Rakyat Simply Syeeda

En. Hubby & Pn. Syeeda

Daisypath Anniversary tickers

Cik Piya Kesayangan Mummy & Papa

Lilypie First Birthday tickers

Berape orang mengintai di sini?

Showing posts with label Nota Cinta. Show all posts
Showing posts with label Nota Cinta. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

Ready Made Husband or Custom Made Husband??

Ecewahhh bunyi nya macam nak tempah baju kurung la pulak.. ready made custom made.. Actually camni.. I (ckp I you I you plak sebab tajuk nye english kan..hak hak..) ok, sambung balik. I pernah diterjah dengan soalan camni suatu ketika. Haa, ingat Fasha Sandha je ke kena terjah dengan melodi pasal isu berbikini.. I pun diterjah jugak tau.. tapi bukan dengan melodi laa kan.. haha.  ni pasal "ready made husband" dengan "custom made husband". Mana satu jadi pilihan? Sekarang, I terjah u all pulak, especially cik-cik gadis, boleh laa jawab. Kalau encik-encik jejaka nak komen pun, akak izinkan. ceaaa.. 

Begini situasi nyaa ye cik-cik gadis:
Kalaula anda ada dua pilihan. dalam erti kata lain, dua calon suami.
Mari kita lihat calon-calon kategori nya (style cakap macam Anugerah Bintang Popular)

READY MADE HUSBAND 
Ciri-ciri & spesifikasi:
1. nak kata handsome tu, tak jugak! nak kata comel, tak jugak! manis?? boleh laa.
2. usia ?? senang cerita, lagi tua dari you laa..
3. kaya. kereta nya stok yang besar-besar aja. (sila bayangkan, BMW, Mercedes etc..dan bukan lori) rumah pun besar-besar. banglo mewah.
4.duit banyakkk sangat. kad atm bank ada sampai sepuloh dua puloh. kalau kredit kad tu, 10 pun boleh bagi   kat you!
5. venue dating - restoran mahal2 la.. duit berlambak2.
6. nak pergi bercuti?? london? paris? takde hal punya!
7. tapi, kalau kahwin dengan dia, confirm you yang number 2 ataupun 3 ataupun mungkin yang keempat! heh. orang putih cakap, " Sharing is Caring".

CUSTOM MADE HUSBAND
Ciri-ciri & spesifikasi:
1. handsome gile! muka macam remy ishak.. body macam fahrin.. senyuman semanis hans isaac!
2. usia?? muda la.. sebaya..
3. kereta biase-biase je. buatan malaysia.
4. rumah?? tak beli lagi.
5. duit? sikit. kadang-kadang tak cukup. silap haribulan, dia pinjam lagi duit kat you. ngeh2.
6. venue dating - warung je la yang mampu.
7. kalau nak pegi bercuti/ honeymoon nanti - dalam malaysia je ahh. habis jauh, danok, thailand.
8. tapi kalau kahwin dengan dia, confirm2 kau yang pertama & terakhir.

Okey, boleh laa buat undian sekarang. yang mana jadi pilihan??


Syeeda Sobbihi pilih yang ini je la. Katakan tidak, pada yang lain. Heh

Wednesday, December 30, 2009

Adakah Si Dia Lelaki Idaman??

Salam semua. Jam menunjukkan pukul 1.25 pagi. Jadi entry2 yang jiwa2 saja la yang dapat saya kongsi dengan anda semua ketika ni. Jangan buang masa lagi la.. Zoom ke bawah k!



**Love Couple**

Nak tau sama ada si dia lelaki idaman ke tak??
Lelaki itu dikatakan LELAKI IDAMAN ANDA bila...
1.  Si dia mengingati semua nama ahli keluarga dan teman rapat anda.
2.  Si dia ada senarai nombor telefon ahli keluarga dan teman rapat anda.
3.  Si dia dan anda rasa sangat serasi dan selesa bila bersama.
2.  Bila anda berdua bergaduh, anda sedikit pun tak gentar dia akan tinggalkan anda.
3.  Anda mampu dedahkan rahsia kepada dia sebab anda tahu dia akan terima baik & buruk anda seadanya.
4.  Anda langsung tak kisah nampak "bodoh" bila bersama dia dan langsung tak control ayu bila keluar dengan dia.
5.  Si dia memang cukup faham tingkahlaku anda sehinggakan fikiran dan gerak hati anda pun dapat dibaca.
6.  Si dia akan buat anda rasa seperti andalah wanita paling cantik di dunia walaupun anda hanya berkain batik dan berbaju t-shirt saja ketika itu.
7.  Si dia akan sentiasa menyebelahi anda walaupun ketika anda berselisih faham dengan teman rapat.
8.  Si dia ingat hari-hari istimewa anda dengannya termasuklah harijadi anda @ hari perkenalan anda berdua.
9.  Si dia tiba-tiba beri kejutan dengan memberikan anda hadiah walaupun bukan pada tarikh istimewa!
10. Si dia akan rasa happy bila keluar dengan kawan-kawan @ keluarga anda.

p/s: Sebenarnya saya jugak sedang mengkaji lelaki idaman saya. Sebab tu entry2 kat blog ni kebanyakannya berbaur2 nota cinta sikit. Harap maklum ye. :)

Sunday, December 20, 2009

Antara Dua Darjat??

