Thursday, February 14

menyepi dan kembali

memang dah lama tak bukak blog......last membebel 11/12/12...lebih dari sebulan lepas :-(
bila dah back-to-work serba serbi tak sempat...24 jam sehari tak cukup...mungkin kurang amal ibadat :-( peringatan untuk diri sendiri....

sepanjang cuti persekolahan hampir 2 bulan ...aktiviti kami sekeluarga hanyalah pergi main air di i-City water park...hehe dekat2 umah ni jer...terkena pulak waktu cuti sekolah akhir tahun dengan encik N punya waktu projek mula...bukak sekolah pun projek belum abis...redho jer la cikgi tak bersuamikan cikgu ...hehe :-)

tapi nasib baik lah encik N memujuk cikgi dengan menyediakan tiket penerbangan pergi dan balik kepada mommy & daddy cikgi KBR-KL-KBR...selain daripada itu beliau juga telah membenarkan cikgi mengepoww bonus beliau...terima kasih encik N!

budak kecik eksaited tengok orang mandi manda
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
awal bulan lepas pergi makan kenduri...pengantinnya ialah BFF encik N...tapi belah perempuan sbb kenduri di Kelantan masa CNY kami dah tak balik..bila dapat kad tengok tempatnya di Chenderiang...apekah itu pertama kali ku mengetahuinya..rupanya dekat Tapah...jadilah cerita memetik strawberi di Cameron sementelah pulang dari kenduri tersebut. eksaited Naufal dapat tengok & petik sendiri strawberi secara langsung...masa pergi dulu umurnya baru 7 bulan! tak tau mende ape lagi...

back to 2008 *makk menten muda gitewwwww...auwww!
now in 2013
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2013 back-to-school promotion tu nama promosi Kidzania untuk budak2 sekolah...selalunya RM60/pax tapi dengan promosi itu sehingga 28/2/13 reganya adalah RM40/pax include lunch hokeiiii....agak murah jugak tu...dengan penuh semangat cikgi nak bawak budak2 cikgi ke sana :-) tapi itu harga untuk rombongan sahaja je puan2....

tapi sejak Naufal pandai membaca ni (tidak lah selancar kita baca lagi) bila pergi Ikea mesti nampak Kidzania....banyak soalannya, nampak pulak muncung aeroplane Air Asia di situ...lagi la banyak soalan. nak tak nak kena pergi jugak...pulak tu nanti cikgi nak bawak budak2 sekolah mesti la cikgi nak anak cikgi pergi dulu kan...sambil2 tu cikgi nak tengok juga lah ape benda ada kat dalam tu...memang agak menarik untuk kiddos umur macam tu...tapi bagi mak bapak cam cikgi ni memang jenuh nak menunggu anak join setiap aktiviti....peringatan kepada ibu bapa, sila pakai kasut bertapak rendah jika ke sana...jangan rasa nak vogue pakai 3inch pulak!




nak upload lagi tapi tak berjaya...why why?dah nak kena tido nampak gayanya.......

Tuesday, December 11

kotak jerit

akhirnya cikgi berjaya buat shoutbox yang baru...mmg dah berkurun lama kotak tu tak berfungsi rupanya dah expired pastu dah takde free lagi dah...

arini berjaya buat yang baru di sini...nanti uols semua boleh lah jerit2 kat kotak jerit tu...hehe...makk mmg suka menjerit! tiap2 ari pon menjerit..kalau hari sekolah, di sekolah menjerit di rumah pun menjerit...kadang2 pergi umah orang atau tempat awam pon menjerit...hahaha mmg tak senonoh! *cikgi mmg kurang sopan santun bila berurusan dengan anak2 di tempat awam!

di sekolah harus la kene menjerit atau perkataan manis org kelantan 'nnepik'...kalau tak jerit nanti cikgi kena jerit balik dengan budak2...tak ke haru tu...honestly nak bagitau yer kawan2 merangkap ibu2...budak sekolah zaman sekarang mmg 'kurang' ajar. cikgi tulis begitu supaya ibu2 faham maksudnya...cth 'kurang' ajar yang dimaksudkan.

