Assalamualaikum...
Lama gila kot tak singgah sini. Nak bersara dari blogging mcm tak jer, tapi nak update blog sikit punya malas.
Ok lah cuma nak ucapkan selamat hari raya kepada sesape yg tersesat kat blog ni. Maaf zahir batin.
NtahApeApeAje
The best way to secure future happiness is to be as happy as is rightfully possible today
Tuesday, July 12, 2016
Lamanya lah Tak Jengah blog
Friday, August 21, 2015
Majlis Akikah Marissa Zahira
Ok ni pun entry tertunggak. Dah lama kat draft tapi tak sempat nak siapkan.
Alhamdulillah, Zahira kami akikahkan pada 23 May 2015 hari tu. Masa tu Zahira baru 77 hari. Just about 2 weeks sebelum aku naik kerja. Aku lebih prefer aku setelkan hal akikah semua sebelum aku kembali bekerja. Yelah tgh cuti panjang kan, senang lah nak buat preparation sumer. Kali ni buat kat rmh mak. Senang sikit lagi pun nanti group kawan2 mak gak yg akan datang buat Marhaban.
Pengantin tecik
konon2 berseni lah amik gambar camni
Sebabkan girl so warna tema kena lah ada pink kan... padahal warna lain pun boleh jer, tapi mama dia ni memang takkan lari dari warna pink or purple.
Cam biasa,sewa khemah, catering dan kambing dari org2 yg sama time Marissa dan Inara dulu.
pasang 1 khemah jer cukup
yg ni pulak khemah utk kambing golek
Wah abg kambing sempat memberikan pose
cenderahati utk para tetamu
org yg diraikan
Kumpulan Marhaban pun kena pakai pink jugak
Kali ni utk buaian baby aku pilih simple jer, tanak ada pelamin2 bagai.. nak letak buaian seketul jer. Tanak pakai back drop2 bagai. .
tgk si kakak2 dah tertido kat situ dialuni bacaan yassin dan zikir selawat dari kump marhaban
patut gambar ni kat atas, sbb taim ni dorang belum tido lagi, tgh layan susu memasing
geng2 mak
alahai makcik ni duk kat tgh tu, dah tu aku nak duk mana?
Takpelah saya duk kat tepi belakang tu jelah.. lagipun baby tak mo pulak duk dalam buai tuh.
marhaban ...oo.. marhaban...
kambing akikah Zahira
Actually gambar tak byk sgt yg sempat aku amik, ni pun aku amik dari sesapa yg kongsi kat wasap or fb. Gambar makanan2 pun tak sempat nak amik kat phone aku nie. Tapi rasanya kat kamera asben ada kot, tapi aku malas nak transfer gambar dari camera.
Seingat aku, menu pada hari tu ialah nasi putih dan lauk2 kampung seperti, ayam goreng rempah, gulai nanas ikan masin, sambal bilis kentang, sambal belacan dan ulam2man dan ikan masin bulus ayam. Pastu ada mihun, bubur kacang hijau dan beranika jenis kuih.
majlis dah bermula
kambing dah luak sikit
Actually aku ada jemput semua kawan ofis, tapi sbb time tu cuti sekolah ramai yg tak available lah. Tapi ada gaklah yg hadir. Selain tu aku jemput kawan2 sekolah dan kawan2 masa belajar dulu. Alhamdulillah dapat gak jumpa kawan2 lama.
Ni kawan serumah, sebilik, sekelas, sepontengan, seteksi dan se se se yg lain
Member aku ni org Sarawak, tapi sekarang dah menetap kat Putrajaya, tapi sepanjang dia pindah sini, jarang2 sgt kami berjumpa. Mujur lah dia sudi meluangkan masa waktu kenduri akikah hari tu.
with Lily and her two kids
Time tu Zahira dah tido kat dalam buaian
kenal tak sape nie?
Walalupun kami jarang bersua sekarang nie, tapi ketiga-tiga anak aku punya kenduri, kawan aku ni tak pernah missed pun hadir. Semuanya kecik2 dah digomol oleh aunty Neen. Walaupun camne high pitch nya pun suara aunty Neen ni, Zahira rilex jer tido. Takde hal lah bising2 nie. Zahira memang jenis suka tido time bising2. Kalau senyap sunyi jer mula lah dia terjaga.
