-undang berbanding kes jenayah yang lain. "Apakah ini bukan satu double standard dan ketidakadilan kepada orang lain?" soalnya. Justeru, beliau mendesak Kit Siang supaya menerbitkan sebuah buku berhubung perkara berkaitan soal keadilan dan double standard untuk pengetahuan ramai. "Dia patut tulis buku nilai moral, double standard dan soal ketidakadilan serta Mummy Foo," katanya lagi./td> |
Thursday, February 17, 2011
Hati-hati 'lakonan' Kit Siang, Karpal Singh
| KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'lakonan' serta tindakan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu. Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ini kerana, ia hanya helah supaya kerajaan mengenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka. Menurut beliau, jika perkara itu berlaku, Kit Siang dan Karpal serta pemimpin pembangkang lain akan menggunakan isu penahanan ISA sebagai umpan meminta simpati rakyat. "Ia amalan biasa pembangkang. Mereka akan cuba mencari peluang untuk menjolok kerajaan dengan isu-isu sensitif. "Kalau dikenakan tindakan ISA atas kenyataan yang dikeluarkan, inilah peluang mereka untuk menghentam kerajaan bagi mencari simpati rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. "Oleh itu, kerajaan perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan keadaan sebegini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai serangan Kit Siang dan Karpal terhadap Dr. Mahathir bahawa terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan pada 1988. Kenyataan dua pemimpin DAP itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan serangan berkenaan sebagai tindakan desperado'bagi menutup kelemahan pembangkang. Beliau turut mencabar kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut supaya bertanyakan mengenai isu Ops Lalang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga tidak ketinggalan menghentam Karpal sebagai orang yang tidak layak menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong dalam kes liwat Anwar. Mengulas lanjut, Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR berkata, pembangkang terutama Kit Siang dan Karpal sebenarnya sudah ketandusan isu untuk diketengahkan dalam melemahkan kerajaan dan perkara yang dilakukan itu hanya untuk publisiti murah. "Sudah tiada isu, mereka akan bangkitkan pula isu-isu lama. Inilah kerja mereka," katanya. Beliau menyokong cabaran Zulkifli agar Kit Siang dan Karpal merujuk kepada Anwar berhubung Ops Lalang. Mengulas isu sama, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, Kit Siang dan Karpal perlu 'mencermin' diri sebelum menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong. Menurutnya, Dr. Mahathir bukan 'kaki pembohong' dan tidak akan mereka-reka cerita seperti yang didakwa dua pemimpin pembangkang itu. "Perkasa memandang serius tuduhan Kit Siang dan Karpal. Kita tuntut mereka ini mohon maaf kepada Dr. Mahathir. "Karpal sendiri pun boleh dipertikaikan terutama dalam isu liwat membabitkan Anwar. Dulu dia pernah dedahkan perlakuan liwat Anwar, kini membela Anwar pula," katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar memberitahu, apa yang dilakukan oleh Kit Siang dan Karpal hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kononnya mereka handal dalam semua perkara. "Apa yang penting, mereka asyik hendak mencari jalan untuk bergaduh. Itu sahaja matlamat mereka. Sudah tidak ada modal, mereka cari apa jua isu yang boleh dibuat bergaduh. "Kalau hendak tunjuk handal pun, kenalah profesional. Jangan bersikap seperti budak-budak atau orang sudah nyanyuk," katanya. |
Sunday, February 6, 2011
CAKAP BETUL-BETUL, 10 ATAU BERAPA ?
10 pemimpin DAP Tawau keluar parti06/02/2011 3:04pm TAWAU 6 Feb. - Seramai 10 orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya, James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan, salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN). Tindakan kesemua 10 anggota parti pembangkang yang diketuai James itu diumumkan oleh Naib Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina naib presiden berkenaan, di sini hari ini. - Bernama |
Tuesday, January 25, 2011
TERKINI : APA SUDAH JADI NIE.....
