Monday, November 30, 2009

Tak... Bukan Aku yg Pergi Pun....

Aku ni suka propa je lebih. Suka wat gimik konon. Tapi akhirnya serba salah sendiri. Lagi serba salah bila dapat msg dari member aku nie.

"Salam. Aku jumpa tadi ko tak cite pun nak cuti2 ye. Nasib baca blog ko. Baru ada masa nak baca. Anyway, selamat bercuti & tahniah. Jaga baby baik2".

Cam ni citenya... masa lepas sembahyang raya hari tuh.. jumpa ngan member aku nie kat masjid. Dia tanya aku tak balik rmh mertua ker.. aku ckp petang kang aku balik sana lah....

Agaknya member tetiba sentap bila alih2 baca blog aku tup2 kata aku nak fly ke London dah.....terus hantar sms spt di atas.

Tapi memang betul pun time aku baca sms dia tu, masa tu aku ngah on the way nak ke Airport... tapi bukan aku yg nak fly pun, aku cuma menghantar akak aku ke Airport jer. Bukan aku yg nak bercuti, tapi dia yg nak bercuti. Nasib aku tak jadi follow dia, sbb buat masa sekarang nie, aku rasa aku tak sesuai tuk travel jauh2.. kan?.... Hehehehe...

Sorry ye Wan... jgn mare... sori kat korang2 sumer gak, ... aku tak niat pun nak tipu2 nie, aku nak main2 jer.... hehe

Kurang Sihat

Harap2 esok demam selsema aku ni baik lah. Tadi aku MC. Aku demam :(
Bangkit tido pagi tadi rasa kepala ni berat jer. Memang tak larat nak bangun. Nak tak nak terpaksalah mengMCkan diri. Ooo sesungguhnya aku tak suka nak MC2 nie lebih2 lagi hari ni hari Isnin.

Tadi jumpa doktor tanya kat doktor boleh ke nak makan ubat2 ni sumer2.. yelah takut kan.. org kata preggy2 ni tak leh amik ubat sebarangan..Tapi doktor kata kalau tak makan ubat jawabnya penuhlah wad2 kat hospital..
Punyalah aku dari hari Sabtu menahan tak makan ubat langsung..sampaikan hari ni aku demam sampai sakit kepala sgt2. Tapi tadi lepas jumpa doktor dan telan sebiji dua ubat, Alhamdulillah dah semakin baik.

Aku start bersin2 dari hari Sabtu lagi, ini mesti sbb kejadian malam Sabtu tu. Ada kejadian yg tidak diingin telah berlaku, I will story later yer...

Friday, November 27, 2009

Off to London

Ingat lagi ngan flight booking ini?

Kini tiba masanya........

Depart KL: 15:50hrs
Arrive Stansted Airport: 21:50hrs

13 hari di sana.
Selamat bercuti.
K lah nak bersiap2 ke Airport dah. Bye... Take care u ols...

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha....
Selamat bercuti.....

Thursday, November 26, 2009

Rendang Dah Siap Dah...

Jangan jeles... aku dah cuti hari nie...

Baru lepas siap masak rendang. Bukan aku masaklah.. tapi aku tolong2 mak aku jer...
Ni baru lepas makan nasi.. phew.. semangat makan.. sedap makan panas2 ngan nasi panas2. Dalam pada tekak rasa tak sedap, rasa pahit2 pun leh lalu gak aku makan.

Dah abis makan ni baru terasa balik kelat2 kat mulut nie...

Laki aku telah secara tak sengaja mencarut kejap tadi.. Dia pun dah jadi cam Ain agaknya melakukan kesalahan tatabahasa...

adakah patut tadi dia nampak aku terkulat2 pastu dia cakap......

........"nape yang?... palat ker?"

boleh........??????

Yang sebenarnya nak cakap pahit / kelat... terus dia ter short form kan....wahahahahaha

Wednesday, November 25, 2009

Melawat Baby

Baru2 ni pergi melawat member yg baru saje melahirkan baby kedua mereka. Nama baby Arissa Hani. Cute sangat baby Farah nie, sebijik muka mummy dia. Pergi melawat bersama2 Neena & En. Teman sekali. Masa gi visit tu baby baru berusia seminggu rasanya. Sekarang ni rasanya baby dah berusia sebulan agaknya. Giler lembab aku update blog kan. Biar lembab asalkan update..


Baby Arissa sedang lena tidur

Neena, aku, Farah
Kami yg khusyuk mendengar pengalaman Farah bersalin. Apapun tahniahlah my fren dah masuk dua pun anak dia. Anak yg sulung pun gigirl gak namanya Adlina Hani.
Masa kat sana kami telah dijamu dengan soto yg sedap sekali. Makan sampai bertambah2 tu.

Gift from us termasuk daripada Lily yg berada di Sarawak.

Tq to Neena jugak kerana bersusah payah mencarikan hadiah tuk baby Arissa. Dulu masa Lily dapat baby, Farah yg carikan present, ni Farah bersalin Neena tolong carikan present. Takpe nanti time Neena pulak, aku volunteer carikan present :)

Neena's & Farah's hubby

Gambar laki aku takde, sbb dia sibuk jer duduk kat kerusi urut kat rmh farah tuh.

Apapun tahniah buat Farah & Zali for the second baby.

p/s: Lily aku dengar taun dpn ko nak tambah sorang lagi kan? Bagus2 :)

Jangan Terliur

Nyam nyam nyam sate nie... citer pasal sate akan menyusul nanti. Sementara tu sila lah amik bau dulu yer.... sate ni memang sedap...

