Powered By Blogger
Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Jejari Roti

Nak mintak????...huih...xbleh...xbleh....bukan kedekut tapiiii....cam sayang nak bagik.....muahahaha....
Ini bekpasku pagi tadi ngan secawan kopi...kopi xyahla enterprem, tu tumpang glamer namenye...tayang ni pun dah cukup membuatkan ambe nak menggodeknye lagi..sebab syiok sangat makan! Ni kira snackla, menda ngunyah time2 dok lepak tengok tv ke, sembang-sembang ke...tapi awassss...jangan sambil dok lipat kain makan jejari ni, kang ade yang bersemut lak karang kain tuh..hehehhehe.... semalamla mase merayau kat MyR, nampak kak Alia buat....cam sedap dan mudah..tapi memang sedap dan mudah! Selalu tepi roti kita buang kan sebab ramai yang xsuka, ni kita guna sepenuhnya...so ni kira salah satu cara xnak membazirla..


Bahan-bahan:
  • 24 keping tepi roti (dr 6 keping roti) - ambe guna semua sekeping tu
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • gula halus secukupnya - ambe guna gula aising
  • mentega/margerin untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
  2. Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sampai perang.
  3. Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
  4. Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.

Friday, February 18, 2011

Pita Burger

Jom breakfast.... buat cam burger biase, cuma ambe ganti roti burger ngan roti pita....hehehheheh....

Monday, February 7, 2011

Banana Toast

Assalamualaikum.... lamanye ambe xmenunjukkan diri di sini..ade yang merindui diriku?????hehheheheh...perasan... kaum cina yang beraya, ambe pulak yang terlebih bercuti ye...bukan ape, maklumla cuti sekolah..maka banyakla kenduri kendara yang perlu dihadiri.. ape kena mengena dengan aku?? kebanyakan kenduri melibatkan saudara mara, jauh dekat...so , memang kena tunjukkan muka la kat kenduri tu... tempat lak jauh antara satu sama lain, dengan jem nya lagi yang sangat teruk sampai berjam-jam...memang bila smpai umah terus terbongkang la... dah xlarat nak ngadap lappy bagai... So, setelah segala kenduri kendara jugak hal-hal lain selesai, maka blog ni akan aktif semula sebagaimana pemiliknya...hehhehehe

Jom Breakfast!!!! Ambe breakfast ni je pagi ni...paling cepat, mudah dan berkhasiat...hehheheh.... xleh nak buat nasi lemak, nasi dagang bagai...kang maunya ku hentam sampai xhengat donia...Pernah buat dulu kat sini... sebenarnya selalu je buat, tapi malasla nak publish...hari ni terrrrrajin skit, so kita kasi anda tengok...



2 keping roti - disapu butter d permukaan
1 keping cheese
1 biji pisang - dipotong menyerong nipis-nipis

Di atas sekeping roti, letakkan cheese tadi dan susun pisang di atasnya. Tutup dengan menggunakan sekeping lagi roti. Bakar hingga kedua-dua permukaan agak garing. Hidangkan bersama sedikit butter @ madu @ apa-apa jem yang anda suka..

Thursday, January 27, 2011

Sandwich Goreng Alkisahku..

Ade yang belum makan pagi???? Mehla makan dengan ambe...sandwich goreng dan air kosong...sandwich goreng ni kalau kat kedai2 yg jual kuih pagi2 memang banyak tapi kalau dah niat nk beli dari umah, selalu je xde @ habis..senang cite buat sendirik.. boleh ikut suka nak letak inti banyak mana..selalu kalau beli inti ciput je..cam xpuas makan. Sandwich goreng ni selalunya letak inti sardin..kalau inti lain xtaula camne rasanya..sebab xpenah try lagi..xpela,mehla layan sandwich goreng Alkisahku style..

Bahan-bahan:
  • Roti secukupnya
  • 1 tin ikan sardin - amek ikan je,kuahnya xnak. Hancurkan*
  • 1 labu bawang besar - potong dadu kecil*
  • 4 sb air limau nipis - naklebih masam boleh tambah*
  • 2 biji cili padi - potong halus*
  • secubit garam*
  • 1 sb serbuk lada hitam*
  • Hirisan timun
  • Hirisan tomato
Saduran goreng:
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 4 sb tepung beras
  • 1 sk serbuk kunyit
  • secubit garam
  • Air secukupnya
Cara-cara:
  1. Bahan bertanda * gaul sebati dan masak di atas api sekejap selama 2 - 3 minit. Ketepikan.
  2. Campur semua bahan saduran biar menjadi adunan yang sederhana pekat. Jangan terlampau cair, nanti saduran xmelekat pada roti.
  3. Ambil sekeping roti dan letakkan inti sardin tadi ke atasnya. Letakkan hirisan timun dan tomato di atas inti sardin tadi. Tutup dengan sekeping roti yang lain. Picitkan tepi roti supaya inti tidak terkeluar semasa menggoreng.
  4. Celupkan roti tadi ke dalam bahan saduran hingga menyeliputi seluruh roti dan goreng di dalam minyak yang panas hingga masak.
  5. Sebelum makan, potong bentuk segitiga. Kalau suka, boleh juga digoreng bentuk segi tiga seperti gambar di atas. Selamat mencuba....



