Wednesday, September 29, 2010

Babyes

Kebanyakan password komputer di wad kanak2 di eja begitu. Kenapa ye?

Aku minta maaf sebab entri ni, sekali lagi, pasal babies. Aku rasa, ter'swoon' la dengan kecomelan babyes ni sehingga aku rasa, neonatal unit akan jadi tempat aku lepak bila aku kerja nanti. Sambil berangan, kan best kalau aku jadi baby, boleh tido aje sepanjang masa.

Tadi nurse tegur aku sebelum aku sentuh baby 'don't wake her up'. Duhh, pegang pon tak boleh ke? Atau aku ni memang muka pendera bayi sangat?



Pagi ini, ada sepasang twin dilahirkan. Orang puteh ni, hari2 pun nak beranak twin. Tau tak, dalam hati aku kecoh kalau korang nak beranak twin, semua risks pun double ok. Twin 1 dilahirkan kepala dulu dan terus menangis. Twin 2 keluar bontot dahulu. Kemudian dia ditarik keluar dengan ganasnya oleh 'reg yg aku adore itu' seperti ayam, sehingga aku takut kalau2 bayi itu, akan dapat neck injury. Keluar saja, dia diam. Warna tak adalah biru. Tapi malas menangis.

Twin 2 perempuan, yg dinamakan Charlotte. Twin 1 lelaki, abang dia dah selamat bapak dia pegang. Charlotte kemudiannya di pass kan ke resuscitation trolley. Dia masih bermalasan. Gerak tak mahu. Bukak mata tak. Nangis tak. HR laju lebih 100. Kaki tangan warna pink, elok. Gosok belakang, buat bunyi sikit. Last2, nurse cakap, jomlah, kita cucuk Vitamin K, mesti dia nangis punyer. Dan, betul-lah, dia nangis. Tapi lepas tu senyap tido balik. Dengan kata lain, baby ni degil betul atau pun jenis rilek-rilek ar bro, jangan kaco aku tido.

Aku cerita benda ni kat Mem. Dia kata, mesti masa aku lahir dulu pun begitu. Huh.


Disebabkan aku bosan, aku pon baca article berkenaan berapa kali kita kena mandikan bayi. Ada study 2005 mengatakan, adalah selamat tak mandikan bayi selama 4 hari. Fuyoo. Reason mandikan bayi ialah tak mahu normal flora membiak terlalu banyak dan kurangkan risk infection. Terutama bayi yg pusat tak putus itu. Lepas tu, kalau mandikan, kena air suam-suam kuku. Di-komen juga dalam article itu, bayi tido lepas mandi, bukan sebab diorang rasa lebih rileks, tapi sebenarnya keletihan. Katanya lagi, mandi ni upacara yg agak traumatic oleh mereka. Korang kan boleh tengok, bayi akan terkezut terkezut bila air kna kat muka dan tunggang terbalik kan mereka semasa mandi.

Teringat pula kisah Pak Pandir mandikan anak dia dgn air panas.

Aku rasa kena kurangkan tabiat membandingkan bayi dengan haiwan. Macam nampak mereka cute macam kucing, dilahirkan macam ayam, dan kalau terkapai2 in the air time nak passing kat orang, aku nampak mereka macam penyu yg terbalik dalam air. Oh, giler teruk imaginasi aku ni. Focus! Focus! Jangan campur fantasi n realiti! Nanti confuse!

Anyway, aku masih tak dapat sesuaikan diri lagi dengan daylight saving ni. Sekarang beza NZ dan Mas, 5 jam. Asyik bangun lewat aja pagi2. I need my another hour, please!

Tuesday, September 28, 2010

Resuscitation : Nono

Selama ni, aku tak pernah fikir soalan berikut, 'Aku nampak garang ke? Aku nampak unapproachable ke? Aku mesti nampak sombong, malas nak layan'. Sebab aku tak kisah. Dan aku pun malas nak tanya pendapat orang sebab aku tak boleh terima kritikan melampau sangat. Ada seseorang pernah mencadangkan aku supaya menambah ke-charm-an aku, sampai sekarang aku nak emo kalau bercakap dengan dia. Tak nak mengaku dia betul.

