Thursday, February 22, 2018

Aku Rindu

Aku tidak mudah menangis. Tetapi dengan dia aku kalah. Sejauh mana aku bertahan, pengakhirannya aku tetap kecundang. Kuasa apakah yang kau tanam dalam diri ini. Mungkin atas dasar kasih sayang maka air mata ini tetap gugur. Walaupun aku tidak zahirkan rasa sayang itu, tetapi sayang itu tetap utuh dan mekar. Benar, aku terluka dan kecewa. Siapalah aku untuk menghindari rasa sebegini. Aku hanyalah manusia biasa. Dan siapalah aku untuk menghukum. Kerana aku tahu sesungguhnya kau sendiri dalam kesakitan. Kesakitan yang pasti hanya kau merasainya. Jika dibandingkan dengan rasa sakit yang aku rasai hanyalah picisan. Rasa kecewa dan terluka silih berganti dengan rasa kasihan yang aku hanya mampu titipkan doa untukmu. Melihat dirimu saban hari mengharungi kehidupan yang berliku, masih aku hanya mampu kirimkan doa untukmu. Moga ada sinar dan pelangi untukmu. Moga suatu hari kau mampu tersenyum. Dan moga suatu hari senyumanmu mampu buat orang orang di sekeliling mu turut tersenyum. Pernah aku cuba untuk berputus harap, buang kau dalam hidupku tetapi dengan kau, seringkali aku tewas. Adakah aku terlalu berharap? Boleh kau ajarkan aku untuk aku berputus asa? Dan jawapan dia masih sama. Aku terima hakikat kehidupan kau begitu penting dalam hidupku. Walaupun kau jauh dari pandangan mata kasarku, tetapi kau tetap dekat di hatiku. Bila rindu menyapa, air mata aku tetap gugur. Terus gugur dan gugur. Moga kau mempunyai pengakhiran yang baik, begitu juga aku. Dan air mata aku tetap gugur bagai tiada penghujungnya....

Wednesday, November 4, 2015

Belum Gila.. Sukar Untuk Digest..Aku.. (◕︿◕✿)

Wow..Lame dah tak menulis.. šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

Time flies so fast..Percaya tak sesungguhnya aku sungguh tidak memahami diri ini..Korang pernah dengar istilah dont give up? Tipu sangat if tak pernah dengar..

Sejak dua menjak ini,aku mmg berada di dlm zon tekanan. Tapi aku kurang pasti adakah benar aku tertekan. Yang aku pasti aku tidak gembira dengan apa yang sedang aku lalui. Hidup mmg seperti roda. Kadang2 kita berada di atas dan kadang2 kita berada di bawah. Atas bawah tengah tepi itu semua rencah kehidupan yang mampu mematangkan kita. 

Berbalik pada kisahku, aku tak nak go in detail kenapa aku berperasaan begini. Cuma aku nak share satu perkara ini. Tentang aku tidak begitu mengerti dengan diri ini. Aku tidak memahami kadang2 kenapa aku terus menghukum diri atas kesalahan yang tidak pernah aku lakukan. Am I really hating the argument? Or am I scared to face the reality? Why Why? 
Dan aku tidak memahami dengan diri ini kenapa terus untuk menyusahkan diri walhal aku mempunyai pilihan lain. Adakah aku tidak sanggup berdepan dengan kekalahan? Adakah kerana aku mempuyai semangat juang yang tinggi walau air mata mengalir walau kesedihan melanda walau rasa dipinggirkan walau rasa tidak berdaya walau rasa hidup ini tidak adil walau2 macam2, still aku ingin buat yang terbaik..Still tak nak stop..Adakah aku dikategorikan manusia yang paling bodoh di dunia ini? Kadang2 manusia di sekeliling meminta diri ini supaya berhenti seolah olah memberi maksud bahawa aku ini insan paling bangang dengan terus menyusahkan diri sendiri..Kadang2 manusia di sekeliling meminta aku untuk tidak mempedulikan kewujudan insan lain, tidak perlu berkorban untuk insan lain,tidak perlu membantu insan lain..Akan tetapi adakah mereka mengerti aku tidak mampu untuk berbuat demikian kerana jika begini, aku akan diselubungi rasa bersalah dan penyesalan untuk satu tempoh yang agak panjang..In fact, belum tentu aku mampu memadam rasa kesal dan bersalah barangkali sepanjang kehidupan aku akan dihantui rasa ini.. Yeah, akulah manusia paling bodoh bengap bangang di abad ini..

