Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Saturday, March 3, 2018

Rumah Bukit Jalil dah siap

06-02-2018 Akhirnya bertambah lagi komitmen bulanan dengan siapnya rumah di bukit jalil..Tapi happy sebab dah lama kami idamkan nak ada rumah dikawasan bukit jalil ni..dan memang dekat je dengan stadium bukit jalil. Syukur Alhamdulillah!

Our balcony at 21st floor..kami dapat view Astro dan sayup-sayup je nampak KLCC..
ni adalah rumah kedua kami dan syukur rumah kami tak banyak defect dan selepas buat laporan dan siap barulah mula cari contractor untuk renovation..Suka unit ni sebab bilik tak nampak dari ruang tamu..Semoga dipermudahkan urusan kami!




Saturday, March 18, 2017

Wan Fine Day at EG

Kalau boleh kitorang ni, semua aktiviti yang ada di EG kami nak p…yang ni pun kami singgah jugak walaupun dah terlewat dah..manataknya, mula pukul 2pm dan kami sampai pun dah 3:30pm..walaupun lambat, sempat la jugak kami rasa air tangan chef wan..sedap!


Tara…bergambar dengan man of the day, Chef Wan..


Saturday, March 4, 2017

EG show house

Akhirnya..ni la hari yang ditunggu….show unit EG dah ada dah…suka sangat.

Haruslah untuk kami singgah masa hari perasmian ni…cuma kami datag lambat sikit la sebab tunggu Amani habis swimming class dia….
Tara..see you in 2019..our 3rd house.yeay!!
Kat bahagian belakang

Dah start kena buat checklist dah macam masuk rumah sekarang ni.





Monday, November 21, 2016

Done with lawyer for our EG..

Syukur Alhamdulillah, selesai sudah urusan dengan lawyer untuk rumah di EG. Dah bertangguh 2 minggu sebab nak set masa dengan husband jugak…Kami signed semua kat sales gallery je..senang..tak payah nak p firma dia….tapi yang penat nak signed banyak document la..husband sikit je sebab hanya untuk yang berkaitan bank je..sebab kami combine bank loan..tapi untuk s&p pulak, atas nama saya seorang je..kira document s&p la banyak sikit.
model rumah saja…our is Type E


Friday, September 30, 2016

EG unit selection day!!

Throwback minggu lepas at Eco Grandeur (EG)..

25th September 2016
Unit selection day!! sambungan dari entry ini Rumah Ketiga?? EW??.. we're so excited!!
with my other half….queue no. kitorang 0407..tapi sebenarnya queue tu starts at 301…jadi, giliran kami 107 la…

kami dah ada kat sana sebelum pukul 8 pagi lagi..sebab akan bermula pukul 8 pagi…tapi bagus juga datang awal sebab dah disediakan makan bagai….ada breakfast, kids corner, massage corner & macam-macam lagi...
Amani di kids corner…masa ni main lego…at least, pembeli yang bawak anak tu takla rasa stress sangat…sebab anak-anak boleh main kat sini…
Selepas tu Amani & Adam main sand art pulak…..
Sand art by Elman Adam
Sand art by Azuin Amani
Yang ni tunggu queue dah…
Selepas tunggu queue nombor, kami kena panggil masuk dalam "holding area"..kat sini, kita boleh tengok lot rumah yang available dengan harga sekali…Means, kalau ada buyer yang booking kat next room tu, maka akan naik la status "sold" di holding area ni…memang takut jugak la desired rumah kitorang kena ambil..kitorang kena letak top ten list untuk tujuan ni…

Setakat di "holding area", lot yang kami nak tu masih belum sold…

Seterusnya, kami dipanggil masuk ke dalam selection hall…tapi nombor akan dipanggil satu persatu untuk masuk dalam barisan…yang lain berlegar sekitar dewan tu la...
Kanak-kanak seronok bermain je la sementara tunggu nombor kena panggil…
Alhamdulillah, rezeki dapat unit yang kami nak tu…hooray!

Selepas tu, kami kena tunggu untuk sign S&P pulak…
tunggu lagi…nasib baik tak lama..

Dah siap S&P, dah keluar je dari dewan tu…memang banyak bank yang ada…terus jumpa bank untuk loan submission…kami dah siapkan dah semua dokumen yang diperlukan untuk loan..kami bawak 4 salinan je..so boleh hantar kepada 4 bank je la dulu…dan pada haritu kami submit to Maybank, CIMB, RHB dan Hong Leong Bank..senang kan..tak payah nak jumpa bagai kemudian…settled dalam satu hari…


30th September 2016 - Loan approved!!! 
Sekejap je within 3 days…bank yang feedback lulus ialah Maybank, CIMB & RHB…Hong Leong tak dapat notification apa-apa lagi…kami pilih Maybank untuk loan rumah ni..minggu depan baru sign untuk offer letter..yeay!!

