Friday, January 15, 2010

salam Jumaat


...
...
Jadi caca marba pulak aku nyer n3....ada cerita Madinah-Bosphorus-Istanbul...cerita sahabat...ada lak pic2 baru di kota suci kita-yg ku copy dr kawan. Ada gak pic senja dan subuh...dan hari ini...
Gerhana Matahari

sunat, solat gerhana...berjemaah...Seperkara lagi..eloklah kita jadikan fenomena begini untuk menambahkan lagi ketaqwaan..., kekuasaan ALLAH menjadikan semua ini...kalau dalam 24 jam...kita tak perasan peralihan waktu, dr fajar ke dhuha, tngahari, asar... senja..malam tengah malam dan waktu tahajjud...semuanya mempunyai nilai tersendiri...ada kekuatan[kebaikan]...dan ada yg kena dielakkan...
umpamanya warna yg diserakkan...siapakah yg mengukurnya...mampukah kita....tapi ada ilmu yang bole kita kongsikan...dan ada yg boleh kita rujuk...(n3 mendatang)
...
bila gerhana...serakkan warna terlindung sebahagiannya...dan yang sampai ke bumi pasti beganda ukuran cahaya UV(ultra violet)...berbahaya... sbb itu tidak boleh melihat secara direct... UV juga salah satu daripada cara 'sucihama' [sterilization]...boleh merosakkan tisu permukaan...dan boleh mandul....[?]
...
...
10.11 pg 15Jan10
Kluang JDT
nailofar a k a tulip
...

Thursday, January 14, 2010

Taman Impian 2...


...


selamat pulang tetamu' Allah

...
teman skerja ku baru pulang dari Tanah Suci...syukur Alhamdulillah..,muga hajinya Mabrur dan dapat mengekalkan kemabruran hajinya sepnjang hayat.Banyak gak cerita2 yg mengesankan...umpamanya cerita sewaktu beliun sampai ke arafah...hujan baru berhenti...dan air bertakung di bhgian atas khemah..., dan khemah2 tu bukanlah yg tahan lasak utk hujan pun...air akan dengan segeranya menyimbah ke bawah...jemaah pakej..., memang ada tilam bandingkan ngn muasasah...hnya karpet ala2 sahaja...
dapat bayangkan yer..., hujan lebat yg tmpiasnya mmbasahkan dalam khemah di tambah air yg meyimbah td...maka ...jadilah tilam air.

...
Satu lagi ceita dr HJ ini...ehem...kenalah ada gelaran depan tuh...TUAN HAJI...PROTOKOL nih...

yg buat aku jeles nih...jeles sesangat!....nak jugak...
rombongan beliau boleh melawat perkuburan Baqee' ke tengkat bawah...aduhai...ok..lihat lah PIC atas tu....
...
...
muga satu hari nnt aku dapt melawat pekuburan itu juga...
antara taman2 syurga...
...

Wednesday, January 13, 2010

terubat rindu....aduhai

episod 2








*nasi mandi/bariyani[?]...jamuan perpisahan
*kurma...[...uhuhuhuhu]teringin sgt...kna pegi beli sndiri :(
*tak dapat kurma...makan hay'....

PIC ehsan HJ saiful...TQ

terubat rindu...siapa gerangan si dia









*2 yg atas tu...susah nak menjejaknya
*yg bawah sekali...bole wat jejak kasih... :0

terubat rindu...aduhai...

...
episod 1






*sayang dia...mcm tak der yg sayang...biar kita yg sayang-meow
*g ladang unta...knapa dapat air kotak tak rasa susu...susu unta :0
*sayang gak kat dia...kambing spesis 'kambing gurun' kut? yg pasti bukan Damara@
Boer

TQ HJ' Saiful...dengan izin' copy ini pic...

ada cerita lucu: CN 2007....

Balik dr melawat ladang ternak unta...ada makcik tu kata ...kenapa air kotak rasa lain...,

maksudnya...tak rasa susu pun...macaman nak rasa susu ....

memanglar tak rasa susu...sbb...air tu air nenas...[air kotak]

:)...

rindu kat makcik tuh...pkabar dia

Tuesday, January 12, 2010

desir angin di kala fajar










fajar di 4 lokasi berbeza...namun di sebalik yg terpapar ada berbagai rahsia yg Allah sembunyikan...mendatang kita cerita 'kekuatan' yg ada di waktu fajar

Abu Ayyub: abadi di 'Taman Impian'


sewaktu terjadi pertikaian antara Ali dan Mu'awiyah , Abu Ayyub menyebelahi Ali tanpa ragu2...ini kerana Ali adalah Imam yang di Bai'at oleh kaum Muslimin....dan tetekala Ali syahid dibunuh dan khalifah berpindah kepada Mu'awiyah dia menyendiri dalam kezuhudan, bertawakkal lagi bertakwa. Tak ada yang diharapkannya dari dunia ini hanyalah tersediannya satu waktu dan kesempatan untuknya berjuang dalam barisan para pejuang...