Macam Lily gak, Neena pun merupakan kawan sekelas, serumah, sebilik, sepontengan, seteksi dan lain2 lah... cumanya dulu aku ngan Lily jer selalu duk kat rmh. Maklumlah takde boipren... hehe leh cayer ker?? Si Neena pulak mana nya nak duk rmh, harus gi deting ngan En. Teman. Alhamdulillah kekal jodoh mereka.
Group marhaban tak habis lagi..
sampai serak2 lah suara makcik2 nie
ok sambung tido balik
hah yg ni my bf dari kecik sampai lah sekarang nie... sebelah tu pulak bonda dan anak2
Bonda ni mula asalnya kawan seblogger.. tapi la ni, rasanya dia dah bersara dah dari blogging, dah tu awatnya tak update blog cik purple ooi?? Keciknya dunia ni yg rupa2nya cik purple ni dulu sekolej ngan bf aku si Watie nie...Gitulah kisahnya...
hah yg ni tak yah nak diperkenalkan lagi
Dah tahap retis dah kawan aku ni.. hehe ampun Neena.. lawak jer...miss u.. eh tetiba..
kak inara tumpang sekaki
Actually masa kenduri Akikah tu, adalah jemput member group wasap sekolah.. kengkonon nak reunion lah sekali.. tapi adalah beberapa org yg hadir... yg lain2 tak dapat datang lah pulak...
watie & Hanim
Ni lah member satu kelas masa kami form 3. Dah 20 tahun berlalu tetapi kami tetap macam ni. Kan.
Dah habis marharban sebelum baby dibotakkan kepala, kita kasi makcik2 ni potong rambut Zahira sorang sikit
tabur bunga rampai sikit kasi wangi
ni lah kawan2 rapat saya yg saya ada. Sori ti mata ko pejam
with my school mate Eda..eh eh Inara kat tepi tu cute
Eda ni sgtlah kelakar tau.. Eda ngan Neena lebih kurang jer dorang punya karakter.. yg kelakar dorang ni borak2 cam kenal satu sama lain jer.. pastu si Eda ni pun tanya kat aku sape si Neena ni.. pastu aku kata lah artis.. takkan ko tak kenal.. yg si Eda ni pun masuk air, boleh pulak percaya dan cakap patutlah cam familiar jer... lol.
Apapun terima kasih kepada semua yg meluangkan masa utk hadir ke majlis akikah Zahira dan syukur lepas tanggungjawab kami utk mengakikahkan anak2.
Masa kenduri akikah tu jugak, kami ada buat birthday party tuk Marissa dan cousinnya Amni, dorang berdua lahir bulan 5, so boleh lah sekali jalan.. Tapi citer birthday nanti lah kalau aku rajin..
Oklah jumpa di lain entry.. babai..
Thursday, August 20, 2015
Kenangan Melahirkan Marissa Zahira
Ok dah lama nak siapkan entry ni tapi tak siap2 gak. Gambar2 dah ready lama dah kat draft, tapi tak sempat2 gak siapkan ceritanya. Sebelum aku lagi bertambah lupa kronologi saat2 kelahiran Zahira baik aku siapkan lah entry nie.
Ok aku punya due date sepatutnya 19 Mac 2015. Tapi baby pilih untuk keluar pada 9 Mac 2015. Awal dalam 10 hari camtu lah. Kakak2nya sebelum ni pun sumer cam tu gak lah awal dalam 2 minggu camtuh.
Aku ni start daripada awal bulan mac memang cam lemau jer kalau nak gi kerja. Berat jer rasa badan nie. Rasanya dari awal bulan Mac tu, aku tak pernah kerja cukup seminggu. Mesti ada jer aku amik cuti atau pun MC. MC pun bukan aku yg mintak pun, tapi doktor yg suruh rest pun. Ada gak terfikir nak start amik cuti bersalin awal, tapi kang buatnya baby keluar lmbt cam rugi pulak nanti cuti selepas bersalin. Cuti 3 bulan u ols... best.
ok lets begin the story...
Pagi tu eh bukan pagi, actually dari malamnya tu aku dah rasa cam lain macam sikit, rasa cam tegang jer perut nie, tapi takde rasa sakit. Tak bajet rasa nak bersalin pun.. lagipun masa last check up tu doktor kata lama lagi aku nak bersalin dan perut masih tinggi lagi dan due date pun cam lambat lagi..