Complicated sungguh insan bernama aku ini. Haha. Gelak fake sangat untuk memujuk diri "hey,u'll pass this stage..dun worry..ok!!" Aku tidak pandai untuk meluahkan apa yang aku rasa bila berhadapan dgn sesama manusia. Most of the time, aku hanya berbicara dengan Tuhan atau aku bermonolog sendiri di dalam hati. Aku belum gila. Cuma aku memang begini. Manusia di sekeliling melihat diriku ini seorang yang dingin, sukar didekati,seorang yang tidak berperasaan, seorang yang tidak makan dek pujian dan pujukan. Pendek kata hard to please. Part hard to please aku memang setuju sangat. Dlm apa jua keadaan aku sentiasa mengambil pendekatan rasional dan logik. Maybe sebab aku penah face fasa2 yang begitu sukar dalam kehiduapan aku yang di mana masa tu aku mmg tiada pilihan. Pilihan yang aku ada dikala itu seperti peribahasa diluah mati emak ditelan mati bapa. So aku dah get to used untuk tidak mengambil pendekatan secara emosional bila berhadapan dengan konflik. Part2 emosi biasaya aku cuba kawal and biar tersimpan di dalam hati. Haaa...yang ni bahaya sebab semua perasaan disimpan tak terluah. So bila time burst, amemang mode die nak burst tu lama je..Haha..Burst kt sini mksud die menangis...Even marah yang terkumpul pun akhirya burst sampai menangis..Tapi menangis hanya bila bersendirian time drive, time jalan sesorang, time nak tidur and paling worst tetibe mengalir tanpa disedari..Haha..Aku belum gila lagi ok. šŸ˜›

Sungguh aku tidak memahami insan bernama aku ini. Dahla aku ini memang jenis yang tak kan open up. A bit reserved. Not a bit. Memang reserved type. If ada problem pun, normally aku akan solve sendiri. Tak kan sesekali meminta pertolongan orang lain. Bukan sebab sombong, cuma aku tidak mahu manusia di sekeliling aku even close friends even my parents or siblings rasa terbeban dengan masalah aku. Sebab bagi aku if aku meminta pertolongan, aku sudah menambahkan beban yang mereka yang sediakala banyak. Jangan salah paham. Insan bernama aku ini memang begini. 
But but but, if once aku open up, maknanya anda mempunyai level yang sangat dipercayai oleh insan bernama aku ini. Bukan senang untuk aku open up. Pendek kata insan bernama aku ini tersangatlah cautious dalam apa jua yang dia lakukan. If let say aku open up, but tetibe respon kawan tu macam nak judge or maybe nak advice do and don't, memang itu last la aku akan share my real feelings. Lepas2 tu memang dah takdela. Even when aku decide nak open up, aku akan kaji dulu mood kawan tu. If not so good, aku tak kan open up pun. Korang tau tak kenapa insan bernama aku ini a bit selective ? Actually, diorang ni dah biasa settle semua perkara sendiri.. So bila diorang ni decide nak open up tapi respon macam negatif, itu akan membuat diorg lagi rasa penat. Dahla penat selama ni bertarung sesorang, then bila open up, macam kena judge.. So baik tak payah open up...The most reason why kadang2 diorg nak open up about apa yang diorang rasa, sebab utama diorang dah tak tahan untuk face sesorang. Diorang nak jugak rasa macam at least ada insan lain yang diorang bole rely upon. Diorang just nak the person at least listen to what she/he wanna to say. No need to understand the situation, just listen. If she/he can detect u not listening what they trying to convey, so they will stop the talk or conversation. Dah korang tak berminat kan. So, biasanye itu pun last la diorang ni open up. Haha. Complicated kan... In short, aku nak cakap, if aku open up, maknanye aku percaya sangat2 kat orang tu. Korang dah berada di tahap yg sangat spesial dalam hidup aku. Tak perlu la spesial je mesti boyfriend/fiancee/husband.. So probability aku open up memang tersangatlah minimal.  And part paling penting bila aku open up, maknanya aku memerlukan seseorang yang mampu peluk (>^^)> aku or yang mampu buat aku rasa kewujudan aku dalam hidup dia tak menambahkan beban hidup kawan itu. If kawan tu terasa terbeban dengan kehadiran aku, so aku akan put a barrier. Insan bernama aku ini tersangatlah complex.. Dahla loner.. Yeah, barangkali benarlah fakta bahawa aku ini sangat lah bodoh bengap bangang di abad ini... Sekian...