Anyway, aku perempuan. Takde istilah princess charming. Dan aku nak jadi queen.


Untuk 4 minggu seterusnya aku akan berada di wad kanak-kanak. Minggu ni aku pilih untuk buat neonates yg kerjanya hanyalah buat ward round, pegi sambut baby kat delivery suite dan buat well baby check, dan naik ke post-natal ward kalau ada bayi kuning.

Dah tau dah, specialty kanak-kanak bukan pilihan aku. Tak suka bayi menangis. Juga tak boleh buat teman bercakap. Bayi yang masuk NNU, semuanya hanya tau tidur, sebab diorg ter-lahir awal, ingat masih dalam rahim ke? Nak suasana gelap, sunyi. Eceh. Kebanyakan bayi ada masalah bernafas kalau lahir terlampau awal.

Pagi ni, ada call utk sambut baby kembar. 34 weeker, Twin 1 berat 1.7 kg, Twin 2 berat 1.3 kg. Mereka kemudian dinamakan Jyzelle dan Julia. Pergh. Habis hebat nama Jyzelle nih. Julia la yg sedikit bermasalah. Keduanya keluar perut mak menangis sakan, tapi lepas tu dua2 sunyi sepi tido. Julia pula tak mahu bernafas, sedikit floppy dan Sats turun jadi 82%, jadi dia sekarang kena guna alat bantuan pernafasan - CPAP. Consultant suroh pikir, apa yg patot kita rule out. Jadi dia mahu buat chest x ray. Lahir tak ada meconium, takde sign of infection, kakak dia tak ter-infected pun, adakah dia ada sesuatu congenital lung disease?



Kesian juga tengok baby kecik2 dah kna pakai alat pernafasan ni, pastu cucuk2. Dah la payah nak masukkan IV line. Tapi, disebabkan ni bukan anak aku, mestilah aku takde perasaan.

Hari ni aku terjatuh hati lagi kepada registrar O&G bila tengok dia deliver baby. Damn it! Cemane aku boleh suka kat mamat india? Nasib baik aku jarang jumpa dia. Nasib baik. Nasib baik sangat2.

Saturday, September 25, 2010

Is This Really Happening?


Semalam aku exam. Weekend ni aku boleh relax, in other words, mood aku baik. Let's work on a topic.

In another note, aku betul-betul lupa adik aku amik UPSR. Dan, dah habis pun exam. Mak aku tak cakap. Aku pun tak tanya. Oh no! Loser-nya aku ni, adik exam pun tak tahu dan lupa! So self-absorbed in my own world.



Weekend ni banyak betul kisah berkaitan perkahwinan of the year anak SM what? Nasimuddin?, yg sungguh grand itu. Bak kata D, ada dua kelompok wujud iaitu, yang kata 'comey, sweetnyer' dan satu lg kelompok berkata 'membazir'. Rentetan itu, banyak blog dan video mengenai perkahwinan di 'search' di internet.

Hari ni pula, menonton kisah cinta 500days of summer. Sukanya minah ni! Sangat pelik. Pertama kali aku tonton dia, dalam cerita Yes Man! Sampai sekarang pun I'm loving that story. Nak kena beli dvd lah!

Aku sekarang berada di Wellington, sebuah bandar yg aku pernah duduki. 3 tahun! Setiap kali aku kembali dari Palmerston North, akan terdetik dalam hati aku, 'how I missed this city'. Aku suka tengok semua orang nampak kemas dan professional. Berpakaian serba hitam. Semua berjalan dengan pantas. Semua nampak gaya ber-kerjaya. Lelaki yg nampak berusia macam 40-an, masih berjalan sambil mendengar i-Pod. What are they listening to? Music? Gila-lah jiwa muda. Kalau anda berada di Palmerston North, you would see the 40's guy walking with the kids, looking old and bald, pakai pullover sweater, looking like how dad should be. Weee...