demikianlah sewaktu diketahuinya bala tentera Islam sedang mara ke Konstantinopel, segeralah dia menunggang kudanya sambil membawa pedangnya, terus maju mencari syahid yang sudah lama didambakan dan dirindukannya...

di dalam pertempuran ini dia cedera parah,dan sewaktu panglima perang[Yazid bin Mu'awiyah] menjenguknya...nafasnya sedang berlumba dengan keinginannya menemui Allah...lalu ditanyakan:"apakah keingananmu wahai Abu Ayyuub..."

adakah diantara kita yg dapat membayangkan atau mengkhayalkan apa yang diinginkan oleh Abu Ayyub itu...

keinginanannya...sewaktu nyawa yang hampir berpisah dengan jasad itu sukar atau hampir tiada kuasa manusia membayangkan atau mengkhayalkannya...

sungguh!....dia telah meminta kepada Yazid, setelah dia meninggal hendaklah jasadnya dibawa dengan kudanya sejauh-jauh jarak yang dapat ditempuh ke arah musuh, dan di sanalah ia akan dikebumikan....kemudian hendklah Yazid berangkat denagn balatenteranya sepanjang jalan itu...hingga terdengar olehnya bunyi telapak kuda tentera Muslimin di atas kuburnya...dan diketahuinyalah bahawa mereka telah berhasil memperoleh kemenangan dan keuntungan yang mereka cari...

Ini bukan khayalan malah disaksikan dunia kenyataannya....dan wasiat Abu Ayyub telah dilaksanakan oleh yazid....di kota Konstantinopel yang sekarang dikenali dengan Istanbul bersemadi abadi pahlawan gagah tiada taranya ini....

...

sekalipun perang dan pertempuran sarat memenuhi kehidupannya...hingga tak pernah membiarkan pedangnya terletak beristirihat, namun corak kehidupannya adalah tenang setenangnya...laksana desir bayu di kala fajar...

Ia telah menghabiskan hidupnya dalam kerinduan ahli ibadah, dan ketahanan org yg hndak berpisah...maka sewaktu ajal datang, tiada keinganannya selain cita-cita yang melambangkan kepahlawanannya: " bawalah jasadku jauh-jauh...jauh masuk ke tanah Romawi, kemudian kuburkan aku di sana..."

dia yakin sepenuhnya akan kemenangan dan dengan mata hatinya dilihatnya bahawa wilayah ini telah termasuk dalam 'taman impian Islam'...dalam lingkungan cahaya dan sinarnya...
kerana itu dia menginginkan di situlah tempat istirihatnya yang terakhir....
...
sekarang dia masih abadi di sana....tetapi tidak lagi mendengar gemerincing pedang, atau derap telapak kaki kuda...masa telah berlalu...dan kapal telah berlabuh di tempat yang dituju....telah sekian lama...

malahan setiap hari....dari pagi hingga petang....didengarnya suara azan...yang berkumandang dari menara-menara yang menjulang di angkasa....

dan dengan rasa bangga[dari mahligai kejayaaannya]...dia menyahut:-

"inilah apa yang telah dijanjikan Allah dan Rasulnya...Dan benarlah Allah dan RasulNya...."

...
mendatang: kisah sahabat yg lain...

Abu Ayyub al-Ansyari

...
Pertemuan ini bukanlah pertemuan pertamanya dengan Rasulullah....sebelum ini dia adalah salah seorang daripada wakil perutusan Madinah pergi ke Mekah untuk mengangkat sumpah setia atau bai'at yang diberkati iaitu "Bai'at Aqabah ke dua". Abu Ayyub adalah diantara 70 orang Mu'min yang menghulurkan tangan kanan mereka ke tangan kanan Rasulullah serta menjabatnya dengan kuat, berjanji setia dan bersiap sedia menjadi pembela.
..
Dan sekarang ketika Rasulullah sudah bermukim di Madinah dan menjadikan kota itu sebagai pusat bagi Agama Allah, maka sebesar2 kemujuran telah melimpah kepadanya kerana rumahnya telah dijadikan rumah pertama yang didiami oleh muhajir agung, Rasul yang mulia.
Rasul memilih untuk menempati ruangan rumahnya di tingkat pertama, tetapi bilaman Abu Ayyub ke kamarnya di tingkat atas dia menggigil, dan tidak berupaya membayangkan akan berdiri atau tidur di suatu tempat yang lebih tinggi dari tempat berdiri dan tidurnya Rasulullah itu. Lalu dia mendesak Nabi agar baginda berpindah ke tingkat atas....hingga Bagindada Nabi pun memeperkenankan pengharapan itu...
Baginda nabi tinggal di sana sehingga selesai pembenaan masjid dan bilik disampingnya..., dan semenjak orang2 Quraisy bermaksud jahat terhadap Islam dan merancang menyerang tempat hijrahnya di Madinah, menghasut kabilah2 lain serta mengerahkan tenteranya untuk memadam nur Illahi.....semenjak itulah Abu Ayyub menumpukan seluruh hidupnya untuk berjihad ke jalan Allah.
Dimulai dengan perang Badar, Uhud dan Khandak...beliau tampil sebagai pahlawan yang sedia mengorbankan nyawa dan harta benda untukAllah Rabbul Alamin...bahkan sesudah Rasul wafat pun tak pernah ia ketinggalan menyetai petempuran yang diwajibkan atas orang Muslimin...sekalipun jauh jaraknya yang akan ditempuh dan berat beban yang akan dihadapi....semboyan yang sering diulang..baik malam atau siang...dengan suara keras atau perlahan...adalah firman Allah: yg bererti...
"berjuanglah kalian, baik di waktu lapang maupun di waktu sempit"...[at-Taubat: 41]
hanya sekali beliau tidak menyertai balatentera Islam, hanya kerana masalah tidak berpuashati tetapi kekesalan sentiasa menggoncangkan jiwanya...dan selepas itu beliau tidak pernah ketinggalan dalam peperangan...keinginannya hanyalah untuk hidup sebagai perajurit dalam tentera Islam, berperang di bawah benderanya dan membela kehormatannya....
...
bersambung