p/s : masa tulis karang ni, percaya tak aku sedang menangis mengenang nasib hidup yang seolah olah tidak berpihak pada aku.. haha.. tawa dalam tangisan.. hey, ini betul2 tau. tak tipu... haha.. (*_*)

 v(಄ ̯ ಄)v   (◕︵◕)  ಄‿಄   (愒o愒)      SAD FACES 

Agak2 bile aku nak macam ni ??

(◕‿◕✿)   ☆(◒‿◒)☆   ʘ‿ʘ  ❀◕ ‿ ◕❀    HAPPY FACES 

( ・_・)♡  ★~(◡ω◡✿) ☼.☼  (。♥‿♥。)  LOVE FACES 

Coretan Ikhlas,
~~Aku~~

Friday, June 22, 2012

Keep the Faith Go On





   
    " When times are hard, recall those days that you treasure most. Gather your courage and live. " 


I feel drowned. I feel dizzy. I feel so hurt. I am scared. I don't want to give up. I have strong faith that everything will be better someday. Despite what happened, I just need to embrace everything warmly. Even I feel very tired, very sick, feeling wanna run away, I am hoping that I am not surrender in the end. I love them so much. I really hope that I am not lose in this war because they are many chapters to go. Long way to go. Even I will be alone in this journey, I am hoping that I'm not give up. Keep the faith go on....

Thursday, June 21, 2012

My Heart Saying





~~ My Heart Saying ~~

Life is beautiful 

Hati seorang kakak. Hati seorang anak. Apabila berbicara mengenai kampung, sudah semestinya suatu perkara yang sangat menggembirakan bagi seorang anak. Akan tetapi ianya berbeza bagi diri Miss S. Bagi dirinya, apabila menyentuh soal kampung, ianya boleh menjadi suatu perkara yang menyedihkan. Bagi dirinya, kampung yang menggembirakan hanya wujud pada zaman kanak-kanak dan alam remaja, Setiap manusia yang merasakan ingin lari dari sibuk kota, pasti merasakan kampung adalah tempat yang paling indah untuk mencari ketenangan dan kedamaian. Berbeza bagi Miss S yang merasakan kampung adalah suatu perkara yang menjadi tanggungjawab dirinya sebagai seorang anak dan seorag kakak. Hakikatnya, Miss S selalu berharap bahawa kampung adalah suatu tempat dimana dia boleh mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kerja. Tetapi dia sedar bahawa itu adalah angan-angan sahaja. Bagi dirinya, apabila berdepan dengan kampung, dugaan dan cabaran lain yang harus ditempuhi. Dugaan untuk menjadi seorang kakak. Dugaan seorang anak. Dugaan sebenar dalam kehidupan. 
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan disangka muka yang sentiasa nampak tenang, tiada gelojak dalam dirinya. Begitulah Miss S. Bagi dirinya, jika dia mahu mencari ketenangan, dia hanya mampu memanjatkan doa dan meminta kepadaNya supaya dia diberikan kekuatan dan ketabahan hati untuk meneruskan hidup dengan segala cabaran dan ujian yang mendatang. Jujurnya, jauh di lubuk hati Miss S, dia hanya menginginkan sebuah keluarga yang bahagia dan aman. Dia sangat sayangkan keluarganya. Dia sangat kasihkan ibu bapanya. Dia sangat sayang akan adik-adiknya. Dia tidak mengharapkan apa-apa balasan atas segala pengorbanan yang dicurahkan. Cuma dia berharap pada suatu hari nanti ada sinar baru yang wujud dalam keluarganya. Ada sinar kebahagiaan yang terpancar dalam keluarganya. Dan itu hanya akan wujud apabila adik Miss S telah kembali menjadi seorang manusia, seorang anak yang baik, seorang adik yang berguna dan yang paling penting seorang yang taat pada perintahNya. Adik Miss S seolah olah hilang arah, hilang punca dan dia seolah olah tidak tahu membezakan perkara baik dan perkara jahat, Pelbagai cara yang dilakukan, akan tetapi semuanya tidak berkesan. Banyak perkara jahat yang telah dilakukan sehinggakan membuatkan hati seorang kakak sangat terluka. Hati seorang kakak yang sedih melihat adiknya begitu. Apatah lagi hati seorang ayah dan seorang ibu. Bukankah perkara sebegini meremukkan lagi hati mereka. 
Hati insan bergelar Miss S sangat terluka. Sehinggakan Miss S merasakan dia sudah tiada daya lagi untuk berlawan dan berjuang demi adik yang dicintai. Miss S hanya mampu berdoa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan. Semoga Tuhan akan mendengar doa Miss S dan keluarganya. Semoga adik Miss S akan kembali ke pangkal jalan. Dan jika mati sekalipun, Miss S berharap adiknya meniggal dalam iman. Amin..
Miss S percaya akan qada' dan qadar Allah. Diharapkan Miss S akan sentiasa tabah dan jangan putus asa. Senyuman mampu membuatkan Miss S terus bersinar dalam hidupnya. Don't give up my dear !! 