Pagi ni, aku keluar dengan Cipot, then Cipot beli coffee. I would definitely missed this moment. Ntahlah. Gaya hidup sebegini pastinya akan berakhir kan? Boleh tak, mahu selamanya begini? Boleh beli apa-apa sahaja tanpa pikir pasal duit cukup ke tak, boleh keluar mana-mana tanpa tanya boleh ke tak? Boleh hang out with friends and only think of us and not kids or boyfriends or husbands?

So carefree. Free of worries, feeling, expecting things from people and free from responsibilities.

Kadang-kadang aku bercita-cita, one day bila dah keje lama sket, aku nak ber-hijrah oversea. Melompat dari satu bandar ke bandar yg lain. Buat skrapbook sendiri. Ambik gambar apa yg aku experience duduk di negara orang. Keep meeting with undergrad students, you would always be referred as kakak. Kakak doktor itu yg belom berkahwin. Yikes! Giler tak best. On weekends, pagi2 pegi beli coffee, then walk around town, sometimes pegi lawat art gallery, tepi pantai, lake/beach/city park. Minum coffee sambil pandang sekeliling. Ah, suka betul aku layan jiwang ni. Best!

Macam tulis novel. Bukan, macam aku karakter dalam novel tu.

Point aku ialah, aku rasa aku takut kalau satu hari nanti ke-best-an hidup aku berubah. Kebebasan yg aku ada sekarang bila jauh dari orang yg dikenali. Aku takut nak balik Malaysia. Aku takut nak jumpa orang. Aku takut kalau aku betul-betul jumpa orang (aku maksudkan 'seseorang' di sini), the doubts will start coming in.

The best thing about having a relationship with yourself is, you would be spared from being hurt. As much as I like to read about weddings, and seeing my friends happy with their partners, at the same time, I like being single and enjoying the moment while I still can.

Tuesday, September 21, 2010

Basil vs Oregano


Aku tak tau nak gambarkan macamana, tapi aku sedang stress gara-gara exam 3 hari lagi. Rasa mau lari sahaja dari Palmerston North walau sebentar cuma, tapi aku nak pegi mana?

Rumah orang? Wellington? Bilik Izza? Willis?

Sewa bilik hotel? Aku bukanlah macam Furqan yg kaya itu, nak exam pegi hotel. Ape da.

Ra ra ra.

Nota lain, hari ni ada seorang makcik 89 tahun yg masuk hospital selepas tak sedar diri dan ada l-sided weakness. Bila buat CT nampak bleeding kat brainstem. Mak cik tu bukak mata kalau bercakap dengan dia, tp tak dapat bergerak anggota badan langsung.

Ini mengingatkan aku dan Ben kepada Locked-In-Syndrome. Di mana ada lesion di bahagian brainstem dan menyebabkan seseorang 'terperangkap' dalam badan dan tak boleh berkomunikasi kecuali dengan kelip kan mata.

Ben bercerita lagi, ada seorang mamat di Perancis, mengalami syndrome ini. Dia kemudian nya, kelip mata kepada alphabet yg ditunjukkan kepadanya, dan menghasilkan sebuah buku. Buku tersebut telah diadaptasikan kepada filem. Filem di atas la. Kemudian mamat itu pun mati disebabkan pneumonia. Fuhh, penyabarnya orang yg tolong dia untuk menghasilkan buku itu!

Saturday, September 18, 2010

Meatloaf

Pagi tadi aku tonton orang ajar buat meatloaf dalam rancangan kanak-kanak. Senang giler! Setakat campur semua benda, gaul dengan tangan, pastu masuk oven. Tadaa!!


