Sunday, June 20

The Cutest Mama & Baby Contest

tadaa...cuti sekolah adalah masa untuk join contest! dan untuk contest ini, pic yang dipertandingkan adalah yang kat bawah ni ... taktau la memenuhi piawaian atau tak :-D

gambar ini telah telah diambik kat Tasik Seksyen 7, Shah alam. masa tu cousin saya yang sukasuki nak photoshoot kitorang. kenapa situasi gambar ini berlaku adalah sebab mr poyographer suh naufal hugs mama. dia pun ikut jer...

pic kat atas ni plak sebagai nasik tambah je, sbb nak bagi nampak naufal, kalo pic kat atas tu x nampak kan...hehe..ok la kepada sesapa nak join masih ada masa lagi sbb tarikh tutup ialah 25 Jun 2010. klik MARIBELI untuk info lebih lanjut. good luck semua!

petua untuk mommies

selamat pagi ahad! esok dah kena mula keje...huhu malasnyaa setelah 2 minggu bercuti sakan. ok kat sini nenek kebayan nak share mengenai petua atau tips utk tanak bagi anak kencing pada waktu malam (bagi anak yg dah free-diapers ajer tau)...ini hanya boleh diaplikasikan jika anak anda pakai cloth diapers aje, kalao disposable nenek kebayan tak sure lak keberkesanan dia kan. ok cara dia camnih, sebelum tido suh anak pee dlu...pastu masa nak pkaikan diaper tu, sapukan minyak yu yee atau minyak panas lain kat perut & kat atas bahagian bebird (sbb anak nenek lelaki). kemudian pakaikan diaper cam biasa. seeloknya mlm waktu tido anak dipakaikan stokin juga. nenek dah lama perhati setiap kali bgn pagi, walaupun anak bangun jam 10 pagi, dia tak wee-wee. tapi kalao bagi pakai disposable, dia wee-wee la plak. tah taktau...kena buat thesis plak laaa ttg perkara ini kan. itu sajalah petua nenek kebayan pada hari ini. sharing is caring bak kata org kampung kan.

Thursday, June 17

yang berjaya dikesan

haaa....ini adalah yg berjaya dikesan di ceruk2 rumah apabila membuat kerja2 vacuum...yg tak dapat dikesan tidak dapat dipastikan ada berapa lagi n di manakah koordinat mereka berada. tuan punya pulak sgt excited bila bibiknya ini jumpa balik anak2 didik nya itu...lain kali kena pasang cip kat setiap perkakasan supaya senang nk trace kat mana mereka semua berada. tp keadaan tersusun rapi begini hanyalah bersifat sementara kerana sementelah mama pegi ke dapur, ianya sudah berkeliaran di mana2 shj, cth: di bawah sofa, bawah meja, dan di mana2 bawah lagi yg sewaktu dgnnya...

Wednesday, June 16

my mom's garden



seronoknya rumah atas tanah bleh berkebun....hijaunya mata memandang...rumah cam aku ni susah nak berkebun sbb takde tanah...hehe alasan. tapi neber aku tingkat bawah mmg rajin berkebun sbb kt tingkat bawah mmg ada tanah utk diusahakan. terima kasih kepada ciknah sbb jadi pembekal daun limau purut, serai, cili padi, daun kari dan sebagainya utk bahan masakan. pics kat atas ni adalah sebahagian daripada hasil pembaktian mak aku kepada tanah. dapat la fresh oksigen...segarnyaa!!!ni tak amek gambar bebunga lagi nih...ada kat sebelah sana nun, tapi aku cam lupa nak capture. manakala piccas kat bawah ni hanyalah hiasan semata2...



model baru bangun tido trus diajak shooting sbb time ni cahaya matahari cantik


the model is wearing black polkadot cloth diaper (iklan jap)



merenung masa depan


the happy feet





happy things

sebagai menghargai mama hannah, mama naufal akan jawab tag yg diberikan ituu...
1. adakah mama naufal epy skung?
so-so la...hepi sbb cuti sekolah, x hepi jugak sbb dah nak bukak sekolah...hihihi.
2. kenapa mama naufal x epy?
x epy sbb dh nak bukak sekolah...dan x epy jgk sbb ada rakan yg menjadi customer amik barang dlu, tapi byrnya liatttt....x ke sedih tuu kan?

3. apakah menda yang boleh buat mama naufal epy?
of course shopping...handbags especially...tapi in my dream ajorkk laa kan.

4. pernah tak mama naufal terima tag?
ohhh selalu....tapi x menyempat nak buat...tapi mama naufal pasti akan cuba buat, walaupun x berapa suka dapat tag...ngehehehe :-D

5. warna yang mama naufal suka?
asik bertuka2 je warna kegemaran, tapi skg ni mcm suka hijau...

6. 5 org yang mama naufal nak bagi tag ni ialah
hannan, rini, jie...3 cukup lah.

7. tuliskan something tentang org2 yang mama naufal tag.
diorg sgt sporting!