Friday, March 9, 2012

I love u IBU !!

                       


                                  



Kau memberikanku hidup
Kau memberikanku kasih sayang
Tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
Takkan pernah terbalaskan

Hangat dalam dekapanmu
Memberikan aku kedamaian
Eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
Takkan pernah terlupakan

Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan

Oh ibu semoga tuhan
Memberikan kedamaian dalam hidupmu
Putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku

Oh ibu terima kasih
Untuk kasih sayang yang tak pernah usai
Tulus cintamu takkan mampu
Untuk terbalaskan

Ooohh putih kasihmu kan abadi
Dalam hidupku

P/S : Sayangilah ibu anda sementara mereka masih bernyawa. Berbaktilah kepada mereke selagi mereka masih bernafas. I love u IBU !! 


Saturday, February 25, 2012

MerindukanMu Adik






Suatu petang yang sangat mendamaikan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. IndahNya ciptaan Tuhan. Kita sebagai hambaNya sepatutnya bersyukur dengan segala kurniaanNya. Akan tetapi kita seringkali alpa untuk menghargai apa yang diberi olehNya. 

Aku masih ingat zaman kecilku, keluargaku sangat bahagia. Pendapatan ayah sebagai guru juga tidak banyak. Tetapi hidup kami bahagia. Kami mampu tersenyum, ketawa dan banyak yang kami boleh kongsikan bersama. Aku mempunyai ayah dan ibu yang sangat memahami. Aku dan dua orang adik lelaki ku, kami dijaga bagai minyak yang penuh. Aku masih ingat lagi zaman2 itu. Aku sangat rapat dengan adikku, Atip. Kami main bersama-sama. Banyak yang kami kongsikan. Sehinggakan, ketika adik bongsu kami lahir, seringkali kami membulinya. Sungguh indah zaman itu. Mungkin kerana jarak umur kami yang sangat dekat, kami sungguh rapat ketika kecil. Kami masing2 menjadi pengawas bagi sekola pagi dan petang. Kami mengayuh basikal bersama-sama untuk pergi sekolah, mengaji bersama... Oh.. Indahnya saat itu.

Hubungan kami agak renggang sejak aku melangkah masuk menyambung pengajian ku di sekolah berasrama Tingkatan Satu. Ya, aku mengaku kami jarang berbicara dan tidak serancak waktu kami kecil-kecil dulu. Walaupun begitu, aku masih mebantunya kadangkala untuk menyiapkan kerja sekolah. Hubungan kami kekal tidak serancak zaman kecilku sehingga aku belajar ke peringkat universiti.