Gambar ni ialah makanan aku dan F semasa aku turun berhari-raya di Wellington minggu lepas. Kami masuk kafe sebab tau kemungkinan untuk dijumpai pelajar Melayu rendah. Hoho. Tapi agenda makan2 benda salmon begini hanya datang sekali dalam 3 bulan kot. Iyelah, duit hanya cukup2 makan, kalau ada lebih sahaja boleh nak makan di luar. Ini kan namanya pelajar, makan pon potato chips sahaja. Aiseh.


Minggu ini New Zealand digemparkan dengan berita ribut sebesar Australia akan melanda negeri kecil ini. Impaknya dikatakan akan memberi hujan sangat lebat, angin yg laju dan salji di kepulauan selatan. Awal petang semalam, flight seorang kawan ditunda disebabkan cuaca buruk. Pagi ini pula, berita memaparkan orang Auckland dalam kegelapan sebab pokok tumbang dan tenaga elektrik terputus.

Amaran banjir, tsunami dikeluarkan. Memandu tidak digalakkan. Ke pantai, no-no. Ada juga beberapa episod panah petir di Hutt Valley area yg menyebabkan pokok terbakar. 2 minggu lepas Christchurch digegarkan dengan gempa bumi 7.1. (macam exaggerate pula aku ni). Aku pun tiba-tiba rasa nak ikut berita, kalau tak memang aku tengok rancangan tv lain. Christchurch masih bergegar tapi skala rendah. Walaubagaimanapun, orang Chch yg masuk tv bunyinya macam dah stress sebab tidur tak nyenyak, takut gempa bumi datang lagi.


Pintu bilik aku sedikit 'longgar', jadi kalau ada angin kuat, ianya akan berbunyi2. Begitulah semalam, angin agak kuat, sehingga pintu ditiup angin. Hujan air batu juga berlaku semalam. Hari ni bawak kereta pon sedikit terhuyung-hayang sebab angin kuat. Palmerston North berada di tengah-tengah pulau, sepatutnya tak teruk. Kawasan pantai barat sahaja yg dikatakan akan dapat ribut, angin kuat.

Apepun, aku ambil ini sebagai langkah berjaga-jaga. Paling teruk, banjir boleh berlaku. Aku nak pegi beli bekalan makanan banyak2 lah. Bye-bye.

Friday, September 17, 2010

Red Lorry Yellow Lorry

Cuba sebut tajuk di atas berkali-kali. Aku memang tak lepas la, akhirnya akan sebut 'yed loyee, yeyyow loyee'.


Entri ni bukan berkenaan fesyen jumpsuit sebab aku bukanlah orang terbaik untuk menulis topik tersebut. Tapi, inilah ye, sekarang orang kata fesyen zaman 70-an ini timbul kembali. Berikutan artis pun pakai, lagi lah. Kemudian stylecovered.com juga tunjuk dia pakai baju jumpsuit dan bertudung, lagi lah aku mahu tiru. Aku juga meniru gaya tudung raya dari blog tersebut.


Hari ni hari Jumaat, seperti biasa super gembira. Juga malas untuk pegi klinik di petang hari. Semalam aku buat topic review dengan neurologist berkenaan descending pathway. kena terangkan ape itu motor unit, fasciculation, upper n lower motor neuron lesions, yg mana aku rasa sangat bagus untuk pemahaman aku sampai bila2.

Berkenaan ilmu ni, aku dapati bukan senang untuk tahu semua benda dan ingat juga. Kebanyakannya susah untuk diterangkan kalau orang tanya. Kadang2 aku lihat, pakar pun boleh jawab 'tak tahu'. Orang medical, kalau tak tahu, diorang suka bagi nama 'idiopathic'. Aku tak pasti sama ada ini lebih kepada kurang pengalaman atau base yg tak berapa kuat. Aku dapat pendidikan awal di IMU, yg entahlah tak tahu nak komen macam mana, tapi setiap kurikulum mana2 universiti pun ada kekurangannya. Atau pun teori lain : malas. Hei, ini penyebab yg agak kuat okay! Teori lain : lambat pick-up/dungu, tapi tak baik pula cakap diri sendiri dungu. Semua manusia pun sama IQ dan kebolehannya, tapi terpulang kepada penggunaan dan beberapa faktor sekitar seperti upbringing, ekonomi keluarga, peluang pendidikan dan sebagainya.

