The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Thursday, February 25, 2010
Eh, Lupa Lah, Hari ni Anniversary Aku..
Ingat lagi 25 Feb 2002, hari pertama menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Byk2 berterima kasih kepada org menginterview dan salah sorangnya bekas bekas bos aku yg memberikan aku peluang tuk bekerja di sini. Kalau dia pilih org lain hari tuh, mungkin bkn rezeki aku lah di sini. Tapi rezeki bukan kita yg tentukan, bukan?
8 tahun yg byk memberi erti. 8 tahun yg telah merubah status diriku. Dari bujang hinggalah berkahwin. Bertemu jodoh pun di sini. Mula2 kawan, pastu kawen. Hehehehehe. Tulah org kata rezeki, jodoh, ajal maut sumer Allah yg tentukan kan.
Alhamdulillah dengan kurniaan ini.
Happy 8th anniversary buat diriku. Semoga menjadi pekerja cemerlang dan terbilang. Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan... Ehh?
Dulu Suka, Sekarang Tidak, Dulu Tidak, Sekarang Suka
Dulu aku jenis tak berapa nak makan sayur. Kalau dalam makanan ada sayur, harus aku kuis2 letak tepi. Makan tu makan jugak lah, tapi sayur tu mesti dipotong kecik2, kalau besar2 aku tak makan. Kalau batang sayur pun aku tak makan. Tapi sekarang aku rasa aku suka lah makan sayur. Bayam, sawi, kailan dan apa2 jelah, potong besar ker potong kecik ker, batang ker daun ker, sedap jer aku makan. Dan adalah rasa tak sah, kalau tak de sayur. Buah2 han pun sekarang menjadi feberet aku jugak.
Dulu aku tak suka minum air sirap. Especially sirap rmh org kawen. Sbb lepas balik rmh org kawen mesti pening kepala. Aku saspek air sirap adalah penyebab. Tapi sekarang aku adalah penggemar air sirap. Air sirap semata, bukan sirap limau. Rasa sedap sgt dapat minum. Ini sumer berpunca pabila pada suatu hari aku tgk drama melayu kat dalam tv. Dorang tgh makan tengahari, pastu dituang pulak air sirap. Aku tgk terliur ko.. tgk air sirap dalam jag tuh.. Dah lah kat rmh aku takde sirap. Terus keesokan harinya kat ofis masa lunch time order air sirap. Oh sedapnya!
Rasanya yg lain2 aku takde masalah. Sumernya boleh ku bedal. Bak kata laki aku tolak batu ngan kayu jelah. Kuram asam tul.
Wednesday, February 24, 2010
Motivasi Diri
Niat di hati nak update tapi cam malas light2, so aku copy paste jelah kata motivasi yg dipetik dari email diterima.
*******************************************************************************
Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.
Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..
1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.
3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.
5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.
7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.
8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.
9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.
10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.
12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !
13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.
14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.
15. Lakukan kerja seikhlas hati.
16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.
Tuesday, February 23, 2010
Projek Mengosongkan Almari
Weekend hari tu, aku rajin sikit. Lepas Subuh, tak sambung tido balik cam kebiasaannya, tapi aku punggah sumer baju kat atas katil. Mana baju yg aku takleh pakai sekarang ni aku keluarkan. Memang rasanya kebanyakan baju pun aku tak leh pakai sekarang nie. Dah tu baju sumernya fitting2 belaka.
Aku terpaksa mengeluarkan baju2 yg tak leh dipakai buat masa ini, utk memberi laluan kepada pakaian2 baru aku. Apa lagi baju2 ngandung lah kan. Adalah beberapa helai pakaian baru khas utk 3, 4 bulan dari sekarang nie. Org kata tak yah beli baju mengandung ni banyak2, nanti membazir. Tapi aku rasa takdelah membazir mananya pun, mana tau leh pakai lagi tuk next pregnancy pulak kan. Takpun leh jer kasi kat sape2 adik badik, sedara mara, kawan2, yg tgh pregnant kan. Tapi aku takdelah banyak sangat pun collection wat masa nie. Adalah sikit. Tapi yg dah berpakai baru 2, 3 helai jer. Mana laki aku tak bising, beli baju kemain lagi, tapi still gak tak berpakai2. Ala.. slow2 lah kan..
p/s: Sorry, no photos for these few entries sbb gambar2 sumer belum ditransferkan lagi.