Selama ini hidup aku bahagia, tiada masalah memberat datang menyerang...Benarlah kata orang langit tidak selalunya cerah, musibah bertimpa timpa menimpa hidupku. Semua ini terjadi ketika aku masih bertatih untuk membina kerjaya ku. Dengan masalah kerja ditambah dengan masalah keluarga. Sehinggakan sampai satu tahap, masalah kerja bukanlah masalah yang berat. Masalah keluarga lagi berat dari masalah kerja. Masalah keluarga yang berpunca dari seorang adik. Gara-gara dia salah memilih jalan hidup, kelurga turut merasa tempiasnya. Pernah satu tahap aku bekerja macam orang gila, aku dimarahi olaeh rakan-rakan sekerja kerana aku kerja terlalu kuat. Tetapi bukan itu yang terjadi..Demi untuk melupakan rasa sedih yang teramat, kecewa yang tidak berkesudahan, tidak dapat menerima ujian yang diberikan olehNya, aku berkeputusan untuk kerja seperti orang gila. Biarlah apa jua orang sekeliling nak kata apa. Aku tidak mempedulikan. Mereka bilang bahawa aku bodoh untuk berkerja teruk-teruk. Aku tidak pernah amibil hati pun, bahkan apa jua yang mereka bicara, aku jadikannya sebagai pembakar semangat. Mereka tidak tahu ape sebenarnya yang aku alami.

Kisah hidup aku ini bukanlah rekaan. Sama seperti drama-drama melayu. Aku mempunyai impian untuk menyambung pengajianku ke luar negara. Akan tetapi imipanku terpaksa ku ketepikan. Demi keluargaku yang tercinta. Demi ibu bapa yang aku sayangi. Aku tidak sanggup melihat kesengsaraan yang dihadapi mereka. Sebagai seorang anak, aku tidak boleh mementingkan diri. Walaupun aku merasakan aku tidak dapat membalas jasa kedua ibu bapaku, akan tetapi aku berharap aku dapat meringankan beban mereka. Aku tidak kisah jika wang simpananku habis untuk keluarga. Bagi aku, duit boleh dicari, Keluarga tidak boleh diganti.  Apabila melihat ayah aku yang masih mampu tersenyum walaupun banyak masalah yang jadi, aku sangat kagum. Aku menjadikan ayah sebagai idolaku. Walaupun kadangkala air mata ku tidak dapat ditahan, aku masih lihat senyuman ayah. Kerana pengorbanan ayah, dan ibu sebagai tulang pembakar semangat, aku seringkali mengingatkan diri jangan pernah berputus asa. Aku berterima kasih jua sekurang-kurangnya aku mempunyai lagi seorang adik yang bisa diharap. Buat masa ini, adik bongsu ku, aku amanahkan kepadanya untuk melihat ibu dan ayahku di kampung.

Kini, aku belajar untuk menerima semua perkara dengan redha. Tuhan tidak akan mnguji hambaNya jika Dia tahu kita tidak mampu menanganinya. Tuhan pasti ada jawapannya. Cepat atau lambat sahaja. Jangan pernah putus berdoa. Dia sahaja jawapan yang kita ada. Dalam lubuk hatiku, aku berharap semoga keluarga kami akan bahagia seperti dulu. Aku berharap semoga adikku Atip akan kembali menjadi insan yang berguna dan anak yang menyenangkan hati. Semoga Tuhan akan mendengar luahan hatiku untuk membantu aku dan keluargaku menghadapi ujian ini. 



Sunday, December 18, 2011

Islam Itu Indah







If you commit a sin, say “Astaghfir-ullah (I ask Allah for forgiveness).”  

If you are given a blessing, say, “Al-Hamdu-Lillaah (praise be to Allah).” 

If some disaster befalls you, say, “Innaa Lillaahi wa innaa ilayhi raaji’oon (Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return).” 


p/s : Love of Allah requires us to love what Allah loves and to dislike what displeases Him. Peace everyone.... ^_^