Tuesday, November 24, 2009

Pemeriksaan Kali Pertama

Ini kisah sambungan daripada post ini.

Setelah bebepa kali melakukan ujian demi ujian tersebut, doktor menasihati aku supaya melakukan scanning sahaja bagi memastikan sama ada aku benar2 pregnant atau tidak. Doktor kat situ dah takut nak kasi confirmation kat aku, sbb kan kes tahun lepas tu lah. Ia2 jer kata positif tapi bila gi refer rupa2nya negatif. Yelah aku paham, doktor tu pun tak nak kasi kecewa cam dulu. Apa taknya, korang tau, masa kes dulu tuh, baru jer doktor confirmkan aku positif, boleh laki aku terus gitau mak bapak dia. Sudahnya mereka pun eksaited. Sampai kata nak tumbang lembu lah apa lah...tu bapak mertua aku melawak lah... Tapi at last masing2 kecewa. Tulah aku dah pesan dah ngan laki aku, sabar dulu, tunggu dulu. Ni tak main redah jer.. taulah excited pun kan...

Tu pasal yg kali nie kami masing2 dok diam2 jer sampailah pada satu hari tu aku di refer ker gynae. Tak salah aku first check up aku time tu adalah pada 31 Oktober 2009. Masa tu doktor tanya aku nak doktor / hospital mana.. aku tak tau nak wat pilihan, jadinya doktor tu just refer aku kat dia nyer cawangan dia gaklah iaitu Hospital Bersalin Pusrawi kat Kota Damansara tuh. Pada aku takpelah, ni baru first check up jer.. just nakkan confirmation whether pregnant or not pregnant. Esok2 aku decide lah nak bersalin kat mana pun. Nak tanya kat kawan2 dulu, hospital mana yg ok. Padahal sakit nak bersalin tu sama jer walaupun kat spital mana pun.

Mula2 nurse amik bacaan tekanan darah, berat badan sumer lah..

Lepas tu tunggulah kat luar sampai nama aku dipanggil tuk berjumpa dengan doktor pakar. Masa menunggu tu saspen lah jugak kan.. sbb masing2 yg datang kat hospital tu sumernya mak2 buyung belaka, sumernya dah nampak perut, sumernya dah sarat2. Aku ni takde rupa org peknen pun.

Masuk2 jer kat bilik doktor, doktor pun mula lah tanya itu dan ini kat aku. Pastu dia suh aku baring sbb nak scan. Time tu memang saspen lah. Ada ker tak ker? Tuhan jelah yg tahu.

Doktor Zul - merangkap gynae

Tak pernah2 terfikir akan berjumpa doktor lelaki sebagai gynae. Ingat nak jumpa ngan doktor pompuan jer. Tapi bila dah jumpa doktor Zul ni cam ok jer.. Tapi tak taulah. Tapi apapun aku rasa aku selesa ngan doktor pompuan lagi kot. Tapi org kata doktor lelaki lagi baik dan lembut. Tahlah. Sape pernah dapat rawatan ngan Doktor nie?

Doktor tunjukkan ada dot kecik yg berwarna hitam di situ dan seolah2 berdenyut cam jantung

Jadi apakah maknanya itu? Yea.. its confirmed a little baby is inside my tummy. Tak tau nak nak gambarkan perasaan pada ketika itu. Husband apatah lagi. Sekadar ucapan kesyukuran saje yg mampu kami katakan ketika itu.

Tgk tangan aku sampai camtu sekali nak tanya itu ini kat doktor tuh

Nak citer pasal husband aku pulak. Dia kan masuk je bilik doktor dia dah stand by ngan kamera dia. Aku suh simpan jer kamera tu. Malu lah kan buatnya doktor tak kasi ke apa kan. Tapi yg bagusnya laki aku nie terus jer mintak izin ngak doktor tu nak amik gambar. Doktor tu apa lagi "boleh.. boleh..boleh.. silakan".

Masa check up hari tu, doktor kata kandungan aku berusia 7 minggu 3 hari. Ni bermakna aku dah preggy since bulan poser hari tu ker? Ooo time tu memang aku tak perasan pun. Dahlah time nak raya tu kemain aku panjat sana, panjat sini masa nak kemas rmh hari tuh.

Aku dibekalkan 'buah tangan' dari Pusrawi


Kat dpn hospital

Syukur ke hadratMu kerana mengurniakan kami rezeki ini.

Bakal our baby, InsyaAllah

Yang paling tak boleh tahan tau laki aku nie, korang jgn gelakkan dia tau..sian dia.. maklumlah first time... camnie balik dari hospital tu masa kat dalam kete. Laki aku tiba2 jer bersuara..

"lar lupa lah nak tanya kat doktor tu tadi"
"tanya apa" aku tanya dia
"nak tanya baby girl ke boy"
"hahahahahahaha nasib lah lupa, kalau tak wat malu jer"
lar hai laki aku ni kan....


beg dan susu perasa vanilla

Baru berapa kali jer aku minum susu nie. Tu pun laki aku tolong bancuhkan. Kalau tak, tak minumlah aku. Malas giler aku nie. Aku lebih prefer minum susu kotak perasa cokelat tu jer. Tu aku rajin minum. Boleh tak gantikan ngan susu tu?

