Sebenarnya masa minggu anniversary hari tu ingat nak celebrate dekat2 jer, ingat nak ke Putrajaya jer menginap kat
Pullman Hotel. Kebetulan time tu kan ada Floria kat Putrjaya. Tapi time tu weekend kan cam huru-hara sikit. Ngan BERSIH lah, apa lah... so, program kiterang tunda ke minggu satu lagi.
So, next weeknya bila tiba harinya cam tak nak pulak ke Putrajaya, sbb Floria pun dah abis, rasa cam baik gi tempat lain, takat Putrajaya tu bila2 je pun leh gi. Terfikir pulak nak ke
Colmar Tropical Bukit Tinggi. Macam menarik gak ke sana. Tapi dalam hati cam nak ke
Swiss Garden Damai Laut. Kalau ke Colmar tak byk tempat utk dilawati, tapi kalau ke Lumut leh jalan2 tgk kampung org. Aku sekang ni, memang suka jalan2 tgk kampung org. Pernah satu hari, kiterang jalan2 sampai ke kuala selangor sana, semata-mata gi pasar basar kat sana. Beli ikan. Sekarang ni aku ni memang mak2 lah sgt, suka gi pasar, suka beli ikan, suka beli barang basah. Pendek citer, aku sekarang ni dilanda hobi suka memasak. Hey bini sapelah nie??
Maka pada 17 Julai hari tuh, kami sekeluarga pergilah bercuti-cuti Mesia ke Swiss Garden Damai Laut. Aku memang suka ke sana, sbb tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh. Oklah. Takde lah penat sgt nak travel. Yang penting nak bwk anak jenjalan.
belum pape dah duk atas float kat dalam bilik hotel
bilik yg sebelumnya kemas.. tapi bila dah letak barang2 cenggini lah keadaannya
Biasalah, bila dah beranak kecik nie, barang anak jer dah sebeban. Tu pun aku dah kurangkan dah barang2 aku dengan mengurangkan membawa baju2, padahal sebelum nie, kalau bercuti baju jer berhelai2 aku hangkut, padahal pakai tidak, tapi sekarang, baju aku biar sikit tapi baju anak biar banyak. Tu belum lagi dengan stok susu, makanan dia, buku2 dia, teddy bear dia. Marissa bukan boleh kalau benda2 ni takde, kang tak tido malam, sape yg susah. Aku gak yg susah. Pernah hari tu aku bermalam kat rmh in law, terlupa nak bawak barang2 faberet dia, sudahnya malam payah aku nak tidokan dia, asiknya terjaga.
gambar bilik
Memandangkan, kiterang pun takdelah buat reservation, main terjah jer, maka bilik double bed saje yg available yg mengadap laut. Double pun double lah. Seb baik leh dijoinkan menjadi satu. Tapi tulah kalau dapat katil besar lagi best. Tapi ni pun besar gak bila dijoinkan tapi tak bestlah sbb tgh2 tu lubang sikit kan.
Takpe Marissa tido kat tengah..hehehe
seaview
pemandangan dari bilik
menikmati sunset
Check-in hari tu dah kul 6 lebih. So, sampai2 bilik terus punggah2 barang. Time tu memang letak jer Marissa kat lantai. Nak letak kat atas katil, kang dia melompat lak turun.
"mama.... tgk nie...."
"isy... sape pulak lah kat atas nie?"
rupa-rupanya ada seekor monyet di jendela
biarkan lah mereka berkenalan
Sib baik pintu tertutup, kalau tidak mesti monyet tu dah masuk kat bilik kami. Aku perli kat asben "Ni mesti monyet kat tepi jalan tadi ikut kita"... sbb asben aku ni kalau jalan mana2 kalau nampak monyet kat tepi jalan, mesti dia akan campak apa2 jer makanan yg ada dalam kete.