8. adakah mama naufal epy ngan apa yang mama naufal ada?
Alhamdulillah syukur....tapi kalau dpt lebih lagi...seronok lagi la kan.


ok nama yang tersenarai itu, sila jawab tag...kalau malas sukatiii korang lah....kuikuikui. it just for fun!!!

hobi masa darjah 5

lamaaaanyaa x apdet blog....rerakan yg lain pon kebanyakannya menyepi...agaknya sbb balik kg, limited internet xs atau mmg xde masa utk duniawi ini...hehehe....begitu jugak dgn aku...sepanjang minggu lepas, streamyx problem...aduhaiiiii mmg slow laa servis TM ni....(sapa2 keje TM tolongla baiki mutu perkhidmatan). lepas tu diikuti dengan acara rasmi di musim cuti sekolah iaitu balik kampung...dh smpai sini semula barulah org TM dtg, dan semlm baru lah bekalan internet kat umah ni kembali pulih. haaa entry ni aku seronok nak citer sbb ni berkaitan dgn hobi aku 18 tahun yang lalu!!! i repeat 18 tahun yg lepas hokei....pic kat atas ni adalah koleksi writing pad yg pernah aku simpan semasa darjah 5 dahulu. haaaa aku igtkan sume2 dah hilang atau digigit anai2, rupanya aku balik aritu...tgk ianya masih elok dlm fail di dalam almari (hehe mak aku yg berkemas rupanya). biasala org pencen cam ala2 takde keje nk buat giteww kat umah kan...dan yg bestnya kitrg ni saling2 tuka writing pad sebagai koleksi. seingat aku lah, yg share same hobi ni ialah Norsalwani (yuhuuu, sal mung baco dok belog aku ni?) dan arwah Azriany Dato' Ahmad Rastom (meninggal masa cuti akhir tahun nak masuk darjah 6 sebab sakit lelah). taim tu Sal dan arwah adalah besfren. dalam kelas time tu aku duk sebelah Emma Fizawan, depan kitrg Sal dan arwah. Puan Presiden, adakah mu sekelas dgn aku taim itu? mmg seronok laa time tu dpt buat koleksi writing pad yg comel2 ni...pulak tu byk kuar duit gak, maklumlah taim tu sekolah rendah mana la ada duit kan...simpan skit2 bleh la bli sehelai harganya dalam 50sen. itu pon dh kira mahal tu...sbb bawak g sekolah pun baru singgit kot. bila aku jumpa balik koleksi ni mcm excited gilerrr.....hahahaha...smpai mak aku ckp dah buang tebiat pegi amik gambar sume2 tu...mak aku taktau aku nak aplod kat belog. begitulah alkisah hobi masa darjah 5...masa darjah 3 atau 4 hobinya kumpul setem kot, tapi x jumpa lagi buku2 setem aku tu....hobi oh hobi! sekarang xde hobi....

Monday, June 7

MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST

and i don't want to miss a chance to join this cute contest...
here's the pic
.
.
.
.

Papa's Name: Mohd Naziz Abdullah
Kid's Name: Muhammad Naufal Mohd Naziz
Kid's Age : 3 years old
*hurry up frens, the contest will be ended on 11th June 2010*

@Klana Resort, Seremban






the happy faces!!!


tapi aku agak trauma bila tgk gambar2 ni...nanti aku cerita kat entry yg lain....

konvo+eksyen

keluarga kecik kami

buku program yang cunz

the graduates

ini la hasilnya selama hampir setahun kat IPG

TahNiah unTuk DiRi SenDiri!!! (',')

Tuesday, June 1

cikgi sakit mata

haaa cengginilah ghuper org sakit mata...atau nama manjanya conjunctivitis...dah 5 hari aku sakit mata...semlm n arini doc bagi MC...arini dah much better....x bengkak lagi dah...warna mata putih pon dah jadi pink kemerah-merahan (hehe camaner tuu). kiranya xde la mata ni rasa nak tutup sentiasa (nak tidoooo jer la mksdnya tuu)...
esok n lusa mmg dah apply cuti sbb nak g konvo kat maktab...terasa rugi plak tak pergi walaupun dpt skrol Diploma Pendidikan jerr pown...tapi aku bangga sbb dpt result Cemerlang dgn pointer 3.63...haha walaupun bukan 4 flet tp aku dh bangga sbb masa degree dlu nk dpt 3 pon terketar2...ni dh blaja dgn jauh dari family, terpaksa hati kebal bila tringat kat anak (time tu naufal sethn setgh)...aku rasa dpt pakai jubah konvo dpt la berkenang-kenangan dlm gambar gituuu....
ptg ni ibu bapa n adik aku dari KayBee akan smpai kt LCCT ...sebabnya? aku heret diorg skali g konvo sbb kalo tak sapa nak taking care naufal time aku dlm hall kan? papa tentunya terpaksa menjadi dif kehormat di dalam dewan...
konvo oh konvo!!!! *mata oh mata*