InsyaAllah esok little baby in my tummy berusia 11 weeks. This weekend akan pergi jumpa doktor for the 2nd check-up.

p/s: Terima kasih kat korang2 sumer yg ucap tahniah dan kasi macam2 tips semasa mengandung dan nasihat2 berguna. I really appreciate it :) Lebih2 lagi pasal air coke tu, lps baca sumer komen, aku minum lah jgk air tu. Tapi tak lah aku minum sumer.. alah setakat seteguk dua tiga empat teguk jer...

Nikmatnya Kurasakan

Ketika aku membuat entry ini, aku sedang menikmati hidangan prosperity burger bersama2 dengan twister fries yg lazat dan juga minuman shake cokelat.

Mengidam ke apa, aku pun tak taulah.. tapi sejak 2 menjak tgk iklan Mc D kat dalam TV buat aku terpanggil2 nak makan Mc D.

Mula2 sebenarnya aku rasa nak makan double cheese burger ngan twister fries ngan shake cokelat jer.. tapi alih2 bila sampai kat Mc D tgk ramai org order prosperity, tetiba rasa nak prosperity burger pulak. Sepanjang que tadi aku terfikir2 nak double cheese ker nak prosperity ker...

Alih2 sampai kat kaunter tanpa fikir panjang aku terus aku mintak dua2 sekali. Boleh?

Tapi lepas makan prosperity burger ngan twister fries ditambah pulak dengan shake ni aku rasa kekenyangan lah pulak.

Double cheese burger ni aku simpan tuk petang karang lah pulak.

Lagi satu, aku mintak shake cokelat sbb aku nak gantikan dengan coke, tapi air coke pun aku dapat gak. Jadinya, sekarang ni aku cam terliur je nak minum coke nie.. boleh ke hah aku minum? sikit jer...

p/s: Salahkan laki aku tau, dia kata kalau nak makan apa, makan jer jgn tahan2. Tak yah diet2. Aku dengar cakap dia lah ni.

Makan Malam

Dah lama tak letak gambar kat dalam blog kan. Ini adalah gambar2 terbaru kami suami isteri sewaktu menghadiri majlis makan malam tempat kerja kami baru2 ini di KL Convention Centre. Sbb apa buat di KLCC? Kerana inilah satu2 nya tempat yg boleh cater seramai lebih kurang 3000 staff termasuk spouses dalam satu masa.

Takde apa nak diceritakan, takde apa yg nak dikomenkan kerana sesungguhnya kami bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada warga kerja di sini.
























Tgk gaya gambar2 di atas cam aku laki bini jer yg datang dinner tu. Takdelah aku ni bukan fesyen main suka jer nak letak gambar sesapa kat blog ni. Bukan apa, kengkadang kan ada org cam tak berapa selesa bila kita letak gmbr derang sewenang2nya. So, to play safe I just put our photos je lah.

Apapun pengacara majlis pada malam itu, iaitu Sarimah adalah sgt menghiburkan dan tersangat spontan. Corporate video yg ditayangkan juga sgt terkesan di hati.

Macam biasa, kami tidak bertuah utk memenangi sebarang hadiah cabutan bertuah. Sepanjang 7 thn di sini, aku tak pernah langsung lagi dapat lucky draw masa dinner. Tapi masa family day selalu je dapat. Tapi tahun ni takde family day ker? Takde khabar berita pun...

Tapi apa pun, selain door gift berupakan frame pewter dari Royal Selangor, kami juga dapat imbuhan tambahan satu bulan bonus di samping bonus prestasi seperti yg diumumkan. Itu sudah memadai bagi kami.

Happy 50th anniversary to you :)

Monday, November 23, 2009

Kesalahan Bahasa Lagi

Si Ain tu memang lawak tau...

Baru2 ni dia balik sekolah dia tanya kat ibu dia.. "Ibu, sakit sempit tu apa? Kawan Ain dia tak dtg sekolah sebab dia sakit sempit".

*sepatutnya semput... tapi dia tercakap sempit... boleh????

Friday, November 20, 2009

Tipu Tertipah

Kenapa org suka menipu?

Tidak bercakap benar?

Cakap jelah terus terang kan.

Tak yahlah nak kasi alasan itu dan ini.

Wednesday, November 18, 2009

Test Yang Paling Banyak

Banyak2 test yg aku amik test yg kali ni yg paling byk sekali aku buat. Driving test pun aku dua kali jer. Jer aku cakap. Org lain amik sekali jer. Ooo aku kantoi bukan salah aku sbb salah pegawai JPJ yg memang sengaja nak mengantoikan aku punya on the road test. Memang dia purposely nak gagalkan aku. Keluar jer kete tu terus aku nangis2 sambil menyumpah seranah pegawai itu. Tetapi tiba2 time tu rupa2 laki aku (ketika itu pakwa aku) ada di situ, dia diam2 datang kat sana nak kasi support kat aku lah kononnya. Alih2 gagal jua akhirnya. Tapi takpe dari sedih terus gumbira.

Apa yg aku merepek nie? Aku bukan nak citer pasal test JPJ. Nak citer pasal test lain. Test apakah?

UPT. Apakah itu UPT? Kalau tak tau sila lah google yer..

Sebab apa byk kali aku buat test ini? Ini adalah kerana tiap2 kali buat kat klinik, hasilnya asyik samar2 ajer. Tapi bila aku buat sendiri kat rmh elok lah pulak dia pekat.

Sbb yg lain, aku sebelum ini (around end of last year) pun pernah gak positif dan doktor biasa dah confirmkan. Tapi alih2 bila jumpa gynae & wat scanning sumer, keputusannya adalah negatif.

