Friday, March 18

cepatnya

dah nak abis cuti sekolah nampaknya, skang ni seminggu2 tu mcm air paip jer kelajuannya...today suda friday, lagi 2 hari suda mau bukak skolah....aiyooo sungguh membosankan kehidupan perlu bekerja....need to wake up as early 5.45am pastu 6.45am dah kena kuar umah. kuar umah waktu tu berjaya membuatkan aku punch @7.18am...ikutkan bleh je nak kuar umah kul7 tapi yg sgt malas ialah terpaksa menempuhi banyak sekolah. so uols tau la kan kalo kena pass by sekolah yg banyak mcm mana keadaan dia. pening kepala tgk budak2 sekolah melintas jalan & parents yang paking tepi2 jalan anta anak, yang membuatkan jalan sesak.

i wish i'm a housewife!...hehe...tapi x bley sbb nya maunya tiap2 ari aku cubit budak dalam pic nih. tiap2 hari ada2 shj aktiviti yang dibuatnya membuatkan aku naik angin. cth: bukak periuk nasik yg sedang menggelegak, main sabun dgn seronoknya semasa wiwi (kencing)-skang kencing dah bleh harap pegi toilet sendri, melukis di dinding-maklumlah skg dh pandai lukis org (masa kecik2 takde plak nk conteng dinding-nasib baik umah kuarters)....dan banyak lagi! jika begini mmg aku xleh jadi surirumah sbb aku x penyabar mcm Puan Blog Diva & Puan First Lady Aman Perdana.

weihaaa...life goes on & today is my 30th weeks!

Wednesday, March 16

projek cuti sekolah

ini adalah mega project di cuti sekolah...mengeluarkan kembali baju2 newborn & 0-3m kepunyaan budak di dalam gambar ini. budak ini ingin masuk gamba secara sukarela. aku snap pic ni sbbnya mmg aku suka tgk baju2 berjemuran di tengah panas...waktu ketika ini adalah 1.23 tghari, mmg matahari tegak di atas kepala. maafkan dia yang memakai sweater di kala panas ceng2 (kes terjumpa baju tu dalam beg baju2 nya). kelihatan baju2an sudah banyak tapi aku ada la bli 5-6 pasang yang baru...kata org baru kena la bli yg baru kan.

p/s: kain barut baby itu adalah turun temurun...taktau dari zaman bila.tapi mak aku keluarkan dari plastik2 lama yang ada di rumah masa aku pregykan naufal 4 thn lepas...khazanah kami adik beradik la gamaknya.

Friday, March 11

menstrual cups



uols tahu tak menda ni wujud? haaaa aku ni baru skg baru cikgi tahu menstrual cups ni wujud hokeh...nak tahu lebih lanjut leh baca n seterusnya beli kat sini kalo nak cuba. rupanya rakyat malaysia pun dah lama guna menda ni sewaktu period. alternatif way daripada guna disposable pads yg tak environmental friendly itu.

preview of baby 'N'

"isk sibuk la...nak tido pun x senang"

"ok...ok...i bukak tgn skit kasik uols tgk"

fikir punya fikir, aku buat gak 4D scan....sebabnya utk experience & sebab nanti xtau bila plan nak pregy lagi...ini tempat paling murah aku jumpa utk buat scan ni iaitu di Vision College, Kelana Jaya...ada kawan penah g sini gak.kosnya RM90.mmg bagi aku agak mahal, tapi encik N cakap takpe laa bukan slalu buat & dia approve, so ai folloooo....hehe.

kemain susah nak capture face baby 'N' ni sebab dok tutup muka dgn tangan...sampaikan cik sonographer yang comel tu soh aku pegi jalan2 supaya baby bergerak lagi. taim tgh scan tu mmg baby duk actively gerak. kejap tutup muka ngan tangan, pastu kaki naik atas....ala2 bersilat gitu.ini la aku share hasil scan tersebut.

