Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Monday, January 25, 2016

Misi Solo Mendaki Bukit Broga @ 24 Januari 2016

Bukit BROGA ni terletak di Semenyih, Selangor dan merupakan salah satu destinasi kegemaran bg mereka yang gemarkan aktiviti mendaki (hiking) ni. Level of difficulty lak xde la tough sngt, utk beginner boleh la nk try. Laluan dia pulak ok n xde la jauh sngt nk sampai ke puncak. Kalu hujung2 minggu or hari cuti, mmg penuh dengan manusia xkira la kanak2 smpi la org dewasa. Ada yg datang sendiri, ada yang dengan kawan2, ada yang dengan family n ada jugak yang datang rombongan 2,3 bijik bas. 
Macam mana nk ke sini??? Tempat ni senang jer nk cari. xperlu masuk sampai ke kawasan pedalaman atau ceruk2 la. Laluan jalan raya pon ok. Korang bole Google Map je klu nk dptkn route n location ke sini dari tempat korang. Kalu korang dari Pekan Kajang, perjalan lebih kurang 15 ke 20 minit jer (bergantung kpd gaya pemanduan korang). 
Kawasan Parking??? Korang boleh naik kereta, motor or bas rombongan ke sini. Utk motor n kereta mmg disediakan kawasan parking dlm kawasan ladang sawit n perlu bayar per-enrty. Kalau naik bas rombongan tu bas kena parking luar. Tp kalau naik kereta ni nk parking dalam tu susah sikit kalau hari2 cuti ni. Sbb cepat full, dan bila dh full kena parking luar la, tepi2 jalan besar. Lagi satu kalau kereta korang jenis lowed ni xsesuai la nk masuk parking dalam ladang sawit. Korang faham2 la yer jalan dia mcm mana. Kadar parking pula dikira dengan harga berikut:

MOTOSIKAL : RM 1.00 per-entry
KERETA : RM 5.00 per entry

Lepas siap parking tu, korang kena menapak sikit untuk ke kaki bukit sebelum mendaki. Kt kaki bukit ni dh disediakan signboard, so korang akan tau lah mana nk mulakan perjlanan. Bagi mereka yang nk setkn masa pendakian boleh set start dari pintu masuk tu. Nk masuk xde kena bayar tau. Kalau ada yg mintak bayaran tiket masuk ke apa ke, itu semua PENIPUAN!!!    
Ni Enterance nk masuk ke bukit Broga. Ada pintu gerbang lagi. Tepi Enterance ni ada warung jual air kelapa, 100Plus, Maggi Cup, Kuih muih.. Harga pulak mmg level 7E lah.. 
Biasa la kawasan tourist kn, Harga barang kena markup KAW2.. 
(Tips : Bawak la bekal siap2. klu nk beli air 100plus tu, g beli kt 99SpeedMart k sblm g hiking. Haha)
________________________________________________________

So, bagi aku pulak, aku dah beberapa kali naik Broga ni. Dan setiap kali naik tu, Alhamdulillah berjaya sampai ke puncak. Tp sebelum ni semuanye naik beramai2 ngn kawa2. Kali ni nk try naik sesorang memandangkan dah biasa dgn tempat tu. Nk ajak member pon ramai yang balik kampung sempena cuti 3 hari ni (Thaipusam jatuh hari Ahad, bawak cuti ke Isnin). 
Lepas subuh tu terus gerak dari rumah n sampai sana dalam 6:40 pagi. Dinasihatkan untuk buat stretching (regangan) dulu, jangan terus jalan or lari naik bukit tu. Lalauan dia berliku2 n ada halangan. Kang xpasal2 kejang or krem. Dinginatkan jugak sekitar waktu 6:30 - 7:00 pagi ni, kawasan tu masih gelap, so elok bawak torchlight (lampu suluh) bagi memudahkan perjalanan. Kalau xbawak, kena la follow org yg ada lampu. Untuk aspek keselamatan, pakai la kasut n pakaian yg sesuai. 
Dalam dekat2 kul 7:00 pagi jugak la baru gerak naik dr pintu gerbang tu. Elok jer melangkah masuk terus ak setkan masa pendakian. 

Memang ramai orang yang akan mendaki n ada juga yg dh nk turun, So kena hati2 sikit bile berselisih. Memang akan ada insan yg bersemangat tinggi, diaorg akan lari jer memanjang, xpeduli dah ada org ke xde orng ker... Terlebih PAMOGA kot.. 
Nk sampai ke puncak tertinggi Broga ni ada beberapa level/layer. Dia kawasan mendatar yang agak luas la utk pendaki stop berehat sementara nk sambung perjalan tu. So bila stop, kita selfie dulu. Amik ko mulut ternganga xcukup nafas.. Hahaha... 
So time ni bole la nk minun air yg dah dibawa tu. Bila dah rasa tenaga dh kembali, Sambung perjalanan..