Wednesday, January 19, 2011
TERKINI : KISAH HARIMAU PENAKUT
| Isu liwat: Karpal Singh makin 'terperangkap' Oleh NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my KENAPA jadi tikus menyorok belakang almari, bapa segala hipokrit dan harimau penakut. Itulah beberapa gelaran yang diberikan oleh penulis-penulis blog dan ahli-ahli Parlimen Bebas kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh. Gelaran itu diberikan, sebagai luahan kekesalan apabila peguam veteran itu enggan menjadi saksi pihak pendakwaan dalam kes liwat kedua Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau dikatakan mengetahui perbuatan itu sejak 1997. Isu berkenaan mula tercetus pada 16 Disember tahun lalu, apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan dalam blognya bahawa Karpal mengetahui aktiviti liwat Anwar lebih awal iaitu pada 1997. Menurut Ahli Parlimen Bebas itu, rekod hansard Parlimen bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Disember 1997 menunjukkan Karpal yang ketika itu Ahli Parlimen DAP di Jelutong telah mendesak kerajaan menyiasat akuan bersumpah Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali. ''Azizan dan Ummi Hafilda telah mengadakan pertemuan sulit dengan Karpal sebelum itu dan pada tahun sama dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur, Karpal sendiri menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti berhubung salah laku seks Anwar. Tapi sekarang lain pula cerita Yang Berhormat Bukit Gelugor. Pusing 360 darjah!'' katanya. Ekoran pendedahan Zahrain itu, sebuah blog, AIDC, mendedahkan secara terperinci rekod prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Disember 1998 yang mencatatkan pengakuan Azizan bahawa beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Karpal. ''Saya dan Ummi Hafilda berasa amat takut apabila diekori oleh orang-orang yang tidak dikenali. Berkemungkinan ada kaitan dengan surat yang kami buat bertarikh 5 Ogos 1997. ''Sebelum itu saya ada menerima panggilan telefon daripada Anwar yang bertanya bagaimana saya boleh terlibat dengan pengakuan bersumpah dan perihal salah laku Timbalan Perdana Menteri. Anwar amat memarahi saya. Setiap malam dan waktu siang, rumah saya di Rawang sentiasa diperhatikan oleh orang yang tidak dikenali," kata Azizan. Bekas pemandu peribadi Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu memberitahu mahkamah bahawa beliau bersama Ummi Hafilda telah menemui Karpal di pejabatnya di Lorong Pudu, Kuala Lumpur untuk mendapatkan nasihat undang-undang kerana mereka sentiasa diekori selepas menghantar surat perihal salah laku Anwar kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Blog yang sama turut menyiarkan petikan hansard bertarikh 6 Oktober 1997 apabila Karpal pernah bertanya soalan nombor 29 pada sesi soal jawab Dewan Rakyat yang berbunyi: ''Sejauh manakah perkembangan siasatan polis berkenaan dengan satu laporan yang dibuat oleh salah seorang pegawai Anwar di atas tuduhan salah laku yang dilemparkan kepadanya." Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, mencatatkan cabaran Karpal supaya Anwar tampil membuat penjelasan untuk membersihkan namanya berkaitan dengan surat mengenai salah lakunya: ''Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun ada beberapa tuduhan yang dibuat oleh dua orang, seorang adalah pemandu (Azizan) dan seorang lagi adik kepada setiausaha politik beliau (Ummi Hafilda). Kedua-dua mereka telah berjumpa saya dalam bulan Ogos (1997), berjumpa kerana nyawa mereka dalam bahaya." Hansard Parlimen bertarikh 18 Disember 1997 pula, merekodkan nada Karpal lebih keras dengan mendedahkan isu kandungan pengakuan bersumpah Azizan yang mengaku diliwat serta mendesak mangsa dipanggil ke Parlimen bagi membuktikan kata-katanya adalah benar. Walaupun pelbagai bukti telah dikemukakan, peguam veteran berkenaan telah mengambil sikap berdiam diri sehingga menyebabkan Zahrain sekali lagi mendesak pada 3 Januari lalu supaya Jabatan Peguam Negara memanggil Karpal untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan kes liwat kedua Anwar. Tambah beliau, sukar diterima akal apabila Karpal sudi menjadi peguam bela Anwar dalam kes liwat kedua sedangkan pada 1997, Pengerusi DAP itulah yang mengkritik kerajaan, kononnya lambat bertindak terhadap salah laku seks bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Tegasnya lagi, Karpal tidak layak melabelkan pihak lain sebagai hipokrit kerana beliau ialah 'bapa segala hipokrit' kerana cuba menyembunyikan rahsia besar semata-mata untuk