Perkembangan
Jumaat lepas gi check-up. Patutnya aku check-up hari Sabtu, tapi memandangkan hari Jumaat tu aku rasa cam sakit2 jer bila bergerak. Sakit kat bahagian kelengkang, kat tepi paha. So, memang payahlah nak jalan. Boleh tu boleh tapi cam seksa je, kena jalan pelan2. Jadi, aku pun terpaksa lah jumpa doktor hari Jumaat tu jugak. Ingat nak gi hari Sabtu jer, tapi dengar org nasihat, kalau ada apa2 sakit jangan tunggu2 terus jer jumpa doktor. Makanya, aku pun pergilah jugak jumpa doktor hari tu dan doktor jugak telah memberikan aku cuti sakit sehari. Sambil tu wat check up utk bulan ke-6 jugaklah.
Alhamdulillah both mummy and baby are doing fine. Cuma, yg aku sakit2 tu sbb rahim dah semakin membesar dan menekan tulang pelvik. Tu yang rasa sakit2 tu. Ni doktor cakaplah. Pastu doktor scan baby. Dengar jantung baby lagi. Syok. Dup dup dup dup dup dup laju sgt2. Kalah heart beat kita tau. Doktor kata bagus sbb menunjukkan baby aktif.
Pastu mintak doktor cek lagi sekali, jantina baby. Confirm. Alhamdulillah. Tapi kami tak kisah, boy or girl janji baby selamat lahir sihat sejahtera. Lepas tu, cam bulan lepas, kena jab lagi sekali utk titanus. Ok bab jab jab dah complete. Doktor kata next check up tak yah kena enjet lagi dah.
Sejak dari mula2 preggy dulu, syukur aku takdelah banyak sangat kena alahan2 pembawakan nie. Tapi nak kata takde langsung takdelah. Adalah jugak, cuma aku kena strong lah kan. Kenalah buat2 sihat, ater ibu sihat bayi pun sihat. So, aku nak anak aku sihat, so aku kena sihat lah dulu kan.
Cuma sekarang ni, aku punya hidung cpt berdarah. Tak taulah sebab panas ke apa ke. Tapi doktor kata normal jugak sbb penebalan mukus. Nothing to worry as long as dia tak bleeding tak henti2.
Pastu, pergelangan kaki kadang2 dah start membengkak. Tiba2 rasa gebu jer kaki bila bengkak. Kalau aku byk berjalan siangnya tu, malam dia membengkak lah. Tapi tak sakit. Aku cuma sapu2 minyak dan letak kaki atas bantal bila nak tido. Bengkak ni datang kadang2. Sbb apa yer? Adakah sebab minum air batu? (sekarang dah cuba elak dah nak minum ais2 nie).
Perut pun dah semakin membesar. So, pergerakan adalah sedikit terbatas. Kalau nak bangkit dari duduk kat atas lantai tu memang berat sikit nak bangun, kena berpaut sikit. Sama gak kalau nak bangkit dari tido dah tak leh cam dulu dah terus lompat, lar ni kena ngiring dulu pastu baru boleh bangun pelan2. Hari2 jugak tak pernah miss sapu lotion or strech mark oil. Time sapukan lotion/oil ni memang best, sbb sambil tu dok bual2 ngan baby. Sambil tu dia akan kasi respon gerak2. Kalau dia tak respon, rasa tak best, rasa risau. Padahal mungkin baby tgh tido diam2 kat dalam tu.
Kadang2 jugak bila bangkit pagi rasa perut keras jer kat satu bahagian. Kami mula meneka2 .. hah ni mesti kepala dia.. hah ni mesti punggung dia.. kadang2 kat tengah, kadang2 kat tepi.. kadang tak tau kat mana.. baby main sorok2 yer..
Kadang2 perut terasa cramp dan tegang tiba2.. baby mengeliat ek? kadang2 perut rasa besar, kadang2 rasa biasa jer.. memang mcm2 lah..
Paling tak syok bila time bersin atau batuk. Kadang2 leh buat cramp kat perut. Kalau tak nak rasa sakit, siap2 bongkok kan badan kalau nak bersin. Kadang2 jugak boleh membuatkan tak dapat nak kontrol kencing. Paling tak leh blah, time bila nak solat, time tulah tetiba nak bersin, pastu tak dapat control.. walaupun terkeluar sedikit.. kena wudhuk sekali lagi...