Akhirnya, sampai dh ke puncak tertinggi Bukit Broga, Kawasan ni xluas, cuma ada batu besar jer. Jd mmg ramai la org akan ada kt sini. Biasanye yang dah sampai kt puncak ni, mereka akan bergambar n rehat sekejap sambil tengok pemanandangan. Kalau nk tengok matahari terbit kena datang awal.
Kalau ada kt puncak tu dalam jam 8:30 pagi, time tu matahari dah mula panas. Sunburn la jawabnye.
Pemandangan dari atas yang tidak dipandang sngt pon.. Hahhaha
Dh selesai rehat, selfie n update ststus di media sosial, jom lah kita turun. Bagi peluang kt org lain pulak nk naik n duk kt atas tu. Tp time ni dh jam 9:00 pagi, Matahari mmg dh panas, but still, ramai lagi yang masih mendaki.. Cayok2...
Panas giler baq ang....
_________________________________________________________

Alhamdulillah, selesai sudah misi solo mendaki BROGA kali pertama. Insyaallah utk tahun 2016 ni sekurang2nya sebulan sekali akan naik BROGA ni, xkira la solo or berjemaah. 
So, kalau ada sape2 nk join, jom lah...

#FIT2016

Wednesday, March 19, 2014

Menu : BUR-GET ( BURger + nugGET )

Assalamualaikum W.B.T.. 
Hari ni nk kongsi ckit ilmu masak2.. Hahaha.. Masak2 kata nye.. Ala2 IMPIAN RASA Master Chef lah lebih kurang. Dalam cabaran cipta rasa... OK lat terus kepada menu atau hidangan yg nk dikongsikan ni adalah BUR-GET iaitu kombinasi dan kolaborasi antara Burger dan Nugget. Burger tu roti dia jer. Roti burger tu. Nk pakai roti potong or roti hotdog/sosej pon bole..
So bahan2 yg diperlukan tu xbyk pon n ia mudah disiapkan. Berikut adalah bahan2 yg diperlukan dan cara menyediakannya...

Bahan2 keperluan :-
1) Nugget - Ikut lah nk byk mana. Standart 1 bun roti tu bole letak 3 keping nugget. Kalu rasa mewah tu bole la beli cap Ayamas ker Ramly ker. Kalu rasa rakyat kt rumah tu ramai, beli yg murah2 suda.. 
2) Bun Roti - Kalu nk pakai roti potong or roti hotdog pon boleh.
3) Sos cili/tomato/mayonis/thousand island/dll - Sos tu wajib la ada, yg lain2 tu penyedap rasa jer. 
4) Majerin/planta - Utk di sapu pada roti bila nk bakar nti. Fungsi nye mengurang kan kadar kehangitan dan kerentungan pada roti.
5) Sayur2an - Ni bagi penggemar sayur lah, bole letak timun, salad, tomato dan yg seumpama dngnye. Kalu x minat mkn sayur xyah letak. =]
6) Peralatan utk membakar roti dan menggoreng nugget.
 Secupak Nugget
 Nugget yg telah siap digoreng
 Bun roti (comel jer 2 bijik bun kt situ)

Kaedah penyediaan :-
1) Goreng nugget hingga masak.
2) Potong roti dan sapukn majerin, kemudian bakar dalan oven.
3) Kalu ada sayuran boleh dipotong dan dirincik mengikut rasa masing2.
4) Bila dah siap letak sos dan bahan2 berkaitan spt sayur, mayo, thousand island dll pada kedua2 permukaan dalaman roti bun td.
5) Susun nugget kt atas bun roti dan tutup kn dng bun bhgn atas
6) Yg minat berhias tu bole lah hiaskan ape yg patut. 
 Bun roti yg dipotong dan di sapu majerin/planta
 Roti siap dibakar dalam oven
 Sos yg dituang/disapu pd roti
susunan nugget pada roti 

Akhirnya siap. Senang jer kn. 
Hasilnye lebih kurang mcm gmbr kt bawah ni lah. 
Sedap tau!!!

...SELAMAT MENCUBA...

P/S : Actually resepi ni adalah olahan dari pembacaan di blog kawan lama iaitu Citah. Korang boleh refer kt sini : 