Aku bagi contoh. Di hadapan aku sekarang ini, ada satu buku bertajuk 'Clinical Cases in Neurology'. Bagi aku cara pantas untuk belajar sesuatu topik ialah dengan jumpa satu case dan baca sekitar penyakit itu. Juga cara ini, menambahkan curiosity, kalau tak akan cepat mengantuk. Berkenalan dengan patient ni, pada pendapat aku, aktiviti yg agak menarik, walaupun kadangkala balik rumah, masih boleh 'terbau' bau pak cik itu dan ini, dan kadang2 persoalan 'pak cik ni mandi ke tak?' akan timbul. Tapi, kalau malas, buku ini takkan dibaca juga. Dan sekali-sekala, kita kena turunkan ilmu. Kalau kita tak dapat nak terangkan kepada orang lain, maksudnya kita tak berapa paham lagilah topik itu.

Konklusi di sini ialah, attitude. Kena rajin, kena fokus, kena tahu priority, kena positive dan kena yakin boleh buat. Selamat hari minggu!

Wednesday, September 15, 2010

Blinded By Money


Hari ni tak ada referral untuk Stroke Team, which explains why I am here. Tadi ward round, pengarah hospital ada bg ucapan sedikit.

Percaya tak, perkara seperti, tampal kertas senarai ubat pesakit dalam admission notes pun nak dibangkitkan? Pengarah mahu kami semua tulis, bukan tampal, sebab ada kemungkinan kertas tu nanti tercabut ke, lepas tu takde identification plak di kertas tu, kalau ada nama pesakit, tak apa lah jugak. Hoho. Mestilah sorang je buat kesilapan ini, tapi semua pon nak kena dengar. Ada consultant yg berpendapat, menyalin senarai ubat adalah buang masa. Aku, no komen. Aku junior, lebih senang aku ikut aje protokol. Yelah, hal medicolegal ni boleh tahan menyampah juge.

Pengarah juga membangkitkan isu penggunaan internet yg tinggi. Hospital membayar ribuan dollar. Jadi dia akan buat penyiasatan. Siasatan tergempar! Memang diorang bleh track sape guna banyak sebab setiap kali nk guna internet kena masukkan password ID sendiri. Cuma suspek dia sekarang, orang download video lectures dari website college of ini atau itu, jadi aku tak tergolong. Tapi, aku terasa la jugak walau penggunaan aku tak seberapa, tapi kebanyakan nya bukan pembelajaran. Haih, fesbuk pun dah lama diblok, masih ada isu sebegini.

Nota lain, aku risau kegilaan aku terhadap duit ni. Ini belom kerja lagi, dah target mahu duit berjuta. Sampai bila pun tak akan berpuas hati dengan jumlah wang dalam bank.

Tuesday, September 14, 2010

Bulan, Jatuhlah Ke Riba


Baju, boleh tak muncul dengan sendiri dalam almari saya? Saya nak semua kaler kuning, pink, merah, biru gelap, hijau cerah, dan krim. Terima kaseh..

Hari ni mood aku baik. Teori aku, sebab semalam aku belajar. Memang begini la kehidupan seorang yang high expectation terhadap diri sendiri dan suka berseorangan. Kalau dah spend masa sorang2 dan belajar apa yg patut, rasa macam 'complete' sikit dan target tercapai. Aku tak rasa ramai yg share elemen begini.