That's why kali ni walaupun aku dah cek doktor, cek sendiri sumer positive but i just keep it to myself because tak nak over excited ke apa.. becoz benda camnie dah pernah berlaku sebelum nie kan...


Keputusannya sumernya +

But now, selepas berjumpa dengan pakar.. keputusannya yg rasmi telah pun diterima....Nanti aku sambung lagi yer...

Tentang Kami

Adoi.. kawan aku sorang ni dah claim hutang tag ngan aku. Rasanya dah berbulan2 dah dia tag aku.. Ingatkan dia dah lupa rupanya TIDAK. Dia telah menuntut hutang tag ini supaya dilangsaikan. Memandangkan esok merupakan wedding anniversary dia yg ke-4 maka aku berbesar hati utk membuat tag ini. Anyway, I'm wishing you Happy 4th anniversary for you and your beloved husband yea... kekalkan kebahagiaan yg ada.. :)

Ini sedutan dari blog dia dulu utk mengetag aku:

Deyna - Frennn.. ko baik buat yer.. aku tau lar ko dah lama berblogging.. kalau let say ko dah penah buat tag nie.. ko copy and paste pun tak per.. sbb rasanyer aku dah khatam dah ko nye blog.. tapi cam tak penah lagi jumpa story sort of like this... OK... buat yerr.. klau tak aku majuk nanti.. heheheeh...

Tag mengenai apa yer? Tag ini adalah cerita about you & your partner.. kisah apa2 je lah.. janji related about u and husband... apa yg dia suka.. apa yg dia tak suka.. apa yg u suka pasal dia dan begitu juga sebaliknya...

How to start eh?

Sebab tag ni takde soalan secara langsung. Kalau ada soalan senang jer jawab jer terus. Ni kena mereka karangan lah konsepnya ni. Ok takpe.. kita cuba eh....

Spt yg sedia maklum, status aku ni adalah seorang isteri kepada Shahrizal Ikhmar bin Jamil sejak dari 7 Julai 2007.

Sepanjang 2 tahun lebih perkahwinan kami ni macam2 perkara lah yg telah kami lalui bersama2 dan sedikit sebanyak dah taulah tentang segala perangai pasangan masing2.

Apa yg aku suka tentang suami aku nie adalah:-


  • Seorang yg sangat bersopan santun dan berbudi bahasa kepada sesiapa sajelah. Terutamanya kepada org yg lebih tua. Sifat hormat yg dia ada itu membuatkan aku lebih menghormati dia. Ingat lagi masa first time dia datang ke rmh aku bertemu ngan mak aku. Kemain protokol giler dia. Siap mintak ampun maaf bagai sbb bawak aku keluar after office dan balik lewat. Padahal mak aku takdelah kisah pun aku nak keluar pun.

  • Seorang yg family type. Aku suka cara dia. Walaupun dia dah kawen ngan aku & stay ngan aku, dia tetap tak pernah lupakan mak, ayah dia. Kalau org lain mungkin seminggu sekali pun agak payah nak call parent dia, tapi asben aku tak. Kadang2 tgk cam tiap2 hari pulak dia call mama atau ayah dia. Ayat biasa dia bila call parent dia (walaupun almost everyday call) "apa khabar?", "buat apa?", "dah makan?" dll. Lagi satu, nenek dia pun, dia tak pernah lupa. Kalau ada kelapangan dia akan melawat nenek dia tuh.

  • Seorang yg cool, dia tak cpt marah, tak mudah melenting. Sepanjang kawen ni tak pernah lagi lah kami ni bergaduh2 atau bercakaran. Kalau gaduh2 pun sebab benda2 remeh temeh jelah.. contoh dia suka kalau bukak suar pastu biarkan suar tu bergulung camtu jer kat atas lantai. Time aku mood baik aku akan angkat lah seluar tu masuk bakul ke gantung ker. Cuba mood aku tak baik, daripada punca seluar tu leh jadi sampai aku ungkit sbb tak cuci kereta lah apa lah dll yg boleh aku cari pasal lah. Yang ni aku ngan laki aku memang bertentangan sikit. Aku memang suka bebel2, tapi dia takkan menjawab. Tapi bila dia tak jawab aku lagi naik angin. Tapi percayalah kalau gaduh pun paling lama pun tak sampai setengah jam. Pastu masing2 hegeh2 mintak maaf.

  • Laki aku ni boleh diklasifikasikan sebagai seorang yg rajin. Rajin kemas bilik, rajin cuci kain, rajin sidai kain. Bab cuci kain tu kengkadang tu oklah aku suka, tapi bila dia cuci baju aku yg tak sepatutnya dicuci mesin, aku menjadi marah. Kesian, tak pasal2 org dah rajin2 kena marah pulak. Tapi sekang dia dah paham, baju aku kadang2 dia asingkan. Tapi jgn korang ingat hari2 dia wat kerja2 ni sumer.. taklah.. agak2lah kan.. tu kan tugas seorang isteri.. Aku takdelah nak dera laki aku wat tu sumer. Tak sesuai, dia kan lelaki. Tapi bab2 kemas mengemas tu memang most of the time dia lah buat. Aku kan sensitip ngan abuk. Daripada dia stress dengar aku bersin dari pagi sampai malam, lebih baiklah dia wat kerja2 tu sumer.

  • Yang paling penting, i love my husband because he loves me so much. Begitu mengambil berat dan memanjakan bini. I loike....Nak citer detail about this aku malas lah.. sbb korang pun ada laki gak kan... kang aku citer lebih2 ada pulak org ckp.. cam dia sorang jer ada laki.. kan.. So, lu fikirlah sendiri..