kepentingan politik DAP. Turut memberi komen mengenai keengganan Karpal menjadi saksi itu ialah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Zulkifli yang pernah mewakili Anwar dalam kes liwat pertama dalam blognya pada 8 Januari lalu berkata, Karpal 'wajib' disapina sebagai saksi pendakwa raya dalam kes liwat kedua kerana beliau mempunyai pengetahuan mengenai aktiviti liwat Anwar dalam kes pertamanya. Katanya, Pengerusi DAP itu juga boleh dikenakan tindakan menghina Parlimen sekiranya dalam keterangannya sebagai saksi nanti, beliau menafikan mempunyai bukti aktiviti liwat Anwar seperti yang didakwanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 1997. Dalam pada itu, Choo Keong melalui entri terbaru dalam blognya http://weechookeong.wordpress.com bertajuk "Adakah ia seekor harimau dengan lidah bercabang" pula menggelar Karpal sebagai 'harimau pengecut' kerana tidak berani mempertahankan prinsip walaupun mempunyai bukti mengenai perlakuan seks songsang anak guamnya. Katanya, Karpal juga sanggup membuat 'pusingan U' dengan mengeluar kenyataan seolah-olah 'bersetuju' dengan pendirian Dr. Mahathir pada 1997 yang menolak desakannya supaya Anwar disiasat. Setelah diasak bertalu-talu, Karpal baru-baru ini menjelaskan keengganan beliau untuk menjadi saksi pendakwa dalam kes liwat kedua adalah kerana Anwar telah 'dibebaskan' oleh Mahkamah Persekutuan dalam perbicaraan kes liwatnya yang pertama. Jawapan Karpal itu, kemudiannya ditempelak oleh Zahrain yang menyifatkan Pengerusi DAP berkenaan sebenarnya cuba mengelirukan rakyat. Jelas Zahrain, penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan bertarikh 2 September 2004 yang turut diterbitkan dalam Jurnal Undang-Undang Malaya (MLJ) mendedahkan bahawa memang terbukti berlaku aktiviti liwat tetapi Anwar 'dibebaskan' atas faktor teknikal. Walaupun ditempelak, Karpal masih berdolak-dalik dengan memberikan alasan lain pada Ahad lalu, bahawa kes liwat kedua Anwar yang melibatkan Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada 2008 itu tidak berkaitan langsung dengan kenyataannya pada 1997. Katanya, kes liwat pertama yang melibatkan Azizan itu telah selesai dan pihak yang membuat desakan berkenaan tidak mempunyai asas dan tidak faham undang-undang. Alasan demi alasan terus diberikan bagi mengelak menjadi saksi. |
Tuesday, January 18, 2011
UMMI HAFILDA ALI VS KARPAL SINGH : SIAPA LEBIH CERDIK?
| Karpal nasihat peguam Ummi Hafilda teliti undang-undang 16/01/2011 4:18pm GEORGE TOWN 16 Jan. - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya. Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun. "Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun... hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya... dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik,” kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: Tergelak baca kenyataan Karpal Singh KUALA LUMPUR 17 Jan. - "Para peguam yang mewakili saya hanya ketawa ketika membaca kenyataan Karpal Singh itu." Demikian reaksi Ummi Hafilda Ali apabila ditanya reaksi peguamnya berhubung nasihat Karpal agar mereka meneliti undang-undang sebelum memfailkan saman terhadap Pengerusi DAP itu. Menurut Ummi Hafilda, sebelum membuat keputusan untuk memfailkan saman itu, beliau telah mengadakan perbincangan dan konsultasi dengan dengan enam peguam. "Mereka beritahu, tempoh memfailkan saman adalah bermula dari tarikh akhir rayuan di Mahkamah Tinggi iaitu pada September 2004. Jadi saya masih punyai masa. "Janganlah semata-mata telah bercampur dengan raja putar alam, Karpal cuba pula menjadi ular yang membelit. Adakah anda takut?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Semalam Karpal mendakwa berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab diberi tempoh tidak melebihi enam tahun. Dalam pada itu, Ummi Hafilda mendedahkan beliau akan diwakili lebih daripada lima peguam dalam memfailkan saman berkenaan. "Ia akan difailkan dalam waktu terdekat. Memang mengambil masa kerana kita perlukan lebih daripada lima peguam bagi mengukuhkan keadaan. Maklumlah, mahu berlawan dengan ular belit dan raja putar alam," ujarnya. Mengulas mengenai reaksi diterimanya setakat ini, Ummi Hafilda berkata, sokongan keluarga terutama daripada kakak dan ibu tersayang sentiasa diterimanya. "Ramai yang menyokong sehinggakan blog saya, http://srikandi7.blogspot.com/ berada di tangga ke-25 paling popular hanya dalam tempoh sebulan," katanya. |
Saturday, January 15, 2011
KERAJAAN PUSAT TERUS BANTU DAP PULAU PINANG.