Monday, January 24, 2011

Garlic Bread & Sosej Kacang Panggang

Orang lain dah nak tayang lauk lunch dah,ambe baru nak tayang menu breakfast..nak buat camne, orang umah ni jenis lambat sikit bf.. itu yang lambat sikit nak upload gambo..hehhhehhe...lambat ke cepat ke, yang penting dah kenyang...burrppp...alhamdulillah...buruk lantak tul.. Ni dah aim lama kat umah Kak Madihaa,dh lama bookmark tapi asyik tertangguh je...ni dah buat memang puas hati, sebab sedap dan mengenyangkan... slh satu cara nak makan baked beans selain makan camtu je..Kak Ummi pun pernah buat.. korang layannnnn ye....

Sumber:  Buku Senangnya Memasak Makanan Barat Bersama Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
  •    1 tin kacang panggang 
  •    10 batang sosej dipotong pendek 
  •    1 sudu makan minyak - ambe ganti 1 sb butter
  •    1 sk serbuk lada hitam
  •    1/2 cawan sos tomato - ambe ganti 5 sb sos cili
  •    1 tin cendawan butang - dihiris nipis - xletak
  •    1 biji capsicum merah - ambe ganti dgn sebiji tomato
  •    1 biji capsicum hijau -> ) dipotong dadu
  •    1 labu bawang besar 
  •    Garam secukup rasa
Cara-cara:

   1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga wangi.
   2. Masukkan sosej dan gorengkan hingga garing.
   3. Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kacau rata.
   4. Kemudian masukkan kacang panggang, semua capsicum dan gaul rata.
   5. Hidangkan bersama roti bakar atau garlic bread.

Sunday, January 23, 2011

Breakfast..

Ni menu breakfast pagi tadi.. sambil2 my mum buat banyak tok jamu geng2 mengaji ya...  mihun goreng my mum style..


Kek alunan Kasih..Ingat nak buat carrot poundcake, tapi last minute my mum teringat kek ni..so, inilah hasilnya...pernah buat kek ni kat sini...

Tuesday, January 11, 2011

Hotcakes

Akibat terpengaruh bila tengok 1 scene yang menunjukkan sorang lelaki hensem lagi kacak tengah buat makanan kat atas nih, maka hati serta merta terpaut terasa ingin mencuba...lagipun bahan2nye sangatla mudah... korang leh tangkap x pe maksudnye tuh???? xpelah...meh ambe kasi penerangan sikit...sebenarnye petang semalam xde buat pe, layanla cite korea jap, Boys Over Flowers...ade sape2 pernah tengok????? angkat tangan...nak bagi makanan ni 3 keping..ngeh3...nampak pelakon tuh tengah buat hotcakes nih. Macam sedap je dia makan dengan madu plus jem strawberi.,alangkag sedapnya kalau dpt makan camtu...Korang cube jeling nama makanan ni...HOTcakes...wahahhahaha...kelasss gitu!! Walhah lempeng je pun,xtaula tang mane HOTnye tuh...
Sebab bahan2 pun mudah dan senang, maka pagi tadi ambe pun buatla...sedap gak..lemak manis rasenya.. tapi ni xguna garam, so kalau sesape nak rasa yang lebih sedap,leh tambah secubit garam.. pada ambe it just nice..ambe makan dengan syrup maple, butter dan whipping cream.. masyukkk....hehhehehe...meh kita tengok bebahannya...

Bahan-bahan: (anggaran 3-4 keping)

  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar - ambe guna jenama dutch lady, sedang elok rasa adunan
  • 3/4 sk baking powder
Cara-cara:
  1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Biarkan selama 7-8 minit
  2. Panaskan kuali non-stick dengan sedikit butter.
  3. Ambil 1 senduk penuh adunan dan tuangkan ke dalam pan tersebut. Kalau guna pan non-stick yang besar, just letakkan adunan di tengah kuali dan ratakan sedikit sahaja adunan menggunakan belakang senduk.
  4. Masak sebelah permukaan antara 2 - 3 minit@ hingga masak dan diikuti permukaan sebelah lagi.
  5. angkat dan hidangkan semasa panas dengan madu@syrup maple@ apa-apa jem kesukaan.