Tapi masa bangkit pagi tu aku rasa cam ada contraction. Konsisten sgt contraction tu datang. Setiap 10 minit dia datang. Datang sekejap pastu hilang, pastu 10 minit lagi datang lagi. Tapi takdelah rasa sakit sgt. Rasa sakit2 pinggang sikitlah. Masa tu aku masih lagi berkira2 nak gi ofis ke tak, rasa cam ok jer nak gi kerja lagipun hari tu takyah naik train sbb asben ada course dan boleh lah dia hantarkan aku ke ofis. Tapi pada masa yg sama rasa berbelah bagi.. camne karang kalau tetiba kat ofis nanti nak beranak.. tak pasal2 pulak kan... so, aku pun decide stay je lah kat rmh.. kang apa2 hal aku call jer asben suh balik. So, aku just siap2kan Marissa ke sekolah dan kemudian hantar Inara ke rmh pengasuh, so that aku leh rest jer kat rmh.
Masa asben nak kuar rmh tuh, aku rasa cam takut gaklah nak stay sengsorang, kang buatnya tetiba nak beranak sempat ker laki aku nak balik rmh... tapi tak terkeluar pun dari mulut aku nak suh absen stay, lagi aku suh dia pergi course tu adalah.
Tapi tah nape tup2 lepas asben hntr Marissa ke sekolah dia balik semula ke rmh dan beritau dia tak jadi nak gi course dan decide nak stay jer ngan aku dan nak bawak aku ke hospital. Dia risau kalau tetiba aku call kata nak beranak pastu time tu plak dia terperangkap kat dalam jammed nanti. Alhamdulillah asben cam tau jer yg aku memang pelukan dia time tuh.
So, pagi tu aku sempat lah kemas2 rmh sikit, kemas kain baju, dan pack kan kain baju aku, anak2 dan suami sbb aku plan lepas bersalin nanti terus stay kat rmh mak. Time tu memang contraction datang memang konsisten setiap 10 minit. Seminit rasa sakit pastu hilang... pastu 10 minit dtg rasa lagi pastu hilang, dan begitulah seterusnya. Tapi sakit light2 lah.
Aku masih berkira2 nak gi hospital ke tak nie? sbb memang takde keluar tanda langsung pun..ntah2 ni false alarm jer kot... tapi entah2 ni betul2 nak bersalin.. memang berperang perasaan kejap.
Tapi kami amik keputusan utk gi gaklah hospital pagi tu. So, dalam pukul 11 camtu kami pun kuarlah. Before that tinggalkan Inarah kat rmh pengasuh. Time tu sedih sgt, rasa sedih sbb mungkin lepas nie Inara dah kena jadi kakak, dah tak boleh nak layan2 dia lebih, dan kena berkongsi kasih dengan adik pulak. Memang pun tiap kali nak beranak mesti rasa sedih kat anak, tah apa2 jer kan,
Sampai hospital cakap ngan nurse yg contraction datang konsisten since pagi. So, dorang suh buat ctg dulu sebelum jumpa doktor. Doktor pun time biasalah ramai patient.
Oh yes pakai tudung instant jer senang, mula2 nak gak pakai shawl pastu pikir balik kang kalau buatnya nak terberanak tak ke menyusahkan terbelit sana sini, so pakai tuduk sauk nie jer... walaupun ada rupa makcik sikit, demi anak apapun boleh.
Walaupun aku kata nak jalan jer, tapi pakcik tu tetap nak tolak aku ngan wilca.
Time tu bilik single tak available lagi suh duduk sementara kat bilik double. Sesambil call mak dan gitau yg aku akan melahirkan dan mintak mak doakan utk aku.
Masa ni jugak kontraksi bertambah kerap dan semakin terasa sakitnyatuh di sini. Pastu nurse datang suh tukar baju spital. Pastu nurse datang lagi nak masukkan fleet (ubat pencetus berak- haha). "Nak kena masuk ubat ni jgk ker? tadi pagi saya dah berak dah, pastu doktor ckp tadi bukaan dah 6 cm.. " kataku dengan harapan takyah lah nak masuk ubat tuh... pastu nurse cek bukaan lagi, pastu dia kata tak payahlah..dah nak bersalin nie..*selamat bontot*..hihi
Tak lama lepas tu nurse suh pergi ke labour room. Masuk labour room tetiba rasa nak kench pulak. Nurse kata kench kat katil jer... tak yah gi toilet.. isy mana boleh kan.. aku cakap takpe saya boleh tahan lagi nie.. saya gi toilet yer... amboi kemain degil kan patient nie.. lepas kench panjat katil kat labour tuh.. time tu memang rasa menyengat-nyegat dah... tapi ku tahan jebat supaya tak teran lagi.. Yelah nurse pun tak sedia apa pun lagi... tapi aku gitaulah yg aku rasa nak teran dah nie... nurse cek bukaan lagi.. dia kata dah 10 cm. Patutlah aku rasa nak teran jer dari tadi. Cpt dorang call doktor. Memang cekap lah nurse2 tu wat kerja.