DAP P. Pinang tidak serius bantu rakyat miskinPULAU PINANG 14 Jan. - Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat tidak serius membantu rakyat miskin di negeri ini berdasarkan jumlah peruntukan bagi kebajikan golongan tersebut tidak bertambah sejak dua tahun lalu.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pada tahun lalu, Kerajaan Persekutuan menyediakan sebanyak RM60.34 juta untuk keperluan golongan berkenaan manakala kerajaan negeri hanya RM3.5 juta. Pada 2009 pula, jelas beliau, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM35 juta sedangkan peruntukan kerajaan negeri masih sama. "Jika dilihat angka ini, perbezaannya terlalu jauh. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sekali ganda tahun lalu bagi membantu golongan miskin sedangkan kerajaan negeri masih pada tahap lama. "Kita mohon kerajaan DAP Pulau Pinang tingkatkan peruntukan ini, jangan berharap Kerajaan Persekutuan sahaja untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini malam tadi. Menurutnya, jika selama ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng menguar-uarkan tentang kejayaan kerajaan negeri menarik ramai pelabur asing, maka peruntukan bagi golongan miskin seharusnya juga bertambah. Zainal Abidin menambah, meskipun jumlah golongan miskin tegar berjaya dikurangkan, masih ada kalangan masyarakat yang menjadi miskin secara tiba-tiba berpunca daripada pelbagai perkara yang tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh, jelasnya, terdapat keluarga dalam sekelip mata jatuh miskin disebabkan hilang tempat bergantung hidup seperti kematian suami atau kehilangan bapa. "Golongan ini juga perlu dibantu bagi membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup," ujarnya. Pada perkembangan lain, beliau memberitahu, UMNO Pulau Pinang akan terus bekerjasama dengan sekolah-sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) di luar bandar bagi memastikan lebih ramai pelajar di kawasan berkenaan menerima pendidikan sempurna. Berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, katanya, tahap pencapaian pelajar luar bandar begitu memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini. "Kali ini, kita akan menumpukan pada subjek Bahasa Inggeris dan Matematik supaya lebih ramai pelajar di negeri ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang," jelasnya. |
KETUANAN DAP SEMAKIN HAMPIR........
abtu, 2011 Januari 15DAP Hampir Berjaya Capai Hasrat Ketuanan DAP di Malaysia...jangan benarkan rakyat bersatu...jangann... ketepikan saja ajaran Islam!..utamakan hasrat untuk hancurkan UMNO-BN DAP semakin berjaya menusukkan jarum halusnya supaya rakyat berpecahbelah. Kelemahan Pemimpin Pas dan keghairahan nafsu peribadi Nuar Berahim memudahkan grand design Lim Kit Siang dan kuncu-kuncu cauvinist-racist DAP. Arah tuju dan matlamat politik DAP tidak pernah berubah walau sedikitpun. Cita-cita ulung mereka hanya satu iaitu menghapuskan Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang dan menggantikannya dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia yang akan memartabat dan mendaulatkan Ketuanan DAP. Dua perkara teras yang mereka lakukan dan akan terus lakukan. Pertama menentukan supaya di Malaysia hanya wujud dua kaum sahaja iaitu Kaum China dan Kaum Bukan China. Kedua, DAP akan usahakan supaya Kaum China bersatu di bawah satu pegangan politik sahaja walaupun menjadi ahli dalam banyak parti politik yang berasaskan kaum China. Manakala Kaum Bukan China pula akan digalakkan bersengketa sesama sendiri sehingga tidak mampu mempertahan dan memiliki kuasa politik. Usaha DAP ini sudah menampakkan kejayaan besar! DAP sudah berjaya menanam rasa prasangka sehingga Kumpulan Kaum Bukan China sudah mula memandang serong dan mempertikaikan titah DYMM Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong, iaitu Raja mereka sendiri. KUALA LUMPUR, 13 Jan: DAP dan PKR melahirkan rasa puas hati mereka dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden PAS ekoran pertemuan dua pemimpin tertinggi PAS dengan Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin tertinggi Umno. "Saya penuh yakin, PAS terus komited bersama Pakatan Rakyat walaupun telah bertemu dengan para pemimpin Umno itu," kata Lim Kit Siang dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini. Mesyuarat itu diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini. Sumber: Harakahdaily Di pihak DAP, apa yang dibincangkan di antara Yang DiPertuan Agong dengan pemimpin-pemimpin Kaum Bukan China ini tidak penting. Yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan oleh DAP kepada Kaum China iaitu: "Marilahkita terus bersatu...kita telah berjaya kerana mereka telah menentang Raja mereka sendiri" Dengan pertolongan Nuar Berahim dan PAS, DAP akan pastikan Kaum Bukan China akan terus berperang sesama sendiri. Manakala untuk meningkatkan penyatuan politik Kaum China, DAP akan terus memberi harapan yang tinggi bahawa Ketuanan DAP/MCA/Gerakan semakin hampir menjadi kenyataan. Mengenepikan UMNO adalah agenda hidup mati DAP. Mengalihkan kuasa politik dari UMNO ke tangan Kaum Parti Bukan China yang lain seperti Pas dan PKR membolehkan Ketuanan DAP bermaharajalela. Seperti yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. DAP sudah hampir berjaya mencapai hasrat mewujudkan Ketuanan DAP di Malaysia. Dicatat oleh Penditakainsingkat di 00:52 |
Friday, January 7, 2011
Lim Kit Siang juga mudah lupa, pelupa atau sengaja lupa?