Monday, January 11, 2010

nama mu' seagung jasamu'

...

semntelah kita 'berada' di Istanbul....jom kita menyelusuri kisah Sahabat' yang telah syahid dalam berjuang untuk mendaulatkan Islam di kota ini...kisah ini pernah aku baca...dan ingat2 lupa...alhamdulillah aku masih dapat merujuknya; dari buku' koleksi peribadi ku yg ku sayang ini...
...

sesampai Rauslullah ke kota Madinah...dengan mengenderai untanya, berjalan lah baginda di tengah barisan manusia yang penuh sesak, dengan luapan semangat dari kalbu yg penuh cinta dan rindu....berebut2 memegang tali kekang unta baginda kerana ingin baginda menjadi tetamunya....

melewati perkampungan Bani Salim bin Auf, kemudian kawasan perumahan Bani Bayadhah, perkampungan bani Saidah, terus ke kampung Bani Harits Ibnul Khazraj kemudian sampailah keperkampungan Bani 'Adi bin Najjar...Setiap suku kaum atau kabilah mencuba untuk menahan Nabi, dan tak henti2 meminta dengan gigih agar Nabi s a w sudi membahagiakan mereka dengan menetap di kampung mereka....


Nabi menjawab tawaran mereka sambil tersenyum syukur , ujarnya:


"lapangkanlah jalannya....karena ia diperintah...."


Baginda telah menyerahkan memilih tempat tinggalnya kepada qadar Illahi. karana tempat itu kelak kemasyhuran dan kebesarannya...di atas tanahnya akan muncul suatu masjid yang akan memancarkan kalimat2 Allah dan nur-Nya ke saentero dunia....di sampingnya berdiri satu atau beberapa bilik dari tanah dan batu kasar...., tidak terdapat di sana harta kemewahan dunia selain barang2 bersahaja dan seadanya....


dibiarkan sahaja tali kekang unta itu tidak juga diarahkan ke arah mana... sementara baginda menyerahkan diri padaNya dan dihadapkan hatinya pada Allah...baginda berdoa..."Ya Allah, tunjukkan tempat tinggalku, pilihkanlah untukku..."


Di hadapan rumah Bani Malik bin Najjar, unta baginda berhenti, bersimpuh dan bangkit berkeliling, kembali ke tempat ia bersimpuh tadi lalu bersimpuh lagi...dan tetap di situ tidak berganjak lagi dari tempatnya...Maka trurunlah Rasulullah s.a.w dari atasnya dengan penuh harapan dan kegembiraan...


Salah seorang Muslimin tampil...dengan wajah berseri2, kerana sukacitanya... ia menyambut tetamunya...membawa barang barang muatan dan memasukkan ke rumahnya...seraya mempersilakan Rasul masuk....Rasulullah mengikutinya dengan diliputi oleh hikmah dan berkat...


siapakah dia...orang yang berbahgia ini, yang telah terpilih sehingga Rasul telah menjadi tetamunya...dan semua penduduk Madinah merasa iri atasnya...


...


Itulah dia...pahlawan Abu Ayyub alAnsyari Khalid bin Zaid cucu Malik bin Najjar...


bersambung


*aku berkisah..ala2 ustaz Din anak che Pa...sesi cerita sebelum tidur...utk Jaja...