Tak lama tu doktor pun sampai, doktor cam biasalah... tenang, lex lex jer dia... dia kata kalau rasa nak teran, teran jer... ok baik doktor saya cuba. Ewah... terus recall balik kenangan lahirkan Inara.
Agaknya mungkin laluan masih ada, baby pun senang jer kuar, rasanya sekali dua teran, baby pun meluncur keluar. Nikmatnya rasa bila baby keluar. Rasa panas jer. Bila keluar nurse letak baby kat atas badan aku.
Lepas baby keluar, tak lama tu doktor keluarkan uri pulak. Lepas keluar uri, doktor kasi aku tido, kat PMC memang lepas baby keluar jer dorang kasi mummy tido, pastu dorang jahit lah atau buatlah apa yg yg patut. Sedar2 sumer dah siap dah, Tinggal nak tukar wad jer. Aku kena jahit gak. Banyak ke sikit aku tak tau... tapi aku tau kena jahit sbb memang rasa ada benang. Hehe. Tapi tak sakit pun kena jahit.. sbb tido kan..
Baby lahir pada pukul 1:28ptg. Tak sampai sejam lepas aku admit. Berat baby masa lahir 3.2kg dan panjang baby 56cm.
Petang tu aku rasa dah kuat sikit, cam biasa lah aku akan buat mandi wiladah. Masa mandi tu memang seriau gak lah masa nak cuci2 tuh, tapi sbb dah tiga kali kot, terus rasa tak berapa nak takut.
Sian Zahira lepas lahir dia kena kuarantin, sbb dia punya bacaan oksigen tak berapa cantik. Bila dia sejuk muka dia jadi biru. Patutlah aku tunggu sampai ke ptg mana lah anak aku tak di bawak masuk. Rupa2nya kena tahan. So, aku lah yg kena pergi masuk kat nursery tiap kali aku nak nyusukan.
Gambar carca marba jer nie. Aku malas nak arrange bagai. Draft ni pun dah makan bulan. So just update supaya ia siap dah lah.
Lepas bersalin memang lapar giler. Aku makan jer hospital bagi. Tapi takdelah aku telan sumer sampai licin, berpada2 lah jugak. Tapi memang tak pantang lah. Apa dia kasi aku makan. Nanti balik rmh baru start pantang. Kah.
Mampu lepas beranak nak selfie2 bagai.. takde.. actually masa tu asben kat rmh tgh handle anak2 so, aku wasap lah gambar ni kat asben, tanya dia, nampak dah kurus ke belum?? haha giler.. ingat baby keluar jer terus nampak kurus ke apa.
Masa kat wad, aku boring sgt, sbb baby takde ngan aku. So kejap2 aku masuk kat wad baby. Baby memang tak leh kuar dari nursery. So time tu memang aku cium puas2 pastu amik gambar byk2.
Sian baby kena on antiobiotik for 5 days.
Taim siang2 asben bawaklah budak2 ni lepak kat dalam wad. Bawakkan toto, so lepak lah mereka kat situ.
Hari ketiga aku pun discharge lah, tapi baby tak leh kuar lagi. Dia kena stay lagi a few days. Aku extend lelama pun kesian pulak kat si kakak2. So, takpelah, aku balik je lah, just berulang jelah sehari sekali tuk breastfeed baby. Memang tak rupa pantang dah.. tiap2 hari aku kuar gi menyusukan anak. Sambil tu bekalkan kan jugak EBM dan pass kat nurse.
Dorang pun sedih bila tau adik tak boleh balik dan kena tinggal. Tu yg cium beria tuh.
Padahal boleh jer jalan, tapi dah memang gitu konsepnya so, duduk jelah kat atas wilca tuh.. tak dapat discharged sesama ngan baby, so kak baby lah duk di pangkuan. Rasa kosong sgt bila balik rmh tapi baby takde... fuh sedih giler kot.... Org lain kuar hospital ngan baby aku kuar tanpa baby... lain macam pulak rasa.