| Kontroversi pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu, mengingatkan saya kepada istilah "lupa," terutama seperti yang digunakan dalam ungkapan "Melayu mudah lupa." Ungkapan tersebut mungkin bertujuan "memperli" atau mempersendakan orang Melayu. Atau mungkin juga bertujuan mengingatkan bangsa Melayu agar senantiasa berhubaya-hubaya, berwaspada dan berjaga-jaga sesuai dengan satu nasihat yang terkandung dalam perbendaharaan sastera lama: "jika duduk meraut ranjau (mempertajam senjata), bila tegak meninjau jarah (melihat-lihat kiranya ada musuh yang hendak merempuh atau sedang mengendap). Jika tidak salah, ungkapan "Melayu mudah lupa" mula popular setelah digunakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad satu ucapan (atau puisinya?) beberapa tahun yang lalu. Sejak itu ungkapan tersebut dikutip (dirujuk) dari semasa ke semasa untuk tujuan-tujuan tertentu. Sehubungan itu saya ingin memperkenalkan satu ungkapan lain yang juga menggunakan perkataan "lupa" iaitu: "Lim Kit Siang juga mudah lupa." Ini ada kaitannya dengan beberapa komen (atau 'arahan'?) Kit Siang mengenai pelantikan Datuk Mohammed Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor yang baharu. Bila Kit Siang dilaporkan sebagai menyeru (mengarahkan?) supaya Ketua Setiausaha Negara (KSN) menggantung jawatan baharu Mohammed Khusrin itu, Kit Siang seakan-akan "sudah lupa" bahawa dia belum lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan oleh kuncu politiknya Anwar Ibrahim. Oleh kerana itu bila dia memandai-mandai "memberi arahan" kepada KSN, Tan Sri Sidek Hassan, orang bertanya: "Siapa Lim Kit Siang?" Sebelum itu Kit Siang juga dilaporkan sebagai mengingatkan supaya pelantikan Datuk Khusrin itu mengambil kira constitutional conventions (amalan-amalan perlembagaan yang tidak tertulis). Dengan komen yang sedemikan sekali gus dia menyindir (dan menimbulkan keraguan) seakan-akan pelantikan tersebut bercanggah dengan Perlembagaan. Dan bila merujuk kepada constitutional conventions dia seakan-akan "terlupa" konsep administrative conventions (amalan-amalan pentadbiran yang tidak tertulis). Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh KSN adalah selaras dengan peraturan-peraturan Perlembagaan dan amalan-amalan lazim pentadbiran. Tidak ada undang-undang yang dilanggar dan tidak ada peraturan yang tidak dipatuhi. Ertinya, dari segi keabsahan Perlembagaan atau legaliti dan dari segi peraturan pentadbiran, pelantikan Mohammed Khusrin tidak boleh dipertikaikan. Apatah lagi semuanya itu telah mendapat perkenan daripada baginda Sultan. Dan satu perkara lagi yang jangan sampai "dilupakan" oleh pihak-pihak yang membantah pelantikan Mohammed Khusrin itu ialah institusi kesultanan masih merupakan satu lembaga atau tenaga (force) tersendiri yang penting dalam tatacara (proses) urus-tadbir (governance) negara ini. Sebarang usaha "membelakangi" atau "melangkahi" baginda Sultan samalah ertinya dengan menggugah asas-asas kestabilan sosial yang dengan sendirinya akan menular terhadap kestabilan politik. Atau adakah hakikat itu telah dilupakan? Atau memang sengaja diabaikan dalam satu "perjudian" atau "percubaan menguji kekuatan." Mereka yang mengikuti taktik dan telatah politik DAP pimpinan Kit Siang itu tentu menyedari betapa parti yang dirujuk oleh Dr. Ridhuan Tee sebagai "ultra kiasu" itu sering melakukan beberapa "perjudian politik" sambil "menguji kekuatan" seperti tindakan kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng yang melakukan berbagai provokasi terhadap masyarakat Melayu/Islam di pulau itu. Dan sekarang Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan seorang Menteri Besar dari PKR cuba pula dihasut untuk "menguji kekuatan" dan melakukan "perjudian politik." Adakah mereka "lupa" bahawa, tidak seperti Pulau Pinang, Selangor Darul Ehsan masih mempunyai seorang sultan yang berdaulat. Sama ada andaian (kemusykilan) kita tentang kecenderungan "Kit Siang yang sudah mudah lupa" itu, benar atau salah, kita berharap supaya pimpinan PKR dan Pas yang "tidur sebantal" DAP itu, jangan sampai "lupa" satu perkara. Pas dan PKR janganlah sampai "lupa" bahawa kekuatan DAP hampir 100 peratus bergantung kepada sokongan masyarakat Cina. Oleh kerana itu untuk mengekalkan kekuatannya, DAP tidak boleh lari daripada memprojekkan dirinya (secara terbuka atau berselindung) sebagai "juara masyarakat Cina." Kerana itulah maka DAP berbelah bagi bila pimpinan PKR (Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim) berura-ura hendak meminda Perlembagaan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan seperti sebelum pindaan 1983 dan 1993. Hubaya-hubayalah |
Monday, December 27, 2010
MENGAPA DAP TAKUT BILA SEBUT "MALAYSIA" ?