Sunday, January 10, 2010

TULIPs of Turkey

....
Jangan tak tahu yerr....Tulip ada kaitan dengan kota mimpiku...Tulip ni kudup yang mekar tak mekar...still cantik sampai ke ujung hayatnya....dan Tulip bunga kebangsaan Turki...betul yer? macam belum terbaca kat catatan anaknda2 ku yg dah ke sana...sengaja lar tu tak moh kita bangga ngn 'tulip'...
...
sebagaimana catatanku di Dame Zoete Sarah...Tulip hanya dibawa ke Holland di abad ke 16...[dari Turki] dan telah menjadi begitu popular sehinggah ada 'tulipmania' ....dan ada ladang yg luas...malah menjadi eksport ke seluruh dunia....namun

di Turki sejarah TULIP...lebih mengagumkan...antara 1718M-1730M dipanggil era TULIP....ini semasa pemerintahan Sultan Ahmad lll....yang melambangkan 'peace and enjoyment'....ia seakan menjadi penting dalam kehidupan seharian....menjadi motif yang sering tertera...dalam 'embroidery, textile....dan berbagai hasil seni lain....

bersambung....


nailofar a k a tulip :)

Saturday, January 9, 2010

dari tebing Beylerbeyi...


cantik nya Istanbul kerana adanya Masjid Biru, istana Tokapi, Aya Sofya, Halic dan selat Bosphorus...,





selanjutnya kita bertanya pada mereka yang telah ke sana...

Mesti depo dengan rela hati berkongsi cerita...masakan kedekut' seh!

Istanbul....kota mimpiku



...

bilakah agaknya aku dapat menyaksikan keindahan masjid ini dengan lebih dekat, bukan sekadar photograf atau paparan di maya'...atau... istanbul...kota mimpi ku...hanya wujud dlm mimpi...yg terbawa dari anganan...

selamt pagi Bosphorus


masih di Bosphorus...menganyam mimpi..., mendahului kenyataanya....aku kian ralit menikmati pemandangn indah-[cuci mata].....juga tentang sejarahnya.
...
Selat Bosphorus atau disebut Bogazici menjadi pemisah benua Asia dengan benua Eropah. Panjangnya tiga puluh kilometer. Airnya mengalir dari laut Marmara di selatan masuk ke Laut Hitam di sebelah utara. Selat ini kelihatan biru disebabkan kedalamannya mencecah seratus meter.
Jambatan Bogazici merentasi selat ini , panjangnya 1074 meter dibina pada 1973...manakala Jambatan Sultan Muhammadd Fatih dibina pada 1988. Nama ini diambil sempena nama sultan Daulah Uthmaniyyah yang telah menawan konstantinopel daripada kerajaan Kristian Bizantin. Sejak itu Konstantinopel ditukar nama kepada Islam Bol yang bererti Bandar Islam dan kemudian sehinggalah sekarang ini terkenal dengan nama ISTANBUL.
Istanbul ditawan oleh umat Islam pada 29 Mei 1453Masihi. Beberapa percubaan oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya gagal, akhirnya Sultan Muhammad al-Fatih berjaya merealsasikan sabda Rasulullah s. a.w yang bererti; Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti akan dibuka, sebaik-baik ketua ialah ketuanya, dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya. Sultan Muhammad al-Fatih telah membuktikan kesahihan hadis nabi.
Usaha menawan kota ini bukan mudah, malah memakan bertahun-tahun, kota ini dikepung oleh tentera Islam berbula-bulan lamanya. Dengan kebijaksanaan dan keimanan yang luar biasa dan kukuh sahaja pihak Islam mencipta kemenangan.
...
Pertempuran sengit berlaku , ledakan demi ledakan bertalu-talu memecah keheningan Selat Bosphorus bersilih ganti. Bedilan meriam ini datang nya dari arah Rumeli Hisari yang berdiri teguh berhampiran jambatan Sultan Muhammad al-Fatih dibalas dengan sengit dari arah benteng Anadolu Hisari binaan Sultan Beyazid di sebelah Asia. Sebuah kapal musuh yang cuba mudik ke Laut Marmara beroleng dan mula berasap setelah layarnya terbakar. Berlarutan berbalas bedilan, laungan Takbir bergema dari kedua-dua tebing, yang mengawal laluan tersempit Selat Bosphorus. Anak kapal musuh ketakutan, layar mereka patah dan hangus, dinding kapal pecah dan tidak dapat diselamatkan lagi. Bantuan untuk kerjaan Bizantin yang sedang dikepung tiga penjuru dipatahkan sekali lagi di tengah perairan. Tentera musuh tiada pilihan selain berebut-rebut menyelamatkan diri dengan menaiki sampan-sampan kecil atau terjun ke laut dan berenang ke tebing[jerung dan yu sudah siap menuggu]
Dari arah Rumeli Hisari bedilan meriam menggegar bumi...dan kapal musuh terakhir musnah dah terus tenggelam ke dasar laut.
Allahuakbar!
bergema takbir dari tentera muslimin, dan Sultan Muhammad al-Fateh yang masih muda dan amat segak itu sujud, tanda bersyukur atas kejayaan itu. Alangkah gembiranya....sultan berkhutbah dengan lantangnya...
"Sesungguhnya kejayaan itu adalah sebahagian daripada ikhtiar kita untuk menunaikan janji Rasulullah s.a.w . Matlamat kita masih jauh. Kota konstantinopel mesti kita buka dengan kemenenangan atau kita pulang kepada ALLAH sebagai syahid di sisiNya. Sesungguhnya aku malu dengan Abu Ayyub al-Ansary, sahabat Rasulullah s.a.w yang syahid bersemadi di pinggir kota itu."
...
bersambung...
panorama indah tebing Beylerbeyi menyapa pandangn, terminal semakin hampir...kita akan menjelajah Istanbul...
*dengan gubahan: petikan dari Rona Bosphorus...tajuk kecil: di dadamu bosphorus
kredit sekali lg: utk Zaid Akhtar
[promosi juga ni....baca dan miliki novel comel: RONA BOSPHORUS...kenali Afham dan Amal Hayati...juga Naurah yg manis...ustazah di segamat tu...]