So, gitulah kisahnya yg aku dah ingat2 lupa nie.. tu yg kena gak tulis kat blog supaya menjadi kenangan dan rujukan kelak.
Actually panjang lagi kisah Zahira nie, belum lagi lepas dia kuar wad dia kena jaundice pulak. Dah nak kena admit lagi, tapi aku tanggung risiko aku tak taknak berjauhan dgn dia lagi, aku tak kasi admit. Aku just monitor kat rmh dan selang beberapa hari kena bawak gi klinik tuk amik darah. Zahira kena jaundice berpanjangan, macam Inarah jugak. Dekat sebulan lebih gaklah baru jaundice dia clear. Aku habis pantang baru dia free from jaundice. Sepanjang tu jgk lah aku mandikan dia ngan air daun kucai lah, mandikan ngan bedak sejuk lah.. sumer petua kat internet aku folo. Tapi bab kasi baby makan or minum itu ini tu aku tak folo sgt lah,sbb takut nanti jadi masalah lain pulak, perut baby kan sensitif... yg penting teruskan breasfeeding. In Sha Allah..
Aku ingat lagi, masa nak cek kuning tu, selain blood test, nurse suh hntr sample air kencing baby utk dibuat ujikaji nak tengok fungsi buah pinggang dan hati sumer, so dorang kasi botol, suh tadah kat rmh, kalau dapat terus hantar kat lab. Bila dapat urine terus aku start kete dan terus drive gi klinik sengsorang...sbb masa tu asben ada hal, nak tunggu dia kang urine contaminated pulak.. padahal tu baru hari keberapa ntah aku berpantang.. nak wat camne.. demi mu anak2 ku sayang...
Macam2 kisah lah, dalam melahirkan dan membesarkan anak2 syurga ini. Apapun aku bersyukur ke hadrat Allah S.W.T yg mengizinkan aku utk menjadi ibu kepada anak2 ku ini. Aku berdoa semoga aku diberikan kesihatan yg baik dan kesabaran yg tinggi dalam membesarkan dan mendidik anak2 supaya menjadi insan yg berguna dan bertaqwa. Amin..
Siap pun entry nie, amik masa berbulan kot.. haha.. but better late than never kot..
Ok jumpa lagi di lain entry... muahh...
Ok aku punya due date sepatutnya 19 Mac 2015. Tapi baby pilih untuk keluar pada 9 Mac 2015. Awal dalam 10 hari camtu lah. Kakak2nya sebelum ni pun sumer cam tu gak lah awal dalam 2 minggu camtuh.
Aku ni start daripada awal bulan mac memang cam lemau jer kalau nak gi kerja. Berat jer rasa badan nie. Rasanya dari awal bulan Mac tu, aku tak pernah kerja cukup seminggu. Mesti ada jer aku amik cuti atau pun MC. MC pun bukan aku yg mintak pun, tapi doktor yg suruh rest pun. Ada gak terfikir nak start amik cuti bersalin awal, tapi kang buatnya baby keluar lmbt cam rugi pulak nanti cuti selepas bersalin. Cuti 3 bulan u ols... best.
ok lets begin the story...
Pagi tu eh bukan pagi, actually dari malamnya tu aku dah rasa cam lain macam sikit, rasa cam tegang jer perut nie, tapi takde rasa sakit. Tak bajet rasa nak bersalin pun.. lagipun masa last check up tu doktor kata lama lagi aku nak bersalin dan perut masih tinggi lagi dan due date pun cam lambat lagi..
Tapi masa bangkit pagi tu aku rasa cam ada contraction. Konsisten sgt contraction tu datang. Setiap 10 minit dia datang. Datang sekejap pastu hilang, pastu 10 minit lagi datang lagi. Tapi takdelah rasa sakit sgt. Rasa sakit2 pinggang sikitlah. Masa tu aku masih lagi berkira2 nak gi ofis ke tak, rasa cam ok jer nak gi kerja lagipun hari tu takyah naik train sbb asben ada course dan boleh lah dia hantarkan aku ke ofis. Tapi pada masa yg sama rasa berbelah bagi.. camne karang kalau tetiba kat ofis nanti nak beranak.. tak pasal2 pulak kan... so, aku pun decide stay je lah kat rmh.. kang apa2 hal aku call jer asben suh balik. So, aku just siap2kan Marissa ke sekolah dan kemudian hantar Inara ke rmh pengasuh, so that aku leh rest jer kat rmh.