Kalau nak ikutkan byk lagi perkara2 yg aku suka, tapi rasanya cukuplah takat tu jer... kang tak kembang bontot laki aku, korang pulak yg termuntah dengan citer2 angkat bakul ni kan. Ok kita citer yg buruk2 pulak pasal dia, citer pasal dia yg aku tak suker.. Aik takkan nak suka je semua kan.. mana boleh.. kalau semua suka jer takde lah warna warni hidup berumahtangga kan...

  • Laki aku ni kuat makan. Tapi tak kisahlah, takkan lah aku nak halang2 dia makan pulak kan. At least adalah org yg berselera makan masakan aku kan. Lagipun laki aku rajin exercise.. cumanya masalahnya sekarang, lepas makan mesti nak tido.... isy very not good.. tapi takpe aku dah leter dah kat dia.

  • Suka buang angin merata2. Lagi dia bangga kalau dapat kuarkan bunyi yg panjang. Pastu bila tengok respon aku cam nak marah, dia gelak2. Sabar jelah aku. Boleh katanya "kentut membawa bahagia". (Ni kalau dia baca ni mampus aku).

  • Yang ni benda yg paling kerap dan paling aku nak marah sekali. Aku paling tak suka kalau pagi2 nak kuar gi kerja dia tanya aku "kunci kete mana, Na?" Padahal dah 80 kali aku cakap segala mak nenek kunci sila letak kat tempat yg disediakan. Ni tak, dia kalau masuk rmh tempat pertama mana yg dia stop, kat situlah dia park segala kunci. Manalah aku nak tau kan. Tu satu hal, pernah satu hari, kiterang punyalah mencari kunci kete bagai nak rak, tapi tak jumpa2, sampai terlambat nak ke ofis. Alih2 boleh kunci kete tu elok jer kat dalam kereta tak bercabut dari petang semalam. Nasib tak kena curik kete tuh.

Klah cukup lah tu jer perkara2 yg aku kurang suka. Kurang suka tidak bermaksud aku tak leh terima langsung. Kadang2 perkara2 yg kita tak suka ni pun yg menghiburkan pun. Kan?

Apapun secara kesimpulannya, kami suami isteri cuba utk terus memahami antara satu sama lain. Apa2 masalah semuanya dibawa berbincang bersama2. Apa saja yg tak puas hati harus dikeluarkan tidak dipendam2 dan disimpan. Yang paling penting ucapan syg dan rindu haruslah diucapkan setiap saat dan waktu. Barulah terasa diri ini disayangi dan dihargai. I love u syg.

For my fren, hope u satisfy yer.. sorilah kalau boleh aku nak wat sepanjang mungkin dan letak gambar segala. Tapi u know lah kan... am very the lazy.. eh silap very the busy... hehehe

Tuesday, November 17, 2009

Kesalahan Bahasa

Malam tadi kiterang mkn besar kat rmh. Bukan makan besar byk2 lauk tuh, tapi makan besar sbb makan ramai2. Takdelah sempat nak masak byk2 pun. Tapi adalah 3, 4 jenis lauk. Semalam kan adik aku balik, so akak2 aku ngan family masing2 adalah berkumpul kat rmh.

So, mak aku ajaklah mereka sumer makan malam kat rmh.

Sbb dah ramai2 tak muat lah meja makan, jadinya makan kat atas lantai je lah. Senang sikit hidangan sumer di depan mata.

Tengah2 syok makan si Ain bersuara.

"Ayang, amikkan tempeyek tu" sambil menunjuk ke arah sambal tempoyak yg mak aku buat.

Hahahaha budak ni memang suka2 jer nak alih2 bahasa... tempoyak jadi tempeyek.. lagi satu hari tu dia nak sebut pacat tapi dia sebut pucat...

suka2 hati jer makcik sorang tuh....

Monday, November 16, 2009

Banyaknya Nak Tanya2 Org Nie..

Bagus tul kawan blogger aku nie tau. Aku tau lah sekang ni aku ni memang lembap sikit nak update blog.. sekali dia kasi tugasan kat aku. Konon dengan cara ini sedikit sebanyak blog aku berupdate lah kan.. Tapi memang betul lah kot.. see terus aku rajin update blog nie...terima kasih kerana merajinkan saya.

Rasanya penyakit malas aku dah berlalu pergi kot... Sekarang saya sudah kembali rajin.. Tak tau lah rajin sampai bila pun...

1.Bekas kekasih saya adalah :

Aku pun tak pasti sama ada aku pernah ada kekasih lain selain daripada asben aku. Bukan asben aku ke kekasih awal dan akhir aku..hehehe.

Tapi kan bekas kekasih saya (eh tetiba lak pulak ada bekas kekasih ni) sudah menjadi bekas yg tidak berbekas lagi di hati saya ini. Pedulikan saje dengan bekas itu, kerana saya sudah memiliki bekas yg baru yg berjenama Tupperware. Tahan lama dan tahan lasak. Apa yg ko merepek ni labu???

2.Saya sedang mendengar :

gossip2 hangat mengenai diri saya. Wah ko ingat ko artis ker?? Tak sangka kengkadang diri ini menjadi bahan bualan org2 sekeliling. Ingat.. tak baik mengumpat tau...kalau nak citer pasal yg baik2 jer tau...

3. Mungkin saya patut :

Berterus-terang bahawa sekarang ini saya sedang dalam proses utk menjadi seorang ibu sekiranya diizinkan Allah s.w.t.