Friday, January 8, 2010

dari Alexandria ke Bosphurus




...


sesegar Nailofar'.... dia.... akan menyeberangi selat itu...membalik kenangan pd 'rona Bosphorus'....'justru impian dijaring', untuk Salju Sakinah...

...

nailofar...akan ke sana, melewati Selat Bosphurus dan ingin sekali menjaring mimpi menjadi realiti

*lagi2 ber angan2...:)

karya Zaid Akhtar:


Sesegar Nailofar
Rona Bosphorus
Justeru Impian diJaring
Salju Sakinah

kredit utk Zaid: mmberi idea n3 ini


senja bertasbih di Alexandria



membaca 'Ketika Cinta Bertasbih'...KCB, membawa aku terbuai...ke bumi Egypt. Wah memang kuat berangan aku nih! belum pun 'pulang dr Madinah'..., masih ada 2 3 episod...aku dah mula berangan ke sana sini...bberapa mlm lalu dah termimpi2 ke Glasgow, malah dah redi ngan sarung tangan yg aku beli kat Madinah...mapla tu juga...(selendang pashmina)...
...
...
tadi, aku dah pilih kasut mana yg sesuai...utk ke Istanbul, yg matching ngn jubah bersulam yg ku beli kat Shamiah Mall..kedai Muzammil...ehh kalau tak ke Turki ke Cairo n Alex..ok kot...

Amboi C Nai...berangan petala ke 8...

...
...
ada aku peduli...tak kena bayar punnn... :)

* sky winter-alex

semakin hari semakin sayang


1) Masjid nabi
2) gate of Jibrael
3) green dome of Masjid
4) Jannatul Baqee
5) shops n bazars
6) hotels
*kat mana pasar kurma...hotel al haram n Uni Islam Madinah..
nampak tak?....

2 pic ni: via stelite...tinggi lg dr mata helang'

Wednesday, January 6, 2010

santai... jom jnjalan..k Glasgow

silingan....





mengasyikkan: "Khairyn....kak Tulip copy pic ni yer..., best sgt nengok itik dan angsa tu..."
terkenang masa k sana: menginap di rumah kawan...dr Jasni...juga dr Nazira n Ikram...lamanya tak jumpa derang...masih di UPM kot...dan Ikram di TV mana yer...tak nmpk pun dia...



>
rindu juga...pada sejuk awal musim bunga.... dan pada kudup mawar yg mula mekar...bburung menyiapkan sarang..., asyik kan?
*pic ini Khairyn ambil minggu lalu kot....TQ arrr...kan sekarang ni cuaca ekstrim'..salji tebal di UK ...China juga....hinggakan perlawann bola pun ditunda...MU ngn mana err....haha, tak pasti...mmbe pnyokong MU tahu :)

cintai DIA


cinta Rasul


senandung RINDUku

kalau rindu, senandungnya melankolik ...dan ayatnya teramat sopan, malah bahasanya teramat indah...kekadang malah tak mampu diluahkan...
yang ku mampu kini...mengenali lebih dekat...muga ia lebih dekat di hati....

...
tentang Dia dan kota itu
...
RASULULLAH s.a.w mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s mengharamkan Kota Makkah al-Mukarramah. Rasulullah s.a.w bersabda: (Madinah) kawasan yang berada di antara dua batu hitam merupakan kawasan haram.
...
Persempadanan Kota Madinah

1) Kawasan ini terletak di antara 2 batu hitam: ialah dua gurun yang panas di timur dan satu ketika dahulu dikenali dengan nama gurun Waqim manakala gurun di baratnya pula dikenali dengan gurun Wabrah.

2) Pengharaman kawasan yang terletak di antara dua gurun dan ketiga tiga perlembahannya iaitu Jama' Tadaru', Jama' Ummu Khalid dan Jama' Aqil/Aqir..iaitu bukit-bukit kecil yang memanjang keperlembahan Aqiq dari sebelah barat telaga Urwah-berhampiran Universiti Islam...*

3) Pengharaman kawasan antara Thur dan 'Ier

Thur: bukit kecil di belakang bukit Uhud. Ia berwarna merah...sebelah belakangnya terdapat
jalan menuju ke airport*

'Ier :bukit hitam besar yang terletak disebelah barat daya Zul Hulaifah..., terdapat
lebuhraya di lereng sebelah barat.


Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.a w kerana ia merupakan:
tempat Nabi berhijrah, dan tempat tidur baginda, manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda.

Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertaha di akhir zaman nnti. Di pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri dpd Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak dapat memasukinya. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu...hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan hadis. Ia adalah Haram Allah dan rasulnya s a w (Haramain)
...
bersambung

aku dilamun cinta

...
...
adat bercinta,....rindu
rasa teruja ingin berjumpa selalu...
menatap wajah...mendengar suara...
...
atau sekadar menatap gambar...
mendengar berita ...
atau pun bercerita tentangnya...
...
saat ini...
aku teruja...hanya mendengar cerita
tentang yg ku cinta...
dan aku jadi pencinta' yang terusan2 memendam rindu

...
bagaimana yer...harusku rungkaikan rindu ini...
sedangkan tidak ku temui erti kesudahannya...
tidak ku temui lagi... walau
penawar untuk semntara jua

serasa
begini dekat dgn DIA...
saat aku kembali menatap bait-bait 'sabda'
saat ku kembali membuka lembaran tentang 'DIA...
...
dan akan kembali menguntum senyum...
menghirup harumnya cinta

Cinta Rasul...

& cinta Madinah...


*selamat pulang tetamu Allah...[Hajjah Suzie]
menghambat lagi rindu ini untuk k sana lagi

Monday, January 4, 2010

JANUARI 2010


........
BERAT BEBAN KU
MENINGGALKAN MU
SEPARUH NAFAS JIWAKU

SINAR

BUKAN SALAHMU
APA DAYAKU
MUNGKIN BENAR CINTA SEJATI
TAK BERPIHAK
PADA KITA

KASIHKU...
SAMPAI DI SINI
KISAH KITA
JANGAN TANGISI KEADAANYA
BUKAN KERNA
KITA BERBEZA
...
DENGARKAN

DENGARKAN LAGU
LAGU INI
MELODI RINTIHAN HATI INI
KISAH KITA
BERAKHIR DI JANUARI


SELAMAT TINGGAL
KISAH SEJATIKU
OHHHH
PERGILAH....

...

DENGARKAN

SAMPAI DI SINI
KISAH KITA
JANGAN TANGISI KEADAANNYA
BUKAN KERNA KITA BERBEZA

DENGARKAN LAGU
LAGU INI
MELODI RINTIHAN HATI INI
KISAH KITA
BERAKHIR
DI JANUARI....

BERAKHIR
DI JANUARI...
*warna alam...waktu tahajjud...
2 pg hingga 4pg, rujuk:warna resonan waktu CVT

Friday, January 1, 2010

senandiloka...buat kalian

...
...

malam ini...kita berkampong...
esok kita bercerai...
...
bukan bercerai apa...masing-masing akan ke tempat baru,
betugas atau pulang ke pangkuan keluarga tersayang...

dan untuk kalian...
senandiloka buat anak2 umi...
yang umi sayang...


miskipun, kalian bukan aku yg melahirkan...
bukan aku yang mengasuh sedari kalian sebesar tapak tangan...
bukan juga aku yg menghantar ke tadika...
tidak juga yg membelanjakan wang untuk persekolahan...
...
bukan dengan ku kalian minta wang belanja...
bukan denganku jugak kalian bermanja...
bukan aku yg memujuk saat kalian sedih...
bukan juga aku yg mengawasi di mana kalian berada...
...
aku hanya knal kalian 'sejam dua'
di usia remaja...
di usia menganjak dewasa..
ada yang kata remaja tua...
atau apap-apa ajer larrr...
dan selayaknya...., sebagai anak2 ku sahaja...
...
di kelas yg skadar seminggu dua...
amali yang tak seberapa lama...
aku selalu lupa nama, lupa rupa...
ada salah nama salah juga orgnya...
maafkan lah yerr...
WHAT EVER...KALIAN ANAK UMI juga...

...
menyebut bberapa nama...
hasnul itu hitam manis orgnya...dengan mira selalu bersama...
azlan pulak yg putih montel ...arifin pun ku knal juga
Mas, dah knal lama...sama ngn firuz dr Melaka...
dulu2 dah pernah jumpa...
tapi mcm jarang juga bertegur saperr...
tak apa2, kira mcm kita BZ2 la sentiasa...
sampai2 tak sempat tanya khabar berita...

tapi bukan sekadar khabar brita, sepatutnya...jalinkan ukhuwah juga...
salam sayang salam ceria...anak2 di tanya...tentang susah senangnya...
tapi yg ni anak dewasa..
awasi dr jauh sajerr...
berikan kebebasan tapi ada hadnya, diberi pilihan jangan dera dia...
jangan kata pulak...
kalian ni dah bole fikir...bole menilai semuanya...
.
aduhai anak2...
kalian belum matang sebenarnya...dan perlu tunjuk ajar
perlu juga nasehat dan iktibar
tapi kadang tu... kanapa yer...
memaling muka ketika bersua...

tanpa salam tanpa senyum...jauh sekali bertanya khabar
seolah2...macam lah kita ni tak pernah kenal...
apa tah lagi...
nnti kalau dah jauh2 nun kat luar...
di daerah' atau state' atau jugak wilayah persekutuan...
...
rasa2: macam senyum kat dinding
free2 sajer...
anak2 tetap muka bersahaja...
agaknya...
kita selalu extra lecture'...
lalu anak2 suma...
menyampah tak terkata...