Masa asben nak kuar rmh tuh, aku rasa cam takut gaklah nak stay sengsorang, kang buatnya tetiba nak beranak sempat ker laki aku nak balik rmh... tapi tak terkeluar pun dari mulut aku nak suh absen stay, lagi aku suh dia pergi course tu adalah.
Tapi tah nape tup2 lepas asben hntr Marissa ke sekolah dia balik semula ke rmh dan beritau dia tak jadi nak gi course dan decide nak stay jer ngan aku dan nak bawak aku ke hospital. Dia risau kalau tetiba aku call kata nak beranak pastu time tu plak dia terperangkap kat dalam jammed nanti. Alhamdulillah asben cam tau jer yg aku memang pelukan dia time tuh.
So, pagi tu aku sempat lah kemas2 rmh sikit, kemas kain baju, dan pack kan kain baju aku, anak2 dan suami sbb aku plan lepas bersalin nanti terus stay kat rmh mak. Time tu memang contraction datang memang konsisten setiap 10 minit. Seminit rasa sakit pastu hilang... pastu 10 minit dtg rasa lagi pastu hilang, dan begitulah seterusnya. Tapi sakit light2 lah.
Aku masih berkira2 nak gi hospital ke tak nie? sbb memang takde keluar tanda langsung pun..ntah2 ni false alarm jer kot... tapi entah2 ni betul2 nak bersalin.. memang berperang perasaan kejap.
Tapi kami amik keputusan utk gi gaklah hospital pagi tu. So, dalam pukul 11 camtu kami pun kuarlah. Before that tinggalkan Inarah kat rmh pengasuh. Time tu sedih sgt, rasa sedih sbb mungkin lepas nie Inara dah kena jadi kakak, dah tak boleh nak layan2 dia lebih, dan kena berkongsi kasih dengan adik pulak. Memang pun tiap kali nak beranak mesti rasa sedih kat anak, tah apa2 jer kan,
Sampai hospital cakap ngan nurse yg contraction datang konsisten since pagi. So, dorang suh buat ctg dulu sebelum jumpa doktor. Doktor pun time biasalah ramai patient.
tengah tunggu turn
Oh yes pakai tudung instant jer senang, mula2 nak gak pakai shawl pastu pikir balik kang kalau buatnya nak terberanak tak ke menyusahkan terbelit sana sini, so pakai tuduk sauk nie jer... walaupun ada rupa makcik sikit, demi anak apapun boleh.
Tengah wat ctg
Sempat lagi nak selfie2 nak senyum2 walaupun kontraction tgh datang dan pergi. Pastu tak lama tu nurse pun datang tengok bacaan ctg tuh. Nurse kata contraction memang ada, tapi tak berapa kuat. So, aku tanyalah belum nak beranak lagi ker? dorang kata belum.. tapi takpe sat gi doktor cek tengok.. aku pun a bit hampalah jugak... ala belum nak bersalin lagi ker?? kena mc lagi lah jawabnya..
Aku pun bangunlah daripada katil tempat aku buat ctg tuh. Masa nak turun katil tu tetiba aku rasa basah dan panas jer... eh eh aku ni terkencing ke apa.. apsal tak leh control nie...confuse sekejap.. pastu air keep on keluar.. eh water bag aku pecah ker... my second experience water bag pecah dengan sendirinya. First masa nak bersalinkan Marissa dulu, time Inara doktor yg pecahkan.
Ok dont panic... keep calm and smile :)
Pastu gitau nurse yg waterbag dah pecah, dorang suh tunggu kejap sementara tunggu doktor clear. Time tu aku rasa sakit sikitlah contraction tuh, jalan pun kepit jer sbb waterbag dah pecah kan. Masuk bilik doktor, terus gitau doktor yg waterbag aku dah pecah.. dia terus suh aku baring kat katil. Apalagi kena VE lah kan.. doktor senyum jer...
"ermmm dah 6 cm... kejap lagi ni bersalin lah... MasyaAllah senangnya nak bersalin..jalan dah terbukak, rahim pun dah tipis.. takyah tunggu lama, ada org bukaan dah ada tapi rahim masih tebal, yg ni sumer complete cuma tunggu time nak keluar jer.. pasni tahun depan boleh lah bersalin lagi yer" kata doktor sambil mengerling kat asben. Amboi doktor pun kan.. yg ni belum kuar dah nak suh beranak lagi kan...
