Friday, November 6, 2009

Bergurau2 Ganas

Laki aku kalau ngan Adam memang selalu cari pasal. Ada jer nak disakatnya. Pastu kalau bermain or bergurau2 memang ganaslah. Tapi si Adam suka jer main ngan 'Cik Cah' nya tu. Cik Cah adalah nama manja yg dipanggil kepada asben aku. Tapi kalau aku derang panggil ayang jer...


Mula2 dia tunggang laki aku..

Kemain feeling naik kuda pulak tuh


Pastu laki aku pulak tunggang dia.. boleh?


Pastu main tunggang terbalik pulak

tulah mereka berdua


Yang tak boleh blah.. aksi ultraman tatap ada...


Aku pun tak tau yg Ultraman tu byk jenis2nya.. ada Dyna, Gaia.. lagi apa yer?? tah aku pun tak tau.. tapi cuba tanya Adam tak pun laki si Cida tuh, harus derang tau...


p/s: Collection patung Ultraman dia setiap satu ada. Cuba kalau hilang sebijik. Fuh riuh satu rmh.

Pekena Mee Kari yg Sedap Meletop

Entry aku kali ni memang carca marba.. tak ikut urutan.. kalau tadi aku citer pasal hari Ahad, ni citer pasal hari Sabtu pulak. Hari Sabtu tu pagi2 aku ada appointment dengan Dr. Rozaidah. Tapi Dr. Rozaidah refer aku dengan Dr. Zul pulak. Citer pasal doktor2 ni nanti lah yer. Aku bukan nak citer pasal ni lagi.

Abis segala urusan sumer dah pun tengahari. Haruslah lapar kan. Walaupun sebelum tu dah mencekik roti canai yg sedap kat Restoran Rasamas tuh. Teringat kat gerai tepi jalan yg jual cendol, laksa, mee rebus, mee kari & rojak tuh. Apa lagi meleleh2 air liur mengenangkan mee kari yg sedap itu tambah lagi bila dimakan panas2. Terus ajak asben singgah kat gerai tuh. Laki aku bagus, asal pasal makan, dia memang tak pernah menghampakan aku lagi.


Aku tgk jer pun dah teringin lagi dah..


Pesanan tuk laki aku. "Yang, esok kita pekena cendol ngan mee kari lagi nak tak?"

Mee rebus dan Mee kari

Sekarang ni dah terbalik, lagi aku suka makan mee rebus, aku suka makan mee kari. Tapi dua2 tu memang sedaplah. Ditambah pulak dengan air cendol. Fuh...

Nak tgk bagaimanakah tahap kesedapan mee kari ini? Saksikan lah wajah gelojoh aku yg sedap melayan mee kari itu...


Bak org kata... hingga ke titisan terakhir.


Lepas makan terus balik rmh. Aiyoo tu pun mau cerita kah? Takpelah kan... aku tgh mood merajin nie.. byk lagi entry2 selepas ini tau..

Balik2 langkah kanan pulak.. family aku tengah makan tengahari pulak.. Akak2 aku sumer ada kat rmh.. makan sesama. Tapi aku sudah kekenyangan, tak dapatlah nak join makan sekali. Tgk sahaja sudah.




Pandai suap sendiri dah Adam nie..

Antara adik ngan kakak.. nak kasi makan kat adiknya lagi senang. Hulur jer nasi putih kat dia jer dah cukup. Jangan memandai nak bubuh lauk, kang langsung dia takmo makan. Pelik betul.

Di saat org sumer tgh makan, kakaknya sibuk bermain game kat setiap hp yg ada kat rmh tuh.

Yang ni memang payah sikit nak suh makan.. selagi tak sampai nasi tu kat mulut dia dengan sendirinya (disuap) selagi tu tak makan lah dia..

Terry Fox Run

Hari Ahad baru2 ni aku ngan asben berpeluang menyertai larian Terry Fox di Tasik Perdana. Kira larian amal lah utk penyakit kanser. Aku baru first time join larian2 amal nie. Macam2 organisasi yg amik bahagian pun.

Memang ramai yg amik bahagian


Aku mewakili BNM Volunteer Team

Pelbagai lapisan masyarakat dan umur yg amik bahagian. Dari se baby2 budak sampai lah ke datuk2 org masing2 semangat dengan larian ini. Nak kata lari tu tak jugaklah, rasanya more to jalan2 saje lah.. sbb tempat memang crowd sgt..


Yer yer jer laki aku tuh..

Tgk kami memang very lenggang the kangkung sajer..

Pastu sibuk bergambar

"Wa, apsal baju ko sorang jer kaler pink?"