Nilah sedikit sebanyak pengalaman yg aku dapat selama ni, yg sedikit sebanyak mendidik dan menjadikan aku lebih sabar dan bersedia utk menjadi ibu yg baik. Sedikitpun aku tidak pernah merasakan baby dalam perut ni menyusahkan aku walau sedikit pun. Baby ni memang tak pernah menyusahkan ibu dia. Segala kesulitan yg ibu dia tempuhi ini adalah satu ujian dan rahmat dariNya.
Thursday, February 18, 2010
The Sweetest Things..
Ok, apa yg aku nak kongsikan sekarang nie ialah perkara2 yg pada aku sgt2 sweet sekarang ini, aku tau korang pun mcm ni jugak kan.. tapi takpe ni version aku nyer citer..
- Setiap hari kena minum susu. Susu Anmum perasa cokelat. Kalau nak sedap lagi, lepas bancuh simpan dalam peti sejuk, pastu minum. Minum time panas2 pun sedap jugak. Tapi cuaca sekarang ni kan panas, asyiknya nak minum yg sejuk2 ajer. Aik minum susu pun sweet ke? Takde... apa yg sweetnya adalah setiap hari asben tolong bancuhkan. Kadang2 cam lawak pun ada gak, cam bancuh susu anak jer gayanya. Apa taknya, balik2 kerja terus dia ke dapur, terus jerang air. Pastu terus bancuh air. Sukatan sumer terletak kat tangan dia. Aku pun tak tau baper cedok dia letak kat setiap bancuhan. Sbb kalau aku cuba buat sendiri rasa adalah tidak sama.
- Setiap malam, asben akan tolong lumurkan strech mark oil/lotion kat perut hinggalah ke hujung kaki. Utk mengelakkan strech marklah kaedahnya. Tapi tak taulah ia ke tidak boleh elakkan strech mark. Tapi so far, belum ada lagi tanda strech mark di badan. Mungkin belum masanya lagi kot. Mungkin esok2 bila perut dah besar kot. Tapi rasanya membantu jugak lah kot, sbb sepanjang tempoh kehamilan ni aku belum lagi lah kena cramp2 kaki. Sbb aku pernah baca kalau sapukan minyak kat perut, kaki sumer boleh menggalakkan pengedaran darah.
- Kami laki bini, tetiba ada hobi baru. Iaitu hobi membaca. Membaca sebelum tido adalah wajib. Sampai bersepah2 atas katil ngan buku2 dan majalah2 mengenai pregnancy dan baby. So cute,bila tgk husband tersangat khusyuk membaca dan kalau ada tips atau apa2 perkara mengenai ibu & bayi dia akan terus lakukan. Contohnya seperti di bawah ini;-
- Memperdengarkan bacaan ayat2 Al-Quran dan zikir2 kepada baby. Biasalah tu kan sumer org pun buat perkara sama kan. Tapi yelah..... i found it so cute bila aku terjaga dari tido tgk ada earphone terselit kat getah spender. hahahahaha. Kreatif suamiku itu.
- Kat dalam kete pun, asben duk ulang2 jer CD zikir munajat Akil Hay. Sampai aku pun dah naik hafal dah. Harap baby pun hafal sama yer. Cuma pagi tadi dia dah tukar CD, main CD Ustaz Badrul Amin pulak. Tenang jer pagi2 nak gi kerja dengar zikir dan ayat2 suci.
- Yang paling buat perasaan keibuan (wah keibuan gituh) aku tersentuh, bila tetiap hari tgk asben berkomunikasi dengan baby dalam perut & baby juga seoalah2 berinteraksi dengan ayahnya dengan pergerakan2nya. Sekarang ni memang dah terasa sgt baby gerak2 dan bertindak balas bila dipanggil dan dibelai. Aku ada baca, baby dalam perut lebih cpt menangkap suara lelaki. Ermmm nampaknya, bakal jadi anak ayahlah baby dalam perut nie.
- Cakap saje nak apa. Nak makan apa. InsyaAllah asben akan menunaikan hasrat itu.
- Yang nie pun best jugak, asyik2 disuruhnya kita ni berehat, berehat dan berehat. Kalau boleh sumer keje biar dia buat. Tapi takdelah aku take for granted pulak kan. Pregnant2 jugak, kerja2 rmh pun tetap aku buat jugak. Masak tetap aku masak jugak. Mujur takde alahan.