Salam Semua! Wahh..tajuk kat atas bunyinya macam filem P.Ramlee zaman dulu-dulu pulak kan. Actually, saya tengah baca paper tadi. Kisah Remy Ishak dengan Ummi Nazeera. Alaa yang cerita diorang gaduh-gaduh sampaila ke kisah Remy kena pukul dengan 7 org lelaki. Terus saya terbayangkan cerita P.Ramlee yang bercinta dengan Engku Zaleha dalam filem Antara Dua Darjat tu. Hehe..scene yang kena pukul waktu malam masa diorang bertemu kat taman (ye kot?? ingat2 lupa dah). 

 *Gambar Hiasan*


Ok..Lupakan kisah remy dan ummi. Sebabnya saya nak sgt post pasal kes cinta dua darjat ni. Dan kalau sesiapa yang baca ni bolehlah tinggalkan komen anda kerana saya pun nak tau jugak apa pendapat anda. Kes cinta dua darjat ni selalunya jadi isu hangat bila sang wanita lebih tinggi  "darjatnya" kalau nak dibandingkan dengan si lelaki. Ada jugak kes lelaki lebih tinggi darjat daripada wanitanya, tapi jarang sangat masyarakat kita perkatakan. Kalau kes yang macam tu selalunya orang akan bercakap camni.. "Bertuahhhhh si Fara (nama samaran) dapat kawin dengan lelaki kaya. "  Tapi, kalau la wanita yang berdarjat kawin dengan lelaki yang rendah darjat ni, banyak pulak songeh masyarakat kita. Konon-konon tak sesuai la sebabnya sang wanita "lebih" daripada si lelaki.
*Love Is Cinta* 


Haaa..Sekarang jom kita USHA..ketika mana cinta dua darjat ni diperkatakan. 

1. Bila sang wanita anak orang berada /kaya dan si lelaki cuma anak petani / pekerja kilang dan etc.  Dalam hal ni, sang wanita dok rumah batu dan si lelaki cuma rumah papan kat kampung mengadap bendang jer. 
2. Bila sang wanita terbabit mempunyai segulung PHD/Master/Ijazah sedangkan si lelaki pass SPM jer. 
Maksudnya, taraf pendidikan wanita tersebut tinggi la berbanding lelaki. 
3. Bila sang wanita ada kerjaya stabil (maknanya pendapatan lebih la) kalau nak dibandingkan dengan si lelaki. 
4. Bila sang wanita ada darah keturunan (maksud saya macam diraja camtula) dan si lelaki cuma orang kebanyakan jer.

5. Bila sang wanita tu rupanya cantikk sangat laa (macam bidadari) tapi si lelaki berwajah biasa2 jer (rupa macam pecah rumah la kiranya..mesti anda boleh bayangkan kan).


*Love Is Like A Fire*

Sebenarnya isu ni dah lapuk. Kalau tak, takkanla P.Ramlee nak buat filem pulak kan. Isu ni dari zaman datuk nenek moyang kita lagi. Cuma yang menghairankan, kenapa masih wujud lagi isu sebegini masa zaman sekarang. Kenapa kita taknak berfikiran terbuka (open-minded la sikit)? Bagi saya, apa yang penting dalam perhubungan (maksud saya cinta la di sini) ialah kejujuran dan keikhlasan yang tulus dari hati. Kalau duit @ kemewahan berbukit2 pun tapi hati sengsara nak buat apa kan? Kalau darjat tinggi pun, tapi tak bahagia tak guna jugak. Yang penting kasih sayang dan paling penting bimbingan agama. Islam pun menekankan supaya rumahtangga tu dibina atas dasar Islam bukannya darjat semata-mata. Jadi fikir-fikirkanlah.


Saya tinggalkan anda dengan dua pujangga cinta ini...

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat" -Hamka

"Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa"


Sekian. 
Wassalam.


p/s : Cinta Kepada Illahi Adalah Cinta Sejati Yang Lebih Dari Segala-galanya..

Tabung Baby. Please Click :)