Actually masa hari tu pun kiterang terlewat sikit, apa taknya nak kuar2 tgk kasut sukan aku takde kat rmh. Rupa2nya tinggal kat ofis, so terpaksalah gi ofis dulu amik kasut. Elok jer sampai2 kat Tasik tu terus jer flag off. Memang tak sempat pun nak cari team kiterang. Tapi kiterang redah jelah join jer ngan team mana2. Bila dah nak dekat hujung2 tu barulah terserempak dengan org2 dari team kami.

Mat Saleh memang ramai lah yang amik bahagian. Tukang pegang bendera pun ramai jer Mat saleh. Asben aku pun memang pantang jer nampak pompuan2 cantik harus melaju jer tangan dia nak amik gambar.


"keep going... keep going"


Kan aku dah cakap.. gambar aweks memang tak tinggal punya


Sempat lagi...


Boleh tahan penat gak nie

Aku pun tak pasti kiterang ikut route yg 3km ker 5km. Main belasah jer ikut bontot org. Tau2 jer badan memang dah peluh2 dah. Tambahan pulak, aku ni memang jarang sudah bereksesais nie. Dengan tak warm upnya.. balik rmh kaki terus sengal2.

Berehat sebentar






Adoi.. laki sape lah nie? nampak kepala saja..

Dengan sebahagian Team BNM Volunteer


Can u all spot me?



Comel kan budak nie?

Budak ni sebenarnya terpisah dengan mummy & daddy dia sebelum tuh. Tgh kiterang nak sampai ke garisan penamat.. wah garisan penamat sudahnya.. nampaklah budak nie.. duk jerit2 cari mummy & daddy dia.. tapi rilex jer takde nangis2.. Sambil tu dok pandang muka setiap sorang yg lalu lalang kat situ. Nasib baik tak lama pastu mummy dia datang kat dia. Kalau tak dah tentu laki aku 'colek' budak tuh.


Hah ni gambar masa dia dok cari2 mummy & daddy dia.. cool je kan?




Akhirnya... sampai jugak..
Adalah dalam sejam lebih kiterang menghabiskan Terry Fox Run itu. Tapi kalau lari betul2 setengah jam dah settle dah rasanya.. Tapi yelah masing2 pun jalan2 makan angin jer.. So, wat pe nak rushing2.
Selepas itu, kami terus ke Jalan Masjid India utk pekena roti canai special. Bayangkan dengan tak breakfastnya sebelum tu... memang kebulur tahap maksimum lar jawabnya. Lepas breakfast terus balik rmh dan tido sampai ke petang. Letih siot.

Gambar kat T-shirt yg dipakai..


Wednesday, November 4, 2009

Mengapa?

  1. Sejak dua menjak nie perangai malas aku semakin menjadi-jadi. Tu kain dalam bakul yg dah dicuci tu, minggu depan pun tak tentu berlipat.
  2. Emosi aku sering tak menentu sekarang nie. Kadang2 happy, kadang2 sedih, kadang2 cpt nak marah2. Pendek kata memang tak menentu. Maafkan aku yer korang2 kalau ada antara korang yg aku termarah ker atau yg terkecik hati dengan sikap aku. Aku pun tak suka kalau aku ni terlebih emo.
  3. Cpt jer mengantuk. Kalau dulu selagi tak pukul 12 atau 1 pagi jgn haraplah aku nak tido, sibuk mengadap laptop, sekarang ni pukul 9 jer mata dah layu. Nak ngadap TV pun terlelap2.
  4. Aku macam nak makan jer sekarang nie. Oh tidak.. kalau dulu lunch time mesti nak makan yg ringan2 sajer, tapi sekarang mesti nak cari nasi. Tapi dua tiga hari ni aku elakkan balik makan nasi. Makan mee2 sajer. Tapi kalau lapar gak, terpaksalah cari nasi. Tapi malam2 aku tak lalu pulak nak makan nasi.
  5. Jerawat ni makin lama makin berleluasa kat muka aku nie. Siap tinggalkan bekas2 hitam lagi.

Ada banyak lagi pertanyaan2 mengapa, mengapa dan mengapa. Walaupun aku tau sbb2 mengapa itu....

Semoga semuanya berkeadaan baik. InsyaAllah.

Tuesday, November 3, 2009

Jangan Marah Tau

Yer. yer.. sekang ni aku memang slow sikit dalam mengupdate blog nie... sori manyak2 eh... nak kata malas tu takdelah... tapi lately ni aku kesibukan sedikit.. memang tak sempat nak bukak blog pun.. Nak baca blog korang tak sempat.. kalau dapat pun singgah kejap2 jer, apatah lagi nak drop komen..

Satu lagi sbb aku tak update sbb kebanyakan gambar2 asben aku tak transfer kat lappy lagi.. Byk sgt citer tergendala nie..

.. tapi kan.. malas tu memang ada sikit lah.. hahahahaha..