Bertambah la satu komitment…memang tak sangka yang kami akan beli rumah kedua & ketiga serentak…semoga segala urusan kami dipermudahkan dan rezeki sentiasa bertambah..AMIN!!


Sunday, September 18, 2016

Rumah Ketiga?? EW??

Eco World (EW) dah menapak di Puncak Alam….setiap hari p kerja memang dok usha jela sales gallery yang under construction tu..menarik sungguh…

Cerita kami bermula dari nak p makan McD dan tak sangka pulak EW buat special sneak preview on Eco Grandeur master plan kat situ…saja cuci mata dan tetiba rasa teringin nak own satu unit kat sini…

13th August 2016
Singgah di EW sales gallery sekejap selepas ambil S&P rumah Bukit Jalil…memang ramai la sangat manusia..almaklumla officially open to public…

So, proceed for reservation booking 10K..cheque dah siap dah atas nama developer..

Reservation Done!!..pilih unit tak tau lagi macam mana..mungkin normal registration or balloting…tunggu hujung bulan August or early September EW akan launch unit..kena tengok cara pilih unit macam mana EW nak buat nanti….Kali ni Brochure yang ada lengkap sikit la..ada type rumah dan plan..boleh la fikir-fikir unit mana nak pilih nanti…tapi kena letak banyak pilihan takut masa nak pilih unit yang berkenan dah kena kebas orang pulak.
Brochures from EW

17th September…at 8.22am baru dapat mesej untuk unit selection…macam terkejut je..kami sampai sana pun dalam pukul 10am…tupun dah ramai dah yang tunggu…

Beratur ambil nombor giliran…nombor untuk select unit minggu depan!!

407 queue number for our unit selection's next week…hopefully dapat unit idaman..

boleh letak top 10 preference list!!

Count down for unit selection on 25th September 2016, yeay!!






Saturday, September 17, 2016

Loan Rumah Bukit Jalil Lulus

Syukur alhamdulillah, loan untuk rumah kedua kami di bukit jalil dah lulus…under government loan untuk rumah yang ni…

Dah siap hantar surat setuju terima pinjaman di dah pun…semoga segala urusan kami dipermudahkan..

Sunday, August 14, 2016

S&P collection untuk rumah Bukit Jalil!

S&P untuk rumah Bukit Jalil dah dapat pun, yeay!!

S&P dah pun kami signed bulan lepas, 14 July 2016..di pejabat lawyer di Boulevard, Midvalley..dan settled jugak bayar 10% untuk tambahan parking lot…rumah ni cuma bagi 1 parking lot sahaja dan kalau nak lebih, kena beli la…Jadi, kami buat keputusan untuk beli satu lagi parking lot untuk kesenangan di masa hadapan…

tambahan parking lot kami dapat dalam floor yang sama..tak jauh pun….dua-dua parking lot dekat dengan lif...

Unit kami Type C..corner lot…

Tempat parking je ada…bangunan tak ada lagi….hahaha
selit gambar kids sikit..yang ni dekat developer office…

Rumah kedua dah on the way…rumah ketiga?? tunggu..nanti kita cerita ya :)

Monday, July 18, 2016

Simen & Cat Rumah

Projeck hujung minggu ialah mengecat grill yang dah karat tu….baru la nampak baru sikit…tak molek dok tengok yang berkarat tu..sakit mata…cat grill di dapur dan jugak grill pintu depan…

cuma buat sikit touch up je dah nampak cantik sebab bukan banyak pun yang karat….




Selain tu, projek simen belakang rumah….mr may buat sendiri je…sebab dah tak tahan nak cabut rumput yang cepat sangat panjang…nanti baru buat yg proper sikit…kali ni buat sendiri je dulu…portion ni je siap dulu…selepas ni buat portion yang hujung tu pulak….


Thursday, July 14, 2016

Pokok untuk taman kecil

Setelah sekian lama tak hirau taman kecil kami….akhirnya kami tanam sikit la daun hijau….pokok yang lama dah macam nak mati dah…

Memang nak tanam pokok baru cuma tak berkesempatan nak beli je…disebabkan mr may masih bercuti, tu yang rajin nak bercucuk tanam sikit…

Ni la hasilnya….

Sunday, July 3, 2016

House balloting done!!

Setelah lebih setahun dok ting tong ting tong, akhirnya, Jumaat, 1 July 2016 kami selesai pun buat cabutan undi untuk rumah di bukit jalil…lama tu…boleh baca sini --PPA1M..Ni merupakan rumah kedua kami….