- Setiap kali asben ckp kat baby sambil cium perut "ayah sayang kat baby sgt", "Duduk dalam perut baik2 yer, cukup masa keluar dengan sihat yer", "jaga ibu baik2 & jgn susahkan ibu", tiap kali tulah jugak aku rasa terharu, kadang2 sampai bergenang air mata (time taip ni pun boleh air mata aku nak terkeluar jugak, tgh cover nie), tapi asben tak perasan tu sumer. Dia bukan boleh.. kang nampak aku nangis sikit sibuk tanya nape, sakit ker? Tapi tulah dah memang perasaan ibu mengandung ni memang mcm ni kan. Sikit2 mudah tersentuh.
- Hari ini buat pertama kalinya, atas paksaan dan dorongan suami, aku memakai "uniform" ke pejabat. Tau tak uniform tu apa? Baju ngandung ar. Sumpah aku rasa selesa sgt. Takdelah rasa terseksa perut ni dengan kain baju kurung yg dah sendat2 tu.
Byk lagi perkara2 yg aku rasakan sgt manis sekali, tapi cukuplah 10 di atas sahaja. Ni yg mana terlintas kat dalam kepala otak jer nie. Kalau ikutkan memang beribu2 lemonlah benda yg sweet2 nie. Tapi apapun aku rasa rezeki ini mengeratkan lagi kasih syg kami yg memang sedia ada ini.
Terima kasih hubby. Terima kasih baby.
Rindu
Dapat melihat & mendengar pergerakannya adalah sesuatu yg indah sekali
Sementara menunggu next check up, gambar2 dan klip video bulan lepaslah yg mengubat kerinduan kami.
Ni gambar2 masa check up masa 27 Jan hari tu. Genap 5 bulan ataupun 20 minggu, time tuh. Masa tu sehari selepas balik dari cuti2 ke Langkawi.
Ermm no so good timinglah..sbb time tu kan baru balik bercuti haruslah makan dan makan sajelah di sana, tup2 masa timbang hari tu, terkejut aku naik sampai 4 kilo. Dari 56.5kg terus mencanak ke 60.5kg. Nasib doktor tak cakap apa. Dia kata biasalah balik bercuti, berat mesti naik punya. Dia takdelah pulak suh aku control makan ke apa.
Pasni boleh lah mummy & daddy nya cari nama tuk baby nie. Secara spontannya husband dah kasi nama E.....Q..... tapi belum confirm lagi lah. Still mencari lagi nama2 yg sesuai.
Doktor jugak memberitahu result darah yg diambil semasa check-up bulan ke empat hari tu. Alhamdulillah sumer nampaknya ok walaupun bacaan hb aku cukup2 makan dan doktor nasihatkan nasihatkan teruskan makan vitamin yg diberikan.
buku rekod kesihatanku
Seperti yg dijanjikan doktor juga telah memberikan aku satu suntikan di lengan. Suntikan titanus utk baby. Suntikan kena diambil sebanyak dua kali. Ini adalah first jab. Next check-up kena jab lagi.
Masa kene enjet tak sakit. Tapi esoknya baru terasa cam sengal2 sikit.
Tak sabar nak jumpa baby lagi pada Sabtu ni (20hb) for 6th month check-up & tak sabar jugak nak kena jab sekali lagi :(
Thursday, February 11, 2010
Baju Mengandung
Tetapi hingga ke hari ini baju2 itu masih lagi diperam di dalam almari. Bukan sajer di dalam almari, tetapi masih lagi berbungkus di dalam beg plastik.
Laki aku, setiap pagi sudah bising sama aku. Dia kata baju2 tu elok gi buang jelah, tak yah lah sibuk2 nak beli baju baru, pakai jelah baju kurung ni sampai sendat. Apa taknya, aku ni hari2 pakai baju kurung ke pejabat. Tang baju tu, ok lah lagi, tapi tang kain tu problem lah sikit. Ater perut dah semakin membesar, manalah boleh nak kancing2 lagi kan. Tapi hasil kreativiti aku, boleh lah jugak aku sarungkan kain tu.
Geleng kepala laki aku dibuatnya. Pastu mula lah ayat2 simpati dia "Sian baby shah nie, duduk sempit2 kat dalam ni". Yelah anak dia sorang jelah. Sikit2 baby Shah, sikit2 baby shah, eh tapi memang anak dia pun. Eh tak, aku tak jeles pun, aku pun suka jer kalau dia very close ngan anak. Ibu tetap ibu kan.. tak yah nak gaduh2.
Aku pun takdelah nak dera diri sendiri nak pakai sempit2 kan. Mana selesa nak pakai sempit2 nie, mula lah rasa nak meloya kalau pakai sempit2, tapi tulah selagi aku rasa aku selesa, dan boleh dipakai, aku pakai lah jugak baju kurung nie.
