Menurut Hajjatul Islam Imam Al-Ghazali, penawar bagi Penyakit Takabbur ialah...:
1- Bila berjumpa kanak-kanak,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, sebab mereka masih belum bergelumang dengan dosa jika dibandingkan dengan kita, di mana setiap langkah kita boleh menjeratkan kita kepada melakukan dosa.
2- Bila berjumpa orang-orang tua,
anggaplah juga dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih dulu melalui kehidupan ini dan beribadah kepada Allah.
3- Bila berjumpa dengan alim ulamak,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia mempunyai ilmu yg lebih jika dibandingkan dengan kecetekan ilmu yg ada pada kita.
4- Bila melihat org2 jahil,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana kejahilannya itu, sedangkan kita yg berilmu dan berakal ini pun sering bergelumang dengan dosa.
5- Seandainya berjumpa dgn org2 jahat,
janganlah menganggap kita lebih mulia darinya, sebaliknya anggaplah dia akan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.t. dimasa tuanya.
6- Seandainya bertemu dengan orang kafir pula,
maka katakanlah di dalam hati bahawa suatu hari nanti, dia akan insaf lalu masuk Islam dan diampunkan Allah dosa-dosanya yg lalu, sedangkan kita yg lahir Islam ini pun masih melakukan dosa.