hari ini...
Umi nak kalian tahu...
marah umi tu marah sayang...
sebabnya: janganlah silap berulang2...
malas pulak nak berbincang
nak jumpa umi pun ...mcm lah nk jumpa Mak Belang...
hehehehe...mak belang ni...penyayang
amat penyayang...
sampai2 kalian semua pun umi sayang
sayang...memang sayang

dan akhir kata...buat anak2 tersayang...
doa umi...muga kalian SUKSES, walau di mana...
gunakan ilmu yang dipelajari...gali lagi...menambah yang ada...
...
jangan jatuhkan nama IVM tersyinta
jangan juga wat kami kecewa...
...
jangan lupa SOLAT...jaga tatasusila...
jauhkan dari yg mungkar, jauhi sejauhnya..
jangan dah terantuk baru tahu padahnya...
(kan dah kena pecat' dan buat malu pada keluarga)
...
Ingat tu...,
jangan lupa kami bila buat walimah
bukan nak sangat pun makan nasi minyak/nasi lemak(? )
sekurang2 nya..nak wish...selamat berbahagia... bahagia hingga ke syurga...
dunia dan akhirat...
selamat semuanya...

umiNUR a k a nailofar
...
...

SELAMAT TAHUN BARU!!!!! 2010M

...
SEMUGA RAHMAT ALLAH SENTIASA ADA UNTUK KITA SEMUA...

Wednesday, December 30, 2009

POHON itu...berdaun perak


...
saat ku memandang ke bawah...sayup ku lihat panorama alam, semakin tinggi...semakin kecil daratn yg ku lihat, air mengelilingi benua atau daratan yg nampak hanya sekecil pulau...
...
semakin tinggi...awan gemawan berada di bawah ku serasa bole dicapai tangan...dan serasanya aku melayang semakin tinggi. Teringat pulak cerita lagenda... dan aku seolah pari2 dalam lagenda indon yg bnyak disiarkan di TV kita. Alangkah...warna biru lautan membezakan...biru kehijauan, biru yg membiru...dan hampir dengan daratan semakin pudar... begitu kebesaran Allah yg menciptakan segala2nya...SUBHANALLAH
...
kenapa aku rasa semakin rengan saja tubuhku... seakan tidak berjisim, sedang kaki dan tanganku tidak boleh ku gerakkan, makanya aku hanya melihat, melihat ke kanan dan kiri..ke atas...ke bawah...tidak ada yg menyekat atau menghalang...tinggi dan terus tinggi...kalau tadi pemandangan melepasi awan...bukan sekadar awan yg mengandungi wap air atau titis hujan...tapi yg mengelilingi ku saat ini indah sekali...ada kilauan perak...yg mempesonakan,... aku semakin pelik...ke kemanakah aku kini...sambil terus ke arah yg lebih tinggi aku dapat juga mengagak' aku berpusing mengikut orbit...iaitu...arah lawan jam...kan kalau pusingan dalam galaksi suria...pun sedemikian...dan pergerakan tawaf juga sebegitu...terus2an aku mengucapkan...SUBHANALLAH...
...
OHHH..........masih juga terus meluncur laju dan kelajuan nya...aku tak dapat mengaggar...mugkin kelajuan 350km/jam sebgaimana tren termoden yg aku lihat dalam berita perdana tempohari...tapi lebih dari itu, laju yang tak dapat disukat, dan agaknya inilah kelajuan yg melebihi kelajuan cahaya....anehnya saat aku melihat pakaian labuhku ia tidak terasa merempuh angin ataun apaapa...begitu2 saja...
...
Nanarkah, jika aku meneka2... mungkinkah ini di angkasa lepas...bole teroleng ke sana dan ke mari...tapi tidak padaku...dan ttiba se rasa mendekati ke satu arah, seakan lorong, aku terdengar gemersik azan...dan aku seakan mendarat...tapi tetap begitu2 saja...terapung dengan tidak aku rasa...apa2 rasa...rengan dan rengan...bagai kapas...bagai debunga yg melayang melayah...

...
di sekelililngku....ada bebagai warna yg indah tak tergambarkan sebelum ini...merah kesumba yg lembut..seakan keperangan...kuning ...kuning...bukan sun set yellow...atau kuning kunyit...tapi seakan warna kuning labu...bingka labu, ttiba aku teringin bingka labu..., aku jadi sebak...perasaan yg muncul ttiba...menyedarkan aku...aku masih punya rasa...rasa dari relung hati...bukan dari pancaindera...
...
YA ALLAH...cantik nya pemandangan yg terhampar ini...hijau zamrud,...hijau lumut...hijau serindit...atau...apa jua hijau...yg pasti cantik teramat...dan berganti biru lembut yg teramat lembut menyatukan pandangan ku....kemudian warna itu ada warna...indigo...biru bercampur ungu...indah ...indah sekali tak terucap...hanya di hatiku tak hnti mengucapkan SUBHANALLAH...saat itu masih teringat pesan anakandaku' ucapkan SUBHANALLAH...bila melihat yg cantik...yg besar...[kalau tak berapa cantik atau tak berapa besar...SUBHANALLAH juga...tapi perlahan, sebut perlahan...dan perlahan2 juga aku kini berada di dimensi[KELILINGKU]...WARNA UNGU...warna fevret ku...