4. Saya suka:

Bila org lain pun suka. Saya tak suka kalau suka sorang2. Biar apa yg saya suka tu, org lain pun suka jugak. Tapi jgn ko suka ngan laki aku pulak sudahlah.

5.Sahabat-sahabat baik saya:

Mereka yg bergembira dan bersedih bersama-sama. Mereka yg tidak mempunyai sedikit perasaan lebih atau kurang dari diri ini. Mereka yg benar2 ikhlas. Mereka yg memahami. Tidak pernah mengatakan sesuatu yg buruk di belakangku.

6.Saya tak faham :

kenapa soalan kat tag ni panjang sgt.. sampai 30 soalan kau...kengkadang aku pun tak faham apa lagi yg nak aku rapukan..


7.Saya kehilangan :

Beg guess saya yg kaler hitam itu. Tak tau mana laki dah pergi bungkus dan campak itu beg.
Ok tu kehilangan yg tak berapa berharga lah..
Tapi kehilangan yg tidak mungkin dijumpai semula dan tiada galang gantinya adalah kehilangan ayah tercinta pada usia aku 8 thn.

8.Ramai yang berkata :

"Murah rezeki korang". ..
Alhamdulillah.

9.Makna nama saya :

tak pastilah pulak.. tapi kalau 'N' itu ditukar kepada 'M' ia membawa maksud seseorang yg suka menderma...

10.Cinta itu adalah :

Perasaan yg datang dari hati dan tidak dibuat2.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :

tido dengan lenanya tanpa gangguan oleh isteri beliau.

12.Saya akan cuba :

menjadi seorang anak yg diredhai ibunya, menjadi seorang isteri yg diredhai suaminya dan menjadi seorang ibu yg baik yg dapat membimbing anaknya ke jalan yg benar.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :

Bukan sekejap...

14.Telefon bimbit saya :

Malu lah nak cakap.. sbb hp budak sekolah lagi canggih pada hp aku. Tapi ada aku kesah.. sbb aku pun tak heran nak pakai hp2 canggih walaupun aku mampu.. wah.. Ok berpijak pada bumi yg nyata hp aku hanyalah sekadar Nokia 3500 classic. Adalah gak niat nak pakai blackberry, tapi aku rasa kalau takat aku nak beli sendiri tak mo lah.. tapi kalau ada org nak hadiahkan ... kecik tapak tangan... tapak kaki aku tadahkan.. eh birthday aku pun tak lamo je laie...

15.Bila saya terjaga dari tidur :

Akan ku belai insan yg berada di sebelah ku itu dengan penuh kasih syg... sampai dia terjaga dan tertido semula...

16.Saya paling meluat apabila :

Org cam tunjuk bagus jer.. tapi takdelah bagus mana pun sebenarnya..

17.Pesta/Parti adalah :

Malam pesta muda-mudi. Bertemasya dan menari. Suka ria dalam hati (mengikut lagu allahyarhamah Saloma)

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

Buyeen.. kucing kesayangan asben aku yg dah kena colek... pastu tak dapat dikesan kemana hilangnya..

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:

Dari dulu sampai sekarang saya rasa seronok. Sentiasa berasa diri ini berumur 19 thn.

20.Hari ini :

Adik aku yg kerja offshore tu balik. Semalam dia kata dia beli mcm2 buah tangan nak bawak balik. Dia kata cokelat jer dah sampai beratus dia shopping.. tu baru cokelat... tak taulah apa lagi yg dia beli.. ni tak sabar nak balik nie..

21.Malam ini saya akan :

Mengepau adik saya yg baru balik itu. Saya bakal mendapat sejumlah wang daripadanya. Jgn jeles yer... Takde maknanya aku nak pau duit dia.. aku nak mintak balik duit bil hp dia yg aku bayarkan hari tuh....

22.Esok pula saya akan :

Pergi bekerja cam biasa seperti hari ini. Tapi esok kena gi ngan komuter lah...tapi balik asben jemput aku di ofis.

23.Saya betul-betul inginkan :

Berkat dan rahmat Nya di dunia dan akhirat

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

Nape jerawat ni tak susut2 gak nie? Hilang satu, tumbuh satu.. bak kata pepatatah.. patah tumbuh hilang berganti..

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :

Haruslah tempat membeli-belah.... di situlah tempat terapi minda yg berkesan.

26.Makanan Barat atau Jepun:

Tak reti aku nak makan makanan Jepun.. sumernya nak mentah2... uwek... tapi western ok lagi lah...

27.Bilik yang terang atau gelap :

Ermmmm aku suka gelap... tapi laki aku suka terang...terpaksa lah aku tutup mata aku ngan bantal busuk.. tak retilah nak tido lampu terang. Silau.

28.Makanan segera adalah :

KFC atau pun Mc D.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

Ok Thanks.



Ada lagi soalan last suh aku cari mangsa tag seterusnya.. tapi aku dah terdelete. Pastu aku tak nak taip balik. Jadinya korang2 sumer terselamat dari menjadi mangsa tag yg panjang giler nie.... tapi kalau anda nak tag diri sendiri.. dipersilakan...

Jawapannya Ialah Ya..

Ramai yg bertanya kepada aku soalan yg sama.

Alhamdulillah.... jawapannya ialah ya....

Bukan nak berahsia, bukan utk menidakkan atau apa jua, cumanya aku tak reti camne nak gitau...... lagipun aku rasa masih terlalu awal...

Nanti aku citer in detail yer......

