Update ke 2 pada minggu ini,hehhehhe… nak menghabiskan list tu hah.. sambil-sambil buat tayangan amal cookies sempena nak raya cina ni. Manela tau ada yang nak buat cookies,leh bagi idea tink..tink..hehhehe
Oleh kerana malam ni ambe nak balik kampong dan insyaAllah akan kembali mengasah bakat d dapo, baik ambe publish dulu mane-mane yang dah try. Kang makin panjang lak list tu.. kena quick updates gak, sebab jap lagi ada appointment ngan teman-teman sekerjaku nak g cuci mata kat wangsa Walk,hehhehe… padahal hari-hari lalu wangsa walk tu. Dah ofis sebelah tu je..
Dah..dah..meh layan cookies ni dulu.hasil cilokan umah KakNadz tapi ku terderhaka sebab nak ngabiskan oats dan nestum yang tinggal sikit je lagi. Nama pun terpaksa ditukar, sorry Kak Nadz!!
Sedap tapi maybe sebab suka suki g ubahsuai sendiri, rase die more to chewy la. Tapi still sedap,nak-nak mengunyah time tengok tv..memang xsedar dah habis sebalang..
Bahan-bahan ayak :
· 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
· 10 gm (3 tsp) serbuk koko
· 2 Tbsp tepung jagung
· 1/2 tsp soda bikarbonate
· 2 Tbsp susu tepung
· Secubit garam
· ½ sk baking powder – ambe tambah
· 1 cawan oats – ambe tambah
· ½ cawan nestum – ambe tambah
Bahan-bahan lain :
· 250 gm mentega
· 150 gm gula kastor
· 1/2 tsp asen vanilla
· 1 biji kuning telur
· 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
· 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