Tahun lepas kami tak dapat hadir masa sessi pengundian sebab kami berada di Jepun…ingtakan selepas balik tu ada la sessi pengundian kali kedua…sebab menurut pegawai yang bertugas, mereka akan buat semula untuk sesiapa yang tak dapat hadir dan bersebab….

Jenuh jugak la dok telefon dan email orang yang berkenaan..memang senyap terus…risau jugak sebab sayang nak lepaskan rumah ni…boleh jadikan aset tu sebab kawasan yang strategik..kami memang buat follow up sendiri sebab kalau nak tunggu bahagian yang uruskan ni memang senyap terus…macam-macam alasan jugak la…siap ada jugak bagitau yang pegawai bertugas yang uruskan hal ni dah ditukar ke cawangan lain….macam pelik ja…kalau ditukarkan mesti akan ada orang yang akan "take over"kerja ni….takkan lepas macam tu je…

email pun kami dah cc bermacam orang memang senyap la dalam tempoh setahun…takkan la tak boleh nak email balikkan…haih….dipendekkan cerita, dalam bulan 6 2016 baru kami dapat bercakap dengan rang sepatutnya dan terus berurusan dengan pemaju…ni pun sebab initiatif kami dok call and email bagai..kalau tak, memang tak tau la status dia….
Pemaju ialah Aset Kayamas…Kami kena pergi ke Office Pemaju untuk urusan pengundian dan bayar 2% "booking"…pagi tu jugak la kami keluarkan duit dan buat cheque…risau nak bawak cash…..
Peti Pengundian…untuk pilih lot..

Kami dapat blok A…tingkat 21….

Alhamdulillah, selepas ni berurusan dengan "lawyer" dan apply loan….semoga semuanya berjalan dengan lancar…

Wednesday, September 2, 2015

Kufi

Untuk pertama kali saya beli Kufi ni....tetiba terasa nak ada satu dirumah.....memang tak di rancang betul....masa tu ada satu post kat Facebook untuk Kufi ni.....terus pm owner tu dan beli...senang sungguh kan...kufi ni saya beli kat sini..FB Niza..boleh tengok sendiri....dia pun ada share photo kufi ni ..
Memula tu saya letak kat hall atas...selepas tu tukar kat area ruang makan....tapi harini dah tukar ke dinding depan pintu pulak.....saja nak tukar selera....suka sangat!!








Sunday, August 2, 2015

Cuba hijau pulak

Tetiba rasa nak transform family hall kat atas..nak warna hijau pulak....tu yang dok google cara nak hias dan deko..memandangkan saya ni takla pandai nak mendeko sangat..kita buatla cara sendiri....
Yang penting, karpet kena tukar jugak la..sebab karpet yang sekarang adalah warna coklat...nasib baik teringat karpet kat ikea yang cantik tu...sama pattern dengan karpet kat ruang tamu..warna je yang berbeza....
Yang ni pun kena warna hijau jugak la..tu yang cari frame gambar yang kehijauan sikit...frame ni ringan je...boleh dapat kat Kaison...nak gantung pun senang...buat sendiri je...
dari sudut tepi...yang wall sticker tu beli masa kat taiping..RM3.50 je...duu tampah kat belah lain..nasib baik masa cabut tu tak terkoyak bagai..boleh la lekat semula.....

Berubah la sikitkan...memula terfikir nak cat dinding jugak...tapi kiv la dulu.....hahaha



Friday, April 3, 2015

PPA1M Kami dah lulus

 Syukur Alhamdulillah...Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil dah lulus....Kami terpilih untuk rumah yang berkelausan 1434 sqft bernilai RM 300,000...

Tercapai jugak hasratnak memiliki hartanah di sekitar Bukit Jalil...kawasan yang paling dikehendaki...nak pulak tapak perumahan ni antara Sekolah Bukit Jalil dan Astro...lagi la best!! Kemudahan memang superb kat area situ....kami nak buat aset kat area sini....Syukur sangat!
Ni la surat tawaran dan kami dah hantar surat persetujuan dah pun...sekarang tunggu hari perasmian dan hari untuk cabutan undi bagi unit rumah tu....
Tada....sedih jugak la sebab tak dapat nak p masa hari pengundian ni...masa ni kami memang tak ada kat sini...nak mintak tolong orang kena surat sumpah bagai pulak..so, berserah jela...
Memang pihak mereka akan bertindak sebagai wakil la..lepas balik nanti baru tanya macam mana unit kitorang....

Syukur tak terhingga.....