*ni citer lain...

bila jadi surirumah ni asik pandang siling, lantai, dinding dan sewaktu dengannya...mula la terasa nak upgrade situ sini..paling 'sakit mata' dalam rumah ialah takde ruang pemisah antara family area & dry kitchen...small matter je ni tapi kalau ada $$ lebih boleh buat la...disebabkan rumah kecik cikgi ni konon2 nak berkonsepkan klasik moden kontemporari *ada ke konsep ni? ingatnya nak buh la batang2 kayu berceracak gitu...mcm pic kat bawah ni.......


ni pun bagus jugak...divider tu jadi rak tv ek...


yang kat bawah ni pernah terfikir nak buat gak pakai rerambu ramba nih...tapi akak jahit langsir cikgi bagitau kalau ada anak2 kecik susah skit nanti diorg buat bergayut....yang baru pandai2 nak berjalan pulak nanti main tarik2 macam tarik tali gitewww....


nak senang pakai ni sajorkkk....beli terus letak dan paling best, ia adalah portable...kalau terdesak buat sidai baju pown boleyyyyy makkk jemahhh!boleh lipat...nak tutup sikit ke nak tutup banyak ke....umah agam cikgi kat kampung guna ni...ok jugak kan :-)




Thursday, December 6

dihormati dan disenangi

2014 adalah tahun ke-4 servis cikgi dalam government...tak sabarnya nak dapat surat pemberhentian potongan kwsp, lepas tu dapat keluarkan semua caruman dalam kwsp...wehuuuuuuu banyaknya wishlist untuk rumahku sorgaku..bila dah kerja ni kena sama2 la..lain la kalau blog diva berkerjaya surirumah tapi semua yang diidamkan untuk rumah terus dapat...mcm cikgi ni berdikit2 lah..huuuuu~

homemade choc from ChoKholatey + kirim beli di Langkawi
*lama mencari akhirnya jumpa pic ni dalam folder gambar2 sekolah

masa kecik2 pernah jugak terpikir "cita-cita saya nak jadi cikgu"...tapi bila dah besar sikit mula la berlagak "eiii tak minat la jadi cikgu"...tapi akhirnyaaa itu jugak kerjaya cikgi. sekarang baru mengerti mengapa mak ayah kita2 (ke mak ayah cikgi je?) yang memang nak anak2 dia jadi pendidik. kalau di kejiranan sini, jadi cikgu mudah dikenali & semua mcm ala2 menghormati gitu...tapi tak best jugak kalau ada kenduri kendara mesti jiran2 akan tanya "cikgu X tu tak datang ke?"...haha ada semacam sinis di situ...sooo i'll try my best to communicate and get around with them...pastu kalau borak2 mesti orang akan panggil 'Cikgu' walaupun bukan kat sekolah...jadinya tittle tu sampai masuk kubur pun tetap org sebut Cikgu. 

hari grooming encik BNW *black & white
tapi ada jugak yang ditakuti..serrreeemm mak! nauzubillah...contohnya nanti kalau anak2 cikgi ni buat hal ke mesti nanti org berkata2 "ish anak cikgu tapi perangai mcm hantu!"...tapi manusia memang mcm tu kan...bila begitu kata begini, bila begini kata begitu...lumrah alam.  *harapnya kejiranan cikgi takde la baca blog!

telur rebus terlebih masak
dalam masa menaip ni, masih terfikir apekah career track cikgi...adakah nak masuk jabatan (soon) atau apply guru kaunse*ing cemerlang tapi stay di sekolah..ikutkan cikgi minat kerja office tapi office hour cikgi tak suke...hahahantuuu betul cikgu nih!

*bosan entry ni....bila la encik N nak ajak dating tgk Edward ngan Bella...*sigh

Wednesday, December 5

bagai cendawan tumbuh selepas hujan

tajuk tu berkaitan dengan perkara yang cikgi nak tulis...sekarang ni banyak betul kan produk kecantikan yang ada di pasaran, sampaikan tak terkejar cikgi nak folo...haha folo ke?

ia memang bagus sbb dapat bukak peluang biz kepada sesiapa yang berminat...lebih2 lagi kaum wanita yang berkerjaya...kadang kala bukan sebab kekangan kewangan menyebabkan kite nak berbiz tapi lebih kepada minat dan juga sambil jual sambil guna...cikgi tgk ramai jgk rakan2 cikgi dah berbiz...tahniah kepada semua makk jemah di luar sana...

tapi ada satu yang sangat menarik perhatian cikgi semalam...ada tgk wall sape tah pasal Jamu Susuk Dara (JSD)..kalau korang nak tau cer gugel...ganazz uols cara guna dia...siap kena 'masuk' dalam bagai....pastu in 3 days tak keluar ke mcm mana kena korek...aiyoooooo itu mcm produk pun ada ka?tepuk dada tanya keazaman diri...tapi perempuan ni selalunya tak fikir kemudaratan, yang penting dpt hasil seperti yang diiklankan.

satu lagi pulak yang dipromo oleh jiran cikgi..namanya Firmax3...tergelak2 cikgi bila mencubanya...mengikut kata2 jiran cikgi tu, produk tu bertindak melalui nadi kita...bukan nadimah yer...nadi kat tangan kita...atau mana2 bahagian yang bernadi...kalau nak tau cer gugel nama produk tu...caranya hanya perlu menggosok 7x di bhg nadi...utk tegangkan muka ke, punggung ke...miss B ke...miss V pon voleyyy uols....macam2...