So, doktor pun admit lah aku.
dalam proses nak check in wad
Walaupun aku kata nak jalan jer, tapi pakcik tu tetap nak tolak aku ngan wilca.
pukul 12:55 check in
Time tu bilik single tak available lagi suh duduk sementara kat bilik double. Sesambil call mak dan gitau yg aku akan melahirkan dan mintak mak doakan utk aku.
Masa ni jugak kontraksi bertambah kerap dan semakin terasa sakitnya
Tak lama lepas tu nurse suh pergi ke labour room. Masuk labour room tetiba rasa nak kench pulak. Nurse kata kench kat katil jer... tak yah gi toilet.. isy mana boleh kan.. aku cakap takpe saya boleh tahan lagi nie.. saya gi toilet yer... amboi kemain degil kan patient nie.. lepas kench panjat katil kat labour tuh.. time tu memang rasa menyengat-nyegat dah... tapi ku tahan jebat supaya tak teran lagi.. Yelah nurse pun tak sedia apa pun lagi... tapi aku gitaulah yg aku rasa nak teran dah nie... nurse cek bukaan lagi.. dia kata dah 10 cm. Patutlah aku rasa nak teran jer dari tadi. Cpt dorang call doktor. Memang cekap lah nurse2 tu wat kerja.
Tak lama tu doktor pun sampai, doktor cam biasalah... tenang, lex lex jer dia... dia kata kalau rasa nak teran, teran jer... ok baik doktor saya cuba. Ewah... terus recall balik kenangan lahirkan Inara.
Agaknya mungkin laluan masih ada, baby pun senang jer kuar, rasanya sekali dua teran, baby pun meluncur keluar. Nikmatnya rasa bila baby keluar. Rasa panas jer. Bila keluar nurse letak baby kat atas badan aku.
Lepas baby keluar, tak lama tu doktor keluarkan uri pulak. Lepas keluar uri, doktor kasi aku tido, kat PMC memang lepas baby keluar jer dorang kasi mummy tido, pastu dorang jahit lah atau buatlah apa yg yg patut. Sedar2 sumer dah siap dah, Tinggal nak tukar wad jer. Aku kena jahit gak. Banyak ke sikit aku tak tau... tapi aku tau kena jahit sbb memang rasa ada benang. Hehe. Tapi tak sakit pun kena jahit.. sbb tido kan..
first moment with Zahira
Its a girl
Baby lahir pada pukul 1:28ptg. Tak sampai sejam lepas aku admit. Berat baby masa lahir 3.2kg dan panjang baby 56cm.
I feel good nananannaana... muka baru lepas beranak
Petang tu aku rasa dah kuat sikit, cam biasa lah aku akan buat mandi wiladah. Masa mandi tu memang seriau gak lah masa nak cuci2 tuh, tapi sbb dah tiga kali kot, terus rasa tak berapa nak takut.
Zahira masa baru lahir
small little fingers
tapak kaki comel
Doktor inform kat aku yg Zahira kena admit for about 5 days... aiyooo sedih dah aku bila aku tak dapat balik bersama baby keesokannya. So, aku extend satu malam lagi stay kat wad. Dulu2 asben blh lah teman kan 24 jam tapi kali ni asben kena jaga anak lagi 2 org kat rmh tuh. So, takpe mama stay sorang kat wad pun takpe. Yang penting anak 2 org kat rmh ada org teman. Mereka sedih gak, mamanya takde kat rmh.
breakfast di wad
Gambar carca marba jer nie. Aku malas nak arrange bagai. Draft ni pun dah makan bulan. So just update supaya ia siap dah lah.
Zahira on day 2 or 3
lunch di wad
Lepas bersalin memang lapar giler. Aku makan jer hospital bagi. Tapi takdelah aku telan sumer sampai licin, berpada2 lah jugak. Tapi memang tak pantang lah. Apa dia kasi aku makan. Nanti balik rmh baru start pantang. Kah.
Ingatkan sape kasi bunga. Rupanya doktor yg kasi
siap ngan kad lagi
dapat buah sekali
ni minum petang pulak
lepas mandi
Mampu lepas beranak nak selfie2 bagai.. takde.. actually masa tu asben kat rmh tgh handle anak2 so, aku wasap lah gambar ni kat asben, tanya dia, nampak dah kurus ke belum?? haha giler.. ingat baby keluar jer terus nampak kurus ke apa.