Rezeki Ramadhan

Apa pulak citer Ramadhan nie? Syawal pun dah abis dan sekarang ni pun dah Zulkaedah dan nak masuk Zulhijjah dah pun..

Ingat lagi masa bulan puasa hari tu aku ada citer pasal ni dan ni. Rupa2nya ada lagi...

Syukur Alhamdulillah. Sampai masanya aku kongsi ngan korang yer.

Thursday, October 29, 2009

Cukup-Cukup

Semalam balik kerja singgah Restoran Jejantas Sg Buloh jap. Asben tingin nak makan satay. So, tapau satay Kajang Haji Samuri. Dia gi beli, aku stay dalam kereta jer sambil melayan broadband dan berchatting dengan Neena sebentar.

Tapi kan satay Haji Samuri sekang ni dah tak sedap kan. Dah tak rasa dah kesateannya. Tawar habiaq jer. Kuah pun dah tak meletup. Jauh beza dengan sate kawan blogger aku tu. Ida sate awak jauh lagi sedap tau. Sate kat satay station pun lagi sedap dari sate Hj. Samuri nie. Makan gitu jer pun sedap, terasa dia punya rempah tu. Cuba makan sate samuri tu begitu sajer. Takde rasa apa pun, tak rasa diperap pun.

Eh, apa citer pasal sate pulak nie? Aku bukan nak citer pasal sate sebenarnya. Takpe2 utk memanjangkan entry gamaknya. Lepas dari Restoran Jenjantas tu singgah pulak dekat Guardian. Nak beli keperluan diri sebentar.

Asben tak kuar kete, sbb parking penuh, so dia stay kat dalam kete jer. Maka, aku pun pergilah sorang2 masuk ke dalam guardian itu. Handbag aku tinggalkan dalam kereta. Handphone pun aku tinggal gak. Yang aku bawak hanyalah purse semata-mata. Bajet2 duit dalam tu mencukupilah.

Pastu aku pun pilih2 lah barang yg aku nak beli tu. Adalah 3 barang kesemuanya. Yang bagusnya aku tak kira pun berapa jumlah harga barang2 tu semua & aku pun tak tau ada berapa isi duit dalam beg duit aku tuh.

Yang aku tau, dalam beg duit aku biasanya aku tak letak duit byk, duit aku letak dalam handbag jer. Yelah kadang2 kan aku selalu keluar time lunch time bawak beg duit, so bahaya letak duit byk2 dalam beg duit kan, jadi baki2 duit aku, aku simpan dalam handbag jer.

Pastu, pergilah kat kaunter nak membayar barang2 yg dibeli. Cashier tu pun scan lah satu persatu brg yg aku beli tu. Dia tekan total. Terpapar kat skrin RM48.00. Aku pun konfiden lah bukak wallet aku. Ok, tgk duit merah ada 4 keping, duit hijau ada 1 keping, duit biru ada 3 keping. What??? ngam2 jer ada RM48.00. Nasib baiklah cukup2. Kalau tak cukup camne? Dahlah aku tak bawak handphone sama2 ngan aku nak suh asben hantar duit ke apa. Kalau tak mau aku terpaksa cover malu, suh budak cashier tu tunggu sebentar.

Cubalah kalau time tu tak cukup singgit ker, atau tak cukup 50 sen ker. Time tu baru terasa berharga nilai duit sebanyak tu.

Kesimpulannya, hargailah duit anda walaupun seposen cuma. Aku kan, fesyen aku nie kan, suka hormat duit.. hormat?? aku pun tak tau nak letak word apa yg sesuai.. Contohlah aku jumpa duit 1 sen ker, 5 sen ker bertabur2 kat rmh. Pastu dah nak buang lah duit tu kat bakul sampah kan, yelah sepah2 kan, pastu terus terfikir, tak baik pandang rendah ngan duit sebanyak ni, terus aku simpan balik, letak kat dalam mana2 bekas yg ada kat situ.

Mungkin berkat tu lah, kalau nak beli barang2 duit aku jadi cam cukup2 jer dan alhamduillah tak pernah rasa tak cukup. Hehehe.

p/s: aku lupa pulak, apa susah2 kalau dah tak cukup duit swipe je lah kad plastik tu kan. yang ni aku tak terfikir pulak semalam.

Cam Ni Pun Ada?

Adoi kelakar betul.. Boleh plak separuh halal separuh tidak. Bongok betul..
Ntah fatwa mana lah derang pakai nie?


Mi Yabi = singkatan Ayam + Babi

Source: Forwarded e-mail

Wednesday, October 28, 2009

Sudah 2 Bulan...