Adik Aku Balik Hari Nie

Sekarang mungkin atas flight lagi. InsyaAllah dalam masa setengah jam dia akan mendarat.

Apalah ole2 yg dia bawa yer....

Antara org yg tak sabar nak berjumpa ngan dia (selain aweks2) haruslah mak aku kan... dah 2 bulan lebih berjauhan dengan anak bongsu dia nie...

Di Bawah Ketiak Isteri

Macam tajuk citer kat TV jer..

Hehehehe..

Hari ni aku nak citer mengarut sikit lah. Nak kata mengarut tu takdelah mengarut sgt pun.. cuma mungkin ada segelintir yg akan geli2 dan mengatakan eleh citer ni pun nak diciterkan.

Semalam takde aktiviti luar yg menarik dilakukan. Jadinya, kami laki bini hanya melepak di dalam bilik melakukan aktiviti dalaman sahaja. Apa lagi membuta lah kan, dah lah cuaca pun asal petang jer hujan kan. Memang sesuai tuk aktiviti dalaman.

Sambil baring2 tu aku terkenanglah rakan2 serumah masa kat UiTM dulu. Lily, Farah, dan Neena (bukan nama2 sebenar - eleh kalau aku tipu pun korang bukan tau pun) adalah member2 aku ketika itu. Eh, tapi sebelum tu aku mintak maaf yer, kengkawan2 yg bukan nama sebenar tu sebab menceritakan kisah dolu2 kat sini yer.

Si Lily ni ada hobi yg pelik sedikit. Dia suka mencabut BK. Apakah itu BK? korang google lah sendiri yer...

Tak cukup dia punya, org punya BK pun dia offer tuk mencabutnya. Memang pelik tapi benar hobi kawan aku yg sorang nie. Jadinya yg jadi mangsa, kawan2 aku yg lagi 2 org tu lah.. aku tak pernah lagi jadi mangsa dia.. Lagipun aku rajin aku buat sendiri jer..

Ok tamat citer tuh.

Lps teringat kisah2 tu terus si isteri mendapat satu idea. Si isteri telah memaksa rela lakinya tuk mencabut BK bini dia nie. Alah bukan byk pun, standard lah pompuan kan.. sikit2 jer... Bukan apa kengkadang malas nak cabut just shave jer.. tapi yelah kalau dah shave tak licin dan kemas lah kan.. Jadinya nak suh dia memperkemaskan jelah kaedahnya.

Si isteri tau bukan lakinya sorang jer takut dengan pencabut bulu. Ramai gak lelaki lain yg takut dengan pencabut bulu. Bagi mereka mencabut bulu (instead of shaving) adalah sesuatu yg menyiksakan.

Mula2 si suami kata dia tak sampai hati nak buat, sbb dia kata tak sanggup tuk menyiksa bini sendiri. Si isteri pun kata lah nak siksa mendanya.. bukan sakit pun.... buat jelah..

Setelah termakan dengan pujuk rayu isteri maka si suami pun menjalankan lah task yg diberikan oleh isterinya itu. Mula2 cam takut2, tapi lama2 dia pun naik syok...

Rupa2nya ada satu kepuasan bagi si pencabut bulu. Baru ku paham kenapa kawan aku si Lily tu suka dengan hobi dia ini. Tapi tak taulah sekang dia masih menjadi pencabut berjaya atau tidak.

Sekian.

p/s: Cuba ko cabut BK laki ko, mesti meraung2 lah dia jawabnya. Kesimpulannya, wanita adalah lebih kuat dari lelaki.

Tuesday, November 10, 2009

Dia Sudah Ada Akaun FB Sendiri

Jangan tak tau laki aku sekang ni dah ada fb sendiri. Selama ni berkongsi ngan aku jer. Bagus gak dia wat akaun sendiri, kalau tak kawan masing2 konpius.. kawan dia konpius, kawan aku pun konpius gak.

Tapi, tak best gak dia dah ada fb sendiri, alamatnya nanti fb aku tu tak berjengahlah jawabnya. Selama ni dialah yg rajin upload gambar segala.

Ni yg aku nak gitau kengkawan sumer, kengkadang tu korang ada gak yg buzz aku kat fb kan.. korang nampak aku on-line, tapi yg benarnya laki aku yg on-line. Kengkadang dia respon lah, kengkadang gak dia tak tau nak jawab apa, jadinya dia diam jelah. Korang jgn ckp aku sombong ke apa pulak eh. Tapi kadang2 tu aku jenguk gaklah fb, tapi memang jaranglah. So, jgn kecik hati ke apa aku kurang komen ke apa kat fb korang eh.

Aku memang slow bab2 ni sumer. Tapi blogging aku suka sikit. Cam ym pun, kejap on kejap off je aku nie... tapi kalau nampak aku online tu buzz je aku.. kalau aku, confirm aku nyahut...kalau laki aku yg online mungkin dia diam seribu bahasa je lah kot.

FB, YM, Blog sumernya kami laki bini kongsi sama2. Tiada rahsia antara kami. Sampaikan password maybank2u aku pun dia tau. Isy... Ini tak boleh jadi nie... kurang duit aku dalam akaun aku nanti siap dia.. hehehe

Monday, November 9, 2009

Teringin Lah Pulak

Amboi kemain lagi napsu makan sekang nie yer. Dahlah cuaca sejuk2 nie, memang lapor jelah kerjanya. Alangkah indahnya kalau time2 camnie dapat makan maggie asam laksa panas2. fuh... meleleh air liur.