...
Ungu bercampur perak, kenapa asyik sgt dengan kilauan perak...mugkin kilauan emas bukan milik wanita...telah diambil oleh lelaki kesemuanya...,sebab itu lelaki haram memakai emas...sbb kilaunnya telah pun ALLAH bg...*
...
Kini aku semakin niskala'...kenapa di sini aku berdiri...dan melihat pohon besar lagi tinggi...seluruh dedaunnya...bekilauan perak... Dulu2 aku pernah lihat bentuk pohon kecil ala2 bonsai...berdaun emas...perhiasan berharga untuk ufti... mungkin dalam buku sejarah'. Teringat cikgu Haris,...guru sejarah, kerana dia yg mengajar sejarah...aku dapat A...semuga Allah merahmatinya...dan cepat sahaja aku membalik ingatan demi ingatan...pernah seorang guruku[guru semasa aku di darjah enam-cikgu Malik]bercerita...dia bermimpi....tentang pohon yg begini...dan daunnya jatuh, daun yag tertulis namanya, dia mengejar dan menyambut daun itu...lalu di letakkan kmbali ke tangkainya.....[semuga Allah merahmati guru ku ini juga]
...
Aku mendongak...langut sekali!...tidak tersa lenguh atau silau...sah mataku tidak berfungsi lagi...[seingat ku aku ada masalah silau]...kini aku melihat melalui mata hati[bukan mata helang, merpati, atau mata ikan]...entahlah...serba niskala...aku melihat semua daun tercetak nama...ohhh...di mana namaku...daunku..., aku terlihatnya...SUBHANALLAH...
...
dan aku melihatnya sesayup rasa di hatiku...akan gugurkah daun itu...?...andainya gugur...akan ku sambutnya...dan ku pulangkan ke tangkainya...bolehkah daun itu tetap kukuh...dan andainya telah sampai waktu, gugur daun itu...gugur jua...sebagaimana ketentuan DIA yg MAHA BERKUASA .....

...
tersedu aku...dalam aku memohon padaNYA...aku masih ingin bersama mereka yg ku sayang...masih ingin memperbanyak amal, dan masih ingin merafak memohon,keampunanMU YA RABB...air mataku, tak mampu ku usap...dan sedu sedanku...
menyedarkan aku ...ada rasa sakit pada ibu jari ku...aduh!


*[...macam dah nak pengsan aku kejut ko!...menangis tersedu2..., sampai aku azan kat telinga kau tadi...ni aku picit ibu jari kaki...supaya kau sedar'....roh kau meyasau tadi,...kenapa ni...apa mimpi kau....sedih sangat kenapa...tadi kau sebut Subhanallah berulang2....aku ingat kau dah nak mati....uwaaaaaaaaa]



*rujuk dr Hisaham RKi

Tuesday, December 29, 2009

cuci mata....


jom jom...cuci mata...
tak yah pakai aye mo' atau permata hijrah...
tu...apb sedang cuci mata... dia dan ibunya sedang cuci mata.

cuci mata:
1)mencuci mata dengan sebarang pencuci'...eg air bersih lg suci, atau ditambah bahan lain-GNS* atau pun ubat2ubatan.. kalau mata sedang sakit
awas! jngn guna air laut...nnt jd mata ikan(?)


2)memandang sesuatu yg indah,cantik dan menyejukkan...

*glass normal saline(0.85% sodium chloride)

apb-anak paus biru

senyum....sedekah





lawa/h some/cantik/menawan....semua ada, meow ni senyum bangun tido...selamat pagi meow!

Monday, December 28, 2009

Burhanuddin al-Helmy

...
catatan nailofar:
* kalau 'nama'nya sebegitu indah ...memang aku pun berhasrat nak pinang Din juga....
...

...
petikan m /s 437....

"Amerika dengan nilai sosiobudayanya yang kita terima selama ini buat kita berasa tidak selesa untuk membantah mereka. Amerika telah mendoktrinkan dalam kepala kita ni...melalui produk-produk mereka. Selagi kita tidak rasasalah apa-apa apabila menyokong Mancester United, minum ayaq cola mereka, makan segala makanan rengan mereka , lepas tu....puja pelakon mereka, berasa megah memakai pakaian buatan mereka, selagi itulah kita tidak akan terasa sangat dengan apa yang berlaku di Afghanistan itu angkara Amerika, kan." Dengan panjang lebar Din memberi pendapat....
....
Din itu iras-iras Sami Yusuf...itu kata Noor Suraya



*Umi lum habiskan ayat tu.......