Sekejap jer masa berlalu. Pejam celik, pejam celik... rupa2nya dah dekat 2 bulan adik bongsu aku berada jauh di tengah lautan. Bygkan selama tempoh tu dia berada kat tengah laut jelah. Cuma adalah masa time cuaca tak berapa baik hari tu kapal dia berlabuh berhampiran dengan pantai. Nak kata hampir tu taklah hampir jugak, tapi kira ok lah sbb dapat gak dia tgk daratan dari jauh. Kalau tidak tak nampak apa lah kat tengah laut tu, pandang depan laut, pandang kiri laut, pandang kanan laut, pandang belakang laut.. memang sayup mata memandanglah. Mula2 dia offshore kat Miri tapi sekarang dia dah sampai ke Labuan tak salah aku.

Dapat email dari akak aku gambar2 mengenai Engineering at it's Best, adalah gambar2 kat platform kat tgh lautan nun, so tetiba teringatlah kat adik aku ni hah. Tak dapat aku bayangkan macam mana lah derang bekerja kat sana kan. Jauh daripada manusia sejagat. Jauh dari hiruk pikuk kota. Yang didengari hanyalah bunyi ombak dan angin jelah. Tapi yelah dah nama kerja kan.




camnilah kot agaknya keadaan tempat kerja adik aku tu

cam ni jugaklah kot tempat tinggal dia kat tengah laut tu, yelah mana ada hotel kat tgh lautan tu.. duduk kat kapal jelah gamaknya

Tapi adik aku kata duk kat kapal tu best. Macam2 ada. Facilities sumer ada. Makan sumer sedap. Ckp jer nak makan apa kat chef kat kapal tu. Yang pasti segala hidangan makanan laut yg segar sentiasa terhidang. Baju sumer ada org datang cuci. Nak bersukan, nak ber online, nak memancing sumer boleh. Cuma nak telefon tu susah sikitlah, sbb line hp memang takde lah kan. Tapi still gak boleh telefon, pakai telefon kat kapal tu. Tapi kiterang kalau nak berhubung kami akan ber ym sajer. Sekali sekala tu dia telefon jugaklah telefon rmh tu. Tapi line tak berapa clear lah, tak dengar sgt.

InsyaAllah, kalau takde aral & projek dia abis atau ada org ganti dia nanti, baliklah adik aku ni dalam bulan depan. Tapi time dia balik nanti haruslah aku nak mengendeng kat dia kan.. abis tu dah 2 bulan gaji dia tak berusik kan.... harus berbaloi2 eh silap harus berkepok2...

Ni adalah gambar adik aku yg aku curi dari profile ym dia. Kedekut adik aku nie, aku mintak dia hantar2 gambar kat sana satu pun dia tak kasi. So, aku assume jelah gambar2 yg aku dapat dari email seperti di atas adalah lebih kurang dengan apa yg dia buat sekarang nie.

sori.. gambar tersangatlah keciknya..


Klah.. kalau ko baca ni dik.. keje baik2 lah yer....jangan lupa sembahyang sudah...

Tuesday, October 27, 2009

Lalala.. Kenyang Perut, Hati pun Senang

Selain dah lama tak wat entry pasal shopping2, dah lama jugak tak update pasal masak-memasak. Ok baru2 nie aku berkerajinan lah nak memasak lauk kegemaran suami. Selain daripada ikat sumbat resipi mak mertua, asben aku jugak suka makan lala. Tapi memandangkan lala adalah sukar utk ditemui di supermarket dan di kedai2 maka, jarang jugaklah aku masak lala nie. Kalau ada jumpa tu barulah dapat masak.

Oleh kerana kerajinan yg melampau aku hanya sempat masak seperti makanan2 di bawah ini sahaja.


Lala goreng

Telur dadar

Timun jepun

Oleh kerana kesuntukan masa utk masak sayur.. ceh alasan tak sempat konon... Aku cuma potong2 timun jepun ni utk dijadikan ulam. Oklah tu kan. Maka siaplah hidangan makan tengahari kami pada hari tersebut. Mintak maaf gambar2 diambil setelah selesai makan. Nasib baik masih ada balance lagi utk diambil gambar.

Minggu lepas jugak aku juga telah membuat mihun sup yg aku pelajari dari rakan2 baik aku. Tapi aku tak berjaya nak buat sambal kicap yg super power, sbb sambal kicap aku tak berapa nak pedas. Frust aku tau. Tapi takpelah utk percubaan kali pertama aku kasi 4 bintang. Wah sendiri masak sendiri kasi bintang. Tapi kan gambar tak sempat nak amik lah. So, tiada bukti di sini yg aku telah memasak mihun sup. Asben aku lah tu, aku suh amik gambar dulu sebelum makan, pastu dia kata takpe, makan dulu, byk lagi nie takkan habis cpt... Memang lah tak habis tapi kami terus kelupaan.