Semalam Dr R buat presentation. Perghh, hebat betul! Sampai aku rasa memang aku pon bercita-cita nak jadi consultant neurologist lah. Tapi mungkin sekejap je. Seperti yg pernah aku katakan sebelum ni, pada pendapat aku, kalau mahu melaram, memang sesuai jadi physician. Tak perlu masuk teater. Boleh pakai kasut tinggi. Boleh pakai tudung belit-belit. Buat prosedur ringan2.

Sama macam bukak klinik. Tapi bukak klinik mungkin lama-lama bosan sebab tak mencabar diri sendiri. Tak ada colleague untuk berbincang kes2 menarik. Kalau berada di hospital, kebarangkalian nak dengar kes menarik, mestilah agak tinggi. Lepas tu boleh dengar omelan kakitangan hospital yg tak puas hati itu, tak puas hati ini. Politik kerja. Oh, tak sabarnya nak kerja dan dapat gaji.

Sunday, September 12, 2010

How Can You Mend A Broken Heart


Gatal tangan la plak untuk update gambar. Memandangkan aku takde kamera canggih, aku pau jelah dari gambar orang yek.

3 hari beraya, aku hanya raya 1 hari.

Wednesday, September 8, 2010

Shopping Frenzy


Biasalah dekat nak raya kan, nak semua pon baru. List pon tiba-tiba jadi panjang, nasib baik duit tak ada, jadi semua tu hanya angan-angan. Bila aku dah ada gaji nanti.. hurm, akan beli semua benda yg nak.

Tak kira lah, jeans ke, baju baru ke, tudung baru, earrings, jewelleries, beg, make-up, kalau rasa nak and berbaloi beli, aku akan beli. Yeehaa. Tapi aku mengamalkan konsep, bersederhana. Ada sejenis blusher cukup. 2-3 lipstick pun dah cukup. Cuma eyeshadow lah yg boleh nak beli sepuloh pon. Huahua. Btw, takde orang tanya pon, aku nk bgtau hari ni aku pakai eyeshadow hijau.



Consultant suruh aku buat kerja special untuk dia. Minggu depan, dia nak kena buat presentation pasal a few patients yg ada unfortunate outcomes. Macam lambat di-diagnose, lambat treatment etc etc. Aku-lah keje yg kena dig nota lama patient ni dan buat beberapa slides, cemane first presentation n ape management so far.

Haish Dr R ni. Pastu offer aku untuk present slides aku tu. Haih Dr R, aku kan pemalu and tak suka public speaking. Bunyi kerja ni nampak senang. Tapi hari ni aku dah mula kerja, (al-maklum dateline hari Jum ni, bagitau semalam), satu patient, aku spend sejam utk baca note diorang. Ini belom nak buat summary ape yg patot masuk dalam slides. Aku pendekkan kes diorang ni.



Case 1 - Patient ni ada kanser lidah setahun lepas. Dia dah buat surgery n radiotherapy. Tapi dapat balik kanser ni dua bulan lepas dan mereka decide patient ni untuk palliative treatment. Jadi memang dia ada masalah nak menelan dan makan. Nak dijadikan cerita, dia dapat stroke 2 minggu lepas. Tak boleh gerak sebelah badan dan tak dapat bercakap. Dia kira muda sangat2, umur 45 tahun, ada partner dan 3 anak yg masih kecik. Dia datang hospital awal, tapi tak tahu kenapa tak ada orang decide utk buat thrombolysis utk mamat ni.

Persoalan Dr R ialah, kalau lah bg treatment thrombolysis aritu, kan pak cik ni ok la sikit taraf hidup dia. Ni kesian betul, dah la kanser tahap tak boleh pulih, lepas tu tak dapat bergerak dan tak boleh bercakap.