Wednesday, March 9

gambar terbaru



muahahaha comel tak aku? hahaha...comey kan. glowing betul dia skang ni, yang aku tau sazzy ni dah masuk 6 bulan pregnan. memandangkan kembar, jadi secara logiknya perut dia mesti lebih besar dari aku kan. tibe2 tingin nak photoshoot perut plak...hahaha vley ke x vley?nak baca lagi cite pasal ni, klik sini.

Tuesday, March 8

untuk baby 'N'

plan nak gi menipiskan beg duit untuk brg2 spt di atas ialah pada cuti sekolah yang akan datang ni...sebabnya wiken skg mmg x bley nak jenjalan sbb encik N ada training setiap sabtu & ahad, so wiken kami mmg x leh g mana2 smpai june nanti. nak tanak encik N terpaksa amik annual leave utk teman aku pegi menyopping. xde la bagai nak rak sbb plan nak recycle je baju2 naufal dulu (tapi makk tak bukak lagi beg itew semua nak tgk condition mcm mana,blehhh?). xtau la keadaan samada masih elok atau dah kuning2. x sanggup nak bukak beg itu tengok. haha....mgkn beli la skit2 baju baru, kata org baru kena la dipakaikan baju baru. tapi mitten booties kompem nak bli baru sbb yg naufal dlu aku rasa mcm buruk sgt. sbb masa tu x bli byk sgt (konon pk pakai kejap jer kan). so recycle yang sama jer. beranak kali ni mcm pestaim plak sbb dah lama kan yang no1 aritu....hahaha so excitednya lebih gak la...konsep pembelian masih sama, warna warni bercorak2....sbb xde nak spesifik utk boy/girl. mudah gitewww....skg dah 29 weeks...kalo dlu masa ni dah byk pembelian dilakukan. skg ni xde buat apa2 lagi...cuma aritu tempah quilt kat www.snazzynsuch.com sbb aku rasa quilt dia comey2. ni pon kawan aku bagi link. ni buat pembelian sbb kes tergedik, tapi tak kot sbb aku rasa perlu. sbb yg naufal punya dlu dah nipis. so far itu jer la yang aku beli untuk baby 'N' nih.



Wednesday, March 2

mengidam tak habis



kualiti pic yang tak guna flash (kes segan kat orang & staff SR)....spageti meatball tu sejak2 pregy dah 3x aku makan. xtau la apsal pregy kali ni tingin sgt mkn spageti meatball. nak buat sndrik bebola tu malas...kalo pregy dlu aku rajin masak spageti. sampaikan malam nak beranak tu, petangnya pegi soping barang kat Mydin Mall nak masak spageti. masa tgh sakit2 tu abis aku muntahkan balik. skg ni nak senang gi je secret recipe...price boleh tahan sepinggan RM14.50...huhu kalo tiap2 minggu pokai encik N. sbb nya pergi mesti la order kek skali kan...campur2 sume maunya RM50++ gak. takpe2....lps deliver nanti komfem takde kes teringin lagi dah...

rumah kecil kami




sebetulnya segan nak aplod pic rumah ni...tapi disebabkan ramai yg rikuest nak tgk, so aku tunaikan lah. segan bukan apa, sbbnya rumah kami ni kecik aje, kawasan kampung lak tu....utk pengetahuan uols, kat sini mmg xde pembinaan rumah double storey, sume setingkat ala2 umh kampung camtu kan. tapi ikut piawaian aku mmg x suke umh 2 tingkat....susah nak naik turun, maklumlah umh kat mak ayah aku pun setingkat. encik N suka 2 tingkat, tapi sorri laa ek sbb kawasan sini mmg xde bertingkat2. kiranya umah ni ok la..ada tanah kat belakang 10 kaki, tepi 8 kaki untuk kemudahan aku bercucuk tanam. mood verangannn....nak tanam pokok durian, mangga, betik, rambutan....hahhahaha.....sayur2 jangan dilupakan.