Wednesday, August 1, 2012

Wordless Wednesday


For him...

Boba 3G SSC


Tweet... :)








P/S Bought from  http://www.facebook.com/mamapandastore
      Very good price she offered. Thank u Rayhanna.. Love it so much!



Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan & Aina...

Aina belum pernah lagi dilatih berpuasa penuh. Tahun lepas hanya terdaya puasa separuh hari je. 

Tapi tahun ni, aku dan hubby bersetuju cuba melatih Aina berpuasa penuh.

1 Ramadhan - GAGAL!!!
Pukul 3pm Aina merayu lapar kat Tok Ayah, Tok Ayah pulak memang kesian benau kat cucu... takde pujuk-pujuk, tros kasik Aina makan. Aku & hubby pulak ke hospital tengok Ahmad Faheem yang admitted for jaundice. Balik-balik dapat tau dah selamatttttttttt berbuka puasa anak aku. Geram pun hado... tapi apo nak dikato? Sabo jek laaaaaaa..... 

The next day, aku berazam nak kuarantin Aina duk bertapa dalam bilik dengan aku jer. Jangan bagi dia melepek depan Tok Ayah mahupun Tok Mak. Atuk nih kan tipikal sayang cucu terlebeyyyyyy.... Cucu pulak kalo depan atuk memang drama queen no 1!!! 

Alhamdulillah... 2 Ramadhan berlangsung dengan jayanya! First time Aina berjaya berpuasa penuh. Memang dia ngadu lapo, haus... tapi aku motivate dia. Pujuk... tabur janji manes sket... Alhamdulillah dia dapat berpuasa penuh.

3 Ramadhan - Aina start ke tadika. Risau jugak kalo dia keletihan. Tapi syukur, kawan-kawan sekelas dia pun berpuasa. Jadi dia takde komplen lah apsal dia kena puasa, ada kawan tak pun. Tengok dia pun tak lah nampak letih tak bermaya bila balik sekolah. So aku assume ok lah. Namun kuarantin tetap on. Layannnnn je dia dalam bilik. Bukakkan upin ipin lah, boboiboy lah kat You-Tube. Pastu suruh dia nap sampai pukul enam. Ainin pulak kalo tengah makan diharamkan tayang depan Aina. 

Sampai ke hari ini, 5 Ramadhan... syukur Alhamdulillah, Aina masih berpuasa penuh. Harap-harap kekallah sampai ke hujung Ramadhan. 

orang puasa yang kepenatan

Sekian cerita Ramadhan si Aina....
Aku masih tak dapat buat lagi cerita dalam labour room sebab gambo-gambo hangat semasa kejadian masih dalam henpon suami. Nanti lahhhhh... :)

Selamat berpuasa semua... :)


Sunday, July 22, 2012

Alhamdulillah... Cubaan Memblog Semula... :)

Walopun roh memblog sudah lama terkubur, tapi ku gagahkan jugak untuk hidupkan balik roh memblog nih. Tak kisah laaa ada ke tak yang nak menyinggah blog bersawang nih... eh ni bukan tahap bersawang, dah macam umah tinggal pun hado... hahahahaaaa.. Tak pe, yang penting, ada sesuatu untuk dibaca di kemudian hari nanti. Plus aku dah open blog balik. Koser dah berprivacy2 nih. Dah ler serupa umah tinggal, lagik ada hati nak private? Hahahahhaaaa... *gelakkan diri sendirik*

Syukur Alhamdulillah, akhirnya penantian selama 9 bulan dah berakhir. Last entry blog nih aku announce tentang kewujudannya dalam rahimku. Dan entry kali nih, syukur lah... dia telah berkembang menjadi insan yang selamat ku lahirkan pada Jumaat, 13 Julai 2012 jam 12.15 a.m.


Akhirnya, berakhir penantian nak dapat baby boy! Syukur usaha dan doa kami dimakbulkan Allah jua. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh penyejuk hati ibu & abah.... :)

Inilah dia hero pertama kami....

Nama pun dah dipilih. Ahmad Faheem Bin Shamsul. Maksud nama Yang Terpuji, Yang Memahami. InsyaAllah.... Semoga nama yang dipilih memberi impak yang baik untuk dirinya... Amin.


Permata Hati Kami....
Seluruh keluarga memang menantikan kehadiran permata hati kami ni. Almaklum dah agak lama jugak aku tak ada baby baru. Empat tahun dah tak beranak kecik... Hehe... 

Ok... Cukuplah dulu berkisah kali nih. Nanti aku citer pulak kisah kelahiran Ahmad Faheem sementara semuanya masih segar dalam kepala... :)

Selamat berpuasa untuk semua!!!! Maaf zahir batin...