Case 2 - Pakcik ni umur 45 tahun. Bulan July tahun ni, dia accident kereta sebab tetiba masa memandu dia blackout. Buat CT brain - normal. 2 minggu kemudian, masa mandi dia tetiba dapat sawan. Kemudian 3 lg sawan dekat Emergency pada hari yg sama. Buat MRI brain - nampak tumor. Kemudian ingatkan boleh tunggu, dia tetiba dengar benda bukan2 (hallucinations), dengar ada orang gaduh dan ada fire dlm ward. Lepas tu mula demam. Hantar ke Wellington utk brain surgery. Diagnosis - GBM tumor yg memang cepat betul merebak dan membesar. Beberapa hari balik ke Hosp P North, dia start sakit kepala dan muntah. Surgery yg dibuat hanya potong bahagian depan brain, tapi yg betul-betul primary tumor dalam otak betol, tak dapat nak dibedah. Dia sepatutnya akan kena radiotherapy n chemotherapy tapi disebabkan keadaan dia yg tak mengizinkan, orang pon nak buat palliative radiation je. Dia dijangka hidup 14 bulan saje, mungkin kurang kalau dia tak dapat bertahan lama.

Ini semua gara2 sebab CT - scan normal pada pertama kali presentation. Physical examination pon semua normal. Tapi, aku rasa, setengah perkara memang tak dapat dielak la. Takdir?

Case 3 dan Case 4 belom buat lagi. Ni kan tengah rehat. Sambil tengok blog baju dan make-up. Ape nak jadi ni?

Gambar dari productappeal.com

Tuesday, September 7, 2010

Letih


Letih, penat, tak cukup itu, tak cukup ini. Itu saje yang boleh aku simpulkan keadaan sekarang. Berangan dan berangan. Pegi sekolah tak best. Takkan sebab puasa kot? Apepun, raya tak lama lagi. Orang cakap hari Sabtu.

Aku berbelah bagi nak balik Wellington atau stay Palmy.

Malam hari, asyik tengok buku resepi, terutama resepi kek ada jem rasberry. Nak buat ke tak nak ni? Nak buat biskut arab juge. Tapi biasalah, malas.

Aku umur berapa sekarang? Oh ye. 26.

Bestnyer kalau ada duit banyak. 3 bulan tu tak lama.

Friday, September 3, 2010

Biskut Raya

Hari ni Ben pakai kemeja kaler pink terang dan tie kaler biru gelap. Arghh! Cuba la pakai kaler biasa-biasa, kan dah kurus puasa aku.

Sekarang, setiap pagi aku berdoa supaya tak ada orang dapat stroke/TIA. Bunyi nya macam baik hati, konon tak nak orang asyik dapat sakit, tapi ada agenda. Mestilah aku malas. Tapi malangnya, doa aku tu tetap tak termakbul. Ada saje orang sakit.

Hari ini ada 3 referral. 2 kes mungkin TIA dan satu kes lagi, MRI nampak L parietal infarct.

Aku berharap Ben kasi aku jumpa yg mudah, TIA. Tapi dia kasi aku pakcik MRI itu. Haish. Sekarang, hari-hari pon aku kena buat neurology examination kat orang, sampai dah hafal kot turutan yg aku suka. Harap-harap berguna nanti aku jadi HO.

Tadi tiba-tiba di wad, ada patient sawan. Pastu Ben pon mengajar aku sikit-sikit apa nak buat kalo patient sawan kat ward ni. Dia tak percaya patient tu betul-betul sawan. Dia kata tu pseudo-seizure. Dia cakap kalau betul2 sawan, satu badan pun shaking. Ni, kaki je bergerak, dan dia pegang satu kaki, dan sawan tu berhenti. Sawan biasanya disebabkan abnormal nerve activity kat dalam otak, yang mana, di luar kawalan nak kontrol mana satu anggota badan yg shaking.

Lagi la aku wow kat mamat ni. Ok. Satu ilmu baru aku belajar hari ni.

Hari Jumaat, aku nak balik awal.



Kasut raya belom beli lagi.

Thursday, September 2, 2010

False Alarm

Demi Mc Ya yg telah request aku menulis, maka aku pon kembali. Padahalnya memang dah gatal tangan nak publish sesuatu.