Tuesday, December 4

cerita cuti cikgi

minggu ke-4 cuti persekolahan...bermakna ada lagi +- 3 minggu...yer sila berdengki dengan semua warga pendidik di Malaysia kerana diberi cuti sama dengan murid sekolah...setelah bertungkus lumus menjerit/mencubit/memarah dengan budak2 seharuslah dapat cuti kan...eleh korang ckp ajar budak skolah rendah senang je kan? korang jaga anak 3 orang kat umah pun dah konon2 jadi mak tiri...jadi singa la...tarzan la...dan sewaktu dengannya.

cuti2 panjang ni kalau dapat pergi berjalan ke Kutub Utara ke Kutub Selatan ke ok gak eh...selalu nampak org pegi cameron, genting, langkawi, jauh skit pun USS...apa salahnya cikgi teringin nak g kutub... *haha kelihatan seperti ayat frust di situ...

jadinya cikgi hanya bercuti di rumah ku nan indah sahaja lah dengan impian menjadi master chef mom yang terhebat seandainya nanti Astro ada buat pertandingan sedemikian...kiranya dah standby dari awal la..apepon arini cikgi mmg tersangat malas gila nak masak..sbb pagi tadi cikgi makan seulas durian pastu terus rasa penin...rasa nak tido jer.



custom-made abaya from Butik Kunang-Kunang

Sunday, December 2

bila suka jadi duka

haih lain macam je tajuk ni kan...orang nak beli, awak nak beli...orang boleh bayar awak banyak alasan...

cikgi ni mmg suka berbiz tapi untuk suka-suka saja...sambil jual pada masa yang sama kita pon boleh guna tapi hanya perlu membayar dengan harga yang lebih murah...atau kadang2 untung tu dikira kita dapat pakai barang tu...setakat ni dah banyak biz cikgi buat, Alhamdulillah semuanya mmg masyukkk tapi bila dah abis tempoh cikgi tuka biz lain pulak...hahhaha pasni cikgi nak jual kereta la pulak!

bila berbiz banyak pulak yang suka ambil kesempatan...contohnya macam Tupperware la kan...kalau dah tau peruntukan awak tak cukup tak payah la nak beli Tupperware, beli jer la Apple Lady ke...atau Rubbermaid ke...eh tapi Rubbermaid mahal jugak kan? ok apa2 brand lah...bila dah dapat barang nak membayor tu byk benor alasannya...tunggu gaji lah, tunggu suami bagi duit lah...tunggu duit beranak lah (ader ke?) dan kadang2 berlarutan sampai beberapa bulan atau terus senyap...hahaha tu la mak jemah paling hangin! dah la masa beli nak mintak murah ...iols takde la paksa uols beli pun kan...

itulah yang dikatakan bila suka jadi duka...haru biru kan? pasni cikgi nak biz cara drop down ship plakk...eh betul ke term tu?

biz durian crepe pun ok gak
bila tengok sejuk jer hati, tapi kalau realiti jadi tarzanlah cikgi
bila tenang
tengok Kim Kardashian

hobi pelik tapi benar?

Madam MissH Closet meng'#' tag cikgi dengan tajuk yang tak berapa digemari iaitu pasal hobi...tentu2 la cikgi takde hobi...kang kalau bagitau hobi saya ialah mengumpul setem tu macam tak masuk akal pulak sebab setem pun takde. kalau cakap hobi saya ialah membeli belah, tak logik juga sebab membeli tu kan salah satu keperluan hidup...takkan tak beli baju sebab kena pakai baju...kasut pun kena beli sebab takkan nak berkaki ayam...itulah intro yang tah apa2 pasal hobi.

senang cerita cikgi memang takde hobi, apa yang terlintas di fikiran semua buat je (kalau mampu la)...mengikut pandangan mata kasar cikgi lah, hobi ni sebenarnya sesuatu perkara yang menghabiskan duit...oleh itu tak payah la ada hobi..hahahahaha....jadi anggaplah saya seorang yang pelik sebab takde hobi.end.