Wednesday, January 5, 2011

Savoury Pratha

Kebetulan abah ambe beli roti pratha 2 3 hari lepas tapi xde sape pun yang usik lagi dalam peti. Pagi tadi selongkar peti ais nampakla dok tersorok bungkusan roti pratha ni terselit celah buah. Teringat Kak CM pernah tayang savoury pratha ni last week.. So,godek2 dapurnya, jumpala... nak tengok step by step boleh klik umah Kak CM ye... ambe tambah hirisan daun parsley sikit bagi rasa lagi kick..mmg sedap..jom breakfast..


Versi roti..

Tuesday, December 28, 2010

Breakfast..

Burger anyone???? Sedap,lazat,berkhasiat.......dan berkolesterol,hehehhhe....

Wednesday, December 22, 2010

Sup Krim Ayam + Blackpepper toast


Ni breakfast adik2 ambe 2 hari lepas.. Sup Krim Ayam dengan roti yang disapu sikit butter dan ditabur dengan serbuk lada hitam...yummmy....

Saturday, November 6, 2010

Roti Kacang Panggang Berkeju

Ada banyak rasa xpuas hati bila tengok gambo kt bawah ni. Xtau nape, tapi sume gambo snap tadi sume cam blur je... Xterang sangatla,kaburla... akhirnya terpaksa berpuas hati dengan yang ni,sebab ni yg paling ok dari yg lain. yang penting ambe nak gtau, roti kacang panggang ni memang sedap. Sangat sedap!!! Dah lama sebenarnya nak buat tapi asyik tertangguh je.. Nasib baik resepi xberkulat. Kalau x,dah lama agaknye naik kulat ibarat cendawan tumbuh lepas ujan..


Ni ambe amek umah Kak Dayang. Korang layan je la ye... Ambe nak g makan sejenis desserts yg sangatttttt ambe suka... Kalau boleh,hari-hari nak makan. Hujan, panas, ribut, mendung xkira masa...desserts ni on je kat tekakku ini... Nak tau ape????? Next n3 ye,hehhehehhehe.... Sementara tu, korang layanla dulu breakfast kitoramg ni...layannnnnn.....


Bahan-bahan :
  • 6 keping roti sandwic
  • 2 biji telur
  • keju parut secukupnya
  • mentega secukupnya
  • 1 tin besar kacang panggang
  • sedikit daun oregano kering
  • 200 ml susu segar @ susu cair @ 200 ml air suam + 3 sb susu tepung
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara :
  1. Satukan susu, telur, garam dan lada sulah di dlm satu bekas. Sebatikan.
  2. Sapukan roti dgn mentega.
  3. Susun selapis  roti di dlm mangkuk kaserol dgn bahagian bermentega di atas. Siramkan sedikit adunan susu di atas roti.
  4. Taburkan sedikit keju di atasnya.
  5. Kemudian, tuangkan 1/2 tin kacang panggang dan ratakan.
  6. Susunkan lagi 2 keping roti. Ulangi proses sehingga disudahi dgn lapisan roti.
  7. Tuangkan adunan susu selebihnya ke atas permukaan roti tadi. Taburkan keju dan oregano.
  8. Bakar selama 30-40 minit pd suhu 180C.
  9. Hidangkan setelah masak.


Wednesday, November 3, 2010

Banana Toast


Ni lah breakfast ambe pagi ni, Banana Toast bersama secawan teh hijau yang xhijau kalernye. Banana toast ni ambe dapat inspirasi a.k.a ilham..chewahhh lepas tengok Kak Ida 1001 resepi buat semalam. Tapi ambe xdela buat exactly macam Kak Ida buat,tapi still guna pisang as main ingredients. Nak tengok complete version yang Kak Ida punya, leh tengok sini ye...


Ni cara ambe:

2 keping roti - disapu butter d permukaan
1 keping cheese
1 biji pisang - dipotong menyerong nipis-nipis

Di atas sekeping roti, letakkan cheese tadi dan susun pisang di atasnya. Tutup dengan menggunakan sekeping lagi roti. Bakar hingga kedua-dua permukaan agak garing. Hidangkan bersama sedikit butter @ madu @ apa-apa jem yang anda suka..