Tapi ni maggie sup bukan asam laksa


Harus diingat adalah tidak elok memakan mee segera ye rakan2 sekalian. Tapi sekali-sekala takpe.

Yihaaaa!

akhirnya kini pasti.....

Big Apple & Laksa Penang

Cerita ini adalah agak kebasian sedikit. Mengambil masa yg lama utk dipublishkan. Apa taknya, upload gambar sekeping dua, stop, pastu sambung hari lain, pastu stop lagi. Bukan sebab aku malas ke apa, tapi yang nyatanya broadband aku sekang ni memang giler lah dia punya lembap. Ni yg rasa cam nak potong jer.. 'Abg dah potong?' 'Of Course'... Tetiba iklan lah pulok..

Seminggu selepas raya, Za & Co mengundang kami lagi sekali ke rmhnya. Memandangkan masa Akikah baby Darwish kami tak dapat datang, maka undangan kali ke-dua ini haruslah kami penuhi. Menu special pada hari tersebut adalah Laksa penang yg dimasak sendiri oleh Za. Laksa yg memang terangkat.



Big Apple Donuts


Apa pulak aku nie.. citer pasal laksa tapi keluar gambar Donut lah pulak. Ok takpe, gambar memang tak mengikut urutan yer.. ini adalah kreatif namanya. Hehe. Oh ya, Donut2 ini adalah buah tangan oleh Awien & Rudy. Bagus mereka ni datang rmh org bawak buah tangan. Kiterang datang bawak perut sahaja.


Main course pada hari tersebut

Hah baru betul ada gambar laksa. Yang tukang amik gambar ni adalah aku, maka tidaklah berseni langsung gambar yg aku ambik ni. Tapi oklah dari takde kan. Sepanjang beberapa jam (6hrs - to be exact ) kami berada di sana, adalah 2, 3 round jgk kami melantak laksa itu. Giler lama bertandang kat rmh org. Ater dah laki & bini masing2 berkawan. Yang si bini2 haruslah sibuk dok borak sana & borak sini, yg si laki pulak sibuk lah dengan hal2 photography. Sudahnya jam dah pukul 12 malam baru tersedar nak balik.

Selain aktiviti2 di atas, kami jugak sempat membelek2 album kawen & album lama Za & Lee. Selain itu kami juga dipertontonkan dengan gambar2 percutian Neena & Nuar di GoldCoast.


Tgh tgk album


Neena, aku, Awien & Rudy



Album kawen



Terhibur melihat gambar2 lama

Selain melihat gambar, adalah tidak sah kalau kami2 ni sumer tidak bergambar. Harus ada gambar beramai2.


Tak perlu tripod



Suami sape yg over ceria itu?



Mengetest power kamera bagak Lee



Ni lah tuan punya handbag yg kaler hitam tu. Ko nampak kamera bersepah2 kat rmh Lee tu?..



Apa lah yg derang layan kan tu?



Lee memang tak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan rakan2.


Gambar beramai2. Dari Atas kanan ke kiri: Neena, aku, Has, Awien & Za
yg bawah tak yah dikenalkan lagi. Yang pasti adalah pasangan2 org yg berada di atas.


"fren, apsal ko syok sorang2 kat tepi tu?" hahahaha

Memang sonok biler berkumpul ramai2 camnie. Nanti bila kami dah pindah rmh nanti, korang lepak rmh kami pulak eh. Nak bermalam terus pun tak kisah nyer...

Friday, November 6, 2009

Akhirnya....




Dapat jugak aku tidokan Baby Darwish ni dekat pangkuan aku. Punyalah dia meragam hari tuh.. asyik nak menangis jer... aku pun cuba lah nasib kot boleh mendiamkan dia. Di kala mummy dia sibuk kat dapur aku pun cubalah kot boleh mendiamkan dia.. Sekali dia lena dalam dakapan ku.. fuh... sonok sgt.. dapat tidokan baby...

Oh ya.. cerita makan2 di rmh Za & Lee ini adalah masih dalam pembikinan... citer agak2 dah basi dah tapi tetap akan aku post kan jua nanti.


Hah ni baru betul2 mummy sebenar Darwish..

Friendship Forever

Sape punya beg ni?? Sila angkat tangan. Ok beg ni, bukan aku yg punya tapi Ahmad Albab yg punya.. eh bukan tapi kawan aku yg punya.

Apa yg istimewanya pada beg ini?


Comel jer

Bertambah comel dgn keychain yg cute itu

Mesti korang kata biasa jer beg tu.. takde apa yg luar biasa pun. Beg ini sebenarnya usianya sudah mencecah dalam 10 tahun. Tapi still nampak macam baru lagi kan?

Mengikut kepada tuan punya beg ini, beg ini sebenarnya dihadiahkan oleh sahabat baiknya sempena hari lahirnya lebih kurang 10 tahun lepas & that's the only black handbag yg dia gunakan sampai sekarang..

Aku dengar dia ckp aku like... eeei bagusnya korang ni sangat menghargai sgt antara satu sama lain..

Yelah aku pun, kengkadang laki kasi prezen, sekejap jer suka dan jaga ia2, pastu dah buruk, pastu dah mintak yg baru.. cam wallet yg aku pakai sekang nie.. masa mula2 dapat kemain lah aku jaga takmo kasi kotor2 pun.. tapi tgk sekang.. lagi sikit jer tadi nak masuk kat dalam pinggan kuetiau goreng aku...

Kepada kawan2 aku tu.. semoga persahabatan yg terjalin itu berkekalan selama2nya.