Thursday, September 4, 2014

Kuliah Tafaquh Nisa Sept onwards

Jemput hadir!

Thursday, August 7, 2014

Kuliah Tafaqquh Nisa

Jangan ketinggalan!

Monday, July 28, 2014

Monday, July 21, 2014

Pecutan terakhir!



Selamat beramal dan carilah malam itu.. jangan lupa titipkan doa untuk saudara-saudara kita di Palestine, Syria, dan semua wilayah Islam yang bergolak.. tidak lupa untuk keluarga dan rakan2 mangsa MH370 dan MH17. Allah bersama kita!
 

Sunday, July 20, 2014

NSK Ramadhan Nisa Wilayah 2014

Alhamdulillah,dengan izin Allah program tahunan Nisa' Wilayah Persekutuan,Nisa Small Kindness (NSK) Ramadhan telah berjalan dengan lancar di beberapa kawasan terpilih sekitar Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan.

 Kali ini program NSK lebih bermakna kerana team Muslim Care turut sama memberi sumbangan dan menyertai sesi penyerahan sumbangan kepada keluarga yang terpilih.Terima kasih diucapkan dan sekiranya NGO lain turut berminat untuk menyertai kami dalam siri NSK akan datang amatlah dialu-alukan.

Tuesday, April 22, 2014

KULIAH DHUHA : MANA MILIK KITA?

SUMBER : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2014/04/mana-milik-kita.html


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih berpeluang meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. :) Alhamdulillah.

Lama tak bersiaran. Maaf ya. :) Masa sangat mencemburui. Tak sempat menaip di sini. Namun doa tetap sentiasa ada untuk sahabat sekalian. Insya'ALLAH, bi iznillah.

Baiklah. Alhamdulillah sengan izinNYA, kami berpeluang sekali lagi untuk menganjurkan kuliah dhuha istimewa untuk para muslimat yang dikasihi sekalian.



KULIAH DHUHA EKSKLUSIF UNTUK WANITA
TARIKH: 26 April 2014 / Sabtu
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Surau Al-Najihin, Parcel 15-12B, Presint 15.

Semua muslimat dijemput hadir beramai-ramai.
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menimba ilmu.
Semoga ALLAH redha. :)

Jumpa nanti yaaa

^_^




* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, January 24, 2014

JANGAN LUPA TEMUJANJI KITA PADA 25 JANUARI 2014

Assalamua'laikum.

ALhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia.

Maaf atas kelewatan mewar-warkan perkara ini di blog.


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai. Sama-sama kita menimba ilmu, menambah kecintaan kita kepada rasul junjungan s.a.w.

Sollu a'lan nabiy.

Bagi yang berdekatan dengan Putrajaya, boleh hadir ke program di Putrajaya. Pada tarikh dan waktu yang sama.


Jangan lepaskan peluang. (^_^)

Ilmu cahaya hidup.
Semoga dipermudahkan pertemuan kita semua nanti.

Wassalam

Thursday, October 10, 2013

Teka Teki

Assalamua'laikum.

:D Lama tak bersiaran. Apa khabar sahabat Nisa' WP sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Baru-baru ini, sempat mendengar siaran radio IKIMFM sewaktu dalam perjalanan ke pejabat. Ada teka teki!

Nak tahu apa teka tekinya?

"Surah apa yang tiada satu pun huruf Mim di dalamnya?"

Haa, siapa tahu? Cepat-cepat.. Angkat tangan. :D

-




-




-





-



-


-

Jawapannya ialah : Surah Al-kauthar


:D

Thursday, September 26, 2013

Program Nisa' Putrajaya Pada 29 September 2013/Ahad

sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2013/09/korban-cinta-29-september-2013.html

Assalamua'laikum

Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya sekalian? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah, ALLAH izinkan kami mengatur satu lagi program untuk kita sama-sama menimba ilmu.



Jom, set tarikh

TARIKH : 29 September 2013/Ahad
MASA : 9.30 pagi
TEMPAT : Dewan Solat Wanita, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang. Jumpa di sana ya. :D

Wassalam

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Friday, August 23, 2013

Cantik

ASsalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan kehidupan. Moga kita semua berada dalam redhaNYA sentiasa.



Cantik.
Siapa yang tak suka pada benda cantik?
Siapa yang tak nak cantik?
Siapa yang tak dipuji cantik?

Semua orang nak, kan?

Tapi, cantik yang macam mana yang kita mahukan?
Yang hanya cantik luaran sahajakah?
Sedangkan hati penuh dengan hasad dengki, penuh dengan dendam kesumat.

Atau kita ingin cantik luar dan dalam?
Bila dipandang, rasa tak puas.
Bila berbicara, lekat di hati.

Jadi, mana satu pilihanmu?

Monday, August 5, 2013

Friday, July 26, 2013

Memaknakan Ramadhan

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Moga sihat walafiat sentiasa hendaknya. :D

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Memberi kesempatan untuk kita teruskan kehidupan di dunia ini. Semoga setiap hela nafas kita diredhaiNYA.