Sekarang aku sedang buat elektif di Neurology Department. Dengan kata lain, orang-orang brainiac saje yg layak berada di department nih, kecuali aku. Adoi.. Walaupun ini hanya elektif yang suka-suki tak ada assessment, aku telah terasa ke-stress-an di sini. Ini sebab aku banyak la lupa anatomy otak dan saraf tunjang. White matter dan grey matter pon aku confuse ni. Cemane la nak jadi doktor??

Kerja aku setiap pagi, bersama HO yg baru aje sampai dari UK (I like!) ialah pergi assess mana-mana patient yg di-refer oleh team medical lain. Ini, stroke team, jadi kami terima patient yg dapat stroke sahaja. Patient tak ramai la kalau nak banding kat Malaysia. Biasanya ada 2-3 patient, satu Ben jumpa dan satu aku jumpa. Lepas tu pukul 10 buat round bersama Consultant yg IQ tinggi.

Biasanya, patient stroke akan ada weakness sebelah badan etc etc dan consultant IQ tinggi akan tengok CT scan dan bg pendapat, artery mana yg ada infarction. Lepas tu kami akan bagi pendapat apa medical team patot buat. Aku lemah bahagian ni la. Mana aku tau artery MCA ke, PCA ke, cerebellar ke. TACI? POCI? PACI? LACI? Sape la reka classification pelik macam ni? Hanya berguna untuk neurologist.

Pagi ini aku dapat patient yang sebelah muka tak boleh gerak, yg lain OK. Ini pon tak reti???!! Lepas consultant jumpa, rupanya ini memang simple Bell's palsy. Ok, nuha, seriusly anda hampeh.

Kata seorang doktor lain, Neurologist hebat bahagian diagnostic, bahagian cari sebab kenapa. Lepas tu start la guna teknologi canggih, CT scan, MRI yg sungguh mahal itu, lumbar puncture (ini aku mahu buat!), hantar CSF fluid jauh ke Christchurch - kenapa la lab jauh?, kalo nak diagnose brain tumor dan biopsy, cari Neurosurgeon di Wellington. Ala-ala macam berada dalam drama House. Tapi patient tetap berada bawah jagaan medical team.

Berbalik kepada HO yg I like! ittew, dia dah ada partner so tak perlu pikir jauh2. Best sbb dia 2nd yr HO, pastu mengajar. Ilmu dia not bad jugak la. Sebelom ward round bleh discuss dengan dia dulu pasal case yg nk present, jadi rasa macam ada back-up la. Ada beberapa mamat dari UK yang seronok utk dipandang. Well, hospital kan penuh dengan orang sakit, ape korang rasa hiburan utk kakitangan hospital? Mestilah bergossip dan tengok gelagat orang.

Aku suka tengok make-up doktor perempuan. Kalau yg workaholic dan tau buat on-call memanjang, lagi la aku teruja. Aku juga suka tengok jenis2 tie doktor lelaki vs ethnicity/personality. Biasanya orang pakai kaler biru, al-maklum kaler selamat. Hari ini HO aku pakai baju biru terang dan tie kuning.

Aku sekarang kembali pakai make-up dan gelang ke ward sebab ada HO best. Aku juga sehingga pakai earring yg dangling2 walaupun tak nampak, ape aku kisah. Terbaru aku beli earring bentuk labah-labah ada banyak berlian palsu di atasnye.

Sebenarnya aku gembira kembali ke general medicine dan tak perlu masuk theatre bedah-bedah orang dan tukar ke baju scrub yg hanya buat semua orang pon nampak identical. Yang membezakan hanyalah, kalau bawak beg cun aku pandang orang tu. Gumboot semua orang pon kaler putih. Takde ke surgeon nak pakai gumboot kuning macam Phua Chu Kang?

Jom buat biskut raya weekend ni.