Zahira lepas minum susu
makanan time bila tah.. aku lupa
time baby sleep
line utk masuk antibiotik
Sian baby kena on antiobiotik for 5 days.
kemain tembun pipi tu
alololo
kaki kena cucuk amik darah
ayah datang melawat
I am a proud ayah
makan lagi
kak long marissa
kena amik hati si kakak jugak
kemas2 barang time nak discharge
Teman mama kat wad
Taim siang2 asben bawaklah budak2 ni lepak kat dalam wad. Bawakkan toto, so lepak lah mereka kat situ.
Kak Inara
sian ia dah jadi kakak.. takleh nak manja lebih dah
kena hiburkan jugak hati anak yg nie.. dia pun tgh confuse tuh.. tetiba dah ada adik
pintu masuk ke labour room
tempat berjuang
Hari ketiga aku pun discharge lah, tapi baby tak leh kuar lagi. Dia kena stay lagi a few days. Aku extend lelama pun kesian pulak kat si kakak2. So, takpelah, aku balik je lah, just berulang jelah sehari sekali tuk breastfeed baby. Memang tak rupa pantang dah.. tiap2 hari aku kuar gi menyusukan anak. Sambil tu bekalkan kan jugak EBM dan pass kat nurse.
ciuman seorang kakak
sayang sgt kat adik baby
Dapat jenguk kat pintu nursery jer sbb budak2 tak leh masuk. so aku bawak baby kat situ
cium lagi
Bye baby.. kakak balik dulu
nak balik kena lah pakcik hntr saya ke kereta dgn wilca
Padahal boleh jer jalan, tapi dah memang gitu konsepnya so, duduk jelah kat atas wilca tuh.. tak dapat discharged sesama ngan baby, so kak baby lah duk di pangkuan. Rasa kosong sgt bila balik rmh tapi baby takde... fuh sedih giler kot.... Org lain kuar hospital ngan baby aku kuar tanpa baby... lain macam pulak rasa.
So, gitulah kisahnya yg aku dah ingat2 lupa nie.. tu yg kena gak tulis kat blog supaya menjadi kenangan dan rujukan kelak.
Actually panjang lagi kisah Zahira nie, belum lagi lepas dia kuar wad dia kena jaundice pulak. Dah nak kena admit lagi, tapi aku tanggung risiko aku tak taknak berjauhan dgn dia lagi, aku tak kasi admit. Aku just monitor kat rmh dan selang beberapa hari kena bawak gi klinik tuk amik darah. Zahira kena jaundice berpanjangan, macam Inarah jugak. Dekat sebulan lebih gaklah baru jaundice dia clear. Aku habis pantang baru dia free from jaundice. Sepanjang tu jgk lah aku mandikan dia ngan air daun kucai lah, mandikan ngan bedak sejuk lah.. sumer petua kat internet aku folo. Tapi bab kasi baby makan or minum itu ini tu aku tak folo sgt lah,sbb takut nanti jadi masalah lain pulak, perut baby kan sensitif... yg penting teruskan breasfeeding. In Sha Allah..
Aku ingat lagi, masa nak cek kuning tu, selain blood test, nurse suh hntr sample air kencing baby utk dibuat ujikaji nak tengok fungsi buah pinggang dan hati sumer, so dorang kasi botol, suh tadah kat rmh, kalau dapat terus hantar kat lab. Bila dapat urine terus aku start kete dan terus drive gi klinik sengsorang...sbb masa tu asben ada hal, nak tunggu dia kang urine contaminated pulak.. padahal tu baru hari keberapa ntah aku berpantang.. nak wat camne.. demi mu anak2 ku sayang...
Macam2 kisah lah, dalam melahirkan dan membesarkan anak2 syurga ini. Apapun aku bersyukur ke hadrat Allah S.W.T yg mengizinkan aku utk menjadi ibu kepada anak2 ku ini. Aku berdoa semoga aku diberikan kesihatan yg baik dan kesabaran yg tinggi dalam membesarkan dan mendidik anak2 supaya menjadi insan yg berguna dan bertaqwa. Amin..
Siap pun entry nie, amik masa berbulan kot.. haha.. but better late than never kot..
Ok jumpa lagi di lain entry... muahh...
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































