| Takut 1Malaysia, Utusan Malaysia Oleh Hassan Mohd Noor PANDANGAN PPUBJ : SEBUTNYA MUDAH SAHAJA KERANA DAPig TU RASIS! KITA sekarang dalam minggu terakhir tahun 2010. Pastinya banyak kenangan suka duka yang dilalui sepanjang tahun ini. Ketika detik-detik akhir 2010, tragedi demi tragedi yang mengorbankan banyak jiwa dilaporkan. Bagi dunia politik, ia semakin menarik perhatian lebih-lebih lagi DAP yang sejak dulu tidak pernah lupa membuat ramalan mengenai tarikh pilihan raya umum (PRU). Tilikan DAP kali ini ialah PRU akan diadakan tahun depan, mungkin bulan Mac 2011. Turut menarik perhatian tentulah ‘politik budak-budak’ atau ‘politik keanak-anakan’ yang ada ketikanya tidak menggambarkan demokrasi telus dan tulen seperti prinsip perjuangan yang dilaung-laungkan oleh gabungan DAP-Pas-PKR. Pembaca boleh rujuk prinsip perjuangan pakatan itu melalui ucapan YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang semasa konvensyen pakatan itu di Kepala Batas pada 19 Disember lalu. Apakah maksud kebudak-budakan itu? Tentulah isu berkaitan tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengharamkan logo 1Malaysia dalam iklan dan papan tanda di negeri itu. Kenapa perlu diharamkan? Pelik tapi benar. Itulah keputusan kerajaan negeri pimpinan PKR-DAP-Pas Selangor. Menurut Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan pengharaman itu kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik. Tetapi laporan The Star pada Jumaat lalu menimbulkan persoalan adakah tindakan sebuah kafe menggunakan lambang roket tidak berbaur politik? Untuk makluman, roket adalah simbol DAP. Budak-budak pun tahu mengenai 1Malaysia, konsep Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Ia bukannya lambang dacing. Tidak ada di logo 1Malaysia itu lambang UMNO, MCA, MIC, Gerakan atau PPP. Harap-harap, selepas ini jangan pula kerana takutkan 1Malaysia, ada usaha untuk mengharamkan kereta yang memasang pelekat 1Malaysia memasuki Selangor. Begitu juga jangan pula mengharamkan t-shirt, topi, kad Touch’nGo atau apa sahaja yang tertera logo 1Malaysia berlegar di Selangor. Kalaulah berlaku juga, maka jangan terkejut ada orang awam yang terpaksa menanggalkan baju berlogokan 1Malaysia atau terpaksa balik menukar baju untuk berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri. Sekali lagi persoalan kenapa takut dengan logo atau iklan sebegini? Pembaca boleh selak kembali apabila pada Februari lalu, poster Perdana Menteri, Najib Tun Razak sempena majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan di Pandamaran, Selangor terpaksa diturunkan. Alasannya kerana tidak ada permit. Tetapi selepas BN memohon permit, hanya poster bersaiz kecil diluluskan. Apa salahnya poster seumpama itu diberi perhatian kerana ia melibatkan acara di peringkat kebangsaan? Adakan papan tanda seperti Hapuskan ISA, Kembalikan Hak Air, Membangun bersama Islam boleh dikategorikan sebagai berunsur politik kerana idea itu datang daripada parti politik? Begitu juga dengan bendera parti yang dipasang seolah-olah akan diadakan pilihan raya kecil atau PRU. Laporan akhbar tempatan baru-baru ini menyebut mengenai bendera besar Pas yang berkibaran di jalan raya di satu kawasan di Kajang dibiarkan tanpa tindakan oleh PBT. Bendera ini umpama ‘iklan’ berbaur politik. Kita bukan berada pada musim pilihan raya. Sebenarnya banyak perkara lain yang boleh diberi perhatian oleh PBT. Bukannya takut dan cemas dengan logo 1Malaysia yang sebelum ini cuba dikaitkan dengan One Israel. Contohnya PBT boleh menumpukan usaha menurunkan papan iklan bahasa rojak, tidak mengutamakan Bahasa Malaysia, restoran/kedai yang menyalahgunakan logo halal, premis menjual arak secara terbuka, membersihkan lalang atau rumput di pinggir jalan yang hidup subur, menanggalkan iklan pinjaman wang tidak berlesen, memastikan kelab malam atau hiburan tidak bebas beroperasi dengan GRO gadis bawah umur dan pendatang