Aku sebenarnya, bukanlah takmo pakai baju maternity ni tapi tulah tak tau camne nak mulakan. Yelah dekat 30 thn hidup ni, tak pernah pakai, pakaian camtuh, selalu tgk org jer pakai, alih2 diri sendiri pun kena pakai jugak. Rasa cam, eh aku ke? Maklumlah first time kan.
Lepas tu aku rasa bila pakai baju mengandung ni rasa nanti mcm sumer org akan tgk kat ko. Pastu rasa cam org akan berkata "eh pregnantlah". Ini cuma perasaan aku sajer yer. Perasaan aku ni memang terhapa2 sikit. Korang pun tau kan, aku pregnant ni pun after 2 years married. Pada sesetengah org cam lama lah jugak nak dapat kan. Tapi pada aku, biasa jer, tak terasa lama pun. Rasa cam 'just nice' jer. Alhamdulillah.
Tapi tulah masa sebelum pregnant, org sibuk dok tanya2.. bila? bila? bila? Ni bila dah pregnant adalah pulak suara2 yg mengatakan "lama jugak yer nak dapat", "buat treatment ke?', "semakin kembang yer sekarang nie" dan macam2 lagi lah version yg ada.
Aku takdelah nak marah ke apa pun, biasalah tu sumer kan. Cuma yelah i would more appreciate kalau org tu just congratulate me and husband.
Tak perlu nak leret2 tanya soalan yg cam tak relevan, like buat rawatan apa2 ker? Jangan diingat bila lambat sikit pregnant ada masalah itu ini. Cepat dan lambat itu bukan kerja kita. Yang penting kita kena yakin dengan Dia yang Maha Berkuasa dan Mengetahui. Aku jugak berdoa rezeki ini akan terus menjadi rezeki kami. InsyaAllah.
Ok, back to the topic. Korang dulu2 start pakai baju maternity start baper bulan? Aku tau sumer org berbeza2 kan, bergantung pada saiz perut gak lah kan. Ada org perut kecik jer, badan pun tak naik, pakai baju biasa pun ok jer. Cam akak aku, sampai 9 bulan pun ok jer lagi pakai baju kurung. Alih2 bila dah beranak, sumer org cakap, "eh dah beranak dah?"
Aku sekarang ni dah nak masuk 6 bulan tak lama lagi. Ada yg kata perasan, ada yg tak perasan. Bergantung pada baju yg dipakai. Ada baju bila kita pakai nampak perut cam besar jer. Ada baju bila pakai nampak tak berapa besar. Tapi aku dah mula rasakan ketidakselesaan pada certain2 baju. Nampaknya aku kena bersedia tuk memakai 'uniform' tak lama lagi. Demi suamiku, dan keselesaan anak nanti aku pakai lah jugak nanti. Ataupun bila dah kena2 paksa dengan laki baru aku pakai kot. Hehehehe.
Eh, tapi actually aku dah start dah pakai, pakaian maternity ni especially pakaian2 kasual. Cam t-shirt, jeans, seluar, sumer aku dah start pakai dah, memang selesa. Cuma bila bab nak pakai ke pejabat tu aku lambat sikit lah. Sebab? Adalah sebabnya.. Tak perlu aku huraikan dengan lebih lanjut.
p/s: Pakai ni salah, pakai tu pun salah.
Wednesday, February 10, 2010
Bye..Bye
Masa kat Airport tu ingat nak lah makan dulu dekat Kenny Rogers kat situ, tapi pukul 8 sudah tutup. Apakah?
Terpaksalah makan kat food court kat atas tu. Mahal nak mampus, takat makan sup cendawan ngan burger ngan fresh oren, sampai 50 hengget. Takpe baby punya pasal, mummy sanggup. Anak aku lapar wey.
Tuesday, February 9, 2010
Last Day
Bila dah hari terakhir kat sana, dah tak tau dah nak kemana lagi. Alih2 kiterang masuk shopping complex lah pulak. Yelah nak jalan2 kat luar dah tak larat dah memasing. Sbb cuaca sgtlah panasnya. So, duk lepak jelah kat shopping complex, dapat lah sejuk2 kan badan.