Hari ini, 17 Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu. Ramadhan yang kita nantikan 11 bulan yang lalu, bakal meninggalkan kita.

Bagaimana kita melalui Ramadhan kali ini? Ada peningkatan, atau masih di takuk yang sama? Tiada perubahan..

DI awal Ramadhan, orang berlumba ke masjid dan surau. Bersemangat untuk beribadah secara berjemaah. Sekarang, minggu-minggu terakhir Ramadhan, orang mula berlumba ke pasaraya, mencari kelengkapan menyambut raya pula. T_T

Allahu Allah.

Dikesempatan yang ada, Ramadhan yang masih berbaki lebih kurang 12 hari saja lagi, marilah kita manfaatkan ia dengan sebaiknya. Mungkin ia akan menjadi Ramadhan terakhir buat kita, siapa tahu.... Ramadhan, akan hadir setiap tahun, tapi natijahnya pasti berbeza.

Bersama kita memaknakannya!


Thursday, July 4, 2013

MENUJU GERBANG RAMADHAN @ putrajaya

Assalamua'laikum.

Ayuh, sama-sama timba ilmu. :D

Sesiapa yang berada sekitar Putrajaya, jangan lepaskan peluang.

Jumpa di sana. 

* MENUJU GERBANG RAMADHAN *




Monday, July 1, 2013

Hati-hati Mengawal Lidah

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia.



Tuesday, June 11, 2013

Warming Up :D


Assalamua'laikum

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. :)

Hari ni dah masuk bulan Syaaban. Bermakna tak sampai sebulan lagi, kita akan bertemu Ramadhan penuh barokah. ALLAHu ALLAH. Moga ALLAH panjangkan usia kita semua sehingga akhir Ramadhan.

Puasa tahun lepas dah berganti ke belum? :D Kalau belum, kenalah usahakan untuk habiskan puasa ganti ya. Lunaskan dulu hutang-hutang puasa yang lama :D Semoga diberi kekuatan.

Jom, sama-sama lakukan persedian untuk menyambut Ramadhan yang bakal menjelma. Jangan sibuk cari pakaian raya je. Heeeeeeee

Salam sayang buat semua

Friday, June 7, 2013

Biar Gambar Berbicara 2

Assalamua'laikum

Ayuh, kita perbaiki diri . Tutup aurat dengan sempurna. :)



Sayang selalu.

Wassalam. ;D

Wednesday, June 5, 2013

Biar Gambar Berbicara 1

Assalamua'laikum.

Muhasabah bersama :


Sayang semua kerana ALLAH. :D

Wassalam

Monday, June 3, 2013

ALLAH sentiasa memberi peluang kepada kita. :)

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, bersiaran lagi. :)

Apa khabar jasmani? Apa khabar rohani? Semoga dilindungi dan dirahmati ALLAH sentiasa hendaknya.

Musim cuti sekolah masih lagi berlangsung. Banyak jemputan walimah diterima dari sahabat-sahabat segenap pelusuk. Alhamdulillah, mabruk! Semoga dilimpahi rahmat dan barokah dari ALLAH.

Dalam kita bergembira, masih ramai yang berduka. Kecewa kerana belum dapat kerja. Kecewa kerana belum dapat jodoh. Kecewa kerana belum dikurniakan anak. Kecewa kerana belum dapat apa yang dicita-citakan.

Jangan begitu. ALLAH sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita. Setiap perjalanan hidup kita, sentiasa disertakan dengan kejutan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Mungkin hari ini kita merasakan diri kurang bernasib baik dari orang lain, tapi siapa sangka, esok, kita bakal mendapat sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita impikan, lebih baik dari orang lain. :D ALLAH the best planner! Jangan sedih ya.

Letakkan ALLAH di hati, sentiasa. :D




Wassalam

Friday, May 31, 2013

Kembali Bersiaran :D

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. :)

Alhamdulillah, ALLAH mash panjangkan usia untuk kita meneruskan kehidupan.

Ramadhan bakal menjelang. Dah tak lama. Sudah bersediakah kita? Puasa sudah diganti? :) Jangan lupa ya. Takut tak sempat pula nanti.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bila Nisa' Wilayah nak mula berprogram semula. Insya'ALLAH, jadual sedang diatur. :) Sampai masa, kami akan hebahkan. Insya'ALLAH. :)

Teruskan bersama kami. Terima kasih kepada yang tidak henti-henti memberikan sokongan padu. Doa dan sokongan kalian amat bermakna buat kami. Terima kasih sekali lagi. :) Hanya ALLAH yang mampu membalas segala kebaikan. :D

Jom ambik masa sekejap Kita sama-sama doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita. Moga ALLAH terima. Allahumma aminnn.




Tuesday, March 5, 2013

Doa Senjata Mukmin

Assalamua'laikum.

Seminggu dua ni terpapar di kaca TV, berita tentang kejadian yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Kematian, kemusnahan, ketakutan.

Ayuh, sama-sama kita panjatkan doa untuk saudara kita di sana.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan segera.

Aminnn