Sunday, December 18, 2011

8th Weeks..

Syukurlah yang menjadi doa siang malam kami akhirnya dimakbulkan. I checked this by myself on 20th November.

Kira sendiri dah 8 minggu usianya. Semoga sempurnalah kehamilan kali ini... Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kami rezeki yang indah ini...

Tuesday, November 15, 2011

Aina's 5th Birthday...

13th November 2011 was Aina Suraya's 5th birthday. It's on Sunday. So I've decided to celebrate it on 11-11-2011, Friday. Oh btw, 11-11 is her actual EDD past five years ago. But I was admitted on 12-11-2006 and delivered on the next day... That was the unforgettable history.. :)

As last year, I've sent birthday cupcakes and some goodie bags to her friends and teachers at school. She was so happy to share her birthday celebration with her friends.
I've asked her what theme does she wants for the cup cakes deco, and as what I guessed, she definitely choose RAPUNZEL for her cup cakes! Haha...



So here are the beautiful and tasty cup cakes decorated by TIM .... TQ Tim!!!








A lil' gift for Aina's friends....



And

for the kind teachers....



Me and my lovely Aina Suraya.....


May all the happiness comes to you... my pray will never end for you my lil' precious Aina Suraya... Love you endlessly.... Hugs and kisses....



Monday, November 14, 2011

Hari Anugerah Pintar Bistari

Semalam 13 November 2011, berlangsung Hari Anugerah bagi Tadika Pintar Bistari. Aina sexcited nak pi sebab kali ni dia dapat hadiah. Aku pun tumpang seronok jugak. Alhamdulillah kali ni Aina dapat dua anugerah, Top 3 dan anugerah khas tamat bacaan. Syukur jugak sebab dalam setahun ni Aina dah habiskan bacaan untuk buku Bacalah Anakku, Read Easy Phonics dan Bacalah Jawi. Sekarang dia tengah nak habiskan buku Read Easy Phonics Intermediate.

Pagi-pagi lagi kitorang dah berkampung kat Stadium Perbadanan Pasir Gudang. Orang punya laaaa ramai sebab tadika ni ada banyak cawangan sekitar daerah Pasir Gudang.

Okey... layan gambo dulu....


Proud of u darling! Yang bestnya jugak semalam hari lahir Aina yang ke 5. Double celebration lah untuk dia.

Happy birthday Aina Suraya... semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Ibu, abah dan adik sayangggggggg Aina sangat-sangat....



Thursday, November 10, 2011

Tipikal Makcik-Makcik : I Love Tupperware

Yeahhhhh.... aku memang sudah transform secukupnya. Bermula dari jadik isteri kemudian mak orang and now aku sudah transform menjadi tipikal macik-macik...

Macik-macik yang dah mula suka sangat mengumpul henbeg, kasut, baju....etc.. pinggan-mangkuk dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..... TUPPERWARE.

Damnnnn.... I'm kinda fall in love much more with Tupperware. Makin tak boleh ditahan-tahan lagi. Apatah lagi bila tengok promo yang oh my.... tersangat berbaloi-baloi!

Macam yang ini...... Ini promo bulan lepas. Aku share dengan kawan. After another 20% less tinggal RM 189.76. Bahagi dua, sorang RM 94.80 JER.... Berbaloi kannnnnn.... :)



Then, saya beli pulak set yang nih, yang dah lama aku idam-idamkan. Senang nak serve food kalo makan ramai-ramai.... Ni takde promo, tapi aku beli sebab still dapat 20% diskaun member... :)


Itu pembelian bulan lepas. Tak masuk yang aku main undi tupperware tahun-tahun lepas. Memang sukaaaaaaaaaa gilerrrr tengok koleksi bertambah.

Semalam aku tak boley tahan lagik tengok promo terkini yang dah nak abes tempoh. Freezing Mate...

Malas citer panjang, korang tengok jek laaaaaaaaaaaaaa............... Taraaaaaaaaaaaaaaaa....... :P



Oh, terselit jugak Mini Stor n' Pour yang murahhhhhhhhhhhhhhh gilorrrrr... acik rembat jugakkkkkkkkkkkk... Gasakkkkkkkkkkk.... hahahhaaaaa


Bahagianya hati bila melihat freezer dah tersusun rapi begini......


Eh masih ada bekas tipuware di situ sebab malas nak defrostkan haiwan-haiwan tersebut.. :P


Bila lihat suasana dapur yang aman makmur sebegini, tentu hati senang dan makin semangat mau memasak... no? ;)
Justify Full

That's why I said... I love Tupperware.... ahakssssssssss... Who don't??? ;)