asing yang berkeliaran mencari pelanggan. Inilah kerja ‘orang dewasa’ yang lebih berfaedah daripada takut dan cemas pada logo atau papan tanda yang membawa mesej baik tanpa ‘ada udang di sebalik batu’. Mungkin hasil 1Malaysia, di Stadium Nasional malam tadi bergema Malaysia Boleh bagi menunjukkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum ketika memberi sokongan kepada pasukan Malaysia menentang Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF. Sindrom takut bukan setakat kepada 1Malaysia tetapi juga terhadap Utusan Malaysia. Sejak selepas PRU lalu, kerajaan Selangor pimpinan PKR-DAP-Pas juga takut dengan Utusan Malaysia. Ada kempen boikot mengenainya. Begitu juga di Pulau Pinang. Baru-baru ini, ketakutan itu dibangkitkan lagi dalam konvensyen pakatan itu. Penulis tidak mahu ulas panjang mengenai isu ini. Cukuplah penulis perturunkan sedutan ucapan Tuan Lim Guan Eng (Tuan di sini bukanlah mengenai tuan dan hamba seperti isu ketuanan Melayu tetapi Tuan yang digunakan pada poster Ketua Menteri). Ucapan Guan Eng antara lain ialah: “Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulen dan watan – the real Malaysians. “Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenal pasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians? “Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion raja). “Satu lagi golongan yang bukan real Malaysians adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja. “Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians. “Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak lebih cerah dan baik. “Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masyarakat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. “Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara sama rata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan.’’ Begitulah sedutan ucapan Guan Eng mengenai Utusan Malaysia dan rakyat Malaysia yang sebenar. Pembaca boleh buat ulasan sendiri. Tetapi Selak sekadar ingin meminjam sedikit kata-kata Guan Eng yang turut terkandung dalam ucapan itu. Kata Guan Eng: Hentilah cakap-cakap kosong. Marilah kita berusaha dan bekerja gigih. Selamat tinggal 2010.) |
LONNIE LIU ......
Monday, December 27, 2010CILI KASI TARUK! RONNIE LIU DAN PAKATAN HARAM YANG RACIST!![]() "Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo'lo' Ghazali ketika mengulas perkara itu berkata, sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai" - haprakahdai |
Selangor beku larangan guna logo 1Malaysia selepas teguran Kit Siang...
| Selangor beku larangan guna logo 1Malaysia selepas teguran Kit Siang... Oleh: ROSLAN BIAN PANDANGAN PPUBJ : KALAU GITU KHA KHA LED NAMPAK MACAM BONEKA ATAU PATUNG SAHAJA, YANG TENTUKAN SEMUANYA ADALAH DAP....BETUL KE? Hairan juga kerana sehari selepas Lim Kit Siang meminta kerajaan pakatan rakyat di Selangor kaji balik larangan guna logo berkenaan di papan iklan di negeri itu, cadangan itu serta merta dipatuhi. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu pada Sabtu sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan larangan itu sehingga diberitahu kelak. Bertambah pelik, Liu mengeluarkan arahan itu tanpa merujuk kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan sedang bercuti. Seperti dilapor Malaysiakini, beliau akan meminta semakan semula terhadap larangan tersebut dalam mesyuarat Exco akan datang sebaik Khalid kembali daripada bercuti, yang dijangka awal Januari ini. "Sementara itu, saya menasihatkan semua PBT supaya membekukan penguatkuasaan mereka terhadap logo 1Malaysia," katanya. Sebelum ini, larangan penggunaan logo 1 Malaysia itu dibuat kerana dianggap melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional (BN). Apapun pasti ada sebab lain mengapa ahli Parlimen Ipoh Barat itu mencadangkan larangan itu dikaji semula. Tambahan pula, Lim menekankan semua rakyat perlu menjadikan Malaysia sebagai