Wednesday, October 27, 2010

Bebola Roti Goreng


 Huh, sgt xlawa ini gambo!!!! Tapi ni je gambo yg paling jelas yg ambe amek. Dah xkuasa nak amek yg lain,korang layan jela gambo ni ye. Yang penting pelakon utamanya dh selamat masok perut pun~~ Buat pun separuh je. Dapatla banyak gak, anto umah spupu separuh,ambe telan separuh. Ni hasil dok jeling umah Kak LizaHanum lama dulu,dok dlm waiting list.. Hampir xteringat. Semalam nengok Kak Ummi buat, datang balik ingatan tu,hahahha... Cam biase, xgaring xbest ye... Hmmmm, togel betul cucur ni,xde nk hias bagai...



Bahan:-
  • 14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah (potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar (dadu halus2)
  • sedikit daun sup/bawang (hiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis - ambe letak ikan bilis
  • 6 ekor udang sederhana ( di potong kecil2 ) - ambe xletak
  • minyak utk menumis

Cara penyediaan
  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.
  2. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk.
  3. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  4. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.




Monday, October 25, 2010

Benjo


Ni menu breakfast pagi ni. Saje je masuk n3 benjo ni,kasi glamer sikit,wahhahaha... Abaikan kesememehan sos cili yg meleleh tu. Toksah dok belek-belek cari cheese ye,sebab cheese kt umah ni dah habis dibedal  si kecik tu. Roti burger pun dh habis, guna jela roti Gardenia keping tu..  Takyah mintak-mintak,dah licin masuk perut,huhuhuhu....

Sunday, October 24, 2010

Cucur Bilis Kembung

Menu brunch ambe n my mum.. Since kitorang 2 orang je kat umah, buat cucur ni dgn secawan air masing2 punya suka rasa ape, kenyangla sampai tengah hari.. Ni akibat tergoda tengok cucur Kak Izah la ni,kembung semacam je.. Tapi ambe punya xdela kaler ijau2 tu sebab daun bawang,daun kucai,daun sup sume tarak..  ambe goreng kasi terlebeyyyy sudahh.. Kalau buat cucur, kena garing baru ummmppphhhh....
Cicah dgn cili sos thai,nyum nyum...

Sumber asal: MyResipi

300 gm tepung gandum 
1 sudu kecil mauripan 
1 biji telur 
1/2 cawan ikan bilis 
1 labu bawang besar 
1 1/2 cawan air- saya kurangkan sedikit 
2 pokok daun bawang 
daun kucai - saya tambah 
taugeh- jika suka 
garam
serbuk kunyit 


Caranya: 



  1. Blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur 
  2. Gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit 
  3. Jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

Saturday, October 23, 2010

Sarapan kami...

Dalam bulan Oktober nak menginjak ke ujung tahun ni,negeri2 kat Pantai Timur ni memnag dah nak menghampiri musim bah @ banjir. So,time2 camni la segala jenis ubi termasukla ubi kayu boleh dituai hasilnya. Orang2 kampung memnag suka rebus ubi kayu dan makan dengan kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam dan gula... Uiiikkkkss,gula xtinggal tu!!!!


Ni la menu breakfast kitorang pagi ni. Makan ubi kayu rebus ni panas-panas cicah kelapa parut,dapat pulak kopi o yg kawwww,memang xhengat donia la!! Ubi kayu ni makcik ambe jiran paling 'jauh' - jaraknye 2 meter dr pagar umah ambe... yg kasi. Kalau korang xbiase tengok,yg ni ubi kayu yg warna kuning. Selalu yg kita makan tu warna putih,tapi yg ni kuning ala-ala kuning diraja gituu... Ubi kuning ni rase dia lagi sedap sebab lagi lemak dan berkrim,hehhehe..... Jemput makan semua!!!

Friday, August 27, 2010

Breakfast@sahur

Ni menu breakfast kitaorg kalau pepagi nk g skolah.. Tapi xdela banyak cenggini... Menu sahur pun ok gak bagi sesape yg xnak makan nasi..Skali skala brekfes omputih pun best gak.. tapi sebenarnya anytime pn leh menghadap benda ni asalkan rajin nk merebus hotdog and goreng nugget tu...



Friday, August 6, 2010

Pancake

Breakfast pagi tadi try buat pancake resepi Kak Nor Ganu tu. Maklumla selame ni buat lempeng melayu je, hari ni try la buat lempeng omputih ni.. Alhamdulillah jadi tapi bentuk die xdela bulat2 yg macam Kak Nor buat tu, mcm2 bentuk ade,.. So, xlehla nk publish kat sini, segan tgk bentuk die.. Papepn,rasenye still mabeles!!
Kak Nor, mintak cnp kt sini ye tp ambe dh bepaling tadah sikit la,heheheh...(^-^)

Pancake

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 1/3 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)
sedikit esen vanila

Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  2. Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
  3. Biarkan selama 10 minit.
  4. Goreng dlm frying pan hingga masak.


* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.