Malam sebelum tu pun ada gaklah kami lepak kat shopping complex kat sana, tapi lupa pulak apa ke nama tempatnya tuh. Ingat nak tgk midnite movie lah. Adalah 3 citer yg ditayangkan pada malam tu, citer Adnan Sempit, Legion dengan apa tah citer omputih tuh. Tapi amatlah berbeza dengan panggung2 kat KL, boleh panggung takde org. Cam citer Legion tu takde langsung org tgk, kalau kami nak tgk pun baru berempat jer. Mana syok kan tgk wayang org takde. Citer Adnan sempit pulak adalah 6 org yg dah beli tiket. Aku memang lah tingin nak tgk citer tu, tapi nampak gayanya aku sorang jer yg nak tgk, yg laki langsunglah tak heran nak tgk citer tu, adik ipar aku pulak ngan bini dia dah tgk dah citer tu.
Memandangkan hari last kat Langkawi tu pun kiterang masing2 dah keletihan, maka aktiviti pada hari last tu lebih tertumpu kat dalam bilik saje lah. Harus menggunakan masa sebaik mungkin. Hehehehe. Apalagi membuta lah...
Naik dan Turun
Balik2 resort, terus kami terjun ke pool. Aku tipu, aku tak terjun, aku pakai tangga jer. Giler nak terjun2.
fuh.. nikmat sekali
Eh, pompuan mengandung pun bagus tau berenang-renang nie. Tapi rasa cam cpt semput sikit lah.
Belum Habis Lagi
Lepas habis buat island hopping ngan mangrove tour tu, kami pergi ke Kota Mahsuri pulak. Ala, takde apapun kat situ, sekadar nak tgk makam mahsuri, rmh mahsuri, telaga mahsuri dan muzium mahsuri. Nak tau sejarah lah kononnya kan.
Actually, kiterang pun tak delah berapa tau kat mana tempatnya kota mahsuri nie. Just berpandukan GPS sajelah. Memang kiterang kat sana pakai GPS jelah nak kemana2. Tapi yg lawaknya bila nak kota mahsuri ni boleh GPS ni kasi info yg kurang tepat kat kami sumer.
Punyalah kiterang ikut direction dia, dia kat turn right, kiterang pun turn right, dia kata left, kiterang pun turn left, pendek kata memang mendengar kata lah. Sampai bila kiterang terlajak boleh si GPS tu nak marah2 pulak. Emo gak yer GPS tu. Ok oklah kiterang ikut jelah. Ikut punya ikut dia punya direction tu sampailah kiterang kat kawasan kampung, betul2 kat sebuah rmh. Pelik lah jugak, takkan lah kat sini Makam Mahsuri kot. ooo GPS ko tipu kami yer..
Kesimpulannya, GPS jugak boleh membuatkan anda sesat barat yer. Tapi hasil bertanya kat org kampung, maka sampai lah jugak kami ke sana.
Tapi sampai pun lagi 10 minit nak pukul 6 ptg. Dahlah derang bukak pun sampai kul 6 jer. Takpelah cukuplah 10 minit pun 10 minitlah.
Nilah dia Makam Mahsuri
Memang tak lama pun kat situ, lagipun badan pun dah penat dah, seharian berjalan dari pagi sampai ke ptg. Time tu rasa tak sabar jer nak balik ke resort dan berendam kat pool.
Wednesday, February 3, 2010
Mangrove Tour
Sekali bila org bawak bot tu taburkan kulit ayam kat atas sungai, terus datang helang2 tah dari mana mengerumuni. Sbb apa kulit ayam? sbb kulit ayam terapung kat atas sungai, so that, helang2 tu boleh sambar jelah sambil dia berterbangan kat atas air. Tapi helang ni pandai tau, bukan sumer benda dia sambar. Kiterang adalah test campak keropok kat atas air tapi takde sorang pun eh takde sekor pun yg datang sambar.
Nak citer panjang2 pun tak best, aku pun dah penat nak karang2 citer.. so layan gambar sudah lah yer sepanjang mangrove tour itu.
Dibawanya kami ke kawasan yg dipanggil lubuk buaya putih. Seram namanya kan. Tapi org tu kata takde buaya nama jer buaya.
Tapi tulah setenang2 air jgn disangka tiada buaya.
Lepas tu dibawanya kami masuk gua. Gua apa ker namanya. Gua Cerita kot. Ke nama gua ni Gua Buaya Putih. Sori aku lupa lah. Tak dapat nak recall satu2.
puas hati sangat
Maka tamatlah island hopping dan mangrove tour kami pada hari itu. Tetapi aktiviti kami tidak terhenti sampai situ saje. Ke mana pula kami selepas ini? Sesungguhnya hari itu memang penuh dengan aktiviti2.