KAWAN-KAWAN SAYA

Showing posts with label TELUR. Show all posts
Showing posts with label TELUR. Show all posts

07 December 2011

TELUR DADAR BERSOS CILI HALIA


Resipi rekaan sendiri, gara2 ketandusan idea nak masak apa. Kalau takde tetamu, takdelah nak sibuk2 masak.. Kebetulan ada lebih sos cili nasi ayam semalam, ada ubahsuai jadikan sos untuk telur dadar. Amacam?? Jangan tak percaya, licin pinggan..

Bahan-bahan telur dadar
5 biji telur, dipukul
1 biji bawang besar, dimayang
1 biji cili merah, dimayang
1 biji tomato, dipotong dadu
secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Campurkan semua bahan dan masak sepertimana memasak telur dadar yang biasa. Setelah masak, keluarkan dari kuali dan lipat dua. Masukkan ke dalam pinggan hidang, curahkan sos halia disebelahnya. Siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk sos
3 ulas bawang putih, dimayang halus
2 inci halia, dimayang halus
1 biji bawang besar, dimayang
1/2 batang karot, dipotong bentuk bunga
minyak untuk menumis
garam gula secukup rasa
1 sudu cuka makan
sos cili dan sos tomato secukup kegunaan
2 senduk sos cili nasi ayam (lebihan semalam)


Cara2
Panaskan minyak, tumikskan bawang putih dan halia yang dimayang. Bila kekuningan, masukkan sos cili nasi ayam dan kacau sampai agak garing. Masukkan garam, gula dan cuku secukup rasa. Tambah sedikit air supaya tidak hangus dan masukkan bahan2 lain satu persatu. Masak sampai pekat. Sesuaikan rasa, sedia untuk dihidangkan bersama-sama telur dadar yang telah siap tadi.

Selamat mencuba.

25 November 2011

TELUR MASAM MANIS



Walaupun cuma telur rebus yang digoreng, kemudian disiram kuah masam manis.. tapi licin pinggan dikerjakan dek anak2.. Kata along, masak macam ni hari2 pun takpe..huhu..

07 November 2011

TELUR BISTIK



Menu kegemaran anak2 dan juga tatkala mau cepat. Cuma gorengkan telur dadar dan tuangkan kuah bistik. Cara menyediakan kuah bistik, saya tumiskan bawang putih dan cili kisar. Kemudian campur sedikit hirisan daging ayam, cendawan butang, sos cili dan sos tomato. Tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali bawang besar dan cili yang dihiris. Sesuaikan rasa, siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

24 October 2011

TELUR PAPRIK


Resipi mudah, cuma gorengkan telur mata lembu dan ketepikan. Kemudian, tumiskan bawang putih yang diketuk bersama lada kisar. Tambah sedikit air, garam gula secukup rasa. Campurkan sos cili dan sos tomato untuk pekatkan kuah. Akhir sekali, potongan bawang besar, lada hidup dan tomato. Kacau sebentar, siramkan ke atas telur mata lembu yang digoreng. Hidangkan panas2 dengan nasi.

11 March 2011

TELUR GORENG DGN IKAN PEKASAM


Menu orang lama.. telur goreng dengan ikan pekasam.. Mula2 gorengkan bawang dan cili padi yang telah dihiris. Keluarkan. Dalam minyak yang sama, gorengkan ikan pekasam. Agak2 dah garing kedua2 belah ikan, masukkan telur yang telah dipukul. Goreng lagi sampai telur masak.. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas2 dengan nasi putih dan lauk kegemaran yang lain.


Ulam terung kecik dan kacang panjang ni sedap dicecah sambal belacan..

Selamat mencuba..

25 February 2011

SUP ALA SIAM, TELUR BISTIK CENDAWAN

Sepatutnya hari ini, saya menghadiri kelas kek fondant kat Kolej Komuniti, Pasir Gudang, tetapi disebabkan suami belum selesai bayar saman, terpaksa la saya pospone... Semalam dah satu hari menunggu untuk bayar saman kat Balai Polis Central, JB tapi baru pukul 4.15 dah offline.. jadi pulang dengan tangan kosong.. huhu...

Jadi, sambil kemas rumah yang sememangnya dah tak boleh nak kemas, cuci baju..saya masak ler untuk makan tengah hari..cuma sup tulang ala thai, telur bistik cendawan dan sawi goreng.. Cukup la tu... masak banyak2 jenis pun, nanti tak habis..


SUP ALA SIAM

Sebenarnya tulang gearbox ni dah lama saya rebus dan saya frozenkan.. sebab tu, saya masak ekspress jer hari ni...Semasa merebus, saya ketukkan halia, serai dan bawang putih. Hari ini, untuk tambahkan aroma,saya cuma ketukkan bawang putih, halia dan cili padi. Tumis sekejap hingga naik bau, masukkan tulang gearbox beserta air rebusannya dan tambah garam secukup rasa. Saya juga tambahkan sedikit lada hitam ke dalam sup. Saya campurkan juga karot, sebab anak2 suka makan karot..terutama, sikecik saya... Last sekali, hirisan bawang besar, celeri dan tomato. Tabur daun ketumbar dan perahkan limau nipis ketika menghidang.. Dah jadi sup ala siam saya..


TELUR BISTIK CENDAWAN

Untuk telur bistik cendawan pula, biasa lah...mula2 gorengkan telur dadar dulu... Saya buat dadar kosong jer, sebab anak2 tak suka bawang. Kemudian saya tumiskan, bawang putih, halia, cili padi dan daun limau purut.. Tambahkan cendawan, sos cili, sos tomato dan sos tiram.. Sesuaikan rasa... perlu ada rasa masam, manis, pedas dan tidak terlalu masin..Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.. Akhir sekali, hirisan bawang besar dan lada hidup.. Dah siap..

Selamat mencuba

21 February 2011

GULAI TELUR CAMPUR UDANG DAN ACAR TIMUN


cuma kupas timun, hiris dan campur dengan cili merah, karot yang dimayang halus, bawang besar mayang, sedikit gula, garam dan cuka. Gaul rata2 dan hidangkan.


lebihan kuah gulai ikan tongkol.. saya masukkan telur rebus dan udang..