Monday, March 25, 2013

TORTILLA @ Downtown Jln. Reko ^_^

Lamanye xupdate blog nie.. Haha.. Busy katanye.. Tp mmg busy btol pon.. Byk benda nk kena selesaikan.. Tp walopon busy tetap kena merayap k.. Ok la, kali ni nak cerita tentang satu menu yg jarang 2 la aku jumpa kt mana2 tempat (xtau la kalu korang selalu jumpa) yg berjudul TORTILLA. Aku pon xtau actually ape kejadah nye tortilla ni. Tp ingredients dia lebih kurang mcm nk wat kebab kot.. Maybe makanan ni dari timur tengah. Anyway kalu korang g Downtown Jln. Reko ni, aku cadangkn menu ni sebagai menu wajib rasa la.. Aku suka g Downtown Reko ni sbb suasana dia ok, xdela sesak sngt, peniaga pon ramai, dan yg paling best pilihan makanan yg sngat banyak.. NYUM NYUMMM...
Ok la, enough of that story, jom kita tngok TORTILLA ni dng lebih dekat lg.. 
Ape lai, kamera pon jalankan tugas laaaa.. Snap snap!!
Harga cuma RM4.50.. Kategori mampu milik la kn...
 Bahan2 yg digunakan : ada roti leper(xtau ape nama dia, tortilla la kot, haha), salad, bawang, tomato, kobis, ayam, daging, dan sos chili, mayo n thousand island.. 
(p/s : bole nk pilih samada ayam, daging atau campur2) 
 Proses buat yg sangat mudah dan sekejap..  
Lepas siap letak bahan2 semua, bakar pulak atas pan/kuali leper. Berapi tuuuuu.....
 Hasilnye... Sedia untuk dimakan.. NYUM3... Jemput mkn semua... 

P/S : Next destination???? hahahaha.. 

Sunday, December 16, 2012

Minggu2 Terakhir BerPraktikal =(

Pejam celik pejam celik, sedar2 dah tamat tempoh untuk menjalani Latihan Industri selama 24 minggu @ hampir 6 bulan.. WoWwW.. Lama tuu.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. Berjaya juga mengaharungi tempoh ber'intern' bermula 2 Julai haritu sehingga 14 Disember.. Banyak pengalaman dan pengetahuan deperolehi dari syarikat ni.. Daripada xtau ape2 tntang dunia pekerjaan a.k.a ZERO KNOWLEDGE, dan sekarang dah ada pengalanam dan sedikit ilmu pengtahuan.. Selain tu elaun juga diperoleh setiap bulan, xpernah miss, Alhamdulillah. Bila dengar rakan2 lain yg berpraktikal, ada yg xdpt elaun, ada juga yg dpt hanya 2 bulan pertama, dan ada juga yg dpt byk a.k.a "durian runtuh"..
Bila dah mingu2 terakhir ni biasa la, bermulalah agenda perpisahan.. Ape yg terbaik dari company ialah mereka telah mengadakan Jamuan Perpisahan utk adik2 praktikal pada 13/12/2012 (Khamis) yg lalu.. Makanan fully support dari pagi sampai petang.. Memang terbaik la.. Bersykur sbb dpt praktikal kt company tu.. Staff2 pon terbaik, terima kami kt sana mcm sebahagian dari keluarga mereka n byk memberi tunjuk ajar.. Korang mmg terbaik. Moga Visualxtreme terus success dan berkembang maju.. Insyaallah.. =]
Sarapan pagi yg ditaja company 
( Bihoon goreng )
Makan tengahari yg juga ditaja company 
( Nasi putih + Kari ayam + Udang + Telur Dadar + Ulam2an + Sambal Belacan )
~ KAMI SAYANG V.X ~
Betol.. tak tipu... hik hik hik..

Menu petang yg masih ditaja ( Roti Jala + Kari Ayam )
Limited, sorang 3 jer.. =(
Hari terakhir plak iaitu pada 14/12/2012, ktorg plan nk belanja warga office. Lgpon ape la sngt kn kalu nk banding kn dng ilmu dan pengalaman yg diperoleh dar staff2 sana tu.. So mlm tu wat la planning ape nk beli n kira2 bajet. Siap gaduh2 lg sbb Bai tersalah kira.. Nk bolot semua duit nampak..!! HAHAHA.. Ape pon xbole.. 
Beli KFC jer kat Warta Bangi 2 Barrel
(bajet : sorang seketol)
Bila pk2 balik mcm xpuas hati jer ayam KEPCI tu sorang seketul, kitaorg pon sebulat suara nk beli goreng pisang plak pas solat jumaat tu.. Senyum lebar masing2 warga staff.. Hehe.. Thanks for everything.. 
Petang tu plak dia adakan tayangan Episod yg dah siap render dan compose.. Memandangkan last day kami, so mereka berbesar hati nk tunjuk la hasik kerja kami tuu.. Alhamdulillah, puah hati tengok.. 
Tayangan preview Episod 1-3 
( Gambar terpaksa di'blur'kn sbb copyright, bnda ni belom publish pada umum lg ) 
Abg Makmin (Ahmad Hilmi), supervisor kami yg banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sejak hari pertama kami masuk office.. Sentiasa tolong kami tak kira masa.. =]
 Gigih menulis ulasan kt buku log ktorg.. Hihi..
Ni plak PC yg dibekalkan compani utk wat kerja.. Dah kemas dah sbb nk balik dh masa ni.. Meja pon nampak kosong jer.. PC pon da tutup.. Duduk betol2 bawah aircond.. (--")
~Gonna miss my work station~

p/s : Segala ilmu yg diperoleh Insyaallah akan digunakan sebaiknya. Budi disemai Bakti dituai..