keutamaan diikuti dengan bangsa, agama, geografi dan sosioekonomi. Sebenarnya pemimpin DAP terutama Lim sedar bahawa dengan penguatkuasaan larangan guna logo 1Malaysia yang diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan membuktikan kebenaran bahawa DAP adalah parti berasaskan perkauman sahaja. Rakyat Malaysia tahu 1Malaysia mewakili semua kaum dan DAP sudah tentu tidak mahu melihat parti itu hanya mewakili satu kaum sahaja dengan melaksanakan larangan penggunaan logo tersebut. Sungguhpun, Lim sebelum ini pernah mencabar menteri-menteri kerajaan BN di Parlimen supaya mengakui mereka rakyat Malaysia dulu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau adalah Melayu dahulu kemudian baru Malaysia, larangan guna logo itu nampak ‘alasan politik bodoh’ pakatan rakyat di Selangor. Bertambah malang sebab Liu dari DAP dan bertangungjawab dengan PBT. Justru itu, tidak sampai 24 jam selepas teguran Lim, Exco DAP yang kalah dalam pemilihan pimpinan DAP Selangor tidak perlu tunggu lama minta supaya larangan itu dibekukan dahulu. Sebab lain, pembangkang juga sedar rakyat Malaysia sudah cukup masak retorik politik DAP, PKR dan PAS berdepan isu 1Malaysia. Ini kerana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini melaungkan kesamarataan hak setiap kaum di negara ini tetapi peliknya bila Najib melaksanakan gagasan 1Malaysia supaya semua kaum menikmati hak masimg-masing, pembangkang pula menolaknya. Kesimpulannya mudah bahawa pembangkang akan jadikan apa saja dilaksanakan kerajaan sebagai modal politik mereka kerana perjuangan mereka bukan untuk rakyat sebaliknya mahu mengambil alih kerajaan semata-mata. Inilah perbezaan pembangkang di Malaysia berbanding negara luar yang sentiasa mengkritik dan menegur kerajaan melaksanakan perubahan sehingga dihormati kerajaan dan rakyat. Malangnya di Malaysia tiada teguran membina sebaliknya hanya kritikan keras selain tindak tanduk yang memalukan negara. Kini perjuangan pembangkang bukan lagi untuk membela rakyat sebaliknya berharap pilihan raya umum diadakan secepat mungkin kerana mereka yakin dapat menawan Putrajaya selain berhempas pulas menyelamatkan Anwar bakal Perdana Menteri. -25/12/2010 |
TUNJUK KUASA.
PANDANGAN PPUBJ : BAGI UMNO TAHU, I ADA POWER DI SELANGOR, DAP SEMAKIN TERTEKAN , KALAU BERANI BUATLAH SATU SLOGAN YANG LEBIH BAIK ATAU PUN SAMA DENGAN SATU MALAYSIA : APA JADI DENGAN "MIDDLE MALAYSIA" SUDAH BERKUBUR KA? Liu (kanan) berkata, larangan itu dibekukan sementara kerana kekeliruan mengenai logo 1Malaysia yang mana satu yang dianggap sebagai propaganda BN dalam bahan iklan. "Masih ada kesamaran mengenai apa yang dianggap sebagai tindakan politik oleh BN dan sebaliknya," katanya kepada Malaysiakini.Menurut Liu lagi, banyak PBT yang masih belum jelas mengenai bentuk bahan iklan yang tertakluk kepada larangan tersebut. Tambahnya, beliau akan meminta semakan semula terhadap larangan tersebut dalam mesyuarat exco akan datang sebaik sahaja Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kembali daripada bercuti, yang dijangka awal Januari ini. "Sementara itu, saya menasihatkan semua PBT supaya membekukan penguatkuasaan mereka terhadap logo 1Malaysia," katanya. Liu bagaimanapun terkejut ketika diberitahu bahawa Majlis Daerah Sabak Bernam telah menguatkuasakan larangan tersebut sejak Jun tahun ini. "Setakat yang saya tahu, hanya Majlis Daerah Kuala Langat menurunkan beberapa papan iklan yang memaparkan logo 1Malaysia," katanya. Liu bertegas bahawa Sabak Bernam tidak menguatkuasakan larangan terhadap logo 1Malaysia. "(Bagi Sabak Bernam) Saya tidak berfikir ia telah menguatkuasakan (larangan tersebut), saya masih melihat banyak logo 1Malaysia di sana," katanya |
Subscribe to:
Posts (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA








Liu (kanan) berkata, larangan itu dibekukan sementara kerana
"Sementara itu, saya menasihatkan semua PBT supaya membekukan